Support My Blog

Wednesday, January 31, 2018

UBI REBUS - SUDAH KOMERSIL

UBI REBUS (Cassava) kini telaah dikomersilkan sebagai makanan eksotik di Pasar Tani Bandar Baru UDA, Johor BAhru dan beberapa pasar tani lain. Pada penulis blog ia juga adalah merupakan sejenis makanan tradisional yang dulu sangat popular dikalangan penduduk sekitar kampung sejak berkurun lamanya tetapi kini dijadikan makanan istimewa dikalangan penduduk bandar. Kalau dahulu makanan ubi rebus sering disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang tetapi kini ada yang menjual tidak mengira waktu. Pada saya ia makanan yang enak dan mengenyangkan serta ianya banyak memberikan tenaga. Walau bagaimana pun generasi 2Y sekarang ini kurang mengenali dan meminati akan makanan ubi rebus sama ada kurang pendedahan atau pun mereka lebih tertarik dengan makanan moden seperti Burger, Sushi, Kimchi, HotDog, Kek dan sebagainya. Pada saya dari generasi 'Baby Boomers', makanan ubi rebus tetap menjadi kegemaran untuk dimakan bersama-sama sambal tumis ikan bilis atau pun dengan gula merah. Pengalaman penulis blog telah menginap dibeberapa hotel terpilih mendapati hidangan ubi rebus ada dihidangkan sebagai salah satu daripada menu yang memang digemari ramai pengunjung. Beberapa restoran masakan tradisional juga ada menghidangkan ubi rebus pada sarapan pagi dan makan malam. Keenakan rasa makan ubi rebus ini akan lebih hebat selepas kita bekerja dikebun dan kemudian makan ubi rebus dimana ketika ini memang betul-betul perut sangat lapar. Makanan ubi rebus ini memang mengandungi karbohiderat yang tinggi dimana ia sesuai untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga untuk bekerja. Makanan ini bagaimana pun agak sukar untuk kita dapati di pasar malam atau pun pasar tani kerana ramai berfikir mereka mudah membeli atau untuk menyediakannya. Artikel subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan ubi rebus yang dijual berdekatan dengan rumah tempat tinggal penulis di Johor Bahru ini setiap hari Ahad pagi dengan harga berpatutan dan enak.


Mengunjungi pasartani kelolaan FAMA memang satu perkara yang sudah menjadi rutin kebanyakan penduduk bandar untuk mendapatkan bahan mentah makanan dan makanan siap. Terdapat banyak produk di pasar tani yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, ulaman, barang dapur, pelbagai jenis makanan siap makan dan sebagainya. Bagaimana pun diantara makanan yang penulis suka adalah kamanan tradisional seperti ubi rebus, kuih tahi itek, kuih deram, kuih talam, nasi lemak daun pisang dan sebagainya. Ubi Rebus kini telah dikomersilkan sebagai satu hidangan eksotik yang dijual dengan harga RM4.00 satu set (Sila lihat foto paling atas). Ubi rebus yang masih panas ini akan disenduk daripada bekan kedap udara dengan ia direbus lama agar ubi menjadi lembut. Penulis blog dapati berbaris orang untuk menunggu bagi tempahan ubi rebus ini yang masih panas. Sambal tumis telah disediakan didalam pek plastik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika ada pembeli yang ingin beli tambahan sambal tumis ini perlu bayar RM1.00 sepeket. Pada saya sambal ini memang enak kerana tidak terlalu pedas dan ada masam manis yang mencukupi dan 2-3 paket sambal tumis ini baru cukup untuk satu pek ubi rebus. Enak dimakan semasa suam panas memang tidak perlu kunyah banyak kali kerana tekstur ubi rebus ini memang sudah terlalu lembut. Ia seakan sudah cair didalam mulut apabila dimakan dan memang sungguh mengenyangkan satu set untuk 1-2 orang dewasa.


Apa yang menarik lagi dalam ubi rebus komersil ini adalah dimana dalam setiap set disertakan 2 ekor ikan kering (Sila lihat foto disebelah). Ikan kering bersaiz kecil ini daripada jenis Ikan Selar yang masin dan sesuai dimakan dengan ubi rebus. Ikan kering ini mudah diratah sahaja kerana ia rangup. Penyediaan menu ubi rebus ini mudah sahaja tetapi daya kreativiti peniaga amat penting untuk mempastikan kualiti yang konsistent. Dalam penulis membuat tinjauan mengenai menu ubi rebus ini sebenarnya ia boleh dipadankan dengan beberapa lauk lain seperti Sambal Hijau, Sambak Tumis Sotong, Ikan Sardin, Kari Ikan, Kari daging, Ikan goreng dan sebagainya mengikut kepada kesukaan. Ada juga yang suka makan ubi rebus cecah dengan gula pasir, kelapa parit dan beberapa kombinasi lagi. Beberapa buah restoren dan hotel juga ada menyediakan menu ubi rebus bagi sarapan pagi. Ubi rebus mengandungi karbohiderat yang tinggi dan membekalkan banyak tenaga kepada mereka yang memakannya. Ia merupakan makanan yang dulu diambil oleh petani, nelayan dan pekerja kasar kerana membekalkan tenaga yang lama untuk bekerja. Selain daripada murah, enak dan tahan lama disimpan makana ntradisional ini juga sesekali ada dihidangkan pada majlis kenduri disesetengah lokasi.


Pada penulis blog, menyediakan resepi ubi rebus ini amat mudah sekali. Pertama sekali adalah untuk mendapatkan bekalan ubikayu (Manihot esculenta) dari iaitu tanaman umbisi dari keluarga Euphorbiaceae (Sila lihat foto disebelah). Ubi kayu yang masih segar ini perlu dibuang kulitnya dengan pisau dan kemudian dibasuh dengan air bersih. Masukkan potongan ubikayu ini kedalam periok yang diisi dengan air dan sedikit garam. Bagi mendapatkan ubi kayu yang lembut boleh ditambh dengan air panas atau dikukus semula. Apabila telah lembut dan masak boleh diangkat ubi ini dan ditoskan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara agar kekal panas lebih lama. Bagi menyediakan sambal tumis cuka sebaiknya sediakan bahan seperti 1 genggam ikan bilis, cuci dan perlu di rendam 10 minit dan kemudian ditoskan, Sediakan bahan 1 biji bawang besar yang dihiris kasar, 2 camca besar cuka makan, 1.5 cawan cili kisar (cili boh), bahan perasa garam dan gula secukup rasa. Bahan tumis lain seperti 6 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci belacan dan juga 0.5 camca besar udang kering yang perlu direndam sekejap dan toskan. Bahan tumis sebaiknya dikirar halus dan kemudian perlu dipanaskan minyak dalam kuali untuk menumis. Seterusnya tumis bahan kisar halus hingga harum dan kemudian dimasukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan ikan bilis dan cuka dan ia perlu dikacau rata. Bagi menambahkan keenakan samba ini boleh tambah gahan garam dan gula secukup rasa dan akhirnya boleh dimasukkan hirisan bawang besar dan sedikit air serta dimasak hingga bawang layu. Apabila masak maka boleh dimatikan api dan sedia untuk dihidangkan bersama ubi rebus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim technology kali ini. Wasallam!!..

