Support My Blog

Tuesday, August 31, 2021

USAHA MENTERNAK LALAT HITAM

PENTERNAKAN
LALAT ASKAR HITAM (Hermetia illucens) ialah aktiviti terbaru dimana spesies lalat ini paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Lalat ini dilaporkan ada terdapat di Eropah, Afrika Tropika, Australasia, Amerika Tengah dan Timur Asia termasuk Malaysia. Lalat askar hitam adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai haiwan pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah di sekitar 5 - 7 hari sahaja dimana serangga dewasa juga tidak mempunyai mulut dan tugas bersama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur. Apa pun anggaran tempoh hayat seekor lalat askar hitam yang terpanjang semasa di peringkat larva dimana ia bergantung kepada makanan yang ada dan larva ini akan membesar sehingga sepanjang setengah inci. Telur bagi seekor lalat askar hitam boleh bertelur sehingga 500 butir selama hayatnya seminggu. Lalat askar hitam betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan-bahan busuk agar dan organik bagi mudah anak-anak larvanya mencari makanan. Kebiasaannya habitat sesuai seperti di celah-celah rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan serta amat bergantung kepada suhu dan cuaca. Telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih. Selepas menetas larva akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk mencari makan. Sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup maka larca ini boleh matang dalam masa 20 hari. Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Ia akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Larva boleh hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi. Larva lalat ini yang telah matang berwarna hitam bersaiz sekitar 0.7 inci. Tempoh pupa Lalat Askar Hitam ini adalah seminggu dimana ianya keras dan akan menetas menjadi Lalat Askar Hitam dewasa yag berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil akan tetapi ia tidak mempunyai mulut. Berwarna hitam dan keperang perangan dan ada juga spesis yang berwarna biru. Lalat Askar Hitam dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan mengawan dan bertelur. Sebab itu Lalat Askar Hitam tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit kecuali ianya datang untuk hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah busuk. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan papakan mengenai usaha menternak lalat hitam di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Kini ada beberapa kajian yang mendapati dimana lalat Lalat Askar Hitam dewasa memberikan manafaat kepada industri ternakan di Malaysia. Dilaporkan larva dari Lalat Askar Hitam yang telah matang ada mengandungi 45 peratus protien dan 35 peratus lemak. Terdapat kajian lain juga telah di komersialkan beberapa alat untuk mengumpul lava matang ini dan menjadikannya makanan utama untuk industri perikanan dan penternakan ayam. Teknologi biodisel juga boleh dihasilkan daripada lrava lalat ini. Oleh kerana sikap kerakusan oleh lrava ini dimana bahan bahan buangan organik boleh dikomposkan dalam sesingkat masa mungkin. Dilaporkan dimana di beberapa makmal negara maju, larva lalat askar hitam juga digunakan untuk tujuan forensik dan perubatan. Di Vietnam dimana larva lalat askar hitam digoreng dan dibuat juadah makanan. 
Para saintis telah meramalkan bahawa padatahun 2050 populasi manusia didunia akan meningkat kepada seramai 9.6 bilion yang hidup di Bumi. Juga dilaporkan dimana dengan kebangkitan golongan kelas pertengahan diselurih dunia dijangka akan meningkatkan pengambilan produk makan dari haiwan sehingga 70% tingginya dimana dengan menggunakan sumber terhad yang sama yang kita ada hari ini dijangka tidak cukup bekalan. Kini dilaporkan iaitu kos menghasilkan tanaman pertanian seperti jagung dan soya untuk memberi makan haiwan ini juga memang dijangka meningkat dan menjadi lebih mencabar dengan permulaan kemarau dan peningkatan suhu. Semasa artikel ini ditulis berlaku suhu tinggi dan kebakaran di USA menyebabkan penghasilan bijirin dan makanan lain terjejas teruk. Walaupun sains berlumba-lumba untuk membangunkan lebih banyak tanaman tahan kemarau melalui kejuruteraan genetik didakwa mungkin ada alternatif yang lebih mudah iaitu menternak LALAT HITAM (BSF). Walaupun terdapat orang yang mana ada tempat di dunia telah memakan serangga untuk generasi akan tetapi umumnya mereka menentang memperkenalkan rempah-rempah goreng ke dalam diet mereka. Kita di Malaysia  mungkin tidak bersedia untuk makan serangga sendiri sebaliknya berusaha memberi makanan seperti serangga kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan daging dan protin.

Di Malaysia telah diperkenalkan LAlat Askar Hitam atau Black Soldier Fly (Hermetia illucens) untuk diberikan kepada ternakan seperti ayam dan ikan. Pembaca blog mungkin telah melihat spesies ini menggerakkan tong kompos di belakang rumah kerana ia adalah pengurai yang cekap bahan organik. Penemuan dan juga penulisan askar hitam pertama kali dijumpai pada tahun 1758 sebelum ianya dikomersilkan di Australia, Kanada, India, Afrika Selatan dan juga USA dimana negara ini telah pun menjadikan BSF ini menjadi produk makanan pertanian yang berkhasiat dan berkekalan. Spesies lalat ini dipilih secara khusus sebab selera makan yang luar biasa dimana seekor larva BSF mampu dengan cepat memproses setengah gram bahan organik setiap hari. Larva BSF dilaporkan memang boleh memakan pelbagai jenis sisa isi rumah termasuk buah yang busuk, sauran reput, daging, sampah organik dan pelbagai lagisisa makanan dan buangan. Serangga ini dengan cepat akan dengan cepat mengubahnya menjadi sumber kaya kandungan lemak, minyak, asid amino, kalsium dan protein. Saintis mendapati melalui penyelidikkan dimana BSF boleh sebahagian atau sepenuhnya menggantikan makanan haiwan konvensional. Kajian menunjukkan bahawa bahan ini sesuai untuk menjadi bahan makanan ayam, babi, buaya dan juga makanan laut ternakan seperti tilapia biru, salmon dan udang. Dari beberapa kalian menunjukkan bahawa tiada kesan buruk terhadap kesihatan haiwan diberi makan BSF. Lalat BSF ini juga didakwa juga boleh mengurangkan jumlah E. coli dalam baja tenusu. Terdapat pelbagai kegunaan alam sekitar untuk menggunakan umpan lalat BSF seperti dilaporkan di Costa Rica dimana mereka telah berjaya mengurangkan sisa isi rumah dengan sehingga 75% dengan memberi makan kepada larva lalat askar hitam. BSF ini dilaporkan mempunyai potensi besar untuk diterima pakai di Australia dan dapat mengalihkan beribu-ribu tan sisa makanan isi rumah dan komersil daripada memasuki tapak pelupusan sampah. Seekor askar hitam hitam betina mampu menghasilkan sebanyak 600 ekor larca dimana setiap satu ini cepat memakan setengah gram bahan organik setiap hari.  

Kawasan menternak lalat BSF ini tidak perlukan kawasan besar sebaliknya ia boleh diternak dalam rumah atau gudang kecil sahaja asalkan terkawal. Sejak lama dahulu hampir separuh tanah pertanian didunia ini telah dimajukan dan ditanam dengan pelbagai tanaman bijirin seperti jagung, kacang soya dan gandum untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan haiwan. Kebanyakan haiwan unggas (ayam, itek, burung dsb) serta haiwan ruminan (lembu pedaging, lembu tenusu, kambing, babi, bebiri dsb) memerlukan bijirin jagung sebagai makanan penting haiwan ini. Jika bahan makanan ini boleh digantikan dengan BSF maka banyak lagi kawasan pertanian boleh dihasilkan untukk benda lain. Dijangka beberapa puluh tahun akan datang kekurangan tanah pertanian akan berlaku kekurangan tanah ynang akan diperlukan untuk memberi makan haiwan ternakan dimana akhirnaya tanah-tanah ini akan digunakan untuk menanam lebih banyak makanan untuk manusia atau memulihkannya dan mengembalikannya ke alam semula jadi bagi bekalkan oksijan. Dalam pada itu kajisn juga dilakukan bagi tujuan menggunakan lalat BSF dalam pengeluaran biodiesel sebagai produk sampingan dari peringkat penuaian. Larva BSF adalah sumber semulajadi minya dimana jika saintisboleh ekstrak dengan baik semasa peringkat pemprosesan maka ia boleh ditukar menjadi biodiesel. Kejayaan ini jika berjaya akan turut mengurangkan tekanan daripada bahan api fosil yang terhad dan boleh menjadi sumber pendapatan yang boleh dipercayai bagi negara-negara yang mengamalkan pertanian lalat BSF. Bagaimana pun dari segi penerimaan danfaktor pembatasan pengunaan lalat BSF masih banyak rintangan.  Para pengguna mungkin 'sangsi' dengan produk ternakan yan diberikan makanan dari lalat BSF ini dan merasa geli dan tidak percaya agaknya. Bagaimana pun beberpa penyeoidikan dan promosi dilaporkan dimana para  pengguna masih tidak boleh mengetahui akan sebarang perbezaan citarasa makanan yang diberikan makan makanan haiwan konvensional dengan jenis yang biasa (bulan organik). 
Dalam pada itu salah satu dari cabaran yang terbesar yang akan dihadapi dalam kehidupan manusia akan datang adalah keperluan untuk memberi makanan kepada penduduk yang semakin meningkat. Sekiranya petani ingin untuk meneruskan adat pertanian sedia ada untuk mengusahakan dan memakan hasil tanaman dan juga produk haiwan atas sumber terhad berkemungkinan perlu melihat alternatif-alternatif lain seperti pertanian bertingkat, hydroponik, produk GMO, ternakan dalam reban tertutup dan mencipta makanan ternakan yang sesuai seperti menternak lalat BSF. Cara ini mungkin adapat memberi faedah mengurangkan sisa isi rumah dan seterusnya memelihara haiwan ternakan secara berkhasiat menggunakan serangga di masa depan yang lebih praktikal. 

