Support My Blog

Tuesday, April 23, 2024

TEKNOLOGI MENANAM BUAH KERAS

BUAH KERAS
atau BUAH KEMIRI (Aleurites molucana Wild) adalah dihasilkan dari pokok yang dipercayai berasal daripada Malaysia tetapi kini sudah kurang diushaan secara komersil di negara ini. Di laporkan dari beberapa sumber dinyatakan iaitu dimana kini tanaman buah keras menyebar ke India, Filipina, Indonesia, Australia, Kepulauan Pasifik dan sehingga sejauh ke Brazil. Penulis blog ada menulis artikel ringkas mengenai buah keras pada tahun 2011 (sudah lebih 12 tahun yang lalu) dimana sudah banyak maklumat baharu mengeai tanaman ini yang mana artikel terseut boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Merujuk kepada laporan statistik tanaman rempah ratus d Malaysia apa yang penulis blog semak memang tidak ada dilaporkan jumlah keluasan bagi tanaman buah keras di laporkan secara komersil di Malaysia. Apa yang penulis blog pasti dimana b
uah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan tempatan. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan. Buah keras juga mampu elakkan santan menjadi pecah (minyak) dalam masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak. Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras sebaiknya ia terlebih dahulu perlu digoreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan dikisar halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah dan dikisar halus. Selain daripada kegunaan dalam masakan ada laporan dimana buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu. Diantara khasiat buah keras adalah dimana minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin. Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang. Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti shampo, sabun, lulur badan dan sebagainya. Daunnya juga didakwa boleh menghilangkan sakit kepala. Artikel pada malam ini dlam blog "Anim Agro Tchnology" saya paparkan mengenai teknologi penanaman pokok buh keras untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menanam pokok buah keras atau pokok kemiri memerlukan ilmu pengetahuan, tanah, modal dan teknologi serta strategi pemasaran sehingga ia boleh berikan pendapatan. Tanaman pokok buah keras 
adalah tanaman kategori rempah yang biasanya dimanfaatkan sebagai rempah dalam masakan atau diproses sebagai minyak. Tanaman ini tersebar di beberapa negara termasuk yang agak luas di tanam di India, China, Asia Tenggara dan Indonesia, Polynesia, dan New Zealand. Negara jiran iaitu Indonesia dimana aktiviti penanaman buah keras dilakukan oleh pekebun kecil dan dilihat ianya tumbuh dengan baik pada ketinggian 0 sampai 800 meter dari paras laut dan mampu mengeksport juga. Selain ketinggian lokasi penanaman dilaporkan dimana faktur curahan hujan dan suhu dipersekitaran juga turut mempengaruhi kadar pertumbuhan tanaman ini. Jumlah hujan yang ideal untuk pertumbuhan pokok buah keras adalah diantara 1,500 sehingga 2,400 mm/tahun dengan suhu antara 20 - 30 C. Sumber benih yang baik, penjagaan yang sempurna, pokok yang produktif dan kualiti buh keras akan menentukan gred buah yang dihasilkan dan harga yang akan diperolehi. Sebaiknya bahan tanaman atau benih untuk buah keras didapatkan dari pembekal anak benih yang sudah disahkan atau membuatnya sendiri ditaak semaian. Pilih dari biji tanaman pokok buah keras yang sudah matang atau sudah sudah tua kerana biji dari pkok ini adalah selalunya ia lebih subir dan cepat bercambah. Sebelum menyemai biji benih buah kers ada 3 perkara yang perlu dilakukan. Pertama adalah dengan merendam biji benih buah keras tersebt dalam air dingin selama 15 hari dan kemudian ia boleh di pukul biji tersebut sehingga bahagian yang runcing retak. Kemuidan sebaiknya perlu dikikis lapisan mikrofil biji tersebut sampai tempurungnya tipis. Perkara kedua adalah dimana sebaiknya di bakar biji buah keras dengan ianya diletakkan dalam bara api yang di tutup dengan penutup sesuai setebal 10 cm semasa membakar. Setelah semua biji ini terbakar maka bolehlah disiram dengan air sampai apinya padam. Perkara ketiga dimana 6 hari kemudian maka digalakkan agar pembakaran diulang. Rawatan dengan cara merendam biji buah keras dalam larutan KNO3 pada kepekatan 0.2% selama 30 minit untuk permudahkan proses percambahan yang seragam. Kemudian biji ini sudah boleh dibersihkan dan disemai kedalam polibeg yang berisi media semaian dimana kesannya biji ini akan tumbuh seragam. 


