Support My Blog

Monday, December 31, 2012

IKAN PIRANHA

IKAN PIRANHA (Serrasalmus rhombeus) atau disebut 'Ikan Pirana' merupakan spesis ikan yang terdapat di Sungai Amazon, Brazil yang mampu mengigit mangsa dengan rakus dan cepat. Salah satu spesis ikan air tawar yang karnibal ini ialah "Spesis Mata Merah" atau (Red eye species) yang dikatakan mampu mempunyai kuasa gigitan melebihi 30 kli ganda daripada berat badan ikan tersebut. Kajian oleh beberapa saintis perikanan baru-baru ini yang dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia menyatakan, kehebatan gigitan ikan ini mampu mengalahkan haiwan besar seperti Tyranosaurus rex (T-Rex) yang selalu digambarkan sebagai haiwan ganas zaman pra- sejarah. Kajian tersebut mendapati kekuatan gigitan ikan piranha adalah sekuat 32 Newton (N) iaitu hampir 3 kali ganda lebih kuat daripada gigitan buaya aligator Amerika yang dikatakan memang sungguh kuat gigitannya.  Kalau hendak difahami, satu Newton (1N) adalah ukuran kuasa yang diperlukan untuk mengerakkan satu kilogram jisim (Benda) bagi satu meter persegi. Artikel petang Isnin ini semasa bercuti hujung tahun, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk mengenai ikan piranha atau ikan Pirana untuk dikongsi bersama rakan-rakan pembaca blog ini.


Mayat mangsa gigitan piranha
di Sungai Amazon
Adakah spesis ikan ini di pelihara atau dalam keadaan liar di Malaysia?. Saya rasa agak sukar untuk menjawap soalan ini kerana mungkin ada orang yang hobinya melihat ikan merbahaya ini dalam akuarium. Ikan ini memang dikatakan dilarang dibawa masuk kenegara kita kerana kalau terlepas kedalam sungai kita...alamak...Ngerinya, tengoklah foto sebelah dari internet yang menunjukkan mayat yang menjadi mangsa serangan ikan piranha di Sungai Amazon. Tidak ada apa yang mampu diselamatkan lagi. Dalam beberapa jam sahaja hanya tinggal tulang, itu pun kerana ikan piranha tersebut tidak boleh gigit. Keganasan ikan ini kerana kekuatan yang ada pada gigi yang tajam pada ikan tersebut dan serangan berlaku secara berkelompok dalam air. Kalau ikan ini menyerang dalam kelompok yang banyak, seekor mangsa seperti haiwan kambing atau lembu akan mengambil masa beberapa jam sahaja untuk dihabiskannya berdasarkan kepada filem dokumentari yang dapat saya tengok. Memang ngeri tengok aksi tersebut.


Dalam keadaan liar, ikan jenis karnibal ini mampu membesar dengan kadar 3 cm setahun dan anggaran piranha dewasa sekitar 15 - 30 cm panjang. Warna badan ikan ini bergantung kepada habitat persekitaran dimana ianya agak kehitaman pada air sungai yang liar dan akan menjadi cerah jika dipelihara didalam akuarium. Susunan giginya yang tajam dihadapan mulut ikan piranha ini mampu mengigit dan putuskan mangsa dengan cepat. Ketajaman dan kekuatan gigi piranha mampu mengigit tangan pemilik akuarium dan mencederakannya.  Bagi peminat ikan ini di Amerika dikatakan memberikan makan dengan ikan keli atau udang hidup sebagai makanan. Kajian oleh beberapa saintis perikanan manyatakan ikan ini mampu hidup selama tiga (3) bulan tanpa makanan dalam air.  Kita di Malaysia pernah diperkenalkan dengan ikan dari kumpulan ikan piranha iaitu Ikan Paku atau Ikan Pacu yang popular sekitar pertengahan tahun 1990'an. Ikan Pacu ini mempunyai bentuk lebih lebar dari ikan piranha hitan diatas dan tidaak mengigit diternak dalam kolam ikan air tawar.  Ikan Pacu ini diberi makan pelet atau dedak ikan dan cepat membesar dimana kini jarang-jarang saya jumpa dijual lagi dipasar. Saya pernah menternak ikan ini di kolam saya di Kg Tehel, Jasin sekitar tahun 1999 dan beberapa kali menuai dan menggoreng ikan ini. Memang sedap rasanya.


Ikan Piranha ini sebenarnya sejenis ikan yang boleh dijadikan lauk oleh penduduk tempatan Sungai Amazon di Brazil dan Peru. Ikan ini boleh diburu dengan menggunakan jaring atau kail yang akan di siang dan dibuang bahagian giginya yang tajam. Rasa ikan jenis ini hampir sama dengan ikan-ikan lain yang kita goreng dicampur dengan ramuan seperti garam, kunyit dan diperah limau. Ikan ini boleh juga dijadikan ikan kering masin jika mahu. Sebenarnya ikan piranha ini mempunyai banyak spesis iaitu Kumpulan Catoprion, Pristobrycon, Pygocentrus, Pygopristis, Megapiranha dan Serrasalmus. Ikan dari keluarga Charachidae ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sungai-sungai di Amerika Selatan. Spesis piranha ini belum dapat kepastian kerana ada dianggarkan antara 30 - 60 spesis yang mungkin ada. Kepada sesiapa yang telah menonton filem serangan piranha, awas kerana filem ini akan memberikan kesan spsaikologi kalau kita hendak turun kesungai dikampong kelak.


Serangan piranha dalam mimpi!

IKAN PIRANHA... PIRANA JUGA NAMANYA....
GIGINYA TAJAM ... TAKUT IBUATNYA...
SUKA MAKAN DAGING... 'CARNIBAL' NYA.. 
DI GORENG GARENG... ENAK AGAKNYA...

By,
M Anem
Stesyen Petronas, Bandar Iskandar,
Perak,
Malaysia.
(16 Safar 1434H) 

Sunday, December 30, 2012

ANGGUR : AMALAN AGRONOMI

AMALAN AGRONOMI tanaman anggur (Vitis vinifera)  perlu dijalankan mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Penanaman anggur di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan beberapa negara lain dengan pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technologi" beberapa amalam agronomi tanaman anggur yang diamalkan oleh petani di negara yang banyak menghasilkan anggur didunia.