Jika menyebut sahaja ‘lalat’ pembaca blog pasti membayangkan persekitaran yang kotor dan jijik. Ianya sudah tentu membuatkan ramai akan terbayang persekitaran yang tidak selesa dipandang mata. Lebih dari itu kehadiran lalat juga adalah menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit sepeti thphoid, cirit birit, cholera dan sebagainya. Namun ada usahawan yang membiak lalat untuk tujuan penghasilan larva. Larva atau telur lalat BSF ini tadi dihasilkan untuk dijadikan makanan dalam industri penternakan ayam secara komersil di Malaysia. Larva lalat menjadi pilihan penternak ayam kerana kosnya yang lebih murah. Bayangkan dedak yang kebiasaannya digunakan sebagai makanan ayam yang berharga sekitar RM2 -RM3 sekilogram. Bagi penternak yang memelihara sehingga 2,000 ekor ayam ia memerlukan sehingga 4 tan dedak dengan kos mencecah tidak kurang dari RM8,000 sebulan. Namun lalat BSF bagi makanan ayam ini adalah dari spesis ‘Black Soldier Fly’ atau lebih dikenali sebagai larva lalat askar hitam. Ia kini mampu untuk menghasilkan makanan ayam secara komersil sebenarnya bukan perkara baharu dan ia sudah digunakan secara meluas di luar negara. Larva yang dihasilkan oleh BSF mengandungi kandungan protein 40 peratus, dan lemak 32% lebih tinggi dari dedak. Ini menjadikan larva tersebut lebih sesuai untuk makanan ayam dan juga ikan. Kaedah memberi pemakanan larva oleh ayam adalah lebih organik kerana kandungan haiwan itu yang mempunyai antibiotik dan vitamin semula jadi yang diperlukan untuk pembesaran ternakan. Biasanya rumusan diet bagi menghasilkan sekilo daging ayam atau ikan hanya kira-kira sekilogram larva dan ia boleh diberikan. Cara ini boleh meningkatkan pulangan sekitar 50 sehingga 100 peratus apabila menternak sendiri larva berkenaan. Makanan alternatif menggunakan larva sememangnya sudah diamalkan di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Seorang usahawan dikenali Suhaili sedang memberikan makanan lalat BSF kepada ikan peliharaan didalam tangki dimana ini adalah praktikal (Sila lihat foto disebelah). Dia sedah tahu dimana makanan dedak  atau makanan untuk ternakan antara kos paling tinggi yang perlu ditangani penternak ayam dan ikan dimana ketika ini harga bagi sekilogram palet sekitar RM2 hingga RM3. Bagi 2,000 ekor ayam memerlukan 4,000 tan dedak sebulan dan kosnya mencecah RM8,000. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan penternak apatah lagi ternakan ikan kerana keuntungannya kecil dan tidak berbaloi dengan kos operasi selain penat menguruskan ternakan. Itu antara dilema penternak kecil bumiputera apabila isu harga makanan ternakan melonjak selain bebanan kos sampingan iaitu hormon dan vitamin bagi mempercepatkan tumbesaran ternakan sebelum dijual. BSF dikeringkan untuk jualan kepada pembekal makanan haiwan peliharaan. BSF sudah digunakan secara meluas di ladang luar negara kerana kandungan proteinnya tinggi sekitar 40 hingga 42 peratus selain 32 peratus lemak yang memang sesuai untuk haiwan ternakan terutama ayam dan ikan. Apa pun manfaat lain bagi penternak yang memilih diet ternakan BSF, kaedah ini lebih organik kerana kandungan haiwan itu yang mempunyai antibiotik dan vitamin semula jadi yang diperlukan untuk pembesaran ternakan. Bagi rumusan diet bagi menghasilkan sekilo daging ayam atau ikan, kira-kira sekilogram larva dan ia boleh diternak sendiri dengan kaedah tertentu. Berdasarkan pengalamannya bersama penternak, bagi yang memilih menggunakan BSF dalam diet ternakan, mereka boleh meningkatkan pulangan sekitar 50 sehingga 100 peratus apabila menternak sendiri larva berkenaan,” katanya. Suhaili mendakwa makanan alternatif serangga ini sudah diperkenalkan di Malaysia sejak lima tahun lalu. BSF sedia diberi kepada haiwan ternakan biarpun pada saiz anak ayam. Dia sendiri mengusahakan pembiakan BSF untuk bekalan induk kepada penternak serta pembekal di kedai makanan haiwan peliharaan sejak tiga tahun lalu. Ketika ini ladang ternak saya boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 100 kilogram BSF sebulan mengikut permintaan. Ketika ini operasi dibantu isteri, Ruzilawati Amat dan anak-anak untuk mengutip telur setiap dua hari. Mengenai kitaran lalat ini daripada induk ke induk kembali ialah satu bulan tetapi untuk tuaian larva adalah dalam tempoh dua minggu sebelum diberikan kepada haiwan ternakan. Tiada kekangan untuk haiwan diberikan larva ini walaupun usia ternakan baru empat hari. Kalau untuk simpanan atau jualan komersial biasanya akan dikeringkan dan harganya lebih tinggi di pasaran. Dia juga turut aktif memperkenalkan BSF menerusi platform Facebook miliknya. Melalui penggunaan serangga ini, mikro organisma berbahaya yang terdapat di dalam sisa organik seperti Escherichia, Salmonella atau koloni enterobakteria yang lain berkurangan atau terhapus selepas dihadam oleh larva lalat askar hitam. Larva BSF mampu menukar sampah domestik seperti sisa makanan sebagai baja kompos. Jadi boleh dikatakan amalan menternak serangga ini lebih mesra alam menerusi sisa sifar. Dia sendiri menjual sisa daripada bekas tuaian kepada petani kerana komponen itu adalah baja organik sesuai untuk tanaman. Mengenai kualiti daging ternakan yang menggunakan diet larva lalat hitam, kata Suhaili, penternak yang menggunakan sepenuhnya diet BSF boleh diklasifikasikan mengeluarkan daging organik. Daging ternakan yang diberikan BSF ternakan lebih pejal, tiada bau dan manis rasanya. Kini dengan kualiti daging sedemikian, rasanya penternak boleh tingkatkan keuntungan mereka apabila boleh diletakkan dalam pasaran organik. Sebagai tip diet ternakan baik dimana selain BSF, dia menggunakan ketum ayam dan azola untuk diet ternakannya. Setiap pagi ayam ternakannya diberi ketum ayam dan pada sebelah petang diberikan makanan campuran iaitu 70 peratus azola, 30 peratus BSF dan ditingkatkan dengan campuran EM iaitu baja organik yang mengandungi bakteria baik untuk pertumbuhan haiwan ternakan. Semuga rencana yang panjang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENTERNAK LALAT BSF... MUDAHNYA...
SISA MAKANAN... DIMAKAN CEPATNYA...
SUDAH BANYAK...DI AMBIL SEMUANYA...
MAKANAN AYAM... IKAN PUN SAMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1442H).
Selamat Hari Kemerdekaan ke 64!!

Monday, August 30, 2021

LIMAU BALI - KESAN CUACA PANAS

TANAMAN LIMAU BALI
(Citrus grandis) merupakan sejenis tanaman buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dianggarkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,435 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan cuaca panas dan kemarau terhadap hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media ditulis semula untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Akhbar Berita Harian (BH) pada Januari 2020 melaporkan dimana '
Musim panas jejas hasil limau bali' memang wajar dan berkait dengan tajuk artikel ini. Berita dari Daerah Segamat ini menyatakan dimana faktor cuaca panas berpanjangan menjejaskan pelbagai hasil pertanian di Jementah iaitu termasuk pengeluaran pekebun limau bali bagi keperluan perayaan Tahun Baharu Cina. Dinyatakan oleh Penasihat Persatuan Usahawan Tani Jementah, Wong Keat Soon, 57 tahun yang mana musim panas berpanjangan dan kekurangan hujan menjejaskan jumlah serta kualiti pengeluaran hasil dari tanaman buah limau bali tahun 2020 ini. Kesan panas teruk sepanjang tahun 2019 (penulis blog dapati ia kesan El-Nino atau kurang hujan yang panjang) telah menyebabkan banyak putik buah itu gugur selain kekurangan hujan turut merencatkan pengeluaran produktiviti hasil. Selalunya kesan apabila musim panas mula melanda tahun 2019 dimana tanaman limau bali kali ini terus terjejas dakwanya ketika dia ditemui di kebun limau balinya di Jementah dimana penulis blog beberapa kali membuat tinjauan di kawasan dusun ini semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dari tahun 2000 - 2004 dahulu. Selain terkenal dengan limau bali kawasan dusun dikaki Gunung Ledang ini merupakan kawasan utama pengeluaran durian berkualiti di Daerah Segamat. Menurut Keat Soon dimana beberapa pekebun limau bali terpaksa akur dalam mengimbangi keperluan permintaan pasaran buah-buahan kegunaan tempatan bagi Tahun Baharu Cina kali ini iaitu sebelum bakinya di eksport ke Singapura. Biasanya jumlah permintaan limau bali dari Jementah terus meningkat termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang, namun kini akibat kesan oleh kemarau, penanam rasa bimbang kualiti serta kuantiti hasil tanaman ini akan terus mengalami kemerosotan.  Apatah lagi limau bali di Jementah antara terbaik di negara ini sejak dahulu lagi tetapi cuaca panas kini menyebabkan kira-kira 30 peratus hasil pengeluaran berkurangan. Akibat cuaca kering itu turut menyebabkan isi limau bali warna putih menjadi masam dan kehijauan dan tidak seperti kebiasaan berwarna sedikit kekuningan. Setiap kilogram limau bali seberat antara 1.5 kilogram sehingga dua kilogram kini dijual pada harga RM6 sehingga mencecah belasan ringgit mengikut kualitinya. Terdapat seramai 120 ahli pelbagai kaum yang menyertai Persatuan Usahawan Tani Jementah dimana sebahagian besarnya menanam limau bali dikawasan jumlah berkeluasan kira-kira 40 hektar. Pihak FAMA Segamat turut membantu penanam dengan memantau kekurangan hasil tanaman limau bali untuk kegunaan pasaran tempatan terutama dimusim perayaan.

