KUCAI (Allium tuberosum) merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Alliaceae yang sesuai ditanam di tanah rendah dan kini ditanam dengan teknologi fertigasi. Kucai adalah sejenis tanaman yang mempunyai jangka hayat yang panjang (perennial) jika ia dijaga dengan baik. Ia akan terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan kaedah pembajaan yang betul dalam kawasan terjaga. Pada kebiasaannya penulis blog dapati sayurjenis kucai ditanam secara konvensional menggunakan batas dan penggunaan baja organik tinja ayam yang banyak. Tinjauan penulis dibeberapa lokasi penanaman kucai mendapati antara masalah utama tanaman kucai secara konvensional ialah rumpai yang tumbuh di batas tanaman dan perlu dikawal secara manual terutama di peringkat tuaian. Namun begitu apa yang penulis blog dapati masalah ini dapat diatasi lebih baik dengan penggunaan teknologi fertigasi yang boleh dijalankan di bawah struktur pelindung hujan (sph) atau PUN menggunakan sistem fertigasi terbuka. Penulis blog dalam membuat tinjauan teknologi dibeberapa lokasi mendapati teknologi penanaman secara fertigasi kini adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat dari masa ke masa dimana dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak terus ke akar pokok. Apa yang penulis terlibat terus dalam bidang ini mendapati sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelak penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti Pitium spp serta mampu meningkatkan hasil kepada banyak jenis tanaman. Teknologi fertigasi telah terbukti berjaya untuk meningkatkan hasil tanaman seperti cili, terung, peria dan rockmelon. Aplikasi teknologi fertigasi dalam tanaman jangka masa panjang seperti kucai dapat meningkatkan hasil dan memudahkan pengurusan tanaman. Tinjauan penulis juga dapati dengan mengambil kira sifat kucai yang mempunyai jangka hayat yang panjang maka tidak mustahil teknologi fertigasi dapat memberi peluang yang menguntungkan kepada pengusaha. Berkonsepkan “tanam sekali, tuai berkali-kali” maka tanaman kucai secara fertigasi dapat memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusaha fertigasi. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman kucai secara fertigasi sebagai satu teknologi yang membolehkan kita semua mendapatkan bekalan kucai yang segar, berkualiti dan selamat dimakan.
Kalau dalam keadaan terbuka tanaman kucai ditanam diatas batas tetapi kini ada teknologi menanam kucai didalam pasu atau bekas yang mengandungi media tanaman (Sila lihat foto diaebelah). Bekas pasu ini boleh disusun disekeliling rumah sama ada dikawasan terbuka atau dibawah kawasan terlindung. Penanaman kucai secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan 30 formulasi yang tepat dapat meningkatkan hasil tanaman kucai 2 - 3 kali ganda serta tempoh tuaian dengan selang masa 2 minggu sekali terbukti dapat menjadi pilihan alternatif kepada usahawan berbanding dengan kaedah konvensional. Bagi tujuan untuk kerja penyediaan tapak projek fertigasi sebaiknya pemilihan dan penyediaan tapak projek fertigasi merupakan langkah kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. pada saya penanaman kucai secara fertigasi memang mudah dilakukan asalkan kita mempunyai minat, modal dan ilmu pengetahuan serta masa sesuai mencukupi. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain. Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman kucai ialah 5.5 - 6.5 yang dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Penggunaan air paip juga sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti larutan baja pada kuantiti yang sama kepada setiap pokok adalah penting untuk tanaman kucai mencapai pembesaran yang seragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiapkan tapak, silvershine atau bahan weed suppresor dibentang bagi mengelak tapak projek daripada ditumbuhi rumpai. Bagi mereka yang kali pertama hendak mencuba kaedah ini boleh belajar dari mereka yang telah ada sistem tanaman kucai seperti ini.
Pemasangan sistem pengairan fertigasi bagi penanaman kucai secara fertigasi sebaiknya polibeg jenis tegak perlu digunakan untuk fungsi sebagai menyokong pertumbuhan tanaman. Polibeg berwarna hitam bersaiz 16’’ x 16’’ yang lebih tahan lasak dan lama berbanding dengan polibeg putih adalah disyorkan. Sistem fertigasi bagi penanaman kucai mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja (900 gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta tiub mikro yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman (Silalah lihat foto disebelah). Jarak di antara baris yang disyorkan ialah 5 kaki manakala jarak di antara polibeg ialah 1.0 kaki dan disusun sebaris kiri dan kanan paip lateral bagi memudahkan kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum semaian atau benih kucai dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan pemasa (timer). Penanaman kucai secara fertigasi seperti kaedah penyediaan anak benih adalah penting. Kucai boleh ditanam menggunakan rizom atau amalkan semaian biji benih. Penanaman kucai daripada semaian biji benih dilakukan dengan menggunakan bekas segi empat yang diisi dengan peat moss sebagai medium percambahan. Anak kucai akan muncul pada hari ketujuh sehingga kesepuluh selepas semaian. Anak benih kucai boleh dipindahkan ke polibeg selepas berusia 30 hari bercambah. Manakala penanaman kucai menggunakan rizom 31 boleh dilakukan dengan menanam terus di dalam polibeg. Rizom yang mana ia mempunyai rumpun daun kucai digunakan dan daun baru akan tumbuh setinggi 20 - 25 cm melalui rumpun daun asal yang ada pada rizom. Sebanyak 3 - 4 rumpun kucai ditanam di dalam satu polibeg. Kalau benih yang digunakan adalah jenis berkualiti maka kadar pertumbuhan dan pembesaran akan lebih seragam.
