Support My Blog

Saturday, November 30, 2024

ANCAMAN UDANG AIR TAWAR LUARNEGARA

ANCAMAN UDAG AIR TAWAR dari luar negara kini sudah menjadi perkara yang semakin dibimbangi dimana ia banyak dilaporkan dalam beberapa media tempatan. Ia sudah dianggap sebagai menimbulkan 'Onar' sebagai udang pendatang kepada kelestarian udang air tawar tempatan. Penulis blog pernah beberapa kali melihat dan ujrasa sejeni udang luar seperti Udang Kara Red Claw yang di ternak rakan. Apa pun dilaporkan udang Kara Red Claw boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat (Sila lihat foto diatas). Udang ini merupakan sejenis makanan yang disukai ramai kerana selain ia juga sedap dimakan namun jika terlepas ke perairan umum dilaorkan yang spesies 'pendatang' ini berisiko mengancam ekosistem dan kehidupan ikan air tawar tempatan di Malaysia. Meskipun ancamannya kini tidak serius berbanding jenis Ikan Baung Ekor Merah atau Ikan Bandaraya (Suckermouth catfish) namun ancaman udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia ini tetap perlu diberi perhatian. Dilaporkan spesies berkenaan mempunyai ciri atau sifat pemakanan yang sama seperti ikan bandaraya dan dikategorikan sebagai omnivor. Udang ini awalnya dibawa masuk untuk diternak secara komersial oleh pengusaha kolam di seluruh negara. Penulis blog difahamkan dimana pada kebiasaannya ada restoran tertentu akan mereka menawarkan menu masakan udang kara air tawar ini. Bagaimanapun, memang selalunya spesis udang ini sukar ditemui dijual secara terbuka di pasar biasa. Selalunya dimana pihak restoran akan menempah udang ini terus daripada pengusaha kolam pada harga sekitar RM40 ke RM55 sekilogram. Jenis 'Udang 'pendatang' ini bagaimanapun dikesan memasuki perairan umum mungkin disebabkan kejadian banjir di kolam atau dilepaskan dalam jumlah yang kecil oleh penternak persendirian yang mahu menjadikannya sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. Perbuatan untuk isu pelepasan spesies ini ke dalam perairan awam didakwa boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat menyebabkan perubahan dalam biodiversiti perairan terbabit. Dilaporkan dimana udang ini adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat dimana ia tidak makan ikan hidup yang bersaiz besar. Udang ini juga akan makan tumbuhan seperti rumpai yang mana memberi saingan kepada ikan tempatan. Ikan tempatan juga tidak makan udang ini kerana kulitnya yang sangat keras melainkan ikan pemangsa seperti toman. Bagaimana pun kajian menunjukkan apabila saingan sengit maka anak dan telur ikan tempatan dimakan udang asing ini seterusnya menyebabkan ikan tempatan di sesuatu kawasan yang dimonopoli udang ini akan berkurangan. Juga dilaporkan kesan kehadiran udang kara air tawar dalam kuantiti yang banyak di perairan awam juga ia turut boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan air dan struktur ekosistem. Udang pendatang ini biasanya suka menggali lubang di dasar sungai atau tasik yang boleh mengganggu struktur tanah dan menyebabkan hakisan. Aktiviti ini juga lama-kelamaan boleh memberi kesan negatif terhadap tumbuhan akuatik dan hidupan air lain yang bergantung kepada habitat itu. Bagaimanapun sehingga kini Jabatan Perikanan Malaysia masih belum menerima aduan rasmi iaitu mengenai kehadiran spesies berkenaan di mana-mana sungai di seluruh negara. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info terkini bagaimana ancaman oleh Udang Air Tawar dari luar negara kepada akuakultur tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dilaporkan dalam hmetro.com dimana 'Udang kara air tawar asing mampu ancam ekosistem' perlu di kongsikan infonya.  Media laorkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata.  Pihak Jabatan Perikanan (DOF) sentiasa menjalankan kerjasama dan kempen kesedaran mengenai ancaman spesies asing yang mampu mengancam ekosistem sungai termasuk udang kara air tawar. Pengarah Perikanan Negeri Sembilan (DOF) iaitu Kasim Tawe dakwa sepanjang tahun 2023 ini saja pihaknya sudah menjalankan beberapa siri program memburu ikan asing di negeri itu. Terbaharu DOF mengadakan program Buru Ikan Asing dan Inventori Perikanan Darat pada 13 Oktober lalu di Sungai Mambau yang bertujuan memburu spesies ikan asing. Sebelum itu DOF sudah menjalankan beberapa program sama di seluruh negeri. Hasil daripada program ini kami menjalankan analisis dan setakat ini kami belum menjumpai spesies udang kara air tawar di perairan Negeri Sembilan masih belum ditemui. Apa pun tahap kesedaran masyarakat mengenai pembiakan udang kara air tawar di perairan awam masih rendah tidak seperti kesedaran mengenai ikan bandar raya yang mana orang ramai mula membuka mata. DOF melaksanakan program pendidikan dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjaga ekosistem perairan daripada segala jenis spesies asing yang memberi ancaman. DOF juga akan terus  meningkatkan penyelidikan mengenai impak udang kara air tawar terhadap ekosistem tempatan dan bagaimana menguruskan populasi mereka secara mampan. Aktiviti seperti penguatkuasaan juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan tiada mana-mana individu yang melanggar undang - undang yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985 yang berkaitan spesies asing ini dengan kerjasama semua pihak penternak komersial juga sentiasa dijalankan dari masa ke semasa supaya pengusaha sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa. Kini disebabkan udang ini mudah membiak, garis panduan ketat dan lengkap dikeluarkan supaya penternak komersial dapat mengikutinya dan pihak kami sentiasa memantaunya. Penternak udang dan ramai pengusaha ini juga mempunyai persatuan mereka sendiri. Pihak DOF sentiasa berhubung secara rapat dengan mereka dan memberikan bantuan termasuk nasihat. Media laorkan sebelum ini dimana udang kara air tawar yang mempunyai  rasa yang sedap dan harganya mencecah RM100 sekilogram namun spesies pendatang berkenaan berisiko mengancam spesies ikan tempatan.