Dalam pada itu sebelumnya BH melaporkan '
Bekalan limau bali P058, P051 Jementah kurang, petani hadkan eksport' menarik untuk ditulis semula kisahnya.  Diberitakan akibat dari kekurangan bekalan limau bali, terutama Jenis Merah atau Lee Min P058 dan Jenis Putih P051 menyebabkan pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 tan metrik pada musim ini. Pengerusi Koperasi Pekebun Jementah, Wong Keat Soon, berkata pekebun terpaksa mengehadkan jumlah untuk pasarannya bagi memastikan warga tempatan dapat membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.  Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari oleh ramai masyarakat Tinghua kerana buahnya amat berkualiti sering dihidangkan kepada tetamu dan keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan keluasan yang telah membabitkan ratusan hektar. Permintaannya sentiasa tinggi, terutama pada Tahun Baharu Cina dan festival Kuih Bulan pada September setiap tahun. Dia dakwa pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan cuaca panas terik dan konsisten ketika berputik. Bagaimanapun tehun ini hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan mengenai kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Harga setiap sekilogram limau bali merah RM12/kg berbanding harga sebelum ini yang dijual RM8 sekilogram, manakala bagi pasaran isi putih RM10/kg yang dahulunya hnya dijual pada RM6/kg. Dilaporkan dimana  buah limau bali dari Jementah menjadi kegemaran ramai kerana rasanya seimbang iaitu tidak pahit dan sedikit masam dimana selain itu ia juga mengeluarkan aroma lebih menyelerakan. Limau dari sini  mudah dikisar untuk dijadikan jus minuman dan penyegar badan dengan setiap satunya mempunyai berat antara 1.5 kilogram (kg) hingga dua kg. Mereka juga pernah menerima pengiktirafan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan bebas bahan kimia daripada Jabatan Pertanian menyebabkan buah limau dihasilkan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna seperti dakwanya yang pernah mempunyai rekod jualan baik di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang sejak lebih 20 tahun lalu. Sementara itu, guru di Jementah, See Sew Yan, 57, berkata selain isi limau bali yang enak di makan, kulitnya turut digunakan sebagai bahan masakan untuk resipi ikan masam manis yang dijadikan hidangan utama majlis ‘makan besar’ dan campuran bubur merah. Kulit limau yang sudah dikeringkan juga boleh dibuat air rebusan untuk menyejukkan suhu badan, selain dibakar bagi menghalau nyamuk dan boleh dibeli di kedai ubat tradisional Cina.

Akhbar Harian Metro dengan tajuk berita 'Tak cukup' menarik menunjukkan dimana Encik Wong 
menunjukkan limau bali merah dan limau bali putih yang mendapat sambutan setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina (Sila lihat foto disebelah).  Akibat kekurangan bekalan limau bali terutama jenis merah atau Lee Min P058 dan putih P051 menyebabkan jumlah pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 metrik tan saja pada musim ini. Pengerusi Koperasi Pekebun Jementah Wong Keat Soon, 56, berkata keadaan itu menyebabkan pekebun terpaksa mengehadkan pasarannya bagi memastikan warga tempatan membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari masyarakat Tionghua kerana buahnya amat berkualiti dan dihidangkan kepada tetamu serta keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Tidak hairan buah dari Jementah ini menjadi buruan kerana ia antara jenis terbaik di negara ini ketika ditemui di kediamannya di Jementah semalam. Wong berkata, lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan keluasannya membabitkan ratusan hektar. Kin ijumlah permintaannya sentiasa tinggi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Festival Kuih Bulan pada setiap September. Dilaporkan tahun ini jumlah eksport ke negara jiran hanya 300 metrik tan berbanding 10,000 metrik tan tahun lalu. Langkah mengurangkan eksport itu bagi mengimbangi kekurangan bekalan di pasaran tempatan dan mengehadkan jumlah buah berkenaan untuk pasaran luar. Pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan keadaan cuaca panas terik serta konsisten ketika berputik. Bagaimanapun, hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Faktor kekurangan bekalan limau bali menyebabkan petani terpaksa mengehadkan jualan kepada pelanggan beberapa biji saja selain harganya sedikit tinggi.

Portal berita astro.awani pula beritakan '70 hektar tanah di Tambun khusus untuk tanaman limau bali - MB' menarik untuk dikongsikan. 
 Hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik.  Kerajaan negeri Perak berhasrat menjadikan kawasan Tambun berhampiran bandaraya Ipoh sebagai pusat tumpuan pelancongan memandangkan kawasan itu sinonim dengan limau bali atau lebih dikenali limau Tambun yang mendapat permintaan tinggi dari seluruh negara. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata dimana kebanyakan tanah yang diusahakan dengan buah tersebut oleh pekebun sejak puluhan tahun adalah tanah milik kerajaan negeri. Dia sudah berbincang dengan pekebun dan mencadangkan supaya tanah seluas 70 hektar di kawasan Tambun diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) supaya kita dapat mengekalkan kehijauan tanah ini dengan tradisi tanaman limau Tambun. Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pekebun Buah Limau Bali Tambun dan Buah-Buahan Tempatan Tambun. Beliau berkata beberapa syarat akan dikenakan selepas pengagihan tanah untuk pekebun, antaranya, hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik. Audit juga perlu dilakukan ke atas penggunaan tanah kerajaan negeri oleh pekebun di sini bagi memastikan ia diurus dengan betul.
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
LIMAU BALI... BESAR SAIZ BUAHNYA...
DIJEMENTAH SEGAMAT... LUASNYA...
KESAN CUACA PANAS...TERJEJAS DIA...
BEKALAN KURANG... NAIK HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Muharam 1443H).

Sunday, August 29, 2021

DAUN KESUM DAN FAKTA DI MEDIA

POKOK DAUN KESUM
(Polyganum minus) merupakan sejenis tumbuhan herba atau sejenis ulaman dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara lain yang serupa dengan iklim negara kita. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya yang digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga dikawasan kebun keliling rumah (selalunya ditepi bilik air). Bahagian daun pada pokok kesum merupakan komponen yang digunakan dalam masakkan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan. Nama lain bagi kesum seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun) tetapi ianya dari spesis yang lain dengan Daun Kesum di Malaysia. Pokok Kesum saya dapati merupakan sejenis pokok renek yang menjalar diatas tanah atau menjalar diatas pokok lain atau sebarang sokongan. Ketinggian pokok kesum mampu naik sehingga ketinggian 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kaawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland mampu tumbuh setinggi 1.5 meter. Daun kesum berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang dan tajam dihujung daun berukuran 1.5 - 2 cm lebar dan 5.0 - 7.0 cm panjang. Susunan daun kesum adalah bersilang dan dalam bilangan 3-5 helai daun dalam satu tangkai daun. Batangnya berwarna coklat gelap dibahagian tua dan kehijauan pada bahagian pucuk yang berbentuk selinder dimana mempunyai banyak ruas. Bahagian ruas mampu mengeluarkan akar jika terletak diatas tanah dan cepat membesar. Akar pokok kesum merupakan akar serabut yang terpadat pada bahagian perdu pokok. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan cerita mengenai daun kesum di media tempatan untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.