Buku yang saya baca terbitan CABI ada menyatakan kombinasi pokok penanti jenis Vitis rupestis, Vitis riparia dan Vitis berlandieri sangat sesuai digunakan kerana tahan serangan nematod dan juga phylloxera. kombinasi varieti ini juga menghasilkan pokok tahan tahan lasak, tahan cuaca kering, lembab malahan mampu menghasilkan buah anggur lebih cepat. Jarak tanaman yang disyorkan untuk ladang anggur adalah 2.7 meter atau 3.0 meter dengan jarak antara barisan tanaman sekitar 1 - 2 meter jauhnya didalam sistem trellis atau berpara (lihat foto sebelah). Jarak tanam ini dipengaruhi oleh faktur jenis tanah, cuaca, varieti anggur dan sebagainya. Petani di Eropah sering menanam anggur pada jarak 1 meter sahaja antara pokok dan barisan dalam bentuk empatsegi sama. Bagi ladang anggur yang luas, penggunaan jentera menanam anggur digunakan.


Pokok anggur adalah jenis menjalar dan perlukan latihan penjalaran dari peringkat awal penanaman (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak sistem penjalaran pokok anggur sama ada berbentuk bebas, vertical, VSP dan sebagainya dimana disesuaikan dengan keadaan rupabentuk tanah, iklim, varieti dan juga tujuan pengeluaran sama ada untuk segar atau untuk diproses buat wain. Penjarangan (thinning)  dahan dijalankan mengikut kesesuaian setiap masa. Kawalan rumpai dibuat diantara barisan tanaman dengan cara manual atau semburan racun rumpai yang disyorkan. Pokok anggur akan mula berbuah 2-3 musim penanaman dan  akan berbuah penoh selepas 4 musim penanaman. Bergantung kepada pengurusan, jangkaan hail anggur sangat bergantung kepada kultivar dan lokasi penanaman. Pada tahun ke 2 dianggarkan sebanyak 4 mt/ha dan akan meningkat kepada 8 - 15 mt/ha pada tahun ketiga. Pengeluaran hasil anggur mencapai 10 - 20 mt/ha pada tahun ke 4 dan terus meningkat. 


Beberapa kajian yang dibuat mendapati jangkahayat pokok anggur mampu mencapai sehingga 40 - 60 tahun (sama umur dengan petani sendiri) jika dijaga dengan baik. Bagaimana pun jika pokok diserang penyakit atau tidak diurus dengan baik , umur pokok anggur memang singkat. Kaedah menuai buah anggur bergantung kepada tujuan pasaran. Bagi pasaran makan anggur segar kaedah memetik anggur dengan memotong gunakan gunting dengan tangan (Lihat foto sebelah). bagi tujuan untuk diproses buat wain, penggunaan jentera atau mesin digunakan agar cepat dalam penuaian hasil. Buah anggur memang tahan disimpan didalam suhu sejuk pada 1 celcius selama 3 - 6 bulan dan masih segar. Itulah sebabnya kita di Malaysia boleh beli dan makan buah anggur segar walau pun kita tidak menanamnya dengan luas. Kadang-kadang penggunaan bahan kimia pengawet seperti  'sulphur dioxide'  ada digunakan untuk rawatan buah anggur. Basuh dulu buah anggur sebelum dimakan atau buang kulitnya untuk elakkan gatal tekak atau batu. Wasallam!



BUAH ANGGUR ... ADUH MEMANG SEDAPNYA...
TANAM DI CHINA.... BERJUTA TAN HASILNYA....
DI MAKAN SEGAR ... WAIN JUGA KEBANGGANNYA..
NEGARA JIRAN ... BERJAYA MENANAMNYA...

By,
M Anem
Room 202, Hotel Jelai,
35-36, Jalan Tiong , Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(30 Disember2012) 

Saturday, December 29, 2012

ANGGUR : KENAL ANGGUR

ANGGUR (Grapes) adalah sejenis buah-buahan yang sangat popular diseluruh dunia sebgai buah untuk dimakan segar atau di proses untuk menjadi produk lain. Anggur Eropah (Vitis vinifera) merupakan jenis angur paling banyak ditanam secara komersil. Anggur jenis ini dipercayai berasal dari kawasan Laut Caspian sehingga Kawasan Laut Hitam. Anggur Eropah merupakan kultivar anggur paling banyak ditanam secara komersil untuk dimakan segar, dibuat wain atau dikeringkan menjadi kismis. Beberapa jenis tanaman anggur spesis lain adalah seperti Vitis labrusca, Vitis aestivalis, Vitis vulpina, Vitis rupestris, Vitis riparia dan Vitis berlandieri. Pokok anggur mempunyai ciri batang yang menjalar (vine) dan mampu memanjang sehingga sukar untuk diukur. Anggur sesuai dikawasan yang beriklim panas sejuk dikawasan temperate dan subtropik dengan suhu sesuai. Jika suhu jatuh dibawah -20 celcius (suhu beku) , pokok anggur akan menjadi 'dormant' walau tidak mati sementara jika suhu pada paras -1 celcius, ianya sesuai untuk menghasilkan pucuk baru. Kajian oleh saintis ada menunjukkan jika suhu sekitar -0.5 celsius sangat baik untuk mengeluarkan bunga dan seterusnya pengeluaran buah anggur. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri tanaman anggur berdasarkan kepada beberapa buah buku yang baru dibeli dan saya baca serta dari pengalaman penulis sendiri.


Anggur IAC di Thailand.
Pokok anggur mempunyai sistem akar yang panjang dan dalam. Pokok ini memerlukan keperluan air yang sederhana dan agak toleran dengan keadaan tanah yang lembab. Tanaman anggur sesuai juga dikawasan tanah dalam dan boleh ditanam dikawasan gurun seperti di Dina Farm, Mesir iaitu kawasan pemulihan tanah gurun untuk tanaman anggur yang saya lawati pada tahun 2005. Penanaman anggur dijalankan diatas sistem para trellis dengan tinggi 5 - 6 kaki bergantung kepada sistem pengurusan. Di Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia merupakan negara yang berjaya menanam beberapa jenis anggur dimana cuaca dinegara tersebut hampir sama dengan kit di Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia belum dapat mencapai tahap seperti di dua negara jiran tersebut. Kawasan bercerun juga boleh ditanam anggur asalkan mudah untuk dijalankan pengurusan ladang. Anggur sesuai ditanam pada banyak jenis tanah dan yang penting adalah tanah mestilah yang mempunyai saliran baik. Tanah jenis ringan (light soils) disyorkan ditanam anggur dengan syarat tahap kesuburan rendah di perbaiki dengan penurusan tanah sesuai untuk memudahkan mengawal kanopi tanaman.


