Support My Blog

Tuesday, October 4, 2022

HASIL DURIAN MEROSOT AKIBAT SERANGAN SERANGGA

HASIL DURIAN MEROSOT akibat daripada isu serangan serangga telah dilaporkan oleh beberapa media utama di Malaysia terutama durian premium varieti Musang King (D197) daripada Raub dan kebun di sekitarnya. Tanaman durian (Durio zibethinus Linn) merupakan satu bidangusaha dalam pertanian yang paling diminati oleh kalangan petani disekitar Daerah Raub, Pahang dengan keluas mencecah 12,000 hektar (Sebelum isu penebangan kawasan durian di tanah ceroboh milik kerajaab negeri). Bagaimana pun penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu masih percaya bahawa harga durian musang king akan tetap tinggi bagi raja segala buah tersbut sepanjang tahun 2022. Berita dalam sinarharian.com pada awal Oktober 2022 yang bertajuk 'Serangan serangga kali ini luar biasa' amat memberi kesan kepada ramai penanam durian di Raub. Ada ramai pekebun durian musang king di Raub kini terpaksa menanggung kerugian berikutan kekurangan hasil durian akibat serangan serangga selain faktor cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan lalu. Bagi seeorang penanam durian iaitu Encik Chang Yee Chin (40 tahun) dari Sungai Lui dakwa memang ada mengakui terpaksa menanggung kerugian lebih 50 peratus dengan nilai kira-kira RM80,000 semusim kali ini. Dia memberitahu kini ada masalah serangan serangga di kebun miliknya berlaku sejak Februari tahun 2022 dan juga mendakwa serangan yang berlaku kali ini adalah lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dakwanya semang serangan kali ini luar biasa kerana kebiasaan pada bulan Julai, Ogos akan berlaku masalah sebegini tapi jumlah buah masih lebat berbanding sekarang ini. Keadaan daun pokok durian akibat serangan serangga sejak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu dilaporkan dimana bagi seorang lagi yang ditemui iaitu pengusaha Lock Keam Wai (47 tahun) dari Kg.  Tras dakwa dia turut terkejut kerana pertama kali berdepan situasi itu yang disifatkan paling buruk pernah berlaku. Apa pun dakwanya serangan serangga tersebut berlaku sejak Julai lalu menjejaskan pekebun kecil sepertinya. Memberitahu dimana boleh dikatakan hampir 50 pokok sudah pun terkena  serangan ini dan peliknya kali ini serangan berlaku berulang kali walaupun sudah dirawat dengan ubat yang berlaku tidak seperti biasa. Ramai pekebun kecil sepertinya kini perlu mengeluarkan belanja lebih membeli racun selain terpaksa berdepan kekurangan hasil durian. Dia beritahu telah pun mengambil alih kebun milik keluarganya sejak lima tahun lalu. Kenyataan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras iaitu YB Chow Yu Hui memberitahu dimana telah ada satu perbincangan dilakukan bersama pekebun-pekebun terlibat susulan situasi terkini yang dihadapi mereka. Dia akan cuba untuk membawa isu ini ke sidang dewan nanti untuk menarik perhatian daripada kerajaan Pahang. Sudah ada laporan dari media sebelum ini yang mendedahkan lebih 30,000 pekebun musang king di Raub berputih mata apabila pokok durian diusahakan mereka mengalami kekurangan hasil sehingga lebih 60 peratus untuk bulan Mei hingga Ogos tahun 2021 seperti dilaporkan media. Masalah tersebut terjadi disebabkan serangan serangga jenis koya dan faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan bunga durian gugur. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan isu serangan serangga pada tanaman durian di Pahang yang menjejaskan pengeluaran hasil untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Sebelum ini ada sebuat portal berita tempatan yang melaporkan dimana 'Musang King Merosot lobatkan 30,000 petani bakan rugi' menarik ditulis semula. Dilaporkan dimana seramai sekitar 
30,000 pekebun Musang King di Daerah Raub dan daerah sekitarnya akan berputih mata tahun 2022 ini apabila pokok durian diusahakan mereka kini dilaporkan telah mengalami ke­kurangan hasil sehingga lebih 60 peratus. Masalah yang menyebabkan raja segala buah itu tidak menjadi di­sebabkan serangan oleh serangga iaitu seperti je­nis koya dan faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan bu­nga durian gugur. Penulis blog ada menulis mengenai beberapa perosak dan penyakit mengenai tanaman durian dalam beberapa artikel sebelum ini dengan pautan yang berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini)KOYA (Planococcus citri) merupakan sejenis serangga dari keluarga Homoptera yang menyerang banyak jenis tanaman terdiri dari pokok buah-buahan di Malaysia. Nama lain bagi koya adalah seperti Scale Insects atau Mealybug dalam bahasa Inggeris. Serangga ini mudah kita lihat pada daun, buah, pucuk dan bahagian lain tumbuhan kerana menghasilkan warna putih dan cecair jika di picit. Koya terdapat hidup diseluruh dunia dikawasan beriklim sejuk dan tropika dimana ia menyerang banyak jenis tumbuhan dalam keadaan yang lembab dan berair. Koya mempunyai saiz 3 mm (0.12 inchi) bersegmen atau berketak-ketak berwarna putih berdebu macam tepung gandum. Terdapat filamen atau rambut halus yang keluar dari kiri dan bahagian ekor koya. Koya jantan adalah berbentuk lebih panjang keseluruhan koya menjadi 4.5 mm. Koya betina tidak mempunyai kepak seperti jenis koya jantan berbentuk leper dan oval. Bahagian kulit koya seakan berlilin (waxy). Koya bertelur sebanyak sehingga 400-600 biji telur dalam karung (sac) yang dilekatkan pada tisu tumbuhan. Selepas 2-3 minggu maka telur akan menetas menjadi instar yang mampu bergerak pantas disekeliling tumbuhan untuk mencari sumber makanan. Selepas instar 2 dan 3 maka koya telah menjadi dewasa. Bagaimanapun koya jantan akan menjadi pupa dan keluar sebagai serangga jantan.

Dalam artikel tulisan saya juga dijelaskan bagaimana perosaak k
oya merosakkan tanaman dengan menghisap cairan sap tumbuhan walau pun ada tanaman yang tidak rosak dengan serangan ini akan tetapi jika populasi terlalu banyak sebagaimana kes serangan tanaman durian musang king di Raub ini ia akan menyebabkan kualiti putih buah dan daun durian rosak dan akhirnya akan gigir atas tanah. Sama seperti serangan pada pokok durian dimana serangan koya menyebabkan ujud warna putih pada kulit buah disamping kelihatan jelaga hitam pada kulit putik buah. Selain itu koya akan merembeskan cecair manisan dan akan menyebabkan tumbuhnya sejenis kulat berwarna hitam. Agen seperti semut dan kerengga merupakan agen pembawa koya dan kulat kepada seluruh bahagian pokok durian kepokok lain yang belum diserang pada pokok. Cuaca lembab akibat hujan yang tidak menentu juga membolehkan serangan serangga perosak lebih cepat. Perlu difahami dimana kawalan koya boleh dijalankan dengan kaedah kawalan amalan agronomi atau kultura dengan cara membuat pangkasan pada dahan pokok yang terlalu rendang, lembab dan kanopi yang tertutup. Dahan pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari dan perbaiki sistem pengudaraan pokok rambutan dan buah-buahan lain yang mudah diserang. Dahan yang di potong hendaklah di kumpulkan, dimusnahkan dan dibakar bagi mengurangkan populasi koya di kebun. Kaedah lain kawalan koya adalah dengan membuat semburan menggunakan bahan kimia iaitu minyak putih (White oil) pada koloni koya atau racun serangga jenis Dimethoate pada buah. Seterusnya kehadiran semut dan kerengga juga perlu dikawal menggunakan racun serangga seperti malathion. Bagi mengelakan kulapok hitam perlu gunakan racun kulat seperti Benomyl yang disembur mengikut arahan label. Petani harus kenal akan tahap serangan oleh koya dan simptom serangan serta kaedah kawalannya untuk mempastikan hasil lebih berkualiti.

