Support My Blog

Saturday, January 13, 2018

TANAM CILI UNTUNG - TUAIAN SERENTAK

TANAMAN CILI (Capsiicum annum) merupakan satu usaha yang mampu menjana pendapatan lumayan dan berikan keuntungan jika dijalankan dengan baik. Pada penulis blog mendapati dimana rakyat Malaysia suka makan cili yang memberikan rasa pedas sama ada dari Cili Merah, Cili Padi, Cili Kering mahupun Cili Boh. Mengenai perkara ini telah dilaporkan dimana sebagai bukti, jumlah import cili negara telah menunjukkan peningkatan setiap tahun dan keadaan ini merugikan negara untuk jangka masa panjang. Saya ada banyak menulis mengenai tanaman cili dan perkara yang berkaitan dalam blog anim agro technology yang boleh anda rujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Cili merupakan jenis tanaman sayuran jenis buah dari keluarga Solanaceae yang sama dengan tanaman terung. Kini cara penanaman cili telah berubah cara daripada kaedah konvensional kepada kaedah lebih komersil termasuk cara Fertigasi. Dalam pada itu  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Pertanian mengambil inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran cili melalui program peningkatan 400,000 polibeg tanaman cili setiap negeri yang telah dimulakan pada tahun 2016. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan menyatakan dimana menerusi program tersebut kini pengeluaran cili meningkat sebanyak 9,832 tan metrik iaitu sebanyak 22 peratus berbanding pengeluaran bagi tahun 2016 dan program tersebut masih berjalan dan ianya terus dipantau setiap tahun. Beberapa langkah yang diambil dalam menggalakkan usaha penanaman cili supaya hasil terus dapat dipertingkatkan melibatkan banyak lokasi diseluruh negara. Pada saya usaha seperti ini perlu ianya diteruskan dengan lebih proaktif melibatkan gulongan muda dan mereka yang tinggal dikawasan bandar melalui program seperti Pertanian Bandar. Penanaman cili mampu didalam mengurangkan kos dapur jika ramai yang terlibat dengan penanaman cili untuk kegunaan sendiri juga. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan satu laporan akhbar yang saya kupas semula berkaitan dengan aktiviti penuaian cili yang terbesar dinegara ini dalam satu hari.

Dalam pada Jabatan Pertanian berusaha untuk menganjurkan Program Penarafan Penuaian Terbesar Cili oleh The Malaysia Book of Records (MBR) dengan catatan rekod Largest Simultaneous Chillies Harvesting in a Day didapati berjaya. Program tersebut bertujuan menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai usaha dan komitmen oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam meningkatkan pengeluaran dalam negara, sekali gus mengurangkan import bekalan cili. Selain itu program berkenaan juga boleh dilihat sebagai satu promosi untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan cili tempatan dan seterusnya dapat membantu usahawan tanaman cili mendapat harga pasaran yang lebih baik. Menurut Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian, Abdul Daut program tersebut mendapat kerjasama daripada 128 usahawan tani dan 130 lokasi penanaman cili seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau berkata, sejumlah 23,764 kilogram (kg) cili daripada 663,522 pokok cili berjaya dituai dalam program tersebut. “Kejayaan ini jelas mempamerkan komitmen usahawan tani khususnya bagi tanaman cili dalam meningkatkan hasil tanaman mereka. Inisiatif Jabatan Pertanian ini juga telah berjaya untuk memperoleh pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records bagi mencatat rekod Largest Simultaneous Chillies Harvesting In A Day. Menurutnya program tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Bagi tujuan pemantauan dan juga untuk mengemaskini data untuk program tersebut Jabatan Pertanian telah berjaya membangunkan aplikasi e-harvest yang boleh diakses menerusi telefon pintar yang disokong dengan kemudahan talian internet. Borang kemasukan data ini boleh diakses melalui http://www.portal. doa.gov.my/ eharvest. Data yang dimasukkan ke dalam borang melalui aplikasi ini adalah nama petani, lokasi ladang, bilangan pekerja, bilangan pokok berhasil. Rumusan data-data yang dibangunkan ini akan digunakan untuk mengkaji, merancang dan menentukan corak pengeluaran cili negara serta menimbang keperluan import cili negara. Jabatan Pertanian merancang untuk meluaskan penggunaan aplikasi ini untuk tanaman lain serta berharap akan mendapat kerjasama daripada petani dan usahawan untuk menjayakan aplikasi ini dimasa hadapan. Kini rakyat Malaysia menggunakan 90,000 tan metrik cili setahun dan mengimport 48,000 tan metrik setahun. Kerajaan telah merancang untuk menghasilkan cili yang berkualiti dengan menggalakkan penaman dalam negara menggunakan kaedah fertigasi tanpa racun. Sepatutnya negara menyasarkan pengeluaran 100 tan metrik cili sehari berbanding pengeluaran hanya 40 tan sehari. Sebenarnya untuk tanaman cili tempoh penuaian selepas ditanamn adalah kira-kira 75 hari dengan 60 kali petik bagi setiap pokok. Kawasan projek TKPM antara kawasan yang mana ia menempatkan petani dan penanaman cili di seluruh negara. Jabatan Pertanian bantu peserta TKPM dalam pelbagai bentuk daripada kawasan bertanam, input pertanian, teknologi penanaman sehingga kepada kaedah pemasaran.

