Support My Blog

Sunday, September 20, 2026

REBUNG BULUH DAN FAKTA PENTING (PART 4)

REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.


Terdapat banyak resepu masakan dari rebung buuh bergantung kepada citarasa dan jenis rebug di gunakan sama ada dari Jenis Rebug Segar, Jenis Rebung Dalam Tin atau Jenis Rebung Kering. Di Malaysia dan di kampong saya di Muar, Johor dimana Jenis Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung merupakan hidangan terbaik untuk di makan dengan nasi putih panas dan di hidangkan semasa makan tengahari. Penulis blog memang tahu cara menyediakan menu ini sebab sudah sering makan di kampong dengan menyediakan bahan-bahan yang terdiri daripada rebung buluh (di ambil dari kebun atau di beli jenis yang sudah direbus empuk), santan kelapa (sederhana cair atau pekat), cili padi (tumbuk atau kisar), kunyit hidup (tumbuk bersama cili padi), serai (diketuk), daun kunyit (dihiris atau disimpul), ikan bilis atau udang (pilihan penambah rasa) dan juga garam secukup rasa. Kalau suka tambah ada yang akan gunakan pertu lembu (yang di hiris dan di rebus masak). Cara memasak hidangan ini adalah dengan menumbuk cili padi dan kunyit hidup. Kemudian dimasukkan bahan tumbuk, serai dan rebung ke dalam periuk. Seterusnya di tuang santan dan masukkan ikan bilis atau udang dan dimasak atas periok dengan gunakan api sederhana sambil dikacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak berketul. Kemudian boleh di masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam. Boleh di biarkan sehingga mendidih sebati dan dimatikan api serta kemudian siangkat untyk dihidangkan.


Penulis blog ada beberapa kali ujirasa Kerabu rebung iaitu sejenis hidangan tradisional Melayu yang menyegarkan, pedas dan berlemak. Hidangan ini ia selaunya akan dibuat menggunakan rebung yang dicelur bersama ulam-ulaman, kerisik dan santan atau udang kering dimana memang enak di makan dengan nasi serta lauk pauk yang lain. Bagi membuat sendiri di rumah perlu di sediakab bahan-bahan yang sesuai iaitu sediakan 300g hingga 500g rebung (dihiris halus dan direbus empuk, kemudian ditoskan), 1 labu bawang besar (dihiris nipis), 2 batang serai (dihiris halus), cili padi atau cili merah (ikut tahap pedas, dihiris atau dikisar), 1 sudu besar kerisik 2 hingga 3 biji limau kasturi (diambil jusnya), Sedikit isi ikan rebus atau boleh juga dipanggang atau segenggam ikan bilis (ditumbuk) serta sedikit garam dan gula secukup rasa. APa pun cara penyediaannya dengan merebus dulu hirisan rebung dimana sebaiknya direbus rebung yang telah dihiris dengan sedikit garam selama 30 hingga 45 minit untuk menghilangkan rasa pahit dan ia kemudian ditoskannya sehingga kering. Kemudian disediakan bahan hirian atau bahan untuk tumbuk iaitu denga menghiris nipis bawang besar, serai dan cili padi. Apa pun jika suka boleh ditumbuk ikan bilis atau isi ikan sehingga sebati. Kemudian bahan-bahan ini ia digaul sehingga sampai sebati. Seterusnya di satukan rebung, bahan hirisan, kerisik dan isi ikan dalam mangkuk besar. Ia perlu di perasakan dengan memasukkan jus limau kasturi, garam dan gula secukup rasa dan ia kemudian gaul rata sehingga semua bahan bersalut sempurna dan sudah sedia untuk hidanga ini  di hidangkan. Ia enak di akan begitu sahaja atau boleh di makan dengan nasi putih semasa makan tengahari.


Dalam portal media lain ada di laporkan 'Hebatnya Rebung Madu' yang agak menarik di kongsikan faktanya. Media laporkan ada rombongan kakitangan Agrobank membuat liputan projek-projek pembiayaan organisasi kewangan itu di sekitar negeri Kedah di sambut dengan hidangan makan tengahari yang berbeza daripada biasa. Kesemua menu yang dihidang mengandungi rebung madu sebagai bahan asas. Makanan ini ia disediakan dalam pelbagaijenis masakan antaranya adalah seperti gulai daging bersama rebung madu, acar rebung madu dan masak lemak rebung madu kelihatan cukup
 menyelerakan. Juga ada dilaporkan dimana jenis rebung madu mempunyai rasa yang sangat berlemak dan manis berbeza daripada rebung biasa seperti didakwa oleh pemilik restoran Ahmad Tajudin ketika ditemui di Kuala Nerang, Kedah dengan melayani rombongan ini. Di Malaysia dimana industri rebung madu adalah satu bidangusaha yang Agrobank lihat ia kini semakin semakin berkembang pesat serta mendapat permintaan tinggi. Apa pun selain masakan dimana tumbuhan dalam kategori sayur itu juga boleh ianya dihasilkan dalam bentuk tepung, kerepek, jeruk dan juga rebung beku. Rombongan ini melawat penanaman rebung madu yang mana dia mula berjinak-jinak dengan perusahaan penanaman rebung madu ini sekitar tahun 2008.  Kalau dulu dia cuma main-main bila ada kawannya yang menyuruhnya cuba merasai keenakkan masakan rebung maka dia terus menanamnya. Kini masakan rebung buluh sudah ramai yang suka dan tertarik dengan rasanya yang sangat sedap. Tanam pokok rebung madu merukan aktiviti yang dilaporkan mudah dan cepat untuk mengeluarkan. Awalnya dulu petani ini hanya mulakan projek dengan bermodalkan RM1,800 bagi tujuan membersihkan kawasan hutan dan membeli biji benih dikebun projek tanaman rebung madu di kawasan tanah seluar empat ekar yang disewanya. Dakwanya di peringkat awa hanya menanam 400 anak pokok rebung madu dengan jarak tiga meter setiap pokok untuk memudahkan pertumbuhan. 'Kemudian di perhatikan yang setiap unit benih buluh yang dibeli ini kemudiannya akan bercambah dan ia membentuk serumpun pokok yang mengandungi antara 8 - 10 batang rebung. 'Sebahagian dari pokok-pokok ini kemudiannya akan ditebang untuk dijadikan sebagai benih pula dimana semua prosesnya sangat mudah dan tidak membebankan. Amalan agronomi penting yang di lakukan adalah membaj yang perlu dijalankan setiap enam bulan sekali. Bagi aktiviti penyemburan racun serangga dimana ia dibuat setiap dua bulan untukdapat mengelakkan gangguan serangga seperti anai-anai dan kerising. Apa pun biasanya digunakan jenis baja daripada najis lembu yang telah diproses selain menerima bantuan baja daripada pihak Jabatan Pertanian Kedah. Apa fakta menarik dan unik dari tanaman rebung madu adalah jenis ini ia tidak mempunyai sifat miang seperti rebung biasa. Lebih memudahkan lagi dengan cara sistem pembiakannya juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak serta senang dijaga. Rebung madu mempunyai tempoh matang selama lapan bulan dan selepas tempoh itu, hasilnya boleh dituai. Melihat proses pengendalian yang mudah dan permintaannya yang tinggi. Petanin inni dilaporkan ada membuat pinjaman modal daripada pihak Agrobank untuk tujuan dapat memperluaskan perusahaannya. Dilaporkan dimana terkini  keluasan kebunnya telah mempunyai lebih daripada 800 pokok dan bercadang untuk mencari kawasan tanah yang lebih besar bagi membolehkannya menanam lebih banyak pokok.