Dalam laporan lain dimana hmetro.com melaporkan kisah '
Durian buruk dan berulat akibat penyakit misteri' menarik juga dikongsikan. Kisah dari Tanah Merah, Kelantan menyatakan dimana hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli kerugian lebih RM1 juta apabila durian di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri. Tinjauan yang dibuat ke beberapa kebun durian di daerah berkenaan mendapati majoriti pengusaha menunjukkan durian yang menjadi buruk serta berulat sekali gus mengganggu rasa dan kualiti buah terbabit. Pengusaha durian mendakwa satu pokok yang sebelum ini boleh menghasilkan hampir 500 durian untuk satu musim tetapi tahun ini hanya mampu bagi menghasilkan beberapa buah sahaja yang sempurna untuk dijual. Apa pun bagi seorang pengusaha durian Musang King, Che Mohd Zaid Che Hasan, 65, berkata, keadaan itu adalah kali pertama terjadi sepanjang lapan tahun dia mengusahakan durian terbabit di Kampung Air Gatal, di sini, sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000. Bagi pekebun durian Che Mohd Zaid bersama Zulkifli Yunus nyatakan dimana akibat serangan penyakit misteri ini maka durian menjadi cepat buruk, luruh belum tiba masanya selain kulit lebam kehitaman serta berulat menyebabkan buah tidak lagi sempurna. Rasa durian juga lebih tawar berbanding kebiasaan. Selain ituvramai kalangan pemborong durian dari seluruh negara yang menjadi kecewa bila pelanggan tetap di kebunnya juga juga sudah 'lari' kerana saya tidak dapat membekalkan kepada mereka Musang King berkualiti tinggi akibat penyakit misteri berkenaan. Selain dari varieti Durian Musang King, durian lain seperti D24, IOI, Tok Litok dan durian kampung juga turut dijangkiti penyakit misteri berkenaan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pokok di tanah seluas 1.2 hektar yang saya usahakan terkesan iaitu dikebunnya di Kampung Air Gatal, Tanah Merah. Majoriti pengusaha durian Musang King yang ditemui mendakwa kejadian penyakit misteri itu adalah pertama kali berlaku di kebun mereka, selain memberi kesan kepada hampir 95 peratus buah durian. Pengusaha durian Musang King kini terpaksa menjual Musang King yang siap dipaket kerana majoriti buah yang terhasil di kebunnya berulat dan rosak. Apa pun usaha yang dilakukan bila buah siap dipaket dijual pada harga lebih murah berbanding dijual sekitar RM35 sehingga RM40 sekilogram. Dengan cara ini, kami boleh memilih sendiri isi yang elok sebelum dijual kepada pelanggan. Umum sudah mengetahui bahawa Musang King adalah antara durian yang harganya sedikit mahal an apabila pelanggan menerima buah yang tidak elok sudah pasti ia menjadi isu besar menyebabkan kami terpaksa menggantikan dengan buah baharu. Kini dilaporkan dimana kebanyakan penduduk yang mana ada mengusahakan tanaman termasuk durian dan ini terjejas akan pendapatan mereka. Mereka minta pihak bertanggungjawab diharap dapat turun padang membantu menyelesaikan masalah penyakit misteri berkenaan sekali gus mengkaji secara terperinci supaya dapat mencari jalan penyelesaian terbaik kepada pengusaha durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN DURIAN... DISERANG SERANGGA....
BUAH DURIAN KURANG.. ITULAH KESANNYA...
PETANI KERUGIAN... ITU MUNGKIN JADINYA...
PIHAK TERLIBAT... PERLU MENGAWALNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
AP Putrajaya,
Malaysia.
(43 RabiulAwal 1444H).

Monday, October 3, 2022

GEL TANAMAN - APA RAHSIANYA!

GEL TANAMAN
atau polimer atau 'Hydrogel' yang mampu menyerap air merupakan satu jenis bahan penyerap air yang sangat baik digunakan dalam bidang pertanian. Teknologi ini telah lebih 35 tahun lalu dibangunkan terutamanya untuk tanaman yang berada dikawasan kurang air, kawasan terdedah kemarau dan juga dikawasan tanah bermasaalah. Bahan dalambentuk polimer gel ini lazimnya mampu menyerap air berpuloh kali ganda daripada saiz asalnya dan mampu menyimpan air serta melepaskannya semula. Saintin menganggap bahan ini sebagai "Empangan Mini" yang sesuai menyimpan air untuk akar tanaman terutama dimusim kemarau dan kawasan tanah poros yang mudah berlaku resapan. Ia mampu menyerap air dan akan melepaskannya secara perlahan-lahan dalam tanah atau media tanaman. Selain itu gel akan menjadikan tanah menjadi subur dengan kandungan air, udara dan nutrien untuk kegunaan tanaman. Penulis telah menulis mengenaii gel dalam pertanian dalam beberapa artikel sebelum ini untuk dirujuk bertajuk Plant Gel - Menyimpan Air (Sila Klik disini), (Part 2 - Sila klik disini), Polimer Crystal Gel - Tanam Bunga (Sila klik disini), Gel Untuk Tanaman (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Penulis dapati penggunaan dan kebaikan gel dalam bidang tanaman masih amat kurang diminati sama ada mereka kurang tahu maklumat atau kos pelaburan yang menjejaskan operasi. Bagaimana pun kini usaha sedang dijalankan untuk memberi kefahaman kepada usahawan pertanian agar menggunakan gel dikawasan tanaman mereka yang sesuai dengan teknologi ini. Beberapa penerangan telah penulis buat kepada beberapa pegawai teknikal jabatan dimana perkara ini adalah satu teknologi yang sesuai dijalankan di Malaysia walau pun dikatakan kita menerima hujan yang banyak. Kesan kemarau panjang semenjak 2013 - 2015 memang amat ketara dimana kadar kekurangan hasil pertanian akibat kemarau adalah mencecah 10 - 15%. Penggunaan gel tanaman ini perlu dijadikan satu amalan terutama dikawasan tanah yang mudah larutresap, kurang bahan liat dan jika berlaku kemarau berpanjangan. Tahun 2014 dan 2016 antara kesan kemarau yang agak lama terutama dibebeapa projek di kawasan Utara Semenanjung Malaysia dan juga di Selatan Tanah Air. Kesan El-Nino ini akan berulang saban tahun dengan kesan yang mampu menjejaskan pengeluarab hasil tanaman. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai Gel Tanaman dan rahsia disebaliknya untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

