Support My Blog

Wednesday, January 10, 2018

PAMERAN VIVARIUM - SUMBER BIODIVERSITI

VIVARIUM?.... mungkin ramai dikalangan kita yang tidak pernah mendengar perkataan ini. Penulis blog pertama kali mendengar perkataan ini daripada seorang rakan Pensyarah Kanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dahulu sama-sama belajar di universiti sama sekitar tahun 1997 hingga 1982. Perkataan ini pada mulanya saya dengar agak 'pelik' kerana bunyinya semacam dengan 'Akuarium', 'Terrarium', 'Puludarium' dan juga 'Riparium'. Rupa-rupanya kesemua perkataan yang ada 'arium' dihujungnya tidak banyak yang tahu kecuali perkataan 'Akuarium' dan juga 'Terrarium' sahaja. Setelah penulis blog balik rumah membuat sedikit rujukkan daripada lamanweb dan mendapat jawapannya. Daripada lamanweb dinyatakan iaitu perkataan 'Vivarium' nerupakan perkataan Latin iaitu gabungan dari pada dua patah perkataan iaitu 'Vivaria' yang bermakna sebagai 'Place of life' atau tempat tinggal dan perkataan 'Arium' iaitu sebuah wadah / tempat / bekas tertutup. Masunya secara umum adalah satu tempat generik/umum dimana segala macam kehidupan atau ekosistem yang ditempatkan pada sebuah bekas yang tertutup. Biasanya  Vivarium kekal sumber biodiversiti dan dijadikan kajian atau pameran untuk tujuan kesedaran umum. Pada saya sering mengadakan pertandinga Terrarium di Peringkat Sekolah Menengah setiap dua tahun sekali sempena Pesta MAHA yang diadakan dwi tahunan ini. Pelbagai ciptaan terrarium yang amat menarik dari seluruh negara dipertandingkn dengan hardiah pertama RM2,000, hadiah kedua RM1,500 dan hadiah ketiga RM1,000 sementara 10 hadiah saguhati dibeikan RM500. Pameran Terarium di MAHA menarik ramai pengunjung yang memang amat meraik minat mereka. Apa pun baru-baru ini pula di adakah Pameran Vivarium di UPM, Serdang, Selangor yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. Artikel malam ini saya mengupas mengenai aktiviti Vivarium dalam "Anim Agro Technology" untuk dikongsi bersama pembaca yang mencecah hampir 13 juta hujung tahun 2017.


VIVARIUM merupakan sebuah ciptaan satu ekosistem yang dibina di dalam kawasan tertutup dengan persekitaran terkawal atas tujuan memelihara dan mengekalkan sumber biodiversiti. Bagi menambahkan kelainan pada konsep yang bakal dipamerkan pada Festival Vivarium 2017 dilaporkan ada lima sahabat itu duduk berbincang untuk membentangkan idea masing-masing. Waktu itu hampir beberapa minggu juga lima rakan yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memerah idea. Kemudian selepas berhempas-pulas dengan melakukan beberapa kaji selidik maka akhirnya mereka bersetuju untuk membawakan ekosistem padang pasir pada festival berkenaan yang diadakan di Dewan Fakulti Pertanian UPM, 18 Disember 2017. Menurut salah seorang ahlinya dikenali dengan nama Mohamad Izzat iaitu  konsep berkenaan dipilih selepas meneliti beberapa faktor dan kajian terhadap festival terdahulu yang rata-ratanya hanya mengetengahkan tema yang lebih kurang sama. Kini disebabkan ingin tampil dengan kelainan pada pameran ini maka mereka mengambil keputusan untuk membawakan ekosistem padang pasir yang dikira agak unik dan lain daripada lain (Sila lihat foto disebelah). Kemudian mereka selepas mendapat idea mula melakukan kajian tentang spesies pokok yang sesuai untuk ditanam, jenis tanah dan bentuk balang yang sesuai digunakan. Dimaklumkan kumpulannya menggunakan pendekatan terrarium di dalam program berkenaan. Apa yang penting mereka dapat mereka satu ekosistem yang hebat. Terrarium pula adalah jenis vivarium ekosistem darat yang dibentuk atau dibuat dengan menggunakan tanaman dan haiwan darat. Taman mini dibentuk dengan menggunakan medium tertentu dan dihias dengan batu-batuan serta aksesori lain sehingga menjadi taman mini yang menarik. Selain menggunakan balang, ia boleh juga menggunakan mentol lampu, botol kaca, gelas dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.


Dalam pada itu pada tahun ini banyak usaha dan keringat Mohamd Izzat bersama empat lagi rakannya iaitu Mohd  Amin, Mohd. Nur Alwasi , Muhd Hafizuddin dan Muhaimin  yang ternyata berbaloi apabila kumpulan (Kumpulan 32) mereka dinobatkan sebagai juara dalam program Festival Vivarium 2017. Kemenangan itu diperoleh melalui penjurian pensyarah, dekan serta pengunjung yang hadir melalui borang penilaian. Sebagai juara mereka menerima hamper makanan. Tambah Mohamad Izzat lagi untuk mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan juga memakan masa agak lama. Mereka pergi ke taman semaian untuk memilih tumbuhan yang sesuai dengan pasir merah. Mereka juga memilih pokok kaktus dan sukulen untuk diletakkan di dalam balang kaca bersaiz akuarium sederhana. Kemudian mereka ke kedai perkakasan pula bagi mencari perhiasan untuk diletakkan pada terrarium ini seperti batu-batuan berwarna. Selepas semua bahan yang diperlukan telah pun mencukupi mereka hanya mengambil masa semalaman untuk menyiapkan balang kaca ini. Kumpulannya hanya mengeluarkan kos RM120 untuk menyiapkan bahan pameran tersebut. Program Festival Vivarium 2017 pada asalnya merupakan sebuah program berskala kecil dikenali Ekspo Terarium dan Taman Mini. Ia mula dianjurkan pada 2015 berkonsepkan terrarium. Kini bagaimanapun saban tahun program berkenaan semakin maju melalui peningkatan dari segi bilangan peserta, penganjur dan pengunjung. Oleh itu, pada tahun ini, ia ditukar kepada Festival Vivarium 2017 yang lebih merangkumi pelbagai konsep.