Pokok anggur mempunyai bunga jenis HERMAPRODITE iaitu dari kumpulan Venifera spp (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun terdapat juga pokok anggur seperti jenis American species yang bersifat 'monoecious' dilaporkan. Proses pendebungaan oleh angin atau serangga tidak diperlukan oleh pokok anggur. Keadaan cuara panas dan kering sering meningkatkan kadar pendebungan dan pembentukkan buah (fruit set) bagi tanaman anggur. Putik bunga anggur akan keluar dalam jumlah 3 set dalam satu jambak pada tangkai panjang yang mana hanya satu sahaja yang akan jadi buah manakala dua lagi akan dormant. Pembentukkan buah anggur adalah 'double-sigmoid' dengan lekukan (curve). Buah anggur matang 5 - 7 bulan selepas berbunga yang lazimnya jatuh pada musim luruh (autumn). Terdapat banyak kultivar anggur ditanam secara komersil terutama di kawasan sub-tropika dan temperate. Kini telah banyak varieti baru yang sesuai ditanam di kawasan panas tropika seperti di Thailand dan Indonesia serta telah ada di Malaysia dengan sistem tanaman diubahsuai. Pengeluaran buah anggur dunia saya dapati dari FAO Statistic sebanyak 68 - 70 juta metrik tan setahun dengan didahului oleh negara China (12%), Itali (11%) dan USA (9%). Negara-negara lain yang banyak menanam dan menghasilkan anggur adalah seperti Sepanyol, Perancis, Turki, Chile, Argentina, India dan Iran. Malaysia merupakan negara pengimpot buah anggur yang bernilai jutaan ringgit setahun sama ada dalam bentuk buah anggur segar, produk proses dan makanan siap guna. 


Ladang Anggur varieti Israel di Thailand
ditanam dikawasan tanah terbuka.
POKOK ANGGUR... MENJALAR TUMBUHNYA...
JALAR DIATAS PARA ... TRELLIS SISTEMNYA...
TANAH YANG DALAM ... PANJANG AKARNYA...
PENGELUARAN DUNIA... MENCECAH 80 JUTA..

By,
M Anem
Ladang Anggur Silverlake,
Pataya, 
Thailand
(Lawatan Agro Challange 2012)



Friday, December 28, 2012

BLACKCURRANTS

BLACKCURRANTS (Ribes nigrum) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Grossulariaceae yang merupakan jenis buah-buahan temperate yang banyak ditanam di Eropah, USA, New Zealand dan Utara Asia. Kita di Malaysia jarang jumpa pokok ini kerana tidak ditanam tetapi jenama minuman 'RIBENA' telah mempengaruhi ramai rakyat Malaysia mengenali perkataan 'blackcurrants' semenjak dulu lagi. Baru-baru ini saya membeli sebuah buku mengenai "Temperate and Subtropical Fruit Production" keluaran CABI International (mahal buku itu) dan terus membaca serta memahami apakah dia tanaman blackcurrants yang iklannya amat popular di tayangkan di telivisyen. Rupanya tanaman ini merupakan tanaman renek (bushy) yang mempunyai ketinggian 1.2 - 2.0 meter dengan lebar kanopi yang serupa. Tanaman ini menghasilkan bunga hermaprodite yang melakukan pendebungaan sendiri tetapi jika berlaku pendebungaan silang akan meningkatkan lagi kualiti buah. Lebah membantu didalam mendebungakan tanaman ini. Artikel petang ini saya menulis di dalam "Anim Agro Technology" satu tanaman buah-buahan temperate hasil pembacaan saya untuk dikongsi rakyat Malaysia yang belum kenal akan pokok ini.

Tanaman blackcurrants adalah tanaman untuk kawasan temperate yang mempunyai 4 musim. Ia memerlukan hari siang pendek untuk menggalakan pengeluaran bunga (flower-bud initiation). Pengeluaran bunga lazimnya pada musim bunga (spring) dan buah blackcurrants masak pada pertengahan musim panas (midsummer). Suhu sejuk pada musim sejuk diperlukan oleh tumbuhan ini untuk memecahkan dormancy pokok. Pokok ini akan dorman dan tahan (tolerance) dengan suhu dibawah -20 celcius tetapi bila suhu naik kepada -1 celcius, ia akan mengeluarkan bunga dan diikuti kemudian dengan proses pembentukkan buah. Tanaman ini perlukan tanah yang rata tetapi tidak tahan jika kawasan tersebut tidak ada saliran sempurna. Pokok ini juga perlukan pengairan baik terutama diperingkat pengeluaran bunga dan pembentukan buah.  Tanah dengan pH 6.0 - 6.5 diperlukan tetapi tanah yang mempunyai pH kurang dari 5.0 tidak sesuai untuk tanaman ini.  Kawasan tanah yang lembab sering berlaku serangan kulat (Botrytis) dan juga masalah bintik daun.

Bahan tanaman blackcurrants selalunya adalah menggunakan keratan batang. Keratan batang sepanjang 20 - 45 cm panjang di tanam pada musim sejuk (winter) dimana tanaman ini amat mudah tumbuh. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2.5 meter antara barisan dan 15 - 30 cm antara pokok.  Pokok yang berumur setahun perlu dibuat cantasan dahan untuk mendapatkan bentuk pokok yang sesuai. Elakkan membuat pembajakan (tillage) setelah pokok ditanam kerana akar pokok ini adalah cetek.  Kawalan rumpai sering menggunakan kaedah semburan racun rumpai yang terkawal. Penggunaan plastik penutup juga telah diamalkan untuk kawalan rumpai.  Pembajaan pokok ini bergantung kepada jenis tanah dan pengurusan yang menggunakan baka NPK 5:5:3 kg/t/ha. Penggunaan baja Nitrogen diberikan berperingkat-peringkat.

Jentera menuai blackcurrants.
Penuaian blackcurrants dijalankan 15-18 bulan selepas ditanam. Pokok ini mampu menghasilkan buah selama 4 - 5 tahun didalam kebun diuruskan dengan baik. Anggaran hasil adalah sebanyak 0.5 - 2.0 mt/ha pada tahun ke 2 dan meningkat kepada 2.0 - 5.0 mt/ha pada tahun ke 3. Hasil pada tahun ke 4 mampu mencapai sebanyak 4.0 - 8.0 metrik tan/ha. Kaedah penuaian lazimnya menggunakn jentera kerana buahnya kecil dan banyak(Lihat foto mesin penuai buah disebelah). Buah yang dituai akan dijual segar kepada pembeli atau kebanyakannya diproses dikilang untuk pelbagai produk seperti kordial minuman, pes, puree, jem, produk kesihatan dan banyak lagi. Buah ini jarang dijual segar untuk dimakan segar mungkin kerana rasaynya yang masam. Kita di Malaysia makan produk proses blackcurrants seperti minuman Ribena, Pie, Jem dan sebagainya yang boleh dibeli di Hypermarket.