Aktiviti an proses penanaman anakbenih buah kers ini dimulakan dengan cara menyediakan tanah di kawasan kebun. Tanah perlu dibersihkan dengan cara perlu dibajak dahulu atau mencangkulnya (jika kawasan kecil dan bercerun) dan elakkan daripada sebarang semak samun dan rumpai. Jarak penanaman pokok buah keras disesuaikan mengikut keadaan tanah dimana jika menanam untuk pengeluaran biji disyorkan ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter. Dalam pada itu jika menanam pokok buah keras untuk tujuan menghasilkan kayu maka disyorkan menanam dengan jarak rapat iaitu 4 meter x 4 meter. Sediakan lubang penanaman sesuai dengan tanah dan sebaiknya berukuran 60 x 60 x 60 cm. Pastikan untuk memisahkan diantara tanah bahagian atas dan bawah untuk tujuan enanaman kelak. Digalakkan agar tanah yang digali dari bahagian bawah ini untuk iau dicampur dengan baja organik dengan kadar perbandingan 1:1. Biarkan lubang penanaman selama seminggu sebelum menanam. Semasa musim kemarau dan tiada sumber air maka lubang boleh ditimbus terus dalam lbang. Namun jika aktiviti penanaman dilakukan semasa musim hujan, maka campuran tanah dengan baja organik boleh dibiarkan terlebih dahulu berada dekat dengan lubang penanaman. Cara menanam anakbenih buah keras adalah dengan meletakkan benih pada lubang tanam yang siap tanam dan kemudian perlu di tutup lubang tanaman dengan tanah topsoil dan dipadatkan agar benih tidak mudah tumbang kelak. Pastikan disekeliling pokok buah keras yang baru ditanam sentiasa bersih daripada rumpai bermula dari 1 - 3 bulan penanaman. Aktiviti mengawal rumpai ini kemudian hanya perlu dijalankan 3 bulan seali sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kawalan rumpai disyorkan dengan cara gunakan cangkul atau tajak secara manual bagaimana pun kalau kawasan kebun luas boleh menggunakan racun rumpai yang seburan dilakukan secara terkawal. Semasa membuang rumpai lakukan juga aktiviti penggemburan tanah dipangkal pokok agar lebih tegap. Aktiviti penyiraman mesti dilakukan selepas menanam kerana anak pokok muda ini sangat sensitif dengan keadaan tanah yang kering. Penyiraman mesti dilakukan secara rutin terutama pada musim panas diperingat awal penanaman.


