Support My Blog

Wednesday, August 18, 2021

SISA PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA

SISA PERTANIAN
adalah semua bahan organik dan bukan organik yang terhasil daripada aktiviti tanaman, ternakan, ternakair, IAT dan sebagainya. Kemajuan dalam sektor pertanian menyebabkan banyak bahan sisa dihasilkan diladang dibuang. Bahan sisa pertanian tersebut memang memerlukan pengurusan yang baik seperti di kilang kelapa sawit dimana banyak tandan buah sawit yang dihasilkan. Jika sisa pertanian ini diurus dengan baik dipercayai memang banyak manfaat akan diperolehi daripadanya. Pada penulis blog mendapati dimana ada banyak kepentingan yang diperolehi hasil daripada bahan sisa ini jika diproses dengan baik. Bahan sisa seperti hampas kelapa, tandan dan pelepah kelapa sawit, kebun jagung manis dan sayuran yang myngkin dapat diproses bagi dijadikan sumber makanan kepada ikan dan haiwan ruminan. Dalam sudut yang lain pula, bahan sisa pertanian ini digunakan sebagai bahan penghasilan baja kompos. Baja ini juga mampu menghasilkan biogas (biodiesel) yang juga sumber tenaga kepada ramai manusia. Di samping itu penulis blog sering membuat tinjauan bagaimana bahan sisa pertanian juga boleh dijadikan sebagai alat gentian. Contohnya seperti kulit kerang yang sudah menjadi bahan sisa boleh dirawat atau diproses semula bagi menghasilkan alat gentian. Kulit kerang yang membekalkan kalsium, malah keras dan tahan menyebabkan bahan ini menjadi sumber utama pembuatan alat gentian. Bahan ini boleh juga menghasilkan tulang tiruan dan gigi palsu yang juga digunakan sebagai sumber dalam dunia perubatan. Bahan dari sisa pertanian yang sudah dirawat akan membantu mengurangkan pencemaran. Persekitaran akan menjadi bersih dan proses pemuliharaan alam sekitar akan dapat dilaksana. Segala jenis permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran akan dapat diatasi. Persekitaran hidupan akuatik dan juga darat tidak akan tercemar bahkan segala pencemaran yang berlaku seperti pencemaran air dan udara akan dapat dikurangkan, seterusnya menjadikan bumi sebagai tempat yang selesa.  Seterusnya, bahan sisa pertanian juga dapat digunakan untuk menghasilkan sumber makanan kepada manusia. Batang kelapa sawit dapat digunakan untuk menghasilkan sumber baja dan mungkin makanan. Hal ini kerana, batang kelapa sawit mampu untuk menghasilkan glukos. Selain itu juga penulis blog dapati dimana ada juga bahan sisa ini sesuai digunakan untuk menghasilkan sumber makanan seperti biskut. Kebaikan sebegini akan menambahkan hasil kepada pengusaha. Dalam sudut yang tersirat pula, kepentingan sebegini akan mampu dalam mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Sisa pertanian secara saintifik ini banyak memberi kebaikan kepada manusia mahupun kepada ekonomi negara agar hasrat kerajaan akan tercapai dan sektor pertanian akan terus berkembang. Artikel pada tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 6,560 iaitu mengenai kepentingan sisa pertanian diuruskan dengan baik untuk mendapatkan faedahnya bagi bahan rujukkan anda semua pembaca blog.

