Support My Blog

Tuesday, January 31, 2017

BUAH MANGGIS - APA KHASIATNYA?

BUAH MANGGIS (Garcinia mangostana Linn) dan Buah MESTA merupakan jenis buah tropika yang termasuk didalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenal dengan sebutan 'Queen fruit' atau ratu buah dimana penulis dan pembaca pun telah faham bahawa yang menjadi raja buah adalah Durian (Durio zibethinus Linn). Sementara itu kini buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) pula semakin terkenal dengan sebutan 'jack fruit' akan menyebabkan 'angin' apabia memakan terlalu banyak. Buah Manggis sering mendapat pasaran yang baik diluar negara. Manggis tergulung dalam kategori buah-buahan bermusim dimana ia berbunga pada bulan Febuari dan mula matang dari bulan Jun dimana kemuncak penghasilan manggis di Malaysia sekitar bulan Jun hingga bulan Ogos. Empat negeri utama dimana manggis ditanam di Malaysia adalah di Kelantan (1,024 ha), Kedah (730 ha), Johor (788 ha) dan Perak (615 ha) daripada seluas 7,400 hektar pada tahun 2015. Bagaimana pun Pahang mempunyai tanaman Mesta yang luas berbanding dengan negeri lain. Lazimnya tanaman pokok manggis dijalankan sebagai tanaman bercampur dalam dusun bersama dengan tanaman lain seperti durian, duku, rambutan dikawasan dusun atau keliling rumah. Produktiviti pengeluaran buah manggis di Malaysia adalah pada tahap sederhana iaitu purata 7.2 metrik tan sehektar. Satu kajian daripada MARDI (2009) menunjukkan kadar produktiviti manggis paling tinggi direkodkan di Melaka (15 mt/ha) diikuti dengan di Kelantan (10.44 mt/ha) dan Negeri Sembilan (8.5 mt/ha). Jabatan Pertanian memberi kerjasama dalam aktiviti kajian yang dilakukan oleh pakar agronomist dan ekonomi ini bagi tujuan pengeluaran manggis secara komersil. Pelbagai faktur juga telah dikaitkan dengan kadar produktiviti ini yang diantaranya faktur amalan agronomi, serangan perosak, kedudukan pokok manggis dan juga varieti yang ditanam. Rencana pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kehebatan dan khasiat manggis dan mesta untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.

Buah manggis memiki isi daging berwarna putih dengan tekstur sedikit berserat namun ia adalah agak rangup. Rasanya sangat manis bila cukup masak dan ia menyegarkan disebabkan ia memang mengandungi banyak air (Sila lihat foto Mesta disebelah). Namun siapa sangka pada buah manggis dan mesta terdapat satu lagi bahagian yang mana ia paling bermanfaat  iaitu terdapat pada kulit buahnya. Didapati kelakangan ini kulit buah manggis menjadi begitu popular disebabkan berdasarkan kajian saintis ia memiliki manfaat yang begitu besar untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Kajian mendapati kulit buah Manggis
mengandung bahan yang dikenali sebagai Xanthone. Ia didapati merupakan komponen aktif utama dari buah manggis disebut sebagai 'xanthones' iaitu adalah sejenis unsur Polifenol yang baru ditemui saintis yang secara biologinya aktif dan secara strukturnya sama seperti bahan Bioflavanoids. Unsur ini jarang terdapat dalam keadaan semulajadi dan didapati paling banyak ditemui hanya dalam dua keluarga tanaman seperti Clusiaceae. Terdapat sebanyak 200 jenis bahan xhantones semulajadi yang sejauh ini telah diikenalpasti saintis. Bagaimana pun sekitar 40 jenis sahaja yang terdapat dalam buah manggis dan mesta. Bahan Xanthone dan bahan yang serupa dengannya telah terbukti memiliki beberapa manfaat. Ini termasuk anti-inflamasi dan anti-alergi. Ada juga komponen lain dari buah manggis yang memiliki kualiti sebagai bahan ubat termasuk komponen seperti Polisacaride, Sterol, Proanthocyanidins dan Catechin dimana bahan ini selalunya diserap untuk menjaga kesihatan fungsi tubuh.



Buah manggis yag mempunyai kulit tebal dan isi berwarna putih yang manis merupakan jenis buah yang rendah kalori. Selain dari buah ini memiliki rasa yang lazat didakwa buah manggis mempunyai jumlah kaloori yang RENDAH. Buah ini disyorkan untuk dimakan pada mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Dilaporkan bahawa terdapat 63 kalori setiap 100 gram buah manggis. Penulis amat suka memetik dan memakan buah manggis dan mesta segar dikebun (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga didapati tidak mengandung lemak tepu dan kolesterol. Jika makan buah manggis juga dapat mencukupi keperluan untuk serat tubuh sebanyak 13% bagi setiap100 gram isi buah manggis. Manggis memang kaya dengan Vitamin C. Buah manggis dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh kita sekitar 12% bagi setiap 100 gram isi buah manggis. Kini kandungan vitamin C dalam buah manggis merupakan vitamin larut air yang bertindak aktif sebagai antioksidan. Ini membolehkan ianya membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti demam, flu, infeksi sehingga masaalah kanser. Selain vitamin C, buah manggis dan mesta kaya dengan Vitamin B Kompleks. Buah manggis juga mengandung vitamin B kompleks seperti thiamin, niacin, dan folate dimana ia bertindak sebagai 'co-factor' dalam memetabolisma karbohidrat, protein dan lemak. Pada penulis yang suka makan buah manggis memang akan rasa sihat dan memudahkan pencernaan.


Apa yang penulis dapat ilmu daripada beberapa pakar diet adalah bagaimana cara Membuat Jus Kulit Manggis. Ini kerana semasa makan buah manggis, kulit buah lazimnya akan dibuang begitu sahaja. Kini kulit manggis yang dimakan dikumpulkan dalam satu bekas untuk tujuan dijadikan jus yang berkhasiat untuk diminum. Penulis mulakan aktiviti ini semasa makan buah mesta di ladang Tn Hj Shuib d Maran yang menghasilkan banyak buah mesta baru-baru ini. Jika anda hendak membaca artikel berkaitan buah mesta boleh baca disini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kulit manggis tersebut dilaporkan mengandungi bahan berkhasiat yang berguna untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kita sebenarnya boleh memanfaatkannya dengan mengolah kulit buah manggis menjadi minuman yang diminum secara rutin. Minuman pati kulit buah manggis mungkin agak pelik bagi mereka yang kali pertama mencubanya. Bagaimana pun terdapat bahan berkhasiat yang dikenali sebagai Xanthone dijadikan sirap yang kita boleh membuatnya sendiri di rumah. Cara untuk membuat jus kulit manggis mudah sahaja iaitu dengan mencuci bersih kulit 2 biji buah manggis segar dan ianya kemudian direbus dalam 4 gelas air. Masak hingga tinggal 2 gelas saja air yang tinggal (50%) dan kemudian ia disejukkan. Sebaiknya ia diminum secara rutin 2-3 kali sehari. Kalau hendak dapatkan rasa lebih enak boleh ditambah madu lebah yang asli dimana ia menyedapkan rasa asli yang dikehendakki. 