Amalan agronomi dalam penanaman pokok buah keras adalah Aspek Pembajaan. Membaja dengan baja organik dan baja jenis NPK 15:15:15 diperingkat pertumbuhan vegetatif sangat perlu dilakukan secara berjadual dan kadar sesuai. Sebanyak 2kg sepokok baja organik sesuai diberikan semasa pokok masih muda. Kemudian bila pokok buah keras ini sudah berada diperingkat mula berbunga dan berbuah diberikan baja NPK 12:12:17:2 dan baja organik (10 -30 kg sepokok) untuk penghasilan buah yang maksima. Adalah disyorkan jika amalan pembajaaan baja organik dengan membenamkannya sedalam 10 cm di bawah permukaan tanah. Sementara itu disyorkan baja NPK diberikan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu pada awal dan akhir musim hujan. Cara pemberian baja NPK ini pula sebaiknya dengan membuat lubang untuk ia di tanam di sekeliling batang pokok dan ditutup terutama jika tanah bercerun. Amalan Mencantas (Pruning) sebaiknya dilakukan di awal musim hujan dimana cara cantasan dilakukan adalah dengan memangkas dahan yang rosak atau lemah, dahan mati, atau pun susunannya terlalu dahan terlalu rapat (dibuat penjarangan dahan). Kawalan serangga perosak dan penyakit perlu dijalankan sjak awal penanaman dengan sentiasa membuat pemeriksaan diagnostik. Semburan racun organik sesuai dibuat terhadap pokok buah keras kerana jika menggunakan racu kimia dikhuatiti ia akan menjejaskan kualiti buah yag dihasilkan. Kawalan dengan racun kimia hanya dilakukan jika kadar serangan serangga perosak dan penyakit serius. Penjagaan baik membolehkan pokok buhah keras yang ditanam dari bijibenih akan berbuah setelah pokok ditanam dan berumur 3 sampai tahun. Penuaian buah keras boleh dilakukan 2-3 kali setahun dengan memungut buah keras yang sudhah gugur diatas tanag. Biji ini dikutip dan dikumpulkan sebelum dipecahkan untuk ambil bujnya yang keras (ia boleh disimpan sehingga 3 tahun). Cara mudah bagi memecahkannya secara manual adalah dengan meeletakan biji buah keras dengan kulit keras kedalam kain dan di hentakkan kepada batu sehingga pecah dan isinya boleh dikumpulkan. Secara umumnya harga pasaran buah keras mengikut kualiti dan musim. Buah keras dgunakan sebgai bahan penyedap masakan seperti sup, kari, masak merah ayam, rendang, semua jenis tumisan sayuran dan sebagainya. 


Penulis blog dapati dimana walaupun biji ini boleh dimakan namun begitu buah keras atau nama botaninya Aleurites moluccana merupakan pokok rasmi di Hawaii dimana ia perlu dimasak sebelum dimakan kerana jika dimakan mentah dilaporkan ia memang mempunyai bahan toksik (Saponin dan Phorbol) yang tinggi yang merbahaya kepada kesihatan. Pun begitu dilaporkan diantara kegunaan buah keras adalah ia mampu menghilangkan tanda-tanda regangan di perut. Apa pun selain buahnya yang digunakan sebagai rempah dalam masakan didakwa terdapat beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Daun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Daun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan organ tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan. Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam sistem perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar, tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Di Sumatera pula dilaporkan dimana biji buah keras yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut. Memang hebat khasiat buah keras dimana ia mampu menghilangkan nafas berbau. Apa pun lazimnya masalah berkaitan pencernaan juga ianya dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Di Hawaii dilaporkan iaitu buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu untuk dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut. Dalam kes lain dimana air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran boleh amalkan ambil getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Bahagian kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk. Tidak pelik jika ada dakwaan buah keras digunakan untuk rawatan tumor seperti dilaporkan di Jepun dimana kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan. Di Jawa pula ada digunakan kulit kayu pokok buah keras ini untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak suburan wanita. Walaupun kisah diatas terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah diawasi dan sentiasa mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam....!
BUAH KERAS... KEMIRI SAMA SAHAJA...
MUDAH DITANAM... SEMAIKAN BIJINYA...
DI SIRAM, DIBAJA... 3 TAHUN BUAH ADA...
PELBAGAI KHASIAT... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 441, 4th Floor,
Sand & Sandas Resort and SPA,
Desaru Beach, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(10 Safar 14445H).

