Fakta pertama perlu di kongsikan adalah pengguna 'Tidak Perlu Ubahsuai Enjin Keenderaan' apabila apa yang menarik adalah kebanyakan kenderaan-kenderaan diesel di Malaysia sudah sedia menggunakan B7 biodiesel iaitu satu campuran terdiri daripada 7% metil ester (biodiesel sawit) dan 93% bahan api fosil. Penggunaan biodiesel juga tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan atau kelengkapan bahan api khusus dan penggunaan minyak kelapa sawit yang lebih meluas juga menyumbang kepada ekonomi negara. Dilaporkan dimana sehingga kini di Indonesia sudah dianggap sebagai peneraju dalam biodiesel iaitu dibuat dengan cara menguatkuasakan penggunaan biodiesel B20 yang mempunyai 20% metil ester dan 80% diesel. Dilaporkan ada negara-negara seperti Colombia dan Argentina misalnya dimana mereka telah mengembangkan agenda biodiesel mereka dengan menggunakan B10 sementara Perancis dan Brazil bakal menggunakan biodiesel B8. Menyedari faedah biodiesel yang tinggi,ini dimana Malaysia kini sedang berusaha untuk memperkenalkan B10 biodiesel yang menggunakan campuran 10% metil ester dan 90% diesel. Apa pun masih tiada pengubahsuaian khas yang perlu dilakukan terhadap kenderaan sedia ada atau baharu untuk tujuan menggunakan biodiesel kerana ia hanya penggunaan metil ester sawit yang hanya mengalami kenaikan kecil iaitu sebanyak 3 peratus. Bahan biodiesel juga mempunyai kandungan cetane lebih tinggi yang menyebabkan ia lebih mudah terbakar dimana ia mampu meningkatkan tahap pelinciran sekali gus mengurangkan kesan ‘wear and tear’ pada komponen enjin. Di dalam kenderaan diesel yang lebih berusia dimana penggunaan diesel biasa boleh menyebabkan asid sulfurik terkumpul dan seterusnya menyebabkan minyak enjin perlu ditukar dengan lebih kerap. Perlu di ketahui dimana dalam kenderaan baharu pula dimana sistem suntikan bahan api bertekanan tinggi seperti enjin diesel ‘common rail’ sangat sensitif terhadap tahap sulfur yang tinggi. Ini kerana isu tahap sulfur tinggi menyebabkan kenderaan perlu diselenggara dan dibaik pulih dengan lebih kerap. Dilaporkan dalam kes biodiesel B10 iaitu kandungan sulfurnya yang rendah adalah ia bermakna risiko hakisan di dalam enjin dapat dikurangkan tanpa menghalang prestasi.
Terdapat beberapa laporan ujian bahan biodiseel dimana walaupun terdapat bantahan terhadap pengenalan biodiesel B10 sebelum dilaksanakan iaitu kebanyakan isu yang timbul adalah berdasarkan tentang keserasian bahan api tersebut dengan enjin diesel baharu dan enjin lama di Malaysia. Ada beberapa pengeluar kenderaan telah mengancam untuk membatalkan jaminan mereka sekiranya biodiesel B10 diperkenalkan dimana mereka memetik kebimbangan berkaitan dengan kecekapan aliran komponen seperti penyuntik dan penapis bahan api. Jika sebelum ini kemasukan B10 mendapat tentangan daripada beberapa pengeluar dan pengedar kereta di Malaysia, lain pula ceritanya di Indonesia di mana Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo) menjadi sebagai penyokong utama bagi inisiatif biodiesel B20 dimana badan itu juga mengambil inisiatif untuk mengetuai ujian lapangan bahan api tersebut sebelum ia dilancarkan. Di Malaysia pula ada inisiatif yang mana ia diterajui oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama daripada badan-badan lain seperti Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) dan beberapa syarikat OEM. Dalam kempen ujian biodiesel B10 dan B20 di negara ini bermula seawal tahun 2013 iaitu dengan sebuah kenderaan dipandu sejauh 800 km setiap hari. Dilaporkan ada sebanyak 76 buah kenderaan pelbagai model, perbatuan dan usia digunakan oleh MPOB untuk tujuan tersebut dan hasilnya adalah konsisten di mana B10 bukan sahaja selamat untuk ia digunakan, malah biodiesel juga mampu mengurangkan isu enapan dalam enjin yang mana ia tidak terjadi dengan diesel biasa. Bukan itu sahaja apabila kenderaan yang digunakan tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam aliran kepada penyuntik bahan api. Penapis minyak juga tidak tersumbat.