Pengurusan sisa pertanian yang efektif merupakan komponen utama dalam aktiviti pertanian secara lestari. Konsep pengurusan ini mengutamakan faktor pertimbangan alam sekitar serta memberi fokus kepada faktor keperluan ekonomi seperti pengurangan kos dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Pengurusan sisa pertanian yang efektif boleh menyumbang kepada cara yang penting untuk membantu mengekalkan persekitaran yang sihat dan bersih bagi ladang serta berpotensi mengurangkan keperluan untuk baja komersial. Antara bahan buangan yang terhasil daripada operasi ladang termasuklah sisa tanaman pertanian, sisa pembersihan kawasan dan tinja haiwan. Sumber ini sekiranya diproses dan diguna semula secara optimum boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber baja luar di samping menjadi bahan utama untuk menyuburkan tanah. Ketika ini, beberapa kaedah dan proses pengurusan telah diperkenalkan untuk bertujuan membangunkan model pengurusan sisa bersepadu dalam sistem pertanian organik di kebun petani dan estet di Malaysia. Kaedah ini boleh dicadangkan untuk diguna pakai di kawasan lain yang menjalankan amalan pertanian yang sama. Beberapa potensi pelaksanaan turut sesuai untuk diketengahkan bagi potensi penambahbaikan pada masa hadapan. Dalam pada itu penulis blog sarankan agar p
roses serta perancangan pengurusan sisa pertanian dapat dijalankan dengan sistematik. Dalam proses pengurusan yang dijalankan sebaiknya sisa pertanian boleh dikategorikan dari apakah jenis dan rupa bentuk sisa yang terhasil. Hasil dari inventori diladang akan mendapati iaitu sisa pertanian utama di kawasan ladang organik terdiri dari daripada beberapa sumber buangan seperti dari sisa tanaman sayuran, tinja kambing, tinja ayam, keratan dahan daripada ranting aktiviti pemangkasan serta rumput yang dipotong daripada proses pembersihan kawasan. Bergantung kepada keadaan kebun dan ladang dimana sumber sisa pertanian seperti dahan atau pelepah kering menjadi antara sisa pertanian utama dari kawasan. Bagi menguruskan sisa-sisa pertanian secara efektif penulis blog dapati ada lima (5) kaedah utama pengurusan telah dicadangkan. Ini meliputi beberapa kaedah iaitu (1) Diproses menghasilkan kompos (2) Diproses penghasilan biochar (3) Diproses penghasilan vermikompos (4) Diproses menjadi biogas dan (5) Di proses dengan haiwan penternakan serangga sebagai sumber protein ternakan menggunakan sisa pertanian sebagai sumber makanan.

Petani atau oppengurus estet sepatutnya mampu mengira akan anggaran jumlah hasil dari sisa pertanian. Lazimnya ada dua kaedah pengiraan jumlah serta kuantiti sisa pertanian atau sisa ladang yang dihasilkan. Kaedah pertama berdasarkan pengiraan jisim sisa tersebut manakala kaedah kedua berdasarkan anggaran menggunakan nisbah jisim kepada isi padu mengikut kaedah pengiraan ketumpatan sisa bahan. Inventori penghasilan sisa pertanian dari kebun dan estet berbeza-beza. Sebagai contoh dimana penulis blog merujuk data dari satu Pusat Pertanian milik Jabatan Pertanian iaitu Pusat Pertanian Air Hitam, Johor direkodkan jumlah sisa yang dihasilkan dari ladang untuk tempoh setahun sekitar  3.5 metrik tan. Sebanyak 2.4 mt metrik dilaporkan merupakan sisa telah ditukar dan diproses menjadi produk untuk kegunaan semula bagi tujuan pertanian seperti dibuat kompos, penutup bumi dan juga cara dengan penggunaan sisa pertanian sesuai yang lain. Kaedah p
roses pengkomposan secara konvensional dimana pengkomposan secara ‘forced aerated’ (pengudaraan tambahan) dilakukan disamping kaedah konvensional lain. Di Pusat ini dilakukan dua kaedah pengomposan untuk menguruskan sisa yang terhasil. Kaedah pertama melibatkan kaedah konvensional iaitu kaedah pengalihan atau turning yang dilakukan secara manual. Proses pengalihan ini dilakukan setiap 3 atau 4 hari bagi menyediakan pengudaraan kepada kompos (proses aerobik). Bagi kaedah kedua iaitu pengudaraan dilakukan secara mekanikal dan udara akan dipam melalui saluran yang dibina di bawah tapak kompos. Konsep forced aerated ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos buruh dan tenaga kerja. Melalui kaedah ini, udara akan dipam selama 20 minit setiap hari untuk mengeluarkan haba yang berlebihan di samping menyediakan pengudaraan. Justeru, kaedah ini tidak memerlukan kaedah turning yang mana ia memerlukan tenaga buruh yang intensif. Sepanjang tempoh kajian, konsep forced aerated telah diguna pakai dalam penghasilan kompos daripada sisa rumput.  