Portal berita Harian Metro (HM) dengan tajuk berita 'Bukan tangan panas' pun menarik untuk ditulis semula. Ini kerana pada penulis blog dimana daun kesum tumbuh subur jika ditanam secara hidroponik atau pun konvensional. Ini kerana kisah dengan bermula sekadar memenuhi keperluan ayahnya mencari benih pokok untuk berkebun mendorong Marlina Ismail yang berumur 33 tahun turut melakukan perkara sama di rumah. Ini ditambah keseronokan melihat beraneka tumbuhan dan pokok ketika mencari benih membuatkan minat untuk memiliki tanaman sendiri semakin bercambah. Jika sebelum ini bukan tiada minat, tetapi saya mempunyai pengalaman pokok mati selepas benih disemai. Saya anggap tangan ini 'panas' sebab itu pokok susah hendak tumbuh, tetapi apabila dewasa baru saya tahu teknik yang digunakan itu salah. Teknik yang betul rupa-rupanya benih tidak boleh dikambus terlalu dalam, cukup sekadar menutup nipis dengan tanah bagi memudahkan benih bercambah. Kini menyedari wujudnya minat berkebun membuatkan Marlina mula mencari peralatan seperti pasu, tanah organik dan benih yang dibeli di pusat penjualan benih MARDI yang semua kos berjumlah RM200. Dari segi peralatan dimana dia suka mencari bahan mampu milik terutama di kedai yang menjual barangan berharga RM2. Kadang-kadang, andai barang yang saya perlukan itu tiada dia buat sendiri melalui tunjuk ajar YouTube. Dia juga mencari di kedai barangan terpakai atau menggunakan barangan kitar semula namun disebabkan dia dan suami gemar melancong, sebelum mula bercucuk tanam timbul pertanyaan siapa yang akan menyiram pokok ketika berada di luar daerah. Wanita ini berasakan penanaman atas tanah bukan pilihan bijak. Dia mencari alternatif lain supaya mereka tidak perlu lagi menyiram pokok selalu. Selepas membaca, mereka dapati teknik hidropot sangat sesuai. Kosnya pula murah hanya menggunakan set peralatan yang banyak dijual di Internet pada harga RM15 - RM20 satu set. Dia juga terfikir daripada beli mahal kenapa tidak menghasilkannya sendiri. Jadi saya beli beberapa barang dan mula menggabungkannya satu persatu dengan kos RM4.50 saja. Menerusi kaedah ini, Marlina hanya perlu meletak baja dua atau tiga minggu sekali. Kaedah ini boleh mengurangkan serangan penyakit atas tanah dan serangga terhadap tanaman. Contohnya pokok kesum pertama menggunakan hidropot hidup subur dan menghijau disebabkan penggunaan air yang banyak.

Teknologi lain penanaman kesum dengan menggunakan aquaponik menggunakan baja organik. Marina dakwa melalui kaedah ini dia menggantikan tanah dengan bebola tanah liat hidroton iaitu bahan semula jadi dari tanah liat yang digumpal menjadi bebola kecil pada suhu panas. Hidroton dilapor memudah dan mempercepatkan penguraian mikro organisma serta dapat membantu mengekalkan tahap keasidan (pH) air. Jadi dia tidak perlu menggantikan air selalu dan teknologi ini sangat menjimatkan yang turut membuat pendawaian sendiri untuk tanaman hidroponik. Dari segi penjagaan kaedah hidroponik sangat mudah. Marlina hanya perlu membuat semburan setiap pagi dan malam. Teknik aquaponik pula menggunakan pam air dari kolam ikan untuk menyedut dan menyiram pada tanaman. Jadi apabila cukup masa, sayur-sayuran dan ikan boleh dimakan. Kebaikan menggunakan aquaponik ini ialah bebas nyamuk atau jentik-jentik yang menjadi makanan ikan. Semua pokok sesuai menggunakan teknik aquaponik cuma sama ada relevan atau tidak. Tanaman yang berhasil dengan menggunakan kaedah ini adalah ulam-ulaman dan herba antaranya rosemary, oregano, pudina, basil, tarragon dan kesum. Sekarang ini dia dalam misi mencari benih strawberi untuk ditanam di belakang rumahnya yang turut berhadapan masalah lumut pada bekas tanaman namun ia dapat diselesaikan segera menerusi pembacaan di Internet. Apa yang menariknya kedua-dua kaedah ini iaitu aquaponik dan hidroponik tidak menggunakan baja kimia selain baja organik dari najis ikan saja. Ini menyebabkan semua sayur-sayuran bebas racun serangga. Sehingga kini Marlina mempunyai 20 jenis pokok dan mengumpul modal untuk membesarkan kolam ikan bagi menambah penanaman pokok herba di kawasan perumahan. Dia mendapat sokongan 100 peratus daripada suami dan ayahnya dan memang jelas Marlina dia juga telah mengajak anak-anaknya untuk turut serta dalam mengambil bahagian menyiram pokok. Biasanya dia menyiram sebelum ke tempat kerja atau selepas bekerja menggunakan campuran air dan baja Eco Enzyme pada hari biasa. Hujung minggu pula dia siram menggunakan air ikan daripada semua kolam aquaponiknya. Apa yang pasti sejak mula mempunyai kebun sendiri Marlina tidak lagi membeli sayur-sayuran. Apa yang lebih penting aktiviti ini membantu mengeluarkan peluh dan menjadi acara riadah bersama anak-anak. Mereka juga turut terdedah kepada penjagaan alam sekitar dan memelihara tumbuhan hijau untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Di Kuala Lumpur berita 'Perencat kanser dalam daun kesum' adalah paling viral yang perlu dirujuk dalam blog ini. Akhbar Berita Harian (BH) melaporkan dimana sekumpulan penyelidik dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menemukan sebatian metabolit dalam daun kesum yang mempunyai nilai perubatan serta farmaseutikal. Ia juga termasuk agen anti kanser dalam penyelidikan yang mana telah dijalankan sejak 10 tahun lalu itu. Pasukan itu juga melaporkan apabila sebatian kesum yang dipanggil juga 'Vietnamese Coriander' atau nama saintifiknya Polygonum minus diuji kepada sel kanser di makmal dimana hasil perencatan sel kanser mencecah 100 peratus, hasil kajian belum pernah dilaporkan di mana-mana jurnal perubatan.  Penyelidikan yang dijalankan 13 felo pelbagai kepakaran dari institut itu diketuai Pengarah INBIOSIS iaitu Prof Dr Ismanizan Ismail. Dakwanya memang lazim tumbuhan lebih banyak mengeluarkan sebatian metabolit sekunder apabila ia berada di dalam keadaan tekanan (stres). Tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sebatian metabolik sekunder untuk melindungi diri apabila berdepan tekanan termasuk cuaca seperti panas dan hujan. Seperti manusia, apabila hujan, manusia mencari tempat berteduh dan apabila panas kita menghidupkan pula penghawa dingin atau kipas, tetapi tumbuhan tidak boleh bergerak dan hanya boleh menghasilkan sebatian metabolik sekunder sebagai tindak balas pertahanan diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai tekanan. Dilaporkan dimana didalam kajian adaptasi kesum terhadap tekanan ini, penyelidik INBIOSIS menggunakan pelbagai bahan kimia, hormon, suhu, patogen atau bakteria untuk mengenal pasti penghasilan sebatian metabolit sekunder sebagai tindak balas terhadap agen tekanan yang berbeza. Hubungan di antara gen yang bertanggungjawab dalam memberi arahan kepada tumbuhan untuk menyesuaikan diri kepada tekanan dan seterusnya menghasilkan sebatian metabolit sekunder boleh diketahui dengan melakukan analisis bioinformatik. Analisis bioinformatik adalah langkah penting dan kritikal dalam kajian biologi sistem yang diaplikasikan untuk merungkai dan memahami bagaimana kesum menghasilkan sebatian metabolit sekunder yang unik ini. Kajian ini menggunakan sistem dan perisian perkomputeran yang khusus dan kemudahan itu ada di Pusat Penyelidikan Bioinformatik INBIOSIS yang diketuai Prof Madya Dr Zeti Azura . Kumpulan penyelidik ini bertanggungjawab menganalisis dan seterusnya mengintegrasi semua data omiks kesum untuk menghasilkan peta laluan biosintesis sebatian metabolit sekunder yang khusus bagi pokok kesum. Pengetahuan yang tepat mengenai peta laluan ini boleh digunakan untuk memahami secara mendalam terhadap hubungan gen dengan penghasilan sebatian metabolit sekunder. Maklumat ini seterusnya dapat diaplikasi ke dalam mikro organisma terpilih yang akan bertindak sebagai kilang biologi untuk menghasilkan sebatian metabolit sekunder terpilih yang dikenal pasti dalam kajian awal kesum pada jumlah yang lebih banyak dan dalam masa lebih singkat. Gabungan penyelidikan makmal dan biologi perkomputeran berupaya menemui ilmu baru dan merungkai permasalahan biologi dengan lebih berkesan dan pantas.  Dalam perkembangan sama, Felo Penyelidik INBIOSIS, Dr Syarul Nataqin Baharum berkata setiap bahagian dalam kesum mengandungi sebatian yang berbeza. beberapa orang pelajar Biologi Sistem menjalankan kajian terhadap daun kesum terlibat di makmal Institut Biologi Sistem UKM, Bangi (Sila lihat foto disebelah). Justeru, pihaknya mengambil sampel daripada daun, batang serta akar kesum untuk mendapatkan sebatian berbeza bagi penghasilan bahan yang berlainan. Setiap bahagian dalam kesum mempunyai keistimewaan masing-masing. Paling menarik, ada sebatian dalam tumbuhan ini yang mampu merencatkan sel kanser. Untuk kesan anti kanser ini, kita ambil dari bahagian batangnya dan hasil kajian ia menunjukkan sel kanser payu dara, paru-paru dan usus merencat. Untuk peringkat seterusnya, kami sedang cuba mendapatkan geran bagi penyelidikan lanjutan untuk mendapatkan ujian klinikal menggunakan tikus makmal seterusnya kajian terhadap manusia. Pihaknya turut mengkaji bahagian lain dalam kesum yang kaya dengan pelbagai bahan kimia semula jadi yang mampu menghasilkan bahan bagi pembuatan minyak wangi dan sabun. UKM lihat daun kesum mempunyai aroma menarik dan banyak digunakan dalam makanan dan industri minyak wangi. Kajian mendapati ada sebatian yang sama dengan pembuatan minyak wangi dari negara maju termasuk di Perancis. Ia turut mempunyai sebatian yang boleh digunakan untuk menghalau serangga dan UKM sudah berjaya membuktikan terhadap lipas. Hasil penyelidikan ke atas kesum ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan ia dapat direalisasikan dengan ada jaringan kerjasama dengan industri. Ketika ini, pihaknya sudah bekerjasama dengan Orchid Life Sdn Bhd dalam penghasilan produk berasaskan kesum.