UBI REBUS ... MAKANAN ENAKNYA...
DIPASAR TANI... KOMERSIL JUALNYA...
HANYA RM4.00...SATU SET HARGANYA...
ENAK DIMAKAN... KENYANG DIBUATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani BBU,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1439H).



Tuesday, January 30, 2018

NANAS MD2 TANAH TINGGI - WOW!!.. MANISNYA!

WOW!! MANISNYA!!!... Itulah yang kami boleh katakan apabila mengujirasa buah nanas MD2 tanah tinggi dari Projek Nanas Premium Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri, Sembilan. Alat Brixmeter yang digunakan menunjukkan dengan jelas bahawa buah MD2 yang dipetik pada indeks 0 atau sekitar 130-135 hari selepas dihormon diladang ini menunjukkan angka 20.0 darjah Brix (Sila lihat foto diatas) pada satu sampel. Sampeldari bahagian atas buah ini juga menunjukkan bacaan pada 14.5 Brix dibahagian atas buahnya sementara dibahagian tengah buah tersebut memberikan bacaan 18.3 Brix. Ujirasa ini dijalankan di Pusat Rawatan Eksport Naza World, Serdang, Selangor yang mana pusat ini merupakan milik Jabatan Pertanian Malaysia yang kini disewa oleh pihak syarikat tersebut. Pengurus syarikat En Razak yang bersama penulis blog menyatakan buah dari projek di Seri Menanti ini memberikan buah nanas berkualiti dengan bentuk buah, berat buah dan kualiti buah yang menepati kehendak pasaran domestik dan eksport. Syarikatnya bersedia membeli dan mengedarkan buah MD2 dengan jumlah yang banyak. Bagaimana pun menurut seorang petugas  En Baek yang menjaga ladang disini nyatakan mereka menghormon sebanyak 2,500 - 3,000 pokok seminggu bertujuan menjadualkan penuaian buah agar dapat dipasarkan untuk domestik dahulu. Buah nanas MD2  dari ladang ini mendapat bekalan benih daripada sumber sulur yang diaturkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) melalui projek nanas premium pada tahun 2016 dan 2017. Kedudukan tanah yang tinggi sekitar 80 - 100 meter dari aras laut bercerun dikelilingi oleh hutan dan perkampongan ini menjanjikan sinaran matahari yang banyak dan amalan agronomi yang baik. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kualiti buah nanas MD2 yang dihasilkan dari satu projek nanas dikawasan tanah tinggi untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Lazimnya sejak dahulu pokok nanas ditanam dikawasan tanah gambut. Kawasan tanah gambut di Johor seperti di Daerah Pontian, Batu Pahat, Kluang dan Muar diantara daerah yang banyak ditanam dengan buah nanas sejak berpuloh tahun dahulu. Negeri Johor menanam 8,934 hektar dengan pengeluaran nanas sebanyak dan menghasilkan sekitar 273,950 metrik tan bernilai RM350.2 juta atau 68% buah nanas di Malaysia pada tahun 2016 dengan pelbagai varieti nanas seperti Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas MD2, Nanas Gandul, Nanas Sarawak dan beberapa lagi (Sumber: Laporan Statistik Industri Nanas 2016, LPNM). Negeri Sembilan pula menanam seluas 137 hektar nanas pada 2016 dengan hasil sebanyak 5,107 metrik tan bernilai sekitar RM7.914 juta. Daerah Kuala Pilah paling luas tanaman nanas dengan jumlah keluasan 85.9 hektar diikuti Daerah Jelebu (65.2 ha), Daerah Tampin (34.4 ha), Daerah Rembau (19.9 ha) dan dua daerah lain iaitu PD/Seremban (9.8 ha). Projek nanas MD2 di Seri Menanti ini berada dikawasan berbukit disekelilingi oleh kampong dan ladang sawit. Terdapat ternakan kambing, tanaman durian dan pokok jati dikawasn kebun seluas 10  hektar ini. Penulis yang membuat tinjauan teknologi kelokasi bersama KSU Kementerian Pertanian dan pemilik ladang iaitu YM Dato Seri Hasudin mendapati nanas disini subur (Sila lihat foto disebelah). Kawasan ini dijaga dengan baik sehingga tiada masaalah serangan Bacteria Heart Rot yang serius berlaku.


Nanas yang matang dipetik pada indeks 'o' iaitu sekitar 130 - 135 hari selepas dihormon. Nanas ini penulis timbang dimana ia mencapai berat 3.2 kg sebiji (Buah dalam foto disebelah kiri) dan seberat 1.5 kg sebiji (Buah dalam foto disebelah kanan). Buah yang berkualiti ini mempunyai warna kulit yang sedikit kuning dibahagian bawah dan hijau diatasnya. Jambulnya yang sederhana besar membolehkan nanas ini boleh mencecah sehingga maksima lebih 25 hari selepas dituai untuk dipasarkan dengan penjagaan yang baik. Buah yang bersaiz besar mendapat permintaan baik dikalangan pengguna domestik yang mempunyai keluarga besar, pihak restoren dan hotel. Buah yang sesuai untuk pasaran eksport sekitar 1.4 - 1.6 kg  sebiji untuk dimasukkan didalam kotak. Tinjauan penulis mendapati harga ladang nanas MD2 segar sekitar RM3.00 - RM3.50 sekilogram tetapi tinjauan hatga runcit pula sekitar RM5.00 satu kilogram. Jika berat buah seberat 3.2 kg disebelah ia boleh dijual sekitar RM15.00 sebiji bermakna memang satu harga yang diterima oleh pengguna. Jika hendak dibandingkan dengan harga nanas MD2 import jenama Dole di Jason Supermarket di Bangsar, KL dijual dengan harga RM11.00 sekilogram (tiada jambul) dengan purata berat 1.3 kg sahaja sebagai perbandingan.


Pada penulis blog nanas MD2 tempatan sudah menjadi fenomena kepada penanam dan pengguna. Apabila nanas ini ditanam dengan benih tanaman sulur (JANGAN GUNA BENIH MD2 KULTUR TISU) ia menjanjikan kualiti dijamin dari segi varietinya. Bagaimana pun benih MD2 kultur tisu boleh menyebabkan masa depan industri nanas akan terjejas. Syarikat NAZA yang menanam sendiri nanas MD2 di Raub, Perak dan Perlis kini terlibat dalam aktiviti pemasaran dan pengedaran nanas MD2 untuk pasaran domestik. Syarikat ini juga antara 4 syarikat yang mempunyai keupayaan untuk mengeksport ke negara China nanas MD2. Selain daripada syarikat ini 3 syarikat lain yang telah diluluskan oleh pihak China untuk mengeksport nanas MD2 adalah Top Fruit, KPF dan juga Rompine. Syarikat NAZA hanya gunakan benih sulur yang tulin diladangnya untuk dijual sendiri dan membeli daripada pengusaha nanas MD2 lain yang menepati ciri-ciri amalan agronomi dan juga mempunyai persijilan MyGAP. Menurut pengurus pemasaran NAZA mereka memerlukan nanas MD2 yang berkualiti untuk pasaran domestik dari pengusaha yang berdaftar dengan LPNM dan mempunyai rekod baik dari segi kualiti buah. Pusat rawatan dan pengumpulan buah di PRE Serdang ini mampu dijadikan satu pusat pengedaran buah nanas dan buah-buahan lain dimasa akan datang (Sila lihat foto disebelah). Pusat ini mempunyai kemudahan bilik sejuk beku, bilik rawatan buah nanas vapormate, ruangan untuk pemprosesan buah, pejabat dan pelbagai kemudahan lain. Semuga industri nanas negara akan membaik dimasa akan datang dengan pelbagai suntikan dan sokongan daripada pihak kerajaan dan komitment yang baik dari semua pemain dalam industri ini. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..