Di pusat tersebut juga dilakukan kaedah p
enghasilan biochar (arang) dan cuka arang dalam menguruskan sisa pertanian. Sebuah relau (tapak pembakaran) kecil telah dibina di pusat ini bertujuan menukar sisa pemangkasan (pruning) pokok buah-buahan kepada biochar menggunakan sistem pirolisis. Reka bentuk relau yang dibina juga mengandungi sistem kondensasi wap yang mampu untuk menukarkan sisa asap putih yang terbebas sewaktu proses charring kepada cecair yang dikenali sebagai cuka arang. Sepanjang tempoh pemerhatian dijalankan di pusat ini dimana sebanyak 122 kg sisa pruning mangga, rambutan, belimbing dan durian telah diproses melalui kaedah ini dimana ia menghasilkan sebanyak 33 kg biochar (arang) atau sekitar 53% dari jumlah asal yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu sebanyak 4.8 liter cuka biochar dihasilkan (0.04 liter cuka bagi setiap 1 kg sisa pruning). Didapati biochar yang dihasilkan daripada keratan dahan mempunyai nilai nutrien kalium (K) yang agak tinggi iaitu dengan nilai tertinggi diperoleh daripada sumber keratan belimbing dari ladang organik. Dalam pada itu dilaporkan dimana bagi cuka arang terdapat beberapa faedah untuk kegunaan ladang turut dikenal pasti. Sebaiknya cuka arang mempunyai bahan organik seperti asid organik, bahan fenolik, alkohol, bahan neutral dan asas bahan berasid. Ia amat berguna digunakan sebagai 'semburan foliar' bagi mengantikan racun kulat dan racun serangga. Dilaporkan dimana komposisi cuka arang daripada proses hasilan biochar keratan mangga didapati ada beberapa sebatian kimia yang mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal perosak di ladang. Bacaan nilai pH biochar yang diperolehi dari pusat pertanian ini adalah sekitar pH3.5. Dalam kes lain penulis blog merujuk kepada pemerhatian pengurusan sisa pertanian yang dilakukan di Institut Pertanian Titi Gantung (IP), Bota, Perak. Pemerhatian disini melibatkan pembuatan baja 'verikompos' dan cecair sisa cacing (vermitea). Dilaporkan sejumlah kecil sisa bahan buangan turut digunakan sebagai input untuk penghasilan vermikompos. Bahan-bahan input bagi sistem penghasilan vermikompos sedia ada di ladang Institut Pertanian (Kandang Lembu) bagi tinja lembu dan bahan buangan daripada hasil buah-buahan di kawasan sekitar dusun sedia ada. Selain itu input bahan buangan seperti sisa sayur-sayuran dan tinja kambing turut digunakan dari ladang latihan amali pelajar institur yang melakukannya. Dalam setahun pelajar di IP ini mampu menghasilkan sebanyak 28 kg vermikompos dan dijual kepada petani sebagai salah satu silibus latihan. Sama seperti vermi kompos dimana produk vermitea turut dikaji dengan nilai pH yang bersifat alkali iaitu sekitar pH 8.3 yang sesuai digunakan sebagai bahan semburan yang boleh menghalau serangga perosak. Lebih terkenal sebagai semburan baja foliar dimana komposisinya yang kaya dengan bakteria berfaedah untuk membantu pertumbuhan pokok. Sebelum aplikasi dibuat pelajar akan sukat vermitea untuk dicairkan untuk merendahkan nilai pH supaya sesuai untuk kegunaan tanaman. Pelajar IP di ajar bagaimana menyediakan perancangan jangka panjang bagi pengurusan sisa pertanian di ladang sebagai satu subjek.