Akhir sekali adlah masih ada kepercayaan atau mitos yang berkaitan rebung buluh di Malaysia dimana penulis blog dapati ia biasanya merujuk kepada pantang larang keturunan tertentu (seperti susur galur Raja Jembal atau Syeikh Jumadil Kubra di Kelantan dan Terengganu) yang dilarang memakan rebung buluh (terutamanya buluh betong). Mitos pertama adalah bagaimana Asal-Usul Mitos dan Pantang Larang dari cerita lisan masyarakat mengaitkan rebung buluh sebagai tempat persembunyian Puteri Saadong atau kerabat diraja ketika melarikan diri daripada ancaman musuh pada zaman dahulu. Ia berkait dengan 'Peristiwa Karamah' yang mana ada juga kisah yang mengatakan leluhur mereka pernah ditolong oleh haiwan (seperti tupai putih) berhampiran rumpun buluh betong ketika kelaparan, lalu diwasiatkan agar menghormati spesis tersebut dan tidak memakan umbut atau rebung berkenaan. Apa pun dilaporkan Akibat Melanggar Pantang dimana menurut kepercayaan tradisi, mereka yang melanggar pantang larang ini diancam risiko terkena kes sakit misteri, alahan, gatal-gatal teruk, atau muntah darah. Dalam kes lain di laporkan ada 'pantang larang' makan rebung merangkumi aspek mitos keturunan, pantang kesihatan tradisional, serta larangan perubatan moden. Mengenai kes pantang larang keturunan Keturunan Raja Jembal Dari Patani dilaporkan ada sebahagian keturunan diraja atau susur galur lama di Kelantan, Terengganu dan Patani (seperti yang bergelar Nik, Wan, atau Raja) berpantang makan rebung buluh betong dan ikan kekacang. Kisah sumpahan atau Budi Nenek Moyang dimana mitos ini ia mengaitkan rebung dengan kisah sejarah atau tempat perlindungan tokoh silam (seperti Puteri Saadong), manakala larangan melanggarnya dipercayai boleh menyebabkan kudis kronik atau sakit misteri. Berlainan pul dengan pantang Larang Kesihatan dan Pemakanan dimana bagi Ibu Hamil dalam kalangan masyarakat tradisional melarang wanita mengandung makan rebung kerana sifatnya yang 'tajam' dan dikhuatiri menyebabkan angin atau ketidakselesaan, walaupun dari sudut perubatan moden ia selamat jika dimasak sempurna. Seterusnya bagi Pesakit Gout bila makan rebung mengandungi sebatian purin yang tinggi yang boleh berubah menjadi asid urik dan memburukkan lagi sakit sendi atau serangan gout. Dalam kes Masalah Gastrik atau Penghadaman dimana kandungan serat kasar yang tinggi dalam rebung boleh merengsakan dinding perut serta menyebabkan kembung, angin, atau sakit ulu hati bagi individu yang mempunyai masalah gastrik. Paling potensi adalah ancaman Keracunan (Cyanide) dimana jenis rebung segar yang tidak dibasuh atau direbus dengan betul mungkin mengandungi toksin semula jadi (sianida) yang berbahaya jika dimakan mentah. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2  Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,301 kali ini. Wasalam!!!....

REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).

Saturday, September 19, 2026

REBUNG BULUH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.


Produk Rebung ada tiga jenis iaitu Jenis Rebung Segar, Jenis Rebung dalam Tin dan Jenis Rebung Kering untuk dijadikan bahan makanan. Jenis paling popular adalah Jenis Rebung Segar (fresh bamboo shoot) iaitu ia adalah pucuk muda buluh yang baru dipotong dari rumpunnya dan mempunyai tekstur yang rangup. Apa pun bagi penulis blog dimana hanya suka jenis rebung buuh segar dan tidak suka dengan jenis rebung buluh peram. Apa pun di Malaysia memang ada terdapat beberapa spesies buluh utama yang menghasilkan rebung segar yang enak dimakan iaitu jenis Rebung Segar Popular adalah dari Jenis Buluh Betong (Dendrocalamus asper) sebab ia jenis rebung bersaiz besar, isi yang padat, manis dan sangat popular untuk dimasak gulai. Selain itu ada jenis Rebung  Buluh Minyak (Gigantochloa levis) dimana apa yang penulis blog tahu dimana ia sangat digemari kerana rasanya yang enak, tidak terlalu pahit dan lazat dijadikan ulam atau masak lemak. Ketiga ada Jenis Rebung Buluh Duri (Bambusa blumeana) dimana rebungnya sedap, namun bahagian luar dan kelopak reneknya berduri tajam semasa mencari. Keempat ada Jenis Rebung Buluh Kemang (Gigantochloa ligulata) iaitu jenis rebung tempatan yang turut mendapat permintaan tinggi di pasar basah. Beberapa petua atau panduan bagi menyediakan Rebung Segar adalah mengambil rebung di pokok dan ia perlu di kupas dan dipotong atau membuang kulit luar yang keras dan ambil bahagian pucuk yang lembut sahaja. Kemudian boleh di rendam dan juga direbus sebabnya rebung segar mengandungi toksin semula jadi (taksifilin) dan rasa sedikit kelat atau rasa pahit. Sebaiknya memang wajib merebusnya terlebih dahulu (sesetengah petua menyarankan menukar air rebusan 1 hingga 2 kali) sebelum dimasak lemak cili padi atau ditumis untuk kenakan tersendiri dan berkhasiat serta enak.


