Support My Blog

Thursday, October 8, 2026

UBI KAYU DAN FAKTA PENTING (PART 3)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Bagi penulis blog mendapati jika ubi kayu atau juga dikenali sebagai 'Singkong' di Indonesia ia adalah sejenis tanaman berubi yang menjadi sumber karbohidrat penting bagi jutaan penduduk dunia. Menyentuh tentang khasiat dan fakta manfaat ubi kayu sebagai sumber tenaga sebab ianya kaya dengan karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga yang berpanjangan. Bahan serat dalamnya juga akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberi rasa yang kenyang lebih lama. Ubi kayu memang ia bebas gluten dimana amat sesuai dijadikan pilihan makanan bagi individu yang ada mengalami alahan atau intoleransi gluten. Ia juga ada zat iaitu zat mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium, magnesium serta vitamin C untuk sokongan kesihatan tubuh. Apa pun penulis blog paparkan fakta dimana ubi kayu ia tidak boleh dimakan mentah sebabnya kulit dan isi ubi kayu mengandungi sebatian toksik 'Linamarin' yang boleh menghasilkan asid hidrosianik (cyanide). Ia perlu dimasak dengan betul dimana penulis blog sebelum merebusnya iaitu kulitnya mesti dikupas sepenuhnya, dicuci dan dimasak (direbus, digoreng atau boleh di dibakar) sehingga empuk sebelum dimakan bagi tujua iaitu akan menghilangkan racun. Kegunaannya adalah pelbagai iaitu selain direbus atau dibuat kerepek dan tapai, ubi kayu diproses menjadi tepung kanji serta bahan industri lain. Apa pun di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,554 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 44,868 metrik tan pada tahun 2025 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2026). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 840 hektar menghasilkan 18,420 metrik tan pada tahun 2025 diikuti dengan Negeri Sarawak (533 hektar menghasilkan 7,289 mt) dan Negeri Selangor (322 hektar menghasilkan 5,553 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ada banyak fakta penting tentang ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
 


Brazil adalah negara pengeluar ubikayu kedua terluas di dunia dimana di Brazil (ia adalah negara asal tanaman ubi kayu) dimana ada beberapa varieti ubi kayu (dikenali di sana sebagai Jenis Mandioca, Aipim atau Macaxeira) secara umumnya ia dibahagikan kepada dua kumpulan utama mengikut iaitu dari kandungan bahan toksin (cyanide) didalamnya. Di Brazil dimana jenis ubikayu ia di kategorikan kepada Jenis UbiKayu Manis (Mandioca-doce atau Mesa) untuk dimakan terus dan kedua ada jenis Ubi Kayu Pahit (Mandioca-brava atau Jenis Indústria) yang meluas di tanam di Brazil untuk tujuan ianya di proses dalam pelbagai jenis industri. Menarik sebab di Brazil ada a
gensi penyelidikan pertanian Brazil iaitu dikenali sebagai 'Embrapa' dimana institusi ini telah membangunkan pelbagai varieti ubikayu jenis komersial hibrid (sering bermula dengan kod BRS) diantaranya adalah kategori Varieti Ubi Kayu Manis (Mandioca de Mesa atau Aipim) dimana jenis atau varieti ini mempunyai kandungan sianida yang sangat rendah, bertekstur lembut dan cepat empuk apabila direbus. Ia ditanam untuk pasaran segar dan masakan harian di Brazil. Pertama ada Varieti Ubikayu BRS Gema de Ovo dimana cirinya ia mempunyai isi berwarna kuning pekat seakan-akan warna kuning telur (istilahnya adalah gema de ovo). Jenis ini dilaporkan ia amat kaya dengan zat beta-karotena. Kedua ada Varieti Ubikayu BRS Dourada iaitu satu lagi varieti ubi manis berwarna krim keemasan dengan rasa yang sangat baik dan tinggi kandungan vitamin A. Ketiga pula ada Varieti BRS 396 dan Varieti BRS 429 yang di kenali sebab ia adalah jenis 'ubi meja' yang matang awal (precoce), produktivitinya tinggi dan sangat popular untuk pasaran segar di Brazil. Keempat ada Varieti Ubikayu Mandioca Cenoura yang mana ia juga digelar sebagai jenis ubi kayu lobak merah kerana isinya yang berwarna oren kekuningan dan diminati ramai petani. Dalam kategori kedua mengenai jenis ubikayu di Brazil adalah Varieti Ubi Kayu Pahit atau 'Industri (Mandioca de Indústria' atau 'Brava' dimana varieti ini mempunyai kandungan iaitu Asid hidrosianik (toksin) yang tinggi dimana selalunya varieti ini ia menjadi ia tidak boleh dimakan segar. Namun sebenarnya jenis ini ia juga sangat dicari oleh kilang kerana mempunyai kandungan kanji (fécula) yang sangat tinggi untuk dijadikan tepung polvilho atau kanji. Pertama bagi varieti ubikayu pahit adalah Varieti Ubikayu BRS Formosa yang ana ia diantara varieti komersial paling popular untuk industri pembuatan tepung (farinha) dan penghasilan produk kanji kerana hasil tuaiannya yang sangat lumayan. Kedua ada Varieti Ubikayu  BRS Novo Horizonte iaitu ia adalah jenis khusus yang mana ia dilancarkan di wilayah Bahia untuk industri kanji. Ia didakwa mempunyai ketahanan tinggi dan rintangan penyakit. Ketiga ada Varieti Ubikayu BRS Tapioqueira sebagai varieti versatil yang digunakan secara meluas di timur laut Brazil khas untuk menghasilkan tepung ubi bagi membuat 'Tapioca crepes' atau jenis makanan tradisi Brazil yang popular. Keempat dan kelima ada Varieti Ubikayu BRS Caipira dan Varieti Ubikayu BRS Poti Branca iaitu jenis sesuai untuk pihak industri berprestasi tinggi yang disesuaikan untuk sistem penanaman mekanikal (menggunakan mesin). Keenam ada juga Varieti Ubikayu  Pornunça sebagai sejenis varieti ubi kayu hibrid yang juga digunakan sebagai makanan ternakan (forrageira) kerana kualiti nutrisinya yang tinggi. 


