POKOK BAKAU (Mangrove Tree) adalah sejenis tumbuhan pesisir pantai yang tumbuh di kawasan berlumpur dan berair masin terutama di kawasan tropika. Bagi penulis blog faham jika istilah 'Pokok Bakau' atau 'Mangrove tree' ia sebenarnya merujuk kepada pelbagai spesies tumbuhan yang hidup di kawasan paya laut dan muara sungai dimana jenis pokok bakau yang paling utama (bakau tulen) tergolong dalam genus Rhizophora dan daripada famili Rhizophoracea. Tahu akan cirinya dimana tumbuhan ini ia mempunyai akar udara untuk ia bernafas iaitu mendapatkan oksigen dari dalam lumpur. Ia juga jenis pokok yang tahan masin dimana ia mampu hidup di kawasan bersaliniti tinggi antara darat dan laut. Apa pun faktanya dimana jenis pokok bakau yang lazim tumbuh di negara Malaysia termasuklah Jenis Bakau Minyak, Jenis Bakau Kurap dan Jenis Bakau Api-api. Tumbuhan ini ianya penting sebab menjadi 'Benteng Pantai' bagi melindungi isu hakisan pantau dan pesisir daripada hakisan ombak dan angin kencang. Peranan penting adalah selain ia membekalkan iksojen penting dunia ia juga menjadi tempat perlindungan bagi ikan, ketam dan udang. Terkini ia di pastikan sebagai Zon Penyerapan Karbon dimana ia akan menyerap gas karbon dioksida (CO2) dengan cekap untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Habitatnya ia sejenis tumbuhan malar hijau yang hidup di kawasan berlumpur di muara sungai, pesisir pantai, dan kawasan air pasang surut yang menyaksikan pertemuan air tawar dan air masin. Spesies Popular di Malaysia ia termasuklah Jenis Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dan Jenis Bakau Kurap (Rhizophora mucronata). Peranan hutan pokok bakau sebagai 'Penyerap Karbon' sebab ia berupaya menyerap gas karbon dioksida dari atmosfera dengan berkesan dan ia juga adalah habitat bagi banyak hidupan Marin serta menjadi tempat perlindungan dan lokasi pembiakan pelbagai spesies ikan, udang serta ketam. Ia hasilkan produk 'Kayu Bakau' yang mana ia mempunyai ciri-ciri fizikal yang sangat keras, tumpat, kuat dan tahan lasak terutamanya apabila terendam di dalam air atau kawasan berlumpur. Ciri kayu pokok bakau ia berketahanan tinggi dan ia tidak mudah reput atau rosak walaupun terendam lama dalam air masin atau lumpur tanpa memerlukan rawatan kimia. Ia jenis kayu keras dan kuat yang mempunyai struktur ira padat serta sukar ditembusi serangga perosak atau kulat. Pokoknya ia ada sistem akar unik (akar tunjang) yang besar dan kuat untuk menegakkan pokok di atas tanah lumpur yang tidak stabil. Ia paling kerap dijadikan sebagai Kayu Cerucuk penahan asas bangunan, dijadikan kayu api dan pengeluaran arang berkualiti tinggi. Apa yang penulis blog tinjau dimana harga kayu bakau di Malaysia biasanya bersekitar antara RM11 - RM25 sebatang dimana ia bergantung pada saiz, panjang dan kuantiti pembelian. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang fakta penting pasal kayu bakau untuk bahan rujukkan semua.
Fakta asasa akan Kitaran Hidup pokok bakau bermula dengan cara pembiakan unik yang dipanggil 'vivipari' iaitu biji benih bercambah dan tumbuh menjadi anak benih manakala ia masih melekat pada pokok induk. Penulis blog paparkan akan fakta peringkat utama dalam kitaran hidup pokok bakau iaitu pertama ada Peringkat Percambahan (Vivipari) dimana bunga pokok bakau ianya akan disenyawakan dan membentuk buah. Apa pun selalunya biji benih bercambah dan mengeluarkan akar serta pucuk kecil secara langsung semasa masih melekat pada pokok induk. Proses ini mengelakkan anak benih daripada rosak atau mati di atas tanah lumpur yang lembut dan berair masin semasa jatuh. Kedua ada pula Peringkat Gugur dan Atau Terpacak dimana apabila pokok bakau ini ia sudah cukup matang maka selalunya anak benih (propagul) yang berbentuk panjang dan meruncing akan gugur daripada pokok induk. Bentuknya yang berat di bahagian bawah membolehkan ia terpacak terus ke dalam tanah lumpur di sekitar pokok induk. dimana jika jatuh ketika air pasang maka anak benih ini mampu terapung di atas air dan dihanyutkan arus ke kawasan pesisir lain yang lebih sesuai. Ketiga pula Peringkat Anak Pokok (Pematangan) dimana selalunya anak benih yang berjaya mencacak atau terdampar di atas lumpur yang tenang akan mula untuk dapat mengeluarkan daun hijau. Kemudian sistem akar akan ia mula berkembang iaitu seperti akar jangkang atau akar pernafasan (pneumatofor) bertujuan untuk menyokong pokok daripada tumbang di atas tanah lembut serta menyerap oksigen. Keempat adalah Peringkat Pokok Bakau Matang iaitu apabila pokok bakau dewasa membesar dan berupaya beradaptasi dengan air masin melalui kelenjar khas pada daun untuk menapis garam. Pokok