Fakta lain di jelaskan dimana ia ada bertentangan dengan mitos bahawa penggunaan biodiesel B10 yang akan menyebabkan enjin susah untuk dihidupkan dalam keadaan suhu rendah dimana ada ujian menunjukkan bahawa tiada pemadatan bahan api dikesan pada suhu serendah 11 darjah Celsius. Ini bukan suatu masalah di Malaysia di mana suhu tahunan tempat seperti Cameron Highlands adalah sekitar 18 darjah Celsius, dan boleh turun sehingga 11 darjah Celsius pada waktu malam. Di laporkan rekod menyatakan suhu paling rendah di Malaysia yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands adalah 7.8 darjah Celsius pada tahun 1978. Kemudian semanjak 2014 ada sebanyak 50 buah kenderaan milk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terdiri daripada traktor, jengkaut. trak pikap, trak tunda, van dan lori tangki air dikuasakan oleh biodiesel B10 bagi menjalani tugasan harian. Dilaporkan dalam ujian tersebut telah mencatat jarak perjalanan iaitu lebih tiga juta kilometer tanpa sebarang kes kerosakan enjin. Perkara ini ia belum lagi diambil kira bahawa biodiesel B10 telah pun diiktiraf melalui perjalanan sejauh lebih 45 juta kilometer yang dicatat oleh kenderaan pelbagai jenis dan jenama serta operator pengangkutan yang beroperasi di negara-negara yang mana ia mempunyai mandat biodiesel B10 atau lebih tinggi dimana ada kempen iaitu penggunaan biodiesel di laporkan ia mampu 'Mengurangkan Pencemaran'. Penggunaan B10 dijangkakan dapat membantu mengurangkan tahap pelepasan yang bersamaan dengan 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun. Biodiesel juga dapat mengurangkan 350,000 kg sulfur di dalam atmosfera setiap tahun sekali gus mengurangkan kesan hujan asid. Di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dimana mereka telah berjaya menghasilkan bahan bakar biodiesel dari minyak sawit enapcemar atau Sludge Palm Oil (SPO) iaitu sejenis minyak gred rendah yang boleh dihasilkan dari pengilangan minyak sawit. Biodiesel dari sumber SPO ini adalah alternatif bahan bakar yang lebih murah berbanding dengan biodiesel berasaskan minyak sawit mentah yang digunakan sekarang untuk pasaran tempatan (diesel B10). Proses penghasilan bahan bakar dari SPO oleh UIAM itu juga dianggap sebagai proses yang mesra alam. Kalau sebelum ini, bahan bakar berasaskan SPO tidak boleh dilakukan kerana kos penghasilan yang terlalu tinggi dan tidak ekonomik namun, teknologi enzimatik hydro-esterifikasi telah berjaya dicipta untuk mengatasi masaalah kos lanjut proses penghasilannya. Ini kerana lapisan yang dihasilkan hanya ia menggunakan kaedah hidrolisis enzimatik diikuti esterifikasi SPO kepada biodiesel. Kaedah ini telah memiliki potensi tinggi untuk pengeluaran biodiesel daripada bahan makanan free fatty acid (FFA) dan meletakkan SPO pada skala selanjutnya sehingga mampu menghasilkan biodiesel dalam skala besar. Dilaporkan kos biodiesel SPO ialah RM1.20 seliter, berbanding dengan RM3.20 seliter untuk biodiesel berasaskan sumber petroleum atau CPO. Selain itu, sifat biodiesel SPO yang dihasilkan UIAM juga mempunyai penerimaan yang lebih tinggi sebagai bahan bakar berbanding dengan piawaian Eropah (EN14214) sendiri. Bila diuji penggunaannya di dalam enjin, 30 peratus biodiesel SPO yang dicampurkan dengan 70 peratus diesel mempunyai kadar prestasi yang sama dengan enjin yang menggunakan bahan bakar diesel dari 100 peratus sumber petroluem. Dilaporkan ada sebanyak 800,000 tan SPO dihasilkan setiap tahun dan 700,000 tan dari jumlah itu mampu diproses untuk menjadi bahan bakar dimana ini mungkin adalah satu lagi alternatif untuk negara mengembangkan teknologi tempatan disamping membantu menambahkan lagi penggunaan sawit di dalam pasaran global. Penulis blog kongsikan beberapa fakta 'BIODIESEL SAWIT' sebagai satu rumusan dan rujukkan. Dilaporkan biodiesel sawit adalah bio-bahan api mesra alam yang digunakan sebagai pengganti diesel petroleum yang mana ia dihasilkan daripada minyak sawit selepas proses kimia. Biodiesel adalah sumber boleh diperbaharu dan diesel petroleum pula sumber yang terhad. Jenis diesel sesetengah stesen i.e Euro 2M (nozel hitam) dan Euro 5 (nozel biru). Diesel Euro 2M dan Euro 5 masing-masing diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 10% (B10) dan 7% (B7). Dilaporkan negara Amerika Syarikat, Indonesia, Minnesota (USA), Colombia, Argentina dan Brazil telah menggunakan adunan biodiesel dengan diesel B10 dan B20 sejak awal tahun 2000. Program B7 di Malaysia sudah lama bermula pada Disember 2014 di sektor pengangkutan dimana ia dilaksanakan di sektor pengangkutan seluruh Malaysia bermula pada bulan Disember 2018. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!...
ASAS MINYAK SAWIT...DI MALAYSIA...
SESUAI DI GUNAKAN...IANYA MESRA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM ISINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1448H).
Poated from:
Room 1059,
Tasik Villa International Resort,
Port Dickson, NS.