Kedua ada produk Jenis Rebung Dalam Tin (Canned Bamboo Shoot) dimana produk ini adalah pucuk buluh muda yang telah diproses, dipotong (seperti bentuk jalur atau hirisan) dan kemudan ia akan direndam di dalam air atau air garam di dalam bekas tin kedap udara. Beberapa negara pengeluar utama produk rebung dalam tin seperti di China, Taiwan dan Thailand dimana mereka akan memproses rebung dalam tin dengan teknologi yang sangat mudah kerana ia sudah dimasak dan dilembutkan di dalam kilang. Apa pun langkah atau cara memproses untuk menggunakan produk rebung dalam tin sebelum di masak adalah dengan membuka tin dan toskan dulu air dan dibuang air rendaman rebung dalam tin tersebut. Kemuidan ia perlu dibasuh dengan air bersih dan sebaiknya ia di bilas rebung di bawah air paip yang mengalir sebanyak dua hingga tiga kali untuk menghilangkan rasa masam, masin atau bau air tin yang kurang menyenangkan. Sebaikya produk ini di celur seketika (Optional) jika pengguna agak sensitif pada bau atau rasa. Sebaiknya ia di celur atau direbus rebung dalam air mendidih selama 2 hingga 3 minit lagi dan ia kemudian ditoskan. APa pun ia kini sudah sedia untuk di masak mengikut resepi yag di sukai dengan bahan lain disediakan juga seperti di masak tumis pedas atau masak lemak cili api dan dibuat kerabu rebung atau dimasukkan ke dalam sup. Rebung dalam Tin ini biasanya ia hanya menggunakan spesies buluh yang mudah didapati dan lumayan hasilnya seperti Dendrocalamus asper (buluh betung) atau spesies dari Thailand dan China. Ia sebenarnya sudah sedia untuk digunakan selepas dibuka tetapi memang sebainya ia dicuci bersih dan ditoskan dimana di laporkan yang toksin semula jadi dalam rebung segar juga telah hilang melalui proses pengetinan. Teksturnya rangup juga manakala rasanya lebih ringan atau tawar berbanding rebung segar.  


Agak jarang di dengar atau di viralkan akan produk Jenis Rebung Kering (Dried Bamboo Shoot) dimana ia adalah pucuk buluh muda yang telah diproses melalui cara direbus dan dijemur atau ianya dikeringkan supaya tahan lama dalam simpanan dan boleh di eksport jauh. Penulis blog jelaskan fakta bagaimana membuat rebung buluh kering dimana di kilang yang membuat rebung kering melalui proses pembersihan, penceluran air panas, penyejukan, penekanan air, dan pengeringan industri.  Pertama adalah di lakukan proses pemilihan dan pembersihan hasil kutipan rebung segar yang dipilih dan dibuang kulit luar yang keras.
Selalunya di bahagian pangkal yang keras perlu ia dipotong dan dibersihkan. Berikutnya adalah proses penceluran (Blanching) dimana rebung ini perlu direbus atau dicelur dalam air panas bersuhu tinggi selama 1 hingga 2 jam. Proses ini bertujuan mematikan enzim serta bagi menghilangkan toksin semula jadi dan mengurangkan rasa pahit rebung. Proses seterusnya adalah 'Penyejukan Mendadak' di lakukan dimana rebung panas segera dimasukkan ke dalam air sejuk dimana disebabkan ada perbezaan suhu ini kesannya ia akan dapat mengecutkan rebung dan mengekalkan warna kuning semula jadi serta mengelakkan kerosakan tekstur. Berikutnya adalah 'Proses Penekanan Air atau Pressing' dimana rebung ini ia akan diletakkan di dalam mesin penekan untuk memerah keluar lebihan air. Memang langkah ini penting untuk tujuan mengurangkan kandungan lembapan sebelum proses pengeringan. Palinng unik adalah 'Proses Pengeringan (Drying) dimana rebung yang telah leper disusun dan ianya dimasukkan ke dalam ketuhar pengering industri atau mesin pengering bersuhu terkawal (drying oven). Proses didalam membuat rebung kering ini akan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam sehingga rebung betul-betul kering dan tahan disimpan. Fakta akan ciri-ciri rebung kering dimana bentuk asas adalah oa dihiris nipis, dipotong memanjang atau ketulan kon bergantung pada cara ia diproses. Selalunya ia berwarna kuning keemasan, coklat muda atau beige serta kelihatan kering dan agak liat sebelum direndam. Ia mempunyai rasa umami yang lebih pekat berbanding rebung segar diman selalunya selepas dimasak, teksturnya menjadi kenyal dan lembut. Penulis blog kongsikan cara menyediakan penduan atau petua bagaimana rebung kering sebelum dimasak ialah dengan merendamnya di dalam air selama berjam-jam atau semalaman sehingga lembut dan ia kemudian merebusnya semula. Perlu di masukkan rebung kering ke dalam mangkuk dan rendam dengan air biasa selama 6 jam atau semalaman sehingga rebung lembut dan mudah dilenturkan. Tukar air rendaman jika air menjadi keruh. Kemudian di cuci dengan cara toskan rebung yang sudah kembang dan bilas bersih dengan air mengalir. Masukkan rebung ke dalam periuk berisi air, lalu didihkan selama 1 jam untuk menghilangkan sisa bau atau rasa keras dan ditoskan. Jika rebung masih agak keras, ulangi proses merebus sekali lagi selama 1 jam sehingga teksturnya empuk tetapi sedikit kenyal dimana ia sudah sedia di masak. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2  Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,300 kali ini. Wasalam!!!....
REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).

Friday, September 18, 2026

REBUNG BULUH DAN FAKTA PENTING (PART 2)

REBUNG BULUH (Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.


