Support My Blog

Monday, November 9, 2026

ROTAN DAN FAKTA PENTING (PART 1)

ROTAN (Rattan)
adalah sejenis tumbuhan dari pokok palma memanjat (daripada keluarga Arecaceae dalam subkeluarga 'Calamoideae' yang banyak terdapat di hutan-hutan tropika terutamanya di Asia Tenggara. Bagi penulis blog dimana walaupun ia sering disebut sebagai 'Kayu Rotan' atau 'Batang Rotan' sebenarnya bukan kayu pokok biasa akan tetapi ia adalah sejenis 'liana' atau batang tumbuhan yang memanjat pokok lain menggunakan duri-durinya yang panjang. Maksud perkataan 'liana' adalah jenis t
umbuhan 'Merambat Berkayu' atau sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai akarnya  di tanah dan menggunakan batang atau dahan pokok lain untuk naik ke kanopi hutan demi cuba mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan rotan tergolong dalam keluarga palma (Arecaceae) dan suku Calamoideae atau Calameae dan ia juga dikenali dari genus utama  Calamus,  Daemonorops dan Korthalsia yang unik. Dalam pada itu kalangan masyarakat ada yang lebih kenal dengan 'Buah Rotan tertentu' dimana ia dikenali sebagai 'Buah Manau' di Kalimantan atau 'Jernang' bagi spesies tertentu pula dilaporka ada jenis yang unik sebab ia menghasilkan 'resin berdarah naga' atau 'Dragon's blood'. Apa pun di Sabah buahnya ini ia kadang-kala dipanggil 'Asam rotan'. Bagaimana pun ada dijual di pasaran akan sejenis produk menyerupai 'kayu rotan' yang di perbuat dari plastik atau dari PE rotan (resin wicker) dijadikan sebagai rotan turian untuk pelbagai kegunaan. Apa pun istilah 'Merotan' ia adalah perbuatan memukul menggunakan kayu rotan (rattan stick' atau dalam bahasa Inggeris sesebut 'Canning'. Ciri-ciri penting bati rotan dimana ia jenis tumbuhanyang berbatang panjang dan seragam apabila dewasa dan matang. Batangnya boleh mencapai kepanjangan ratusan kaki dengan ketebalan yang hampir sama di sepanjang batang dimana teksturnya adalah jenis kayu yang liat dan kuat. Ia memang berbeza dengan kayu biasa yang mudah patah dimana batang rotan sangat bersifat anjal, mudah dilentur apabila dipanaskan akan tetapi sangat kukuh. Melihat cara pertumbuhannya dimana ia jenis tumbuhan berperdu dan pokoknya mempunyai duri tajam pada daun dan batangnya untuk berpaut semasa memanjat ke atas silara pokok. Apa pun kegunaan utama rotan adalah untuk Industri Pembuatan Perabot yang premium harganya dimana selalu di jual dalam bentuk kerusi, meja, katil dan sofa kerana sifatnya yang tahan lasak dan estetik. Rotan juga sangat baik jika di jadikan barang anyaman atau produk kraftangan dimana ia akan disusun, dibelat, dianyam atau dihiris halus untuk menghasilkan bakul, nyiru, tikar, tambok dan banyak produk anyaman lain. Sejak dulu rotan yang besar akan di potong dijadikan Tongkat dan senjata tradisional walau pun kini sudah kurang popular. Menarik tinjau akan harga rotan di Malaysia dimana ia sangat berbeza mengikut jenis produk siap atau rotan segar sebagai bahan mentah, rotan untuk tujuan mendenda atau untuk menyebat atau jenis perabot rotan dan barangan kraf. Rotan Mentah yang belum diproses biasanya dijual mengikut gundal atau ikat dimana bagi Jenis Rotan Manau (Natural) dijual sekitar RM42 - RM46 seikat dan bagi Jenis Rotan Sega (Natural) dijual sekitar RM90.25 seikat. Ada lagi Jenis Rotan Ikat Tanpa Kulit yang di jual sekitar harga iaitu RM95 seikat sementara bagi Jenis Rotan Ikat Berkulit ia akan dijual sekitar RM99 - RM200 seikat. Di Malaysia masih boleh jumpa Jenis Rotan Sebat diman abagi jenis rotan sebat jenis Halus Biasa (Satu batang) ia dijual sekitar RM5.50 - RM8.50 seunit semtara bagi Rotan Sebat Manau (Rattan Stick ukuran 30-34mm) ia dijual sekitar RM16 seunit. Bila di jadikan produk kraftangan seperti Dulang Tampi Rotan (bentuk tigasegi saiz sederhana ia dijual sekitar RM18 - RM25 satu unit sementara bagi Bakul Rotan dijual dari RM20 - RM50 satu unit. Apa pun produk perabut rotan ia dijual bergantung kepada jenis dan kualiri daripada semurah RM300 kepada puluhan ribu ringgit. Artikel ditulis pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting bagi rotan untuk bahan rujukkan semua.


