Support My Blog

Saturday, November 21, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 7)

KOPI (Coffee) adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari pokok Kopi ( Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sebagai serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebanarnya ada tiga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dinmana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat, menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari egi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  Kahwa atau Kawa sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab/Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), Café (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong. Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan musang (civet). Dilaporkan dimana negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopo Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.


Kopi Segera atau Instant Coffee dibuat dengan menyeduh biji kopi disangrai sehingga menjadi cairan ekstrak pekat lalu ia kemudian perlu dikeringkannya menjadi serbuk (powder) atau menjadi butiran kering yang mudah larut dalam air tanpa meninggalkan hampas. Apa pun kaedah pembuatan Kopi Instan di Kilang akan melibatkan beberapa langkah pertama Proses  Penyangraian dan Penggilingan dimana biji kopi pilihan disangrai hingga mencapai tingkat kematangan tertentu untuk mengeluarkan aroma dan rasa dan ia kemudiandikisar atau digiling kasar. Kedua ada Proses Pengekstrakan dimana serbuk serbuk kopi direndam atau diseduh menggunakan air panas yang bertekanan tinggi di dalam kaedah peralatan pengekstrakkan berujuan bagi menarik seluruh intipati kopi dan zat yang terlarut kopi. Sterusnya adalah Proses Penapisan dan Pengentalan dimana cecair tersebut akan ditapisbertujuan untuk membuang iaitu seluruh hampas padat dimana ia kemudian diwapkan agar sebahagian airnya agar menjadi pekatan (concentrate) kopi yang lebih kental. Seterusnya adalah Proses Pengeringan (Spray Drying) dimana cairan pekat kopi disemburtkan dalam bentuk kabus halus ke dalam ruangan bersuhu sangat tinggi sehingga cecair tersebut akan menguap dan meninggalkan serbuk (powder) kopi halus dan di kumpulkan semuanya. Kemudian ada Proses Pengeringan Beku (Freeze Drying) dimana pekatan konsentrat kopi dibekukan pada suhu sangat rendah lalu dimasukkan ke ruang hampagas (vacuum) agar ia cepat menjadi wap yang akan menghasilkan butiran kristal kasar dengan aroma yang lebih terjaga. Akhir sekali adalah serbuk halus sering kali digumpalkan kembali menjadi butiran yang lebih besar agar lebih cepat larut dimana kemudian dikemas atau di masukkan kedalam bekas atau botol yang  kedap udara untuk mencegah kelembapan yang akan merosakkan kualiti kopi instant. Ciri khas bagi kopi instan ini dimana ia mempunyai ciri fizikal dan penyajian yang membezakannya dari kopi bubuk biasa sebab Kopi Instant Akan Larut Dengan Sempurna Tanpa Hampas iaitu semua serbuk yang tidak larut sudah dibuang semasa proses penyaringan di kilang sehingga minuman bersih dari hampas semasa di rendam dalam cawan. Kopi ini sangat sesuai dan cepat disajikan dengan hanya tuang air panas atau air sejuk tanpa memerlukan alat rendaman yang khusus maupun kertas tapisan. Kopi instant dilaporkan ia lebih tahan lama disimpan sebab kadar air yang sangat rendah membuat kopi instan jauh lebih awet dan tidak mudah tengik dibandingkan biji kopi asli atau serbuk kopi yang biasa. Dilaporkan yang kopi instant ia mempunyai aroma lebih ringan disebabkan oleh proses pemanasan dan pengeringan ia dapat menghilangkan sebagian zat volatile semulajadi yang membuatkan aromanya pada umumnya tidak sekuat kopi yang baru dikisar secara biasa.   


Industri kopi yang berkembang pesat diselruh dunia melalui banyak iklam dan kempan berjaya menjadikan minuman kopi sebagai minuman kedua di minum di dunia. Bagaimana pun cara penggunaan dan pengambilan kopi ia terbahagi kepada beberapa jenis minuman kopi (cara bancuhan atau menu khs kopi) dan jenama kopi yang popular di dalam pasaran. Pertama ada Jenis-Jenis Minuman Kopi atau Menu Kopi atau Cara Bancuhan Kopi) yang sudah popular diseluruh dunia. Pertama Jenis Kopi Espresso iaitu jenis kopi pekat asli hasil daripada tekanan tinggi air panas melalui kisaran biji kopi. Jenis 
Kopi espresso ialah sejenis pati atau ekstrak kopi pekat yang berasal dari Itali dimana ia dihasilkan dengan cara iaitu perlu mengekstrak serbuk kopi halus menggunakan air panas bertekanan tinggi. Ciri-ciri utama kopi espresso meliputi ia ada Saiz Hidangan (Shot) dengan ukuran sangat kecil atau ia biasanya hanya 30 - 60 ml (1 hingga 2 auns) dihidangkan di dalam cawan kecil yang disebut 'demitasse'. Selalunya proses pembancuhan dengan cara menggunakan air bersuhu kira-kira 90 °C yang disemburkan melalui 7 - 9 gram serbuk kopi yang dipadatkan (proses tamping) di bawah tekanan tinggi iaitu sekitar 9 - 15 bar. Penting cara membuatnya menjaga masa Proses Ekstraksi sebab ia di lakukan dengan sangat pantas iaitu mengambil masa sekitar 25 - 30 saat sahaja dari mula mesin beroperasi sehingga selesai. Ada juga di buat 'Lapisan Krim' iaitu ia di buat dengan mempunyai lapisan buih keemasan atau perang kemerahan di bahagian atas yang disebut crema (hasil daripada emulsi minyak, protein dan gula kopi). Peminat Jenis Kopi Expresso dimana ia mempunyai rasa yang pekat, kuat, pahit-manis yang kompleks serta tekstur cecair yang lebih likat berbanding kopi seduhan biasa. Apa pun Kopi Espresso sering dijadikan bahan asas atau shot untuk pelbagai jenis minuman kopi popular lain seperti cappuccino, caffè latte, Americano dan macchiato.
  