Kulit Buah Manggis yang diproses sehingga menjadi jus minuman kini telah ada syarikat swasta yang telah mengkomersilkan. Penulis pernah membeli kordial kulit manggis di Kedah dan diminum semasa Pameran Pesta HPPNK tidak lama dahulu. Ianya telah disesuaikan dengan manisan menyebabkan rasa jus yang dibuat dari kulit manggis ini memang enak diminum. Dalam beberapa kali membuat rujukkan penulis dapati jus ini sesuai untuk mengubati Penyakit Mata Ikan (mouth ulcer). Ini kerana bahan kandungan vitamin C pada manggis juga berfungsi untuk menyembuhkan kesakitan pedih Sakit mata ikan (Di Indonesia ia dipanggil sebagai Sariawan). Cara membuat ramuan untuk merawat sakit mata ikan ini adalah dengan menyediakan kulit buah dari 2 buah manggis segar yang dicuci dan dipotong-potong terlebih dahulu. Rebus kulit manggis dengan 3 gelas air sampai ukuran berkurang sehingga 50%. Setelah air rebusan ini sejuk maka ia ditapis dan kemudian air rebusan tersebut dimasukkan dalam mulut untuk berkumur sehingga penyakit sembuh. Jus buah manggis amat berkesan merawat masaalah Cirit Birit. Minum sahaja air rebusan kulit manggis yang direbus dimana ia akan mengatasi masaalah ini. Air rebusan daun manggis dan kulitnya didakwa mampu untuk mengatasi berbagai gejala penyakit seperti menurunkan suhu tubuh semasa demam, mengatasi cirit birit, ulcer mulut (sariawan) dan juga merawat gangguan saluran kencing. Ada juga kenyataan dimana air kulit manggis mampu digunakan sebagai bahan yang bertindak sebagai 'Anti kanser'. Ini kerana kandungan xanthone dalam kulit dan buah manggis bersifat anti proliferasi dan apoptosisdimana ia didakwa sangat efektif untuk menghalang pertumbuhan dan menghancurkan sel-sel kanser. Kepada mereka yang suka makan buah manggis dan mesta pastikan kulitnya disimpan dalam peti ais atau mengeringkannya dahulu sebelum disimpan kering. Kulit manggis boleh diproses untuk dijadikan bahan untuk merawat tubuh badan agar lebih sihat. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH MANGGIS... HITAM KULITNYA...
BUAH MESTA ... SAMA HEBATNYA...
KULIT MANGGIS... ADA GUNANYA...
PELBAGAI RAWATAN... JIKA DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Manggis Plot 10,
Pusat Pertanian Serdang,
Kompleks Jabatan Pertanian,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(2 Febuari 2017)

Monday, January 30, 2017

TIMUN MINI - SEMAKIN POPULAR

TIMUN MINI (Cucumis satives) merupakan sejenis timun kecil yang semakin popular ditanam terutama di beberapa Negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan juga Terengganu semenjak sekian lama. Bagaimana pun timun mini amat sesuai dimakan segar atau dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu dan dimakan terus begitu sahaja. Timun mini atau timun kecil atau 'Mini Cucumber' sebenarnya amat popular diseluruh dunia sebagai sejenis ulaman dari buah timun yang manis dan rangup. Timun Mini sama dengan timun biasa adalah tumbuhan daripada famili Cucurbitaceae yang ditanam dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan. Pada penulis blog yang amat meminati makan dengan sering membeli timun ini di beberapa lokasi jualan termasuk di Pasar Malam, Pasar Tani dan Pasaraya di Kuantan. Harga runcit berlegar diantara RM4.50 - RM6.00 sekilogram bergantung kepada lokasi jualan, musim dan juga kualiti. Timun mini yang berumuran 6 - 8 cm ini berwarna hijau muda dengan isi yang manis dan amat mudah dimakan begitu sahaja. Dilaporkan Daerah Kuantan di Pahang adalah diantara lokasi pengeluaran utama timun mini ini untuk pasaran domestik dan dihantar ke beberapa bandar lain. Penulis dapati kini ia ditanam dengan dua kaedah iaitu ditanam diatas tanah dengan sistem para dan ditanam dengan kaedah fertigasi gantung. Teknologi penanaman timun mini dengan fertigasi gantung walau pun kurang sedikit hasilnya tetapi amat baik dimusim tengkujuh. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti penanaman timun mini untuk bahan rujukkan anda.


Benih tanaman timun mini ini kebanyakannya adalah benih hibrid yang diimport daripada luar negara terutama dari Thailand dan Taiwan. Benih ini semasa lawatan penulis ke kebun tanaman timun mini mendapati tin benih terdapat label tulisan Thailand. Ia dijual dalam bekas tin dan dijual dengan harga RM80.00 satu mengandungi sekitar 2,000 - 2,200 biji benih. Ia merupakan jenis timun hibrid F1 yang hanya sesuai untuk ditanam sekali sahaja dimana bijinya yang terhasil (F2) tidak boleh digunakan untuk ditanam lagi sama seperti tanaman cucurbitaceae yang lain seperti Tembikai dan Melon. Benih ini lazimnya adalah benih hibrid F1 dengan peratus kadar percambahan yang sangat baik. Terdapat juga benih timun mini yang diedarkan oleh syarikat benih tempatan iaitu Benih GWG dengan nombor daftar varieti sebagai Timun Mini 320 (Sila lihat foto disebelah). Benih yang mahal ini disemai dalam kotak semaian (tray) yang telah diisi dengan tanah campuran atau media lain seperti cocopeat. Ada juga petani yang menanam terus diatas batas tanaman. Bagi petani yang menanam timun mini secara fertigasi gantung seperti oleh Encik Zakaria iaitu di TKPM Permatang Lawang, Kuantan ini dia menyemai terus kedalam polibeg fertigasi yang telah digantung. Teknologi menanam timun mini dengan fertigasi gantung amat sesuai dilakukan terutama pada musim tengkujuh dimana ketika berlaku banjir di pantai timur ini ia terselamat. Penulis dapat lihat bagaimana Zakaria masih mampu senyum walau pun kawasan tanaman minum mini telah ditenggelami banjir sedalam 0.8 meter kerana pokoknya tergantung (Sila lihat foto paling bawah). Teknologi fertigasi gantung ini didapati amat praktikal untuk kawasan yang mudah tenggelam air.