Menarik fakta akan pengeluaran kayu rotan global dimana negara Indonesia menguasai pasaran dunia dengan mampu untuk mereka membekalkan sekitar 80 - 85% daripada jumlah keseluruhan bahan baku atau rotan mentah dunia. Merujuk data dimana anggaran pengeluaran rotan mentah dari rantau pengeluar utama iaitu Indonesia menghasilkan sekitar 690,000 tan rotan mentah setahun dimana majoriti bekalan ini datang daripada hasil hutan tropika liar di Pulau Sulawesi (51.8%), Kalimantan (27.7%) dan Sumatera (15.3%). Antara penyebb dan k
ehebatan pengeluaran rotan Indonesia ini ia disokong oleh kekayaan khazanah hutan tropika alam semula jadinya dan ada beberapa faktor utama mengapa pengeluaran rotan Indonesia di peringkat global. Indonesia mempunyai kepelbagaian spesies rotan yang sangat tinggi dimana hasil kajian daripada kira-kira 13 genus rotan yang wujud di dunia ada sebanyak 8 genus (merangkumi lebih 300 jenis rotan) tumbuh subur di Indonesia. Beberapa jenis yang paling popular untuk pasaran komersial termasuk Jeni Rotan Manau, Rotan Sega, dan Rotan Tohiti. Kawasan pengeluaran bahan mentah rotan di Indonesia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu di Kawasan Huluan (Pembekal Bahan Mentah) dimana sekitar 90% rotan diperoleh terus daripada hutan semula jadi di Pulau Kalimantan, Sulawesi, Sumatera dan Papua. Antara daerah pengeluar terbesar ialah seperti di Katingan (Kalimantan Tengah), di Palu (Sulawesi Tengah) dan di Aceh (SUmatera Utara). Kemudian di Indonesia ada Jenis  Kawasan Hilir (Pusat Pembuatan) tertumpu di Cirebon di Pulau Jawa amat terkenal sebagai hab pembuatan kraftangan dan perabot rotan terbesar yang mengeksport produk siap ke serata dunia. Nilai eksport produk rotan Indonesia ia di lakukan sama ada dalam bentuk perabot mahupun barang kraf anyaman dimana ia sangat diminati di pasaran antarabangsa. Destinasi utama eksport produk rotan Indonesia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Perancis. Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana sifatnya yang kukuh, fleksibel serta mesra alam (produk hijau). Dari segi nilai perdagangan antarabangsa untuk produk siap (seperti perabot dan kraftangan) dimana Indonesia memegang syer eksport terbesar dunia sebanyak 42.2% dengan nilai mencecah lebih USD 158 juta. Baki sekitar 15 - 20% bekalan rotan dunia dikongsi dan diproses oleh negara-negara seperti Filipina, Malaysia, China dan Vietnam. China dan Vietnam merupakan antara hub utama dalam memproses bahan mentah menjadi perabot estetik bernilai tinggi untuk pasaran global. Hampir keseluruhan rantaian bekalan rotan semula jadi global amat bergantung kepada hasil hutan di rantau Asia Tenggara.  