Dalam menjalankan aktiviti pertanian keperluan komponen asas diperlukan adalah Tanah, Air, Benih, Udara, Amalan Agronomi dan Pengurusan. Bagaimana pun tanah yang subut memerlukan Air (water) sebagai asas untuk pertumbuhan tanaman dan juga kehidupan haiwan ternakan dan perikanan. Penanaman tanaman makanan dan sebagainya memerlukan satu sistem pengairan yang sempurna bagi mempastikan tumbuhan akan dapat bekalan air dan membolehkan nutrien, air dan proses fotosintesis dapat dilakukan. Kebanyakan kawasan tanaman komersil akan dipasang dengan sistem pengairan dalam pelbagai sistem. Bagaimana pun keadaan cuaca dunia yang sudah berlaku 'pemanasan global' menyebabkan perlu ada kaedah alternatif didalam mempastikan tanaman akan terus ditanam untuk bekalan makanan dan sebagainya. Berlainan dengan sistem tanaman dalam rumah (indoor plants' dimana ia sudah maju menggunakan teknologi 'gel tanaman' atau plant gel untuk membekalkan air kepada akar tumbuhan. Ini membolehkan tanaman tersebut boleh ditinggalkan untuk satu jangkamasa lama kerana kandungan air didalam gel tersebut akan bertahan agak lama. Pemiliknya juga tidak perlu lagi menyiram tanamannya setiap masa. Di laporkan hanya perlu menyiram sebulan sekali jika menggunakan gel tanaman berbanding dengan satu atau dua kali jika menggunakan media tanaman biasa (tanah campuran, cocopeat dan media lainnya). Ramai kurang tahu berapa banyak air sebenarnya diperlukan untuk tanaman indoor ini kerana keadaan kelembapan dalam rumah lazimya tidak banyak perubahan seperti diluar rumah apa lagi dikawasan ladang pertanian yang luas. Teknologi penggunaan gel tanaman membolehkan tanaman boleh mengambil air dari dalam gel secara perlahan. Apabila dilihat paras air didalam gel kelihatan sudah berkurangan makan boleh sahaja ditambah mengikut kuantiti yang sesuai.

Penggunaan gel tanaman pada tanah perlu diperiksa dahulu akan jenis tanah tersebut dahulu. Bagi aktiviti menyediakan anakbenih melalui teknik KERATAN (cuttings) maka penggunaan media plant gel dilaporkan paling sesuai kerana ia mudah, murah dan praktikal. Ini kerana sudah banyak kalangan pengusaha nurseri yang telah menggunakan gel tanaman untuk mempercepatkan pengeluaran akar bagi keratan tanaman tertentu sebelum ianya dipindahkan ke polibeg semaian atau untuk tanaman hiasan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu ada juga kalangan petani komersil yang telah menggunakan media gel tanaman semasa mereka menyemai biji (seeds) atau bebawang (bulbs) dalam mereka mengeluarkan benih yang lebih berkualiti, seragam dan bebas dari ancaman peyakit serta perosak. Tidak perlu risau akan 'air masam'a atu 'air tercemar' dalam air biasa (plain water source) jika menggunakan gel tanaman dilaporkan. Lebih hebat lahi menjawab pertanyaan mengenai berapa gel ini tahan?. Dilaporkan dimana jsngkahayat gel tanaman belum digunakan yang ada dipasaran sekitar 7 - 10 tahun sbelum ianya akan terhidrat (dehydrated). Bagaimana pun jika sudah digunakan ia mempunyai jangkahayat selama 5 - 7 tahun. Lebih hebat dimana dilaporkan penggunaan gel tanaman adalah selamat kepada pengguna, kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan atau 'pet animal' kerana ia adalah 100% Non-Toksik serta juga bahanya Biodegradable. Bagaimana pun ia adalah licin (slipery) jika tertumpah basah diatas lantai yang boleh ianya menyebabkan seseorang jatuh dan cedera. Dalam pada itu jika ingin membuangnya jangan sesekali menuangkan kristal gel kedalam lubang sinki dirumah atau lubang tandan atau sebagainya kerana ia akan menyebabkan tersumbat pula. Ia akan berlaku sebab kristal gel ini akan mengembang apabila terkena air!. Oleh itu cara terbaik membuangnya dengan meletakkan didalam pasu tanaman (digaul bersama tanah) atau ditanam ditanah diluar rumah atau dikebun. Jangan MAKAN kristal gel dan jauhkan daripada kanak-kanak.

Bagi penggunaan gel tanaman untuk diluar rumah perlukan teknik dilakukan agak berlainan. Bagi menanam pokok baru boleh dibuat lubang penanaman dan gel ini dibubuh dan digaulkan dengan tanah (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya tanah didalam lubang tanaman adalah sudah digemburkan dahulu dan campur dengan baja asas seperti CIRP, Dolomite, MOP, baja Organik dan sebagainya dahulu sebelum penanaman dilakukan. Bagi tanaman yang sudah besar dan tinggi dengan kanopi luas maka boleh dibuat beberapa lubang sekitar kanopi dan dimasukan kristal gel kedalamnya dan ditutup semula. Penulis blog dapati dari beberapa sumber pembekal dimana lazimnya 6 sudu teh kristal gel mengandungi sekitar 28 gram (1 aun) polimer kristal. Jika 1 sudu (ukuran medium atau besar) ia mampu menyerap sebanyak 1 cawan air maka pembaca boleh kira berapa banyak air untuk 6 sudu (6 cawan). Air didalam kristal gel ini akan diserap oleh akar tumbuhan apabila diperlukan sahaja. Dilaporkan diseluruh dunia dimana kini Hygrogel atau (polimers) ini digunakan secara meluas dalam bidang perhutanan, perkebunan dan teknologi dalam landskap. Hydrogel ini juga sudah dijadikan topik poular proses kelas pembelajaran diseluruh dunia sebagai bahan yang mesra alam dan menjanjikan kelestarian alam. Bahan ini juga berpotensi didalam industri penanaman tanaman makanan terutama semasa berlaku keadaan iklim kemarau, panas dan kekurangan air. Kepada mereka yang berminat mendapatkan gel tanaman ini boleh google sahaja mencari pembekal di internet. Apa yang hebat dimana di Shopee dan Lazada ada dijual bahan ini secara online sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA GEL TANAMAN... APA BENDA...
SERAP AIR... KAPASITI BERGGANDA...
PRODUK POLIMER... SELAMAT DIGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU RAHSIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 RabiulAwal 1444H).

