Support My Blog

Saturday, January 27, 2018

NANAS MD2 DI PASARAYA BANGSAR

NANAS MD2 kini telah memasuki pasaraya tempatan iaitu di Jason Food Hall, Bangsar Shopping Center, Jalan Maarof, Kuala Lumpur sebagai satu strategi pemasaran oleh pihak Naza World. Buah nanas (Ananas comosus) dengan jenama 'TROPICALE' ini disusun bersama dengan nanas import dari Filipina iaitu Nanas MD2 jenama 'DOLE' dipasaraya ini. Ini merupakan satu langkah awal untuk mempromosikan dan memperkenalkan nanas premium MD2 tempatan dikalangan penduduk elit dikawasan ibukota yang perlukan produk makanan yang berkualiti. Kunjungan penulis blog disambut oleh pengurus pemasaran Naza Group iaitu Encik Faizal dan beberapa kakitangan LPNM serta usahawan nanas MD2. Beliau seterusnya membawa ke lokasi dimana buah-buah nanas segar disusun diatas satu sudut yang strategik menjual buah nanas tersebut (Sila lihat foto diatas). Faizal dalam penerangannya memilih pasaraya Jason Food Hall ini sebagai langkah awal meletakkan jenama nanas MD2 iaitu Tropicale sebaris dengan jenama  Dole yang telah berpuloh tahun mendominasi pasaran  nanas MD2 dikawasan elit ini. Jika penerimaan jenama ini sudah diterima pengguna dikawasan elit ini maka tidak mustahil dimasa akan datang ianya dapat dikembangkan ke pasaraya lain di lembah Kelang. Penduduk dikawasan Bangsar terdiri daripad mereka yang mempunyai citarasa tinggi dengan produk berkualiti dan mampu beli. Mereka terdiri daripada orang yang berduit, expatriate dan juga rakyat marhaen biasa. Nanas MD2 jenama tropicale diidapati memang hebat diletakkan betul-betul bersebelahan nanas jenama Dole. Nanas Tropicale masih mempunyai jambul yang segar sedangkan nanas jenama Dole sudah tiada jambul lagi. Kepada pengguna yang arif mengenai kesegaran buah nanas sepatutnya tahu akan kkelebihan nanas MD2 Tropicale ini. Artikel subuh ini saya menulis dalm "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti jualan nanas MD2 tempatan oleh syarikat bumiputera.

Nanas MD2 (dengan pendaftaran AC9) merupakan satu varieti nanas premium yang kini dipopularkan oleh LPNM untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Pada masa ini terdapat seluar lebih 2,700 hektar tanaman nanas MD2 diselrurh negara oleh usahawan nanas tempatan dimana ia mempunyai ciri premium. Nanas MD2 mempunyai bentuk buah silindrical dengan tahap kemanisan diantara 13 - 18 darjah Brix jia dipetik pada indeks 0. Bagaimana pun untuk pasaran tempatan jika dipetik pada indeks 1 maka takap kemanisan buah mencecah 20 darjah Brix dimana nanas ini tidak lidas. Keistimewaan nanas MD2 memang menjadikan kepada mereka yang telah memakannya akan  mencari nanas ini untuk kali kedua dan seterusnya. Di Pasaraya Jason Food Hall ini nanas MD2 import Dole dijual dengan harga runcit RM22.99 untuk dua biji (atau RM11.49 sebiji) sedangan nanas MD2 tempatan jenama Tropicale diletakkan tag harga runcit RM9.99 sebiji. Ini bermakna harga nanas MD2 tempatan dijual dengan harga RM1.50 lebih murah daripada harga nanas MD2 import. Menurut En Faizal harga ini masih sesuai dijadikan sebagai paras harga jualan runcit dipasaraya ini. Pada masa ini untuk memperkenalkan nanas MD2 Tropicale ini syarikat telah mengambill mahasiswa tahun akhir universiti tempatan dalam kursus Food Technology sebagai 'promoter' dipasaraya ini (Sila lihat foto disebelah). Mereka dengan pakaian Lab Coat dan topi tropicala memberi ujirasa nanas ini kepada pengunjung. Mereka juga mampu memberi penerangan akan kelebihan nanas MD2 tempatan yang lebih segar, lebih manis, lebih berjus dan ditawarkan dengan harga lebih murah.

Strategi syarikat juga menyediakan buah nanas MD2 yang siap potong (Cut Fruit) diseksyan yang berlainan dengan sudut jualan buah segar. Sudut ini menyediakan pelbagai buah potong (minumum process - MP) seperti buah betik, pear, apple, jambu batu, nangka, belimbing, tembikai, jambu air, kiwi dan sebagainya yang dibungkus (wrapped) dalam bekas lutsinar plastik (plastic see through container). Tidak ketinggalan adalah produk Nanas MD2 Tropicale dijual dengan harga RM9.99 satu pek (Sila lihat foto disebelah). Pelanggan yang suka produk 'ready to eat' pastinya akan memilih nanas premius MP ini kerana tidak perlu kupas kulit, buang kulit dan memotong buahnya, Harga promosi sama dengan harga buah nanas segar pada saya memang amat menguntungkan pengguna. Pengguna boleh lihat isi, warna, saiz buah nanas MD2 Tropicale ini dipotong dalam bentuk kiub dan memanjang (slices). Buah nanas tempatan ini tahan beberapa hari disimpan dalam ruang pameran bersuhu dingin dan juga boleh disimpan didalam peti sejuk dirumah kerana ia separa kedap udara. memang sungguh enak makan buah nanas MD2 yang telah dipotong dan disejukkan siap dengan lidi sekali.

Strategi pemasaran oleh Naza Group ini amat strategik sekali untuk menjadikan buah nanas MD2 premium segar ini dimasa akan datang. Naza Group selain daripada menanam nanas diladangnya sendiri juga boleh membantu pengusaha nanas MD2 lain diseluruh negara dimasa akan datang untuk menjadi anchor didalam sistem pemasaran ini. Satu rantaian nilai industri nanas ini boleh diujudkan daripada aktiviti penanaman, pengedaran buah, pemprosesan dan juga jualan didalam negara atau pasaran eksport. Negara mensasarkan menanam seluar 5,600 hektar nanas MD2 sehingga tahun 2020 untuk menjadikan anggaran nilai pengeluaran mencecah RM1.0 billion (Sumber: LPNM). Pasaran eksport nanas MD2 ke China juga amat berpotensi besar apabila protokol pengeksportan nanas MD2 ini telah ditandatangani di Beijing pada 13 Mei 2017. Kini Malaysia telah mengeksport nanas MD2 ke China melalui 3 pelabuhan iaitu Lioning, Guangzhou dan Shenzen oleh 3 buah syarikat tempatan. Bagaimana pun bekalan nanas MD2 untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport antarabangsa pelu dirancang jadual pengeluarannya. Nanas MD2 yang kini menarik minat ramai penanam, pengedar dan juga pengguna perlu diteruskan oleh pihak berwajib dalam industri yang dikatakan 'sunrise' ini. Usaha Naza Group dalam membuat promosi jualan di Jason Food Hall ini mampu menjadikan nanas MD2 Tropicale iaitu produk MD2 tempatan menjadi kenyataan untk ruang pasaran kelak. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...

NANAS MD 2.... TROPICALE JENAMA...
JASON FOOD HALL...ADA DIJUAL SANA...
NANAS SEGAR... DIJAMIN KUALITINYA...
PASARAN TEMPATAN...SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jason Food Hall, Ground Floor,
Bangsar Shopping Center,
Jalan Maarof, Bangsar,
Kuala Lumpur, WP.
(25 Januari 2018)..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...