Support My Blog

Sunday, January 7, 2018

BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG NO 088

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam yang ditanam untuk dalam pasaran Malaysia dan mendapat permintaan tinggi terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur jenis daun iaitu dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada permakanan manusia. Saya memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering. Kebanyakkan bayam di Malaysia saya dapati di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas pada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam dalam Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2012 berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Saya dapati kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau BAYAM HIJAU BERDAUN TAJAM 088 daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal oleh pasukan teknikal Hortikultur Jabatan Pertanian Malaysia yang dijalankan.


Kajian melibatkan sebanyak lapan (8) varieti Bayam yang saya dipilih dari pasaran iaitu jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita kenal akan varieti tersebut dimana ia berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama 1 tahun untuk mengumpul maklumat. Penanaman varieti bayam ini daripada banyak lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat/Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih.


Varieti Bayam Hijau Berdaun Lonjong atau Tajam 088 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Lihat foto sebelah). Nombor rujukan 088 dan nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Bamboo Dance, Dark Green Pointed Leaf Amaranth 088'. Kajian dari pasaran menunjukkan benih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar ovat dengan warna daunnya adalah berwarna merah ungu sepenohnya (Lihat foto sebelah). Saya dapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara kurang diminati oleh pengguna kerana mempunyai warna merah ungu pekat yang kurang menarik khususnya dikalangan orang Melayu. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna Hijau (Foto diatas sekali) dan bayam varieti ini juga sering diserang ulat Plutella spp yang makan bahagian daun bayam (lihat foto dibawah).


Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau DAUN TAJAM 088 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technologi dengan jumlah melebihi 12.7 juta baru-baru ini. Diucapkan Selamat mencuba!.

BAYAM HIJAU... LONJONG TAJAM...
NOMBOR 088... LECKAT EDARKAN...
VARIETI POPULAR... ENAK DIMAKAN...
BANYAK KHASIAT... DOA DIBACAKAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(4 Ogos 2013)

Kemaskini pada 3 Januari 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...