Industri rebung buluh di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan industri rebung bulu di Thailand walau pun banyak kempen di lakukan oleh pihak berwajib. Penulis blog dapati sehingga artikel ini di tulis tidak ada data rasmi khusus mengenai jumlah dan nilai pengeluaran rebung buluh secara nasional di Malaysia sebab ia tidak direkodkan sebagai komoditi utama secara terperinci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Jabatan Pertanian Malaysia. Isu ini masih berlaku kemungkinan kerana industri ini banyak diusahakan secara kecil-kecilan atau separuh komersial atau masih banyak bergantung kepada pokok buluh liar di hutan atau di kawasan belukar. Beberapa pihak seperti Jabatan Hutan, FRIM, MARDI, DOA ada membuat kajian kemungkinan akan mengkomersilkan industri rebung dan penanaman bukuh akan tetapi sambutab pihak pengusaha masih dingin. Walau bagaimanapun ada sedikit maklumat berkaitan pengeluaran dan pasaran rebung di Malaysia sebagai rujukkan. Pertama adalah maklumat mengenai sumber rebung dan pasaran import dimana direkodkan  yang Malaysia masih mengimport sekitar 30 - 50 tan produk rebung buluh setahun dari negara luar seperti China, Thailand dan Jepun bagi dapat menampung permintaan tempatan dimana trend ini ia dilaporkan masih terus berlaku peningkatan permintaan domestik kerana rebung diminati ramai sebagai bahan masakan tradisional. Aspek kedua adalah mengenai Harga Pasaran Rebung di Malaysia yang mana bagi jenis rebung buluh Betung (Dendrocalamus asper) ia di jual sekitar RM5.00 sekilogram untuk yang belum diproses dan RM8.00 sekilogram untuk yang sudah diproses. Dalam pada itu bagi Jenis Rebung Buluh Beting (Buluh Lemang) ia di jual pada harga sekitar RM3.00 sekilogram (belum diproses) hingga RM5.00 sekilogram (rebung sudah diproses). Bagaiman pun secara umumnya dimana harga rebung buluh di Malaysia biasanya dijual sekitar RM4.00 hingga RM13.00 sekilogram bergantung kepada jenis rebung, sama ada ia masih segar, atau sudah siap diproses. Ia di kelaskan kepada pecahan harga pasaran dimana lazimnya bagi Jenis Rebung Segar (Belum Diproses) akan di jual dengan harga RM4.00 - RM6.00 sekilogram di pasar tani atau ladang sementara umumnya bagi Jenis Rebung Siap Proses atau Rebug Siap Potong ia di jual sekitar RM8.00 - RM13.00 sekilogram (atau sekitar RM10.50 untuk pek 500g di platform atas talian). Bagi produk Jenis Rebung Premium (Sudah Siap Masak dalam Pek) dimana harganya ia boleh mencecah sehingga RM21.00 - RM25.00 sekilogram.Penulis blog pernah membuat lawatan teknologi ke pengusaha ladang swasta berskala besar (seperti di TKPM Lanchang, Pahang) yang mampu mengeluarkan sekitar 12 tan rebung sebulan dari kawasan seluas belasan hektar dahulu.


Cara masak atau penyediaan rebung ia tidak boleh dimakan mentah kerana selalu ia mengandungi sebatian toksin semula jadi (taksifilin). Ia perlu dikupas kulit luar dan direbus terlebih dahulu di dalam air mendidih selama 20 hingga 30 minit sebelum dimasak. Sebenarnya manafaat rebung sebagai bahan masakan sudah dilakukan sejak zaman dahulu dimana rebung boleh dituai sepanjang tahun atau tanpa mengenal musim. Rebung yang terbit pada pangkal rumpun buloh berbentuk kon yang tajam dibahagian atasnya dan saiz ukurlilit batang bergantung krpada spesis rebung. Ia perlu dipotong dengan parang tajam atau terjah yang mampu memotong bahagian akar. Ia akan menghasilkan lebih banyak rebung kalau selalu dilakukan aktiviti penuaian. Apabila dibuang kulitnya, kebanyakan isi rebung adalah berwarna putih krim yang menarik dengan aroma yang segar (Sila lihat foto sebelah). Penulis mendapati di Malaysia penghasilan rebung buloh adalah sepanjang tahun tetapi penuaian rebung agak tinggi (memuncak) antara bulan Disember hingga Februari atau pada musim hujan. Rebung boleh dikutip ketika sudah mencapai ketinggian sekitar 20 cm dengan diameter sekitar 7 cm. Penting diperhatikan adalah agar buloh rebung tidak boleh terlambat untuk dituai kerana jika terlambat selama sekitar 2 bulan maka rebung akan berubah menjadi anak pokok buloh yang keras sehingga tidak memungkinkan untuk dijadikan sebagai bahan masakan.


Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada Air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya. Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan. Kajian juga mendapati selain kalium, Rebung juga sangat kaya dengan serat (Fiber) iaitu sebanyak 2.56%. Kandungan serat pada rebung ternyata lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika yang lain seperti Sawi (1.01%), Timun (0.61%), Kacang Soya (1.27%) dan sebagainya. Pada masa ini masih ujud pada dasarnya manusia yang mengalami kes-kes kekurangan serat pada tubuhnya tidak akan mengalami gejala yang spesifik iaitu tidak seperti kekurangan zat-zat lainnya. Bagaimana pun ketercukupan serat harus terpenuhi dengan baik untuk meningkatkan aktiviti metabolisma tubuh.


Kekurangan serat ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hiperkolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya. Serat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk Rebung Buluh. Lazimnya bahan serat memang tidak boleh dicerna dan diserap oleh saluran pencernaan. Bagaimana pun memang telah diketahui ia memiliki fungsi yang sangat penting iaitu untuk memelihara tahap kesihatan manusia seperti dapat mencegah ancaman serangan berbagai jenis penyakit dan merupakan komponen penting dalam terapi zat permakanan. Pengambilan bahan serat daripada rebung buloh ini adalah satu pemilihan yang baik. Bagaimanakah kadar pengambilan rebung buluh penduduk kita?. Beberapa sumber rujukan manyatakan ianya hanya purata sekitar 10.5 gram seorang seharian. Ini amat jelas bahawa ia ditahap masih kurang kerana keperluan ideal yang mesti dicukupi ialah sebanyak 30 gram serat setiap orang sehari. Oleh itu pengambilan buloh rebung boleh menjadikan anda memyelesaikan beberapa masala kesihatan yang dinyatakan diatas. Apa pun pastikan mengamnil buloh rebong segar yang diproses dengan betul atau membeli rebung buloh dalam tin yang dijamin kualtitinya (belum expired lagi pada label). Selamat menjamu selera rebung buluh yang dimasak lemak cili api. Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,299 kali ini. Wasalam!!!....
REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).

