Support My Blog

Wednesday, November 30, 2016

APAKAH MAKANAN MASA AKAN DATANG? (Part 2)

MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and  Agro-based Industry, Malaysia. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah setiap tahun dan ia dilaporkan berjumlah hampir 7.5 billion dimana mereka memerlukan makanan. Adakah makanan akan terus mencukupi untuk mereka?. Walau pun pola permakanan dunia kini sudah berubah setelah berlaku krisis makanan 2008 tetapi ia dikatakan tidak mencukupi. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting dalam negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada bahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

4. GELANG PASIR (Krokot)
Gelang Pasir (Portulaca oleracea) atau Krokot (Dalam Bahasa Indonesia) merupakan sejenis tumbuhan rumput dimana ia boleh dimakan. Tumbuhan yang mudah hidup ini sejenis rumpai berbatang dan daun yang lembut. Ia mungkin akan dijadikan makanan pada masa akan datang kerana lebih menguntungkan dijumpai sebagai rumpai (weeds) di seluruh dunia. Krokot biasanya digunakan sebagai herba dalam pot atau sebagai bahan untuk dibuat salad (Sila lihat foto disebelah). Krokot telah baru-baru ini dikenalpasti sebagai sumber makanan yang sangat baik kerana ia mengandungi Asid Alfa-linolenate. Asid ini adalah asid lemak omega-3 dimana ia juga dikenalpasti hampir menyamai dengan minyak ikan. Kandungan bahan terpenting dalam krokot herba ini mampu berfungsi penting dalam proses kehidupan manusia dan ia mampu mencegah penyakit yang ada. Asid Lemak ini tidak dapat disintesis oleh manusia dimana makanan tersebut ia mesti ditelan. Kajian makmal oleh pakar permakanan mendapati kandungan Asid Lemak Omega-3 dan Vitamin C adalah 5 kali lebih tinggi dalam tumbuhan ini daripada Bayam. Tumbuhan yang boleh digunakan dan dianggap sebagai jenis makanan masa hadapan ini perlu dikomersilkan untuk menampung bekalan makanan kepada penduduk dunia dimasa akan datang.


5. Genetically Modified Food (GMO)
Isu terbesar masa kini yang dibincangkan diperingkat dunia adalah 'Global Warming' dan diikuti dengan isu tentang perkara 'Genetically Modified (GM) Food' atau GMO dimana dalam bahasa kita tanaman atau hasil tanaman yang telah melalui proses modifikasi genetik. Peertubuhan seperti Green Peace pada akhir Februari 2015 telah dilaporkan berhasil menghalau satu kapal penuh kacang soya dari USA untuk hantar balik kenegara asal atau dikembalikan sebab didakwa merupakan GMO Food. Sebenarnya USA telah mengeksport hampir  50% kacang soya ke Malaysia dan Indonesia. Apakah dia GMO Food?. GMO Food adalah tanaman makanan yang direkacipta dengan teknologi tinggi melalui modifikasi sel-sel tertentu dalam tanaman hingga menghasilkan apa yang dikatakan sebagai 'tanaman super'. Contoh mudah dimana tanaman makanan ini direkacipta sehingga boleh sesuai tumbuh di tanah yang kandungan alumuniumnya tinggi atau mampu bertahan hidup lama di dalam air. Sehingga tanah kurang subur atau kurang unsur baja atau kawasan banjir pun tanaman GMO ini masih boleh untuk menghasilkan tuaian yang tinggi. Contohnya Jagung Bijirin yang telah  pun dimasukkan gene Bt dimana ia boleh atau dapat untuk dia menghasilkan racun bakteria yang membuat serangga perosak akan lari. Jagung jenis ini jelas akan mengurangkan tahap penggunaan racun kimia diladang. Dalam kes lain kini ada sejenis vaksin yang boleh “dimasukkan” kedalam pokok pisang dimana pokok pisang baru ini akan memecahkan masalah penghantaran vaksin di kawasan yang lain yang agak terpencil. Tanaman GMO juga boleh dicipta untuk kegunaan lain dimana ia jelas lebih baik dari menggunakan pil atau suntikan. Beras juga boleh dicipta untuk membuat beta-carotene yang akan berubah jadi Vitamin A didalam tubuh manusia. Produk beras ini juga secara automatik memecahkan masalah kekurangan Vitamin A yang diderita dikawasan luarbandar. Hasil dari tanaman kelapa sawit yang menghasilkan minyak  kelapa sawit boleh juga dimanupulasi untuk menghasilkan lebih banyak lemak dan minyak. GMO dan saintis mampu secara biologi menjanjikan lebih sedikit penggunaan bahan kimia dan mampu penghasilkan tuaian maksima, nutrisi makanan lebih baik dan tahap kesihatan juga lebih baik. Sila baca artikel ini dalam Part 1, Part 3, dan Part 4. Wasallam!!!.

AKAN DATANG...MAKANAN MANUSIA...
SEMAKIN KURANG...MAHAL HARGANYA..
PELBAGAI PILIHAN... DICARI SENTIASA...