matang mula mengeluarkan bunga dan menghasilkan buah baharu dimana cara ini ia sekali gus melengkapkan kitaran hidupnya untuk seterusnya akan menghasilkan generasi berikutnya. Di Malaysia memang ujud aktiviti dalam kempen penanaman pokok bakau selalunya merangkumi pelbagai program kesedaran, pemeliharaan dan penglibatan komuniti. Kempen ini bukan sekadar menanam pokok, malah bertujuan untuk melindungi ekosistem pesisir pantai. Beberapa aktiviti utama (berbentuk fizikal) seperti aktiviti Penanaman Anak Benih Bakau dimana para peserta diajar cara menanam anak pokok bakau dengan betul di kawasan berlumpur mengikut jarak yang sesuai (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada aktiviti Pembersihan Tapak Semula Jadi seperti aktiviti mengutip sampah sarap, sisa plastik, dan kayu buruk di pesisir pantai sebelum penanaman bermula. Ketiga ada aktiviti Semaian Anak Benih iaitu mengumpulkan propagul (buah bakau) dan menyemainya di dalam polibeg di tapak semaian sebelum dipindahkan ke kawasan terbuka.
Di antara produk utama yang dihasilkan daripada kayu bakau ialah arang kayu dan cerucuk binaan selain banyak jenis produk lain di komersilkan. Sifat kayu bakau sangat kuat, kalis air dan tahan lama di kawasan lembap menjadikan aktiviti penebangan dan penggunaan kayu bakau terus meningkat saban tahun. Produk pertama dari bakau adalah Produk Arang Kayu Bakau dimana bahan mentah asas yang digunakan seperti Kayu Bakau Minyak dan Bakau Kurap: yng dipilih kerana sifat batangnya yang lebih lurus, saiz kayu yang hampir seragam dan struktur kayu padat yang menghasilkan karbon bermutu tinggi. Aktiviti pembalakan kayu bakau dikawal ketat di bawah lesen Jabatan Perhutanan bagi memastikan ekosistem paya bakau di Malaysia akan terpelihara. Cara untuk membuat atau memproses kayu bakau yang mana ia perlu 'dimasak' di dalam relau bata berbentuk iglu (dikenali sebagai gok atau dapur) dimana penuli sblog yang beberapa kali membuat lawatan teknikal iaitu proses ini menggunakan kaedah pirolisis (pembakaran tanpa oksigen atau terkawal udara) yang mengambil masa lebih sebulan melalui tiga fasa utama: api besar (pengeringan), api kecil (pembakaran dan juga karbonisasi) dan juga ada proses penyejukan. Perusahaan arang bakau sebenarnya tidak hanya menghasilkan bahan bakar malah ia juga merangkumi beberapa produk komersial seperti Produk Arang Bahan Api (BBQ atau Domestik) sebagai jenis produk utama berbentuk ketulan hitam berkilat. Sifat asasnya ialah arang ini akan membekalkan haba stabil, bara tahan lama, kurang asap dan tidak memercik, dn kualiti ini yang menjadikannya ia sangat popular untuk restoran sate, ikan bakar dan barbekiu. Kedua ada Produk Cuka Kayu (Wood Vinegar) iaitu sejenis produk sampingan cecair yang terhasil daripada pemeluwapan asap semasa proses pembakaran kayu atau batang bakau dimana ia juga ada digunakan secara meluas dalam pertanian organik sebagai racun serangga semula jadi dan penggalak banyak jenis tumbuhan. Ada juga jenis Produk Arang Karbon atau Jenis Arang Hiasan yang berbentuk bongkah arang yang mempunyai rupa bentuk unik untuk dijadikan perhiasan rumah. Sifat porosnya berfungsi sebagai penyerap bau busuk dan kelembapan di dalam ruang seperti tandas, peti sejuk atau kereta. Ada juga dijadikan Bahan Mentah Industri Hiliran seperti jenis serbuk atau ekstrak arang bakau juga dibekalkan untuk industri pembuatan kosmetik (sabun arang), ubat nyamuk dan baja tanaman. Kayu Arang Bakau ini ia digunakan untuk masakan, barbeku, dan industri kerana ia membakar denganhaba yang stabil dan tahan lama. Di Malaysia dimana lokasi paling terkenal berada di Kuala Sepetang, Perak ialah pusat pembuatan arang kayu bakau tradisional yang sudah lama di komersilkan. Paling selelu di dengar adalah Kayu Bakau Sebagai Cerucuk (Piling atau Kayu Pancang) dimana ia dijadikan asas sokongan atau tiang untuk membina rumah, bangunan dan jambatan di atas tanah lembut, berlumpur atau berpaya. Kontraktor akan menggunakan kayu bakau sebeb ciri kelebihan kayu bakau tidak mudah rosak atau reput apabila terendam dalam air dalam jangka masa yang panjang. Ketiga adalah Produk Kayu Api Bakau dimana ia selalu digunakan secara tradisional sebagai bahan bakar untuk mengukus atau memasak dalam industri kecil (seperti pembuatan budu atau kuih tradisional). Akhir sekali ada juga jenis Produk Sampingan (Hasil Arang) seperti Produk Cuka Kayu iaitu sejenis cecair hasil daripada proses pembakaran arang yang berguna dalam bidang pertanian sebagai penggalak tanaman dan penghalau serangga. Ada juga jenis Produk Penjagaan Diri seperti jenis sabun dan syampu yang diadun bersama ekstrak arang bakau.