Sunday, October 2, 2022

KELAPA - SEMAIAN TACUNAN DI JOHOR

KELAPA TACUNAN
(Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa renek (Dwarf variety) yang kini banyak ditanam di negara Filipina. Kelapa Tacunan merupakan satu varieti kelapa renek yang natif dari negara tersebut dan ditanam oleh ramai petani yang mana ia dapat menghasilkan buah dengan kadar cepat tidak sampai 3 tahun berbanding dengan kelapa tinggi yang mencecah hampir 7 tahun untuk mula berbuah. Pokok Kelapa Tacunan mempunyai beberapa 'line' pembiakan bergantung kepada lokasi dan juga sifat baik yang diperlukan oleh pembiakbaka. Tinjauan penulis blog beberapa kali ke Pusat Pertanian Ulu Dusun Agriculture Research Station, Sandakan, Sabah (
UDARS) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Sabah dimana mereka telah membuat penyelidikan dan pemerhatian mengenai Kelapa Tacunan selama lebih 20 tahun. Hasilnya Jabatan Pertanian Sabah telah melancarkan penggunaan varieti kelapa Tacunan baru tersebut untuk ianya dikomersilkan sebagai kelapa jenis renek yang berpotensi baik. Ia merupakan jenis kelapa renek yang setanding dengan kelapa premium terpilih lain untuk ditanam dengan komersil kerana ciri berbuah cepat, saiz buah kelapa lebih besar dan hasil yang banyak. Kelapa tacunan dikaitkan dengan sifat pokok tersebut yang berbuah awal dan tandan kelapa yang pertama lazimnya mencecah tanah. Ini yang membolehkan kelapa renek ini melalui program biakbaka (selection process) menghasilkan varieti yang baik. Penulis yang minat membuat beberapa lawatan teknikal dan mendapatkan maklumat mendapati kelapa tacunan amat disukai oleh petani di Filipina yang menanam seluas 3.6 juta hektar kelapa. Ini kerana dilaporkan dimana batang kelapa tacunan adalah kukuh dan tahan kepada tiupan angin kencang (typhoon) yang datang beberapa kali setahun. Kelapa tacunan dijadikan sebagai pilihan penting didalam industri tanaman kelapa di Filipina dan kemudian penulis blog dapat maklumat dimana di Thailand juga sudah dikomersilkan varieti kelapa ini. Artikel malam ini ditulis dalam blog "Anim Agro Technology" tentang info bagaimana benih kelapa tacunan dari Sabah dibawa masuk ke Johor yang saya terlibat secara langsung dahulu (2014 - 2015) bertujuan untuk menambah koleksi varieti kelapa sedia ada di Semenanjung Malaysia.

P
enulis blog yang berjaya membawa masuk anakbenih Kelapa Tacunan yang diambil dari Jabatan Pertanian Sabah sebanyak 200 biji telah diterima pada 2014 dan daripada jumlah tersebut sebanyak 117 biji telah bercambah dengan baik dalam tapak semaian. Penilaian penulis blog pada tahun 2015 dimana hanya 106 pokok telah berjaya ditanam untuk ianya dijadikan pokok induk kelapa tacunan di Semenanjung Malaysia. Pemilihan tapak ladangbenih ini adalah di Pusat Pertanian Kongkong, Masai, Johor. Ini merupakan satu lagi kejayaan yang tinggi untuk prestasi percambahan kelapa yang beribu batu jauhnya dibawa dari tempat asal. Bagaimana pun antara faktor kejayaan peratus percambahan ini adalah cara penjagaan yang efisien oleh mereka yang bertugas dimana ia disemai dalam kelambu dan dijaga dengan baik. Pada 21/8/2014 sebanyak 201 biji benih kelapa diterima melalui AirAsia Kargo di KLIA2 jam 7.30 malam. Penyemaian 196 biji benih kelapa dilakukan di tapak semaian Taman Pertanian Johor, Kong Kong. Pada masa sama Kong Perbincangan cadangan untuk penubuhan J/Kuasa Teknikal bagi penubuhan benih kelapa Tacunan dipengerusikan saya. Penanaman sebenar diladang dimulakan pada 15 Febuari 2015 dan ia juga masa itu dijangka akan mula sudah memberikan hasil sekitar tahun 2019 atau 2020 nagi pengeluaran benih tacunan paling awal. Pada 3/4/2018 sebanyak 22 pokok dari 112 pokok kelapa Tacunan telah mula dilihat mengeluarkan purata 4 jambak mayang dengan 5 - 19 putik bunga betina dan satu seludang yang belum terbuka. Pad 3/3/2019 sebanyak 8 pokok mati sebab diserang kumbang tanduk dan 4 pokok mati dipanah petir dan ini menjadikan hanya100 pokok sahaja sahaja yang hidup. Pada 23/6/2020 (zaman PKP Covid-19) dimana sebanyak 99 pokok dari 100 pokok kelapa yang hidup telah mengeluarkan hasil dan menunjukkan ciri-ciri Tacunan Green Dwarf (TACD). Kesemua 99 pokok warna hijau dimana pemeriksaan mendapati purata buah adalah 10 biji per tandan.

Pe
meriksaan pada 29 Jun 2020 telah mendapati dimana 1 pokok yang telah berhasil tetapi menunjukkan ciri-ciri Malayan Yellow Dwarf telah ditebang. Bilangan pokok di petak LVT sekarang adalah sebanyak 99 pokok. Bagaimana pun terkini iaitu pemeriksaan pada 22 Jun 2022 mendapati dimana pokok Kelapa Tacunan telah berumur 7 tahun. Terkini dimana bilangan pokok di petak LVT adalah 99 pokok. Dianggarkan lebih 90% pokok menunjukkan ciri-ciri Tacunan Green Dwarf dengan purata tandan adalah 11 tandan/pokok dengan purata bilangan buah 10 biji per tandan. Pengesyoran varieti akan dibuat tahun ini oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia. Apa pun sebagai kawalan dimana pegawai pakar dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Putrajaya dan cawangan teknikal di Johor telah melaksanakan pemeriksaan bagi membuat pengesahan pokok induk kelapa tacunan. Sebanyak 99 pokok kelapa tacunan yang dikenalpasti telah diperiksa. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan hasil temuan yang didapati hanya 49 pokok Kelapa Tacunan telah disahkan tulin manakala bakinya 44 pokok kelapa dikategorikan sebagai benih “Off-Type”. Bagi mengeluarkan benih kelapa tacunan yang tulen, pokok kelapa Öff-Type” sebanyak 44 pokok perlu ditebang. Pokok tacunan yang sedia ada adalah sudah disahkan ssuai untuk dijadikan pokok induk Kelapa Tacuna noleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia bagi kegunaa dalaman sahaja. Belum ada anakbenih Tacunan Tulin yang sedia diedarkan kepada petani setakat sekarang.

Dari segi perancangan dimana dengan purata anggaran sebanyak 80 - 90 biji setandan yang boleh dijadikan anakbenih bermakna sekitar 1,000 - 5,000 benih kelapa tacunan dihasilkan setahun pada peringkat awal pengeluaran benih. Benih kelapa tacunan ini menambah lagi isu kekurangan benih kelapa berpotensi di negar kita selain daripada benis sedia ada yang diedarkan oleh Jabatan Pertanian iaitu MATAG, Pandan dan MAWA. Permintaan benih hibrid MATAG mencecah sehingga 150,000 - 250,000 biji setahun walau pun kemampuan penghasilan dalam negara maksima cuma kurang dari 100,000 biji setahun. Antara yang boleh mengeluarkan benih kelapa hibrid MATAG tulin adalah Jabatan Pertanian, United Plantation Estates (UP di Bagan Datoh), Ladang PPNJ di Segamat dan juga NLFCS Estates (Di Sg Siput Perak). Kerajaan melalui Jabatan Pertanian kemudian mensasarkan penambahan keluasan tanaman kelapa dengan tanaman Kelapa Pandan, Kelapa Renek MYD, MRD, Malayan Tall serta beberapa varieti premium lain yang dilaksanakan oleh pihak swasta. Pokok kelapa varieti Tacunan mampu mengeluarkan hasil sehingga 50 ke 90 biji sepokok setahun buah kelapa pada keadaan tempatan. Kajian dimakmal mendapati isi kelapa tacunan memang mengandungi asid laurik dan hasil minyak yang tinggi. Purata sebiji kelapa tacunan boleh menghasilkan sebanyak 53ml VCO (Virgin Coconut Oil). Ia merupakan varieti kelapa yang sangat sesuai ditanam untuk industri pembuatan VCO dimasa akan datang. Kajian juga mendapati buah kelapa tacunan yang cukup matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g kopra pada 6% kelembapan. Purata berat buah yang diukur adalah 1,292gram (atau 1.3 kg sebiji) dan ini merupaka sangat besar. Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Varieti kelapa tacunan ini atau Tacunan Green Dwarf (TACD) dijangka akan menjadi salah satu varieti kelapa premium di Malaysia dimasa akan datang jika anakbenih sudah banyak dikeluarkan dengan perancangan baik. Sehingga artikel ini ditulis dimana pokok induk yang dijaga baik sudah berumur 7 tahun dan sudah sesuai untuk dikembangkan sebagai pokok induk. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH TACUNAN... SEMAIAN DIJAGA...
NEGERI JOHOR... TEMPAT BERADA....
BENIH BERKUALITI.... AMAT SUBURNYA...
DITANAM ... LADANG BENIH JADINYA... 