Penanaman timun mini mempunyai amalan sama dengan penanaman timun besar biasa yang lain. Benih yang disemai kedalam polibeg ini akan mula berbunga 3 - 4 minggu selepas ditanam. Dalam fertigasi gantung hanya satu pokok ditanam untuk satu polibeg dan baja set A dan Set B akan dipam setiap hari kedalam polibeg ini. Penggunaan baja foliar diberikan mengikut keperluan dengan 2-3 kali dilakukan semburan berkala untuk mempercepatkan proses pertumbuhan. Kawalan musuh dan penyakit dilakukan mengikut keperluan dimana penggunaan bahan kimia adalah sedikit untuk menghasilkan buah timun yang selalunya dimakan sebagai ulam. Bunga timun mini ini akan keluar daripada batang tang menjalar diatas para dan mengambil masa 14 hari untuk ianya matang dan dipetik. Sama seperti pokok timun lain, antara serangga perosak yang biasa menyerang timun mini ialah Kutu Aphids iaitu kumbang daun dan Lalat Buah (Daucus cucurbitae Coq). Lazimnya serangan adalah pada bahagian daun, bunga dan buah muda. Jika serangan teruk menyebabkan daun rosak dan 'berkerekot' dan buah berubah bentuk, menjadi terbantut dan busuk. Daun dan buah yang diserang dengan perosak ini perlu dimusnahkan serta selalu menjaga kebersihan kawasan kebun. Dalam keadaan perlu lakukan semburan dengan jenis racun perosak yang sesuai. Penyakit yang biasa menyerang ialah Kulapok Berdebu (Downy Mildew). Penyakit ini akan menyebabkan tompok misilia putih dan berdebu pada permukaan daun, daun bertukar kekuningan, perang ,kering dan berkedut. Pokok yang diserang kurang berbuah dan kecil saiznya. Serangan kulapok downy ialah pada daun,terdapat bintik berbentuk bersiku siku ,berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut, pastikan daun yang diserang dimusnahkan. Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.


Tanaman timun mini dengan fertigasi gantung hanya punyai kitaran hidup utnuk 2 bulan sahaja. Memetik hasil lazimnya 4 minggu sahaja dan julah tuaian adalah jauh lebih rendah daripada timun batang yang biasa ditanam. Ini kerana buah timun mini yang kecil ini ringan dan masa memetik sama dengan memetik timun batang. Kajian penulis kepada beberapa petani yang menanam timun mini mendapati harga ladang timun mini tidak pernah kurang daripada RM3.00 sekilogram. Walau pun harganya tinggi tetapi jumlah berat dari timun mini memberikan pulangan hasil pendapatan yang tidak jauh dengan hasil tanaman timun batang. Bagaimana pun harga timun batang kadang-kadang jatuh sehingga kurang daripada RM0.30 sekilogram bila berlaku lebihan pasaran. Permintaan terhadap timun mini memang terus tinggi sepanjang masa. Jika anda ingin membeli timun mini pastikanianya masih segar, berkualitii dan bebas daripada bahan kimia. Buah yang berkualiti lazimnya boleh bertahan selama seminggu dengan kaedah penyimpanan yang baik. Jika disimpan dalam peti sejuk ia akan tahan lebih lama lagi. Timun mini pada penulis memang lebih enak dan sedap daripada timun batang dan timun Jepun. Ia dhidangkan dan dijual dibeberapa restorwn dengan menu lain seperti ulam-ulaman dan sambal belacan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!...
TIMUN MINI... SAIZ KECIL BUAHNNYA...
RASA MANIS...SEBAGAI ULAM DIA...
MUDAH DITANAM...BAIK HARGANYA....
ARTIKEL DITULIS... ILMUNYA DIJAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Timun Mini,
TKPM Permatang Lawang,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(30 Rabiulakhir 1438H)

Sunday, January 29, 2017

INOVASI PEMBIAKAN SPIRULINA DI THAILAND


SPIRULINA (Arthrospira planthesis atau Arthrospira maxima) adalah sejenis tumbuhan algae hijau yang kini mendapat perhatian ramai kerana khasiatnya untuk kesihatan dan komestik. Apakah dia Spirulina? Bolehkah kita di Malaysia mengusahakan pengeluaran spirulina? Dimana kita boleh mendapatkan maklumat dan teknologi mengenai spirulina?. Bagaimanakah kaedah pembiakan yang sesuai?. Daripada beberapa pembacaan dan lawatan saya mendapati algae hijau ini banyak dikeluarkan oleh USA, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. Bolehkah negara kita menghasilkan algae ini secara komersial?. Bahan spirulina amat popular di USA dan diambil sebagai makanan suplemen untuk kesihatan kerana mengandungi protin yang tinggi dan didakwa mampu meningkatkan kesihatan kita sebagai produk nutraseutikal. Laporan tersebut menyatakan, spirulina mengandungi 60% protin yang diperlukan oleh tubuh manusia yang terdiri daripada semua jenis asid amino tersebut. Bagaimana pun laporan oleh Jurnal Microbiol tersebut ada menyatakan yang kandungan beberapa asid amino seperti methionine dan cycthionine agak rendah berbanding dengan protin yang ada dalam daging, telur dan susu. Artikel malam ini saya menulis mengenai inovasi teknologi pembiakan spirulina di negara Thailand dalam "Anim Agro Technology" seperti yang dilaporkan ang peserta kursus bertanya saya pendapat mengenai potensi industri spirulina di Malaysia.


Spirulina adalah algae hijau dari mikroalgae yang telah lama digunakan oleh manusia dan haiwan ternakan sebagai sumber makanan tambahan. Spirulina diambil sebagai makanan dalam bentuk segar, diproses menjadi pil, tablet, cecair, 'flake' dan juga debu dalam industri kesihatan, akuakultur dan ternakan. Arthrospira adalah algar berbentuk selinder cynobakteria yang terapong dalam air dan mempunyai filamen panjang. Ianya tumbuh atau hidup dalam tasek dikawasan tropika dan sub-tropika yang mempunyai keasidan yang tinggi (Tinggi pH) serta bahan karbonat atau bikarbonat yang pekat. Kalau dilihat memang spirulina ini adalah jenis tumbuhan yang amat berkhasiat dan boleh dikomersilkan di negara kita. Kini usahawan spirulian di negara Thailand telah maju setapak lagi dengan pengenalan inovasi pembiakan spirulina yang praktikal, mudah, senang dipelajari dan kini bertahap komersilSaya membuat beberapa rujukkan dan inquiry semasa melawat negara tersebut dalam pameran BITEX yang diadakan saban tahun. 


