Support My Blog

Tuesday, January 23, 2018

HARGA DURIAN MUSANG KING - MEMBAIK!! ..

HARGA DURIAN MUSANG KING MEMBAIK!!... Itulah kata-kata yang penulis blog dapat katakan apabila raja segala buah tersebut pada tahun 2017 mencecah harga tinggi. Durian Musang King (Durio zibethinus) merupakan satu daripada lebih 220 vareiti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Durian Musang King atau nama lainnya sebagai Durian Raja Kunyit didaftarkan pada 1993 dengan nombor rujukkan D197 secara rasmi tetapi ada juga dikalangan petani yang menamakannya sebagai Durian Mao Shan Wang.  Durian Musang King mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara bahagian pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit (Sila lihat foto diatas). Pengalaman penulis blog dapati itu antara ciri-ciri utama durian D197 dimana ia mempunyai isi yang 'kering' bagi kualiti terbaik. Masyarakat Cina tempatan dan kini ramai rakyat Malaysia terus gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud 'raja kucing gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur. Panggilan itu bagaimana pun kini terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan 'Wang' ditukar kepada 'King' sehingga dikenali sebagai 'Musang King' sehingga kini. Pokok durian varieti ini paling banyak didapati di Daerah Raub, Pahang yang ditanam oleh petani tempatan dikawasan yang berbukit. Jabatan Pertanian telah memberikan bajet untuk durian RM1.0 juta setiap tahun semenjak 2010 di Daerah Raub, Bentong, Lipis dan Jerantut untuk pembangunan durian di sekitar kawasan Pahang Barat. Antara program yang dijalankan seperti menanam pokok baru, pemulihan dusun durian tradisional dan juga program cantuman dewasa durian. Pokok durian dewasa varieti lain boleh dilakukan cantuman dewasa dengan varieti Musang King. Anda boleh baca artikel mengenai cantuman dewasa durian dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Tinjauan penulis semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dari 1
2016 - 2017 juga ada mendapati trend terkini dimana kebun kelapa sawit sudah ada yang ditebang dan digantikan pula dengan durian Musang King di sekitar Daerah Raub, Pahang. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai harga durian Musang King yang terus membaik beberapa tahun ini oleh kerana banyak faktur. Artikel ini mengupas beberapa info untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Durian di Malaysia lazimnya berbuah atau mengeluarkan buah sekitar bulan Jun sehingga Disember setiap tahun kerana ia adalah dikelaskan sebagai Buah-buahan Bermusim. Mungkin kini dengan ujudnya perubahan cuaca dan teknologi amalan agronomi yang sesuai maka ia boleh menghasilkan buah pada luar musim dimana ia pastinya akan menjamin harga tinggi. Terdapat kini isu dimana pembeli perlu berhati-hati membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual. Harga tinggi menyebabkan orang ramai peminat durian perlu ada ilmu pengetahuan atau mesti berusaha mendapatkan info betul mempastikan ia benar-benar durian Musang King semasa membeli. Penulis blog dapati Durian Musang King yang dipercayai berasal dari Tanah Merah ada sedikit kelainan dengan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat selain ianya mempunyai corak seakan-akan bintang pada bawah buahnya (Sila lihat foto paling atas). Lazimnya isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain. Musang King cukup diminati oleh ramai penggemar durian sehingga dijual dengan harga agak mahal iaitu bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis varieti durian yang lain. Bagaimana pun terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King sehingga harga RM300 sekilogram  seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan. Penulis blog juga pernah diminta buat ujirasa dengan Durian Musang King berharga RM250 sekilogram oleh seorang petani di Karak yang mendakwa bahawa durian tersebut adalah 'Durian Musang King Organik' yang memang amat sukar mendapatkannya. Bukan sahaja ramai tidak kenal yang mana organik dan bukan organik malahan rakyat tempatan atau pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu. Apa pun jika ada yang berminat untuk menanam durian Musang King sebaiknya mendapatkan jaminan ketulinan anakbenih tersebut dahulu. Jabatan Pertanian ada buat pesijilan dinamakan Skim Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) yang menentukan ketulinan benih tenaman. Pastikan semasa anda membeli benih yang ada sijil SPBT. Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula sebaiknya beli anak pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan beralun sedikit dimana anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam.