BERWARNA GELAP... 'BLACKCURRANT' TU...
DINEGARA SEJUK... SESUAI TANAM DISITU...
BUAHNYA KECIL... POKOKNYA RENEK TAU....
MINUM RIBENA ... MEMANG SEDAP SELALU...

Selain buah 'Blackcurrant' rupanya ada lagi buah yang dipanggil sebagai 'Redcurrant' dan 'Whitecurrant - sebenarnya kekuningan) seperti foto dibawah.... baru aku tahu!


By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1434H)



Thursday, December 27, 2012

BUAH BERRY

BLUEBERRY  atau BUAH BERRI (Vaccinum corymbosum) adalah sejenis buah dari keluarga Ericaceae yang mana ramai orang Malaysia kurang kenal pokoknya. Kita kenal produk blueberry dalam bentuk jem, pie, muffin, jelly, puree dan beberapa produk makanan kesihatan yang harganya pun agak mahal kerana ia adalah produk siap proses yang diimpot. Penanaman pokok ini di negara kita amat kurang popular dimana tidak ada rekod rasmi oleh Jabatan Pertanian akan keluasan penanaman pokok blueberry dinegara kita. Ini kerana ia tanaman sesuai dikawasan subtropika dan temperate. Pokoknya adah jenis parenial berkayu dengan ketinggian antara 1-4 meter dan kelebaran kanopi sehingga 2 meter. Pokok ini menghasilkan bunga HERMAPRODITE dimana proses pendebungaan bersendiri tetapi untuk menghasilkan buah yang banyak, disyorkan agar berlaku pendebungaan bersilang (cross pollination). Artikel malam ini saya tulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman blueberry hasil pembacaan dan pemerhatian dibuat untuk bacaan dan rujukan anda semua.


Pokok blueberry atau singkatnya 'berri' boleh tumbuh sebenarnya didalam pelbagi keadaan iklim. Tanah gembur dengan saliran baik perlu untuk pokok berri kerana akarnya tidak tahan lembab dan basah. Sesuai ditanam dikawasan tanah yang banyak bahan baja organik. Pokok berri tidak tahan kemarau atau pun keadaan mudah banjir dan mudah rosak. Keadaan cahaya matahari yang banyak diperlukan. Kulat akan mudah menyerang jika keadaan persekitaran adalah lembab dan panas. Tanah yang rata, saliran sempurna dan struktur pelindung SPH disyorkan untuk penanaman pokok berri. Keadaan tanah dengan pH antara pH 4.0 - 5.0 sesuai dimana ada banyak tanah gambut. Tanah jenis berpasir dengan kelembapan mencukupi juga boleh ditanam beri asalkan sentiasa ditambah dengan baja organan. Akar pokok berri tidak mampu menjalar dikawasan tanah padat (compact soils)Pembajaan adalah penting untuk pokok berri. Baja NPK dan baja organan perlu diberi mengikut jadual pembajaan. 


Bahan tanaman yang sesuai digunakan adalah melalui keratan dahan yang diambil musim sejuk. Keratan batang disemai dalam nurseri tanah pasir atau polibeg sehingga berumur 1 - 2 tahun. Anakbenih berumur 2 tahun disyorkan untuk ditanam (Lihat foto sebelah). Jarak tanaman adalah 2.5  - 3.0 meter antara barisan dan 1.0 - 1.2 meter antara pokok. Cantasan pembentukan perlu dibuat daripada peringkat awal penanaman untuk mendapatkan bentuk pokok yang seimbang dan kanopi yang sesuai. Akar pokok blueberi adalah jenis cetek dan pengemburan tanah tidak digalakan. Sebaliknya kawalan rumpai dengan racun rumpai boleh diamalkan. Tambahan sungkupan seperti habuk papan atau kulit kayu baik untuk pokok beri. 


Pokok beri mula mengeluarkan hasil selepas 3 tahun ditanam dengan penjagaan yang sempurna. Buah yang masak akan menjadi warna biru kuat (lihat foto sebelah) dan dipetik menggunakan tangan. Pilih buah yang cukup ranum dipokok dan dipetik sebelum dikumpulkan untuk digredkan. Penggunaan jentera untuk menuai buah beri ada digunakan di USA untuk buah beri yang akan diproses. Pokok berumur 6 - 7 tahun mampu memberikan hasil paling optimum.  Jangkaan penuaian hasil bergantung kepada pengurusan dimana pada tahun ketiga sebanyak 250 kg/ha boleh dicapai. Hasil akan meningkat kepada 1.5 mt/ha tahun ke 3, sebanyak 3.0 mt/ha pada tahun ke 5 dan sebanyak 6.0 mt/ha pada tahun ke 6. Kajian dibeberapa negara mendapati jangkahayat pokok blueberry adalah sehingga 20 - 30 tahun lamanya dengan pengurusan yang baik. Penyimpanan buah beri dalam suhu sejuk 1-2 celsius tahan sehingga 10 - 14 hari.  Kita jarang dapat buah beri segar dipasaran negara kita.. nampaknya kena pergi ladang blueberry lepas ini. Wasallam!


Roti dengan jem blueberry.

BUAH BLUEBERRY... WARNA BIRU ....
DI BUAT JEM... PIE, MUFFIN TAHU...
POKOK MENEGAK... BUAH BERIBU..
BELI SAHAJA... PRODUK DI SITU...