BACA ARTIKEL... MENAKUTKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

Tuesday, November 29, 2016

APAKAH MAKANAN MASA AKAN DATANG? (Part 1)

MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and Agro-based Industry, Malaysia. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Kini jumlah penduduk dunia sebanyak hampir 7.5 billion dengan kadar kelahiran antara 200,000 - 300,000 orang bayi sehari yang mana perlukan makanan. Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada bahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

1. MEAT ANALOG (Daging tiruan)
Sudah banyak dibuktikan bahwa protein haiwan tidak mesti lebih baik dari protein buatan (Artificial protein). Harga daging semakin meningkat dan kemungkinan ia membawa masaalah kesihatan jika diambil berlebihan menghantui ramai orang. Kini timbul kesedaran umum untuk mengambil daging tiruan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Meat Analog' sebagai gantian (Sila lihat foto disebelah). Pembuatan daging tiruan ini disebut juga Texturized Vegetable Protein (TVP) telah lama dilakukan. Menurut Smith (1981) iaitu texturized vegetable protein (TVP) adalah salah satu jenis produk daging tiruan yang menyamai daging asli dalam beberapa ciri asas seperti dalam tekstur, flavour atau warna tetapi yang penting harganya murah dan selamat dimakan. TVP kini dapat dikelaskan sebagai produk pangan rekacipta protein yang dibuat untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik daripada daging asli. Protein kering TVP ini memiliki kadar air 5-7% serta bila sudah dikeringkan akan mengembang semasa digunakan. Kebaikan dari pembuatan meat analog (daging tiruan) antara lain harga yang lebih rendah dengan ciri permakanan dan daya cerna yang setanding, tidak perlukan keadaan penyimpanan yang komplek seperti daging asli, mudah untuk disediakan (masak) dan kaedah penyimpanan serta kualiti produk yang lebih baik. Antara contoh dari makanan ini seperti bahan makanan dari kacang soya iaitu Tempe, Cendawan, Nasi, Bakso dan makanan protin soya vegetarian yang dikomersilkan.

2. Daging In-vitro
Mereka yang memilih makanan lain seperti vegetarian atau mereka yang menyanyangi binatang kini telah ada jenis daging baru yang boleh dimakan dan dinikmati. Saintis dari University of Maastricht di Belanda mengatakan dimana mereka menemui kaedah untuk menghasilkan daging tanpa membunuh haiwan ternakan. Mereka berjaya membuat dan memperkenalkan kepada masyarakat umum di Belanda sejenis hamburger yang pertama kali ditanam secara in-vitro. Kini untuk membuat makanan seperti hamburger mereka hanya menggunakan daging yang berasal dari sel induk. Menurut saintis tersebut jika sekitar sebanyak 10,000 sel induk dari ternakan yang diperlukan untuk menghasilkan daging tersebut. Dalam keadaan dalam makmal jumlah sel-sel induk ini kemudian meningkat lebih dari satu juta dan hasilnya produk hampir identikal atau sama dengan daging lembu semulajadi dari segi komposisi dan penampilannya. Para saintis percaya kajian ini sangat penting apabila jumlah penduduk dunia berkembang daripada 6.2 billion pada 10 tahun dulu kepada 7.5 billion sekarang dimana akhirnya akan ada kekurangan pengeluaran daging asli secara berskala besar dan murah. Produk yang bernama 'Daging in-vitro' ini masih dalam peringkat kajian lagi diharap akan menjadi kenyataan untuk dimakan. 

3. Makanan dari Alga (Rumpair)
Kalau dahulu orang tidak makan rumpai air atau alga laut tetapi kini ianya telah menjadi satu industri yang amat menguntungkan. Jenis alga adalah salah satu spesies yang paling popular masa kini sebagai makanan yang berkhasiat dan mempunyai permintaan yang tinggi terutama alga laut. Ia membantu dalam mengatasi masaalah kekurangan makanan dunia setelah dikomersilkan (Sila lihat foto disebelah). Alga ini mudah membiak dan boleh diproses didalam beberapa bentuk siap makan dan harga berpatutan. Orang Jepun antara komuniti yang telah makan produk alga sejak lama dulu sebagai makanan alternatif. Mereka juga akan memberi makan alga kepada manusia dan binatang. Walau pun alga dapat tumbuh di laut tetapi dengan teknologi terkini ia mudah dijaga dengan hasil yang lumayan.Alga juga boleh dijadikan bahan bakar menggantikan minyak petrol.
Artikel yang agak panjang dalam Anim Agro Technology ini bersambung dalam Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca.
Wasallam!..
MASA DEPAN...MAKANAN MANUSIA...
BAHAN ASLI...IA MAHAL HARGANYA..
ADA PILIHAN... DICARI SENTIASA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

Monday, November 28, 2016

IKAN TAHAI - APA HEBATNYA!