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1436H).
Kemaskini pada 28 September 2022 bersamaan 28 Safar 1444H.
Penulis blog ada merujuk kepada Pengarah Bahagian PTIF,
Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya.

Saturday, October 1, 2022

LIMAU - KENAL JENIS POPULAR

LIMAU (Citrus spp) merupakan pokok buah-buahan tropika yang sesuai ditanam di negara kita dengan pengurusan yang baik. Keluasan keseluruhan tanaman limau di Malaysia seluas 4,200 kektar pada tahun 2010 dengan penghasilan sebanyak 18,620 mt dimana keluasan ini terus menurun kepada 3,950 hektar sahaja pada tahun 2014 (Sumber: Laporan ststistik keluasan tanaman Jabatan Pertanian Malaysia, Tahun 2014). Bagaimana pun penulis blog dapati keluasan tanaman Limau Manis di Malaysia pada tahun 2021 seluas 2,030 hektar menghasilkan sebanyak 10,513 metrik tan. Dalam pada itu keluasan tanaman Limau Bali pula pada tahun 2021 adalah seluas 1,071 hektar menghasilkan sebanyak 16,042 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, Tahun 2021). Pokok limau merupakan tumbuhan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Antara beberapa varieti limau yang ada ditanam adalah jenis mandarin dimana ia  memang mempunyai daun berbentuk 'lanceolate atau oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mampu mengeluarkan aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Antara jenis limau yang ditanam di negara kita adalah seperti Limau Manis, Limau Bali, Limau Lemon, Lemon Kasturi, Limau Madu, Limau Purut dan beberapa jenis lagi. Lazimnya pokok limau akan dibiakkan secara tampang dimana ia akan mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis tanaman pokok limau sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Kebiasaannya bunga limau akan dapat mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik (Sila anda lihat foto disebelah). Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga. Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga boleh membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma pada bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari (6) selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis). Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo). Buah limau menjadi ikon penting semasa perayaan Tahun Baru Cina dimana Malaysia mengimpot berjuta-juta biji limau ini terutama dari negara China setiap tahun yang dijual dengan pelbagai jenama dan harga mengikut kualitinya. Penulis blog dapati setiap tahun akan dapat ujirasa buah limau sempena tahun baru cina ini sama ada dihadiahkan oleh rakan taulan atau membelinya sendiri (Kecuali tidak merasa limau ini semasa pandemik covid-19 sedang berlaku).

Diseluruh dunia banyak jenis limau yang ditanam dimana ia menjadi tanaman utama dibeberapa negara yang mempunyai empat musim. Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau Jenis Kupas (mandarin) dan Limau Jenis Potong (sweet orange). Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat tempatan berbanding dengan limau mandarin atau beberapa jenis lain. Disamping itu terkini ada varieti limau madu atau limau wangi dilaporkan ia adalah sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi. LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan) merupakan sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang lebih bersesuaian, akan tetapi penyakit 'cutrus greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia. Kegagalan industri tanaman limau di Malaysia juga berkait dengan serangan penyakit ini.

Kematangan Pokok Limau Madu akan mengeluarkan bunga dan buah jika dijaga dengan baik. Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November. Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik (Sila lihat foto disebelah). Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas. Lazimnya cara menuai limau dilakukan dengan teknik  yang menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam. 

Siapa yang tidak kenal dengan LIMAU PURUT (Citrus hystrix) atau juga dikenali sebagai 'limau kaffir' dan 'leech lime'. Limau purut berbau lebih kuat dan tajam (Sila lihat foto disebelah). Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut '. Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

Jenis LIMAU BALI (Citrus grandis Linn) Osbeck) adalah buah yang terbesar dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya Indonesia, China dan Thailand. Apa pun di Malaysia tanaman dan buah limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar atau Limau Betawi. Anda boleh membaca artikel tulisan saya mengenai limau bali ini dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini dan Sila klik disini). Seterusnya adalah Jenis LIMAU NIPIS (Citrus aurantifolia) dan juga LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis). Selalunya dengan pembiakan seperti pokok limau langkat adalah dibiak secara tampang, sama ada secara cantuman atau tut akan mengeluarkan hasil selepas 2-4 tahun ditanam di ladang. Limau Langkat dan limau madu berpotensi mengeluar hasil daripada 8 tan/ha. pada tahun ke empat sehingga 24 tan/ha. pada tahun ke enam dan tahun seterusnya. Tempoh jangka hayat ekonomik kebanyakan jenis limau ialah antara 15-20 tahun. Musim Buah bagi jenis Limau langkat adalah pokok buah yang tidak bermusim tetapi mempunyai musim utama pengeluaran buah (bulan Oktober hingga November dan bulan Mac hingga April). Kematangan Buah limau diukur dengan cara yang biasa digunakan. Bagi menentukan tahap kematangan buah limau langkat ialah berdasarkan perubahan warna kulit, saiz dan ketumpatan buah. 

Jenis Limau LIUKAN (Citrus reticulata  Blanco) pula adalah jenis limau yang mana ia berasal dari Daerah Liuzhou, China dimana ia sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren (Sila lihat foto disebelah).  Namun warna pada buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza. Berbeza dengan jenis  CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata  Blanco) yang juga dipercayai berasal dari Chaozhou, China mampu untuk menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'. Sementara jenis Limau KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var. tangerina Hort. ex. Tan) adalah jenis limau yang sangat diminati oleh ramai masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu didalam melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam didapati agak tidak sesuai untuk dipasarkan. Seterusnya adalah jenis Limau  PONKAN (Citrus reticulata Blanco var. ponki Hort. ex.Tan) adalah jenis limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.