By,
M Anem
Hotel Selesa,
Seremban 2,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(16 Safar 1434H)

Wednesday, December 26, 2012

HARGA BAJA TUNGGAL

HARGA BAJA TUNGGAL (Straight Fertilizers) di Malaysia berubah-ubah selama 5 tahun mulai tahun 2008 hingga 2012 daripada kajian yang saya jalankan. Penggunaan baja tunggal dalam sektor perladangan seperti untuk tanaman kelapa sawit, getah, koko dan juga tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran terun meningkat saban tahun.  Kita telah dikejutkan dengan krisis kenaikan harga bahan petroleum pada tahun 2008 dimana ianya telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Bahan asas membuat baja kimia kebanyakannya adalah berasaskan kepada produk petroleum dan bahan campuran asas yang lain. Krisis ini turut menjejaskan kos bahan makanan akibat kos bahan input seperti baja, kos pengangkutan dan kesan seterusnya  terhadap produktiviti pengeluaran hasil tanaman.  Krisis Makanan lebih ketara apabila banyak kawasan tanaman bijirin seperti sawah padi yang musnah akibat bencana alam seperti banjir dan sebagainya.  Berdasarkan kepada isu diatas, saya telah membuat kajian terhadap trend harga baja tunggal di pasaran runcit di Malaysia untuk jangkamasa selama 5 tahun. Data dikumpulkan daripada pembekal-pembekal dan penjual baja diseluruh Semenanjung Malaysia dan dianalisa untuk melihat hasil kajian. Artikel malam Christmas ini sambil menonton TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai trend harga pasaran peruncitan 6 jenis baja tunggal untuk dijadikan rujukkan dan pengetahuan anda semua.    



Jadual 1A diatas merupakan data analisa mengenai harga baja tunggal yang paling popular penggunaan di Malaysia oleh pihak pekebun kecil, estet dan juga GLC.  Enam jenis baja tunggal yang saya kaji adalah Baja Amonium Sulphate, Borate/Borax,  CIRP (Christmas Island Rock Phosphate),  MOP (Moriate of  Potash), TSP (Triple Superphosphate) dan Urea. Kesemua baja diatas digunakan untuk tanaman dan peringkat penanaman berbeza mengikut amalan pembajaan yang disyorkan dalam agronomi tanaman. Kebanyakan pengeluar baja tunggal membungkus baja tunggal dalam pek 50 kg kecuali beberapa jenis seperti Borate yang dibungkus dalam pek 25 kilogram. Diantara baja tersebut didapati harga baja TSP adalah paling mahal iaitu RM 178.20 (2008) dan harga paling rendah direkodkan ialah Baja CIRP iaitu RM 41.25 (2009). Penggunaan baja tunggal untuk sawah padi dan ladang kelapa sawit serta getah didapati paling signifikan permintaannya jika dibandingkan dengan tanaman lain. Ini termasuk baja subsidi padi yang nilai pengeluaran dan pengedaran baja tersebut bernilai jutaan ringgit. Saya fikir tanpa baja, maka penghasilan padi dan kelapa sawit tidak mencapai potensi produktiviti tanaman tersebut.





Jadual diatas menunjukkan bahawa trend harga runcit baja adalah amat tinggi pada tahun 2008 semasa krisis minyak dunia melanda. Didapati purata harga runcit tahunan baja (Jadual 1) adalah setinggi RM 608.82 (2008) yang kemudian menurun kepada RM 561.03 (2009), RM 443.28 (2010), RM 437.45 (2011) dan stabil pada harga RM 440.54 pada tahun 2012. Baja Amonium sulphate (21%N) berharga RM 72.00/ 50 kg telah menurun serendah RM 42.17 / 50 kg (2010) dan stabil pada harga RM 45.59 pada tahun 2012. Baja jenis Borate yang dijual pada harga RM 95.41 /25 kg tahun 2008 didapati telah turun pada harga stabil sebanyak RM 69.00 selama 3 tahun kebelakangan. Harga baja CIRP yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah juga dijual dengan harga RM 41.75 / 50 kg  (2008) tetapi meningkat kepada RM 62.42 / 50 kg (2009) dan stabil pada harga RM 45.55 / 50 kg pada tahun 2012.


Harga baja MOP yang dijual runcit pada harga RM 150.00 / 50 kg terus menurun selepas itu dengan RM 140.84 (2009), RM 101.98 (2010), RM 104.83 (2011) dan stabil pada harga RM 105.50 pada tahuun 2012. Bagi baja TSP yang banyak digunakan pada peringkat awal penanaman, harga runcit baja tersebut adalah RM 158.20 / 50 kg dan terus menurun pada tahun berikutnya sehingga stabil pada harga RM 105.50 pada tahun 2012. Paling banyak digunakan untuk tanaman padi adalah baja Urea (46%N) yang dipasarkan secara harga runcit RM 91.46 / 50 kg (2008) dan menurun serendah RM 78.00 (2010) dan kini stabil pada harga RM 81.92 / 50 kg pada tahun 2012. 




Harga Baja sekilogram setiap jenis telah dianalisa untuk mengetahun trend sebenar harga baja setiap kilogram. Geraf diatas menunjukkan berlaku penurunan harga runcit yang ketara semanjak episod krisis minyak 2008. Purata harga baja sekilogram didapati menurun daripada RM 2.21 / 1kg (2008) kepada hanya RM 2.04 (2009), RM 1.61 (2010), RM 1.59 (2011) dan naik sedikit pada tahun 2012 kepada RM 1.60. Keputusan kajian yang saya buat ini menunjukkan krisis minyak mungkin merupakan diantara faktor yang paling signifikan berdasarkan kepada tinjuan temubual dengan pengedar, peruncit dan golongan pengguna. Kita amat berharap yang harga baja akan stabil untuk beberapa lama lagi agar kos bahan makanan tidak terjejas dan petani masih mampu meraih keuntungan dalam aktiviti mereka. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa kenaikan kos baja akan meningkatkan kenaikan kos bahan makanan. 


BAJA TUNGGAL.... BANYAK DIGUNAKAN...
BAJA UREA ... TANAMAN PADI PERLUKAN...
HARGA MENURUN... KOS DIJIMATKAN...
BAHAN MAKANAN... TERUS DIHASILKAN...

By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia.
(8 Safar 2012)  

Tuesday, December 25, 2012

HARGA BAJA SEBATIAN DI MALAYSIA

BAJA SEBATIAN (Compound Fertilizer) merupakan satu keperluan asas untuk diberikan kepada tanaman dalam menghasilkan pengeluaran hasil lebih tinggi dan berkualiti. Dipasaran, nama baja ini juga disebut sebagai Baja Butiran atau Baja Campuran kerana ianya mengandungi bahan asas utama NPK iaitu Nitrojen (N), Posforan (P) dan Kaliam (K) serta bahan unsur lain yang digaul didalamnya. Harga baja ini dipasaran amat bergantung kepada proses pengeluaran yang mana baja kimia ini banyak berasaskan kepada 'by product' daripada industri petroleum. Kesan krisis minyak dan tenaga pada tahun 2008 telah didapati banyak menjejaskan harga jualan baja sebatian diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Saya berminat untuk membuat kajian mengenai kesan krisis ini terhadap trend harga baja sebatian di Malaysia selama 5 tahun. Kajian ini dijalankan terhadap harga runcit baja sebatian daripada premis-premis jualan dan pengedaran diseluroh Semenanjung Malaysia melibatkan 6 jenis baja yang paling popular digunakan di negara kita. Artikel pagi Cuti Krismas 2012 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" hasil kajian yang saya dijalankan untuk pengetahuan dan rujukkan anda semua.


