Support My Blog

Sunday, October 25, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 4)

LOBAK MERAH
(Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Dilaporkan dimana lobak merah kaya dengan beta-karotena, vitamin A, vitamin C, serat dan zat kalium yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan.  Pertma di laporkan khasiatnya adalah ia Menjaga kesihatan mata sebab ia kaya dengan beta-karotena yang ditukar kepada vitamin A di dalam badan untuk menyokong penglihatan dan kesihatan retina.  Ia juga akan Membantu  Menguatkan sistem imuniti seseorang sebab ada kandungan vitamin C dan antioksidan membantu melawan jangkitan serta menguatkan daya tahan badan. Lobak merah didakwa akan Menyokong kesihatan jantung dengan cara membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan mengawal tekanan darah melalui kandungan kalium serta serat larut. Terbaik sebab khasiatnya juga Melancarkan sistem pencernaan sebab ia tinggi dengan serat yang membantu melawaskan pembuangan dan mencegah sembelit. Ia dilaporkan juga Memperbaiki kesihatan kulit: Antioksidan dan beta-karotena membantu melambatkan penuaan kulit serta melindunginya dari kerosakan. Khasiatnya juga Mengawal paras gula darah dimana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai diambil dalam kadar yang terkawal dimana memakan lobak merah memberikan pelbagai khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Bagaimana pun masih ada ancaman dan kesan sampingan memakan lobak merah. Pertama akan ada Kes Karotenemia (Kulit Bertukar Oren) dimana jika berlaku pengambilan beta-karotena yang terlalu banyak (seperti makan 10 biji lobak sehari atau ratusan gram secara berterusan selama beberapa minggu) boleh menyebabkan kulit, terutamanya pada tapak tangan dan tapak kaki, berubah warna menjadi jingga atau kekuningan. Keadaan ini tidak membawa maut dan akan pulih jika pengambilan dikurangkan. Kedua ada ancaman Alahan Makanan dimana ada bagi sesetengah individu yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap protein tertentu dalam sayuran dimana individu tersebut ia boleh mencetuskan reaksi alahan seperti gatal-gatal, bengkak pada bibir atau muka atau timbul masalah pencernaan. Ancaman ketiga lobak merah adalah akan ujud Masalah Penghadaman dimana lobak merah mengandungi serat yang tinggi. Pengambilan lobak merah iaitu secara berlebihan secara mendadak boleh menyebabkan kembung perut, kekejangan, atau gas bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif. Ada ancaman iaitu Mitos Membetulkan Rabun dimana walaupun kaya dengan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata secara umum, memakan lobak merah tidak boleh merawat atau membetulkan masalah rabun jauh atau rabun dekat.