Buah limau mencapai tahap matang apabila warna kulit berubah daripada hijau kepada sedikit kekuningan. Kebiasaannya buah limau langkat matang dalam masa 8 1/2 bulan dan 9 1/2 bulan bagi limau madu selepas bunga kembang dan boleh dipetik. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut dan senang untuk dikupas. Pengutipan hasil biasanya dilakukan menggunakan gunting bagi mengelakkan kecederaan mekanikal kepada buah. Buah hendaklah dipotong bersama-sama dengan tangkainya sepanjang antara 3-5 cm. Buah-buah yang dipetik biasanya diisi ke dalam bekas atau bakul rotan kecil yang dilapik daun limau supaya tidak cedera.  Pengendalian Pascatuai penting dibuat dari ladang ke pusat pengumpulan atau ke pusat lain seperti untuk pembungkusan atau pemprosesan boleh dilakukan dengan kereta sorong, treler atau kaedah lain bergantung kepada saiz ladang. Penghantaran ke pusat pengumpulan atau ke pusat pembungkusan atau pemprosesan perlu dijalankan dengan cepat bagi mengawal penurunan mutu dan kerosakan yang tinggi. Pengedalian di rumah pembungkusan (pemilihan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan) Di rumah pembungkusan buah limau akan melalui beberapa proses sebelum sampai kepada pengguna iaitu pemilihan, pembasuhan, pengeringan dan penggredan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" kali ini. Wasallam!.
LIMAU DITANAM...ADA JENISNYA...
BANYAK MASAALAH... JAGANYA...
LIMAU DIIMPORT...PADA RAYA CINA...
PERLU DI KAJI... PELBAGAI USAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronimist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1436H).
Kemaskini pada 3 Rabiulawal 1444H
(Bersamaan 1 Oktober 2022).

Friday, September 30, 2022

KEHEBATAN JERUK MADU PAK ALI

JERUK MADU PAK ALI memang antara produk jenuk berjenama yang dimnati ramai di Malaysia. Produk jeruk madu jenama ini sudah sinonim di negara kita kerana apabila sahaja menyebut pasal jeruk buah-buhan maka akan terlintas untuk menyebut ''Jeruk Madu Pak Ai''. Jeruk ini dikilangkan di Pulau Pinang secara moden dengan skala besar-besaran melibatkan lebih 100 orang pekerja. Perusahaan yang dimulakan semenjak lebih 20 tahun ini telah memulakan perniagaannnya dengan modal RM15 sahaja. Mereka kemudian membangunkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan makanan dengan membuat jeruk dimana teknologinya daripada MARDI. Itu adalah sejarah bagaimana perniagaan Jeruk Pak Ali yang hanya bermodalkan RM15 sahaja dan hanya dihasilkan di rumah. Apa yang lebih menarik dimana perusahaan yang mula bertapak sejak 1985 ini merupakan satu-satunya produk jeruk komersial keluaran syarikat bumiputera tempatan yang mana ia berjaya menembusi pasaran yang biasanya dikuasai oleh usahawan bukan bumiputera. Siapa menyangka produk yang diniagakan bertahun-tahun di pasar malam dan pesta sekitar Pulau Pinang yang kini semakin berkembang kukuh. Pada tahun 2010 syarikat ini telah pun melangkah setapak lagi dengan mempunyai premis sendiri di Bangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tasek, Simpang Ampat sebelum berpindah ke kilang pemprosesan terletak di Tapak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Perda. Akhirnya jenama Jeruk Pak Ali kini menjadi gergasi dalam industri jeruk tempatan apabila mampu meraih jualan mencecah RM10 juta setahun. Apa yang lebih bermakna dan membanggakan kini populariti jeruk di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. mula menembusi pasaran antarabangsa apabila turut dijual di Ireland dan Brunei selain mula mendapat tempahan dari negara Asia Barat. Syarikat berkenaan kini terus mengorak langkah apabila berjaya mencatatkan pengeluaran sebanyak 1,247 tan jeruk dengan jualan sebanyak RM10 juta dua tahun lepas dan pada tahun lepas sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1,600 tan. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya akan menulis megenai kehebatan Jeruk Madu Pak Ali yang menjadi ikon negeri Pulau Pinan ini.

Permintaanjeruk madu Pak Ali masa kini adalah melebihi pengeluaran dimana bagi tujuan itu maka pembukaan kilang baharu merupakan langkah penting bagi memastikan dapat menampung akan permintaan dakwa Encik Alias pengurus syarikat (Sila lihat kilang tersebut di sebelah)Syarikat tersebut kini menukar namanya kepada nama Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. yang sesuai dengan pemgembangan operasi memandangkan ia turut menghasilkan produk hiliran yang juga mendapat sambutan baik. Selain jeruk mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak dan jambu batu yang merupakan produk terlaris, syarikat mula menumpukan pengeluaran produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuih-muih tradisional. Selain mempunyai cawangan jualan di beberapa tempat seperti Bangi, Johor, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Sarawak dan Kota Bharu, syarikat berkenaan juga tidak melupakan Pulau Pinang yang merupakan tempat kelahiran jeruk berkenaan. Menurut Alias lagi kini syarikat bertuah kerana mendapat sokongan padu pelbagai pihak sehingga menjadikan jeruk berkenaan sebagai produk pelancongan bagi pelancong yang berkunjung ke negeri ke Pulau Pinang. Dari segi pasaran dinyatakan sebanyak 60 peratus masih bertumpu untuk kawasan utara seperti Pulau Pinang, utara Perak dan selatan Kedah. Pelanggan suka berkunjung ke kilangnya di Simpang Ampat kerana terdapat sebuah pusat jualan dan mereka turut berpeluang menyaksikan sendiri proses penghasilan jeruk. Dalam pada itu dinyatakan pada masa depan ada rancangan untuk membuka muzium jeruk akan dilaksanakan dengan sambutan yang cukup menggalakkan. Jeruk Pak Ali menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta pada tahun 2109 bagi segmen pasaran tempatan. Unjuran berkenaan yakin dapat dicapai kerana kapasiti pengeluaran tahun ini telah meningkat sebanyak 28 peratusPada tahun lalu jumlah jualan yang dicatatkan ialah sebanyak RM10 juta, sekali gus menjadikan pemiliknya tersenyum puas kerana usaha tiga dekad itu kini menampakkan hasil.

Sebenarnya Jeruk Madu Pak Ali terus kukuhkan jenama didalam negara dan luar negara. Foto disebelah ada menunjukkan dimana pekerja-pekerja memotong buah mangga untuk menghasilkan jeruk di kilang Jeruk Madu Pak Ali di Nibong Tebal, Pulau Pinang Kini Jeruk Madu Pak Ali yang begitu sinonim bagi kalangan masyarakat Pulau Pinang meniti pelbagai cabaran sebelum mengukuhkan jenamanya dalam pasaran tempatan. Kini walaupun perniagaan ini telah diusahakan melebihi 20 tahun namun ia hanya dikomersialkan pada 2007 di bawah syarikat Kunci Kreatif dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Kini, modal pusingannya mencecah RM300,000. Mula bertapak sejak 1985, Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya produk jeruk komersial keluaran syarikat bumiputera di negara ini yang berjaya menembusi pasaran yang dulunya dikuasai oleh usahawan bukan bumiputera. Siapa sangka setelah bertahun-tahun hanya berniaga di pasar malam dan pesta sekitar Pulau Pinang, akhirnya perniagaan ini semakin berkembang kukuh pada 2010 apabila mempunyai premis sendiri di Bangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tasek, Simpang Ampat sebelum berpindah ke kilang pemprosesan terletak di Tapak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) PERDA. Pengarah Urusannya, Alias Ali berkata, perkembangan produk Jeruk Madu Pak Ali banyak dibantu hasil bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh Agrobank banyak membantu perkembangan perniagaan ini khususnya melalui bantuan pembiayaan produk MUS1M, pembelian Tanah dan 3F. Sebenarnya dengan pembiayaan tersebut, ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran, malah menambah 30 jenis jeruk basah dan 50 jenis jeruk kering termasuk produk yang dijadikan bahan membuat acar buah. Sejajar dengan peningkatan pengeluaran dan jenis produk, syarikat ini turut membuka peluang kerja kepada penduduk tempatan kerana bilangan pekerjanya telah meningkat daripada hanya enam orang kepada 65 orang apabila kilang barunya beroperasi pada mula Mac 2013. Memandangkan terdapat permintaan dari kalangan pelanggan untuk melihat aktiviti pemprosesan jeruk dengan lebih dekat lagi, ruang perniagaan di Tapak IKS PERDA kini dikenali sebagai Agrobazaar K-Shoppe Jeruk Madu Ali. Kini dengan konsep ini, pelanggan bukan sahaja boleh membeli Jeruk Madu Pak Ali malah, berpeluang mendapatkan pelbagai produk keluaran FAMA dan usahawan bumiputera yang lain. 