Baja CCM 45
Jadual 1B diatas menunjukkan data yang telah dianalisa daripada harga runcit jualan baja diseluruh Semenanjung Malaysia. Enam (6) jenis baja sebatian yang saya buat kajian iaitu Baja CCM 65, CCM 45, NPK Blue (Behn Meyer - Impot), NPK Green (Behn Meyer - Impot), Yara Blue dan Yara Green. Beberapa baja sebatian lain tidak dapat dibuat kajian kerana terlalu banyak jenisnya dan akan dikaji pada masa akan datang. Kesemua baja tersebut dibungkus didalam pek 50 kilogram satu beg dimana semuanya adalah didalam bentuk butiran. Kajian juga meliputi baja sebatian buatan tempatan (local manufactured) dan juga harga baja sebatian yang diimpot. Baja sebatian impot saya dapati banyak digunakan petani untuk tanaman makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan singkat masa kerana kesannya terhadap hasil tanaman dan kualiti adalah terbukti walau pun harganya mahal. Hanya 2 jenis baja tempatan yang diambil data iaitu CCM 45 dan CCM 65 dimana 4 jenis lagi adalah baja impot dari jenis Behn Meyer dan Yara. Maklumat harga runcit dikumpulkan selama 5 tahun iaitu dari tahun 2008 hingga 2012 dimana kutipan dijalankan sepanjang tahun dari premis jualan.



Baja CCM65
Hasil kajian (Geraf diatas) menunjukkan berlaku kesan yang signifikan harga baja dengan krisis minyak yang berlaku pada tahun 2008. Purata harga runcit 6 jenis baja menurun daripada RM 928.17 / 50 kg pada tahun 2008 kepada RM 837.65 (2009), RM 678.90 (2010), RM 672.80 (2011) dan stabil pada harga RM 677.37 (Rujuk jadual 1B). Baja keluaran tempatan iaitu CCM 65 (Kadar NPK - 15:15:15) dijual dengan harga RM 150.86 / 50 kg satu beg telah menurun serendah RM 96.91 pada tahun 2011 sebelum stabil pada harga RM 97.06 pada tahun 2012. Baja CCM65 memang banyak digunakan untuk peringkat pertumbuhan vegetatif tanaman. Baja Tempatan CCM45 (Kadar NPK - 12:12:17:2) pula dijual dengan harga RM 161.50/ 50 kg satu beg pada tahun 2008 dan menurun serendah RM 96.15 (2011) dan stabil pada harga RM 96.39 (2012). Baja CCM45 banyak digunakan untuk peringkat reproduktif bagi pengeluaran bunga dan buah.


Empat jenis baja sebatian impot juga saya telah dibuat kajian perbandingan. Harga baja sebatian impot lazimnya adalah lebih mahal (15 - 30%) daripada baja tempatan walau pun mempunyai komposisi NPK yang serupa. Petani lebih suka membeli dan menggunakan baja sebatian impot kerana ia memberikan kesan 'fast release' yang baik untuk pertumbuhan tanaman. Baja NPK Green Impot Behn Meyer (15:15:15) dijual dengan harga RM 180.71 / 50 kg pada tahun 2008 tetaapi didapati menurun pada tahun berikutnya kepada RM 123.00 (2009), RM 148.28 (2010), RM 116.85, RM 117.82 (2011) dan hanya RM 119.32 (2012). bagi Baja Sebatian Behn Meyer Impot NPK Blue (12:12:17:2) dijaul dengaan harga tinggi pada 2008 sebanyak RM 150.60 /50 kg dan menurun kepada RM 150.60 (2009), RM 118.45 (2010), RM 120.09 (2011) dan hanya RM 121.51 pada tahun 2012. 


Baja jenama Yara adalah baja impot yang saya dapati amat popular dikalangan terutama dikalangan penanam sayur dan buah-buahan. Baja ini dinamakan 'Yara Mila' di kawasan Selatan Semenanjung dan ada dua jenis iaitu Yara Blue dan Yara Green. Baja Yara Blue (NPK 12:12:17:2) dijual dengan harga runcit RM 165.85 pada tahun 2008 dan kemudian menurun kepada RM 138.21 (2009), RM 121.69 (2010), RM 124.01 (2011) dan stabil pada harga RM 123.72 (2012). Bagaimana pun bagi baja Yara Green (Komposisi NPK 15:15:15) ianya dijual runcit pada purata harga RM 146.25 (2008) dan menurun kepada RM 140.31 (2009), RM 121.69 (2010), RM 112.82 (2011) dan RM 119.37 pada 2012. Trend harga baja impot hampir sama dengan trend harga baja keluaran tempatan. 




Baja Sebatian juga boleh dianalisa harganya mengikut purata harga setiap kilogram. Geraf diatas menunjukkan yang purata 6 jenis baja yang popular di Malaysia menunjukkan trend harga menurun semenjak 2008 sehingga tahun 2012. Harga purata baja sebatian sama ada keluaran tempatan atau yang diimpot menurun daripada RM 3.09 sekilogram (2008) kepada RM 2.99 (2009), RM 2.26 (2010), RM 2.24 (2011) dan RM 2.26 (2012). Analisa juga menunjukkan trend ini akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang jika tidak ada krisis berkaitan dengan kos pembuatan dan pengedaran bahan imput tersebut.

BAJA SEBATIAN... PENTING DIGUNAKAN...
BAJA TEMPATAN... MURAH HARGA JUALAN...
BAJA IMPOT... PETANI LEBIH PERCAYAKAN...
TRENG MENURUN.. DAPATKAH DIKEKALKAN...

By,
M Anem
WM Auto Car Services,
Taman Equine, Sri Kembangan,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(25 December 2012) 

Monday, December 24, 2012

PISANG - VARIETI DI MALAYSIA (Part 5)

PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia sama ada ditanam secara komersil atau skala kecil-kecilan dikeliling rumah merupakan tumbuhan dari keluarga Musaceae. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita dimana sebahagian besar pisang di tanam secara komersil untuk tujuan hasil makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan antara varieti pisang makan segar yang paling popular permintaannya diseluruh dunia. Pisang diminati oleh semua gulongan masyarakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis 5 lagi varieti pisang dalam 'Anim Agro Technology' yang terdapat di Malaysia sama ada anda mengenalinya atau tidak.