NANAS MD2... POPULAR NAMANYA...
TANAH TINGGI.... IA ELOK KUALITINYA...
BUAHNYA MANIS ...20 BRIX MANISNYA...
BERMINAT?....ANDA DAPATKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Rawatan Eksport Serdang,
Selangor, Malaysia.
(26 Januari 2018).

Monday, January 29, 2018

TANAM KUCAI SECARA FERTIGASI

KUCAI (Allium tuberosum) merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Alliaceae yang sesuai ditanam di tanah rendah dan kini ditanam dengan teknologi fertigasi. Kucai adalah sejenis tanaman yang mempunyai jangka hayat yang panjang (perennial) jika ia dijaga dengan baik. Ia akan terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan kaedah pembajaan yang betul dalam kawasan terjaga. Pada kebiasaannya penulis blog dapati sayurjenis kucai ditanam secara konvensional menggunakan batas dan penggunaan baja organik tinja ayam yang banyak. Tinjauan penulis dibeberapa lokasi penanaman kucai mendapati antara masalah utama tanaman kucai secara konvensional ialah rumpai yang tumbuh di batas tanaman dan perlu dikawal secara manual terutama di peringkat tuaian. Namun begitu apa yang penulis blog dapati masalah ini dapat diatasi lebih baik dengan penggunaan teknologi fertigasi yang boleh dijalankan di bawah struktur pelindung hujan (sph) atau PUN menggunakan sistem fertigasi terbuka. Penulis blog dalam membuat tinjauan teknologi dibeberapa lokasi mendapati teknologi penanaman secara fertigasi kini adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat dari masa ke masa dimana dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak terus ke akar pokok. Apa yang penulis terlibat terus dalam bidang ini mendapati sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelak penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti Pitium spp serta mampu meningkatkan hasil kepada banyak jenis tanaman. Teknologi fertigasi telah terbukti berjaya untuk meningkatkan hasil tanaman seperti cili, terung, peria dan rockmelon. Aplikasi teknologi fertigasi dalam tanaman jangka masa panjang seperti kucai dapat meningkatkan hasil dan memudahkan pengurusan tanaman. Tinjauan penulis juga dapati dengan mengambil kira sifat kucai yang mempunyai jangka hayat yang panjang maka tidak mustahil teknologi fertigasi dapat memberi peluang yang menguntungkan kepada pengusaha. Berkonsepkan “tanam sekali, tuai berkali-kali” maka tanaman kucai secara fertigasi dapat memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusaha fertigasi. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman kucai secara fertigasi sebagai satu teknologi yang membolehkan kita semua mendapatkan bekalan kucai yang segar, berkualiti dan selamat dimakan.


Kalau dalam keadaan terbuka tanaman kucai ditanam diatas batas tetapi kini ada teknologi menanam kucai didalam pasu atau bekas yang mengandungi media tanaman (Sila lihat foto diaebelah). Bekas pasu ini boleh disusun disekeliling rumah sama ada dikawasan terbuka atau dibawah kawasan terlindung. Penanaman kucai secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan 30 formulasi yang tepat dapat meningkatkan hasil tanaman kucai 2 - 3 kali ganda serta tempoh tuaian dengan selang masa 2 minggu sekali terbukti dapat menjadi pilihan alternatif kepada usahawan berbanding dengan kaedah konvensional. Bagi tujuan untuk kerja penyediaan tapak projek fertigasi sebaiknya pemilihan dan penyediaan tapak projek fertigasi merupakan langkah kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. pada saya penanaman kucai secara fertigasi memang mudah dilakukan asalkan kita mempunyai minat, modal dan ilmu pengetahuan serta masa sesuai mencukupi. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain. Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman kucai ialah 5.5 - 6.5 yang dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Penggunaan air paip juga sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti larutan baja pada kuantiti yang sama kepada setiap pokok adalah penting untuk tanaman kucai mencapai pembesaran yang seragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiapkan tapak, silvershine atau bahan weed suppresor dibentang bagi mengelak tapak projek daripada ditumbuhi rumpai. Bagi mereka yang kali pertama hendak mencuba kaedah ini boleh belajar dari mereka yang telah ada sistem tanaman kucai seperti ini.


Pemasangan sistem pengairan fertigasi bagi penanaman kucai secara fertigasi sebaiknya polibeg jenis tegak perlu digunakan untuk fungsi sebagai menyokong pertumbuhan tanaman. Polibeg berwarna hitam bersaiz 16’’ x 16’’ yang lebih tahan lasak dan lama berbanding dengan polibeg putih adalah disyorkan. Sistem fertigasi bagi penanaman kucai mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja (900 gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta tiub mikro yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman (Silalah lihat foto disebelah). Jarak di antara baris yang disyorkan ialah 5 kaki manakala jarak di antara polibeg ialah 1.0 kaki dan disusun sebaris kiri dan kanan paip lateral bagi memudahkan kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum semaian atau benih kucai dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan pemasa (timer). Penanaman kucai secara fertigasi seperti kaedah penyediaan anak benih  adalah penting. Kucai boleh ditanam menggunakan rizom atau amalkan semaian biji benih. Penanaman kucai daripada semaian biji benih dilakukan dengan menggunakan bekas segi empat yang diisi dengan peat moss sebagai medium percambahan. Anak kucai akan muncul pada hari ketujuh sehingga kesepuluh selepas semaian. Anak benih kucai boleh dipindahkan ke polibeg selepas berusia 30 hari bercambah. Manakala penanaman kucai menggunakan rizom 31 boleh dilakukan dengan menanam terus di dalam polibeg. Rizom yang mana ia mempunyai rumpun daun kucai digunakan dan daun baru akan tumbuh setinggi 20 - 25 cm melalui rumpun daun asal yang ada pada rizom. Sebanyak 3 - 4 rumpun kucai ditanam di dalam satu polibeg. Kalau benih yang digunakan adalah jenis berkualiti maka kadar pertumbuhan dan pembesaran akan lebih seragam.