Menarik dalam sinarharian.com dengan laporan bertajuk 'Udang kara air tawar dari Australia ancam perairan Muar' untuk di rujuk. Kisah dari Muar laporkan dimana spesies udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (Cherax quadricarinatus) berasal dari Australia dikesan kini ia semakin banyak di perairan di sekitar Mukim Ayer Hitam. Dalam sosmed ada video tular @Abg Ikan di TikTok menunjukkan udang kara berkenaan ditangkap dalam jumlah yang besar menggunakan bubu di perairan Mukim Ayer Hitam. Mengulas lanjut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abd Wahab nyatakan udang kara air tawar tersebut adalah ia merupakan spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Kini pihak Jabatan Perikanan memandang serius kemasukan spesies tersebut dan langkah berjaga-jaga dilakukan bagi memastikannya tidak invasif dan menjadi pemangsa kepada spesies-spesies tempatan sekiranya ia terlepas ke perairan luar. Akibat mudahnya udang kara air tawar ini membiak maka didakwa yang spesies ini telah memenuhi kebanyakan perairan ini seterusnya telah mengancam spesies asal di perairan ini. Diantara spesies yang asal di perairan mukim Ayer Hitam ini adalah keli, haruan, sepat dan pelbagai lagi ikan lain yang diminati oleh penduduk setempat. Apa pun mungkin disebabkan udang kara air tawar ini ada maka semua spesies asal tersebut telah menjadi sangat kurang dan sukar diperolehi. Dalam pada itu Pejabat Perikanan Daerah Muar bersama Kelab Alam Sekitar Seri Sempadan telah pun melaksanakan pelbagai kempen untuk menghapuskan populasi udang kara air tawar tersebut di perairan Mukim Ayer Hitam berhampiran Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara. Ada kerjasama turut dirancang adalah penduduk Mukim Ayer Hitam mengumpulkan udang kara mereka yang ditangkap ini dan peraih yang dikenal pasti akan datang untuk membeli hasil tersebut. Bagaimana pun apa yang berlaku, pembeli udang kara tersebut meletakkan harga yang rendah dan menyebabkan penduduk tidak rasa berbaloi untuk menangkap udang kara tersebut. Begitu juga dengan peraih yang memberikan harga sangat rendah dan kadangkala tidak datang pada masa yang ditetapkan menyebabkan udang kara tersebut menyebabkan ia mati begitu sahaja. Adalah dicadangkan agar isu ini dibangkitkan termasuk dari aspek pemasaran udang kara air tawar yang ditangkap dan mempelbagaikan menu masakan supaya lebih ramai minat dengan menu hidangan haiwan tersebut. Langkah ini secara langsung akan meningkatkan permintaan udang kara air tawar di pasaran tempatan. Seterusnya, spesies invasif ini dapat dikeluarkan dari perairan umum hingga tiada lagi udang kara tersebut. Sebagai rekod dilaporkan udang kara air tawar (Red Claw) atau Blue Crayfish (cherax quadricarinatus) mempunyai warna yang menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih. Apa pun spesies itu paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH 7 dan saiz matang udang ini adalah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia sebagai spesies peliharaan dan industri akuakultur.


Portal meia kosmo.com juga laporkan 'Udang kara pendatang Australia, perosak ekosistem negara' yang sesuai di rujuk. Ia berkait dengan satu sessi untuk usaha membasmi udang kara iaitu udang pendatang dari Australia di sebuah parit di Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor. Udang ini digelar sebagi 'Udang krai' atau dikenali sebagai udang kara air tawar atau ‘lobster’ air tawar oleh masyarakat tempatan di Muar dimana ia sebenarnya merupakan perosak kepada ekosistem negara. Udang Krai ini adalah pendatang dari Australia sekali gus perlu dilakukan pembasmian bagi menjaga ekosistem. Usaha dibuat untuk kerja atau aktiviti pembasmian udang krai telah dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMP), penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta komuniti di Mukim Ayer Hitam, Muar di Johor melibatkan sebuah parit di kawasan itu. Aktivis mengangkat bubu payung sebab nak selamatkan habitat di kawasan ini dan juga ada memasang bubu di likasi dan akan tengok hasilnya. Memang ada dapat banyak jenis udang (udang krai) dan jumlah ini sampai boleh buat niaga. Laporan ini kemudian membuka mata serta mendidik orang ramai supaya menjaga ekosistem negara susulan kewujudan spesies udang krai dari Australia di sungai dan parit di negara ini. Pertanyaan bagaimana udang ini boleh banyak berada dalam parit masih disiasat. Ini kerana sejak zaman dulu memang udang pendatang ini tidak ujud. Kini dilaporkan uang tangkapan udang kaa ini memang ia sedap dimakan selain harganya juga boleh mencecah RM60 hingga RM80 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
UDANG PENDATANG...DARI AUSTRALIA...
UDANG KARA... IA MUDAH MEMBIAKNYA...
ANCAM EKOSISTEM... BAGAIMANA PULA...
DIJUAL MAHAL...ENAK SEKALI RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Rabiulawal 1446H).

Friday, November 29, 2024

ALAT-ALAT BERKEBUN - APA DIA? (Pt 2)

BERKEBUN (Gardening)
merupakan salah satu aktiviti atau hobi yang menguntungkan jika dilakukan dengan baik kerana ia mampu menanam tumbuhan atau tanaman oramental sehingga memberikan hasil yang boleh di makan atau dilihat. Dalam berkebun ia memerlukan beberapa faktor asas iaitu Ilmu Pengetahuan, Minat, Masa, Bajet Kewangan, Kawasan Sesuai (Tanah atau kawasan lapang) serta sokongan dari semua pihak berkaitan tanaman dan pertanian. Pada penulis blog berkebun secara hobi di sekeliling rumah atau dikawasan kebun tidak komersial semakin di minati ramai terutama semasa Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) dan terkini apabila kos bahan makanan seperti sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya meingkat naik untuk kegunaan harian. Kaedah penanaman secara fertigasi di keliling rumah atau di kebun sendiri kini semakin popular untuk di usahakan kerana ia mampu memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti akan tetapi ia mmerlukan sedikit kos awalan yang agak tinggi berbanding dengan kaedah tanaman secara konvensional. Memang ada banyak sistem tanaman secara fertigasi dimana ia mudah di pelajari secara menghadri kursus formal atau kaedah masa kini dengan menonton toutube atau tiktok sahaja yang ada banyak di internet. Selain itu boleh membaca banyak artikel mengenai teknologi dan amalan agronomi didalam blog pertanian termasuk blog An Agro Technology yang sudah membuat posting lebih dari 8,000 artikel seenjak lebih 16 tahun dahulu dan i baca encapai 40 juta orang. Kini netizen lebih suka enonton video didalam tiktok dan ramai juga yang menonton youtube dan semakin kurang membaca artikel dalam blog. Kalau dahulu tulisan saya di baca antara 12 -15 ribu orangsehari tetapi kini pada tahun 2024 hanya sekitar 4 -6 ribu orag sahaja membacanya sehari. Bagaimana pun tiktok saya pernah mencecah 300,000 viewers dalam masa 3 minggu sahaja berkaitan teknologi memetik nanas menggunakan jentera. Memang aktiviti berkebun kini dilihat sudah menjadi hobi bagi sesetengah rakyat Malaysia sama ada yang muda atau lebih kelihatan mereka yang sudah berumur. Sama seperti hobi-hobi lain pada penulis blog dimana aktiiti berkebun memerlukan alatan yang sesuai. Kalau pemain bola kena ada kasut bola, seluar, baju jersi dan juga setokin sesuai sama juga berkebun kena ada set tersendiri, Semua alatan ini memang ada dijual di kedai pertanian dan juga pasaraya serta kedai dua ringgit atau kedai DIY. Peminat tentunya akan terpengaruh untuk membeli pelbagai alatan berkebun yang dijual akan tetpai aspek penting adalah mempastikan hanya membeli alatan yang sesuai dan mudah di gunakan dengan harga berpatutan. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan kupas beberapa alat-alat berkebun yang perlu di gunakan atau dibeli jika hobi berebun ini sudah menjadi kegemaran pembaca blog semua untuk dijadikan bahan rujukkan.