21. PISANG LANG
Pisang Lang ini macam serupa dengan Pisang Tanduk cuma saiznya agak kecil sedikit dengan pisang tanduk (Lihat foto diatas). Bilangan biji buah pisang lang lebih banyak daripada pisang tanduk iaitu antara 5 - 15 biji dalam setandan. Kulitnya berwarna hijau muda ketika muda dan akan menjadi hijau gelap sedikit apabila hampir masak. Pisang Lang juga mempunyai masaalah 'patah tengkuk' sama seperti masaalah pada pisang tanduk. Pisang ini sesuai untuk dijadikan 'pisang goreng', diproses untuk menjadi kerepek pisang dan dibuat kuih tradidional apabila cukup masak. Saya suka makan pisang lang yang cukup masak kerana rasanya yang lemak manis dan aromanya yang sedap. Belum ada kisah rasmi dicatitkan bagaimana pisang ini mendapat nama, tetapi saya rasa mungkin disebabkan pisang ini banyak dulunya di tanam di Pulau 'Lang'kawi dan dinamakan Pisang Lang oleh penduduk tempatan. Namun cerita sebenar asal usul cerita ini kita kena tanya dengan Mahsuri yang mati dibunoh dan tidak sempat untuk dibukukan atau di 'blog'kan dalam website!.Satu lagi kisah mengenai Pisang Lang berasal dari Johor dimana pisang jenis ini antara jenis pisang yang selalu dicuri untuk buat kerepek...lalu mereka namakan Pisang hi..lang.




22. PISANG TOMAN
Pisang Toman ini sejenis pisang kurang popular di Malaysia dan banyak ditanam di Perak. Pisang ini bersaiz sederhana dengan kulitnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi kuning pucat apabila cukup masak (Lihat foto diatas). Rakaman foto diatas diambil semasa pameran pertanian di Pusat Pertanian Titi Gantung, Perak minggu lepas sempena lawatan Menteri Besar Perak ke pusat tersebut. Bentuk buah agak bersegi sedikit dengan kulit yang mudah dikupas apabila masak. Pisang Toman mempunyai rasa manis dan sesuai untuk dimakan segar atau dibuat kuih tredisional' Pisang ini tidak ditanam secara komersil dan hanya ada dikawasan keliling rumah sahaja. Apa yang saya hendak kongsi maklumat ialah bagaimana pisang ini mendapat nama sebagai 'Pisang Toman'. Pada masa dulu kisahnya, pisang ini telah dijadikan umpan untuk memancing ikan toman dikawasan tasek bekas lombong oleh penduduk tempatan di Perak, dan akhirnya sehingga kini orang panggil sebagai pisang toman. Satu lagi versi di Johor yang saya perolehi menyatakan yang Tok Osman atau Tok Man merupakan petani yang suka tanam pisng ini. Maka peraih Cina yang jual pisang tersebut selalu kata itu adalah pisang dari kebun Tk Man atau ringkasnya 'Pisang Toman'.




23. PISANG MUDAM
Pisang Mudam ini pada saya agak pelik bunyinya. Hendak dikata 'Mudim' rasanya tidak berapa kena. Pisang Mudam mempunyai kulit warna hijau ketika muda dan apabila masak pun dikatakan hijau kekuningan. Pisang ini berbentuk bulat dan pendek sedikit seperti bentuk pisang emas (Lihat foto diatas). Pisang ini sesuai dijadikan sayur ketika muda dan apabila masak sesuai juga agaknya untuk dimakan segar. Pisang ini juga dikatakan sesuai untuk diproses menjadi kuih tradisional. Pisang ini terdapat dikawasan kampong tradisiional di Perak, Selangor dan Johor dimana ada ramai masyarakat Jawa atau Banjar yang tinggal. Saya kurang faham akan makna 'Mudam' ini tetapi menurut kata nenek kebayan yang empunya cerita, asal usul nama pisang ini ada berkaitan dengan ibu yang sarat mengandung dan ia dikatakan 'mengidam' hendak makan pisang. Lalu ditanya oleh suaminya iaitu orang kelantan dengan berkata 'Mu mengidam ko?'... lalu jadilah ia Pisang Mudam hingga kini!




24. PISANG JARUM
Pisang Jarum ini lagi pelik bunyinya daripada varieti diatas. Melihat foto yang ada diatas, bentuk pisang ini macam pisang emas dimana ia mempunyai saiz buah yang agak kecil. Buah mempunyai kulit berwarna hijau ketika muda tetapi akan bertukar kepada kuning kemerahan apabila cukup masak. Foto tersebut juga saya ambil daripada pameran Jabatan Pertanian di Titi Gantung, Perak minggu lepas. Pisang Jarum sesuai untuk dimakan segar kerana rasanya yang manis dan aromanya yang sederhana kuat. Pisang ini sesuai untuk dibuat goreng 'Cengkodok' atau kek pisang. Belum banyak kajian mengenai pisang jarum yang dibuat oleh saintis di Malaysia dan belum ada laporan rasmi menyatakan pisang jarum ditanam secara monokrop dengan saiz komersil. Saya sudah dari tadi hendak kaitkan nama pisang ini dengan 'jarum' memang tidak kena melihat bentuk buahnya. Kata Tok Batin Kg Orang Asli, pisang ini akan diambil dimana akan dicucuk dengan 'jarum' ketika membuat upacara perubatan tradisional merawat pesakit-pesakit akibat gangguan orang halus dan kekal namanya hingga sekarang. Wallahualam!




25. PISANG RELONG
Pisang Relong ini mempunyai saiz sederhana yang mana kulitnya berwarna hijau muda ketika muda dan sewaktu hampir masak. Pisang ini sesuai untuk di makan segar dan juga diproses untuk dijadikan kuih tradisional serta kerepek. Pisang ini hanya popular di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia sahaja dan agak kurang di negeri saya, Johor. Sekali pandang mungkin orang Johor akan kata itu pisang nangka kerana bentuk dan warnanya hampir serupa. Agar sukar bagi saya untuk mempastikan asal usul nama pisang ini kerana perkataan 'relong' dimaksudkan dengan keluasan tanah iaitu kurang sedikit dengan keluasan 'ekar'. Selidik punya selidik rupanya asal usul pisang ini di zaman penjajahan British dulu dimana Pejabat Residen British minta supaya petani menghasilkan pisang yang panjang sedikit (Long) dan setelah dicuba berkali-kali tanam baru berjaya. Maka pejabat reiden telah menamakan pisang ini sebagai 'Re-Long' atau dipendekkan jadi Pisang Relong (Pemanjangan semula).