Biasanya jenis medium tanaman yang disyorkan untuk kucai adalah 100% coco peat yang mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam (Sila lihat foto disebelah). Walau bagaimanapun kepada pengusaha fertigasi di sebelah utara semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sekam padi bakar boleh digunakan sebagai medium tanaman kerana sekam padi mudah diperoleh di ketiga-tiga negeri tersebut dengan harga yang berpatutan. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam dan disusun selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm yang diukur dari dasar polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien dari tangki larutan baja. Pengurusan tanaman kucai fertigasi melibatkan kerjaa-kerja pembajaan dan serangga perosak serta kawalan penyakit dan perosak. Baja fertigasi kucai terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan B. Formulasi baja kucai merangkumi kesemua unsur nutrien yang lengkap diperlukan oleh tanaman. Baja yang ditimbang berasingan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Komponen baja tersebut kemudiannya dijadikan stok baja (pati baja) bahagian a dan bahagian b di dalam 100 liter air secara berasingan. Larutan stok disyorkan supaya sentiasa tersedia dan sedia untuk dicairkan ke dalam tangki larutan baja apabila diperlukan. Tanaman kucai memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang tertentu terutama selepas tuaian. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC) dan unit ukuran konduktiviti elektrik ialah μS. Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5 – 4.0. Bagi tanaman kucai, EC yang disyorkan bagi peringkat anak benih adalah antara 1.8 – 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak benih ke dalam polibeg, anak pokok kucai diberi air kosong. Selepas tempoh 24 jam anak pokok kucai diberi larutan baja dengan kepekatan 1.8 – 2.0 μS sehingga tuaian pertama iaitu 75 – 80 hari. Selepas tuaian pertama, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0 – 2.4 μS sehingga tuaian kedua dan seterusnya. Kepekatan baja yang tinggi ini dapat meningkatkan tumbesaran daun kucai sekali gus mempercepatkan tempoh tuaian. Semburan foliar seperti high nitrogen dilakukan bagi menggalakkan dan mempercepatkan tumbesaran daun kucai. Selepas 3 bulan, medium tanaman di dalam polibeg perlu dibilas dengan air bersih. Perkara ini dilakukan sebulan sekali bagi melarut dan seterusnya menyahtimbun-tambah garam yang 32 boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama 1 jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok. Satu lagi faktor yang penting dalam pengeluaran tanaman ialah aras keasidan larutan nutrien atau pH. Bagi tanaman kucai secara fertigasi, pH yang disyorkan sama seperti tanaman lain seperti cili, tomato, terung dan melon iaitu antara pH5.5 - pH6.5 dimana ia amat baik untuk dapatkan hasil terbaik.

Kawalan penyakit dan serangga perosak serta kawalan penyakit dan perosak. Penanaman kucai secara fertigasi pada penelitian penulis blog memang ada mempunyai risiko kerosakan yang rendah akibat serangan penyakit dan serangga perosak. Walau bagaimanapun jika kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan. Antara masalah utama tanaman kucai adalah serangan kulat yang sering boleh ia menyebabkan hujung daun kucai menjadi kering. Masalah ini dapat diatasi dengan semburan racun kulat berasaskan azoxystrobin, mancozeb dan copper oxychloride. Namun begitu, pengusaha tanaman fertigasi haruslah berupaya mengenal pasti jenis penyakit dan serangga perosak supaya tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilakukan dengan segera. Aktiviti penuaian hasil dilakukan pada tempoh matang. Jika rizom digunakan sebagai anak benih maka tuaian pertama kucai boleh dilakukan selepas 2- 3 minggu selepas penanaman. Lazimnya daun kucai boleh dipotong menggunakan gunting jika perlu dan bahagian luar daun dipotong 2 inci daripada aras perdu (Sila lihat foto disebelah). Daun akan tumbuh kembali dan sedia dituai semula selepas 2 minggu. Bagi tanaman kucai yang ditanam daripada biji benih lazinya tuaian pertama boleh dilakukan setelah 70 - 90 hari. Purata hasil sekali tuai mampu mencapai 350 gram polibeg. Kucai yang sedia dituai dan dipasarkan atau dimakan sendiri dengan mencuci bersih sebelum diguna. Sebagai kesimpulan penulis blog mendapati penanaman kucai secara fertigasi merupakan satu kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan sistem pertanian moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman. Kini dengan pengurusan tanaman yang berkesan, sistem fertigasi ini dapat menjamin pengeluaran hasil kucai yang tinggi berbanding dengan cara lama iaitu sistem penanaman konvensional dan menjadi pilihan utama kepada usahawan tani. Teknologi penanaman kucai secara fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM KUCAI... MUDAH SAHAJA...
DALAM PASU.. ATAS TANAH BIASA... 
CARA FERTIGASI...LAGI SENANGNYA...
BUAT SENDIRI... SEGAR HASILNYA...

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Taman BBU,
Bandar Baru UDA, 
jOhor Bahru, Johor,
Malaysia.
(11 JamadilAwal 1439H)

Sunday, January 28, 2018

QR CODE DAN PERTANIAN

KOD QR atau QR CODE adalah singkatan kepada frasa dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud 'QUICK RESPONSE - QR'. Ini bermakna kalau saya terjemahkan terus dalam bahasa Melayu bermakna 'Kod Tindakbalas Segera' atau 'Kod Cepat'. Kod ini dicipta saintis bagi tujuan mendapatkan maklumat dengan cepat. Ia juga merupakan sejenis kod bar generasi kedua yang berbentuk kotak empat segi dengan ada banyak corak titik segi ditengah-tengahnya. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC yang biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada suaunan modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR kini telah membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih sama ada alat khas atau pun terkini melalui Talipon Bimbit (Handphone atau Smartphone). Penulis blog yang berkunjung ke Nanning China baru-baru ini mendapati masyarakat disana telah mahir menggunakan QR Code yang digunakan dalam semua perkhidmatan dan perniagaan serta banyak produk. Kesemua atau sebahagian besar produk yang dijual dipasaraya diberkan QR Code daripada sekecil lidi pencungkil gigi selapas makan sehingga kepada produk makanan dan sauiran seperti tomato (Sila lihat foto diatas). Pada penulis selama ini hanya mahir menggunakan 'BAR CODE' yang ada diletakan kepada beberapa produk dan ada mesih Bar Code Reader dipasang dibeberapa pasaraya. Membuat imbasan barangan pada mesin ini dapat mengetahui harga barangan tersebut. Bar Code mempunyai ciri yang berbeza dengan QR Code. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai QR Code dan kepentingannya dalam sektor pertanian dan juga kehidupan harian masyarakat masa kini.


QR Code lebih mudah digunakan daripada sistem koding yang lain masa kini. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan muatturun (download) aplikasi QR Code dan install dalam handphone anda. Ia hanya mengambil masa selama 2-3 minit sahaja untuk install sistem aplikasi QR Code ini dan amat mudah dibuka. Kepada mereka yang menggunakan HP jenama OPPO buatan China biasanya aplikasi ini sudah ada didalamnya. Buka aplikasi ini dan letakkan atau 'scan' pada QR Code yang terpapar pada label produk dengan teguh (stand still) untuk beberapa saat. Sistem QR Code akan membaca dan merakam kod tersebut dan akan dipaparkan lamanweb dalam HP. Tekan 'OPEN' pada aplikasi tersebut dan akan dipaparkan maklumat mengenai QR Code yang diimbas tersebut. Bergantung kepada imbasan yang anda telah dilakukan dan kekuatan HP menerima capaian internet biasanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk paparan maklumat mengenai produk. Sistem QR Code ini adalah yang paling cepat, mudah dan cepat masa kini untuk digunakan oleh semua orang. Rakyat Malaysia pada masa kini kebanyakannya ada HP sendiri sama satu ada beberapa buah HP. Kajian umum mendapati kebanyakan rakyat Malaysia masa kini hanya membuka akaun Whatapps, Facebook dan Twitter dengan sangat aktif tetapi masih kurang menggunakan QR Code.  Dalam satu ujian yang dolakukan oleh YB Menteri Pertanian kepada beberapa kumpulan pegawai mendapati hanya sekitar 50% sahaja mereka yang mengetahui atau menggunakan QR Code dan yang lainnya tiada aplikasi sistem QR Code didalam HP s mereka semasa kajian. Penulis blog yang menggunakan HP jenama OPPO memang telah 'ready to install' aplikasi QR Code dan mampu mengimbas dengan cepat semua produk atau perkhidmatan sedia ada. Kelebihan sistem QR Code mengurangkan penggunaan kertas seperti untuk aktiviti bermesyuarat kerana semua ahli mesyuarat kini boleh membuka minit mesyuarat dan kertas pembentangan dalam HP masing-masing dengan cepat dan tepat. 