IKAN TAHAI (Sardinella albella) merupakan sejenis ikan kecil yang terdapat dikawasan utara Borneo seperti di kawasan Kawas, Limbang dan Brunei DS. Ikan Tahai kurang dikenali dikalangan orang Semenanjung Malaysia kecuali mereka yang telah melawat Lawas dan menikmati keenakan makanan ikan tahai disana. Penulis yang pernah bertgas di Sarawak dan berkunjung ke Lawas bagaimana pun bertuah kerana berkesempatan untuk melawat kawasan kampung tradisional yang memproses ikan tahai salai (Smoked tahai fish). Keistimewaan ikan tahai dikawasan pesisir pantai ini membolehkan para nelayan menangkap ikan ini dan diproses menjadi makanan yang bukan sahaja dinikmati oleh penduduk tempatan malahan kini industri asas tani mereka mmbolehkan pproduk ikan tahai salai dinikmati oleh orang lebih jauh lagi. Menurut beberapa laporan akhbar tempatan, produk kampung ikan tahai keluaran daerah Limbang dan Lawas sudah diiktiraf dan didaftar sebagai Harta Intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ini telah pun dimaklumkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika beliau melawat Limbang dan Lawas. Kedua-dua kawasanini adalah antara kawasan yang amat popular dengan keluaran ikan tahai (Sila lihat foto diatas). Menurut beliau dengan adanya satu pengiktirafan maka ia akan boleh membantu nelayan mendapat pasaran lebih luas. Mereka kini bakal membawa produk kampung kepada pasaran bandar dan luar bandar dan lebih jauh lagi.  Sebagai fakta, ikan tahai boleh dibuat sambal, keropok, serunding, atau dimasak sup yang dikenali sebagai ‘sup dadah tahai’. Sementara itu kini dilaporkan yang kerajaan Brunei menyatakan persetujuan menjadikan kawasan Limbang dan Lawas sebagai pusat pengeluaran ternakan termasuk kerbau, kambing dan ayam. Kini dengan adanya pusat pengeluaran ternakan di kawasan kita kelak maka ia bakal boleh memberi peluang kepada masyarakat kita untuk menjadi pengeksport daging halal ke Brunei. Dengan usaha sama dengan Brunei ini maka satu peluang terbaik dalam memaju ekonomi domestik melalui kesedaran penduduk tempatan untuk berniaga. Selain itu satu jawatankuasa sudah ditubuhkan untuk mencari mekanisma bagaimana meningkatkan sektor dan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang yang dibincang termasuk penternakan, industri halal, perikanan, pelancongan dan sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Artikel malam Ahad ini sambil bersantai dalam "Anim Agro Technology" saya menulis menganai ikan tahai sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Ikan Tahai merupakan sejenis spesis Ikan Aur-aur atau Ikan Tamban yang amat popular di Lawas iaitu satu kawasan paling utara di Sarawak. Ikan ini ditangkap menggunakan jaring atau pukat dimana ikan yang bersaiz agak sederhana ini sering dijual segar dengan harga agak murah (Sila lihat foto disebelah). Ikan tahai segar enak dimakan dengan menggoreng, menggulai atau apa juga kaedah masakkan. Bagaimana pun dikawasan seperti di Lawas dan Limbang permintaan untuk ikan tahai segar adalah terhad dengan bilangan penduduknya berbanding dengan hasil tangkapan. Oleh itu nelayan tradisional disini akan memproses ikan tahai hasil tangkapan untuk dijadikan ikan tahai kering atau pun ikan tahai salai. Kalau di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia ikan jenis ini banyak diproses untuk membuat keropok sama ada dijadikan keropok lekor atau keropok kering. Berbalik kepada ikan tahai di Lawas dimana ianya akan dimasak air ikan tahai atau lebih dikenali sebagai 'dadah' di kalangan penduduk tempatan. Penduduk di Lawas juga percaya dimana ia boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit biasa termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan sakit demam panas dan melegakan sakit badan. Pemelitian penulis mendapati dimana harga Ikan Tahai adalah mengikut musim. Apabila tiba musim Tahai lazimnya ia di jual dengan harga diantara RM7.00 - RM8.00 sekilogram. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28.00 sekilogram. 

Berdasarkan laporan dan tinjuan penulis mengenai ikan tahai, masyarakat Melayu-Brunei di Kg Awat-Awat telah mengamalkan masakan 'dadah' ini untuk makanan setiap kali selepas bersalin dan ia benar-benar berkesan. Ikan tahai yang dimasak sambal atau dibuat acar merupakan hidangan tradisi tempatan yang amat popular (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini selalunya akan dimakan dengan nasi panas dan memang enak ketika perut sedang lapar. Dikalangan penduduk tempatan mereka akan memanggil nama resepi ini sebagai sambal ‘dadah’. Lazimnya sambal ikan tahai ini diperbuat daripada ikan tahai yang ditumbuk dan bahan lain digunakan adalah lada, asam jawa, garam, gula dan cili boh. Selain untuk makan nasi atau nasi lemak, sambal itu juga sedap dimakan dengan roti, lemang atau ketupat dan juga kalupis. Sekarang makanan 'Dadah' ini juga dipanggil sebagai 'Sambal dadah' dimana ia popular bukan saja di Daerah Lawas malah juga di daerah berhampiran iaitu Limbang, malah turut diminati rakyat negara jiran siapa lagi kalau bukan Brunei Darussalam. Ini kerana dari segi lokaiti perkampungan Awat-Awat terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot dari Muara Brunei dan 45 minit jaraknya dengan bot dari Labuan, jika menaiki bot 60 kuasa kuda. 

Membuat ikan tahai kering atau ikan tahai salai memerlukan kemahiran dan teknik yang betul. Ikan tahai juga dikeringkan dengan menjemurnya diatas papan para dibawah sinaran cahaya matahari secara semulajadi. Ikan tahai segar akan dibersihkan dan dibuang segala isi perutnya sebelum dijemur sekitar 7-10 hari sehingga benar-benar kering untuk didimpan atau dijual kepada peraih. Ikan tamban atau ikan tahai kering akan disusun pada rak kayu khas yang dibuat dimana susunan para ini telah sedia untuk disalai. Kawasan menyalai ikan tahai ini diperbuat daripada dapur mudah yang diletakkan para-para untuk diletakkan kayu yang ada ikan salai. Bahan bakar yang digunakan untuk menyalai adalah kayu hutan bakau yang panas dan tahan lama. Ikan tahai ini disalai untuk beberapa hari dan beberapa minggu bergantung kepada saiz ikan dan juga keadaan cuaca persekitaran. Ikan tahai salai yang siap akan dibungkus untuk dipasarkan. Ikan tahai salai ini tahan lama apabila mencapai kualiti dikehendakki. 

Sambai Ikan Tahai merupakan antara makanan yang enak dan sesuai dimakan oleh semua orang. Membuat sambal ini mudah bagi mereka yang pandai memasak. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah seperti 0.5 kilogram Ikan Tahai Salai (atau sama dengan Ikan Aur-aur atau jenis Ikan Tamban), 1 cawan cili kering (yang perlu ianya ditumbuk halus), 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang besar dan juga sedikit gula serta garam. Jangan lupa akan menggunakan sedikit asam jawa, sedikit garam, gula dan ajinomoto sebagai menambak kenakkan sambal ikan tahai. Paling asas diperlukan membuat sambal ini adalah bahan minyak untuk menggoreng dan kuali. Apa yang penulis pernah membuatnya, pertama sekali adalah membuang atau menguoas kulit Ikan Tahai dan tumbuk dengan lesung batu sehingga menjadi separuh halus. Kemudian perlu menumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga garing. Seterusnya adalah untuk memasukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak. Kemudian perlu masukkan air asam jawa, gula, garam dan gaul rata. Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit dan kemudian ia sedia untuk dihidangkan. Sambal ini selain daripada enak dimakan dengan nasi putih juga sesuai dimakan dengan ketupat, kelupis, lemang dan roti. Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak sama ada waktu pagi atau malam mengikut selera. Semuga artikel mengenai ikan tahai ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technologu kali ini. Wasallam!!!..
Aktiviti menyalai ikan tahai.
IKAN TAHAI... IKAN TAMBAN SAMA...
BERSAIZ KECIL... DIKERING JUGA...
DIBUAT SAMBAL... ENAK RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL... TERHIBUR JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Sg Ular, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(3 RabiulAwal 1438H).