Menarik dikongsikan fakta berkaitan apakah dia produk-produk dari lobak merah di jual di pasaran. Penulis blog dapati dimana di pasaran ada banyak jenis produk lobak merah (carrot) terdiri daripada pelbagai jenis produk bermula daripada sayuran segar sehinggalah produk proses atau produk hiliran komersial di seluruh dunia. Pertama adalah Jenis Produk  Sayuran Segar dan Sayuran Mentah dimana lazimnya jenis lobak merah biasa (Whole Carrots) di susun untuk dijual secara timbangan berat (biasanya paket 500g atau 1kg) yang diimport dari negara seperti Australia dan China. Jualan ini di lakukan dengan di pasang tanda harga pada label dan pengguna ada masa untuk memilih sebelum membelinya. Kedua di pasaran ada Jenis Produk Baby Carrot iaitu jenis lobak merah bersaiz kecil yang sangat popular dijadikan snek sihat atau dimakan mentah. Sebahagian besar di pasaran terhasil daripada lobak matang yang dipotong dan dibentuk semula untuk kemudahan pengguna. Penulis blog pernah membeli produk baby carrot (lobak bayi) di pasaraya iaitu ia bukanlah lobak kecil yang dipetik sebelum matang secara semula jadi akan tetapi ia adalah lobak merah dewasa biasa yang dipotong, dikupas, dan dibentuk semula menjadi saiz kecil. Apa pun fakta utama Baby Carrot ia dicipta pada tahun 1980-an oleh seorang petani di California bernama Mike Yurosek untuk mengurangkan pembaziran lobak merah biasa yang berbentuk tidak sempurna. Cara pemprosesannya dimana lobak merah matang dipotong pendek, dikupas kulitnya, dan digilap di dalam mesin supaya mempunyai hujung yang bulat dan seragam. Ia mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan lobak merah biasa, seperti beta-karotena, serat, vitamin K dan kalium. Terdapat juga 'Lapisan putih' atau 'Carrot blush' yang kadang-kala kelihatan pada permukaan baby carrot bukanlah kulat atau bahan kimia dan ia sebaliknya disebabkan oleh kehilangan kelembapan (dehidrasi). Petua dimana selepas dipotong, ia dibilas dengan air berklorin pada kadar yang sangat rendah dan selamat mengikut piawaian untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum dibungkus. Kategori kedua adalah Produk Makanan Proses dan Snek Lobak Merah antaranya adalah Jenis Produk Serbuk Lobak Merah (Carrot Powder) dimana lobak merah yang dikeringkan dan dikisar halus menjadi serbuk (Sila lihat foto paling atas sekali). Produk ini popular untuk campuran smoothie, masakan pastri (seperti kek lobak), minuman atau pengganti pewarna makanan semula jadi. Ketiga ada Jenis Produk Lobak Merah Makanan Bayi (Puree) yang kerap dijadikan puri makanan bayi komersial iaitu ia sama ada puri lobak merah tulen atau dicampur dengan buah-buahan seperti epal dan pisang (Sila lihat foto disebelah). Terdapat jenis Produk Lobak Merah Snek Kembung (Puffed atau Dried Carrots) iaitu sejenis makanan ringan berasaskan lobak merah organik yang dikeringkan menggunakan teknologi khusus untuk mengekalkan nutrisi tanpa tambahan bahan kimia. Lobak merah juga di jadikan jus minuman seperti Produk Minuman Jus Lobak Merah (Carrot Juice) yang paling banyak dijual dalam bentuk sedia diminum (ready-to-drink) atau disediakan segar di kedai makan (seperti menu popular Jus Lobak Susu). Akhir sekali ada juga Jenis Produk  Biji Benih Lobak Merah dimana bagi kalangan peminat aktiviti pertanian, biji benih lobak merah gred komersial (seperti varieti kalis panas atau hibrid) turut dijual meluas untuk pasaran tanaman domestik.


Menarik fakta dimana ada banyak resepi makanan sedap dan mudah yang boleh disediakan menggunakan lobak merah (carrot) di seluruh dunia. Bagaimana pun di Malaysia penulis blog paparkan beberapa antaranya yang pertama adalah Resepi Telur Goreng Lobak Merah dimana bahan utama adalah lobak merah (diparut halus), telur, bawang merah, garam dan sedikit minyak. Cara membuatnya dengan menumis bawang yang dihiris dan kemudian di masukkan parutan lobak merah sehingga agak lembut. Kemudian boleh di pecahkan telur dan kacau rata bersama garam sebelum ia matang dan diangkat untuk dinikmati. Kedua ada Resepi  Cucur Lobak Merah Rangup dimana bahan utama disediakan lobak merah parut, bawang merah hiris, tepung naik sendiri, tepung beras, garam dan air. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan menjadi adunan pekat yang boleh disenduk dan ia kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keperangan dan rangup dan angkat ditoskan minyak dan di makan (Sila melihat foto paling bawah sekali). Ketiga paling selalu penulis blog makan adalah Resepi Nasi Lobak Merah (Nasi Carrot) dimana disediakan bahan utama iaitu beras basmathi, jus lobak merah (atau lobak dikisar), susu cair, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), halia, dan bawang. Cara sediakan resepi ini dengan menumis bahan hiris dan rempah, masukkan air serta jus lobak merah bersama susu cair dan kemudian masak bersama beras sehingga kering. Makanan ini sesuai dihidangkan bersama ayam masak rendang atau ayam mask tomato dan penagai laukpauk lain. Keempat yang popular adalah Resepi Kek Lobak Merah (Carrot Cake) iaitu bahan utama perlu ada adalah lobak merah parut halus, tepung gandum, telur, gula perang, mentega cair dan kacang pecan atau walnut. Membuatnya dengan mengadun semua bahan basah dan kering sehingga sebati, masukkan lobak parut serta kekacang, kemudian bakar atau kukus sehingga masak. Kelima ada Resepi Bebola Lobak Merah (Makanan Snek atau Kudapan) dimana disediakan bahan jus lobak merah yang diperas, badam sangai, kurma cincang, kismis, serbuk koko dan bijan. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan, gentel menjadi bebola kecil sebesar bola pingpong, dan salutkan dengan bijan atau kelapa kering.  