 

Bagi penulis blog mendapati b
erdasarkan data banci pertanian dan perhutanan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dilaporkan yang nilai jualan bagi komoditi buluh dan rotan di Malaysia ia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM8.70 juta. Dari segi jumlah dan landskap pengeluaran dimana Malaysia dianggarkan mempunyai kepadatan sekitar 115 rumpun rotan dan 520 batang rotan bagi setiap hektar kawasan hutan terpelihara (seperti kajian direkodkan di Taman Negara Pahang). Kajian mendapati jika secara keseluruhan terdapat sekitar 600 spesies rotan yang ujud di Malaysia dengan 106 spesies di Semenanjung Malaysia (di mana sekitar 20 spesies dikenal pasti mempunyai nilai pasaran komersial yang tinggi seperti Rotan Manan dan Rotan Sega). DIlaporkan dimana nilai Produk Hiliran (Anyaman dan Kraftangan) yang ada di peringkat pasaran mikro dan tempatan dimana jenis produk anyaman rotan siap (seperti bakul tradisional) dijual pada harga antara RM20 - RM130 seunit bergantung kepada saiz dimana ia mampu menjana pendapatan bulanan melebihi RM1,000 bagi pengusaha kecil. Dalam pada itu di pasaran rotan dunia kini sedang mengalami lonjakan besar (Rattan Renaissance) iaitu dengan nilai pasaran produk berasaskan rotan dinilai mencecah USD 1.25 - USD 3.8 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kadar pertumbuhan (CAGR) sekitar 6% hingga 10%. Apa pun faktanya pertumbuhan pesat pasaran rotan global didorong oleh beberapa trend utama seperti Ujud Trend Kelestarian (Eco-Friendly and Sustainable) dimana kalangan pengguna global, terutamanya di Eropah dan Amerika Utara mereka kini sangat mementingkan alam sekitar. Rotan menjadi pilihan utama berbanding kayu balak tradisional kerana ia merupakan bahan semula jadi yang cepat tumbuh (biodegradable) dan mempunyai jejak karbon yang rendah. Sektor hospitaliti seperti hotel, resort eko, dan kafe butik kini giat menukar perabot mereka kepada rotan bagi menonjolkan imej 'hijau'. Berlau faktur Evolusi Reka Bentuk produk rotan yang lebih moden dan lebih skulptural (Sculptural Rattan) dan ia tidak lagi terhad kepada gaya kampung atau gaya tradisional. Reka bentuk yang mendominasi pasaran kini adalah seperti 'Bentuk Melengkung dan Organik' dimana bagi jenis kerusi rotan dengan sandaran bulat dan kabinet ber-ark (arched) bagi melembutkan ruang dalaman. Faktur 'Reka Bentuk Geometrik Moden Baru' dengan ada konsol atau almari bergaris lurus dengan panel anyaman rotan yang kemas. Padanan anyaman rotan dengan bingkai besi hitam atau kayu padu untuk memberikan imej mewah, minimalis, dan kontemporari. Dalam pada itu selain perabot, rotan telah menembusi pasaran fesyen mewah dan hiasan rumah (home decor) bertaraf antarabangsa. Produk seperti beg tangan rotan bermotifkan etnik, kasut bergaya, lampu gantung (pendant lights) minimalis, cermin, dan bakul storan estetik mendapat permintaan luar biasa. Ada isu seperti Isu Persaingan Rotan Asli vs. Rotan Sintetik apabila terdapat persaingan sengit antara kedua-dua bahan ini di peringkat global. Bagaimana pun jenis rotan Asli ia masih kekal premium, sangat diminati oleh pengumpul kraf dan pasaran atasan kerana keaslian estetika dan nilai budayanya. Bagi jenis Rotan Sintetik iaitu sama ada di buat dari Bahan Polimer atau Plastik) waau pun sudah menjadi trend yang sangat popular bagi perabot luar rumah (outdoor patio furniture) kerana ia kalis cuaca, tahan lasak dan mempunyai kepelbagaian warna hebat yang lebih fleksibel tetapi ia perlukan sistem pasaran agressif. Dominasi Asia Tenggara sebagai pembekal utama terutamanya daripada Indonesia (yang menguasai hampir 80% bekalan dunia) bersama negara Vietnam dan Malaysia kekal menjadi lubuk utama pasaran. Komuniti pedalaman dan ahli penggiat kraf tempatan di rantau ini kini memanfaatkan platform digital untuk mengeksport kraf anyaman tangan yang mempunyai nilai seni yang rumit terus ke pasaran global.  