(7) TAJAK KERI
Tajak Keri adalah sejenis alat pertanian khusus untuk memotong rumput. Ini kerana rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat ia tidak dikehendaki. Kebanyakan rumput adalah kategori rumpai. Rumput yang tumbuh biasanya mempunyai akar yang dalam dimana kerja untuk mencabut rumput paling sesuai adalah dengan menggunakan pencungkil rumpai.  Pekebun selalunya akan mengawal rumpai ini dengan tajak keri kerana ia berkebolehan mencucuk sehingga ke akar umbi rumpai. Memang di peringkat awal kerja menrumput ini da banyak kerja akan tetapi nanti bila sudah selesai kawasan tanaman akan nampak berkurang rumpai tumbuh yang boleh menjadi perumah penyakit serta perosak dan mencuri baja tanaman. Kebolehannya selain daripada pencungkil rumpai sebagai sabit tetapi dengan fungsi yang lebih bagus. Tajak keri ini ada pelbagai rupa, bentuk dan saiz dimana sebelum membeli pastikan jenis yang sesuai dengan kehendak. Ada yang mana pada bahagian hujung yang tajam boleh ianya digunakan untuk memotong rumput yang ada dan boleh menggeburkan tanah juga. Membeli tajak keri ini ada di kedai pertaian atau kedai hardware atau sekarang ini dalam talian sahaja dengan murah an banyak pilihan.


(8) PISAU CANTUMAN TUNAS
PISAU CANTUMAN (Budding Knife) adalah satu jenis alatan berupa pisau yang digunakan ketika kerja-kerja mencantum anak pokok. Pisau Cantuman ini berlainan dengan pisau memotong sayur dan ikan yang ada dirumah kerana ianya bersaiz kecil dan mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian Mata Pisau, Bahagian Badan Pisau dan Bahagian Pengikis (Tumpul). Saya ada menulis artikel mengenai pisau cantuman dengan pautan (Sila klik disini). Pisau ini biasanya dalam keadaan seperti 'Pisau Lipat' dengan ukuran 12 - 18 cm panjang (Lihat foto diatas). Pisau Cantuman ini merupakan pisau yang digunakan oleh Pencantum (Budder) terutama didalam aktiviti mencantum pokok buah-buahan seperti Durian (Durio zibethinus), Belimbing (Averrhoa carambola), Nangka (Artocarpus interger), Rambutan (Nephellium lappaceum), Mangga (Mangifera indica) dan tanaman hiasan lain. Kepakaran seorang pencantum yang mahir mampu menggunakan pisau cantum dengan betul sehingga meningkatkan peratus kejayaan kerja-kerja mencantum yang dijalankan. Artikel petang Ahad ini saya menulis sejenis alat pertanian yang penting untuk kerja mencantum anakbenih buah-buahan iaitu 'Pisau Cantuman'. 
Pisau cantuman digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada gunting pangkas. Saya suka gunakan pisau cantuman yang sedikit lekuk di hadapannya agar mudah untuk saya buat cantuman.


(9) PECAKAR ATAU PENGGEMBUR 3 MATA
Alat Pencakar atau Penggembur 3 Mata ini walau pun agak jarang digunakan akan tetai keperluannya tetap ada. Alat ini selalu berfungsi selepas sebelum atau selepas mencangkul diatas tanah baru atau tanah agak keras sebagai alat untuk memecahkan ketulan tanah. Apa pun aktiviti menggembur tanah sebeum penanaman dilakukan amat penting agar akar tanaman dapat berkembang baik, air dapat meresap, nutrien dapat di serap akar dan ada rongga untuk hidupan cacing dan mikrob baik dalam tanah. Penggunaan cangkul tiga mata atau selalu oa dipanggil penggembur amat sesuai selepas kawasan penanam dibentuk dengan cangkul. Alat ini mempunyai 3 mata besi yang tajam dan pemegangnya daripada bahan kayu atau logam dengan ada pelbagai saiz. Mudah di beli di kedai pertanian atau kedai hardware dan kini paling senang membeli secara on-line sahaja.


(10) ALAT SUKAT ATAU TIMBANG
Alat sesuai disediakan pekebun adalah termasuk alat penimbang, timbang, neraca, dacing adalah alatan yang berfungsi untuk menimbang berat atau mengukur jisim. Dipasaran ada banyak jenis alat timbang daripada yang kuno, alat lama, dacing analog sehingga kepada dacing digital atau elektronik. Merujuk kepada Malaysia dimana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan komuniti perniagaan di negara ini beralih kepada penggunaan alat penimbang elektronik secara berperingkat. Kini dilaporkan hanya 25% sahaja alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara manakala bakinya masih menggunakan alat timbang dan sukat yang lama. Apa pun digalakan agar peralihan kepada alat timbang digital itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak berwajib termasuk para pekebun. Pelaksanaan penggunaan penimbang baharu itu akan dipertimbangkan dari segi kecukupan bekalan serta harga untuk peralatan tersebut. Apa pun tempoh yang diberikan itu juga memberi masa kepada peniaga melakukan peralihan penggunaan alat timbang di premis masing-masing dimana peralihan kepada alat timbang elektonik ini penting kerana kadar ketetapannya tidak boleh dipertikaikan berbanding alat timbang yang lama. Apa pun kapasiti bagi Alat Timbang adalah pelbagai dan antaranya ialah kapisiti 10 Kilogram (kg), 20kg, 30kg dan 50kg dimana kini ada sebanyak 99,744 unit digunakan di Malaysia. Pekebun akan gunakan alat timbang untuk menimbang baja, hasil tanaman dan sebagainya yang boleh di bei dmana sahaja.