Thursday, September 17, 2026

REBUNG BULUH DAN FAKTA PENTING (PART 1)

REBUNG BULUH
(Bamboo Shoot) adalah pucuk muda yang baru tumbuh daripada akar bawah tanah pokok buluh dimana ia masih lembut untuk dimakan sebagai sejenis sayuran yang popular di banyak bahagia dunia. Bagi penulis blog yang suka makan rebung buluh segar ia 
merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini). Artikel kali ini saya gembira berkongsi fakta penting dalam "Anim Agro Technology" mengenai REBUNG BULUH sebagai bahan rujukkan semua.


Mencari fakta akan nilai pasaran rebung buluh dunia (bamboo shoots market) dimana jumlahnya ia dianggarkan bernilai sekitar USD 2,800.0 juta (kira-kira RM12.3 bilion) bagi tahun 2025. Pasaran ini diunjurkan terus berkembang pesat dan dijangka mencecah sehingga USD 4,184.7 juta (kira-kira RM18.4 bilion) jika menjelang tahun 2035 iaitu dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 4.1%. Apa pun dilaporkan dimana nilai ini adalah khusus untuk segmen rebung sebagai makanan sahaja. Penulis blog dapati dimana jika merangkumi keseluruhan industri buluh global termasuk perabot, tekstil, pembinaan dan bioenergi maka jumlah nilai pasarannya jauh lebih besar iaitu bernilai sekitar USD 70 - USD 77 bilion (RM283.1 - RM311.43 billion) setakat tahun 2025. Jika di teliti kan rekod ini dimana pasaran pengeluaran rebung buluh dunia ia didominasi dari rantau Asia-Pasifik yana mana merupakan pengeluar dan pengguna terbesar rebung buluh di dunia. DIlaporkan dimana China, India dan Taiwan adalah negara yang merupakan negara utama yang mendominasi bekalan pasaran ini. Dalam pada itu segmen produk utama rebung yang dipasarkan dalam tiga bentuk utama iaitu Segar (fresh), Diproses atau Ditinkan (processed) dan Dikeringkan (dried). Bagi aspek pengguaanya pula dimana sektor kulinari atau pun kegunaan dalam masakan memegang bahagian terbesar iaitu sekitar 70% daripada keseluruhan aplikasi atau penggunaan rebung di peringkat global. Apa pun pengeluaran rebung buluh di dunia tertumpu di rantau Asia (terutamanya Asia Timur dan Asia Tenggara) dengan beberapa spesies utama yang sudah ia dikomersialkan secara meluas. Penulis blog kongsikan fakta akan k
awasan pengeluaran utama rebung dunia. Pertama adalah Negara China iaitu negara asal dan pengeluar besar pelbagai baka buluh serta pasaran penggunaan rebung buluh yang terbesar. Dalam pada itu Taiwan juga adalah pengeluar dan pengeksport produk rebung bertin, segar dan kering terkemuka sejak tahun 1970-an. Jiran Malaysia iaitu Thailand pula berjaya menjadi pengeluar utama di Asia Tenggara yang mengeksport pelbagai produk rebung berkualiti tinggi. Ada juga negara seperti Jepun dan Korea dimana selain mengeluar ia juga adlah negara pengguna utama yang mengamalkan penanaman komersial serta mengimport produk rebung. Apa pun di Malaysia pula aktiviti mengusahakan tanaman seperti buluh madu dan buluh betung untuk pasaran tempatan masih di peringkat kurang komersil. 


Menarik akan beberapa fakta berkaitan dengan Jenis Spesis Rebung yang popular di dunia untuk dapat di rujuk maklumatnya. Walau pun ada banyak jenis pokok buluh yang tumbuh liar diseluruh dunia akan tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang sesuai di komersilkan sebab ada ciri tertentu yang sesuai rebungnya di makan. Pertama adalah Jenis Moso Bamboo (Phyllostachys edulis) iaitu ia adalah satu jenis rebung yang paling popular dan meluas di Taiwan, China, Jepun dan Korea.
Dilaporkan dimana Jenis Rebung Moso berasal daripada spesies buluh gergasi Phyllostachys edulis yang merupakan spesies buluh paling penting dari segi ekonomi di Asia Timur. Rebung ini sangat popular dalam masakan Cina, Jepun dan Taiwan kerana teksturnya yang premium dan rasa yang enak. Penulis blog banyak kali dapat ujirasa masakan rebung Moso ini dalam negara dan di luar negara seperti ketika buat lawatan ke China, Jepun, Taiwan dan di Korea Selatan. Ciri utama dan jenis Rebung Moso dimana ia asalnya berkulit tebal dan akan diliputi oleh bulu-bulu halus berwarna keperangan dan sebab itu dipanggil 'Mao Zhu' atau 'Buluh Berbulu' dalam bahasa asal Cina. Saiz rebungnya besar, tebal dan ia boleh mencapai berat yang agak berat bagi setiap batang (Sila lihat foto disebelah). Aspek tekstur dan rasa dimana ia mempunyai isi berwarna putih susu yang sangat rapuh (crisp), lembut dan mempunyai rasa manis semula jadi jika dituai pada masa yang betul. Ia tidak sebatang serat atau sekeras jenis buluh liar yang lain. Nutrisinya hebat sebab ia kaya dengan protein, asid amino, serat makanan serta pelbagai vitamin (A, B, C) dan mineral penting. Seperti jenis-jenis rebung lain juga dimana ia perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimasak untuk tujuan membuang rasa pahit dan sebatian toksik semula jadi (cyanogenic glycosides). Selalunya jenis Rebung Moso jika ia berdasarkan masa musim menuai di komersilkan dan ia juga di kelaskan kepada tiga jenis utama mengikut tempoh masa dan cara ia tumbuh di dalam tanah. Jenis pertama adalah Jenis Rebung Moso Musim Sejuk (Winter Bamboo Shoots atau di gelar 'Dong Sun' dimana ketika ini cirinya ia ditandai sebagai jenis yang paling premium dan mahal. Rebung ini digali dari dalam tanah sebelum pucuknya sempat keluar melepasi permukaan bumi. IA berbentuk agak melengkung, isinya padat, sangat lembut, dan mempunyai rasa manis yang paling pekat kerana belum terdedah kepada cahaya matahari. Kedua ada Jenis Rebung Moso Musim Bunga (Spring Bamboo Shoots atau 'Chun Sun' dimana cirinya ia akan dituai apabila pucuk buluh mula memecah masuk dan tumbuh keluar dari permukaan tanah pada awal musim bunga. Apa pun dilihat saiznya lebih panjang dan besar berbanding rebung musim sejuk. Teksturnya tetap rangup namun pada bahagian luarnya lebih berserat dan ini akan menjadikannya sesuai untuk hidangan sup, tumisan atau direbus kering. Ketiga pula ada Jenis Rebung Moso Rizom atau Rebung Moso Tunas Akar (Rhizome Shoots) atau 'Bian Sun' dimana cirinya ia akan tumbuh daripada hujung akar bawah tanah (rizom/whip) buluh Moso semasa musim panas. Ia berbentuk panjang seperti cemeti kuda, berwarna putih, bertekstur sangat rangup, tetapi mempunyai sedikit rasa pahit yang unik berbanding dua jenis di atas yang di bincangkan.