Kini jualan Jeruk Madu Pak Ali dilaporkan medi tempatan akan sasar jualan sebanyak RM15 juya. Foto disebelah menunjukkan Alias Ali Penurus Syarikat menunjukan beberapa produk makanan yang dihasilkan oleh syarikatnya ketika ditemui di Simpang Ampat Tasek Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. iaitu pengeluar pelbagai produk jeruk buah-buahan jenama Jeruk Madu Pak Ali menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta pada tahun ini bagi segmen pasaran tempatan. Pengarah Urusannya, Alias Ali berkata, unjuran berkenaan yakin dapat dicapai kerana kapasiti pengeluaran tahun ini telah meningkat sebanyak 28 peratus. Dalam pada itu pada tahun lalu, jualan yang dicatatkan ialah sebanyak RM10 juta membabitkan pengeluaran sebanyak 1,247 tan walaupun permintaan sebenarnya melebihi pengeluaran kami. Alias berkata, pada tahun ini, sebanyak 1,600 tan jeruk buah-buahan akan dikeluarkan dan berdasarkan rekod, mangga, salak, kedondong, betik, sengkuang dan jambu batu merupakan produk paling laris. Kini prestasi jualan sehingga bulan Ogos lalu berjaya mencapai apa yang telah ditetapkan dan selain itu tumpuan juga mula diberikan kepada pengeluaran produk hiliran seperti kuih tradisional dan jus buah pala. Kapasiti pengeluaran dijangka meningkat sekali ganda tahun hadapan selepas kilang baharu di kawasan Simpang Ampat di sini dijangka siap dalam tempoh enam bulan. Mereka juga akan menjangkakan jualan akan turut meningkat sekali ganda pada tahun hadapan apatah lagi terdapat permintaan dari negara Asia Barat. Mengenai operasi di kilang sedia ada, Alias berkata, untuk tujuan melancarkan lagi pengeluaran maka pihaknya baru-baru ini turut membuat pelaburan sebanyak RM500,000 untuk pembelian mesin-mesin baharu. Mereka menafikan khabar angin yang mengatakan pemilikan syarikat berkenaan kini telah berubah kepada bukan bumiputera selepas kematian ayahnya, Ali Omar yang juga pengasas syarikat berkenaan pada Mei lalu. Operasi pengurusan diteruskan oleh saya dan setakat ini kami masih pemilik kepada Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Oleh itu, saya menasihatkan pelanggan dan rakan niaga kami supaya tidak bimbang kerana proses penghasilan jeruk dan produk lain masih seperti dahulu. Aspek kualiti, kebersihan dan status halal tetap menjadi keutamaan kami dan inilah yang dapat membezakan dengan produk jeruk keluaran syarikat lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!..
NAMA JERUK... POPULAR JENAMA...
JERUK MADU PAK ALI... MADU ADA...
ADA GULA... CUKA EPAL DIGUNA....
ENAK DIMAKAN... HEBAT RESEPINYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 411, StarCity Hotel,
Jalan Pintu Sepuloh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(23 Jamadilakhir 1440H).
Kemaskini pada 1 RabiulAwal 1444H.

Thursday, September 29, 2022

DAUN TERATAI GERGASI - APA DIA?

DAUN TERATAI GERGASI (Victoria amazonica) merupakan sejenis tumbuhan dari famili Nyhphaeaceae yang unik kerana tumbuhan ini merupakan diantara tumbuhan yang mana ia  mempunyai daun yang besar didunia natif daripada hutan tropika Amazon. Penulis blog sebelum ini melihat bagaimana tumbuhan ini ada ditanam di Taman Pertanian Sabah yang legend iaitu terdapat di DaerahTenom. Tumbuhan Teratai atau bahasa Inggeris disebut sebagai 'Water Lily' ini mempunyai empat nama botani lain atau yang sinonim iaitu Euryale amazonica Poepp, Nymphaea victoria M.R.Schomb. ex Lindl., Victoria regina R.H.Schomb. dan juga Victoria regia Lindl. Ia adalah tumbuhan yang mempunyai saiz daun yang terbesar dalam famili tersebut dan menjadi bunga kebangsaan bagi negara Guyana. Kita mungkin ingat akan negara Guyana kerana berlaku peristiwa dimana berlaku kes bunuh diri secara beramai-ramai dengan mereka yang menjadi penganut itu meminum racun akibat ajaran sesat Jim Jones beberapa bertahun dulu dengan Tragedi di Jonestown, Guyana. Apa pun ciri-ciri tumbuhan ini memang unik dimana ia oleh tumbuh dikawasan semulajadi mulai dikenalpasti atau dijumpai pada tahun 1837 oleh kolonial British diberikan nama Queen Victoria ketika itu. Tumbuhan yang hidup diatas permukaan air tawar ini sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dikawasan kolam atau taman yang ada air. Penulis blog gembira dapat melihat sendiri akan tumbuhan ini di TPS semasa bertugas dahulu dimana di layan dengan baik oleh kakitangan TBS yang bertugas. Artikel pada kedinginan malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info bersama pembaca blog mengenai tumbuhan dari luar negara dikenali dengan nama Teratai Gergasi atau ''Giant Water Liliy'' yang amat jarang kita jumpa akan tetapi ia kini berada di Taman Pertanian Sabah (TPS) di Tenom yang saya baru lawati untuk rujukkan semua.


Tumbuhan ini mempunyai daun berbentuk bulat berwarna hijau dengan ukuran sekitar 3 meter (10 kaki) diameter akan yang timbul dipermukaan air dengan tangkainya berada didalam air. Spesis ini asalnya diberikan nama Victoria regia akan tetapi saintis kemudiannya menukar kepada Victoria amazonica yang natif dikawasan paya berair cetek di Amazon River Basin. Apabila berbunga pada mulanya malam pertama ia berwarna putih akan tetapi akan bertukar kepada warna pink pada malam kedua. Ukuran bunga adalah sekitar 40 cm (16 inci) dimana ia didebungakan oleh sejenis kumbang. Daun yang berwarna hijau sebenarnya adalah dari jenis 'vascular plant' dimana ia juga bertindak sebagai pucuk daun dan helaian daun bersambung dengan tangkai panjang didasar air. Mempunyai tangkai bersambung akar pokok didalam tanah yang mencengkam kuat dan tidak beralih walau pun ada arus. Daripada saiz daun tersebut seorang bayi atau kanak-kanak seberat 10 kg - 15 kg mereka boleh dudk dan berada diatas daun ini (Sila lihat foto disebelah). Kekuatan yang ada pada daun ini membolehkan ia terapong diatas permukaan air dengan selamat.  Apa yang unik dimana ia memang boleh diletakan dua orang kanak-kanak dengan duduk diatasnya tanpa daun in pecah (Sila lihat foto paling atas sekali). Bagaimana pun jika orang dewasa melebihi 50 kg ketas mungkin daun tidak dapat menampung jumlah berat dan akan pecah agaknya. Agak-agak adik didalam foto diatas apa perasaannya apabila berada diatas daun teratai gergasi ini dan agaknya juga memang ketakutan disebabkan mungkin daun lebar ini agak bergoyang dan kurang selamat.