(11) TOPI KEPALA
Penulis blog hari-hari memakai topi kepala dimana sahaja kerana ia satu fesyen da bukan menutupi kepala (masih banyak rambut). Kini ada pelbagai koleksi topi yang penulis blog gunakan berlainan kegunaan seperti topi untuk hadir majlis rasmi, topi untuk beribadat (kopiah), topi untuk kekebun, topi untuk beriadah dan bersukan serta topi pelbagai fungsi. Apa pun topi adalah sejenis pakaian yang dikenakan di kepala dimana topi biasanya memiliki bahagian melengkung yang tinggi dengan bahagian sisi. Topi boleh dikenakan di kepala atau pun bagi beberapa jenis topi perempuan ia dilengkapi dengan bahan penyemat topi dan penulis blog paling suka pakai 'Topi Jempn' yang menutupi pipi kiri dan kanan serta bertopeng. Topi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala atau pun kain atau pun bahan sesuai lain. Pentingnya topi kebun bagi melindungi kepala dari terik panas matahari dan memudahkan kerja. Kini ada terdapat pelbagai rekabentuk topi dimana minat pekebun adalah berlainan dan yang paling bagus adalah topi yang besar dan menutup penuh kepala seperti dalam gambar yang penulis blog pakai. Memang nampak rimas awalnya akan tetapi anda akan hargai topi kebun begini apabila panas terik matahari mula naik.


(12) SARUNG TANGAN
Mungkin ramai pekebun tidak suka memakai sarung tangan kerana ia merimaskan. Apa pun lazimnya dimana sarung tangan merupakan bahan pelapik tangan yang biasanya dibuat daripada kain atau getah. Terdapat pelbagai fungsi sarung tangan dimana paling asas adalah untuk melindungi tangan daripada kekotoran, kecederaan dan sebagainya. Harga sarung tangan juga berlainan bergantung kepada jenis bahan yang digunakan dan juga kualitinya. Paling murah adalah sarung tangan kain yang diimport dari China cua kurang RM2 sepasang di kedai atau pun dibeli secara pukal atas talian. Jenis sarung tangan getahsebenarnya ia merupakan produk terbaru yang mana ia berasaskan getah asli cair. Sarung tangan ini didapati sesuai digunakan dalam sektor perubatan khususnya sektor pembedahan khususnya oleh doktor dan jururawat akan tetapi di kebun ia sesuai ketika membancuh bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga dan sebagainya.  Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terbesar di dunia. Pemintaan sarung tangan getah ini dapat melonjakkan sedikit harga getah yang telah lama jatuh merudum. Merujuk akhbar dimana dilaporkan harga sarung tangan getah asli berharga kira-kira AS$26 (RM84) hingga AS$30 (RM97) setiap 1,000 pasang sarung tangan, manakala harga sarung tangan getah sintetik pula adalah 30% ia lebih tinggi. Secara bandingan, sarung tangan getah asli lebih murah berbanding sarung tangan sintetik. 
Aktviti berkebun melibatkan penggunaan tangan dimana sebenarnya agak lebih selesa kalau kurang memakai sarung tangan dalam aktiviti berkebun. Ia mampu elakkan tapak tangan menjadi kasar. Sarung tangan kain adalah yang paling sesuai untuk digunakan di kebun trutama jenis yang tebal. Lagi bagus jika di bahagian tapak tangan sarung itu ada disalut dengan getah dimana selalunya ia akan memudahkan aktiviti berkebun seperti menggaul tanah dan mencabut rumpai dan perlu disediakan beberapa pasang. Semasa membeli disyorkan agar membeli sarung tangan yang berkualiti dan tahan lama.  Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca secara berturutan semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!...
ALATAN BERKEBUN...PERLU DISEDIA...
HARGA PELBAGAI... IKUT JENAMANYA...
LEPAS DIGUNAKAN... SIMPAN SEMULA...
TANAMAN MENJADI...SUKA SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1446H).

Thursday, November 28, 2024

ALAT-ALAT BERKEBUN - APA DIA? (Pt 1)

BERKEBUN (Gardening)
merupakan salah satu aktiviti atau hobi yang menguntungkan jika dilakukan dengan baik kerana ia mampu menanam tumbuhan atau tanaman oramental sehingga memberikan hasil yang boleh di makan atau dilihat. Dalam berkebun ia memerlukan beberapa faktor asas iaitu Ilmu Pengetahuan, Minat, Masa, Bajet Kewangan, Kawasan Sesuai (Tanah atau kawasan lapang) serta sokongan dari semua pihak berkaitan tanaman dan pertanian. Pada penulis blog berkebun secara hobi di sekeliling rumah atau dikawasan kebun tidak komersial semakin di minati ramai terutama semasa Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) dan terkini apabila kos bahan makanan seperti sayuran, buah-buahan, ikan dan sebagainya meingkat naik untuk kegunaan harian. Kaedah penanaman secara fertigasi di keliling rumah atau di kebun sendiri kini semakin popular untuk di usahakan kerana ia mampu memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti akan tetapi ia mmerlukan sedikit kos awalan yang agak tinggi berbanding dengan kaedah tanaman secara konvensional. Memang ada banyak sistem tanaman secara fertigasi dimana ia mudah di pelajari secara menghadri kursus formal atau kaedah masa kini dengan menonton toutube atau tiktok sahaja yang ada banyak di internet. Selain itu boleh membaca banyak artikel mengenai teknologi dan amalan agronomi didalam blog pertanian termasuk blog An Agro Technology yang sudah membuat posting lebih dari 8,000 artikel seenjak lebih 16 tahun dahulu dan i baca encapai 40 juta orang. Kini netizen lebih suka enonton video didalam tiktok dan ramai juga yang menonton youtube dan semakin kurang membaca artikel dalam blog. Kalau dahulu tulisan saya di baca antara 12 -15 ribu orangsehari tetapi kini pada tahun 2024 hanya sekitar 4 -6 ribu orag sahaja membacanya sehari. Bagaimana pun tiktok saya pernah mencecah 300,000 viewers dalam masa 3 minggu sahaja berkaitan teknologi memetik nanas menggunakan jentera. Memang a
ktiviti berkebun kini dilihat sudah menjadi hobi bagi sesetengah rakyat Malaysia sama ada yang muda atau lebih kelihatan mereka yang sudah berumur. Sama seperti hobi-hobi lain pada penulis blog dimana aktiiti berkebun memerlukan alatan yang sesuai. Kalau pemain bola kena ada kasut bola, seluar, baju jersi dan juga setokin sesuai sama juga berkebun kena ada set tersendiri, Semua alatan ini memang ada dijual di kedai pertanian dan juga pasaraya serta kedai dua ringgit atau kedai DIY. Peminat tentunya akan terpengaruh untuk membeli pelbagai alatan berkebun yang dijual akan tetpai aspek penting adalah mempastikan hanya membeli alatan yang sesuai dan mudah di gunakan dengan harga berpatutan.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan kupas beberapa alat-alat berkebun yang perlu di gunakan atau dibeli jika hobi berebun ini sudah menjadi kegemaran pembaca blog semua untuk dijadikan bahan rujukkan.