Dilaporkan dimana Jenis Rebung Buluh Betong (Dendrocalamus asper) adalah yang jenis yang popular dan terkenal di Thailand dan Malaysia kerana saiznya yang besar serta rebung yang enak. Bagi penulis blog memang sejak keci dulu sudah menikmati akan keenakan masakan rebung buluh betong sebab di kebun orang tua memang ada beberapa rumpun pokok buluh betong yang sentiasa menghasilkan rebung buluh betong yang segar untuk di masak lemak cili api di kampong dahulu. Jenis pokok b
uluh betong adalah sejenis buluh berukuran besar, tegak dan kukuh yang banyak terdapat di Malaysia. Batang Buluh Betong selalu batangnya ia bersaiz besar dan batangnya tegar, tinggi dan mempunyai diameter yang besar serta berat dengan dinding batangnya tebal, kukuh dan kuat. Buuh jenis ini ia mempunyai habitat untuk tumbuh liar di kawasan tanah lembap tetapi tidak bertakung air. Kegunaan Buluh Betong yang hebat sebab ia akan hasilkan rebung yang enak dimana penulis blog sendiri akui iaitu rebungnya sangat popular kerana rasanya yang manis, rangup dan paling lazat berbanding jenis buluh lain. Batang buluh betong yang matang amat sesuai di jadikan sebagai bahan binaan seperti dijadikan struktur rumah jenis tradisional, jambatan, tiang, dinding, atau atap. Ia juga selalu di proses menjadi perabot dan kraftangan sebab batangnya yang lurus dan kuat ideal untuk pembuatan perabot yang berkualiti dan mahal. Ia juga dijadikan sebagai alatan dan penampung air atau boleh digunakan untuk bekas menyimpan air atau alat memasak tradisional. Terkini ia dilaporkan mampu menghasilkan Produk Arang (Biochar) dimana ia diproses menjadi arang berkualiti tinggi yang wangi dan kurang habuk. Jenis-jenis lain rebung adalah Jenis Rebung Buluh Taiwan (Dendrocalamus latiflorus) dimana ia adalah spesis utama dari Taiwan yang banyak dieksport dalam bentuk tin. Seterusnya ada Jenis Rebung Buluh Madu (Gigantochloa albociliata) iaitu sejenis baka dari China atau Thailand yang mempunyai mana ia rebung manis, isi padu, rangup dan kurang bau dimana penulis blog ada menanamnya di kampong dan berhasil sehingga kini. Benihnya di beli dari Perlis (diibawa masuk dari Thailand) dan mudah di jaga dan hasilnya juga memuaskan. Penulis blog tahu juga akan Jenis Rebung Buluh Minyak atau Jenis Buluh Lemang dimana jenis ini ia mudah untuk di peroleh daripada celahan pokok buluh yang sudah ia digunakan untuk membuat lemang. Bagaimana pun ia mempunyai rasa dan tekstur yang lembut dan sangat popular di sesetengah kawasan (seperti Pantai Timur) untuk direbus dan dijadikan ulam bersama budu dan dimakan dengan nasi putih dan pilihan lau lain. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ke 9,298 kali ini. Wasalam!!!....
REBUNG BULUH...BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN MAKANAN...ENAK RASANYA...
NEGARA CHINA...PENGELLUAR UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1448H).

Wednesday, September 16, 2026

KELAPA RENEK - FAKTA PENTING (PART 5)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan ianya bahan rujukkan semua pembaca blog. 

 

KELAPA RENEK TACUNAN
(Cocos nucifera) atau CN17 merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Penulis blog dapati varieti kelapa Tacunan telah didaftarkan dalam senarai varieti tanaman pada 30 April 2020 dengan nama Tacunan Green Dwarf oleh  Stesyen Pertanian Ulu Dusun, Jabatan Pertanian Sandakan (UDARS), Sabah. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).  Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa dimana ia memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Varieti kelapa tacunan ini atau Tacunan Green Dwarf (TACD) dijangka akan menjadi salah satu varieti kelapa premium di Malaysia dimasa akan datang jika anakbenih sudah banyak dikeluarkan dengan perancangan baik. Sehingga artikel ini ditulis dimana pokok induk yang dijaga baik sudah berumur 7 tahun dan sudah sesuai untuk dikembangkan sebagai pokok induk.


Menarik kongsikan fakta akan harga buah Kelapa Renek (termasuk bagi jenis Kelapa Pandan) di peringkat ladang atau peraih biasanya dijual sekitar RM1.50 hingga RM2.50 sebiji manakala di restoran atau hotel harganya boleh mencecah RM5.00 ke atas dan penulis blog pernah ujirasa sebiji kelapa pandan di hotel dengan harga RM15.00 sebiji. Bagaimana pun bagi membeli anak benih pokok kelapa renek pula ia berbagai harganya sama ada membeli di Jabatan Pertanian Malaysia atau membelinya di Nurseri Swasta atau sumber lain yang boleh dipercayai. Apa pun di kalangan pembeli biasa sama ada membeli di nurseri swasta atau di pasar tani atau di pasar malam (jika ada djual) maka harganya berlegar antara RM13 hingga RM40 sepokok bergantung pada jenis varieti seperti Jenis Kelapa Pandan, Jenis Kelapa SGG atau Jenis Kelapa Tacunan (yang diimport dari Thailand). Pengalaman penulis blog tidak dapat menjamin akan ketulinan anakbenih kelapa renek yang di beli di lokasi-lokasi ini dan hanya percaya kepada anakbenih kelapa renek yang di jual di Pusat-pusat Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia sahaja. Bagaimana pun bakal pembeli boleh bertanya kepada penjual (di nurseri atau penjual di PAsar Tani atau Pasar Malam) iaitu Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Sijil SPBT yang di keluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia ada nombor rujukkan dan aktiviti pemeriksaan mengikut prosedur akan menentukan ketulian semua benih tanaman di Malaysia. Pengalaman penulis blog benih kelapa renek yang dijual di Jabatan Pertanian sekitar RM6.00 sepokok (Ikut Harga Yang di Gazetkan) pada tahun 2020 (Kini belum tahu jika harga ini sudah berubah). Dalam kajian lain dilaporkan dimana 
butiran ringkas mengenai harga dan jenis kelapa renek iaitu bagi harga Buah dan Benih Kelapa Renek iaitu jika dibeli di kebun sekitar RM1.50 - RM2.50 sebiji dan jika di beli di Kedai atau di Restoran ia sekitar RM5.00 dan keatas sebiji. Ramai ingin tahu akan jenis agak popular Kelapa Renek (Dwarf) yang hendak di tanam atau untuk ujirasa dimana bagi Jenis Kelapa Pandan dimana isi dan airnya berbau wangi pandan, sangat popular di pasaran. Dalam pada itu di dakwa bagi Jenis Kelapa SGG (Sungai Gulang-Gulang) ia dikenali dengan isi tebal dan santan yang pekat (bagi penulis blog ia juga termasuk jenis kelapa agak tinggi) dan bagi Jenis kelapa Tacunan (Thailand) ia akan berbuah lebat dan saiz buah yang besar. Pernah buat kajian lain di Melaka di mana harga benih kelapa renek di Melaka ia biasanya berlegar antara RM10.00 hingga RM55.00 sebatang dan ia bergantung pada jenis varieti, saiz anak pokok dan tempat pembelian.