Dalam pada itu portal FMT dengan tajuk 'Daun kesum & khasiatnya yang tidak kita ketahui' nyatakan dimana 'daun kesum, penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau dijadikan ulam. FMT memetik dari Kuala Lumpur dimana siapa yang tidak kenal dengan daun kesum?. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan serta penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam. Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan jenis menegak. Dipercayai daun kesum kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera dimana daun herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan. Daun kesum dilaporkan mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat anti mikrob. Minyak wangi dari daun kesum yang aromatik boleh dihasilkan dari minyak patinya yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Didakwa memeng tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian juga mendapati kandungan bahan ‘aliphatic aldehyde’ ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu.  Kandungan bahan decanal dan dodecanal yang terdapat dalam ‘aliphatic aldehyde’ boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan. Dalam perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara khasiatnya ialah dimana secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala. Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin. Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mana ia mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita. Pucuk daun kesum boleh dijadikan ulam untuk mengekalkan stamina dan kesihatan awet muda. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
DAUN KESUM... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
PERISA MAKANAN...HEBAT RASANYA...
MINYAK PATINYA... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muharram 1443H).

Saturday, August 28, 2021

WASPADA BILA MAKAN DURIAN

BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang sangat popular di Malaysia dan beberapa negara tropika lain dan digelar sebagai 'Raja Segala Buah'. Buah bermusim ini merupakan buah yang kulitnya berduri dengan isi yang baunya kuat serta rasa lemak manis membuatkan ramai peminat durian menunggu akan ketibaannya. Di Malaysia musim durian lazimnya dari bulan Mei sehingga September untuk musim utama dan Disember sehingga Januari untuk buah luar musim setiap tahun. Saya ada menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian didalam blog ini yang dibaca oleh lebih dari 4.8 juta pembaca. Buah durian adalah asli dari Asia Tenggara ini memang dikenal mempunyai rasa yang enak namun tidak semua orang disarankan makan durian dengan berlebihan disebebkan akan terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh memudaratkan. Pembaca dan peminat buah durian adalah dinasihatkan agar perlu berhati-hati semasa makan durian kerana dalam buah ini dilaporkan terkandung bahan seakan alkohol (etanol, methanol, ethyl metacrylate) serta berbagai bahan sulfur. Kesan sampingan dari bahan ini diantaranya adalah meningkatkan tekanan darah. Sehingga pengidap hipertensi dan penyakit seperti jantung koroner, stroke atau gangguan kepada buah pinggang (ginjal) apabila mengambilya dengan banyak. Selain itu juga sebenarnya buah durian juga mengandungi bahan lemak dan glukosa yang cukup tinggi. Bagaimana pun semasa buah durian sudah matang glukosa boleh berubah menjadi alkohol. Alkohol dan glukosa ini perlu menjadi perhatian terutama yang memiliki penyakit diabetes. Kandungan kalori yang tinggi inilah yang menghasilkan pembakaran berlebihan di tubuh yang kemudian menimbulkan badan akan terasa panas dalam tubuh kerana setiap 100 gram durian mengandungi sebanyak 120 -180 kalori. Seulas isi durian seberat 500 gram memang mengandungi sebanyak 600 - 900 kalori. Maka apabila anda memakan empat buah durian akan mendapat ledakan tenaga segera sebesar 2,400 - 3,600 kalori melebihi kadar keperluan sebenar purata harian. Kepada wnita hamil juga tidak boleh terlalu banyak makan buah durian sebab durian mengandungi alkohol dan asam arachidonat yang dilaporkan merbahaya bagi janin di awal kehamilan. Mereka yang berada pada awal kehamilan tunda dulu hasrat makan durian. Semasa makan buah durian tidak disarankan mengambil alkohol, soda, tapai dan kopi kerana ia akan menyebabkan tekanan darah naik dan gangguan pencernaan. Sebaiknya petua untuk minum air putih setelah makan durian perlu diamalkan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iinfo mengenai kenapa perlu waspada makan durian dan elakan dari makan berlebihan untuk dijadikan bahan rujukan anda pembaca semua.

Akhbar Kosmo melaporkan dimana 'Awas, berpada-pada makan buah durian' dimana ia memberikan pandangan tentang peminat buah durian perlu waspada apabila makan durian. Penulis blog agak setuju apabila dilaporkan dimana bagi penggemar buah durian terutama varieti Musang King (D197), Varieti Udang Merah dan varieti Duri Hitam agar waspada apabila memakannya walau pun mereka tidak kisah membayar harga yang mahal semata-mata untuk menikmati keenakan raja buah itu. Keenakan dan aroma buah durian boleh membuatkan seseorang tidak keruan malahan penulis blog juga pernah mendengar ada yang siap menabung sejak awal tahun untuk membeli buah itu pada musimnya. Ramai tidak sedar bahawa buah durian sebenarnya mampu meragut nyawa jika tersalah makan. Kisah ini adalah benar jika buah durian memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, B2 dan B9, phytonutrient dan antioksidan yang tinggi dimakan secara berlebihan twalau pun ada kemampuan. Namun begitu individu tidak disarankan untuk memakan durian pada kadar yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Menurut Pakar Dietitian daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim kini terdapat dua individu yang tidak digalakkan atau tidak dibenarkan langsung untuk makan durian iaitu Penghidap Kencing Manis (diabetes) dan Pesakit Buah Pinggang Kronik. Dilaporkan dimana penghidap diabetes masih boleh memakan buah durian, namun tidak boleh lebih daripada dua ulas sahaja. Ini kerana buah durian mengandungi kandungan gula yang sudah mencukupi untuk pengambilan seharian. Sebaiknya untuk pesakit buah pinggang kronik pula, mereka tidak dibenarkan langsung untuk makan buah tersebut termasuk individu yang menjalani rawatan dialisis. Pesakit buah pinggang dikategorikan kepada lima tahap iaitu tahap satu hingga tahap lima. Tahap kronik merujuk kepada tahap empat dan lima. Ini disebabkan buah pinggang pesakit tidak mampu untuk menapis kandungan Kalium (dan potassium) tinggi yang terkandung dalam buah durian sekali gus menyebabkan kandungan kalium dalam darah meningkat. Untuk pesakit buah pinggang kronik, pengambilan buah itu walaupun satu ulas adalah sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Ada banyak kes kematian dalam kalangan pesakit buah pinggang dilaporkan berlaku adalah disebabkan mereka memakan buah durian atau mengambil makanan yang tinggi kandungan kalium sehingga pengamal perubatan menggelar buah durian sebagai ‘killer fruit’ untuk pesakit buah pinggang.

Seterusnya Pensyarah Kanan Program Dietetik, Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. Nur Hana Hamzaid berkata, kandungan kalium sebenarnya penting untuk mengawal saraf dan otot terutamanya jantung. Namun jika kandungan kalium dalam darah tinggi maka apa berlaku adalah kan­dungan yang berlebihan ini akan membuatkan degupan jantung menjadi tidak konsisten dan boleh berhenti secara tiba-tiba. Kalium adalah mineral yang boleh didapati dalam kebanyakan makanan. Buah pinggang pula berperanan untuk mengawal jumlah kalium yang betul di dalam tubuh badan. Buah pinggang yang rosak menyebabkan bahan mineral itu terkumpul dalam darah. Individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh menikmati buah durian, namun hanya memadai untuk memakan lima ulas sahaja sehari mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia. Katanya lagi, jika melihat pada sumbangan serat, lima ulas buah durian sudah cukup untuk ke­perluan menyamai pengambilan dua biji buah-buahan lain. Perlu diingat lima ulas durian itu adalah empat hingga lima kali lebih tinggi daripada sebiji buah epal.