(1) CANGKUL
CANGKUL adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian yang semakin kurang digunakan dalam sistem pertanian moden. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah dimana ia bertujuan untuk menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai cangkul yang bolh dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lagi. Bagaimana pun penulis blog mendapati dimana peranan cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah terutama dikalangan petani atau pekebun kecil dan mereka yang ada hobi menanam tumbuhan dikawasan keliling rumah. Kini dalam sistem pertanian komersil penggunaan jentera pembajak tanah, jentera rotor tanah dan pelbagai mesin boleh digunakan dan dipilih oleh petani didalam kerja penyediaan tanah dan kawasan. Di kawasan pertanian sawah yang berbukit dan benkontour seperti di Indonesia bagaimana amalan menggunakan cangkul, tajak dan kerbau masih signifikan penggunaan dalam menyedialan tanah sawah setiap musim penanaman padi kerana jentera mesin sukar digunakan. Bagaimana pun memang selalunya kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat yang sesuai. Mengenai alat cangkul ini adalah mudah kerana lazimnya bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu dan bagi cangkul kecil untuk kegunaan gardening dirumah ia diperbuat daripada besi tangkainya. Secara tradisional lazimnya mata cangkul berukuran lebih lebar berbanding dengan mata tajak atau mata beliung. Pada pengamatan penulis blog mendapati dimana biasanya hulu atau pemegang ini lurus akan tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit yang dibuat untuk memudahkan kerja-kerja menyangkul dan menggali parit kecil. Umumnya memang mata cangkul biasanya dibuat daripada besi yang ada dijual dikedai-kedai alatan pertanian dimana-mana sahaja dengan harga mengikut saiz, jenama dan lokaliti.Penelitian penulis bloh mendapati harga mata cangkul diantara RM25 - RM35 satu unit. Dipasaran dilihat cangkul buatan dari negara China agak murah berbanding dengan cangkul buatan tempatan. Cangkul merupakan alatan paling asas didalam kerja menyediakan tanah disektor pertanian. Sebenarnya ada banyak jenis cangkul dimana lazimnya jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung, tajak, cangkul mini dan sebagainya. Setiap pekebun wajib ada cangkul! Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar. Bagi skala kecil bagi pekebun di rumah, cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan membuat lubang untuk tanam anak pokok.


(2) TONG PENYIRAM
Alat Penyiram Air untuk pertanian merupakan sejenis alatan yang digunakan untuk menyiram air kepada tumbuh-tumbuhan atau tanaman dikebun atau dikawasan keliling rumah. Alat tong penyiram air terdiri daripada tong air yang mempunyai pemegang, corong penyiram berlubang dan juga bahagian atas tong terbuka untuk mengisi air (Sila rujuk foto disebelah). Alat ini diperbuat daripada bahan seperti logam, zink, plastik atau lain-lain bahan. Saiz dan rupabentuk alat ini banyak jenis bergantung kepada keperluan pengguna. Bagi kegunaan keliling rumah untuk menyiram pokok bunga dan tanaman sayuran lazimnya bersaiz kecil 1-3 liter tetapi untuk kebun sayur tradisional menggunakan kapasiti lebih banyak. Kini mudah sahaja membeli tong penyiram dengan membeli secara on-line sahaja mengikut bajet, saiz dan juga jenama yang sesuai.



(3) SUDIP TANGAN
ALAT SUDIP TANGAN adalah merupakan alat pertanian yang paling sering di gunakan sejak memulakan aktiviti berkebun. Pada masa ini ada bermacam jenis, bentuk, material, harga dan ketahanan yang ada dipasaran. Dengan membuat carian diinternet sahaja semua sudah boleh membelih sudip tangan pilihan secara on-kine sahaja dimana ia murah, mudah dan cepat peghantarannya jika duduk dibandar. S
udip dilihat ia tangan amat sesuai untuk penanaman pokok kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai, dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya mempunyai tempat pemegang yang selesa dengan jenis kgunaan dan mudah disimpan serta tahan lama.


(4) PENGGEMBUR TANGAN
Alat Pertanian iaitu 
Penggembur Tangan  pada penulis blog dimana ia seperti namanya berfungsi untuk menggembur tanah dan membuang rumpai. Tanah perlu digembur secara berkala agar tidak padat. Ini kerana tanah yang padat mengganggu pengairan air dan kemasukan oksigen bagi keperluan akar. Penggembur tangan jenis besi tahan karat amat sesuai digunakan kerana tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang keras. Ada banyak jenis penggembur tangan yang boleh di beli di kedai pertanian, kedai dua ringgit, DIY dan paling mudah beli secara on-line sahaja.


(5) GETAH PENYIRAM (HOSE)
Menyiram tanaman adalah satu aktiviti yang penting dalam berkebun untuk mempastikan tanaman mendapat air yang mencukupi. Ada banyak jenis hos dipasaran bergantung kepada bajet, kegunaan an juga ketahanannya. Ukuran panjang hos mesti disesuaikan dengan jarak punca air atau jika disambung dengan paip air perlu di sesuaikan. Jenis hos getah seperti foto disebelah dilihat paling murah di pasaran dan mudah digunakan atau untuk di simpan semula (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pu jika ada bajet yang mencukupi boleh membeli hos yang diperkukuhkan dengan dawai didalamnya disambung dengan kepada hos yang sesuai menyiram tanaman bagaikan air hujan. Hos ini memang mudah di beli dari kedai pertanian, kedai hardware pasaraya dan aling mudah adalah membeli secara on-line sahaja.


(6) GUNTING PENGKASAN (SCATEURS)
Alat Gunting Pangkasan atau Scateurs ini ada bermacam jenis mengikut kegunaan, bentuk, harga dan juga ketajaman serta ketahanannya. Ada jenis gunting pangkas ini yang amat murah akan tetapi hanya boleh memotong dahan kecil sahaja atau dahan lembut sahaja. Paling canggih adalah jenis gunting pangkas dari besi keluli yang kuar dan mampu untuk ia memotong dahan yang besar berbentuk separa bulatan. Apa pun selalunya gunting pangkas digunakan untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman. Sepasang sekateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti. Cari sekateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga ia selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda. Jika anda ingin membaca lebih lanjut berkaitan ini, saya sarankan baca Alat Berkebun – Gunting Pangkas. Mudh membeli scateurs ini di kedai DIY, kedai pertanian, pasaraya dan paling mudah membeli secara on-line sahaja. 
Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca secara berturutan semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!...
ALATAN BERKEBUN...PERLU DISEDIA...
HARGA PELBAGAI... IKUT JENAMANYA...
LEPAS DIGUNAKAN... SIMPAN SEMULA...
TANAMAN MENJADI...SUKA SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1446H).

