Support My Blog

Monday, August 30, 2021

LIMAU BALI - KESAN CUACA PANAS

TANAMAN LIMAU BALI
(Citrus grandis) merupakan sejenis tanaman buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dianggarkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,435 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan cuaca panas dan kemarau terhadap hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media ditulis semula untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Akhbar Berita Harian (BH) pada Januari 2020 melaporkan dimana '
Musim panas jejas hasil limau bali' memang wajar dan berkait dengan tajuk artikel ini. Berita dari Daerah Segamat ini menyatakan dimana faktor cuaca panas berpanjangan menjejaskan pelbagai hasil pertanian di Jementah iaitu termasuk pengeluaran pekebun limau bali bagi keperluan perayaan Tahun Baharu Cina. Dinyatakan oleh Penasihat Persatuan Usahawan Tani Jementah, Wong Keat Soon, 57 tahun yang mana musim panas berpanjangan dan kekurangan hujan menjejaskan jumlah serta kualiti pengeluaran hasil dari tanaman buah limau bali tahun 2020 ini. Kesan panas teruk sepanjang tahun 2019 (penulis blog dapati ia kesan El-Nino atau kurang hujan yang panjang) telah menyebabkan banyak putik buah itu gugur selain kekurangan hujan turut merencatkan pengeluaran produktiviti hasil. Selalunya kesan apabila musim panas mula melanda tahun 2019 dimana tanaman limau bali kali ini terus terjejas dakwanya ketika dia ditemui di kebun limau balinya di Jementah dimana penulis blog beberapa kali membuat tinjauan di kawasan dusun ini semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dari tahun 2000 - 2004 dahulu. Selain terkenal dengan limau bali kawasan dusun dikaki Gunung Ledang ini merupakan kawasan utama pengeluaran durian berkualiti di Daerah Segamat. Menurut Keat Soon dimana beberapa pekebun limau bali terpaksa akur dalam mengimbangi keperluan permintaan pasaran buah-buahan kegunaan tempatan bagi Tahun Baharu Cina kali ini iaitu sebelum bakinya di eksport ke Singapura. Biasanya jumlah permintaan limau bali dari Jementah terus meningkat termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang, namun kini akibat kesan oleh kemarau, penanam rasa bimbang kualiti serta kuantiti hasil tanaman ini akan terus mengalami kemerosotan.  Apatah lagi limau bali di Jementah antara terbaik di negara ini sejak dahulu lagi tetapi cuaca panas kini menyebabkan kira-kira 30 peratus hasil pengeluaran berkurangan. Akibat cuaca kering itu turut menyebabkan isi limau bali warna putih menjadi masam dan kehijauan dan tidak seperti kebiasaan berwarna sedikit kekuningan. Setiap kilogram limau bali seberat antara 1.5 kilogram sehingga dua kilogram kini dijual pada harga RM6 sehingga mencecah belasan ringgit mengikut kualitinya. Terdapat seramai 120 ahli pelbagai kaum yang menyertai Persatuan Usahawan Tani Jementah dimana sebahagian besarnya menanam limau bali dikawasan jumlah berkeluasan kira-kira 40 hektar. Pihak FAMA Segamat turut membantu penanam dengan memantau kekurangan hasil tanaman limau bali untuk kegunaan pasaran tempatan terutama dimusim perayaan.