Berita 
Harian dengan artikel bertajuk 'Durian perangkap penyakit' memang sesuai untuk dikongsikan. Memang keenakan buah durian terutama klon Musang King, Udang Merah dan Duri Hitam membuatkan sesiapa sahaja sanggup ke pelosok negara untuk menikmatinya. Aroma, warna, bau dan kegebuan durian mempunyai pelbagai khasiat seperti mengandungi vitamin C, B2 dan B9, phytonutrien dan antioksidan tinggi. Raja buah itu juga mengandungi 65 peratus air, 27 peratus karbohidrat termasuk empat peratus serat, lima peratus lemak dan satu peratus protein. Makan durian memang lazat. Sesetengahnya makan semahu-mahunya. Selang beberapa jam, badan mulai panas dan kepala pula pening, selain pedih ulu hati dan kembung perut akibat terlebih menikmati durian yang menyebabkan individu rasa tidak selesa. Situasi itu adalah normal. Malah mereka tahu akibat pengambilan secara berlebihan buah durian boleh mengakibatkan kesan negatif, namun ramai yang tewas akibat keenakannya. Pakar Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak, berkata secara purata, pengambilan durian sebanyak dua ulas sudah mencukupi, namun bagi ulas yang besar, satu sahaja memadai. Ini kerana makan secara berlebihan boleh mengundang sensasi 'panas' dan sakit kepala. Kajian menunjukkan ada lebih 100 jenis sebatian meruap yang memberi perisa dan aroma dikenal pasti dalam durian. Dakwanya diantara terdiri dari bahan dari kumpulan ester, sebatian bersulfur, sebatian karbonil, sebatian beralkohol, hidrokarbon. Sebatian ini bergantung kepada spesis. Sebatian kimia bersulfur dan ester ini sangat mudah meruap. Oleh itu durian ini dapat dihidu walaupun dari jarak jauh dan apabila dimakan dalam kuantiti banyak kesannya dimana bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan sistem penghadaman tertentu menyebabkan sensasi 'panas'.

Mereka peminat buah durian perlu awas terutama pesakit buah pinggang. Apa puan kesan dan reaksinya itu bergantung kepada sistem penghadaman individu terterntu dimana sebahagian sebatian bersulfur yang tidak 'sempat' meruap mungkin akan diguna oleh bakteria dalam usus besar dan menghasilkan gas hidrogen sulfida. Fenomena ini juga akan menyebabkan pengumpulan gas (angin) seterusnya akan membuatkan kemungkinan pedih ulu hati, sendawa, sering kentut dan kembung perut. Situasi itu adalah kesan 'negatif' pengambilan buah durian secara berlebihan, namun waspada kepada golongan yang mempunyai penyakit serius seperti pesakit buah pinggang kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka. Ini kerana durian mempunyai kandungan mineral potasium yang tinggi kurang sesuai kepada pesakit buah pinggang terutama yang sedang menjalani rawatan dialisis.  Bagi pesakit buah pinggang dimana sistem perkumuhan mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan seperti bahan potasium berbanding dengan individu normal yang mencernanya. Akan berlaku juga apa yang dikatakan 'Gangguan ritma jantung' apabila individu melakukan pengambilan makanan yang tinggi kandungan potasium mungkin boleh menyebabkan peningkatan paras potasium dalam darah. Paras potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan gangguan kepada ritma jantung (heart rhytm) dan boleh membahayakan nyawa pesakit. Bagi pesakit diabetes apabila kadar gula di dalam durian juga tinggi menyebabkan ia perlu diambil dalam kuantiti sederhana atau sedikit sahaja. Pengambilan durian dalam kuantiti banyak menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tidak terkawal dan menyebabkan pesakit mula mengalami kelemahan yang berterusan. Kesan makan durian juga bahaya kepada tekanan darah tinggi dimana dilaporkan kes berlaku di Jakarta pada 2020 dimana seorang lelaki yang juga penghidap darah tinggi disyaki maut akibat pengambilan durian secara berlebihan. Ia mungkin boleh terjadi apabila makan terlalu banyak buah itu menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu tinggi dimana ini mengakibatkan salur darahnya pecah. Dr Wan Rosli berkata, durian mengandungi 11 jenis alkohol di mana kandungannya durian mungkin boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi dan apabila berlaku akan menyebabkan gangguan kadar denyutan jantung, sekali gus mungkin mendapat serangan kepada jantung secara tiba-tiba. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian. Durian juga mengandungi sebatian bersulfur (dietil disulfida) boleh merencat aktiviti enzim aldehyde dehydrogenase (ALDH) dalam hati yang berfungsi untuk memecahkan alkohol. Seeterusnya dia menjelaskan dimana durian akan menganggu pencernaan, perut, hati sebab buah durian memang tinggi kalori dan ianya akan meningkatkan kandungan alkohol (daripada durian yang dimakan dalam kuantiti yang banyak) akan mengganggu pencernaan pada perut dan hati. Hal ini mungkin boleh mengakibatkan paras alkohol dalam darah yang gagal dipecah oleh tubuh kerana direncat oleh durian akan berubah menjadi sangat beracun.

Sudah ramai amalkan meminum air dari dalam kulit durian sebagai petua kesihatan dimana didakwa ianya adalah hanya sebagai mitos. Dr Wan Rosdi berkata minum air di dalam kulit durian seperti dakwaan sesetengah bagi mengelak rasa 'panas' adalah mitos dan tiada bukti saintifik berkaitannya. Dakwanya memang agak sukar untuk sesiapa mengaitkan sebatian kimia dalam pangsa durian ini. Apa pun memang tidak dapat dinafikan kemungkinan boleh wujud kesan psikologi yang yakin dapat berkaitannya merangsang sebatian kimia dalam otak berfungsi dan menyebabkan amalan ini berkesan akan tetapi kajian lanjut perlu dilakukan berkaitannya. Pada penulis blog memang mungkin kesan psikologi akan membantu mengurangkan 'panas badan' selepas makan durian kerana ia bagus untuk kesihatan juga. Persoalan mengenai adakan makan durian memberikan kesan bayi dalam kandungan?. Pernah didengar dimana ada juga pandangan ibu hamil tidak boleh makan durian kerana memberi kesan kepada bayi adalah kepercayaan semata-mata dan tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Dr Wan Rosdi berpendapat ibu hamil selamat dan boleh makan durian tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Apa pun sebagai  langkah berwaspada sebaiknya ibu hamil dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor jika khuatir kesannya. Bagi pesakit diabetes gestasi memang pengambilan durian mungkin tidak digalakkan memandangkan kandungan gulanya tinggi. Dijelaskan dimana sebenarnya makan durian dalam jumlah sederhana semasa hamil boleh memberi manfaat kerana buah itu mengandungi sebatian tryptophan dan organo-sulpur memberikan kesan positif seperti memberi ketenangan, membantu mengelak imsomnia dan berfungsi sebagai antioksidan. Mengenai kewujudan khasiat durian klon, Dr Wan Rosli mendakwa dimana secara umumnya, keenakan sesuatu klon durian adalah terdapat pada keunikan perisa membabitkan gabungan komposisi sebatian meruap, rasa, tekstur, warna, komposisi gula dan kandungan lemak. Apa pun sebaiknya ada kajian menyeluruh juga perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada durian kampung mempunyai lebih khasiat atau sebaliknya berbanding durian klon. Durian mengandungi gula yang sangat tinggi dan kandungan serat dietari sangat rendah berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Pengambilan serat dietari yang mencukupi perlu untuk menghindarkan pelbagai penyakit tidak berjangkit. Apa pun di USM, kumpulan saintis ada juga menumpukan kajian terhadap kumpulan buah dan sayur mempunyai serat dietari tinggi seperti pisang ranum,' rock melon', kundur dan jagung muda. Hasil kajian mereka mendapati serat dietari daripada pisang ranum dan jagung muda menghasilkan produk berasaskan bakeri seperti biskut, mufin dan kek yang rendah indeks glisemik (GI), di mana ia mampu dinikmati semua golongan termasuk yang menghidap diabetes kerana kandungan gula dalam darah tidak meningkat selepas mereka makan produk ini. Serat tak larut air memerangkap granul kanji dan melengahkan aktiviti enzim alpha-amylase untuk meghidrolisis kanji (menghasilkan glukosa) dalam produk bakeri ini. Situasi ini menurunkan respons glisemik dan nilai GI produk bakeri. Produk berserat tinggi mengawal glukosa dalam darah supaya tidak meningkat dan seterusnya membantu mengelakkan komplikasi diabetes. USM juga menjangkakan ciri rendah GI juga terdapat dalam durian yang belum masak kerana kewujudan kanji rintangnya. Namun kajian lanjut berkaitan dengan fungsi kanji rintang dan nilai pemakanan durian pada tahap kematangan berbeza (sebelum durian betul-betul masak) berada dalam senarai perancangan kajian kami. Dr Wan Rosli tidak menafikan durian boleh memberi manfaat kepada kesihatan jika diambil dalam kuantiti sederhana, sebaliknya memudaratkan serta mendatangkan komplikasi jika dimakan secara tidak terkawal. Semuga artikel panjang lebar dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna. Wasallam!!!.
BUAH DURIAN... ENAK DIMAKAN...
PESAKIT KRONIK... CUBA ELAKKAN...
MINERAL TINGGI... BAUNYA SAKAN....
PERLU WASPADA .. DINASIHATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Keroh,
Bandaraya Melaka Bersejarah, 
Melaka, Malaysia.
(25 Zulhijjah 1442H).