Dilaporkan sejak lama di mana pokok dan kayu bakau mempunyai kedudukan yang sangat unik dalam budaya masyarakat pesisir pantai khususnya masyarakat Melayu dan komuniti pribumi. Suasana hutan bakau yang gelap serta berlumpur, berselirat dengan akar jangkang serta dipenuhi bunyi-bunyi alam yang misteri menjadikannya latar belakang yang kaya dengan pelbagai mitos dan pantang larang tradisional. Di kongsikan beberapa kepercayaan dan mitos berkaitan dengan pokok serta kayu bakau dalam masyarakat tempatan. Pertama adalah Mitos Penunggu dan Makhluk Halus Hutan Bakau dimana ia sering dianggap sebagai kawasan yang keras atau kes ada berpenunggu. Melihat akan susuatur hutan bakau yang mana ada kawasan akar-akar bakau yang berselirat (terutamanya jenis Bakau Kurap yang akarnya tinggi) dipercayai menjadi tempat tinggal atau 'perkampungan' bunian, jin, atau hantu air (seperti hantu pari). Sudah ujud beberapa 'Pantang Larang' bila ada orang tua-tua melarang keras sesiapa sahaja daripada menegur atau mengambil benda aneh (seperti kayu berbentuk ganjil atau batu) di kawasan bakau. Jika ada dahan bakau yang kelihatan meliuk-liuk atau berayun sendiri tanpa angin, ia dilarang ditegur kerana kononnya menjadi tempat bermain makhluk halus. Kedua ada Mitos Kayu Bakau Berdarah dimana terdapat cerita rakyat yang mendakwa sesetengah pokok bakau (seperti jenis bakau minyak atau tangar) akan 'berdarah' mengeluarkan cecair merah pekat apabila kulitnya dikelar atau batangnya ditebang. Mitos ini mengaitkannya dengan sumpahan atau jelmaan makhluk bernyawa. Apa pun faktanya dimana cecair merah tersebut sebenarnya adalah kandungan tanin yang sangat tinggi pada kulit dan kayu bakau. Secara tradisional, warna merah daripada kulit bakau ini digunakan oleh nelayan untuk mewarnakan jaring ikan dan kain layar supaya lebih tahan lama. Ketiga ada Mitos Sumpahan Buaya dan Sumpah Setia dimana hutan bakau adalah habitat semula jadi buaya muara. Di beberapa kawasan seperti di Sabah (Kisah Orang Sungai di Kinabatangan) dan Sarawak, terdapat mitos kuat tentang hubungan manusia dan buaya. Keempat ada Mitos Pokok Bakau Tempat Buaya Bersarang atau mengawan tidak boleh diganggu dimana dikatakan jika seseorang menebang pokok bakau di kawasan tersebut tanpa 'meminta izin' dulu maka keturunannya akan diburu oleh buaya. Kelima ada Mitos Dilarang Membawa Limau Purut atau Membuat Bising yang keterlaluan di dalam hutan bakau kerana dipercayai boleh menaikkan amarah 'penjaga' seperti buaya yang ada dikawasan tersebut. Walaupun kisah penunggu atau sumpahan pokok bakau ini dianggap sebagai mitos atau khurafat dalam konteks moden, kepercayaan ini sebenarnya membawa mesej tersendiri buat masyarakat terdahulu. Mitos dan pantang larang ini diwujudkan sebagai mekanisme kawalan sosial untuk ianya menjaga keselamatan bagi ia menghalang orang ramai terutamanya kanak-kanak daripada merayau di hutan bakau yang berbahaya (berlumpur dalam, banyak haiwan berbisa dan pasang surut air laut yang pantas). Ia juga akan dapat memelihara alam (Konservasi) diman adengan cara menakut-nakutkan masyarakat daripada mereka melakukan penebangan haram atau memusnahkan hutan bakau sewenang-wenangnya. Pokok bakau adalah benteng utama pencegah hakisan pantai dan penahan ombak tsunami. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!....
HUTAN POKOK BAKAU... IAPENTING DIJAGA...
BERNILAI TINGGI...IA SEMAKIN PUPUS PULA...
BACA ARTIKEL...MEMANG HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.