Jarang sekali orang membincangkan akan Mitos atau Kepercayaan berkaitan dengan Jenis Kelapa renek (atau dwarf coconut). Sebenarnya ia adalah varieti pokok kelapa yang secara semula jadinya berbatang rendah, cepat berbuah, dan mempunyai pelepah yang rapat. Penulis blog buat sedikit kajian dimana di kalangan masyarakat dan komuniti pekebun sebenarnya masih terdapat beberapa mitos dan salah faham yang sering dikaitkan dengan kelapa jenis ini. Pertama ada Mitos iaitu Pokok Kelapa Renek Tidak Akan Meninggi Langsung dimana memang ramai menyangka kelapa renek akan kekal setinggi manusia selamanya sama seperti pokok hiasan bonsai. Bagi penulis blog fakta sebenar iaitu pada peringkat awal (umur pokok 3 - 5 tahun pertama) selalunya  tandan buahnya memang sangat rendah hingga mencecah tanah. Namun pemerhatian penulis blog di seluruh negara mendapati iaitu seiring dengan peningkatan usia (unur pokok mencecah 10 - 20 tahun ke atas) selalunya dilihat yang batang pokok kelapa renek tetap akan meninggi dan boleh mencapai ketinggian antara 5 hingga 7 meter dan malahan ada yang lebih tinggi. Bagaimana pun ia masuh jauh lebih rendah berbanding Jenis Kelapa Tinggi Biasa (Malayan Tall) yang boleh membesar sehingga 20 - 30 meter pada umur pokok yang sama. Kedua ada Mitos DImana Air Kelapanya Kurang Manis dan Isinya Nipis disebabkan oleh kerana saiz pokoknya kecil, ada yang menganggap kualiti buahnya tidak setanding kelapa tinggi. Fakta sebenar ia tidak benar bagi penulis blog sebab ada beberapa varieti kelapa renek terkenal seperti Kelapa Pandan, Kelapa Tacunan dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) menghasilkan air kelapa yang sangat manis (bacaan Brix tinggi) serta isi yang tebal. Varieti seperti Tacunan malah mempunyai isi tebal yang sangat sesuai untuk pembuatan santan dan minyak kelapa dara (VCO). Ketiga ada lagi Mitos Yang Jangka Hayat Pokok Sangat Pendek sebab masih ada tanggapan bahawa pokok yang cepat berbuah akan cepat mati iaitu didakwa hanya bertahan sekitar 5 -10 tahun sahaja hidupnya. Faktanya adalan jenis kelapa renek mempunyai jangka hayat ekonomi yang agak panjang dimana banyak jenis pokok ini mampu hidup subur dan kekal produktif menghasilkan buah selama 20 hingga 25 tahun, malahan apa yang penulis bloh tinjau di kebun petani ada sesetengah varieti hibrid boleh bertahan sehingga 40-50 tahun jika diberikan penjagaan dan pembajaan yang betul. Seterusnya ada Mitos dimana Ia Boleh Berbuah Lebat Tanpa Perlu Dijaga sebagai anggapan unik seakan ada Sihir atau Ada Tuahnya. Ia juga adalah disebabkan sifatnya yang cepat berbuah (seawal 2 - 3 tahun) ada wujud mitos kuno yang mengaitkan pokok kelapa renek yang berbuah lebat di tepi rumah dengan ia akan membawa 'Tuah' atau 'rezeki mistik' atau menggunakan 'ilmu tertentu' ada yang mempercayainya. Faktanya memang jenis kelapa renek ini mempunyai keupayaan berbuah awal dan lebat adalah faktor genetik asli varieti renek tersebut. Penulis blog nasihatkan penanam agar pokok ini berbuah lebat ianya memerlukan pembajaan NPK yang konsisten, pengurusan air yang cukup dan kawalan makhluk perosak (seperti kumbang tanduk) untuk mengekalkan hasil optimum. 
Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!.... 
KELAPA RENEK...DWARF COCOCNUT SAMA...
POKOKNYA RENDAH...BANYAK VARIETINYA..
IA CEPAT BERBUAH...DAN TINGGI HASILNYA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1448H).