Wednesday, November 27, 2024

KUNYIT OH KUNYIT

KUNYIT
(Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Apa yang penulis blog tahu dimana di India dan Indo-Malesia kunyit dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo yan telah direkodkan. Pada tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (kawasan yang berjiran dengan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Laporan tersebut juga saya dapati bermaksud mungkin serbuk kunyit seperti saffron. Pada masa ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam bahasa Sankrit ia dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manja), Inggeris (Tumeric), Cina (Kiang-hoang) dan Jawa (Kunyir). Penanaman kunyit di Malaysia tidak begitu luas dimana laporan daripada Jabatan Pertanian hanya laporkan sekitar 196 hektar menghasilkan sebanyak 1,654 metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Kunyit ditanam secara konvensional dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1.0-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan. Bagaimana pun kini kunyit sesuai di tanam secara fertigasi sahaja. Pembajaan kunyit dengan menggunakan baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang masa penanaman. Hasil kunyit sebanyak 15 – 25 t/ha. Selepas lebih kurang 9 - 10 bulan ditanam, rizom boleh dituai apabila pokok menjadi kuning, dengan menggalinya menggunakan cangkul. Peenulis blog dapati dimana kebanyakan tanaman kunyit dilakukan dipinggir kawasan kebun sayur atau ditanam dikawasan keliling rumah. Artikel subuh Selasa ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai kisah dalam media tempatan tentang kunyit untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan dimana 'K
unyit herba ajaib' menarik ditulis semula dan dikongsikan kali ini. Pada penulis blog faham dimana kunyit  adalah rempah atau ramuan banyak digunakan dalam masakan. Merujuk kepada laporan Journal of Clinical Aesthetic Dermatology, penggunaan pupur muka kunyit selama sebulan dijangka dapat membantu memudarkan parut jerawat sebanyak 14%.  Ramuan semula jadi itu yang dianggap salah satu herba ajaib banyak memberi kebaikan terutama kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan individu. Malah banyak penemuan atau kajian terhadap kunyit mendapati ia seperti bahan alami lain yang aktif sebagai ramuan produk aestetik mempunyai sifat antioksidan, antiradang dan antibakteria termasuklah sebatian aktif polifenol. Bahan sebatian aktif inilah banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kerana dikatakan menyumbang kepada 'sifat' kunyit iaitu antitumor dan antioksida. Maka tidak hairanlah penggunaan pupur atau bahan penjagaan dan rawatan wajah berasaskan herba itu dapat memberi banyak kebaikan. Diperincikan kebaikan kunyit andai diamalkan dalam penjagaan wajah wanita: Pertama dimana kunyit mengurangkan masalah jerawat dimana semakin lama ia digunakan, maka manfaat daripada kunyit ini mungkin akan mencapai tahap maksimum. Kunyit yang mana ia mempunyai antioksida dan antiradang membolehkan isu kesihatan kulit wajah dapat ditangani terutama jerawat. apa pun berbanding penggunaan bahan bukan alami, kesan pemakaian kunyit lebih selamat. Perlu di pastikan guna kunyit dengan kualiti dan kuantiti betul bagi mengelakkan tidak timbulnya masalah tertentu. Kedua  dimana kunyit untuk memudarkan parut jerawat dan kebaikan lain yang boleh dicapai menerusi pemakaian kunyit apabila dikatakan mampu memudarkan parut jerawat yang hitam. Tabiat buruk terutama individu yang mengalami masalah jerawat yang gemar menyentuh sehingga menyebabkan ia luka dan berparut. Apa pun keadaan ini meninggalkan parut hitam dan dikatakan amalan mengenakan kunyit sebagai pupur boleh memudarkan kesan parut terbabit. Ketiga dimana didakwa kunyit mampu membunuh bakteria kerana selain kunyit ada sifat antioksidan serta antiradang, kunyit juga memiliki satu lagi kelebihan paling penting untuk lawan masalah jerawat iaitu antibakteria. Salah satu punca utama masalah jerawat ialah jangkitan bakteria bernama Propionibacterium acnes (P. acnes). Jadi, membunuh bakteria ini sangat penting.  Meskipun kunyit boleh menangani bakteria itu akan tetapi kesesuaian masih bergantung kepada 'keserasian' kulit individu. Sebaiknya dapatkan saranan daripada doktor untuk penggunaan kunyit pada wajah. Keempat adalah dimana kunyit merawat kesan alergi iaitu ia satu alternatif dalam menangani kesan akibat daripada reaksi alergi pada wajah dan bahagian kulit tubuh yang lain ialah menggunakan serbuk kunyit. Papa pun rempah ini mampu berfungsi hampir sama dengan antihistamin untuk 'menghalang' aktiviti protein yang menjadi punca radang dan rengsa pada kulit. Secara tidak langsung ia membantu merawat kesan alergi kulit. Fakta ke lima adalah dimana kunyit membantu menangani masalah garis kedutan wajah kerana faktur peningkatan usia adalah fenomena semula jadi. Namun tidak semua boleh menerima masalah muncul garis kedut pada kulit wajah. Didakwa dengan kunyit dilaporkan yang ia mungkin boleh membantu mengurangkan garisan kedutan ketara. Elemen dalam kunyit seperti sejenis polipenol boleh bertindak memperbaiki tekstur kulit dengan baik. Kesannya, garis kedutan itu mungkin boleh hilang dengan rutin amalan tertentu.


Banyak laporan yang menyatakan dimana '
Kunyit agen pencerah kulit' dan menjadi satu produk kepada industri komestik. Ramai yang mungkin kurang pasti akan laporan dimana bahan  pencerah semula jadi untuk kulit wajah juga boleh didapati di dalam dapur iaitu sama ada semua percaya atau tidak iaitu bahan masakan seperti KUNYIT mampu mencerahkan kulit. Kandungan herba itu yang memiliki antioksida boleh memperlahankan kerosakan pada sel kulit selain boleh membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Langkah yang mudah penggunaan bahan terbabit dalam penjagaan kulit di rumah adalah dengan penyediaan pupur. Dikongsikan dua pupur yang boleh disediakan berasaskan herba terbabit pertama adalah jenis Pupur khusus digunakan untuk Terapi Kulit Sensitif dan terlalu kering. Caranya dengan menggunakan 1 sudu besar lemon, 3 sudu besar susu dan 1/4 sudu besar serbuk kunyit. Campurkan semua bahan dan digaul sehingga sebati. Letak dan sapu rapi sehingga menutupi keseluruhan wajah. Biarkan ia sekitar 20 hingga 20 minit sebelum dibilas. Dilaporkan yang kunyit adalah diantara herba penting mampu merawat kulit. Kedua adalah jenis pupur khusus untuk rawat kesegaran dan ketegangan kulit muka dengan teknik menggunakan bahan 1.5 sudu besar kunyit segar sudah dikisar. Ambil 1 sudu besar madu organik, 1 sudu besar santan dan 1 sudu kecil minyak oren. kemudian diletakkan kunyit dikisar bersama madu dan santan lalu dikacau sebati. Kemudian tambahkan minyak oren dan kacau sekali lagi. Jika mahukan bancuhan pupur tidak terlalu tebal, boleh laras menerusi pertambahan susu segar mengikut kepekatan diingini. Perlu diingatkan cuci muka daripada kotoran mahupun solekan terlebih dahulu. Barulah pakaikan pupur keseluruh muka terutama bahagian yang mempunyai bekas jerawat atau tekstur. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Boleh mengulang pakai untuk kesan lebih baik.