Dalam akhbar Harian Metro melaporkan artikel menarik bertajuk "Dah RM300 sekilogram" oleh wartawan Suraya Roslan dan melaporkan berita dipetik di Raub. Durian Musang King dahulu terpaksa dijual dengan harga RM1.00 sekilogram namun pengusaha raja buah itu kini mampu tersenyum lebar apabila harga satu kilogram durian mencecah RM140 hingga RM300 berikutan daripada permintaan tinggi dari pelancong terutama Rakyat China. Menurut seorang pemilik kebun Musang King dikenali dengan nana Encik Ee Chin Loon berumur 52 tahun yang berkata kini sudah ada permintaan tinggi pelancong yang berkunjung ke Raub dan Bentong. Mereka datang semata-mata menikmati raja buah itu dan menyebabkan pihaknya terpaksa memikirkan alternatif lain menjadikan ia tidak bermusim.  Perkara ini berlaku apabila diadakan 'Malaysian Durian Festival' di Nanning, China diadakan pada tahun  2017 berjaya mewar-warkan akan kehebatan Durian Musang King dari Malaysia. Kebiasaannya di Semenanjung Malaysia musim durian antara Jun hingga Ogos namun berikutan Musang King kini menjadi produk pelancongan negara menyebabkan kami perlu memikirkan alternatif bagi menjadikan ia tidak menjadi buah bermusim dan boleh dinikmati setiap masa. Biasanya mereka akan menyimpan durian ini dalam peti sejuk beku mencecah suhu negatif 80 darjah Celsius bagi memastikan kesegaran Musang King yang tahan dua hingga tiga tahun. Kini siri promosi durian ini diteruskan diperingkat tempatan dengan Karnival Durian Musang King dengan moto karnival iaitu 'Makan Durian Musang King Asli' diadakan di Pusat Pelancongan di Malaysia di Jalan Tras, Raub, Pahang dimana penulis blog ada datang membuat tinjauan. Pada masa ini Mr Ee yang memiliki enam hektar tanah dengan lebih 400 pokok Musang King berkata dengan permintaan tinggi pelancong luar menyebabkan daerah itu menjadi tumpuan manakala kebunnya dihujani orang ramai menjamu buah tempatan itu.

Ramai dikalangan penanam durian kini tidak menyangka dimana selepas kerajaan memperkenalkan Musang King di China, penduduk republik itu kini terus berpusu-pusu mengunjungi Raub yang menjadi pengeluar utama buah itu. Durian Musang King gred A berjaya ditempah dan dieksport ke China bagi memenuhi permintaan di sana dan saya akui kebanyakan rakyat Malaysia kini hanya dapat menikmati Musang King gred B atau C saja berikutan buah itu kini bagaikan ‘pisang goreng panas’ di pasaran sana,” katanya. Penulis blog hadir dalam majlis tersebut (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya menurutnya lagi kini permintaan tinggi memerlukan semua pengusaha durian di dua daerah itu bekerjasama bagi meningkatkan eksport raja buah itu ke China. Dianggarkan 3,000 pelancong China mengunjungi Raub dan Bentong setiap hari untuk merasai Musang King,” katanya. akwa Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang Datuk Idros Yahya berkata, hasil kerjasama antara pengusaha durian dengan MOTAC berjaya menghasilkan raja buah boleh dinikmati setiap masa. Kini istilah ‘musim durian’ mungkin tidak relevan kerana setiap pengusaha kini mencari jalan memastikan kesegaran Musang King boleh dimakan setiap masa dan bukan musim tertentu saja. Promosi durian Musang King dijadikan titik permulaan kepada rakyat China untuk ianya mendapatkan yang asli dan berkualiti sama ada dinegara mereka atau mereka datang ke Malaysia sebagai pelancong. Ini merupakan satu kejayaan hebat daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Dato Seri Shabery Cheek dalam mempromosikan durian Malaysia. Dakwa menteri itu penduduk China sanggup berbaris lebih 3 jam untuk mendapatkan makan durian yang hebat ini.