Produk makanan dan Industri Asas Tani yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan kini perlu diletakkan QR Code. Beberapa jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini telah digalakkan untuk mengujudkan sistem QR Code masing-masing didalam memberikan perkhidmatan, produk-produk dan perkara berkaitan dengannya kepada pengguna. Sebagai contoh kini anda boleh melayari FAMA vesi mudahalih menerusi telefon pintar anda dengan hanya melalui Kod QR FAMA. Cara mudah penggunaan Kod QR melalui telefon pintar adalah dengan anda memuat turun dan lakukan instalasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar (smartphone) anda. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari smartphone anda. Anda akan terus dibawa ke FAMA versi mudahalih dimana kandungan dan maklumat di dalam Mobile Web FAMA ini akan di tambah dari masa ke semasa. Kini jika anda kepasaraya boleh cari produk makanan atau produk lain yang ada QR Code dan anda boleh mengimbas dengan HP anda. Sebagai contoh produk buah pisang segar Cavendish apabila diimbas QR code melalui HP anda mempaparkan e.agro[ages.com yang menjelaskan syarikat pengeluar atau pengedar pisang tersebut (Sila lihat foto dibawah). Sebenarnya ada sesetengah pengguna yang amat pentingkan 'tracesibility' atau punca darimana atau siapa dia pengeluar produk. Pengguna masa kini lebih mudah mencari maklumat melalui kaedah ini yang semakin popular. QR Code merupakan satu kaedah masakini yang paling mudah digunakan serta sangat mesra pengguna. Kepada anda yang belum mempunyau aplikasi QR Code dialam HP masing-masing boleh berbuat demikian dengan segera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!


QR CODE... IANYA SATU APLIKASI BARU...
DI LUAR NEGARA... SEMUA DAH TAHU...
CEPAT RESPON... IMBASLAH SELALU...
DIPASARAYA... DIMANA  ANDA MAHU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya UO,
Plaza Angsana, BBU,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(27 Januari 201).

Saturday, January 27, 2018

NANAS MD2 DI PASARAYA BANGSAR

NANAS MD2 kini telah memasuki pasaraya tempatan iaitu di Jason Food Hall, Bangsar Shopping Center, Jalan Maarof, Kuala Lumpur sebagai satu strategi pemasaran oleh pihak Naza World. Buah nanas (Ananas comosus) dengan jenama 'TROPICALE' ini disusun bersama dengan nanas import dari Filipina iaitu Nanas MD2 jenama 'DOLE' dipasaraya ini. Ini merupakan satu langkah awal untuk mempromosikan dan memperkenalkan nanas premium MD2 tempatan dikalangan penduduk elit dikawasan ibukota yang perlukan produk makanan yang berkualiti. Kunjungan penulis blog disambut oleh pengurus pemasaran Naza Group iaitu Encik Faizal dan beberapa kakitangan LPNM serta usahawan nanas MD2. Beliau seterusnya membawa ke lokasi dimana buah-buah nanas segar disusun diatas satu sudut yang strategik menjual buah nanas tersebut (Sila lihat foto diatas). Faizal dalam penerangannya memilih pasaraya Jason Food Hall ini sebagai langkah awal meletakkan jenama nanas MD2 iaitu Tropicale sebaris dengan jenama  Dole yang telah berpuloh tahun mendominasi pasaran  nanas MD2 dikawasan elit ini. Jika penerimaan jenama ini sudah diterima pengguna dikawasan elit ini maka tidak mustahil dimasa akan datang ianya dapat dikembangkan ke pasaraya lain di lembah Kelang. Penduduk dikawasan Bangsar terdiri daripad mereka yang mempunyai citarasa tinggi dengan produk berkualiti dan mampu beli. Mereka terdiri daripada orang yang berduit, expatriate dan juga rakyat marhaen biasa. Nanas MD2 jenama tropicale diidapati memang hebat diletakkan betul-betul bersebelahan nanas jenama Dole. Nanas Tropicale masih mempunyai jambul yang segar sedangkan nanas jenama Dole sudah tiada jambul lagi. Kepada pengguna yang arif mengenai kesegaran buah nanas sepatutnya tahu akan kkelebihan nanas MD2 Tropicale ini. Artikel subuh ini saya menulis dalm "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti jualan nanas MD2 tempatan oleh syarikat bumiputera.

Nanas MD2 (dengan pendaftaran AC9) merupakan satu varieti nanas premium yang kini dipopularkan oleh LPNM untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Pada masa ini terdapat seluar lebih 2,700 hektar tanaman nanas MD2 diselrurh negara oleh usahawan nanas tempatan dimana ia mempunyai ciri premium. Nanas MD2 mempunyai bentuk buah silindrical dengan tahap kemanisan diantara 13 - 18 darjah Brix jia dipetik pada indeks 0. Bagaimana pun untuk pasaran tempatan jika dipetik pada indeks 1 maka takap kemanisan buah mencecah 20 darjah Brix dimana nanas ini tidak lidas. Keistimewaan nanas MD2 memang menjadikan kepada mereka yang telah memakannya akan  mencari nanas ini untuk kali kedua dan seterusnya. Di Pasaraya Jason Food Hall ini nanas MD2 import Dole dijual dengan harga runcit RM22.99 untuk dua biji (atau RM11.49 sebiji) sedangan nanas MD2 tempatan jenama Tropicale diletakkan tag harga runcit RM9.99 sebiji. Ini bermakna harga nanas MD2 tempatan dijual dengan harga RM1.50 lebih murah daripada harga nanas MD2 import. Menurut En Faizal harga ini masih sesuai dijadikan sebagai paras harga jualan runcit dipasaraya ini. Pada masa ini untuk memperkenalkan nanas MD2 Tropicale ini syarikat telah mengambill mahasiswa tahun akhir universiti tempatan dalam kursus Food Technology sebagai 'promoter' dipasaraya ini (Sila lihat foto disebelah). Mereka dengan pakaian Lab Coat dan topi tropicala memberi ujirasa nanas ini kepada pengunjung. Mereka juga mampu memberi penerangan akan kelebihan nanas MD2 tempatan yang lebih segar, lebih manis, lebih berjus dan ditawarkan dengan harga lebih murah.