Minuman Kopi Americano adalah bancuhan bagaimana Kopi Espresso dicampur dengan air panas (atau ais) dimana ia menghasilkan rasa yang lebih ringan. 
Kopi Americano adalah minuman kopi berasaskan espresso yang dicairkan dengan penambahan air panas (atau air sejuk dan ais untuk Iced Americano) tanpa sebarang campuran susu atau gula. Dari segi sejarah dilaporkan yang ia dicipta semasa Perang Dunia II oleh tentera Amerika Syarikat di Itali yang tidak biasa dengan kekuatan rasa espresso pekat Itali, lalu mereka menambah air panas supaya ia lebih ringan seperti kopi tapis (drip coffee). Ia juga berbeza dengan Kopi Hitam Biasa dimana jenis kopi hitam biasa dibuat secara seduhan (tubruk atau drip) manakala Kopi Americano menggunakan asas espresso yang memberikan aroma lebih tajam dan rasa yang lebih bersih. Cirinya dimana jenis Kopi Americano ia tanpa susu atau tanpa gula dan ia tulen dan hitam (pekat atau sederhana cair mengikut nisbah air). Mempunyai kekuatan rasa yang lebih lembut dan ringan berbanding espresso asal akan tetapi lebih kuat dan beraroma daripada kopi bergula, latte atau cappuccino kerana tiada kandungan susu. Ia dibuat ada yang bercrema dimana ia mempunyai lapisan buih halus keemasan (crema) di bahagian atas jika disediakan dengan betul. Kehebatan dan kelebihan Kopi Americano adalaj ia rendah kKalori yang sangat sesuai untuk yang sedang menjaga diet atau mengawal pengambilan kalori dan gula kerana ia hampir sifar kalori (jika diminum kosong). Kopi ini juga mampu meningkatkan fokus dan juga tingkatkan tenaga sebab ada kandungan kafein daripada espresso membantu mengecas tenaga dan meningkatkan konsentrasi sepanjang hari. Kopi ini memang cepat dan ringkas cara penyediaannya tanpa memerlukan bahan lain sebagai tambahan yang merumitkan. Cara membuat Kopi Americano dengan sediakan bahan Kopi Espresso iaitu 1 hingga 2 shot espresso (singel atau double) di tuang air panas pada suhu sekitar 90°C - 96°C (dengan nisbah 1 bahagian espresso kepada 2 hingga 4 bahagian air panas, mengikut citarasa).