Menarik juga penulis blog ke Thailand sebagai negara pengeksport produk dari ubikayu terbesar keseluruh dunia dimana antara varieti utama ubi kayu dari negara Thailand yang terkenal di peringkat komersial dan global termasuklah Varieti Kasetsart 50 (KU50), Rayong (seperti Rayong 5, Rayong 72, Rayong 90) dan Varieti Huai Bong (seperti Huai Bong 60, Huai Bong 80). Jenis yang pertama adalah Varieti Ubikayu Kasetsart 50 (KU50) sebagai satu varieti paling popular dan banyak ditanam di Thailand serta di seluruh dunia sebabnya ia mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan hasil ubi yang lebat.   Apa pyn di laporkan varieti 
Kasetsart 50 (KU50) ialah varieti ubi kayu industri premium dari Thailand yang dibangunkan melalui kerjasama antara Kasetsart University dan International Center for Tropical Agriculture (CIAT). Ia dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1992 dan ia kini merupakan salah satu varieti ubi kayu yang paling popular dan paling banyak ditanam di seluruh Asia Tenggara dengan sudah meliputi iaitu keluasan kawasan melebihi 1 juta hektar setiap tahun. Dilaporkan juga di negara seperti Vietnam dimana varieti ini juga dikenali secara meluas dengan kod nama KM94 atau K94. Fakta akan cirinya dimana varieti Kasetsart 50 (KU50) memang ia mampu hasilkan produktiviti hasil tinggi dan ia kaya bahan kanji dimana varieti ini sangat digemari dalam sektor industri kerana menghasilkan Fresh Root Yield (FRY) (hasil ubi segar) yang tinggi serta memiliki kandungan kanji (starch content) yang sangat padat, menjadikannya bahan mentah ideal untuk penghasilan tepung ubi kayu (tapioka) dan biofuel. Meneliti akan morfologi pokoknya dimana KU50 ini ia mempunyai batang pokok berwarna hijau tegak tanpa banyak pecahan cabang, bilah daun yang besar, serta tangkai daun (petiole) yang berwarna hijau.Ia mempunyai tempoh matang dan varieti ini mengambil masa sekitar 9 - 11 bulan saja untuk matang sepenuhnya sebelum sedia untuk dituai. Dari segi ketahanan cuaca ia mempunyai tahap kebolehsuaian dan kadar 'plastisitas' yang tinggi terhadap ancaman kemarau dimana ciri ini membolehkannya mengekalkan hasil yang baik walaupun ditanam di kawasan tanah yang kurang subur atau mengalami musim kering. Aspek teknikal tentang ketumpatan tanaman adalah ideal sebab laporan kajian agronomi juga ada menunjukkan jarak tanaman terbaik untuk mengoptimumkan hasil ubi segar KU50 adalah sekitar 0.8 × 0.8 meter hingga 1.0 × 1.0 meter.  Dilaporkan dimana varieti ini juga dikategorikan sebagai ubi kayu industri (pahit) kerana mengandungi kadar asid hidrosianik (HCN) yang tinggi dan ciri ini menjadikan ia tidak sesuai untuk dimakan secara terus atau direbus begitu sahaja tanpa proses pengekstrakan atau perendaman industri yang betul. Kedua ada Varieti Ubikayu Siri Rayong (Rayong 5, Rayong 72) dimana ia paling sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir. Ia adalah dari hasil usahasama daripada pusat penyelidikan pertanian Thailand untuk ketahanan penyakit dan peratusan kanji yang baik. Katiga ada Varieti Ubikayu Siri Huai Bong (Huai Bong 60 dan Siri 80) dilaporkan ia sangat sesuai untuk kawasan tanah liat dan mampu menghasilkan berat umbisi yang tinggi dan pokok yang mudah diurus secara mekanika. Apa pun di Thailand dimana selain varieti diatas ada terdapat beberapa klon atau varieti tempatan dan komersial yang sering ditanam seperti Varieti Ubikayu Ubi Putih dan Varieti Ubikayu Ubi Kuning (Mentega) dimana ia dibezakan melalui warna isi ubi apabila dipotong. Ada juga Varieti Ubikayu Komersil lain seperti Varieti Black Twig, C5, Ubi Medan, CM 982-7dan Klon MM92 yang ditanam khusus untuk industri ringan atau pengeluaran kerepek. Ada juga jenis atau varieti Ubi Kerinting atau Ubi Batik iaitu ia dari jenis yang lebih popular ditanam untuk mengambil bahagian pucuknya sebagai sayur atau ulam berbanding ubinya.


