KOD QR atau QR CODE adalah singkatan kepada frasa dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud 'QUICK RESPONSE - QR'. Ini bermakna kalau saya terjemahkan terus dalam bahasa Melayu bermakna 'Kod Tindakbalas Segera' atau 'Kod Cepat'. Kod ini dicipta saintis bagi tujuan mendapatkan maklumat dengan cepat. Ia juga merupakan sejenis kod bar generasi kedua yang berbentuk kotak empat segi dengan ada banyak corak titik segi ditengah-tengahnya. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC yang biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada suaunan modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR kini telah membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih sama ada alat khas atau pun terkini melalui Talipon Bimbit (Handphone atau Smartphone). Penulis blog yang berkunjung ke Nanning China baru-baru ini mendapati masyarakat disana telah mahir menggunakan QR Code yang digunakan dalam semua perkhidmatan dan perniagaan serta banyak produk. Kesemua atau sebahagian besar produk yang dijual dipasaraya diberkan QR Code daripada sekecil lidi pencungkil gigi selapas makan sehingga kepada produk makanan dan sauiran seperti tomato (Sila lihat foto diatas). Pada penulis selama ini hanya mahir menggunakan 'BAR CODE' yang ada diletakan kepada beberapa produk dan ada mesih Bar Code Reader dipasang dibeberapa pasaraya. Membuat imbasan barangan pada mesin ini dapat mengetahui harga barangan tersebut. Bar Code mempunyai ciri yang berbeza dengan QR Code. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai QR Code dan kepentingannya dalam sektor pertanian dan juga kehidupan harian masyarakat masa kini.
QR Code lebih mudah digunakan daripada sistem koding yang lain masa kini. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan muatturun (download) aplikasi QR Code dan install dalam handphone anda. Ia hanya mengambil masa selama 2-3 minit sahaja untuk install sistem aplikasi QR Code ini dan amat mudah dibuka. Kepada mereka yang menggunakan HP jenama OPPO buatan China biasanya aplikasi ini sudah ada didalamnya. Buka aplikasi ini dan letakkan atau 'scan' pada QR Code yang terpapar pada label produk dengan teguh (stand still) untuk beberapa saat. Sistem QR Code akan membaca dan merakam kod tersebut dan akan dipaparkan lamanweb dalam HP. Tekan 'OPEN' pada aplikasi tersebut dan akan dipaparkan maklumat mengenai QR Code yang diimbas tersebut. Bergantung kepada imbasan yang anda telah dilakukan dan kekuatan HP menerima capaian internet biasanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk paparan maklumat mengenai produk. Sistem QR Code ini adalah yang paling cepat, mudah dan cepat masa kini untuk digunakan oleh semua orang. Rakyat Malaysia pada masa kini kebanyakannya ada HP sendiri sama satu ada beberapa buah HP. Kajian umum mendapati kebanyakan rakyat Malaysia masa kini hanya membuka akaun Whatapps, Facebook dan Twitter dengan sangat aktif tetapi masih kurang menggunakan QR Code. Dalam satu ujian yang dolakukan oleh YB Menteri Pertanian kepada beberapa kumpulan pegawai mendapati hanya sekitar 50% sahaja mereka yang mengetahui atau menggunakan QR Code dan yang lainnya tiada aplikasi sistem QR Code didalam HP s mereka semasa kajian. Penulis blog yang menggunakan HP jenama OPPO memang telah 'ready to install' aplikasi QR Code dan mampu mengimbas dengan cepat semua produk atau perkhidmatan sedia ada. Kelebihan sistem QR Code mengurangkan penggunaan kertas seperti untuk aktiviti bermesyuarat kerana semua ahli mesyuarat kini boleh membuka minit mesyuarat dan kertas pembentangan dalam HP masing-masing dengan cepat dan tepat.
Produk makanan dan Industri Asas Tani yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan kini perlu diletakkan QR Code. Beberapa jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini telah digalakkan untuk mengujudkan sistem QR Code masing-masing didalam memberikan perkhidmatan, produk-produk dan perkara berkaitan dengannya kepada pengguna. Sebagai contoh kini anda boleh melayari FAMA vesi mudahalih menerusi telefon pintar anda dengan hanya melalui Kod QR FAMA. Cara mudah penggunaan Kod QR melalui telefon pintar adalah dengan anda memuat turun dan lakukan instalasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar (smartphone) anda. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari smartphone anda. Anda akan terus dibawa ke FAMA versi mudahalih dimana kandungan dan maklumat di dalam Mobile Web FAMA ini akan di tambah dari masa ke semasa. Kini jika anda kepasaraya boleh cari produk makanan atau produk lain yang ada QR Code dan anda boleh mengimbas dengan HP anda. Sebagai contoh produk buah pisang segar Cavendish apabila diimbas QR code melalui HP anda mempaparkan e.agro[ages.com yang menjelaskan syarikat pengeluar atau pengedar pisang tersebut (Sila lihat foto dibawah). Sebenarnya ada sesetengah pengguna yang amat pentingkan 'tracesibility' atau punca darimana atau siapa dia pengeluar produk. Pengguna masa kini lebih mudah mencari maklumat melalui kaedah ini yang semakin popular. QR Code merupakan satu kaedah masakini yang paling mudah digunakan serta sangat mesra pengguna. Kepada anda yang belum mempunyau aplikasi QR Code dialam HP masing-masing boleh berbuat demikian dengan segera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!
QR CODE... IANYA SATU APLIKASI BARU...
DI LUAR NEGARA... SEMUA DAH TAHU...
CEPAT RESPON... IMBASLAH SELALU...
DIPASARAYA... DIMANA ANDA MAHU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya UO,
Plaza Angsana, BBU,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(27 Januari 201).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.