Monday, April 22, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 4)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersebut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Kepentingan air bagi tanaman bawang merah amat penting terutama diperingkat awal penanaman. Sebenarnya walau pun dilaporkan yang tanaman bawang 
tidak menghendaki banyak hujan akan tetapi tanaman bawang merah memerlukan air yang cukup selama pertumbuhannya melalui cara penyiraman. Pertanaman diatas tanah bekas sawah dalam keadaan terik di musim kemarau memang ia memerlukan penyiraman yang cukup iaitu dengan mengairkan satu kali dalam sehari pada pagi atau waktu petang sehingga menjelang menuai kecuali kalau ada hujan. Penyiraman yang dilakukan pada musim hujan apa pun sebaiknya hanya ditujukan untuk membilas daun tanaman yang bertujuan untuk membuang percikan tanah batas yang melekat pada daun bawang merah. Kajian mendapati dimana kepeluan air kepada tanaman bawang meah amat KRITIKAL pada peringkat PEMBENTUKKAN UMBI (bulb formation) kerana ketiadaan air akan menurunkan produktiviti dan hasilnya. Penanam bawang di Indonesia lazimnya bagi mengatasi masaalah ini akan mengawal paras ketinggian aur diantara batas tanaman bawang merah dan menambahkan kekerapan menyiram pada kawasan tanah mineral semasa kemarau. Kajian menunjukkan bahwa pemberian air dalam batas tanaman dengan ketinggian 7.5 - 15 mm atau menyiram dengan frekuensi satu kali sehari sekali rata-rata memberikan bobot umbi bawang merah tertinggi. Pemeliharaan tanaman bawang merah kritikal yang lainnya adalah bagaimana mengawal rumpai (gulma). Pertumbuhan rumput jika berlaku  pada celah-celah tanaman bawang merah yang masih muda sampai umur 2 minggu selalunya boleh berlaku dengan kadar sangat cepat. Sebaiknya aktiviti kawalan rumpai dilakukan dengan cekap sejak awal menanam benih dan di sesuaikan dengan cara manual atau mencabut kerana jika rumpai membesar dan akarnya panjang akan menganggu tanaman bawang merah.


Tanaman bawang merah mudah diserang oleh serangga perosak dan juga penyakit. Dilaporkan diantara perosak dan penyakit tanaman bawang merah yang selalu memgancam adalah Ulat Ratus (
Spodoptera exigua), Kutu Thrips, Bintik Daun Ungu (Alternaria sp), Bintik Daun (Colletotrichum), Penyakit Busuk Umbi (Fusarium sp) dan Penyakit Busuk Akar Putih (Sclerotum sp), Penyakit Busuk Daun (Stemphylium sp) dan juga penyakit disebabkan Virus. Pengawal perosak dan penyakit merupakan kegiatan rutin dimana perlu ada tindakan preventif yang dilakukan petani yang menanam bawang merah. Aktiviti ini dilakukan pada minggu kedua setelah menanam dan kali terakhir pada minggu ke lapan dengan dengan interval 2-3 hari sekali. Kawalan perosak dan penyakit yang tidak tepat (dimana petani akan mencampurkan 2- 3 jenis racun atau dengan doss yang tidak tepat perlu dielakkan. Sebaiknya menggunakan nozle semburan yang sesuai dengan tanaman bawang kerana jika gunakan nozel tidak standard akan menjejaskan prestasi pertumbuhan bawang merah. Ini termasuk pemborosan bahan kimia, kerja menjadi boros, isu sisa dan kesihatan penyembur dan juga kesan residu atau sisabaki serta menyebabkan pencemaran persekitaran. Apa pun salah satu cara yang dianjurkan untuk mengurangkan jumlah pemakaian racun adalah dengan tidak mencampurkan beberapa jenis racun kimia dan sentiasa memakai kafar di tulis pada label serta pastikan guna nozel standard. Kajian di Brebes, Jawa Tengah menyatakan penggunaan penyembur dengan menggunakan jenis 'flat nozzle' atau di gelar sebagai 'sprayer kipas' adalah menjadi pilihan kerana menjimatkan isipadu racun yang digunakan sehingga sampai 60%. Terkini disyorkan agar petani menggunakan bahan 'Bio Insecticide' bertujuan untuk mengendalikan perosak seperti Ulat Ratus Bawang Merah (Spodoptera exigua Hubn.). Penggunaan racun serangga dengan bahan aktif SeNPV (Spodoptera exigua Nuclear Polyhedrosis Virus) dilaporkan mesra alam sekitar terutama untukkehidupan dipersekitaran kebun bawang sebab perawis ini adalah sangat selektif dimana hanya menjadi patogen untuk ulat bawang.