Bangkok merupakan bandar yang besar dan dikelilingi dengan kawasan pertanian yang luas (Sila anda lihat foto disebelah). Terdapat bangunan mencakar langit dan bangunan-bangunan moden di Ibu negara Thailand yang besar ini dimana ia juga merupakan ibukota bagi negara yang digelar 'Kitchen of the World'. Diatas bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan keadaan suhu yang tinggi. Kini dilaporkan dimana telah diusahakan Spirulina segar yang terhasil di atas bumbung sebuah hotel di Bangkok. DI atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair likat berwarna hijau yang diletakkan di bawah cahaya matahari kelihatan dimana ia berbuih. Susunan tong-tong tersebut merupakan inovasi terbaharu didalam apa yang dikatakan sebagai aktiviti "Pertanian Bandar". Apabila dilihat dengan dekat rupanya ia adalah sejenis alga yang boleh dimakan dan dikenali sebagai 'Spirulina' dimana kemuidan ramai mengatakan ia mampu menjadi sumber protein yang mapan dan alternatif kepada daging. Dalam sebuah laporan akhbar bahsas Inggeris di Bangkok dilaporkan setiga kali seminggu, Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga hijau di dalam tong-tong tersebut.


Lazimnya jenis alga hijau spirulina ini tumbuh dengan cepat dan biasanya menjadi dua kali lebih banyak dalam tempoh 24 jam. Dengan kandungan protein dan nutrien yang tinggi ia memainkan peranan penting dalam jaminan keselamatan makanan. Susunan dan deretan tong plastik yang mengandngi alga hijau ini diletakkan diatas bumbung (Sila lihat foto disebelah)Kalau hendak membuat perbandingan dengan sekilogram haiwan yang memerlukan enam bulan untuk menghasilkan protein kini dengan cara ini pula hanya memerlukan tempoh hanya selama seminggu sahaja. Beliau juga merupakan seorang pekerja Syarikat EnerGaia iaitu ianya sebuah syarikat yang menggunakan bumbung bangunan-bangunan di Bangkok sebagai tempat pembiakan spirulina. Spirulina disifatkan sebagai makanan super oleh pakar pemakanan kesihatan dan popularitinya semakin melonjak di seluruh dunia. Rosa Rolle dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata bahan seperti spirulina adalah sumber makanan penting sejak berkurun lamanya. 


Spirulina sebenarnya dilaporkan tumbuh secara semula jadi di Tasik Texcoco di Mexico dan dimakan oleh puak Inca. Kebanyakan negara yang bersempadan dengan Tasik Chad di Afrika Barat turut menjadikannya sumber protein. Cara pembiakan sppirulina mudah dilakukan jika ada kelengkapan makmal dan pekerja yang terlatih untuk tujuan pengeluaran komersil. Lazimnya piring petri digunakan bagi tujuan untuk menunjukkan kadar pesat pembiakan spirulina dalam masa tempoh 24 jam. Pengambilan bahan spirulina berkait dengan masalah kesihatan terutama bagi mereka yang menghidap penyakit gout kerana ia menghasilkan banyak asid urik. Orang ramai perlu dididik mengenai kesan positif dan negatif spirulina sebelum mengambilnya. Pengetahuan mengenai spirulina memang memerlukan maklumat nutrisi bahan ini. Lazimnya ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Kini bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat yang paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan suhu tinggi yang sekata. Kini didapati diantara kebaikan alga ini adalah menyingkirkan gas karbon dioksida menerusi proses fotosintesis. Pakar- pakar spirulina menyifatkan cara penanaman di bandar adalah baik kerana ia dapat sampai kepada pengguna pada hari yang sama ia dituai. Sebaik dikumpulkan maka alga spirulina akan dicuci menggunakan tangan dan dikeringkan dengan mesin basuh yang diubah suai. Ia kemudian dipadatkan ke dalam bekas-bekas plastik sekali lagi menggunakan tangan kerana belum ada mesin dicipta untuk memproses cecair pekat seperti jeli yang dihasilkannya. Kajian ini awalnya mereka membuat banyak percubaan dan menempuh banyak kegagalan. Hasilnya kini adalah sangat baik untuk vegetarian kerana ia dilengkapi dengan antioksidan dan membantu detoksikasi tubuh.

Dalam makmal syarikat tersebut ada barisan tabung uji berlainan saiz dihubungkan antara satu sama lain sebagai tempat membiakkan alga itu (Sila lihat foto disebelah). Terdapat banyak tong-tong berlainan saiz di atas bangunan pula diuji untuk memastikan yang mana satu menghasilkan lebih banyak spirulina. Pakar dimakmal tersebut menyatakan bahawa ia adalah satu-satunya pusat pengeluar spirulina segar dunia ketika syarikat lain hanya memasarkan produk kering dan yang telah diproses. Sebenarnya SPIRULINA disifatkan sebagai makanan super oleh pakar-pakar makanan kesihatan dengan manfaat atau fungsi sebagai bahan antioksidan dan detoksikasi tubuh. Bekas padat alga mampu bertahan selama kira-kira tiga minggu selepas dituai, namun syarikat ini merancang untuk meningkatkan tempoh masa yang digunakan tersebut dalam usaha mengeksportnya ke luar negara. Diantara kelebihan mendapatkannya secara segar kerana ia tidak mempunyai sebarang rasa dan boleh dicampurkan ke dalam apa jua jenis makanan. Pengambilan spirulina umpama memakan sayur yang sudah dimasak berbanding yang mentah. Lebih banyak nutrien dalam yang segar berbanding yang kering. Selain itu, pengambilan spirulina segar tidak memerlukan banyak tenaga kerja. Kini sebahagian chef dari Bangkok turut melakukan kajian dengan alga tersebut,untuk dijadikan hidangan berkhasiat. Ini benar-benar memberi kesan baik kepada pengguna dan mereka yang menghadapi masaalah kesihatan. Mereka telah menambahkannya ke dalam menu hidangan untuk meningkatkan nilai nutrisinya. Warna alga itu sangat kuat sehingga apa juga bahan lain yang dicampurkan dengannya bertukar menjadi warna hijau. Disebabkan bahan spirulina mentah tidak mempunyai rasa masa ia perlukan beberapa inovasi menggunakannya. Kini ia juga dilihat sebagai alternatif kepada sumber protein haiwan. Manuisa akan dapat mengurangkan jumlah protein dalam hidangan ikan atau daging dengan memasukkan spirulina sebagai sumber protein tambahan. Kini spirulina telah digunakan sebagai makanan suplemen selama berpuluh-puluh tahun dan popular dalam kalangan ahli bina badan. Artikel dalam anim agro technology kali ini diharap memberi pendedahan kepada pembaca mengenai potensi pembiakan spirulina dan industri tersebut. Wasallam!!..
ALGA WARNA HIJAU... SPIRULINA....
DIATAS BUMBUNG... DIBIAKKAN DIA...
BANYAK KHASIAT...GOUT ANTARANYA...
BOLEH DIMAJUKAN... DINEGARA KITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Department of Extension Agriculture,
Keisartsart University, 
Bangkok, Thailand.
(29 Rabiulawal 1438H)