Strategi syarikat juga menyediakan buah nanas MD2 yang siap potong (Cut Fruit) diseksyan yang berlainan dengan sudut jualan buah segar. Sudut ini menyediakan pelbagai buah potong (minumum process - MP) seperti buah betik, pear, apple, jambu batu, nangka, belimbing, tembikai, jambu air, kiwi dan sebagainya yang dibungkus (wrapped) dalam bekas lutsinar plastik (plastic see through container). Tidak ketinggalan adalah produk Nanas MD2 Tropicale dijual dengan harga RM9.99 satu pek (Sila lihat foto disebelah). Pelanggan yang suka produk 'ready to eat' pastinya akan memilih nanas premius MP ini kerana tidak perlu kupas kulit, buang kulit dan memotong buahnya, Harga promosi sama dengan harga buah nanas segar pada saya memang amat menguntungkan pengguna. Pengguna boleh lihat isi, warna, saiz buah nanas MD2 Tropicale ini dipotong dalam bentuk kiub dan memanjang (slices). Buah nanas tempatan ini tahan beberapa hari disimpan dalam ruang pameran bersuhu dingin dan juga boleh disimpan didalam peti sejuk dirumah kerana ia separa kedap udara. memang sungguh enak makan buah nanas MD2 yang telah dipotong dan disejukkan siap dengan lidi sekali.

Strategi pemasaran oleh Naza Group ini amat strategik sekali untuk menjadikan buah nanas MD2 premium segar ini dimasa akan datang. Naza Group selain daripada menanam nanas diladangnya sendiri juga boleh membantu pengusaha nanas MD2 lain diseluruh negara dimasa akan datang untuk menjadi anchor didalam sistem pemasaran ini. Satu rantaian nilai industri nanas ini boleh diujudkan daripada aktiviti penanaman, pengedaran buah, pemprosesan dan juga jualan didalam negara atau pasaran eksport. Negara mensasarkan menanam seluar 5,600 hektar nanas MD2 sehingga tahun 2020 untuk menjadikan anggaran nilai pengeluaran mencecah RM1.0 billion (Sumber: LPNM). Pasaran eksport nanas MD2 ke China juga amat berpotensi besar apabila protokol pengeksportan nanas MD2 ini telah ditandatangani di Beijing pada 13 Mei 2017. Kini Malaysia telah mengeksport nanas MD2 ke China melalui 3 pelabuhan iaitu Lioning, Guangzhou dan Shenzen oleh 3 buah syarikat tempatan. Bagaimana pun bekalan nanas MD2 untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport antarabangsa pelu dirancang jadual pengeluarannya. Nanas MD2 yang kini menarik minat ramai penanam, pengedar dan juga pengguna perlu diteruskan oleh pihak berwajib dalam industri yang dikatakan 'sunrise' ini. Usaha Naza Group dalam membuat promosi jualan di Jason Food Hall ini mampu menjadikan nanas MD2 Tropicale iaitu produk MD2 tempatan menjadi kenyataan untk ruang pasaran kelak. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...

NANAS MD 2.... TROPICALE JENAMA...
JASON FOOD HALL...ADA DIJUAL SANA...
NANAS SEGAR... DIJAMIN KUALITINYA...
PASARAN TEMPATAN...SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jason Food Hall, Ground Floor,
Bangsar Shopping Center,
Jalan Maarof, Bangsar,
Kuala Lumpur, WP.
(25 Januari 2018)..

Friday, January 26, 2018

JUAL JANTUNG PISANG


JANTUNG PISANG (Banana Flowers) merupakan sejenis bunga yang keluar pada tandan pisang (Musa spp) dimana ia kemudian menjadi buah pisang apabila matang. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Pada saya jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Satu pokok pisang lazimnya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses asas bagi pendebungaan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan aktiviti menjual jantung pisang di Pasar Satok dan Pasar Malam sebagai satu aktiviti yang menguntungkan dan beberapa resepi makanan jangung pisang untuk rujukkan ini.


Jantung Pisang yang dijual di Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Satok, Pasar Tamu dan juga ada sesekali terdapat dijual dipasaraya mempunyai pelbagai jenis harga. Di Pasar Malam ia dijual dengan harga RM1.00 - RM3.00 sebiji bergantung kepada saiz, jenis pisang dan juga kesegarannya. Jantung pisang yang lazimnya berwarna merah gelap tahan lama jika disimpan dengan baik. Penulis yang sering jadikan jantung pisang ini sebagai ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Jantung Pisang segar dibuang kulit luarnya beberapa lapisan dan kemudian dibelah dua dan direbus atau dikukus sehingga isinya lembut. Kini beberapa restoren makanan kampong secara tradisional menjual ulam jantug pisang, kerabu jantung pisang, masak lemak jantung pisang dan sebagainya. Lawatan penulis ke Pasar Satok, Kuching mendapati banyak jantung oisang dijual dengan harga yang amat murah dan lazimnya adalah bersifat organik. Jantung Pisang diketahui sebagai ulam dan sayur sebagai makanan wajib yang harus dihidangkan jika ingin hidup sihat. Banyak khasiat didapati dari jantung pisang sebagai sayur-sayuran dimasukkan sebagai makanan yang berada dalam daftar sihat. Diantara berjenis-jenis sayuran kampong ada salah satu sayuran yang harganya murah di pasaran dan salah satunya adalah Jantung Pisang. Tetapi dari segi khasiat ia tidak dengan sayuran lain. Bahagian buahnya buah pisang memang sudah menjadi buah wajib untuk dimakan sebagai 'pencuci mulut'. 


Daripada beberapa kajinan oleh saintis, bagi setiap 25 gram jantung pisang yang boleh dimakan ia mengandungi khasiat terdiri dari sebanyak 31 kilokalori (Kcal) tenaga, 1.2 gram, 0.3 gram lemak, sebanyak 7.1 gram karbohidrat serta beberapa jenis vitamin. Jantung pisang juga mengandungi Vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan mineral penting seperti Posforan (P), Kalsium (Ca) dan Zat Besi (Fe) dan beberapa lagi. Kandungan yang khasiat pasti akan ramai yang mengiur untuk menngambil jantung pisang menjadi masakan dan makanan yang lazat. Adapun khasiat jantung pisang antara lain mencegah masaalah Stroke. Caranya dengan menggunakan satu buah jantung pisang embun yang direbus. Setelah itu perahkan dan ambil air patinya dan selanjutnya minum sebanyak dua kali sehari untuk ianya diamalkan bagi mencegah kejadian stroke. Bagi mencegak masaalah kolesterol didakwa dimana jantung pisang mampu mengikat lemak jahat dan kolesterol lain yang nantinya akan dikeluarkan. Makan jantung pisang akan menyihatkan perut kerana ia akan melancarkan pencernaan sebab kandungan serat (fiber) yang tinggi. Ia juga sebagai makanan disyorkan bagi penderita diabetes sebab ia memiliki indeks glycomic yang rendah sehingga insulin yang diperlukan untuk ianya mengubah glukosa menjadi tenaga. Jantung pisang yang di rebus saja didapati sangat efektif untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. Jantung juga kaya serat dan ianya memang mengandung serat makan (edible fiber) yang tinggi. Jantung pisang juga memiliki kandungan seperti karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin serta vitamin B1. Jantung Pisang adalah diddakwa amat baik untuk diet kerana ia memberikankesan kenyang lebih lama jika dibandingkan dengan nasi putih sebab memiliki serat yang tinggi dan rendah. Ia juga mampu melancarkan peredaran darah dan elakkan pembekuan darah manusia. Paling hebat dimana ia mampu mencegah kanser dimana jantung pisang mampu mengurangkan kesan  radikal bebas dimana radikal bebas ini boleh mengakibatkan kerosakan organ yang mengakibatkan penuaan pada beberapa sel. Estrak metanol dalam jantung pisang mempunyai sifat seperti kesan bahan antioksidan yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas.