Pembaca blog paparkan akan kitaran hidup dan fasa pertumbuhan tanaman ubi kayu (Manihot esculenta) biasanya mengambil masa antara 6 hingga 12 bulan untuk matang, bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman. Secara umumnya, kitaran hidup ubi kayu ianya terbahagi kepada 4 fasa utama dan yang pertama adalah Fasa Percambahan dan Fasa Pertumbuhan Awal (Jangkamasa 1 - 2 bulan). Lazimnya dalam peringkat awal pertumbuhan akar dan tunas berlaku apabila benih keratan batang ubi kayu mula mengeluarkan akar dan tunas baharu dalam tempoh 1 hingga 4 minggu pertama selepas di tanam. Fasa ini ia kritikal dengan keperluan air dimana pada fasa ini pokok ubi ia memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk membantu pembentukan akar awal. Kedua adalah Fasa Pembentukan Batang & Daun (Umur 2 - 4 bulan) iaitu tahap pertertumbuhan Vegetatif dimana pokok mula membesar dengan pantas, menghasilkan batang utama, bercabang serta keluarkan daunan yang lebat dimana daun yang lebat penting untuk proses fotosintesis bagi mengumpul tenaga yang akan disimpan di dalam ubi nanti (Sila lihat foto disebelah). Ketiga adalah Fasa Pembentukan dan Fasa Pembesaran Ubi (Umur pokok 4 - 9 bulan) dimana umbisi ia mula berisi iaitu zat karbohidrat mula dialirkan daripada daun ke bahagian akar dan ini akan menyebabkan akar akan menggelembung dan membentuk ubi. Aspek keperluan nutrien dibuat dengan cara pembajaan yang seimbang (terutamanya kalium/potasium) pada waktu ini sangat membantu untuk memaksimumkan saiz ubi. Keempat adalah Fasa Kematangan dan Fasa Tuaian (Umur pokok 9 - 12 bulan) dimana tanda matang dilihat dengan pertumbuhan daun mula perlahan, daun bahagian bawah bertukar menguning dan gugur, serta kulit ubi kelihatan menebal. Ia sesuai di tuai apabila kandungan kanji berada pada tahap optimum. Pokok sedia dicabut untuk diambil ubinya dengan batang yang sihat daripada hasil tuaian ini akan dikerat semula untuk dijadikan benih kitaran seterusnya. Cara menuai dengan 
memotong batang pokok terlebih dahulu, menggemburkan tanah di sekelilingnya dan menarik pangkal pokok atau umbisinya secara perlahan-lahan. Di beberapa negara seperti di Brazil, Thailand dan Vietnam mereka ada menggunakan Mesin Jentuai Ubikayu.  Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang sangat edukatif. Wasallam!!!...

TANAMAN UBI KAYU... TAPIOCA CASSAVA...
ADA BANYAK JENIS...IA MAKANAN UTAMA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK PRODUKYA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1448 Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...