Biasanya jenis medium tanaman yang disyorkan untuk kucai adalah 100% coco peat yang mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam (Sila lihat foto disebelah). Walau bagaimanapun kepada pengusaha fertigasi di sebelah utara semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sekam padi bakar boleh digunakan sebagai medium tanaman kerana sekam padi mudah diperoleh di ketiga-tiga negeri tersebut dengan harga yang berpatutan. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam dan disusun selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm yang diukur dari dasar polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien dari tangki larutan baja. Pengurusan tanaman kucai fertigasi melibatkan kerjaa-kerja pembajaan dan serangga perosak serta kawalan penyakit dan perosak. Baja fertigasi kucai terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan B. Formulasi baja kucai merangkumi kesemua unsur nutrien yang lengkap diperlukan oleh tanaman. Baja yang ditimbang berasingan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Komponen baja tersebut kemudiannya dijadikan stok baja (pati baja) bahagian a dan bahagian b di dalam 100 liter air secara berasingan. Larutan stok disyorkan supaya sentiasa tersedia dan sedia untuk dicairkan ke dalam tangki larutan baja apabila diperlukan. Tanaman kucai memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang tertentu terutama selepas tuaian. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC) dan unit ukuran konduktiviti elektrik ialah μS. Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5 – 4.0. Bagi tanaman kucai, EC yang disyorkan bagi peringkat anak benih adalah antara 1.8 – 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak benih ke dalam polibeg, anak pokok kucai diberi air kosong. Selepas tempoh 24 jam anak pokok kucai diberi larutan baja dengan kepekatan 1.8 – 2.0 μS sehingga tuaian pertama iaitu 75 – 80 hari. Selepas tuaian pertama, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0 – 2.4 μS sehingga tuaian kedua dan seterusnya. Kepekatan baja yang tinggi ini dapat meningkatkan tumbesaran daun kucai sekali gus mempercepatkan tempoh tuaian. Semburan foliar seperti high nitrogen dilakukan bagi menggalakkan dan mempercepatkan tumbesaran daun kucai. Selepas 3 bulan, medium tanaman di dalam polibeg perlu dibilas dengan air bersih. Perkara ini dilakukan sebulan sekali bagi melarut dan seterusnya menyahtimbun-tambah garam yang 32 boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama 1 jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok. Satu lagi faktor yang penting dalam pengeluaran tanaman ialah aras keasidan larutan nutrien atau pH. Bagi tanaman kucai secara fertigasi, pH yang disyorkan sama seperti tanaman lain seperti cili, tomato, terung dan melon iaitu antara pH5.5 - pH6.5 dimana ia amat baik untuk dapatkan hasil terbaik.
Kawalan penyakit dan serangga perosak serta kawalan penyakit dan perosak. Penanaman kucai secara fertigasi pada penelitian penulis blog memang ada mempunyai risiko kerosakan yang rendah akibat serangan penyakit dan serangga perosak. Walau bagaimanapun jika kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan. Antara masalah utama tanaman kucai adalah serangan kulat yang sering boleh ia menyebabkan hujung daun kucai menjadi kering. Masalah ini dapat diatasi dengan semburan racun kulat berasaskan azoxystrobin, mancozeb dan copper oxychloride. Namun begitu, pengusaha tanaman fertigasi haruslah berupaya mengenal pasti jenis penyakit dan serangga perosak supaya tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilakukan dengan segera. Aktiviti penuaian hasil dilakukan pada tempoh matang. Jika rizom digunakan sebagai anak benih maka tuaian pertama kucai boleh dilakukan selepas 2- 3 minggu selepas penanaman. Lazimnya daun kucai boleh dipotong menggunakan gunting jika perlu dan bahagian luar daun dipotong 2 inci daripada aras perdu (Sila lihat foto disebelah). Daun akan tumbuh kembali dan sedia dituai semula selepas 2 minggu. Bagi tanaman kucai yang ditanam daripada biji benih lazinya tuaian pertama boleh dilakukan setelah 70 - 90 hari. Purata hasil sekali tuai mampu mencapai 350 gram polibeg. Kucai yang sedia dituai dan dipasarkan atau dimakan sendiri dengan mencuci bersih sebelum diguna. Sebagai kesimpulan penulis blog mendapati penanaman kucai secara fertigasi merupakan satu kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan sistem pertanian moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil tanaman. Kini dengan pengurusan tanaman yang berkesan, sistem fertigasi ini dapat menjamin pengeluaran hasil kucai yang tinggi berbanding dengan cara lama iaitu sistem penanaman konvensional dan menjadi pilihan utama kepada usahawan tani. Teknologi penanaman kucai secara fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.