UBI JEMBUT - LARIS DI AIR HITAM


Fauziah Johan menunjukkan ubi jembut yang dijual 
di gerainya di Ayer Hitam, baru-baru ini. 

KENTANG JEMBUT atau UBI JEMBUT (Coleus tuberosus) atau juga dipanggil sebagai 'Ubi kemili' yang popular di kalangan masyarakat setempat dengan nama 'ubi jembut' adalah produk umbisi yang unik. Hasilan petani tempatan tersebut kini menjadi tarikan baru di Pekan Ayer Hitam, di sini apabila makanan itu laris dijual setiap hari terutama pada bulan-bulan Ramadan. Penulis yang merupakan seorang peminat makan umbisi ini sejak kecil dahulu memang kenal dimana ia ada ditanam oleh arwah bapa. Penulis memang suka dengan rasa lemak dan aromanya yang menyelerakan. Bagaimana pun baru-baru akhbar tempatan Utusan Malaysia ada mempaparkan satu rancana mengenai ubi jembut ini yang penulis kutip dan tulis semula dalam penulisan artikel kali ini. Ubi berkulit hitam dengan saiz seperti buah langsat itu terkenal dengan keenakannya apabila direbus sebagai juadah berbuka puasa dan ia kebanyakannya ditemui dijual di gerai-gerai Ayer Hitam (Sila lihat foto diatas). Wartawan utusan melaporkan dimana ada seorang peniaga iaitu Cik Fauziah Johan yang menyatakan bahawa pelanggannya yang datang dari seluruh negeri rata-rata membeli ubi itu kerana di kawasan lain ubi jembut ini sukar ditemui. Penulis mengesahkan perkara tersebut kerana ia hanya agak popular dikalangan masyarakat  orang Jawa disekitar Batu Pahat dan Muar serta Kluang yang menanamnya selalu diatas tanah gambut. Lazimnya bekalan ubi jembut ini dihantar oleh pembekal atau petani yang memungut hasil kampung di sekitar daerah ini dan penjual tersebut kini tidak menyangka sambutannya amat menggalakkan. Fauziah berkata dimana ubi jembut ini yang juga dikenali dengan nama ubi tikus itu dijual dengan harga RM5.00 sekilogram dimana dia mampu menjual antara lima hingga enam kilogram setiap hari terutama disepanjang Ramadan. Makan ubi jembut ini dibulan puasa memang baik kerana ia didapati mengandungi karbohiderat yang tinggi dan mampu untuk membekalkan tenaga banyak semasa bulan puasa. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan akhbar mengenai makanan dikenali sebagai ubi jembut untuk dijadikan bahan rujukkan.

Menambah fakta mengenai jualan ubi jembut ini, Fauziah menyatakan ubi jembut di gerainya selalunya laris dijual terutama pada cuti umum atau hujung minggu kerana jumlah pelanggan masa ini biasanya bertambah dua kali ganda pada hari berkenaan. Mereka datang dari dalam negeri dan datang luar negara sepertii daripada Singapura untuk membeli pelbagai produk industri asas tani termasuk kentang jembut ini. Selain dari menjual produk ubi jembut ini terdapat beberapa bahan jualan lain yang mana ia mendapat permintaan tinggi terutama dimusim cuti seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan pelbagai jenis kerepek. Gerai beliau setakat ini tidak lagi pernah terputus bekalan ubi jembut ini kerana stok disediakan dengan baik daripada pembekal termasuk dari petani dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Ubi Jembut ini memang terkenal dimana antara ciri marfologi kenapa ia dipanggil sebagai ubi jembut adalah terdapat akarnya pada hujung bahagian bawah seperti jembut (Jembut bermakna 'rambut' dalam dialek jawa Tempatan). Di kalangan masyarakat setempat dan pada waktu ini orang luar daerah ini pun menggemarinya untuk dimakan dengan kelapa parut, gula atau garam selepas direbus. Bagaimana pun penulis hanya makan terus selepas direbus dengan membuang kulitnya terlebih dahulu semasa suam panas. 

Ubi Kemili (Coleus tuberosus) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Roxburghiaceae juga dikenali dengan Ubi Keling tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa. Saya membuat anggaran terdapat sekitar 8 - 10 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang dibuat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. r Penulis menganggarkan mungkin terdapat kira-kira 15 - 25 Hektar tanaman ubi kemili iaitu keluasan CHE. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus . 