Dalam pada itu sebelumnya BH melaporkan '
Bekalan limau bali P058, P051 Jementah kurang, petani hadkan eksport' menarik untuk ditulis semula kisahnya.  Diberitakan akibat dari kekurangan bekalan limau bali, terutama Jenis Merah atau Lee Min P058 dan Jenis Putih P051 menyebabkan pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 tan metrik pada musim ini. Pengerusi Koperasi Pekebun Jementah, Wong Keat Soon, berkata pekebun terpaksa mengehadkan jumlah untuk pasarannya bagi memastikan warga tempatan dapat membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.  Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari oleh ramai masyarakat Tinghua kerana buahnya amat berkualiti sering dihidangkan kepada tetamu dan keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan keluasan yang telah membabitkan ratusan hektar. Permintaannya sentiasa tinggi, terutama pada Tahun Baharu Cina dan festival Kuih Bulan pada September setiap tahun. Dia dakwa pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan cuaca panas terik dan konsisten ketika berputik. Bagaimanapun tehun ini hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan mengenai kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Harga setiap sekilogram limau bali merah RM12/kg berbanding harga sebelum ini yang dijual RM8 sekilogram, manakala bagi pasaran isi putih RM10/kg yang dahulunya hnya dijual pada RM6/kg. Dilaporkan dimana  buah limau bali dari Jementah menjadi kegemaran ramai kerana rasanya seimbang iaitu tidak pahit dan sedikit masam dimana selain itu ia juga mengeluarkan aroma lebih menyelerakan. Limau dari sini  mudah dikisar untuk dijadikan jus minuman dan penyegar badan dengan setiap satunya mempunyai berat antara 1.5 kilogram (kg) hingga dua kg. Mereka juga pernah menerima pengiktirafan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan bebas bahan kimia daripada Jabatan Pertanian menyebabkan buah limau dihasilkan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna seperti dakwanya yang pernah mempunyai rekod jualan baik di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang sejak lebih 20 tahun lalu. Sementara itu, guru di Jementah, See Sew Yan, 57, berkata selain isi limau bali yang enak di makan, kulitnya turut digunakan sebagai bahan masakan untuk resipi ikan masam manis yang dijadikan hidangan utama majlis ‘makan besar’ dan campuran bubur merah. Kulit limau yang sudah dikeringkan juga boleh dibuat air rebusan untuk menyejukkan suhu badan, selain dibakar bagi menghalau nyamuk dan boleh dibeli di kedai ubat tradisional Cina.

Akhbar Harian Metro dengan tajuk berita 'Tak cukup' menarik menunjukkan dimana Encik Wong 
menunjukkan limau bali merah dan limau bali putih yang mendapat sambutan setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina (Sila lihat foto disebelah).  Akibat kekurangan bekalan limau bali terutama jenis merah atau Lee Min P058 dan putih P051 menyebabkan jumlah pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 metrik tan saja pada musim ini. Pengerusi Koperasi Pekebun Jementah Wong Keat Soon, 56, berkata keadaan itu menyebabkan pekebun terpaksa mengehadkan pasarannya bagi memastikan warga tempatan membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari masyarakat Tionghua kerana buahnya amat berkualiti dan dihidangkan kepada tetamu serta keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Tidak hairan buah dari Jementah ini menjadi buruan kerana ia antara jenis terbaik di negara ini ketika ditemui di kediamannya di Jementah semalam. Wong berkata, lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan keluasannya membabitkan ratusan hektar. Kin ijumlah permintaannya sentiasa tinggi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Festival Kuih Bulan pada setiap September. Dilaporkan tahun ini jumlah eksport ke negara jiran hanya 300 metrik tan berbanding 10,000 metrik tan tahun lalu. Langkah mengurangkan eksport itu bagi mengimbangi kekurangan bekalan di pasaran tempatan dan mengehadkan jumlah buah berkenaan untuk pasaran luar. Pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan keadaan cuaca panas terik serta konsisten ketika berputik. Bagaimanapun, hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Faktor kekurangan bekalan limau bali menyebabkan petani terpaksa mengehadkan jualan kepada pelanggan beberapa biji saja selain harganya sedikit tinggi.

Portal berita astro.awani pula beritakan '70 hektar tanah di Tambun khusus untuk tanaman limau bali - MB' menarik untuk dikongsikan. 
 Hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik.  Kerajaan negeri Perak berhasrat menjadikan kawasan Tambun berhampiran bandaraya Ipoh sebagai pusat tumpuan pelancongan memandangkan kawasan itu sinonim dengan limau bali atau lebih dikenali limau Tambun yang mendapat permintaan tinggi dari seluruh negara. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata dimana kebanyakan tanah yang diusahakan dengan buah tersebut oleh pekebun sejak puluhan tahun adalah tanah milik kerajaan negeri. Dia sudah berbincang dengan pekebun dan mencadangkan supaya tanah seluas 70 hektar di kawasan Tambun diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) supaya kita dapat mengekalkan kehijauan tanah ini dengan tradisi tanaman limau Tambun. Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pekebun Buah Limau Bali Tambun dan Buah-Buahan Tempatan Tambun. Beliau berkata beberapa syarat akan dikenakan selepas pengagihan tanah untuk pekebun, antaranya, hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik. Audit juga perlu dilakukan ke atas penggunaan tanah kerajaan negeri oleh pekebun di sini bagi memastikan ia diurus dengan betul.
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
LIMAU BALI... BESAR SAIZ BUAHNYA...
DIJEMENTAH SEGAMAT... LUASNYA...
KESAN CUACA PANAS...TERJEJAS DIA...
BEKALAN KURANG... NAIK HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...