Perlu di kongsikan fakta dimana ada beberapa jenis rotan yang paling popular dan bernilai tinggi di dunia (terutamanya di Asia Tenggara dan pasaran perabot antarabangsa). Jenis pertama ada Jenis 
Rotan Manau (Calamus manan)
Dianggap sebagai spesies rotan komersial paling bernilai dan berkualiti tinggi di Malaysia serta rantau ini sebab batangnya besar, panjang, tebal dan sangat anjal, menjadikannya pilihan utama untuk rangka perabot berat. Rotan Manau ia merupakan spesies rotan berdiameter besar yang paling bernilai serta popular dalam industri perabot dan hasil hutan di Malaysia. Ia dilaporkan boleh mencapai ratusan meter atau melebihi 100 meter), beruas panjang, tidak berongga, serta mempunyai keanjalan dan kekuatan yang tinggi. Batangnya dilindungi dengan duri yang panjang, keras dan tajam sebagai alat pertahanan diri daripada haiwan dan ia bersifat memanjat pokok sokongan lain di dalam hutan tanah rendah yang lembap dan mempunyai naungan sederhana. Ia akan juga mengeluarkan buah yang bersisik hampir serupa dengan buah salak dengan mengandungi biji tunggal dan berasa kelat. APa pun kegunaan Rotan Manau ia dijadikan bahan 'Rangka Perabot' sebab ia sangat ideal dan dijadikan bahan utama sebagai rangka atau struktur perabot seperti kerusi, meja, sofa dan katil kerana keteguhan serta ketahanannya. Dalam industri kraftangan dan anyaman ia digunakan dalam pelbagai produk pertukangan dan anyaman berkualiti tinggi. Jenis kedua adalah Jenis Rotan Sega (Calamus caesius) dimana ia sangat popular untuk kerja-kerja anyaman halus, tikar, dan perabot ringan. Walaupun batangnya lebih kecil berbanding Manau, ia mempunyai kekuatan dan ketahanan yang sangat baik. Rotan sega adalah sejenis tumbuhan rotan berkualiti tinggi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di rantau Asia Tenggara. Cirinya batangnya berukuran kecil hingga sederhana dengan diameter kira-kira 8 - 18 mm dan batangnya tumbuh secara berumpun (boleh mencecah sehingga 100 batang setiap rumpun) dan mampu memanjat panjang melebihi 50 hingga 100 meter. Pada permukaan dan dimana kulit batangnya licin, berkilat dan mempunyai warna semula jadi keemasan atau kuning telur setelah diproses dan dikeringkan. Ia mempunyai lapisan silika semula jadi yang memberikan kilauan menarik. diman ajenis ini ia sangat fleksibel, elastik dan mudah dilentur tanpa mudah patah atau pecah dengan teksturnya seragam, kuat, dan tahan lama. Bagi penulis blog mendapati dimana antara kegunaan Rotan Sega sebagai 'Produk Anyaman Halus' sebabai pilihan utama untuk menghasilkan kraftangan yang memerlukan kehalusan seni seperti tikar (lampit), tudung saji, bakul dan bekas dalam cara penyimpanan makanan. Ia sangat popular untuk pasaran luar negara (seperti tikar tatami di Jepun) kerana permukaan batangnya yang licin dan berkilat. Bagi industri perabot dan ia digunakan untuk membuat kerangka perabot ringan atau sebagai tali pengikat (pembelit) sendi atau sambungan pada perabot rotan yang lebih besar (seperti kerusi atau meja). Ia dijadikan pruduk tali-temali dan binaan diman digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tali pengikat struktur tradisional, pembinaan rumah, atau menjahit atap. Ia menjadi 'Alat Permainan Tradisional' seperti dalam jadi barangan sukan atau permainan tradisional seperti bola sepak raga. 


Seterusnya ketiga ada Jenis Rotan Tohiti (Calamus infuscatus) dimana ia sangat terkenal dalam industri pembuatan perabot kerana batangnya yang lurus, bersih, dan mudah dibentuk. Banyak dihasilkan dan dieksport dari Indonesia. Rotan tohiti sejenis pokok rotan berkualiti tinggi yang berasal dan banyak terdapat di kawasan hutan tropika, terutamanya di Sulawesi (Indonesia) serta beberapa wilayah sekitar. Ciri-ciri Rotan Tohiti ia hidup secara soliter (tunggal atau tidak berumpun) dan ia  tumbuh menegak ke atas lalu memanjat pokok-pokok di sekelilingnya  Batangya ia mepunyai warna hijau tua, licin, berdiameter sederhana hingga besar, dan saiz batangnya cenderung membesar dari bahagian pangkal ke hujung. Batangnya bersifat liat, keras (tahan lasak), alot dan mempunyai kualiti struktur yang sangat kukuh. Ciri khasnya dimana jika batangnya dilenturkan terlalu ekstrem maka kulit batangnya boleh pecah dan meninggalkan bekas.  