Paling menjadi ketidaktentuan kalangan penanam bawang merah adalah apabil tiba musiam menuai bawang tersebut. ini kerana penuaian bawa
ng merah dapat setelah umurnya cukup tua dimana ia biasanya pada umur 60 - 70 hari selepas ditanam. Tanaman bawang merah akan dituai setelah terlihat tanda-tanda dimana terdapat 60% leher batang lembut atau dilhat tanaman rebah dan daun menjadi kuning. Pebuaiab sebaiknya dilakukan pada semasa keadaan tanah kering dan cuaca yang cerah untuk mencegah serangan penyakit busuk umbi di setor simpanan. Menuai bawang merah dilakukan secara manual dengan mencabut rumpunnya bersama daunnya dan kemudian diikat (Sila lihat foto disebelah). Bawang merah yang telah dituai ini kemudian diikat pada batangnya untuk memmudahkan cara mengangkut ke setor atau lokasi pengumpulan hasil. Kemudian aktiviti selanjutnya adalah umbi bawang merah ini perlu dijemur sampai cukup kering (1-2 minggu) dengan meletakkan ia dibawah sinaran matahari dan kemudian amalan biasa adalah ia diikuti dengan pengggred iaitu dipisahkan bawang ini mengikut kualiti (saiz, warna, kesegaran dan sebegainya). Proses pengeringan juga dapat dilakukan dengan alat pengering khusus sampai mencapai kadar air dalam umbi bawang merah ini kurang lebih 80%. Apabila tidak dapat terus dijual sebaiknya umbi bawang merah disimpan dengan cara menggantungkan ikatan-ikatan bawang merah di atas rak-rak kayu didalam pusat pengeringan pada suhu 25-30 ÂșCelcius dengan kadar kelembaban yang cukup rendah (± 60-80%). Bagi tujuan menggunakan hasil bawang untuk dijadikan benih sebaiknya di gantung selama 2 bulan dan barulah boleh di tanam dimana ada masa sekitar 1 bulan lagi sebelum peratus percambahan akan menurun (Sila lihat foto paling bawah sekali). Harga bawang merah di Indonesia banyak di tentukan kepada varieti, kualiti, kuantiti dan musim penanaman. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ia dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

Sunday, April 21, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 3)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Penanaman bawang merah sangat kritikal dalam proses penyediaan tanah untuk di tanam. Bagaimana pun cara menanam bawang merah di kawasan tanah sawah dengan tanah mineral secara umumnya adalah agak berlainan. Tujuan penyedaan tanah adalah bagi dapat menyediakan lapisan tanah yang ideal untuk pertumbuhan bawang merah yang berakar serabut yang cetek. Proses menggemburkan tanah sangat perlu dimana sebaiknya disediakan batas tanaman dan pastikan mempunyai sistem saliran terbaik agar tanah tidak di tenggelami air. Bawang merah akan rosak jika ada hujan lebat atau pun tanah di tenggelami air. Tanah perlu di pastikan ada ruang pengudaraan, di ratakan dipermukaan tanah yntuk menanam dan pastikan tiada rumpai tumbuh. Jika menanam pada tanah kering sebaiknya dibajak sedalam 20 cm dengan manual (cangkul atau tajak) atau menggunakan jentera. Batas selebar 1.2 meter dinaikkan dengan kadar ketinggian 25 cm dan panjang bergantung kepada keadaan kebun masing-masing. Jika menanam di atas tanah sawah bekas padi atau bekas tanaman tebu sebaiknya batas setinggi 50 - 60 cm di sedikn dahulu (atau parit) dengan kelebaran batas tanaman adalah 1.75 meter (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya lebar parit diantara batas adalah 40 - 50 cm dan sebaiknya susuana batas tanaman adalah menghaa arah Timur Barat (agar mendapat cahaya metahari sepanjang siang hari).
Tanah yang telah di rotor boleh dibiarkan sampai kering kemudian di rotor lagi 2 - 3 kali sampai gembur sebelum dilakukan perapian batas sehingga rapi. Kerja-kerja lain yang diperlukan termasuk dari pembuatan parit saliran, meratakan permukaan tanah atas batas tanaman dan sedia untuk ditanam bawang merah sekitar 3 - 4 minggu kemudian. Pastikan tiada sisa tanaman padi atau tanaman tebu sebab ia akan menjadi lokasi patogen penyakit seperti Fusarium sp. untuk membiak.  Semasa menyediakan tanah khususnya pada lokasi tanam masam dengan pH kurang dari pH5.6 adalah disyorkan membubuh kapor atau dolomite seawal 2 minggu sebelum meanam dengan dos 1.0 - 1.5 mt/ha/tahun dimana kadar ini adalah dianggap cukup untuk dua musim tanaman berikutnya. Pemberian dolomit ini penting dilakukan untuk meningkatkan ketersediaan unsur zat Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) terutama pada tanah masam atau kebun yang mana ia diusahakan secara intensif untuk tanaman sayuran. Hasil kajian mendapati dimana untuk tanah kenun yang dijaga dengan intensif dimana pemberian dolomit sebanyak 1.5 mt/ha dapat meningkatkan penghasilan umbisi bawang basah dan umbisi kering bawang merah. Apa pun kecekapan dalam penggunaan bagi penanaman bawang merah pertama sekitar 65% akan tetapi kecekapan dalam penghasilan bagi pusingan tanaman selanjutnya biasanya berkurang hanya cuma 50-55%. Adanya faktur hakisan tanah  dimana kawasan penanman bawang merah permukaan batas sebenarnya sudah berkurangan daripada keluasan tanah penanaman pertama.