Saturday, January 28, 2017

KHASIAT DAUN UBIKAYU

DAUN UBI KAYU (Manihot esculenta) adalah merupakan sebahagian daripada komponen daripada pokok ubi yang sering dimakan oleh manusia dan berkhasiat. Daun ubi yang diambil untuk dijadikan makanan terutama sayuran adlah daripada bahagian pucuknya yang masih lembut. Kalau dahulu sayur pucuk daun ubi cuma dimakan oleh penduduk kampong dan luar bandar tetapi kini ia sudah dinikmati oleh penduduk bandar yang membeli atau menanam sendiri disekeliling rumahnya. Antara jenis daun ubi yang baik untuk dimakan adalah dari jenis daun ubi pulut kerana ia lembut dan tidak pahit (Sila lihat foto diatas). Pokok ubi pulut adalah varieti ubikayu yang mudah ditanam disekeliling rumah sama ada didalam pasu besar atau pun diatas tanah. Jika dahan ubi pulut ini sering dipatahkan untuk mengutip bahagian daun mudanya maka akan lebih banyak cabang dan ranting baru keluar menjadi pucuk muda lain. Pembajaan dengan baja organik dan pemberian air akan membolehkan pokok ubi ini cepat menghasilkan tunas dan daun pucuk baru sepanjang masa. Penulis blog dapati khasiat daripada makan dan mengambil pucuk daun ubi adalah sudah tidak asing bagi kita terutama mereka yang berasal daripada kampong. Ini kerana sayuran enak ini memang sangat banyak digemari di berbagai negara-negara  tropika seperti Malaysia, Thaoland, Brunei dan juga di Indonesia. Sayuran ini sudah akrab dengan lidah orang Malaysia terutama yang mampu menanam dan masak sendiri dikawasan keliling kampong. Tanaman ubi kayu adalah mudah jika kita hendak menanamnya sendiri. Benih tanaman amat mudah diperolehi menyebababnya terdapat hasil seperti Umbisi ubi kayu, Daun dan juga biomass. Bahan mentah ubi kayu sebenarnya telah banyak sekali digunakan dalam hidangan berasaskan ubikayu yang popular di Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat daun pucuk ubikayu untuk bahan bacaan dan rujukan anda. 


Daun ubi kayu (bahagian pucuknya) merupakan bahagian paling atas pada pokok ubikayu. Ia sering dipetik untuk dicelur dengan air panas atau direbus dan dimakan sebagai salah satu ulam yang enak dan menggiurkan lidah. Daun ubi juga sering dimasak sayur lemak dengan memasaknya dengan santan cair yang biasa disebut masak lemak daun ubi. Selain daun ubi ini digemari kerana rasanya yang enak dan nikmat ianya juga memberikan manfaat tersendiri dimana tidak kalah dengan sayuran jenis lain. Beberapa restoren masakkan kampong selalu menghidangkan daun ubi sebagai hidangan yang disukai ramai pelanggan. Daun ubi yang masih muda dan segar sering dijual dipasar basah, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan juga dikedai runcit. Ia memang amat mudah didapati dengan harga muran sekitar RM1.00 - RM2.50 seikat sama ada terus dimasak atau boleh disimpan selama semiggu dalam peti sejuk. Penulis memang mempunyai beberapa pokok ubi pulut disekeliling rumah dan sesuai dikutip pucuknya setiap dua minggu. Apa yang penting adalah apabila dirujuk kepada pakar permakanan dimana pucuk daun ubi memang mempunyai zat permakanan yang baik kepada manusia.

Kandungan Zat Permakanan daun ubi kayu cukup baik dan banyak variasi sama dengan jenis sayuran hijau lain. Asasnya adalah dimana ia juga memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Antara beberapa kandungan zat permakanan yang tinggi dalam daun ubi adalah bahan SERAT, Vitamin A, Vitamin B1, Karbohidrat, Asid Amino Essential dan juga Protein. Lazimnya khasiat daun ubi ini dapat kita jadikan bahan makanan sihat melalui khasiat pada kandungan zat permakannya tetapi kini disedari bawaha bahawa daun ubi ini mampu mengubati beberapa jenis penyakit. Beberapa kandungan zat yang tekandung pada daun ubi seperti vitamin B1, vitamin A, asid amino essensial dan karboidrat membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Perkara ini tentunya menjadikan  daun ubi sangat baik apabila di makan sebagai menu harian kita.  Umumnya terdapat 7 kebaikan dengan makan pucuk daun ubi ini jika diambil dengan betul dan sistematik. Jika anda makan terlalu banyak pun mungkin akan mendatangkan kemudaratan.

Kehebatan makan daun ubi kayu didakwa memembantu kadar Metabolisme Tubuh Badan. Ini kerana daun ubi ini merupakan sumber protein semulajadi yang sangat banyak dimana ia adalah jenis protein yang banyak mengandung vitamin B. Vitamin B sangat diperlukan untuk membangunkan sel-sel tubuh badan yang akan membentuk enzim-enzim yang membantu metabolisme tubuh. Manusia perlukan unsur protin dan vitamin secara berkesinambungan untuk tujuan kesihatan dimana ia boleh diperolehi daripada daun ubi kayu sahaja. Daun ubi kayu muda yang dicelur boleh dicicah sambal tumis dan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Kedua dimana daun ubi kayu adalah Sumber Tenaga dengan adanya kandungan berbagai protein atau Asid Amino essensial pada daun ubi dimana ia adalah sangat membantu memberikan tenaga (energy) yang bermanfaat bagi manusia. Asid Amino Essensial pada daun ubi didakwa dapat membantu megubah karbohidrat menjadi tenaga yang akan digunakan manusia melakukan aktiviti. Siapa sangka dimana daun ubi kayu kaya dengan bahan Antioksidan. Daun ubi pastinya membekalkan sumber Antioksidan yang sangat baik untuk mencegah dan juga membuang radikal bebas dalam tubuh. Radikal bebas ini sendiri merupakan salah satu penyebab berbagai penyakit berbahaya seperti kanser dan dalam bidang kecantikan dapat menyebabkan lamat proses penuaan atau sentiasa akan awet muda.