Friday, August 27, 2021

DAUN JELATANG YANG GATAL

POKOK JELATANG (Laportea sppatau sinonim dengan nama Urtica dioica adalah juga sejenis tumbuhan yang daunnya berbulu (miang) yang boleh menyebabkan kesan gatal-gatal pada kulit jika bersentuhan. Tumbuhan ini memiliki 22 jenis iaitu sejenis tumbuhan didalam keluarga Urticaceae termasuk 10 spesis yang lazim ditemui iaitu Laportea aestuans (L.) Chew atau Jelatang Hindia barat, Laportea bulbifera (Siebold & Zucc.) Wedd.,  Laportea canadensis (L.) Wedd. atau Jelatang Kanada, Laportea cuneata (A.Rich.) Chew. atau Jelatang rumputLaportea cuspidata (Wedd.) Friis, Laportea grossa (Wedd.) Chew, Laportea interrupta (L.) Chew. atau Jelatang Hawaii, Laportea peduncularis (Wedd.) Chew,  Laportea pterostigma Wedd. atau Jelatang beracun dan juga Laportea urentissima Gagnep. Melihat tumbuhan ini dimana bahagian daun atau bahagian lain tumbuhan ini (bunga, dahan dan sebagainya) boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit apabila disentuh (kecuali pada bahagian tapak tangan). Ia merupakan sejenis rumpai yang terdapat didalam kebun atau belukar di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan kawasan subtropika. Walau pun dilihat daunnya bersaiz agak kecil akan tetapi apabila terkena kulit menyebabkan ia akan mengalami keracunan yang simptomnya dengan kulit gatal, pedih, kemerahan dan menyebabkan bengkak kepada yang allergi. Namun pembaca blog ini jangan khuatir kerana tanaman jelatang terutama daunnya yang sudah dimasak atau pun direndam dalam air panas akan kehilangan toksin beracun tersebut. Daunnya pun boleh diproses menjadi makanan yang digemari.  Biasanya daun jelatang ada digunakan dengan cara dikeringkan dahulu dan direbus bersama seperti daun teh. Di beberapa negara seperti Nepal dan India dilaporkan dimana daun mudanya juga dipakai untuk masakan makanan unik. Ada yang memasak sebagai sup sayur, ada yang digoreng mencelup tepung, ada yang buat teh minuman dan sebagainya. Diteliti lanjut biasanya pada seluruh tanaman jelatang dipenohi dengan bulu-bulu halus terutama pada bahagian daun dan batang. Jika tersentuh kulit manusia maka kesannya boleh mencetuskan keradangan kesakitan. Penulis blog belum menjumpai petani atau usahawan yang menanam herba ini secara komersil di Malaysia dan kebanyakannya masih hidup liar sahaja. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah dia pokok jelatang dan khasiat daripada tumbuhan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Bagaimanakah jika pembaca terkena daun ini secara sengaja atau tidak sengaja dan teknik perawatannya?. Jika sesiapa tersentuh tumbuhan jelatang semasa di kebun, belukar atau dihutan maka bersiaplah untuk mengalami ruam dan gatal (Sila lihat rajah disebelah). Pokok dan daun jelatang cukup mudah dikenali oleh mereka yang berada dilapangan dan cuba mengelakkan untuk tidak of tersentuhnya. Bagaimana pun sebahagian besar memang tidak mengenalinya dan mudah terkena apabila masuk kawasan semak. Ada pula mereka yang allergi dalam waktu yang relatif singkat kulit mereka pun akan timbul ruam atau bahkan lepuh yang berisi cairan. Maka mereka akan terus menggaru dan memegang bahagian kulit lain dan merebakannya kepada bahagian lain kulit. Penulis blog akan senaraikan tindakan awalan jika terkena gatal akibat daun jelatang. Pertama sekali adalah sebaiknya DIBERSIHKAN BAHAGIAN KULIT
 tersebut apabila sudah terkena daun ini. Sebaiknya gunakan air bersabun atau air suam panas untuk selama sekurang-kurangnya 10 minit dan tumpukan padapoint terawal yang kena. Kalau boleh dibersihkan pula bahagian kulit dan juga dalam kuku (mungkin sudah menggaru). Jika sudah sampai rumah disyorkan agar terus membasuh pakaian dan kasut dengan sabun. Kedua langkah boleh dilakukan adalah kenna pastikan agar JANGAN MENYENTUH RUAM.  Ini kerana ruam pada gatal daun jelatang ini cepat tersebar jika digaru dan dipindahkan kelokasi lain. Apa lagi elakkan daripada menyentuh kawasan sensitif seperti pada Mulut, Bibir, Mata dan juga alat kelamin. Perlu diingat dimana seluruh bahagian tumbuhan jelatang (sekalipun yang sudah mati) mengandungi minyak alergi bernama urushiol yang boleh menimbulkan rasa gatal atau melepuh jikabersentuhan dengan kulit. Anda juga boleh BERENDAM DALAM LARUTAN ASTRIGEN apabila kulit melepoh dan elakkan memicit pecahkan. Larutan ini adalah merupakan larutan yang dibuat dari campuran aluminium sulfat dan aluminium asetate selama 20 minit. Larutan Burow ini sebenarnya berfungsi sebagai astringen yang mampu dalam mengecilkan ukuran lepuh dan mengeringkannya. Langkah ke 4 dimana anda satu badan boleh BERENDAM dalam larutan oatmeal. Kajian mendapati dimana larutan oatmeal mampu mengurangkan ruam dan mengurangkan rasa gatal. Teknik ke 5 adalah dengan MELETAKKAN TUALA SEJUK dimana ia awalnya disejukkan dari dalam peti ais (freezer) ketempat yang gatal. Boleh juga masukkan tuala dalam bekas yang ada air batu dan diperah sebelum digunakan dan ulang beberapa kali. SAPUKAN UBAT GATAL yang ada dalam simpanan dikawasan yang terkena tumbuhan jelatang ini. Biarkan sehingga kering dan hilang masaalah tersebut atau ulang lagi sapuan jika belum berkesan. Apabila semua perkara diatas sudah dicuba akan tetapi masih belum dapat menyelesaikan masaalah kegatalan dan ruam maka sebaiknya dengan SEGERA PERGI JUMPA DOKTOR untuk rawatan selanjutnya.

Tumbuhan jelatang dahulu banyak ditemui di pekarangan rumah dan tumbuh secara liar di banyak tempat. Sifatnya yang sering dapat menimbulkan gatal-gatal menyebabkan ia tanaman ini kerap dipandang sebagai rumpai yang tidak berguna. Bagaimana pun dilaporkan iaitu daun jelatang boleh juga bagi dimanfaatkan menjadi makanan dan minuman berkhasiat jika diproses dengan cara betul.  Tanaman pernah dilaporkan sebagai salah satu daripada kaedah bahan perubatan tradisional sejak lama dahulu. Kajian lanjut saintis mendapati dimana ekstrak daun jelatang digunakan untuk mengubati atau mampu merawat penyakit seperti alergi, penyakit kulit dan juga masalah berkaitan dengan tulang. Di luar negara mereka menggunakan daun ini dalam merawat masaalah sakit otot dan sendi. Antara produk yang berasaskan daun jelatang seperti ubat sapuan atau salap, krim, tincture, tablet atau dalam bentuk ekstrak cair. Tetapi beberapa laporan nyatakan ia paling banyak digunakan daun jelatang sebenarnya untuk membuat serbuk teh. Minuman teh jelatang didakwa mampu membantu dalam pembersihan pada bahagian dalaman tubuh, memgurangkan bengkak pada mata, membantu meningkatkan metabolisme dan kekebalan tubuh dan membantu dalam menyeimbangkan kandungan natrium berlebiham. Khasiat teh daun jelatang juga didakwa mampu untuk membantu meredakan masalah haid pada wanita, membantu untuk membersihkan darah dan mengurangkan kesan allergi. Paling hebat apabila didakwa ia mampu membuang semua racun dari tubuhbadan dan menjaga kebersihan dan juga kesihatan kulit.

Khasiat daun jelatang bagi kesihatan ada banyak diperkatakan secara testimoni. Mungkin perlu lebih banyak penyelidikan klinikal dilakukan dimasa akan datang untuk lebih saintifik kebaikannya. Daun jelatang dilaporkan mampu untuk ia meredakan gejala pembesaran prostat bagi lelaki. Dalam satu laporan kajian pada tahun 2013 dilaporkan dimana daun dan akar jelatang mampu untuk ianya meredakan masaalah yang disebabkan oleh pembesaran prostat. Massalah seperti susah buang air kecil, buang air kecil tidak tos atau inkontinensia urine dapat diatasi dengan meminum teh daun jelatang (Sila lihat foto disebelah)Saintis mendapati dimana zat kimia dalam tanaman jelatang boleh mengatur keseimbangan bagi hormon termasuk hormon testosteron dan estrogen. Biasanya gangguan hormon akan menjadi salah satu penyebab pembesaran prostat jinak. Kedua dilaporkan dimana daun jelatang akan mengatasi masaalah reumatik dan osteoartritis dimana laporan kajian dalam Journal of Rheumatology menunjukkan bahawa dengan memminum ekstrak daun jelatang akan membantu mengatasi reumatik. Daun  jelatang berfungsi sebagai antiradang dalam tubuh. Seterusnya dimana khasiatnya sebagai bahan Anti-allergi yang baik. Tumbuhan ini walau pun menyebabkan kegatalan pada kulit sebaliknya apabila sudah diproses jadi teh atau masakan ia didakwa mampu melawan tindakbalas allergi. Ia juga berfungsi sebagai antihistamin yang mampu untuk menghentikan rasa gatal, bersin, hidung berair dan radang pada mata. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAUN JELATANG... GATAL TERKENA...
ADA RUAM... MENYIKSAKAN JUGA...
D RAWAT AWAL... ADA TEKNIKNYA...
JUMPA DOKTOR... JIKA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muharam 1443H).