Istilah Vivarium berasal daripada perkataan Latin iaitu vivaria iaitu tempat kehidupan. Ia didefinisikan sebagai sebuah ekosistem yang dibina di dalam kawasan tertutup dengan persekitaran terkawal atas tujuan memelihara dan mengekalkan sumber biodiversiti dari aspek pertanian. Vivarium sebenarnya boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu terrarium, akuarium, insectarium, paludarium, penguinarium, riparium dan herpatariumJika terrarium merupakan ekosistem daratan, akuarium pula dapat didefinisikan sebagai cabang vivarium yang membentuk ekosistem air. Paludarium pula adalah jenis vivarium yang menggabungkan unsur air dan darat di dalam ruangan tertutup. Manakala, riparium adalah jenis vivarium yang menyerupai habitat ekosistem sungai. Biasanya secara tradisional biodiversiti menjadi tema utama didalam aktiviti ini. Bagi tempat kedua pula ia dimenangi oleh Kumpulan 11 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Fatini Ghazali, Kahirul Amirin , Ahmad Syukri dan Sharifah Nur Shahirra. Mereka menggunakan vivarium jenis terrarium dan paludarium. Konsep yang dibawakan pula adalah tradisional dengan memaparkan ciri-ciri tumbuhan kampung ke dalam bekas kaca. Disamping itu  dimaklumkan kumpulan berkenaan turut menerapkan elemen air pada lima jenis balang kaca yang dipersembahkan pada Festival Vivarium 2017. Menurut ketuanya dengan keedah menggunakan konsep tradisional, mereka membina model rumah kampung daripada lidi sate, mengambil lumut dari Sungai Congkak serta membawakan haiwan seperti udang dan ikan bagi membangkitkan lagi suasana kampung. Mereka mengambil masa seminggu sahaja untuk memikirkan konsep yang akan dipertontonkan. Dengan lahirnya konsep ini, kami mahu flora dan fauna yang ada di kampung dibawa ke bandar.Mereka juga ingin menunjukkan kepada orang ramai tentang keindahan semula jadi di desa yang mungkin tidak terdapat di kawasan bandar. Apa yang paling menarik mengenai vivarium adalah tumbuhan dan haiwan tidak memerlukan cahaya matahari atau oksigen secara terus. Maksudnya di sini dimana ikan akan mendapat oksigen melalui rumpai dan lumut manakala tumbuhan itu pula mendapat bekalan nutrien daripada hasil kumbahan ikan itu tadi. Ia seperti satu proses kitaran hidup yang bergantung di antara satu sama lain.


Program seperti ini sebenarnya mendapat sambutan baik daripada pelajar dan siswa serta kakitangan universiti. Dalam pada itu penasihat program Festival Vivarium 2017, Dr. Mohd. Firdaus berkata, beliau melihat program berkenaan semakin berkembang dengan lebih banyak penyertaan diterima bukan sahaja daripada pelajar Fakulti Pertanian malahan ada fakulti lain turut menzahirkan minat seperti Fakulti Kejuruteraan. Menurutnya dari sudut pertanian ramai pelajar-pelajar ini akan lebih fokus kepada tumbuhan atau tanah yang digunakan, manakala bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan, mereka melihat dari sudut susun atur bahan-bahan yang dipakai serta reka bentuk bekas yang digunakan. Dakwanya pada kali pertama program ini dianjurkan pihaknya hanya menerima lapan penyertaan dan angka itu kian bertambah. Diatas dasar itu maka fakulti  telah meluaskan lagi konsep ini kepada vivarium yang lebih meluas dari segi konsep dan penyertaan. Sebelum ini hanya tumbuhan dibenarkan tetapi kini pelajar boleh menggunakan kreativiti dengan memasukkan haiwan seperti ikan dan belalang ke dalam konsep yang dipersembahkan. Pada Festival Vivarium 2017 yang merupakan projek pelajar tahun pertama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia Serdang bagi mendedahkan para pelajar, pegawai dan orang ramai akan apa dia kepentingan vivarium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang juga dirujuk oleh ribuan siswa menurut dakwaan oleh Dekan Fakulti Pertanian yang saya temui hujung Oktober lepas. Waslalam !!!...
MEMBUAT VIVARIUM... SATU USAHA...
BOLEH DITANDING... HADIAHNYA ADA...
BIODIVERISITI... ITU KONSEP ASALNYA...
PERLU DIKEMBANG...SELURUH NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 745, Hotel Mariott Putrajaya,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...