Dalam pada itu di Kuala Lumpur harga durian Musang King terus 'membaik' pada masa ini. Menurut seorang penjual durian, pada asalnya niat beliau cuma mahu beri orang peluang merasa durian. Beliau tidak kisahlah untung sedikit saja, asalkan lepas balik modal dan durian saya laku,” demikian kata Zaidi Sudin, 56 iaitu seorang penjual raja buah sejak lebih 30 tahun lalu. Tinjauan pleh wartawan Metro Ahad di gerainya di Taman Dato’ Senu, Sentul mendapati Musang King dijual pada harga RM30 hingga RM35 sekilogram bergantung kepada gred manakala D101 dan D24 mencecah RM20 sekilogram, D2 (RM25) XO (RM30) dan Tekar (RM35). Menurut Zaidi dia ada mengakui dimana Musang King dijual murah di gerainya kerana isu bekalan mudah didapati berbanding durian jenis lain yang sukar diperoleh disebabkan kurang pengeluaran. “Walaupun sudah tiba musim buah namun pengeluaran masih lagi belum menyeluruh kerana bukan semua kawasan pengeluar durian menuai hasil serentak apatah lagi kebanyakan durian kali ini tidak begitu menjadi apabila putiknya gugur terlalu awal disebabkan cuaca tidak begitu baik. “Bagaimanapun, berbeza dengan Musang King, ia agak unik kali ini kerana lebih mudah didapati pada harga murah daripada pembekal kerana pengeluarannya banyak disebabkan ramai pekebun mengusahakannya. “Atas faktor itu, saya boleh jual Musang King serendah RM30 sekilogram berbanding durian jenis lain yang mahal dan sukar didapati,” katanya yang mengambil bekalan dari Raub, Pahang. dan Kini menurutnya, walaupun menjual lebih murah daripada harga pasaran namun kadar permintaan terhadap semua varieti durian masih kurang memberangsangkan. Beliau sedar pada peringkat permulaan ini, masih ramai peminat durian belum mampu beli durian sebab itu saya tidak mahu tanggung risiko dengan harga mahal. “Namun itupun kurang mendapat sambutan apabila saya hanya dapat jual sehari cuma empat hingga lima bakul saja (sebakul 40 hingga 50 kilogram bergantung kepada saiz durian) berbanding tiga tahun lalu boleh mencecah jualan 20 hingga 30 bakul sehari,” katanya.  Sementara itu, tinjauan di beberapa gerai lain di sekitar Lembah Klang, mendapati harga durian tidak menentu apabila ada penjual menjual D24 antara RM25 hingga RM35, D2 (RM25-RM28), XO (RM30-RM38), durian kampung (RM16-RM20) serta Musang King (RM40-RM90) mengikut gred. Bagi, Aswali Mansuri, 54, pendapatan harian tidak menentu berikutan sambutan membeli daripada peminat durian kali ini hambar dan kurang mendapat sambutan. Kini pendapatan kami tidak menentu ada kalanya laku empat hingga lima bakul sehari ada kalanya sukar hendak cakap mungkin keadaan ekonomi sekarang membuatkan orang berkira mahu keluar duit. “Kami tiada pilihan, jika jual durian murah jangankan untung yang mungkin modal pun tak dapat balik kerana bekalan diambil setiap hari langsung dari Bentong dan Raub, Pahang.  “Sebenarnya kami tidak ambil untung banyak pun. Kami perlu tanggung kos logistik termasuk lori sewa dan minyak selain harga durian yang dibeli daripada orang tengah berganda daripada pengusaha asal,” katanya. Artikel ini memberikan info terkini mengenai durian musang king dan kenaikan harga membaik yang mana petani mendapat manafaatnya. Apa pun pengeluaran durian Musang King ini perlu diperhebatkan dimasa akan datang. Semuga anda semua mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI DURIAN... BERATUS JENISNYA...
MUSANG KING... RAJA KUNYIT SAMA....
DURIAN PREMIUM... BAIK KUALITINYA...
DULU MURAH... KINI MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(23 Januari 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...