Hidangan daun ubi didakwa mampu dalam membentuk dan Regenerasi Sel Tubuh. Ini keran akehadiran bahan Asid Amino essensial yang terdapat dalam daun ubi merupakan salah satu sumber penting dalam menjaga dan meregenerasi sel dalam tubuh manusia. Asid Amino merupakan protein yang dapat membantu dalam menumbuhkan sel yang rosak serta memberikan pembaharuan terhadap sel tersebut dalam tubuh agar tetap berfungsi normal. Daun ubi juga didakwa sangat baik untuk Amalan Diet. Ini kerana ia ternyata juga sangat baik digunakan untuk berdiet kerana ada kandungan serat dan tingginya protein di dalamnya adalah salah satu menu diet sihat harian anda. Makan daun ubi sangat membantu proses Pencernaan. Boleh dikatakan hampir semua orang tahu bahawa serat sayuran sangat baik untuk pencernaan sehingga ianya dapat membantu menyihatkan usus besar manusia seperti yang ujud padanya. Pengambilan secara rutin daun ubi juga akan memberikan kesan yang cukup baik untuk pencernaan kita. Akhirnya kehebatan daun ubi yang dimakan kerana ia didakwa mampu Menambah Darah. Ini kerana daun ubi adalah sayuran penambah darah yang sangat ampuh menambah darah terutama kepada mereka yang ada masaalah seperti Anemia.

Daun ubi juga dikaitkan dengan kesan penggunaannya didalam perubatan tradisional. Walau pun belum ada laporan klinikal yang diterbitkan mengenai perkara ini tetapi banyak testimoni yang menyokong kegunaan daun ubi didalam menyembuhkan pelbagai jenis masaalah kesihatan. Amalan makan daun ubi ini menjadi salah satu pilihan alternatif yang penulis akan paparkan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro kali ini.. Beberapa penyakit didakwa dapat ditangani oleh daun ubi untuk mengurangkan akan deritanya. Diantaranya adalah kesannya dalam menyembuhkan isu Cirit Birit (Diarrhea) dengan cara dimana pesakit ambil sekitar tujuh helai daun ubi kayu dan kemudian di basuh bersih. Rebuskan daun ubi tersebut dengan air sebanyak 800cc. Apabila air rwbusan tersebut tinggal 400cc (50% telam menjadi wap) maka ambil airnya dan kemudian diminum dua kali sehari atau sebanyak 200 cc sekali minum. Air rebusan daun ubi kayu memang didakwa amat baik dan cukup efektif dalam usaha membantu untuk mengurangkan masaalah cirit birit. Daub ubi kayu juga didakwa membantu mengubati penyakit Sakit Sendi atau reumatik. Kepada mereka yang ada masaalah sengal dan sakit tulang selepas bekerja sebaiknya mencuba rawatan ini. Caranya dengan menyediakan sebanyak 5 helai daun ubi dan kemudian di campurkan daun kapur sirih dan tambah sedikit air bersih. Bahan tersebut kemudian diramas sehingga ramuan hancur dan tempelkan pada bahagian sendi yang sakit atau ada rasa ngilu. Sebaiknya rawatan ini peru dilakuan tiga kali sehari. Memang kegunaan dan juga manafaat daun ubi sangat besar perannya bagi kesihatan tubuh manusia terutama bagi anda yang sedang terkena masaalah Aemia. Pengamnilan makanan berasaskan daun ubi didakwa mempunyai kesan baik untuk kesihatan kita. Wasallam!!!...

Mencabut ubi kayu dengan alatan inovasi di Kuantan.

DAUN UBI... BANYAK KEGUNAANNYA...
BAHAGIAN PUCUK... MUDAH AMBILNYA...
JENIS UBI PULUT...MUDAH TANAMNYA....
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Ubi Kayu Komersil,
Kg Jaya Gading, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1438H)

Friday, January 27, 2017

KACANG PANJANG RENEK


KACANG PANJANG RENEK (Vigna unguiculata var sesquapedalis) merupakan satu varieti kacang panjang jenis renek dipercayai berasal dari Filipina. Kacang ini juga dipanggil 'Yard Snake Bean' atau 'Asparagus Beans' yang ditanam dibeberapa negara. Ia telah dibawa masuk ke Selatan Thailand sebelum dibawa masuk ke Malaysia terutama di utara negeri Kedah. Varieti ini adalah dihasilkan kacukan antara kacang panjang jenis memanjat dengan cowpea (cv. Group unguculata) yang akan menghasilkan kacang panjang renek. Walau pun varieti ini masih baru diperkenalkan kepada petani tempatan tetapi sambutanya masih kurang menggalakkan. Hanya beberapa petani yang  menanam varieti ini untuk pasaran khusus (Niche market) dan mereka yang ada hobi menanam sayur keliling rumah suka menanamnya. Pemerhatian saya mendapati kacang panjang renek ini sesuai ditanam didalam pasu atau bekas khas dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Kalau anda hendak menanamnya sebaiknya bilangan lengai setiap pokok disesuaikan diantara 10 dan 12 tangkai. Lazimnya panjang lengai kacang ini antara antara 25 dan 45 sentimeter (cm). Daripada pemerhatian didapati lazimnya hasil dituai selepas lima atau enam minggu penanaman dan penuaian berterusan hingga tiga atau empat minggu dan jangka hayat ialah antara lapan dan 10 minggu. Anggaran hasil sehektar ialah antara sembilan dan 11 tan. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis kacang panjang yang dipanggil sebagai 'kacang panjang renek' yang ditulis untuk dijadikan bahan bacaan semua pembaca.