Kisah bagaimana '
Air kunyit rahsia Uwan 102 tahun' sesuai di korek rahsianya seperti dalam laporan media tempatan. Dilaporkan kisah dari Tampin apabila warga senior tidak mengambil ubat moden selain mengamalkan minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara rahsia wanita warga emas ini kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 102 tahun. Apa yang lebih mengejutkan nenek Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit dan hanya mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur disebabkan faktor usia. Cucunya, Norazizah Mat Ripin juga beritahu berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalan neneknya itu, wanita itu dilahirkan pada 1921 namun dipercayai dilahirkan lebih awal dari itu kerana masalah pendaftaran pada ketika itu. Biasalah orang dahulu daftar kelahiran lambat, tapi yang saya diberitahu kemungkinan lewat setahun ke dua tahun. Uwan (Halipah) berkahwin ketika usia 16 tahun dan dengan lima kali perkahwinan sebelum dikurniakan empat anak dan kini mempunyai 11 cucu serta sembilan cicit. Neneknya itu yang mesra disapa Uwan Lipah itu seorang tukang urut serta bidan dan mungkin disebabkan dimana wanita berkenaan mengamalkan hidup sihat mengikut cara tradisional. Uwan banyak amalkan petua orang dulu-dulu dan antara yang menjadi amalannya ialah minum air kunyit dan halia akan tetapi sejak tiga tahun lalu yang dia tidak lagi meminumnya. Uwan juga tidak makan ubat moden dan jika demam atau badan dia tak sihat maka dia hanya minum air suam atau makan telur ayam kampung. Difahamkan Uwan tidak pernah  Walau tidak pernah dimasukkan ke hospital dan dia tidak suka ke hospital. Dia kini tidak mampu berjalan kerana kedua-dua belah pahanya patah ketika berusia 90 dan 99 tahun. Jadi sekarang Uwan perlu dibantu untuk urusan harian. Rutin dan jenis makanan neneknya dimana dia yang kini wanita warga emas itu gemar makan udang masak lemak cili api dan teh susu namun dia tidak memilih soal makanan.


Artikel 'kunyit oh kunyit' di tambah lagi dengan kisah bagaimana seekor '
Gajah `dimandikan dengan serbuk kunyit' yang agak [elik di dengar. Ia berlaku di Malaysia apabila program itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Adabi yang menaja 40 kilogram (kg) serbuk kunyit setiap bulan kepada Zoo Negara untuk tempoh dua tahun.  Perkara ini bukan hanya haiwan gajah sahaja malah pihak zoo turut selalu ia menggunakan kunyit sebagai alternatif untuk merawat kulit beberapa haiwan lain. Bagi Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana ketika mengulas tular gambar seekor gajah yang dimandikan dengan kunyit di Zoo Negara ia adalah satu yang logik. Kaedah melumurkan kulit pada gajah dan haiwan lain sudah lama digunakan cuma tidak dikongsikan kepada umum menerusi hebahan di laman sosial. Walau pun kini ada banyak maklum balas diterima selepas gambar berkenaan tular di laman sosial namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana proses itu dilakukan mengikut prosedur yang betul di ruang luas dengan bantuan kakitangan terlatih. Program itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Adabi yang menaja 40 kilogram (kg) serbuk kunyit setiap bulan kepada Zoo Negara untuk tempoh dua tahun. Proses rawatan kulit gajah itu bermula jam 9.30 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam dengan menggunakan 3.5 kg serbuk kunyit. Selalunya memang tiada masalah berlaku sepanjang proses berkenaan kerana ia dilakukan dengan bantuan tiga kakitangan terlatih. Tetapi ia mungkin janggal bagi orang awam kerana tidak pernah melihat kunyit digunakan bagi memandikan haiwan. Kaedah sama juga sudah lama dipraktikkan di India dengan tujuan untuk merawat kulit gajah dan haiwan yang lain. Biasanya bagi saiz gajah yang besar menyebabkan pihaknya perlu memandikannya berbanding sekadar menjirus saja. Apa pun selain merawat luka kecil dan gigitan serangga, kunyit juga bertindak sebagai antiseptik dan pemulih kulit yang baik. Sebenarnya bukan saja gajah tetapi kita turut menggunakan kaedah sama untuk haiwan lain di Zoo Negara seperti tapir. Sudah ditetapkan tempoh tertentu sebaliknya rawatan menggunakan kunyit itu dilakukan mengikut keadaan kulit haiwan berkenaan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAHAN KUNYIT... OREN WARNANYA...
ADA DI TANAM... 196 HA DI MALAYSIA...
KHASIAT KUNYIT...PELBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Safar 1446H).posted from
ILPP, Serdang