Kaedah penanaman ubi kemili amat mudah dengan menggunakan benih daripada keratan batang ubi kemili. Keratan batang dicucukan diatas tanah yang gembur atau diatas batas tanaman. Amalan arwah bapa saya ialah dengan mencucukkan keratan sepanjang 25 -30 cm (Sebaiknya yang ada akar serabut) diatas tanah gambut sedalam 10-15 cm bahagian pangkal dalam tanah. Tanah gambutbekas tanah bakar merupakan kawasan terbaik untuk tanaman ubi kemili. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 50 cm (Lihat foto sebelah). Pembajaan jarang-jarang dilakukan oleh penduduk kampung jika ditanam atas bekas tanah bakar dimana terdapat banyak unsur P dan K dalam tanag selain daripada N daripada baja kompos. Pemerhatian telah saya buat dan adalah disyorkan dibubuh sebanyak 20-30 gm setiap rumpun baja NPK 15:15:15 dan kemudian baja 12:12:17:2 apabila pokok mulai berbuah. Tidak banyak maklumat mengenai amalan agronomi tanaman ini ditulis oleh pakar-pakar pertanian di Malaysia. Ubi kemili mulai berhasil lingkungan 10-12 bulan selepas ditanam. Rumpun pokok perlu di buka dibahagian tengah dan di tutup atau perlu dikambus dengan tanah gembor. Kaedah ini bertujuan uuntuk menggalakkan pertumbuhan akar dan umbisi ubi kemili daripada batang yang ditimbus didalam tanah. Kerja menimbus dan menutup tanah dengan menggunakan cangkul atau tajak tetapi bahagian pucuk disekeliling tepr mesti terdedah kepada cahaya matahari (Sila lihat foto sebelah). Jika pokok ubi kemili dibiarkan tumbuh begiru sahaja tanpa ditimbus, jumlah hasil umbisi yang terhasil adalah kurang. Kaedah menuai ialah dengan mencabut rumpun ubi kemili dan umbisi buahnya akan terikut. Kutip biji buah yang tertinggal dalam tanah. Bersihkan daripada tanah dengan membasuh dengan air menggunakan bakul buluh atau bakul plastik untuk membuang tanah. Hanya ubi kemili yang bersih sahaja boleh direbus untuk terus dimakan. Bagi tujuan ubi kemili yang hendak dijual tidak perlu dibasuh dulu dan biarkan tanah melekat kerana ianya menjamin ketahanan dan juga kesegarannya.

Ubi kemili sedap di rebus dan dimasukkan garam perasa. Hidangkan semasa ia masih panas dan dimakan ketika hujan turun diatas pondok didalam kebun dan memang amat menyelerakan (Sila lihat foto sebelah). Belum ada aktiviti untuk memproses produk ubi kemili yang penulis jumpa dan ada dilaporkan. Penulis amat mengemari ubi kemili dan ada dijual di Air Hitam, Johor dengan harga antara RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram. Generasi baru kini mungkin tidak kenal dengan produk baik ini yang saya kira sebagai Produk Organik. Pendedahan kepada petani dan golongan muda perlu dijalankan agar tanaman ini tidak pupus dan boleh dijadikan produk berpotensi. Diharap rendana ke 4,211 ini mampu memberikan info berguna kepada pembaca semua. Makan ubi jembut mengenyangkan tetapii jangan makan berlebihan kerana ia akan menyebabkan sering buang angin. Apa pun penanaman ubi jembut ini perlu diteruskan oleh petani selagi ada permintaan baik di Bandar Air Hitam, Johor. Wasallam!!.

UBI JEMBUT... UBI KEMILI SAMA...
BERSAIZ KECIL... HITAM WARNANYA...
ISINYA PUTIH... LEMAK ENAK RASANYA...
PEKAN AIR HITAM...BANYAK DIJUALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Air Hitam, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(4 Safar 1438H)

Sunday, November 27, 2016

LADA HITAM - PENGURUSAN PENYAKIT

LADA HITAM (Piper nigrum) merupakan tanaman yang dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat daya India ditanam di Sarawak sejak tahun 1856 dimana ia diusahakan secara meluas sekitar 1900'an lagi. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia selepas Vietnam, India, Indonesia dan Brazil. Bukan mudah untuk menanam lada hitam untuk menghasilkan buah berkualiti dan gred yang baik. Lada Hitam masih merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan untuk kira-kira 67,000 penduduk terutama di kawasan pedalaman Negeri Sarawak. Keluasan purata kebun lada direkodkan masa kini adalah 0.2 hektar. Lada HITAM banyak ditanam di beberapa daerah yang aktif menanam dipendalaman seperti di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan juga Sarikei. Anggaran semasa kawasan penanaman lada hitam yang dilaporkan di Sarawak ialah kira-kira 13,000 hektar (Sumber: Laporan Tahunan, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak 2015). Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 berbanding sebanyak 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus hasil lada hitam ini dari pengeluaran lada di Malaysia adalah di Negeri Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Agensi yang menjaga industri lada hitam adalah Lembaga Lada Malaysia yang dulunya dikenali dengan Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia (JPPH) yang beribupejabat di Kuching, Sarawak. Bentuk Lada untuk Eksport masa kini adalah dimana kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk Lada hitam (Black Pepper) dan Lada Putih (White Pepper). Bentuk lain adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit tanaman lada hitam di Malaysia terutama untuk kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Antara Penyakit yang biasa menyerang lada adalah disebabkan oleh kulat yang membiak dalam keadaan yang panas dan lembap. Penyakit yang perlu diawasi oleh pekebun lada ialah Penyakit Reput Akar (Phytophthora capsici), Penyakit Buah Hitam (Colletotrichum capsici, C. piperis dan C. gloeosporioides), Penyakit Cendawan Angin (Corticium salmonicolor), Penyakit Hawar Lembut (Septobasidium sp.), Penyakit Akar Putih (Rigidoporus lignosus) dan Penyakit Kuning (disebabkan oleh gabungan serangan cacing nematod Radopholus dan kulat (Fusarium solani). Cacing nematod (Meloidogyne spp.) menyerang bahagian akar pokok lada. Penyakit daun keriting yang disebabkan oleh virus juga boleh menyerang pokok lada muda dan matang.