Demikianlah 25 varieti pisang yang saya dapat nukilkan dalam 5 siri penulisan menganai Varieti Pisang di Malaysia. Sebahagian daripada pencirian yang saya tulis boleh diperbaiki atau di tambah maklumat kalau ada pakar-pakar pisang yang suka untuk 'up-date'. Negara kita menerima cahaya matahari dan hujan sepanjang tahun menyebabkan rakyat Malaysia boleh menanam pisang sepanjang tahun. Kekurangan bekalan pisang untuk keperluan domestik dan pasaran ekspot boleh dilaksanakan dengan terancang. Bagaimana pun masaalah semasa penanaman pisang adalah serangan Penyakit Moko Pisang yang menjejaskan amat teruk pengeluaran buah pisang. Langkah-langkah kawalan mengatasi penyakit moko ini perlu dibuat segera bagi menjamin industri penanaman pisang negara akan terus kukuh dan memberikan menafaat kepada petani. Wasallam!

PISANG LANG .... BESAR BUAHNYA....
PISANG JARUM... TAK SEPERTI BUAHNYA...
PISANG TOMAN... KELIRU DIBUATNYA...
PISANG RELONG... TIDAK TAU TAK APA..

By,
M Anem
Titi Gantung /Pusat Bandar Manjung,
Perk, Malaysia.
(8 Safar 1434H)

 

Sunday, December 23, 2012

PISANG : VARIETI DI MALAYSIA (Part 4)


PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita dan sebahagian besar pisang yang di tanam secara komersil untuk tujuan hasil makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis 21 varieti pisang dalam 'Anim Agro Technology' popular di Malaysia sama ada anda mengenalinya atau tidak. 


16. PISANG NANGKA
Pisang nangka merupakan pisang yang berwarna hijau sama ada ketika muda atau masak. Pisang nangka mempunyai kulit yang lembut apabila ianya masak. Lazimnya pisang nangka digunakan untuk membuat kueh seperti Lepat Pisang, Kek Pisang, sesuai untuk hidangan pisang goreng dan sebagainya. Saya suka pisang nangka ini kerana rasanya yang manis, ada sedikit masam dan aromanya yang sedap. Nama Pisang nangka saya agak disebabkan mungkin dulu ia ditanam dekat dengan pokok nangka. Maka oleh kerana pisang ini sedap dimakan dengan buah nangka mungkin menyebabkan ianya juga dipanggil 'Pisang atau nangka'.

17. PISANG NIPAH
Pisang Nipah merupakan pisang yang paling saya suka kerana rasanya, saiznya sederhana dan aromanya yang cukup enak kalau masak. Pisang ini lazimnya berwarna hijau semasa muda dan akan masak dengan warna kuning bercorak dengan warna hijau. Pisang ini paling sedap kalau di goreng dan dimakan ketika panas lagi apa lagi kalau dicecah dengan sambal kicap. Nama pisang nipah jangan dikaitkan dengan pokok nipah tetapi saya agak kerana hasil kata-kata perbualan diantara dua wanita iaitu 'Puan Ni' dan 'Puan Pah' yang membincangkan resepi atau menu utama pisang goreng yang popular hingga sekarang.


18. PISANG PUTAR
Pisang Putar apa yang saya tahu adalah macam serupa dengan pisang awak cuma ianya tidak berbiji. Pisang putar ini lazimnya berwarna hijau semasa muda dan akan kekuningan apabila masak. Pisang putar boleh dimakan segar apabila cukup masak tetapi lebh sesuai kalau dijadikan bahan asas kueh yang berasaskan pisang. Saya tak pasti asal usul nama pisang putar tapi dan mengagak yang ia mendapat nama kerana perlu 'di putar' untuk mengambilnya akibat liat sedikit (Iye ke?).


19. PISANG RASTALI
Pisang Rastali ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai orang kenal akannya. Pisang ini masak dengan warna kuning dan banyak bintik-bintik coklat pada kulitnya. Pisang ini lazimnya adalah untuk dimakan segar dan rasanya memang cukup manis. Pisang Rastali sering dijual dalam sisir atau pun dengan tandan digantung digerai jualan buah atau dipamerkan diatas meja di pasar tani atau pasar malam. Nama pisang rastali seperti artikel terdahulu saya katakan kerana kaitannya dengan perkataan 'Tali' yang digunakan untuk mengikat pokoknya yang selalu mudah tumbang dan ini menjadi satu 'Rashia' kejayaan pisang rastali menghasilkan buah yang manis dan  berkualiti. Ha! ha!

20. PISANG SERENDAH/PISANG SUSU
Pisang Susu atau Pisang Serendah merupakan jenis pisang untuk makan segar dan juga diproses untuk dibuat kueh tradisional. Saya jumpa pisang ini di Kg Bt 13, Air Hitam, Johor yang katanya ditanam untuk dibuat pisang salai. Pisang ini mempunyai saiz agak sederhana kecil dan apabila cukup masak akan kekuningan dan kehijauan. Saya tidak mahu mengaitkan nama asal pisang ini dengan 'susu' tetapi mungkin dulu ia digunakan sebagai pengganti susu ketika zaman Jepun!. Bagaimana pun kajian ini tidak lengkap kerana Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945 dan tiada saintis di Malaysia yang hendak menyambung kajian ini.

Begitulah apa yang saya hendak tulis kali ini berkaitan beberapa varieti pisang yang terdapat di Malaysia dengan keterangan mengenai asal usul nama rekaan saya sendiri sebagai 'gurauan' sahaja. Ada pun saya campur sedikit 'cereka' bagi gelaran nama-nama pisang untuk suka-suka sahaja kerana artikel yang lain semuanya serius belaka. Wallahualam.

VARIETI PISANG...21 JENIS SEMUANYA...
ADA YANG MURAH ... TANYA HARGANYA...
PISANG NANGKA... PELIK NAMANYA...
PISANG NIPAH ... DIGORENG ENAKNYA...

By,
M Anem
Air Hitam, 
Batu Pahat,
Johor, 
Malaysia.
(13 Muharram 1434H) 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...