SPIRULINA (Arthrospira planthesis atau Arthrospira maxima) adalah sejenis tumbuhan algae hijau yang kini mendapat perhatian ramai kerana khasiatnya untuk kesihatan dan komestik. Apakah dia Spirulina? Bolehkah kita di Malaysia mengusahakan pengeluaran spirulina? Dimana kita boleh mendapatkan maklumat dan teknologi mengenai spirulina?. Bagaimanakah kaedah pembiakan yang sesuai?. Daripada beberapa pembacaan dan lawatan saya mendapati algae hijau ini banyak dikeluarkan oleh USA, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. Bolehkah negara kita menghasilkan algae ini secara komersial?. Bahan spirulina amat popular di USA dan diambil sebagai makanan suplemen untuk kesihatan kerana mengandungi protin yang tinggi dan didakwa mampu meningkatkan kesihatan kita sebagai produk nutraseutikal. Laporan tersebut menyatakan, spirulina mengandungi 60% protin yang diperlukan oleh tubuh manusia yang terdiri daripada semua jenis asid amino tersebut. Bagaimana pun laporan oleh Jurnal Microbiol tersebut ada menyatakan yang kandungan beberapa asid amino seperti methionine dan cycthionine agak rendah berbanding dengan protin yang ada dalam daging, telur dan susu. Artikel malam ini saya menulis mengenai inovasi teknologi pembiakan spirulina di negara Thailand dalam "Anim Agro Technology" seperti yang dilaporkan ang peserta kursus bertanya saya pendapat mengenai potensi industri spirulina di Malaysia.
Spirulina adalah algae hijau dari mikroalgae yang telah lama digunakan oleh manusia dan haiwan ternakan sebagai sumber makanan tambahan. Spirulina diambil sebagai makanan dalam bentuk segar, diproses menjadi pil, tablet, cecair, 'flake' dan juga debu dalam industri kesihatan, akuakultur dan ternakan. Arthrospira adalah algar berbentuk selinder cynobakteria yang terapong dalam air dan mempunyai filamen panjang. Ianya tumbuh atau hidup dalam tasek dikawasan tropika dan sub-tropika yang mempunyai keasidan yang tinggi (Tinggi pH) serta bahan karbonat atau bikarbonat yang pekat. Kalau dilihat memang spirulina ini adalah jenis tumbuhan yang amat berkhasiat dan boleh dikomersilkan di negara kita. Kini usahawan spirulian di negara Thailand telah maju setapak lagi dengan pengenalan inovasi pembiakan spirulina yang praktikal, mudah, senang dipelajari dan kini bertahap komersil. Saya membuat beberapa rujukkan dan inquiry semasa melawat negara tersebut dalam pameran BITEX yang diadakan saban tahun.
Bangkok merupakan bandar yang besar dan dikelilingi dengan kawasan pertanian yang luas (Sila anda lihat foto disebelah). Terdapat bangunan mencakar langit dan bangunan-bangunan moden di Ibu negara Thailand yang besar ini dimana ia juga merupakan ibukota bagi negara yang digelar 'Kitchen of the World'. Diatas bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan keadaan suhu yang tinggi. Kini dilaporkan dimana telah diusahakan Spirulina segar yang terhasil di atas bumbung sebuah hotel di Bangkok. DI atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair likat berwarna hijau yang diletakkan di bawah cahaya matahari kelihatan dimana ia berbuih. Susunan tong-tong tersebut merupakan inovasi terbaharu didalam apa yang dikatakan sebagai aktiviti "Pertanian Bandar". Apabila dilihat dengan dekat rupanya ia adalah sejenis alga yang boleh dimakan dan dikenali sebagai 'Spirulina' dimana kemuidan ramai mengatakan ia mampu menjadi sumber protein yang mapan dan alternatif kepada daging. Dalam sebuah laporan akhbar bahsas Inggeris di Bangkok dilaporkan setiga kali seminggu, Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga hijau di dalam tong-tong tersebut.
Lazimnya jenis alga hijau spirulina ini tumbuh dengan cepat dan biasanya menjadi dua kali lebih banyak dalam tempoh 24 jam. Dengan kandungan protein dan nutrien yang tinggi ia memainkan peranan penting dalam jaminan keselamatan makanan. Susunan dan deretan tong plastik yang mengandngi alga hijau ini diletakkan diatas bumbung (Sila lihat foto disebelah). Kalau hendak membuat perbandingan dengan sekilogram haiwan yang memerlukan enam bulan untuk menghasilkan protein kini dengan cara ini pula hanya memerlukan tempoh hanya selama seminggu sahaja. Beliau juga merupakan seorang pekerja Syarikat EnerGaia iaitu ianya sebuah syarikat yang menggunakan bumbung bangunan-bangunan di Bangkok sebagai tempat pembiakan spirulina. Spirulina disifatkan sebagai makanan super oleh pakar pemakanan kesihatan dan popularitinya semakin melonjak di seluruh dunia. Rosa Rolle dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata bahan seperti spirulina adalah sumber makanan penting sejak berkurun lamanya.
Spirulina sebenarnya dilaporkan tumbuh secara semula jadi di Tasik Texcoco di Mexico dan dimakan oleh puak Inca. Kebanyakan negara yang bersempadan dengan Tasik Chad di Afrika Barat turut menjadikannya sumber protein. Cara pembiakan sppirulina mudah dilakukan jika ada kelengkapan makmal dan pekerja yang terlatih untuk tujuan pengeluaran komersil. Lazimnya piring petri digunakan bagi tujuan untuk menunjukkan kadar pesat pembiakan spirulina dalam masa tempoh 24 jam. Pengambilan bahan spirulina berkait dengan masalah kesihatan terutama bagi mereka yang menghidap penyakit gout kerana ia menghasilkan banyak asid urik. Orang ramai perlu dididik mengenai kesan positif dan negatif spirulina sebelum mengambilnya. Pengetahuan mengenai spirulina memang memerlukan maklumat nutrisi bahan ini. Lazimnya ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Kini bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat yang paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan suhu tinggi yang sekata. Kini didapati diantara kebaikan alga ini adalah menyingkirkan gas karbon dioksida menerusi proses fotosintesis. Pakar- pakar spirulina menyifatkan cara penanaman di bandar adalah baik kerana ia dapat sampai kepada pengguna pada hari yang sama ia dituai. Sebaik dikumpulkan maka alga spirulina akan dicuci menggunakan tangan dan dikeringkan dengan mesin basuh yang diubah suai. Ia kemudian dipadatkan ke dalam bekas-bekas plastik sekali lagi menggunakan tangan kerana belum ada mesin dicipta untuk memproses cecair pekat seperti jeli yang dihasilkannya. Kajian ini awalnya mereka membuat banyak percubaan dan menempuh banyak kegagalan. Hasilnya kini adalah sangat baik untuk vegetarian kerana ia dilengkapi dengan antioksidan dan membantu detoksikasi tubuh.
ALGA WARNA HIJAU... SPIRULINA....
DIATAS BUMBUNG... DIBIAKKAN DIA...
BANYAK KHASIAT...GOUT ANTARANYA...
BOLEH DIMAJUKAN... DINEGARA KITA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Department of Extension Agriculture,
Keisartsart University,
Bangkok, Thailand.
(29 Rabiulawal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.