Tuesday, September 15, 2026

KELAPA RENEK - FAKTA PENTING (PART 4)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) atau di negara jiran iaitu di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Kelapa Genjah' adalah sejenis pokok kelapa yang tumbuhnya rendah dan selalu ia juga cepat berbuah. Di Malaysia dimana terkini jenis varieti kelapa hibrid terutama kelapa Matag menjadi buruan penanam kelapa kerana prestasinya yang amat baik dan mampu memberikan pulangan ekonomi yang lumayan jika di jaga baik. Bagaimana pun disebabkan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih kelapa hibrid Matag yang tulin (F1) yang semakin sukar maka kerajaan melalui Jabatan Pertanian syor dan mengggalakkan penanaman jenis kelapa renek sebagai aternatif. Kini harga benih kelapa Matag Hibris F1 dipasaran sudah pun mencecah RM70 - RM100 sepokok. Kelapa renek ini sudah menjadi salah satu pilihan bagi para pekebun kelapa untuk menambah pendapatannya dari kebun kelapa. Berdasarkan penulisan yang saya terdahulu mengenai kelapa diingatkan semula dimana di Malaysia iaitu penanaman kelapa terdiri dari tiga jenis secara asasnya iaitu Jenis Kelapa Tinggi (Tall Coconut), Jenis Kelapa Renek (Dwarf coconut) dan Jenis Kelapa Hibrid (Hybrid coconut). Perbezaan yang signifikan diantara jenis kelapa tinggi dengan kelapa renek adalah terletak pada kadar jangkamasa kecepatan berbuah, tinggi pokok, bentuk batang (perdunya) dan saiz ukuran serta jumlah buahnya sepokok. Penulis blog yang pakar dalam tanaman kelapa mendapati dimana bagi jenis kelapa tinggi dimana lazimnya jenis ini alan mula berbuah pada usia tanam 6 - 8 tahun ditanam iaitu apabila ketinggian pokok sudah mencapai 30 meter. Kelapa tinggi lazimnya akan hasilkan buah berukuran buah 1.5 - 2.5 kg sebiji dan setiap pokok yang matang mampu untuk berbuah sebanyak 90 biji buah setahun. Berlainan pula dengan jenis kelapa renek dimana ia cepat berbuah iaitu sekitar 3 - 4 tahun sahaja selepas ditanam dan pokoknya memang rendah iaitu ketinggian sekitar 8 - 12 meter sahaja bila matang. Kelapa renek menghasilkan saiz ukuran buah kecil sedikit iaitu sekitar 1.5 kg sebiji dengan anggaran penghasilan sebanyak 140 biji sepokok setahun. Penanaman kelapa renek dengan kaedah kepadatan 270 pokok sehektar adalah mampu hasilkan buah kelapa jauh lebih tinggi hasilnya (walau saiz buah kecil) jika dibanding dengan penghasilan kelapa tinggi yang ditanam sekitar 127 pokok sehektar. Artikel subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sekali lagi iaitu mengenai fakta penting tanaman kelapa renek yang sesuai untuk ianya dijadikan ianya bahan rujukkan semua pembaca blog.  


Kelapa Rendah Malaya Kuning (Malayan Yellow Dwarf atau MYD) merupakan satu varieti kelapa renek didaftarkan dengan Kod CN5 yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang boleh mendatangkan hasil. Kelapa MYD juga ia merupakan jenis kelapa yang unik kerana jika kita tidak kenal akan kelapa ini akan menyengka pokok kelapa ini tidak cukup baja kerana warna daunnya tidak hijau seperti pokok kelapa Malayan Tall (Kelapa Tinggi biasa). Sebaliknya daun pokok MYD agak kekuningan dan buahnya juga berwarna kuning cerah (Sila lihat foto di atas). Buah kelapa MYD lazimnya berbentuk bulat dengan saiz kecil dengan mengandungi air kelapa yang sedikit berbanding dengan kelapa tinggi seperti Tagnanan, MT dan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak ditanam di Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian (untuk pokok induk bagi pengeluaran benih), Stesyen MARDI (untuk penyelidikan) dan beberapa estet swasta (United Plantation dan NLFCS). Kelapa MYD juga ditanam dikeliling rumah dikawasan kampong atau taman perumahan untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi ia tetap mengeluarkan hasil. Kawasan rekreasi seperti Taman Bunga dan Pusat Riadan juga ditanam dengan kelapa MYD untuk mencantikkan lokasi terutama jika ada kolam atau tasik atau sepanjang sungai. Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Ini kerana walau pun kelapa ini tidak mempunyai aroma enak seperti kelapa pandan, jika dipetik pada tahap umur betul ianya masih boleh dijual. Ada beberapa usahawan yang mengambil kelapa MYD ini dan dibuang kulitnya dan dibentuk cantik dijual dengan harga RM1.50 sebiji diladang. Kini ia boleh di jual sehingga RM5.00 sebiji disekitar Lembah Kelang atau pun di kebanyakan restoren dan hotel. Kelapa MYD bleh ditanam oleh mereka yang berminat kerana kelapa jenis ini adalah lasak, tahan kkemarau dan kurang serangan serangga perosak dan penyakit berbanding dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan.


KELAPA RENEK HIJAU MALAYA
atau Malayan Green Dwarf MGD) pula ia merupakan satu varieti kelapa renek yang kurang dikenali dan tiada nombor daftar dimana ada sedikit ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa. Penulis blog semasa membuat tinjauan rambang di beberapa lokasi mendapati dimana kelapa jenis ini sering dijadikan tanaman landskap sahaja yang mana ia juga mampu mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Green Dwarf atau Kelapa Renek Hijau (KRH). Kelapa ini masih lagi belum didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia (National variety listing) tetapi dua lagi kelapa renek telah didaftarkan iaitu Kelapa Renek Merah (MRD - CN4) dan juga Kelapa Renek Kuning (MRD - CN5). Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MGD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Pokok Kelapa Renek Hijau atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Malayan Green Dwarf - MGD) ini selalu tumbuh menegak dengan ketinggian antara 15-25 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Penulis blog dapati varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan daun berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MGD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun, pelepah dan buah yang hijau cerah. Panjang etial helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain warna hijau kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti iaitu kekuningan sedikit. Kelapa MGD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan pengeluaran sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MGD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Penulis blog bersaa beberapa pakar kelapa mendapati varieti MGD ini paling tidak stabik ciri genetik dan fenitipiknya berbanding dengan kelapa rendah lain. Kelapa MGD ini tidak digunakan sebagai pokok induk untuk pengeluaran benih hibrid MATAG, MAWA dan sebagainya. Pemilihan pokok yang subur dengan buah lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MGD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MGD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MGD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MGD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa.


KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera iaitu asalnya didaftar CN27 merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombor pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta ia dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran CN16 yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD.  Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Sesiapa yang berminat untuk menanam kelapa varieti MBD ini boleh menghubungi pihak MARDI tersebut untuk tujuan bagi mendapatkan benih yang tulen. Artikel ini ditulis didalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai agar ia dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....  
KELAPA RENEK...DWARF COCOCNUT SAMA...
POKOKNYA RENDAH...BANYAK VARIETINYA..
IA CEPAT BERBUAH...DAN TINGGI HASILNYA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...