 
Penulis blog suka minum Jenis Kopi Latte (
Café Latte) yang diediakan iaitu kopi Espresso dicampur dengan susu kukus yang banyak dan sedikit buih susu di atasnya. Istilah Kopi latte (singkatan daripada caffè latte dari bahasa Itali yang bermaksud iaitu kopi dan susu ialah minuman kopi popular yang berjaya ia menggabungkan rasa pekat espresso dengan kelembutan susu panas. Jenis ini ia lazimnya mengandungi nisbah 1/3 espresso (atau kopi pekat) dan 2/3 susu yang dipanaskan (steamed milk) yang ditambah dengan lapisan nipis buih susu (milk foam) di bahagian atas. Apa pun perbezaan dengan Cappuccino sebab cappuccino mempunyai lapisan buih susu yang tebal dan gebu, manakala latte mempunyai buih yang sangat nipis, menjadikan rasanya lebih milky, berkrim dan smooth tanpa rasa pahit kopi yang terlalu mencengkam. Ciri khas Kopi Latte dimana ia mempunyai rasa yang Lembut (Mild & Creamy) yang didominasi susu segar menyeimbangkan kepahitan kopi amat sesuai untuk pemula atau mereka yang tidak gemar kopi hitam pekat. Ada lapisan nipis buih dan ada seni Latte (Latte Art) pada bahagian atasnya dihiasi buih susu nipis yang sering dilukis dengan corak cantik oleh para barista (seperti bentuk hati atau daun). Uniknya memang ada kepelbagaian rasa dimana ia boleh dinikmati secara panas atau sejuk (iced latte) serta ditambah pelbagai perisa seperti vanila, karamel atau hazelnut. Bagi penulis blog kehebatan kopi latte adalah fakta Keseimbangan Sempurna sebab ia memberi tenaga daripada kafein espresso akan tetapi ia tetap mesra perut serta tidak terlalu keras untuk diminum setiap hari. Ia juga memang fleksibel untuk dibuat di rumah: Anda tidak semestinya perlukan mesin espresso mahal dimana sesiapa boleh hasilkan menggunakan kopi instan berkualiti tinggi, serbuk kopi biasa, atau alat penggelek susu (frother). Penulis blog kongsikan cara membuat Kopi Latte yang mudah di rumah dengan sediakan bahan-bahan 3 sudu kecil kopi instan (contoh: Nescafe Gold atau Moccona), 40 ml air panas, 200 ml susu segar (seperti Farm Fresh), sedikit gula atau sirap perisa (mengikut citarasa) dan alat penggelek susu (milk frother). Cara buat dengan membancuh kopi dan dilarutkan serbuk kopi bersama air panas di dalam cawan. Jika suka manis boleh dimasukkan gula pada tahap ini dan kacau hingga sebati. Panaskan susu segar (boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro microwave selama kira-kira 1 minit 30 saat atau di atas dapur) dan dengan menggunakan frother untuk mengocok susu sehingga menghasilkan buih halus. Ia gunakan nisbah seimbang antara 1/3 espresso, 1/3 susu panas, dan 1/3 buih susu tebal.


Penulis blog agak suka juga minum Jenis Kopi Mocha iaitu kopi gabungan espresso, susu panas dan coklat (pilihan popular bagi yang suka rasa manis) walau pun suka sesekali ujirasa. Apa pun jenis 
Kopi Mocha (Caffè Mocha) ialah sejenis minuman kopi yang dihasilkan melalui gabungan espresso, susu segar yang dipanaskan (steamed milk), dan coklat (sama ada dalam bentuk serbuk koko, sirap coklat, atau chocolate ganache). Ia merupakan variasi daripada caffè latte, tetapi ditambah dengan rasa coklat yang kaya. Ciri Kopi Mocha sebagai minuman gabungan rasa antara kopi dengan coklat ia mempunyai keseimbangan antara kepahitan dan keasidan (acidity) espresso dengan rasa manis dan lemak berkrim daripada coklat serta susu. Susu yang di-steam dengan baik memberikan tekstur yang tebal, lemak dan meninggalkan aftertaste coklat yang lama di tekak. Apa pun ia memang boleh Dihidangkan Panas atau Sejuk dan sesuai diminum panas dengan taburan serbuk koko atau krim putar (whipped cream) ataupun diisi dengan ketulan ais sebagai iced mocha. Ada dakwa ia adalah 'The Best of Both Worlds' dan menjadi pilihan tepat untuk mereka yang menyukai tenaga daripada kafein (caffeine kick) tetapi dalam masa yang sama menginginkan keselesaan rasa manis dan aroma coklat. Ia hebat sebab ia adalah jenis minuman Penghilang Stres (Comfort Drink) dengan ada gabungan kafein dan coklat dikatakan dapat membantu meningkatkan mood serta memberi tenaga tambahan dengan lebih lembut berbanding espresso kosong. Ia jenis minuman yang 'Fleksibel' dan ia mudah diubah suai mengikut citarasa dan ia boleh juga bagi menggunakan coklat premium cair, serbuk koko tanpa gula, atau ditambah krim putar di atasnya. Cara membuat Kopi Mocha dirumah sediakan bahan-bahan iaitu 1 shot espresso (atau 1-2 sudu besar kopi pekat atau kopi segera berkualiti tinggi), 2 sudu besar serbuk koko atau sirap coklat, 1 sudu kecil gula (ikut citarasa), 1 cawan susu segar dan krim putar atau taburan serbuk koko (pilihan untuk hiasan). Cara membuatnya dengan menyediakan iaitu membancuh 1 shot espresso atau larutkan kopi pekat dengan sedikit air panas. Sediakan coklat didalam cawan atau mangkuk kecil dengan campurkan serbuk koko (atau sirap coklat) bersama sedikit gula, kemudian kacau sebati. Panaskan susu segar di atas dapur dengan api perlahan sehingga suam (jangan sampai mendidih), atau buihkan sedikit jika ada alatan buih susu. Perlu di gabung dengan menuangkan bancuhan espresso ke dalam campuran coklat, kacau rata, kemudian masukkan susu panas tadi. Boleh di hias dengan meletakkan whipped cream di atasnya jika suka, dan nikmati ketika ia masih suam atau tuang atas ais jika mahukan versi sejuk. 
Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...