Sebagai contoh menurut Pegawai Pertanian Daerah Kuala Langat iaitu En Fadzly Basari pengusaha di bawah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Bukit Changgang, terdapat enam peserta penanam sayur sayur dalam kawasan tersebut daripada jumlah keseluruhan 16 peserta. Biasanya penanam (peserta) di TKPM ini kebanyakan menanam sayur-sayuran jenis cili, terung dan timun menggunakan kaedah teknologi selain penternakan kambing tenusu dan pedaging dan bunga-bungaan. Jabatan Pertanian telah membantu peserta pada peringkat awal dengan kemudahan fizikal infrastruktur seperti struktur pelindung hujan (SPH) dan sistem saliran serta input pertanian seperti benih, baja dan polibeg dan hampas sabut kelapa. Peserta perlu mengeluarkan bajet sendiri dan kami memberi khidmat nasihat. Bantuan tersebut dan khidmat nasihat adalah bertujuan mencapai sasaran penubuhan TKPM untuk melahirkan usahawan pertanian berpendapatan minimum RM3,000 sebulan. Terdapat peserta yang mampu memperoleh pendapatan RM8,000 sebulan dengan mana sebahagian besar mereka menanam dengan keluasan antara satu hingga empat hektar. Didalam memberi bantuan kepada peserta, pihaknya juga mendengar masalah mereka terutama berkaitan penyakit yang sering menjejaskan tanaman cili dan dalam masa sama menggalakkkan mereka menanam tanpa penggunaan racun kimia. Jabatan juga selalu membantu petani dari segi teknikal dan menggredkan cili yang mereka hasilkan. Serangan penyakit seperti masaalah penyakit daun kerinting antara masalah perlu diselesaikannya Jabatan Pertanian. Disyorkan supaya petani menggilirkan projek tanaman cili mereka dengan tanaman lain dan penanaman dibuat dua musim setahun. Petani diminta menanam cili berselang seli dengan tanaman lain seperti rock melon dan timun. Malah katanya banyak tanaman lain yang boleh dimanfaatkan seperti pokok tin.

Seorang berkelulusan SPM kini telah menjadi usahawan cili. Berbekalkan kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia kelihatan tidak banyak idea untuk berjaya sebagai seorang usahawan. Namun bagi Norhashim Kamisan, itu cerita sebelum 2006 kerana kini dia bukan sahaja menjadi contoh kepada pengusaha cili, namun kini bergelar usahawan pertanian dalam usia muda (Sila lihat foto disebelah). "Semuanya bermula apabila melihat sendiri kejayaan rakan saya yang sebaya dan sama dengan kelulusan tetapi bergelar usahawan cili. “Minat saya timbul selepas mendapat tahu, kawan saya itu mampu memperoleh pendapatan RM4,000 dengan penanam cili pada keluasan yang terhad,’’ujarnya. Justeru, bermula 2006 berbekalkan modal permulaan sebanyak RM7,000 dia memulakan projek secara kecil- kecilan dengan 800 polibeg di di Sijangkang Selangor. Namun, projek tanaman kini berkembang sehingga ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Bukit Changgang dan TKPM Serdang dengan kawasan seluas 4.8 hektar (12 ekar). Kini , Norhashim tidak menoleh ke belakang lagi dan di ketiga-tiga kawasan projek tanama cilinya, dia mampu menanam sehingga 10,000 polibeg menggunakan sistem fertigasi menggunakan benih F1 hibrid 461.  Oleh itu beliau berkongsi masalah penyakit yang menyerang tanaman cilinya kepada pegawai Jabatan Pertanian selain mendapat bimbingan dan khidmat nasihat pelbagai aspek pengurusan ladang. Pegawai dari Jabatan Pertanian sering turun padang menilai prestasi ladang dan mengambil sampel buah untuk dianalis. Mengenai aspek pemasaran dia yang mampu mengeluarkan sehingga 40 kilogram sehari berkata, semua hasilnya dikumpul di pusat pengumpulan kelolaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebelum di jual ke pasar raya secara segar. Mengenai perancangan akan datang, dia berharap projek penanaman cili diperluaskan bagi menambah hasil pengeluaran negara memandangkan import sayuran tersebut terlalu tinggi. Setakat ini katanya teknologi fertigasi adalah yang terbaik untuk digunakan tetapi penaman mesti mempelajarinya terlebih dahulu. Dalam kes lain seorang peserta tanaman cili, Che Wan Mohd Saidi Che berjaya melonggokkan hasil tanaman cili dalam Program Penarafan Penuaian Sejuta Pokok Cili oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kampung Raja, Tepoh, Kuala Nerus. Terengganu (Sila lihat foto paling atas) . Artikel ini diharap memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM CILI.... TEKNOLOGI BARU ADA....
TEKNIK FERTIGASI... POPULAR DIA...
PETANI OTAI... JUGA ORANG MUDA....
TUAIAN TERHEBAT... REKOD BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1439H).
Posted from Room 1227,
Hotel Hilton, Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...