(1) Penyakit Reput Akar 

Penyakit Reput Akar (Root Rot) disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Phytophthora capsici. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian pokok lada dalam waktu singkat. Selalunya kulat jenis Phythopthora capsici akan dapat menyerang seluruh bahagian pokok lada tetapi bahagian yang paling membahayakan adalah serangan pada pangkal batang atau akar (Sila lihat foto disebelah). Punca sebenar berlakunya serangan penyakit ini sukar diketahui bila ia akan berlaku. Tanda serangan paling mudah dilihat apabila pokok lada yang diserang akan menjadi layu. Selalunya pokok yang masih muda apabila diserang akan terus mati. Tanda serangan awal kulat ini adalah pada daun dimana iakan menyebabkan tanda daun berbintik pada bahagian tengah atau tepi daun. Sepanjang tepi bintik-bintik daun tersebut terdapat bahagian seperti warna hitam bergigi seperti tepi kain langsir. Bagaimana pun kemudian ia akan nampak jelas dimana apabila daun telah kering pada simptom lanjutan. Apabila serangan kulat berlaku pada satu pokok dalam suatu kawasan kebun jika tidak dikawal maka selalunya ia akan terus merebak keseluruh tanaman dalam kebun dalam masa 1-2 bulan kemudian. Penulis yang membuat pemerhatian juga mendapati kejadian serangan penyakit reput akar adalah lebih cepat berlaku dalam musim hujan. Kawasan kebun yang bersih dan lapang lebih mudah diserang dengan penyakit reput akar.


(2) Penyakit Kuning 

Penyakit ini disebabkan oleh serangan dari cacing nematod iaitu Radopholus similis dan Meloidogy incognita. Serangan lanjut oleh sejenis kulat iaitu Fusarium oxysporium juga memberi kesan lanjut. Faktur  kesuburan tanah yang kurang serta keadaan sekeliling yang lembab pada tanah atau kadar air tanah menyebabkan kejadian lebih mudah berlaku. Akibat daripada kesan luka-luka akibat serangan nematoda akan memudahkan terjadinya infeksi daripada kulat iaitu Fusarium oxyporium. Tanaman lada hitam yang di serang pertumbuhannya terencat diman simptom seperti pada daun menjadi kuning kaku dan tergantung tegak lurus dan makin lama akan makin mengarah ke batang. Daun yang diserang menjadi kuning akan kemudian ia akan gugur. Jika terlalu serius serangan maka akhirnya tanaman akan gondol atau tiada daun langsung. Jika diperiksa pad bahagian akar tanaman yang diserang akan dilihat dimana sebahagian besar akar rambut telah rosak. Pada akar rambut tersebut terdapat luka-luka nekrosis dan puru (bintil-bintil akar). Gejala serangan oleh cacing nematod jenis           Radopholus similis ini menyababkan ujud luka-luka pada akar semantara jika berlaku serangan oleh M. incognita (root knot nematode atau nematod hanya dilihat tanda seperti membengkak atau menjadi puru akar. Di dalam jaringan akar pokokk yang luka dan membengkak tersebut jika diperiksa akan terdapat sekumpulan cacing nematod didalamnya.


(3) Penyakit kerdil atau Penyakit Keriting. 

Penyakit jenis ini tidak membunuh pokok lada hitam atau mematikannya tetapi ia akan menyebabkan kadar pertumbuhan tanaman sehingga menjadi kerdil. Ini memberi kesan kepada menurunkan produktiviti tanaman lada hitam atau boleh menyebabkan pokok tidak berbuah. Penyebab penyakit kerdil adalah sejenis virus dikenali dengan nana Pepper Yellow Virus (PYMV). Virus ini berpunca daripada tanah dan persekitaran serta bahan tanaman yang digunakan. Tanda serangan penyakit kerdil dimana adanya daun-daun abnormal dengan saiz yang lebih kecil sering kali bergelombang atau belang-belang. Pada serangan lebih teruk selalunya akan menyebabkan tanaman jadi kerdil. Pada beberapa tanaman lada hitam selelunya berlaku pertumbuhan cabang yang berlebihan dengan daun yang kecil-kecil atau tidak berdaun. Tanaman yang terserang peringkat awal atau masih belum serius masih mengeluarkan hasil akan tetapi tandan buahnya pendek, tandan buah tidak penuh dan ukuran lebih kecil. Bagaimana pun jika berlaku serangan teruk dan tidak dikawal menyebabkan tanaman kerdil dan tidak berbuah. Tanaman yang sudah menunjukkan gejala penyakit ini tidak boleh dijadikan benih. Jika semasa mula menanam dan dilihat pada nurseri terdap[at benih yang kerdil maka sebaiknya benih tanaman tersebut hendaklah terus tidak ditanam sebaliknya dimusnahkan. Dalam pada iitu dari segi amalan agronomi, berlakunya penyebaran penyakit dilakukan oleh serangga vektor dan dapat juga melalui alat-alat pertanian yang bekas dipakai pada tanaman yang kena penyakit. Sebaiknya disyorkan agar peralatan yang akan digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan pada tanaman lada hitam yang sihat. Disamping itu sebaiknya dipantau dan dilakukan pemantauan akan keujudan vektor penyakit seperti Aphis sp, Planococcus minor dan Ferrisia virgata. Semasa mula menanam sebaiknya elakkan dari menggunakan bahan tanaman yang berasal dari tanaman yang telah berpenyakkit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!...

LADA HITAM... LADA PUTIH ADA...
DITANAM BERTIANG...KENA JAGA...
ADA PENYAKIT...KENALI DIANYA...
PERLU DIKAWAL... HASIL BERGANDA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Timotel Hotel,
Jalan Mersing-Endaun Mersing,
Johor, Malaysia.
(29 Muharam 1438H)

Saturday, November 26, 2016

LANDAK - KENALI DIA

LANDAK (Pocupine) merupakan sejenis haiwan liar yang terdapat di negara kita sebagai haiwan dilindungi. Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang memang unik kerana ia mempunyai banyak duri tajam dibadannya. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti kalau dimelayukan jadi 'babi berduri'. Daripada beberapa rujukan dalam lamanweb dinyatakan yang keluarga landak terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Hystricidae dan juga Jenis ErethizontidaeRujukkan mendapati antara sub-famili dibawah Erethizontidae adalah Jenis Coendou, Sphiggurus, Erethizon, Echinoprocta dan Jenis Chaetomys. Sementara itu dibawah sub-famili Hystricidae adalah Atherurus, Hystrix, Thecurus dan juga Trichys. Laporan menunjukkan jenis landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae. Secara amnya haiwan unik landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa ianya terancam maka tindakan landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. apa yang menarik adalah dimana seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau dan haiwan pemangsa lain. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri musuh mereka maka tindakkan haiwan landak akan terus mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracak. Sesetengah landak turut berlari menuju kepada musuhnya dengan laju dan ini akan menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut. Bagaimana pun bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti jenis Landak Trichys lipura di Borneo. Artikel malam ini sambil menonton TV2 cerita hindustan, saya menulis rencana bertajuk 'Landak - Kenali Dia' dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai haiwan unik ini.

Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak yang dikenalpasti iaitu dari Famili Hystricidea iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung). Ketiga-tiga spesis landak ini mungkin anda boleh lihat dalam beberapa buah zoo seperti di Zoo Negara, Zoo Melaka, Zoo Taiping dan beberapa zoo lain. Anda boleh baca artikel saya mengenai indsutri menternak Landak Raya dalam rencana tulisan saya sebelum ini sebagai rujukkan (Sila Klik Disini). Artikel ini menjelaskan bagaimana haiwan landak ini diternak dan dijual serta dijadikan sejenis makanan hebat kategori Daging Eksotik yang agak mahal harganya. Jangan lepas peluang anda untk klik dan baca artikel ini yang sangat informatif mengenai ciri haiwan landak yang berbagai ini. Landak kebiasaannya bersaiz antara 63-80 cm (25 hingga 32 inci) panjang dengan ekor sepanjang 10 -13 cm (4.5 hingga 5 inci). Landak liar dewasa lazimnya mempunyai berat antara 12 - 35 paun (Berapa kilogram?) dengan badannya berbentuk agak bulat dan bergerak perlahan sahaja jika tidak diganggu. Haiwan Eksotik landak ini mempunyai tubuh yang tegap, berkepala kecil, telinga kecil, kaki yang pendek dan ekor yang pendek dan tebal. Kaki hadapan landak mempunyai empat buah jari sementara kaki belakang landak mempunyai lima jari. Setiap jari mempunyai cakar yang panjang yang membolehkan landak mengupas kulit pokok atau memanjat pokok untuk mencari makanan dan berlindung.

Landak adalah sejenis haiwan yang mempunyai gigi yang kuat untuk membantu mereka memakan tumbuhan keras seperti kulit pokok. Landak juga memerlukan bekalan kalsium yang banyak bagi menghasilkan duri baru bagi menggantikan duri pada bahagian yang gugur. Duri landak semasa dikampong dahulu sering digunakan sebagai 'alat penunjuk' ketika belajar membaca Al Quran. Ini kerana hujungnya yang tajam dan keras amat sesuai digunakan bagi menunjukkan ayat-ayat Quran oleh tok guru yang mengajar mengaji. Kini bulu landak ada dijual dibeberapa kedai kraftangan dan cenderahati sebagai satu barangan hiasan kraf yang bernilai tinggi kerana ia amat cantik dan tahan lama. Selain itu landak sebagai haiwan liar akan bertindak aggressive dengan mengundurkan diri sebelum ia berlari pantas menuju musuhnya mereka dengan sehingga duri landak itu menikam musuhnya. Duri landak yang senang tercabut akan terbenam dan tertinggal kedalam tubuh musuh mereka menyebabkan mush akan lari atau berundur. Sistem pertahanan landak ini membolehkan ia terus survive dalam hutan kecuali jika jumpa manusia ia akan dibedil dan dimakan dagingnya. Penulis dulu memang puas makan daging landak ketika zaman kank-kanak dahulu kerana ia mudah diperolehi disekitar kawasan kampong di Muar, Johor dan arwan bapa merupakan pemburu hebat dengan mempunyai selaras senapang patah.

Setiap landak boleh mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai curi unik dan cantik sebagai produk seni yang ada harga. Terdapat berbagai bentuk dan warna duri landak daripada jenis lurus dan juga jenis agak bengkok. Apabila ia ditusukkan pada badan musuh lazimnya ia melekat dan menyakitkan. Duri landak ini ada yang tercangkuk pada badan mangsa dan kekal dalam tubuh pemangsa apabila ditikam dan musuh akan lari. Daripada penelitian penulis mendapati haiwan landak biasanya hidup bersendirian dan aktif diwaktu malam. Bagaimanapun landak mampu bergerak pada siang hari sekiranya terpaksa. Landak dikatakan mempunyai daya ingatan yang kuat dan mudah berlajar sesuatu yang baru. Landak mempunyai tahap deria penglihatan yang biasa bagaimana pun ia mempunyai deria pendengaran dan deria bau amat tajam. Deria ini banyak membantu landak ketika merayau mencari makanan pada waktu malam. Landak di Malaysia mempunyai tempoh bunting selama 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak ini mampu membiak sehingga 2 kali setahun. Sebagai haiwan mamalia maka landak melahirkan anaknya hidup-hidup. Anak landak mempunyai bulu yang masih lembut ketika dilahirkan dimana anak liar dianggarkan mampu untuk hidup sehingga dewasa selama 12- 15 tahun. Kajian saintis menlaporkan jenis landak yang dipelihara dan dijaga baik pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.