Resepi yang paling enak dan mudah disediakan berasaskan kepada jantung pisang adalah Masak lemak Jantung Pisang. Makanan ini sesuai dimakan dengan nasi putih terutama untuk hidangan makan tengahari. Antara bahan-bahan untuk Masak Lemak Jantung Pisang dalah seperti 1 biji Jantung Pisang (Bersaiz besar), Satu Biji Cili Merah atau jika mahu lebih pedas gunakan 3 biji Cili Padi (Merah), suku biji keratan Bawang Besar, Satu Ulas Bawang Putih, Satu liter santan kelapa atau dari ½ bj Kelapa, 2 ekor Ikan Bilis, 1 cmt Serbuk Kunyit dan juga bahan perisa penting sebanyak 1 sudu kecil Garam. Cara membuat Masak Lemak Jantung Pisang dengan mengupas kelopak jantung pisang yang berwarna ungu sehingga ia sampai ke lapisan yang berwarna putih. Buang tangkainya dan tuskan getah. Belah kepada 2 bahagian. Kemudian direbus jantung pisang dengan air yang banyak sehingga lembut. Asingkan getah yang kelihatan dalam air jika ada dan tuskan airnya. Apabila sejuk, potong jantung kecil-kecil. Pada masa sama sediakan ramuan tumis dengan bahan cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk kasar. Kemudian dimasukkan bahan ramuan, santan, jantung pisang, serbuk kunyit dan garam kedalam periuk. Nyalakan api dan kawaal pada api yang sederhana besar. Perlu diingatkan agar sentiasa dikacau kuahnya terutama pada bahagian tepi periuk supaya tidak pecah santan sehingga mendidih. Masak sehingga mesuai dan masukan perisa sebelum ianya dihidangkan bersama nasi untuk makan tengah hari atau malam (Sila lihat foto disebelah). Makan lauk ini ketika tengahari memang enak apa lagi kalau ada lauk ikan goreng dan sambal belacan.


Resepi Kerabu Jantung Pisang didapati amat popular masa kini. Selain daripada rasanya yang enak didapati ia mudah disediakan oleh surirumah dalam masa cepat. Kerabu Jantung Pisang memerlukan kos yang murah dan mampu disediakan semua rakyat biasa dan orang kaya. Antara bahan yang digunakan untuk buat KERABU JANTUNG PISANG adalah seperti sebiji jantung pisang, 1/2 cawan ikan bilis kecil yang perlu digoreng ranggup, sebiji bawang besar, bahan kelapa parut yang perlu di goreng, Garam, Gula dan juga jus limau nipis secukupnya. Pada mulanya sediakan ramuan masakan atau dinamakan bahan menumis iaitu dari   biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2-3 biji cili merah, 1 inci belacan dibakar ditumbuk dengan lesung. Cara membuat kerabu ini dengan mengupas kulit jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut. Kemudian ia dihiris nipis nipis dan rendam dalam air bersama sedikit garam dan diramas sedikit. Masakkan air dalam periuk sampai mendidih dan masukkan jantung pisang tadi. Masak sehingga jantung pisang empuk serta lembut. Kemudian ia perlu ditos dan ketepikan dulu. Kemudian disatukan bahan tumbuk bersama jantung pisang, kerisik, ikan bilis goreng, bawang hiris dan jus limau nipis secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga sebati dan ia sedia untuk dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Ia enak dimakan dengan nasi putih atau begitu sahaja. Tajuk jual jantung pisang dalam blog ini relevan kerana untuk membeli jantung pisang segar di bandar agak sukar berbanding jika kita tinggal dikampong yang banyak menanam pisang. Semuga artikel ini memberikan info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JANTUNG PISANG... MURAH HARGA...
DIPASAR SATOK... ADA JUALANNYA...
DIMASAK LEMAK... MUDAH SAHAJA ...
MAKANAN SIHAT... ANDA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 630, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1439H).

Thursday, January 25, 2018

NANAS YANKEE KG KAPAR KELANG

NANAS YANKEE (AC6) merupakan satu varieti nanas yang popular di Kg Kapar, Kelang, Selangor dan menjadi kesukaan penanam nanas di Negeri Selangor. Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah-buahan tropika tidak bermusim yang ditanam untuk pasaran tempatan di kampong ini. Nanas Yankee juga dipanggil sebagai 'Nanas Selangor Sweet' dikalangan penduduk negeri ini yang mempunyai buah bersaiz besar dan rasa yang manis. Nanas Yankee adalah dari kumpulan Nanas Queen yang mana pokoknya besar serta daun berwarna hijau dengan duri yang tajam diseluruh kiri dan kanan bahagian tepi daun. Apa yang penulis blog faham dimana nanas jenis ini kurang responsif jika menggunakan bahan hormon biasa sebaliknya memerlukan rawatan hormon khusus untuk menghasilkan bunga dan buah. Kalau setakat gunakan bahan hormon Etephon (Etherel) yang selalu digunakan untuk nanas MD2, Josapine dan beberapa varieti lain biasanya tidak berjaya untuk nanas Yankee. Nanas ini menghasilkan banyak sulur udara dibahagian keliling buah matang diantara 8 - 12 sulur setiap pokok. Sulur ini mudah dijadikan benih untuk penanam baru dan kini dijual dengan harga RM0.15 (petik sendiri) atau RM0.30 satu sulur benih jika dipetik oleh pemilik kebun. Bagaimana pun harga benih siap diikat dan disusun untuk diambil sekitar RM0.50 satu sulur. Nanas yang besar ini kurang masaalah dengan masaalah serangan seranggga perosak dan penyakit sebagaimana jenis nanas lain. Bagaimana pun buahnya mudah di serang 'Sun Burn' atau 'scorching' pada musim panas dan biasanya akan dipasang kain percha (tudung nanas) untuk mengelakkan masaalah ini. Buah yang tidak dipakaikan tudung buah akan menjadi busuk sebelum ianya sempat dituai dan ini merugikan pengusaha. Aktiviti tanaman nanas Yankee ini hanya tertumpu di Negeri Seangor dan agak susah dijumpai di negeri lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenas nanas Yankee yang diusahakan oleh 3 pengusaha nanas di Kg Kapar, kelang dalam siri tinjauan teknologi penulis blog kekawasan penanaman nanas.