Teratai gergasi ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menakjubkan dimana saintis ada mendakwa teratai ini mampu membesar secara keseluruhannya sehingga tiga meter lebar (3) bulatan daunnya dan dimana dibahagian hujung daunnya berlipat bagi mengelakkan dari bertindihan sesama sendiri agar air tidak masuk kedalamnya. Terdapat lapisan permukaan bawah daunnya yang berduri untuk mengelakkan daripada dimakan oleh perosak seperti ikan atau lain-lain perosak didalam air. Dilaporkan dimana bunga teratai ini sangat cantik dan ianya hanya dapat dilihat pada waktu malam sahaja iaitu pada malam pertama ia berwarna putih dan pada malam kedua ia akan bertukar kepada warna merah jambu (pink). Di dapati bunganya juga boleh bertukar warna sepanjang tempoh jangka hayatnya  mengikut keadaan persekitaran. Jika kita melihatnhya pada waktu senja akan didapati dimana bunganya akan tertutup dengan cepat. Pada fasa terakhir jika diteliti gambar kanak-kanak diatas permukaan daun telah menjadikan daun teratai gergasi ini boleh menjadi tarikan kepada tumbuhan yang unik ini. Sebenarnya ada laporan dimana daun teratai gergasi  yang telah matang boleh menyokong sesuatu beban di atasnya sehingga seberat 45 kilogram. Wow... itu merupakan satu keunikan yang ada pada daun ini. Bagaimana pun kisah tersebut penulis blog dapati agak kurang divideokan oleh youtuber didalam media social.

Jauh di dalam hutan hujan Amazon tersembunyi aneka ragam misteri yang sukar difahami dimana terdapat juga tumbuhan gergasi seperti ini. Ia adalah satu kekayaan flora dan fauna di hutan tersebut dan merupakan satu perkara membingungkan kebanyakan ahli botani kerana penemuan sejenis tumbuhan tropika yang sangat menakjubkan dinamakan dalam bahasa greek atau nama botaninya Victoria amazonica.  Pada tahun 1835 lagi dimana santis masuk jauh di dalam hutan hujan Amazon tersembunyi aneka ragam misteri dan ia dikenali sebagai pokok teratai daripada spesis Nymphaeceae ini memiliki daun yang sangat besar. Ia juga berbentuk bulat dan diameter daunnya boleh membesar sehingga lebih daripada tiga meter.  Setiap pada bahagian bibir daun kelihatan lekuk-lekuk dan pada lekukan tersebut terbentuk dua takuk di bibir daun. Ia seakan-akan muncung cerek dan berfungsi untuk tujuan mengalirkan air hujan yang bertakung di atasnya. Anggaran berat setiap daun mencecah sehingga 31 kilogram (kg) dan seorang tidak mampu mengangkatnya didalam air. Dalam pada itu didapati kebolehannya mengapung di atas air disebabkan oleh struktur anatomi daun ini. 

Daun teratai gergasi ini jika diterbalikkan, akan kelihatan jaluran berwarna putih seperti sarang labah-labah memenuhi setiap ruang bawah daun  (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya ia berfungsi seolah-olah seperti tulang rusuk kepada struktur daun ini menjadi lebih kukuh. Ia adalah struktur yang berongga dimana ia didapati mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk memerangkap udara. Udara yang telah terperangkap dalam ruang antara tulang rusuk membolehkan daun ini terapung cantik di atas permukaan air. Diperiksa lanjut tumbuhan ini yang terapong diatas permukaan air mempynyai struktur batangnya yang tenggelam dalam air dan panjangnya boleh mencecah antara tujuh 7 - 8 meter. Terdapat duri tajam meliputi bawah daun, pada batang dan juga pada tunas bunga bagi melindungi daripada dimakan haiwan seperti ikan. Apa yang unik lagi adalah dimana disebalik saiz daun yang sangat besar ini ia sebenarnya sangatlah rapuh. Daun ini mudah bocor atau terkoyak jika tercucuk dengan benda keras dan tajam.  Pada awal penemuannya dilaporkan dimana tumbuhan ini diberi nama Victoria bersempena nama Ratu England pada masa itu. Ia juga turut dikenali sebagai “piring air gergasi’. Teratai ini merupakan spesis semulajadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia merupakan daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan. Hasil kajian mendapati bahawa rahsia tumbesaran gergasi teratai ini terletak pada kitaran hidupnya. Ia bermula sejak proses pendebungaan lagi. Bunga-bunga Victoria akan mampu untuk mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang. Bauan manis ini adalah untuk menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini. Lazimnya apabila menjelang waktu malam maka bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalam bunga. Bunga ini didebungakan oleh kumbang dimana lazimnya pada satu musim maka setiap pokok bakal menghasilkan 40 - 50 helai daun dan setiap daun akan membesar lebih daripada lapan inci diameternya setiap hari. Diameternya terus membesar sehingga mencapai lebih daripada tiga (3) meter.

Bagaimana pun penulis blog gembira apabila dapat menjumpai tumbuhan ini yang di Taman Pertanian Sabah di Tenom dimana ia merupakan tanaman dibawa masuk dari negara asal untuk tujuan penyelidikan, konservasi dan juga tarikan pelancong. Menurut Sheera iaitu Pengurus TBS ini iaitu tumbuhan ini menjadi salah satu fenomena ditaman ini apabila ia mengeluarkan bunga dimalam hari. Tumbuhan ini ditanam di atas kolam sedalam 3-5 kaki dimana teknologi atau cara pembajaan dijalankan bagi tumbuhan ini dengan memasukkan baja pada permukaan tanah pangkal akar didalam kolam dengan menggunakan alat khas berupa corong dan paip. Ini bagi mempastikan tumbuhan ini akan terus hidup subur seperti mana dilihat pada habitat asalnya. Bagaimana pun rakan saya yang mengiringi lawatan tersebut iaitu Marius Gosong cuba memegang daun tersebut dan dia terkejut apabila terkena duri tajam tanpa diketahuinya. Kesian beliau menyembunyikan kesakitan tercucuk duri yang banyak dibahagian tepi dan bawah daun. Penulis blog cuba juga untuk membantu beliau dan dia nyatakan tidak apa-apa boss!. Pada penulis blog tumbuhan unik ini yang ada di TBS mampu jika ia dikawal proses pembiakannya dimana jika terlepas kekolam atau sungai mungkin akan menjadi gangguan selalu terjadi pada lokasi tersebut. Ia boleh dibiakkan dengan beberapa cara yang sesuai. Semuga tulisan mengenai teratai gergasi ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERATAI GERGASI... MEMANG BESARNYA...
HUTAN AMAZON... TEMPAT ASAL USULNYA...
TUMBUHAN YANG UNIK...TAPI APA GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU JAWAPANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Muharram 1441H).
Kemaskini pada 27/9/2022.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...