Dalam keadaan semulajadi, lazimnya landak akan menggali lubang di dalam tanah iaitu sebagai sarang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimanapun selalunya landak juga akan menggunakan rongga kayu, batu dan sebagainya sebagai sarang mereka. Dalam beberapa laporan dari Perhilitan, landak di Malaysia juga mampu menyusaikan diri dengan pelbagai habitat, samaada dalam hutan dara atau hutan kedua (hutan yang ditanam semula) seperti ladang kelapa sawit. Landak memakan tumbuh-tumbuhan termasuk buah kelapa sawit yang gugur ketanah. Landak di kawasan hutan merupakan satu penanda tentang kehidupan fauna dirimba. Oleh kerana landak merupakan mangsa haiwan pemangsa seperti harimau maka kehadiran landak menunjukkan terdapatnya keseimbangan rantaian makanan dirimba dan jumlah haiwan dirimba berada dalam keadaan yang stabil. Memburu landak tidak dibenarkan untuk elakkan kepupusan haiwan unik ini di Malaysia. Bagaimana pun ada orang yang telah mampu untuk mengusahakan ternakan landak seperti artikal pautan yang saya nyatakan diatas. Daging landak mentah boleh dijual dengan harga diantara RM150 - RM180 sekilogram. Ia akan dimasak sebagai makanan daging eksotik yang semakin ramai telah meminatinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!.
HAIWAN LANDAK... CANTIK BULUNYA...
LANDAK MALAYSIA... 3 JENIS SEMUA...
LANDAK RAYA... ADA DITERNAKNYA...
DAGING LANDAK... AMBOI SEDAPNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parti Bengkok,
Gersik, Ledang, Johor,
Malaysia.
(28 Safar 1438H).

Friday, November 25, 2016

FERTIGASI - SEDIAKAN BAJA SET A/B

TEKNOLOGI FERTIGASI dalam pertanian merupakan teknik yang semakin popular diamalkan oleh petani yang menanam sayuran dan tanaman kontan lain. Fertigasi (fertigation) ini sebenarnya berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi yang penulis faham adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Pada masa ini Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Terdapat banyak nama dalam fertigasi ini seperti Fertigasi Rakyat, Fertigasi Tertutup dibawah SPH (Struktur Pelindung Hujan), Fertigasi Gantung, Fertigasi Bantal, Fertigasi NFT dan banyak lagi. Dalam pada itu ada beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Apa yang penulis tinjau dari banyak lokasi penanaman fertigasi, pokok akan ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) atau media lain yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Selain itu kaedah tanaman biasaannya akan ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga. Kaedah Sistem Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah. Teknologi Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional seperti bagaimana proses pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. FFertigasi juga memberi media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit dimana ini akan mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak. Sistem moden ini juga mampu untuk meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi dimana tiada masalah merumpai sekali gus akan dapat mengurangkan kos buruh. DAripada tinjuan penulis dibanyak TKPM yang menjalankan sistem fertigasi mendapati ia mamu penghasilkan kualiti hasil yang lebih baik dimana berlaku juga kadar penggunaan baja yang cekap. Pemerhatian dilokasi mendapati ia mampu mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30% dalam pemberian baja serta ia mampu untuk mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai. Beberapa petani mendakwa hasil diperolehi adalah lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda. Sistem ini memerlukan pengurusan tanaman yang lebih sistematik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sistem fertigasi dan kaedah menyediakan baja cecair Set A dan Set B sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam kaedah Fertigasi terdapat beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas yang juga dikategorikan sebagai 'Vertical Technology System'. Antara beberapa peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3-6 kali sehari selama 5-10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman. Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran. Dalam pada itu teknologi fertigasi amat sesuai dilaksanakan ramai petani untuk mengatasi masaalah defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Pada penulis industri pertanian memang perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing. Kini kerajaan melihat bahawa negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian itu program pemindahan teknologi dan cara tanaman seperti sistem fertigasi yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.


Pada masa kini penulis dapati ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam di rumah demi mendapatkan sumber mentah seperti sayuran dan buah-buahan dengan sendiri. Oleh itu kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Baja Set A dan Set B boleh dibeli daripada pembekal tempatan sama ada yang berjenama atau tidak (Sila lihat foto disebelah). Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya. Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah. Langkah pertama bagi anda untuk menyediakan pati larutan baja dimulakan dengan sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi). Kemudian isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas dan . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan sebanyak 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter. Kemudian dimasukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yang mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut akan betul-betul habis di tuang. Perkara ini perlu dilakukan kerana ada baja Mikro seperti Mo yang beratnya secubit, hanya mempunyai berst tidak sampai 1 gram. Kemudian kacau larutan sehingga sebati.


Seterusnya langkah kedua pula adlah dengan menyediakan air baja untuk siraman pokok. Mula-mula sediakan bekas berisi 10L air paip dalam bekas lain. Kemudian diambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan. Antara beberapa tips penggunaan stok air baja adalah dimana Baja Set A selalunya ada baja mikro Ferum (iaitu sejenis serbuk warna kuning) dimana stok air baja A akan berwarna kuning. Manakala selalunya baja Set B adalah dimana stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika hendak menggunakan untuk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen) disyorkan agar ambil stok air baja set B dulu diikuti dengan stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yang teduh atau berbumbung untuk mengelakkan ia rosak. Jika simpan air baja set A dan B dirumah sebaiknya anda boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan. Bagi memudahkan mereka yang ingin membuat bancuhan baja Set A dan Set B boleh gunakan kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter. Berikut adalah formula membancuh iaitu kadar 1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air), Kadar 1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air), Kadar 1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air), Kadar 1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air), Kadar 1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air), Kadar 1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air) dan Kadar 1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air. Bagaimana pun mereka yang kali pertama membuat bancuhan perlu belajar daripada pihak berkenaan sehingga betul-betul mahir mengenainya. Beberapa kursus mengenai teknologi fertigasi diadakan untuk mendalamkan ilmu pengetahuan penanaman secara fertigasi. Wasallam!!!..
SISTEM FERTIGASI... POPULAR DIGUNA....
BANYAK KEBAIKAN... PERLU DILAKSANA...
MEMBANCUH BAJA... PERLU FAHAMNYA...
POKOK SUBUR... PETANI GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Fertigasi Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(23 Safar 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...