Daun dan sulurnya merupakan helaian daunnya menyirip dengan tulang daun yang mempunyai duri halus; di hujung tangkai daun terdapat sulur panjat bercangap (cakar) yang kukuh untuk memanjat. Kegunaan Rotan Tohiti perlu dalam industri Mebel atau Perabot dimana ia sangat dihargai sebagai bahan utama pembuatan perabot berkualiti tinggi (seperti kerusi, meja, dan rangka katil) kerana kekuatan struktur dan ketahanannya. Ia juga digunakan untuk dapat menghasilkan pelbagai jenis kraftangan, bakul, anyaman tikar serta perkakas rumah. Ia juga merupakan salah satu jenis rotan bernilai komersial tinggi dan menjadi bahan eksport penting.   Ada juga di sesetengah kawasan (seperti kalangan masyarakat Tolaki di Sulawesi) dimana batangnya turut digunakan dalam upacara perkahwinan tradisional. Paling sering di dengara adlah Jenis  Rotan Semambu (Calamus scipionum) yang terkenal di peringkat global kerana diameternya yang konsisten dan kukuh, sering digunakan untuk membuat tongkat, tangkai payung, serta komponen perabot klasik. Ia merupakan salah satu spesies rotan komersial yang sangat popular dan bernilai tinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan ini hidup merumpun dan memanjat di kawasan hutan pamah sekunder serta kawasan limpahan air sungai. Ciri-ciri bagi Jenis Rotan Semambu ia berbatang besar dan tegap dan ada mempunyai diameter batang yang tebal sekitar 25 - 35 mm dan ruasnya juga panjang dimana sebagai ciri paling ketara bagi spesies ini ialah jarak antara buku atau ruas batangnya (internodes) yang sangat panjang. Sifat bahannya terkenal dengan sifat memang liat, kuat, tegap, namun kekal fleksibel apabila dipanaskan. Pada bahagian pelepah daunnya mempunyai duri-duri hitam yang rata bagi membantunya memanjat pokok lain. LAzimnya dimana kegunaan Rotan Semambu paling popular adalah dalam 'Pembuatan Tongkat' sebab ruasnya yang panjang dan lurus, ia merupakan bahan paling premium dan popular untuk dijadikan tongkat berjalan atau payung. Menjadi kerangka kepada perabot sebab batangnya yang tebal digunakan sebagai rangka utama perabot berat seperti kerusi malas, meja, dan sofa sebelum dianyam dengan rotan yang lebih kecil. Ia dijadikan alat mempertahankan diri sebab sifatnya yang liat dan tidak mudah patah menjadikannya pilihan untuk membuat pemukul tradisional atau kelengkapan seni bela diri. Ada kisah tradisional dan mMistik Dalam budaya lama Melayu, variasi tertentu seperti Rotan Semambu Merah sangat dicari sebagai pendinding diri, penghalau haiwan berbisa, dan pelindung gangguan halus. Dalam cara perubatan Tradisional dimana ada cecair atau sap daripada batangnya kadangkala diambil dan diminum secara tradisional untuk merawat demam.


Akhir sekali ada Jenis Rotan Seni (Calamus javensis) iaitu ia merupakan jenis rotan berdiameter kecil yang sering digunakan untuk kerja-kerja kraf tangan yang memerlukan lilitan dan anyaman rumit. DIlaporkan dimana seni kraf rotan merupakan satu seni warisan kraf rakyat yang melibatkan proses menjaring, melentur, atau menjalinkan jaluran rotan menggunakan teknik menyelang-nyeli. Menarik bila ciri-ciri Rotan Seni ia ada jenis rotan yang fleksibel dan Mudah Dilentur dimana ia bersifat lentur, boleh dibentuk, diraut halus, atau dianyam tanpa mudah patah. Ia mempunyai ciri kekuatan dan ketahanan dimana batang dan jaluran rotan mempunyai ketahanan yang tinggi serta jangka simpan yang lama. Ia juga dilaporkan ada ciri kehalusan Seni dan Motif dimana ia mempunyai nilai seni estetik yang tinggi dengan pelbagai corak atau tujuan motif tradisional (seperti kelarai) yang selalunya akan diinspirasikan daripada unsur alam flora dan fauna. Apa pun jenis rotan ini ia ringan tetapi Kuku dimana pada struktur materialnya ringan namun kukuh apabila dianyam atau dijadikan rangka perabot. Kegunaan Rotan Seni adalah sebagai jadi barangan Kegunaan Harian dan barangan Rumah seperti di jadikan bakul, tudung saji, piring rotan dan nyiru. Ada yang di jadikan perabot dan hiasan dalaman dimana ia digunakan untuk membuat kerusi, meja dan bingkai cermin. Ia popular dijadikan sebagai 'Tali Pengikat' dimana bila rotan ini diraut halus boleh dijadikan tali pengikat yang kuat. Dalam industri seni di laporkan ia menghasilkan sebagai cenderahati, beg tangan moden, dan seni arca atau kraf tangan bernilai tinggi yang dipromosikan melalui Kraftangan Malaysia. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...
KAYU ROTAN ...IA TUMBUH DI MALAYSIA...
ROTAN MATANG...KUAT DAN BERHARGA...
BANYAK DIGUNA...JADI PERABUT DIA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...