Tanaman kacang panjang memang boleh diusahakan di pelbagai tanah dari ringan berpasir hingga tanah liat atau gambut. Ia perlukan jenis tanah yang gembur berpasir dan mempunyai saliran yang baik adalah yang paling sesuai dimana pH tanah ialah antara antara 5.5 dan 6.6. Aktiviti membajak dan juga menggemburkan tanah sedalam antara 15 dan 30 cm supaya menjamin pertumbuhan akar yang baik dijalankan pada peringkat awal sebelum menanam. Sebaiknya perlu disediakan batas berukuran 60 hingga 100 cm (lebar), 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut kesesuaian kawasan. Tanaman kacang panjang renek ini boleh juga di tanam di dalam pasu atau polibeg dengan menggunakan tanah campuran iaitu terdiri dari tiga bahagian tanah atas, dua bahagian bahan baja organik, satu bahagian pasir dan campuran sabut kelapa. Sebaiknya dipermukaan batas ditambak dengan bahan organik atau kompos dengan kadar satu hingga tiga kg/meter persegi, permukaan batas boleh ditutup dengan ystem politin hitam atau 'agrosheet' bagi mengurangkan rumpai. Penanaman kacang panjang renek tidak banyak berbeza dengan kacang panjang jenis memanjat cuma jenis ini boleh dirapatkan kerana ia tidak memerlukan junjung. Jarak tanaman yang sesuai antara 50-60 cm (antara barisan) x 60 hingga 100 cm (antara barisan) atau 25 hingga 30 cm (antara pokok) x 60-70 cm (antara barisan). Letak dua atau tiga biji benih dalam lubang penanaman dan di kambus nipis (ke dalaman tanah tidak melebihi tiga kali saiz biji benih). Lazimnya biji benih ini akan bercambah antara lima dan tujuh hari selepas aktiviti penanaman. Biji benih yang bercambah tidak perlu dibuat penjarangan dan selalunya ia boleh hidup membesar satu hingga tiga pokok setiap lubang penanaman. Bagi sistem pengairan, keperluan untuk tanaman kacang panjang renek sekitar 30 hingga 50 cm air semusim. Keperluan air kritikal terutama di peringkat berbunga dan pengeluaran lengai. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan lengai lengai buah yang dihasilkan menjadi kecil dan pendek. Penyiraman sama ada secara manual atau gunakan sistem renjisan, cara ini menjimatkan 75 peratus penggunaan tenaga kerja.

Amalan agronomi seperti pengawalan rumpai perlu dijalankan. Secara amnya ,tanaman kacang panjang perlu bebas dari persaingan rumpai dari mula ditanam hingga 35 hari selepas penanaman dimana bagi kacang panjang renek ia tidak serius kerana kepadatan tanaman yang menghalang pertumbuhan rumpai. Pertumbuhan rumpai memang dapat dikurangkan jika kawasan tanaman disembur dengan racun rumpai yang sesuai. Cara pembajaan bagi kacang ini tidak memerlukan baja yang banyak. Ia mempunyai keistimewaan kerana kebolehan semulajadi untuk menghasilkan nutrien nitrogen melalui proses pengikatan nitrogen (Nitrogen fixation) mana gas nitrogen dari udara ditukar kepada ammonia melalui sistem dalam bintil akar pokok. Kadar pembajaan yang disyorkan ialah 70 kg N: 140 kg P2O5 :200 K2O/hektar dimana cara pembajaan diberi dua atau tiga kali sepanjang hayat kacang panjang. Secara amnya aktiviti pembajaan boleh dibuat menggunakan baja NPK Hijau pada pembajaan pertama dan NPK biru pada pembajaan kedua dan ketiga ,anggaran 30-50 gm/pokok, kadar ditambah jika kacang panjang renik melebihi satu pokok setiap lubang,pembajaan diselangkan setiap dua minggu. Kerja pemangkasan tidak perlu dilakukan sepanjang pembesaran kacang panjang renek kecuali bila terdapat kerosakan akibat serangan perosak atau penyakit.

Sepreti jenis sayuran famili Fabaceae yang lain, jika ada serangan maka perlu kawalan perosak perlu dijalankan untuk mempastikan penghasilan kacang baik. Serangan Pelombong daun (Liriomyza sp) akan menghasilkan jalur putih pada permukaan daun, jika serangan serius proses fotosintesis akan terjejas dan daun kehilangan air dan akan kering dan gugur. Serangan yang berterusan, daun akan dijangkiti kulat. Cara kawalan dibuat dengan penyemburan racun serangga yang sesuai pada peringkat awal. Serangga Lelompat daun (Empoasca fabae) akan menghisap cecair dari permukaan bawah daun dan ianya akan memasukkan bahan toksik dalam daun dan terhasil bintik putih pada urat daun. Ini mengakibatkan klorosis dan nekrotik pada bahagian hujung daun. Kesan lain daun melengkung ke bawah dan tepi daun menggerutu. Semburan racun yang sesuai digunakan bagi mengawal perosak. Pengorek lengai (Maruca testulalis) dewasa akan bertelur pada bunga kacang dan larva berwarna coklat akan hidup selama 11 hingga 14 hari, larva akan memakan putik bunga dan lenggai yang menyebabkan lubang lubang pada permukaan buah. Ini menyebabkan bilangan bunga dan buah berkurangan. Lenggai kacang yang rosak akan mengakibatkan kehilangan harga. Semburan berjadual dengan racun serangga yang sesuai adalah digalakkan. Beberapa penyakit yang lazim menyerang kacang panjang memang menyeran tanaman ini. Penyakit Karat Daun (Uromyces vignae) merupakan penyakit utama tanaman kacang panjang (Sila lihat foto disebelah). Ia menyerang pada bahagian daun dan buah. Serangan peringkat awal terdapat bintik bulat berwarna hijau muda dan bertukar merah keperangan dan terdapat di bawah daun. Angin adalah agen yang merebakkan jangkitan, boleh dikawal dengan memotong dan membakar bahagian yang diserang, gunakan kultivar yang tahan penyakit dan bajak sisa tanaman semasa penyediaan tanah. Penyakit Bintik Berpusar atau Penyakit Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum) akan menyerang pada daun dan lengai. Lenggai yang diserang mempunyai warna perang hitam dan diselaputi spora merah muda di tengah. Daun dan lenggai yang diserang akan gugur lebih cepat, pertumbuhan terbantut dan hasil berkurangan. Penyakit merebak melalui angin dan air masa musim hujan serta anak benih berpenyakit.

Aktiviti pungutan hasil untuk kacang panjang renek dijalankan secara berperingkat-peringkat. Lazimnya ia akan berbunga antara lima atau enam minggu selepas penanaman. Kelopak bunga berwarna biru muda dengan bilangan yang banyak setiap pokok bergantung kepada kesuburan tanaman. Lazimnya kacang panjang renek boleh dituai selepas lima hingga tujuh hari selepas berbunga. Kutipan hasil dibuat selang sehari dan berterusan selama tiga atau empat minggu. Bagi tujuan piawaian kacang panjang renek ini boleh dibahagikan kepada beberapa indeks kematangan. Pada Indek matang 1 dikatakan tahap tidak matang atau pun belum mencapai tahap kematangan dimana masih terdapat kelopak bunga pada bahagian hujung serta saiz yang kecil, tidak sesuai untuk pasaran, kulit kacang panjang berwarna hijau pekat. Pada Indek 2 adalah dimana ia cukup matang, telah mencapai tahap kematangan, lebih dua pertiga kacang mengandungi biji dan saiznya sederhana besar serta sesuai untuk pasaran, kulit kacang berwarna hijau. Akhirnya pada Indek 3 adalah peringkat terlalu matang dimana pada peringkat ini kacang panjang dihujung jangka hayat kesegaran dan tidak digalakkan untuk pasaran. Lazimnya kulit kacang ini akan kelihatan berwarna kekuningan atau keputihan. Diharap coretan kali ini dapat dijadikan panduan dan pembacaan kepada anda untuk menambahkan ilmu. Wasallam!
KACANG PANJANG... RENEK JENISNYA....
IA RENDAH.. MENEGAK TUMBUHNYA....
HASIL SEDIKIT ... MUDAH MENANAMNYA...
TANAM SENDIRI ... CARIKAN BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1002, Hotel Heritage,
Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1434H)