Dalam siri artikel ini penulis blog kongsikan akan keenakan dan cara menyediakan Minuman Jus Lobak Merah. Apa pun jus lobak merah susu biasanya menggunakan susu pekat manis, susu cair, atau susu segar bergantung kepada citarasa pengguna. Bagi membuatnya disediakan bahan-bahan iaitu bagi 1 Hidangan terdiri dari 2 batang lobak merah (dipotong kecil), 2 - 3 sudu besar susu pekat manis (atau sesuaikan mengikut tahap manis), 150ml - 200ml air sejuk atau air masak, sedikit susu segar atau susu cair (pilihan jika mahu lebih lemak berkrim) dan ais secukupnya. Cara untuk membuatnya dengan mengisar lobak merah dab boleh di masukkan potongan lobak merah bersama air sejuk ke dalam mesin pengisar, kemudian kisar hingga halus. Kemudian ia di tapis jusnya dengan menapis jus lobak merah menggunakan penapis untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus (jika menggunakan pengisar biasa). Seterusnya dicampurkan susu iaitu dengan memasukkan susu pekat manis (serta susu cair atau susu segar jika guna) ke dalam jus lobak merah dan perlu di kacau hingga sebati. Ia siap di hidangkan dan jika suka yang lebih enak di masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan di tuang jus lobak merah susu tadi dan ia sedia untuk ianya di nikmati sebagai minuman yang enak dan berkhasiat. Jus lobak merah dengan susu kaya dengan khasiat kerana kandungan karotenoid (beta-karotena) dan antioksidan di dalam lobak merah bersifat larut dalam lemak. Lemak yang terdapat di dalam susu membantu penyerapan nutrisi tersebut ke dalam aliran darah dengan lebih optimum berbanding minum jus lobak merah kosong. Dilaporkan dimana khasiat Jus Lobak Merah Bersama Susu ia baguks untuk Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan vitamin A dan beta-karotena yang membantu memperbaiki penglihatan, mencegah rabun malam serta melindungi kesihatan mata. Minuman ini juga bagun untuk tujuan Kesihatan Kulit dan Anti-Penuaan bila kandungan antioksidan dan vitamin A membantu melembapkan kulit, mengurangkan garis-garis halus, serta memberikan kesan kulit yang lebih berseri. Ia didakwa akan Menguatkan Sistem Imun: Dibekalkan dengan vitamin C dan antioksidan daripada lobak merah untuk memperkuatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit.Ia juga didakwa bagus untuk Kesihatan Tulang: Susu membekalkan kalsium manakala lobak merah menyumbang nutrien sokongan untuk menguatkan tulang dan gigi. Minum jus lobak merah akan Melancarkan Sistem Penghadaman sebab ia tinggi dengan serat daripada lobak merah yang membantu melawaskan sistem pencernaan dan mencegah sembelit. Pastinya minuman ini Memberi Tenaga dengan gabungan gula semula jadi daripada lobak merah serta protein daripada susu memberikan sumber tenaga tambahan yang menyegarkan. Petua lian dimana dengan cara penggunaan susu segar adalah lebih digalakkan berbanding susu pekat manis bagi mengawal pengambilan gula yang ia berlebihan. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

POHON DOA KESEMBUHAN ANAK SAYA ABDUL HALIM... AMIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...