Nanas Yankee (AC6) yang didaftarkan dalam Plant Variety Listing dengan Jabatan Pertanian pada tahun 2013 sebenarnya mempunyai potensii baik untuk dijadikan komoditi menjamin pendapatan lumayan. Nanas ini mempunyai bentuk bulat dan menirus dengan berat diantara 1.0 - 2.1 kg sebiji bergantung kepada pengurusan kebun (Sila lihat foto disebelah). Walau pun secara marfologinya ia mempunyai bentuk tirus tetapi ada beberapa petani yang dapat mengurangkan bentuk tirus dengan kaedah pembajaan yang berlainan daripada biasa. Buah nanas Yankee yang matang mempunyai warna kulit Hijau Muda dimana mata buah diantara 100 - 120 buah mata. Buah yang besar in mempunyai warna isi yang putih jernih dengan mana ia ada kandungan jus yang banyak dan manis. Bila dibelah dua dilihat lebar empulirnya diantara 1.0 - 1.5 cm dengan kadar kandungan gula atau tahap kemanisan diantara 11% - 14% Brix. Kandungan Asid Citrik pada nanas Yankee yang masak sekitar 0.6% - 0.8% iaitu satu tahap yang baik untuk dimakan segar. Bagaimana pun nanas yang baru dipetik tidak tahan lama seperti nanas lain dan ia adalah jenis 'nanas manaja' semasa dituai. Buahnya tidak boleh di campak semasa menuai atau diletakkan dalam bakul dengan bertindih kerana musah rosak. Kandungan air banyak (berjus) dengan kulit yang nipis memudahkan cecair akan keluar dalam 3-5 hari jika tidak dijaga aktiviti lepas tuai. Bagaimana pun penulis amat suka makan nanas Yankee atau Selangor Sweet ini kerana lembut, manis, berjus dan sesuai dimakan segar.


Seorang petani dan juga bekas guru iaitu En Osman antara pekebun pertama yang penulis buat tinjauan teknologi. Osman yang gembira dengan kunjungan saya juga mempunyai 2 rakan lain dalam usaha menanam nanas dengan beberapa varieti iaitu Nanas Yankee (AC6), Nanas MD2 (AC9), Nanas Josapine (AC5) dan beberapa yang lain dikebunnya. Beliau menanam sekitar 9 ekar didua lokasi dan bercadang untuk menambah keluasan kebun nanas pada 2018 seluar 5 ekar lagi. Nanas Yankee antara varieti kegemaran beliau dengan menanam setiap plot seluas 1,000 pokok (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya proses mananam dan menghormon nanas dikebunnya penting dijadualkan bagi menentukan pengeluaran nanas berterusan setiap minggu atau setiap masa diperlukan. Dia juga menggunakan peralatan moden seperti jentera dan trailer untuk tujuan menuai, menyembur racun dan juga menghormon. Beberapa peralatan mesin seperti Pam Penyembur (HPS), Mesin Pengorek Lubang, Long Sprayer Hose dan sebagainya dalam menentukan kualiti buah menjadi terbaik. Cikgu Osman nyatakan beliau kini ada masaalah sedikit dalam sistem saliran sepanjang bulan Disember (monsoon) dimana ini menyebabkan pokok rosak dan tumbang. Perkara ini berlaku apabila ada gangguan dalam sistem saliran bersempadan dengan kebun sebelah. Buah Nanas Yankee yang dituai setiap 3-4 hari akan dihantar ke pasar dan kedai berdekatan dengan harga RM3.50 sekologram. Dakwanya pengguna ada yang membayar sebanyak RM15.00 sebiji untuk gred buah nanas yang besar dan masih segar dari penjual yang dilantik. Menurut rakannya yang selalu menjual selalunya sekitar 50 - 100 biji dijual setiap hari pada hari biasa dan meningkat pada hari Sabtu dan Ahad.  


Wak Indra merupakan seorang penanam nanas di Kg Kapar yang ke 2 di kunjungi penulis yang juga menanam nanas Yankee seluas 12 ekar di 3 lokasi berasingan (Sila lihat foto disebelah). Pernah berkerja kilang sebelum bersara dan kini menanam nanas, beliau memang seorang yang berpengalaman dengan nanas sejak dari kecil dahulu. Menurutnya pada zaman dahulu semasa beliau kecil lagi, kampung ini dipenohi dengan pokok getah dan nanas tetapi kini banyak tanaman kelapa sawit dan perumahan serta kilang-kilang SME. Apa yang istimewa mengenai nanas dari kebun Wak Indra ini adalah bentuk buahnya yang hampir seragam saiznya dan juga bentuknya. Buah dari kebun beliau mempunyai bentuk selinder tidak seperti nanas yankee biasa. Proses untuk menghormon dilakukan dengan formulasi khusus karbide yang beliau guna dan peratus kejayaan amat tinggi. Hampir 90% pokok nanas yankee dikebunnya yang telah dijalankan hormon menghasilkan buah yang hampir serentak saiznya. Perkara ini menjadi perhatian khas penulis blog kerana rawatan pembajaan dan menghormon yang dijalankan amat baik dan efektif. Beliau menjual buah nanas di pasaran tempatan dimana selalunya pemborong dan pembeli akan menelefon dahulu sebelum datang mengambil buahnya. Ia juga dijual dengan harga ladang diantara RM3.00 - RM3.50 sekilogram dengan pasaran sejauh Lembah Kelang serta Kuala Lumpur jumlah luas pembelinya. Berbisik sahaja dengan saya, beliau nyatakan pendapatan dari kebun nanasnya membanggakan sehingga beliau kini meneruskan usahanya menanam nanas Yankee ini. Seterusnya beliau kata akan meneruskan menanan nanas Yankee walau pun beberapa kali ditawarkan untuk menanam nanas MD2 kerana percaya kepada menanam nanas Yankee ini.


Kebun ke 3 yang penulis blog buat tinjauan teknologi adalah usahawan Encik Muzamel berumur 28 tahun (Orang Muda). Bapa beliau dahulu merupakan penanam nanas dan kini beliau meneruskannya dikawasan seluas 9 ekar di 2 loksai di Kg Kapar, Kelang ini (Sila lihat foto disebelah). Beliau menanam nanas Yankee dan Nanas Morris Kampong (sama seperti Morris Gajah) diatas tanah rata jenis liat. Beliau (Berbaju T-shirt hitam) amat suka menanam nanas kerana jaminan pengeluaran, harga membaik dan juga boleh dijadualkan pengeluarannya. Menanam dengan beberapa peringkat didapati kawasan kebun beliau bersih dari rumpai dan baru sahaja membuat aktiviti menghormon mengikut jadual. Beliau ada menerima bantuan daripada LPNM untuk penanaman semula sejak beberapa tahun dalam bentuk baja dan khidmat nasehat. Menurutnya nanas Yankee adalah jenis nanas paling disukainya kerana kurang bermasaalah dan mudah dijual dipasaran tempatan. Apa yang penting menurutnya adalah menjadualkan penanaman dan menghormon untuk pastikan bekalan buah berterusan. Kini beliau berazam untuk menambah luas penanaman nanas dikampongnya dan ingin menyewa tanah lain kerana kawasan tanaman sedia ada sudah penoh. Penanaman nanas di Kg Kapar, Kelang masih berterusan sehingga kini dan perlu dikekalkan untuk menampong bekalan makanan yang berkualiti dan segar di Lembah Kelang. Mereka dinasihatkan menubuhkan Kelompok Nanas bagi tujuan memudahkan semua aktiviti pengeluaran, pengedaran dan sebagainya dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasalam!!!.. 

NANAS YANKEE ... DITANAM DISANA...
KG KAPAR KELANG...ORANGNYA JAWA...
HARGA BAIK... TEMPATAN DIJUALNYA...
HASIL LUMAYAN...PENDAPATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Belimbing, Kg Kapar,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(5 JamadilAwal 1439H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...