Thursday, January 26, 2017

NENAS - PENYAKIT BUAH HANTU


PENYAKIT BUAH HANTU (Bacterial heart rot) pada tanaman nenas (Ananas comosus) merupakan satu ancaman kepada penanam nenas di negara ini. Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak kenal akan penyakit ini kerana ianya merupakan salah satu dari pada jenis penyakit yang menyerang tanaman nenas, Antara penyakit lain yang mungkin menyerang tanaman nenas dinegara ini adalah seperti jenis Penyakit Perdu atau Reput Pangkal Nenas (Disebabkan Kulat Thielaviopsis paradoxa), Penyakit Mata Dalam (Disebabkan oleh Kulat Pennisilium funicutosum) dan Penyakit Pecah Tangkai akibat aktiviti fisiologi buah. Apa yang menarik dimana penulis yang banyak membuat tinjauan diladang nenas agak kurang menjumpai penyakit buah hantu nenas kecuali pada masa-masa tertentu dan pada varieti nenas yang tertentu sahaja. Penulis dapati Penyakit Buah Hantu sebenarnya adalah disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Erwinia chrysanthemi dimana ia jenis bakteria yang mana tanda-tanda serangan dikesan pada buah sebelum 2-3 minggu sebelum buah masak dan juga menyerang buah muda. Jika diteliti pada buah yang hampir masak akan kelihatan dimana cecair banyak keluar pada celah-celah anak buah beserta dengan gelembung gas (Sila anda lihat foto diatas). Penyakit ini juga menyebabkan kualiti buah nenas yang diserang penyakit buah hantu menurun kerana pada kadar serangan teruk akan mengakibatkan pada bahagian isi dalam buah tinggal rangka serabut. Tahap serangan ini berbeza mengikut keadaan pemantauan yang dilakukan dimana jika dikesan pada peringkat awal serangan maka aktiviti kawalan selanjutnya boleh dilakukan. Lazimnya ia berlaku pada lokasi tertentu dan perlu dibuat pemeriksaan dengan kadar segera. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Penyakit Buah Hantu untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Kali pertama saya mendengar Penyakit Buah Hantu pada buah nenas agak menakutkan. Ini kerana timbul persoalan kenapa penyakit ini diberikan naman "Buah Hantu" sedangkan nama dalam bahasa Inggeris adalah Bacterial Heart Rot. Daripada beberapa perjumpaan penulis blog dengan beberapa orang petani tempatan yang telah lama menanam nenas pun mereka kurang pasti kenapa penyakit ini dikaitkan dengan perkataan 'hantu'. Ini berkemungkinan buah nenas yang diserang akan mereput dan berlubang sehingga buah nenas tersebut cacat (deformed) yang mana sekali imbas rupa yang buruk itu macam 'hantu'. Ada pula petani yang menyatakan dan percaya dimana penyakit buah hantu pada buah nenas ini amat sukar dan tidak boleh dikawal seperti penyakit lain dimana ia sama seperti 'hantu' yang bersifat jahat dan tidak mudah ditentukan bila masa serangan akan berlaku. Buah yang rosak ini tidak boleh dijual kepada penggunakan dan ada petani yang akan menyumpah dengan perkataan 'Hantu betul buah ini' dimana ia merupakan keluhan daripada penanam nenas yang menunggu lebih setahun lamanya (Nenas morris 12 bulan dan nenas MD2 selama 14 bulan) tetapi pada saat akhir sekitar 2-3 minggu sebelum menuai diserang penyakit hantu. Apa pun apa yang lebih menarik perhatian penulis blog adalah apabila melawat satu pameran di Batu Pahat dimana dalam pertandingan gubahan buah nenas melihat buah nenas tersebut telah dijadikan seekor burung hantu (Tyto alba) yang menjadi johan dalam pertandingan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Gubahan tersebut menggunakan buah nenas, sulur nenas, buah kelapa dan beberapa hiasan lain memang menarik.

Kawalan penyakit hantu buah nenas perlu dilakukan daripada peringkat awal jika telah ada kes-kes serangan pada lokasi tertentu. Ini kerana jika didak dijalankan 'pre emptive measure' maka ia boleh merugikan penanam nenas pada mereka. Tindakan paling sesuai adalah selalu membuat lawatan dan aktiviti pemantauan dikebun nenas apabila buah nenas telah terbit untuk melihat akan kejadian serangan penyakit buah hantu. Apabila menjumpai buah diserang maka dinasihatkan dengan segera untuk membuang pokok yang diserang penyakit dan dimusnahkan dengan cara yang betul. Antara kaedah untuk memusnahkan pokok tersebut adalah dengan mengumpulkan dan bila kering kemudian membakarnya. Penyakit ini juga dipercayai boleh disebarkan oleh serangga dikebun nenas seperti semut/ Oleh itu disyorkan agar kawalan keatas semua jenis semut yang terdapat di kawasan yang diserang bagi mengelak penyakit menjangkiti tanaman sihat yang lain. Kawalan semut dilakukan dengan memberikan umpan yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan semut mati. Daripada pemantauan penulis mendapati kawalan terhadap semut mampu untuk mengurangkan kejadian serangan penyakit buah mata hantu sehingga 50-70 %. Perkara ini disahkan oleh beberapa penanam nenas dimana mereka hanya menggunakan 'ubat semut' yang dibeli dipasar malam dengan harga RM2.00 sepaket buatan China. Kaedah pencegahan berlaku kejadian serangan penyakit buah hantu nenas adalah diperingkat awal lagi penanaman dengan pemilihan anakbenih yang mana sebaiknya menanam varieti nenas yang rintang. Ini dilakukan dengan mebuat rujukkan akan varieti dan benih tersebut memang dari yang dikenapasti memang rintang dan tidak diserang penyakit ini dilokasi asalnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.

BUAH NENAS... PENYAKIT ADA....
PENYAKIT BUAH HANTU... APA DIA..
KEBUN DIPANTAU... AWASI TANDA...
BUAH PENCEGAHAN... KAWALANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Komersil,
Kg Sg Balang, Muar,
Johor, Malaysia.
(30 Rabiulawal 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...