Thursday, August 26, 2021

LOKAN - RESEPI ISTIMEWA DI MEDIA

LOKAN
(Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan Famili Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal dalam lumpur air payau. Hidupan ini juga terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat air payau dan sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir. Penulis blog mendapati dimana lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna puih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya hidup. Saiz lokan diantara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. Setiap biji lokan boleh di buka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut. Isi lokan ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang. Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan ianya menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama. Apa pun dilaporkan dimana lokan mengandung vitamin larut lemak (A, D, E, dan K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, dan niasin), serta merupakan sumber utama mineral yang dibutuhkan oleh tubuh, seperti iodium (I), besi (Fe), seng (Zn), selenium (Se), kalsium (Ca), fosfor (P), kalium (K), flour (F), dan lain-lain. Di Malaysia pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu sahaja atau dikawasan khusus yang memang ada sering menghasilkan lokan. Artikel pagi ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi istimewa dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Akhbar Sinar Harian dengan berita bertajuk 'Lokan Semeling' menarik untuk ditulis semua laporannya dalam blog ini. Berita dari Sungai Petani, Kedah melaporkan dimana seorang peniaga 
Zaini Talib, 53 tahun yang mana beliau menunjukkan isi lokan (sejenis siput) yang dijual pada harga RM1.50 sekilogram di kedainya di Jalan Semeling semakin popular (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana sambutan terhadap lokan begitu menggalakkan apabila setiap hari dia mampu menjual lokan ini sebanyak antara 250 - 300 kilogram. Kedai lokannya yang terletak berhampiran jambatan Sungai Semeling yang dilaporkan ia menghubungkan Merbok dan Sungai Petani itu sering mencuri tumpuan ramai kerana turut menjual 20 jenis siput lain yang segar dan harga yang berpatutan. Lokan merupakan sejenis siput yang muncul di kawasan berlumpur di muara Sungai Merbok itu sangat diminati penggemarnya kerana isi yang lembut dan manis yang boleh dihidangkan pelbagai jenis masakan. Lokan perlu direbus terlebih dahulu untuk diambil isinya sebelum di masak kari, rendang kunyit, sambal atau masak lemak cili api. Selain itu mentarang, siput biji nangka, kupang, tiram, belitung, lala, siput duri, siput kemudi, dan siput buluh turut dijual digerai beliau yang kini mejnadi sumber pendapatannya.

Di Kelantan pula akhbar Harian Metro paparkan kisah 'Lokan Bakar Keju' yang semakin viral. Pengusaha dari Tumpat ini juga merupakan s
eorang pencari lokan mampu menjual antara 400 -600 lokan bakar keju atau cheese yang disediakan setiap minggu untuk dijual di pasar terapung Kampung Pulau Suri, Tumpat. Beliau adalah Shahril Hussin berumur 34 tahun yang dakwa dimana dia mengambil peluang berniaga di pasar terapung itu daripada hasil lokan yang dicarinya sendiri di pinggir Sungai Kelantan di kampung itu (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana dia menjualnya dengan harga RM5 untuk 15 biji lokan pelbagai saiz manakala untuk menu bakar biasa pula dengan harga yang sama tapi kuantiti antara 20 - 25 biji lokan. Lazimnya para pembeli memberi maklum balas yang positif kerana menganggap menu lokan cheese itu sesuatu yang baharu berbanding kebanyakan yang dijual hanya dibakar dan diletakkan sos pencicah di atasnya. Lokan yang dibakar Shahril akan diletakkan sedikit ketulan keju sebelum dicairkan menggunakan alat pembakar gas dan kemudian sedia dihidangkan kepada pengunjung yang ingin ujirasa dan menikmatinya dalam keadaan masih panas di tebing sungai itu. Setiap hari Sabtu memang sentiasa ditunggu kerana rezekinya akan mencurah dan mampu memperoleh hingga RM200 sepanjang tempoh lima jam berniaga. Setiap kali berniaga di pasar terapung dimana menu lokan bakar cheese memang mendapat sambutan dan adakalanya tidak menang tangan untuk saya hasilkan. Jika hari biasa iaitu selain Sabtu, dia akan mengambil upah mencari lokan yang diminta dan biasanya akan dibayar RM10 untuk 100 biji. Beliau juga merupakan seorang daripada 20 peniaga menggunakan bot berniaga di pasar terapung Pulau Suri ini. Diuruskan oleh Masseroja Travel & Tour Sdn Bhd dimana pasar terapung itu dibuka setiap Sabtu bermula jam 8 pagi -  3 petang. Lokasi itu baharu dibuka sejak Mac lalu di tanah yang dibelinya seluas satu hektar dan masih banyak prasarana yang perlu ditambah. Bagaimana pun ketika awal pembukaannya jumlah para pengunjung yang datang hanya sekitar 200 - 300 orang saja namun sekarang mencecah 1,000 pengunjung. Daripada respons yang diterima, pengunjung memaklumkan makanan yang dijual sedap serta harga yang murah menjadi tarikan mereka untuk terus datang malah mereka tidak meletakkan caj untuk masuk ke lokasi ini. Setiap peniaga juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk berniaga dan misi syarikatnya hanyalah untuk membangunkan kawasan sekitar serta membantu menjana ekonomi penduduk kampung terutama memperkenalkan produk kampung terbabit kepada orang luar.

Berita Harian dari Tuaran, Sabah ada juga melaporkan 'Rahsia sambal lokan bakar' yang sangat menarik dikongsikan dalam blog ini. Melihat kepulan asap yang mana menusuk bersama aroma lokan bakar pasti menggamit pengunjung untuk singgah menikmati kerangan laut itu di deretan gerai di tepi Jalan Sulaman berhampiran Kampung Salut, Tuaran. Lokan dipanggang dengan kaedah tradisi iaitu di atas kepingan zink dengan menggunakan kayu api, pasti membuka selera sesiapa saja apatah lagi jika dinikmati bersama air kelapa bakar atau sejuk. Premis yang terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu dimana ia adalah tempat makan yang menjadi lokasi wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin mencuba hidangan lokan. Pengunjung boleh pergi selepas puas menikmati pelbagai makanan laut segar yang mudah didapati dengan harga murah di Negeri di Bawah Bayu. 
Dilaporkan melengkapkan hidangan dimana makanan lokan bakar di deretan gerai berkenaan disediakan bersama sambal cicah istimewa resipi turun-temurun peniaga. Bagi pemilik Gerai Kelapa Bakar Kak Tini, Ratineh Ratimin dakwa lokan dan kelapa bakar adalah menu pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke gerainya. Ramai pengunjung menikmati lokan bakar di Gerai Kelapa Bakar Kak Tini, di Kampung Salut, Kota Kinabalu (Sila lihat foto disebelah) memang semua puas hati. Hidangan sambal kicap resipinya sendiri sering menggamit pengunjung ke gerai miliknya dimana sambal tersebutlah yang dihidangkan bersama lokan. Memberitahu BH dimana untuk ramuan sambal dia menggunakan bahan asas seperti kicap, bawang dan air limau namun mungkin 'air tangan' pembuatnya membezakan sambal yang dihidangkan di setiap gerai kerana masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri dimana dia telah berniaga di situ sejak 14 tahun lalu. Lokan bakar dijual digerainya dijual dengan harga berpatutan iaitu RM7, RM10, RM12 dan RM15 selonggok mengandungi antara 15 - 25 biji lokan mengikut saiz. Keenakan lokan bakar juga disebabkan penyediaan makanan laut itu yang dipanggang menggunakan cara tradisional iaitu kayu api serta 'bumbuh' atau ramuan yang diletakkan pada lokan ketika dipanggang. Walaupun hanya dipanggang di atas kepingan zink menggunakan kayu api dimana inilah faktor hidangan lokan di Kampung Salut ini sedap dan wangi. Beliau pernah mencuba memanggang lokan menggunakan cara moden iaitu di atas dapur memasak dan ketuhar, namun ia mengambil lama lebih lama dan rasanya juga tidak seenak dipanggang di atas kayu api. Pelanggan juga boleh menikmati air kelapa muda sejuk atau kelapa bakar, selain puding kelapa pelbagai perisa sebagai pencuci mulut. Difahamkan dimana lokan mudah ditemui di kawasan berlumpur di hutan paya bakau sekitar Tuaran, khususnya Kampung Salut. Sorang pengunjung, Siti Nurbani Rusli ada berkata dia sering ke gerai makan di Jalan Sulaman hanya untuk merasai keenakan lokan bakar serta air kelapa segar. Dilaporkan ini memang destinasi menjamu selera wajib setiap kali saya berkunjung ke Kota Kinabalu. Tidak lengkap rasanya kunjungan saya jika tidak menikmati lokan bakar di sini. Bau lokan bakar yang wangi selepas dipanggang mampu untuk membuka selera selain kemanisan isinya membuatkan kita hanya meratahnya begitu sahaja. Menganai info lanjut Gerai Lokan Bakar Kampung Salut meletakan harga jualan iaitu sekitar RM7 selonggok harga lokan bakar bersaiz kecil, RM10 dan RM12 lokan bakar saiz sederhana, RM15 lokan bakar saiz besar, RM3 sebiji air kelapa muda, RM4 sebiji air kelapa muda dengan ais dan RM4 sebiji air kelapa muda bakar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA LOKAN... BERCENGERANG DIA...
PELBAGAI RESEPI.. CARA HIDANGNYA...
ISINYA ENAK.. ADA MEMBAKAR SAHAJA...
DIKOMERSILKAN... KENALAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharam 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...