Tuesday, November 26, 2024

SEMBANG BUAH BETIK

BUAH BETIK
(Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihadsilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2023 adalah dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 hektar menghasilkan sebanyak 33,647 mt)) diikuti di Pahang (267 ha) dan di Sabah (258 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang telah menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah 
betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite.  Artikel pada subuh kali ini penulis sembang dalam blog "Anim Agro Technology" tanaman betik berasaskan laporan media dan pengalaman tinjauan penulis sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan bagaimana '
Menggali potensi tanaman betik ke arah ekonomi lestari' sesuai di kongsikan laporannya. Cuaca di Malaysia yang mengalami iklim hutan hujan tropika menyebabkan pokok betik atau istilah saintifiknya, Carica papaya L sangat sesuai ditanam di negara ini. Tanaman betik bukan sahaja memberikan hasil yang konsisten sepanjang tahun tetapi juga menawarkan salah satu langkah strategik untuk menyokong pembangunan ekonomi dan kelestarian pertanian negara. Jangka hayat pokok betik adalah sekitar tiga tahun dan kebiasaannya hasil pengeluaran paling banyak ketika pokok berumur antara 13 hingga 14 bulan. Betik boleh ditanam sebagai tanaman tunggal (monokultur) atau sebagai tanaman selingan dengan tanaman jangka panjang seperti durian dan kelapa malahan juga disyorkan sebagai tanaman landskap yang dikenali Edible Landscape Plant yang mampu menyumbang kepada estetika persekitaran. Melalui usaha peningkatan populasi dunia yang dijangka mencapai 8.8 bilion pada tahun 2050 dijangka permintaan terhadap buah-buahan termasuk betik akan terus meningkat. Penanaman betik yang diurus dengan baik bukan sahaja dapat memenuhi keperluan domestik tetapi juga menembusi pasaran antarabangsa, menyumbang kepada pembangunan ekonomi hijau negara.  Malaysia kini mengeskport betik ke beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, Belanda, Timur Tengah, dan Thailand yang menjadikan penanaman betik sebagai salah satu sumber pendapatan berpotensi besar bagi negara. Bagaimanapun, penanaman betik tidak terlepas daripada cabaran terutamanya dari segi serangan penyakit dan serangga perosak seperti Bintik Cincin Virus (Papaya Ringspot Virus) dan Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada petani. Merujuk Pakar Pomologi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Md Aiman Takrim Zakaria dimana penyelesaian terbaik serangan tersebut termasuklah kawalan vektor melalui penggunaan racun perosak dan pengawalan secara biologi menggunakan mikrob baik seperti Bacillus sp atau Trichoderma sp. Apapun dilaporkan tumbuhan ini kurang sesuai untuk di tanaman di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakaran betik yang cetek akan menyebabkan pokok mudah tumbang ditiup angin.


Media lain laporkan 'Jaga kecantikan semula jadi dengan betik' juga sesuai disembangkan. Dilaporkan warna kuning jingganya pasti menarik perhatian bagi sesiapa saja untuk merasa sendiri rasa lemak manis buah betik. Namun ia bukan sekadar makanan akan tetapi ia turut mempunyai fungsi dalam penjagaan kecantikan secara semula jadi tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Buah Betik kaya dengan nutrien antioksidan seperti karoten, vitamin C, flavonoid, kumpulan vitamin B, folat, asid pantotenik, mineral, potassium, magnesium dan serat. Kandungannya itu sesuai digunakan sebagai krim wajah dan syampu untuk memberikan kulit mulus berseri serta rambut berkilat. Vitamin A dan papain dalam betik mampu menyingkirkan sel kulit mati kerana ia bertindak memecahkan protein tidak aktif yang ada pada permukaan kulit. Betik juga membantu melembapkan kulit, menyingkirkan jerawat dan warna kemerahan, apabila disapu pada wajah dan dibiarkan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bersih.  Biarpun tidak disapu pada wajah, sering makan betik juga boleh memberikan kesan sama pada kulit apabila ia menjadi lebih lembut, gebu dan mulus. Malah jika ada masalah tumit merekah hingga merosakkan penampilan boleh dirawat dengan sapuan betik yang sudah dilumatkan. Betik yang disapu pada kulit juga boleh membantu mengurangkan masalah bintik wajah dan warna kulit tidak sekata, manakala kulitnya boleh dijadikan bahan sental bagi mencerahkan kulit. Kandungan asid alfa hidroksi yang ada dalam betik juga membantu merawat masalah penuaan pramatang apabila disapu pada kulit, namun ia perlu dilakukan secara berkadar untuk mengelakkan kerengsaan. Ia juga boleh bertindak sebagai pelembap rambut apabila dilumatkan dan disapu pada seluruh rambut, biarkan seketika dan bilas hingga bersih.


Penulis blog ketawa membaca kisah dalam hmetro.com yang bertajuk '
Buah kelapa berbentuk betik' apabila melihat foto dimana pasangan suami isteri ada menunjukkan buah kelapa yang mana ia mempunyai rupa bentuk ganjil. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana melihat bentuknya kelihatan seperti betik akan tetapi yang sebenarnya buah kelapa yang sepatutnya mempunyai saiz yang bulat, mempunyai isi tebal serta banyak air dan manis. Pasangan Yusoff Pakeer (65) dan isterinya lihat apabila buah kelapa yang ditanam sejak lima tahun lalu di belakang rumahnya di Taman Universiti Jaya, Bedong mempunyai bentuk luar biasa selain tidak mempunyai isi atau air kecuali sabut. Mereka mengambil tiga biji buah itu ketika menghadiri kenduri di rumah kenalannya di Perak sebelum menanamnya di belakang rumah sebelum mula mengeluarkan hasil hujung tahun lalu. Pada peringkat awal ia berbuah seperti biasa, namun kelihatan memanjang hingga ada beberapa biji yang mencapai saiz sepanjang 0.5 meter. Dua pokok yang ditanam menghasilkan buah berbentuk biasa walaupun ditanam bersebelahan dengan pokok kelapa itu. Dakwa mereka walau pun ia mempunyai saiz yang besar dan panjang, namun ia tidak mempunyai sebarang isi mahupun air selepas saya membelahnya berikutan cucu terlalu ingin merasai airnya selain terkejut apabila hanya terdapat sabut. Walau pun dulu isterinya mencadangkannya supaya pokok kelapa itu ditebang saja kerana tidak memberi sebarang hasil, namun dia berfikir mungkin terdapat manfaat lain. Mungkin ada yang lebih arif dapat melakukan kajian terhadap kejadian pelik itu dan mungkin juga ia mempunyai kegunaan lain.


Sembang betik lebih menyeronokan membaca kisah '
Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan' untuk di kongsikan. Dilaporkan bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising di sini tidak pernah menyangka tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan. Petani Mohamed Omar (66) dakwa dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi mengisi masa di waktu lapang. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Perkara itu menyebabkannya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Bila melihat kepada potensi serta permintaan tinggi dia memberanikan diri dengan mana dia juga mengusahakan tanaman tersebut secara komersial. Dulu bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar. Berminat akan membuka lagi tanah seluas 1.6 hektar bagi mengusahakan tanaman betik. Setakat ini permintaan terhadap buah betik sangat tinggi namun bekalannya terhad. Dia sudah berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan. Dia yang memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Apa pun dengan permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial. Hobi mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat. Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik tetapi ia tetap memerlukan air yang cukup. Apa pun bila hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak seperti pada pada Februari tahun lalu dimana dia berdepan kerugian besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit apabila tanaman ditenggelami air. Dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 lalu bagi mengisi masa di waktu lapang. Ppokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh diremajakan semula. Ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa. Apa pun sepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji. Alhamdulillah dengan bantuan RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) saya ingin mengembangkan lagi tanaman ini. Dia juga telah bersedia berkongsi kepakaran dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi tanaman pokok betik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH BETI...DIPANGGIL PAPAYA....
LUAS DI TANAM ...DI MALAYSIA...
RASANYA MANIS...KHASIAT ADA...
BACA ARTIKEL..TERUS NAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAKhir 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...