Tinjauan penulis blog ke sebuah ladang di TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang juga menarik dikongsikan. Usahawan TKPM yang menanam Nangka Tekam Yellow iaitu Hj Fadzil dan Dato' Rosyam telah mencuba dan kenalpasti potensi sisa buangan dari ladang yang sesuai untuk ditukar kepada bentuk penjanaan tenaga bagi penghasilan biogas. Mereka menggunakan sumber bahan buangan daripada sisa daun nangka dan tinja kambing (0.59% daripada jumlah keseluruhan) sebagai input menunjukkan kesesuaian sumber ini bagi penjanaan biogas berskala kecil. Ketika tinjauan dimana dalam ladang nangka seluas lebih 40 hektar ini dimana Hj Fadil turut menternak kambing dan ayam secara organik. Usahawan ini telah menggunakan sepenuhnya tinja kambing bersama tinja ayam sebagai input utama bagi tujuan menjana biogas untuk kegunaan ladang pada tahun 2016 semasa tinjauan dibuat. Selain aktiviti penghasilan biogas dimana dilaporkan potensi sisa tumbuhan sebagai makanan untuk ternakan serangga untuk tujuan sumber protein merupakan sebahagian daripada aktiviti menarik. Sumber protein ini kemudiannya akan digunakan sebagai sumber makanan tambahan untuk ternakan haiwan seperti ayam di ladang. Sebenarnya konsep pengurusan sisa pertanian secara integrasi merupakan satu mekanisme yang efektif dalam memastikan penggunaan sumber dapat dilakukan secara optimum dan sistematik. Dalam aktiviti pertanian organik sebaiknya pengurusan sisa yang betul dapat memberi manfaat kepada pengaplikasian semula sumber ini dalam meningkatkan kesuburan tanah untuk peningkatan hasil. Produk Kompos sebagai contoh boleh bersifat 'pembaik' (conditioner) tanah manakala biochar boleh mengurangkan larut lesap nutrien. Sekiranya produk dari hasilan ini sesuai digunakan secara berterusan maka ia dapat menyumbang kepada pengurangan kos pembelian baja dan bahan kimia lain di samping memastikan kesihatan tanah sentiasa dipulihara. Cabaran pada masa hadapan termasuklah membangunkan model mapan yang memberi penekanan kepada pengurusan dan penggunaan seimbang sumber sisa buangan dari kawasan sekitar ladang. Diharapkan bahawa pembangunan sistem biogas, biochar, kompos vermi dan aktiviti ternakan untuk sumber protein daripada serangga boleh memainkan peranan yang lebih besar bagi pengurusan yang berkesan di samping menambah nilai kepada produk yang dihasilkan. Artikel ini paparkan beberapa model dalam pengurusan sisa pertanian yang boleh dibangunkan secara kaedah pertanian integrasi dalam menguruskan sisa pertanian di ladang. Aktiviti ini adalah amat penting dalam memastikan pengurusan sisa dilakukan secara mesra alam dan sistematik. Kkonsep penggunaan semula sumber dari ladang untuk ianya dijadikan bahan lebih berfaedah bagi kegunaan tanaman. Disyorkan juga agar aktiviti pengurusan sisa pertanian ini dapat dilakukan di kawasan pertanian mengikut kesesuaian sumber sisa pertanian di kawasan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SISA PERTANIAN... BOLEH DIGUNA...
DIJADIKAN KOMPOS... SEJENIS BAJA...
KURANGKAN KOS... KEBUN BERSIHNYA...
PRODUK BANYAK.. DIJUAL BOLEH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Muharram 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...