Aktiviti pembajaan selepas menanam sangat penting bagi tanaman bawang merah.  Pembahaan dilakukan beberapa peringkat daripada pemberian baja asas sehingga baja untuk penghasilan. Baja asas yang sesuai untuk tanaman bawang merah adalah jenis baja organik seperti tahi kambing/lembu atau baja organik komersial dengan kadar 
10 - 20 mt/ha. Kalau guna baja tahi ayam diperlukan dos sebanyak 5 - 6 mt/ha atau kalau guna baja kompos dengan kadar 4 - 5 mt/ha khususnya pada jenis tanah kering. Selain itu baja kimia seperti baja P (SP-36) dengan kadar 200-250 kg/ha (70 – 90 kg P2O5/ha), yang sesuai diberikan 2- 3 hari sebelum tanaman dengan cara ditabur lalu digaul rata dengan tanah. Penggunaan jenis baja organik (kompos) sebanyak 5 mt/ha yang diberikan bersama baja TSP/SP-36 adlah sesuai. Pemberian baja organik adalah untuk ia memelihara dan meningkatkan produktiviti tanah. Dari beberapa hasil kajian dilaporkan dimana baja kompos tidak meningkatkan hasil bawang merah secara nyata akan tetapi ia akan mengurangkan isu susut berat umbi (dari umbi basah menjadi umbi kering selepas jemur) sebanyak 5%. Umbi yang hendak dijadikan benih sebaiknya ditanam dengan jarak tanam 20 cm x 15 cm atau 15 cm x 15 cm. Adalah disyorkan dengan alat penugal maka lubang tanaman dibuat sedalam rata-rata setinggi umbi. Umbi bawang merah kemudian perlu dimasukkan ke dalam lubang tanaman dengan gerakan seperti memutar sekeru sehingga hujung umbi kelihatan ia jadi rata dengan permukaan tanah. Adalah tidak digalakkan untuk menanam benih bawang terlalu dalam sebab umbi mudah menjadi busuk (rot). Setelah menanam lakukan penyiraman sehingga merata. Pembajaan ulangan pertama iaitu gunakan baja N dan K dilakukan pada umur 10 - 15 hari setelah tanam dan susulan ke II pada umur 1 bulan sesudah tanam iaitu masing-masing ½ dos. Baja N dan K yang diberikan adalah bagi unsur N sebanyak 150-200 kg/ha dan bagi unsur K sebanyak 50-100 kg K2O/ha atau 100-200 kg KCl/ha. Apa pun asasnya jenis bajar N yang paling baik untuk menghasilkan umbi bawang merah adalah 1/3 N (Urea) + 2/3 N (ZA). Bagi jenis baja K  pula sebanyak 50-100 kg K2O/ha diberikan bersama-sama pupuk N dalam larikan dan dibenamkan ke dalam tanah. JSumber pupuk K yang paling baik adalah KCl atau K2MgSO4. Bagi mencegah kemungkinan kekurangan unsur mikro dapat digunakan jenis baja pelengkap cecair (foliar fertilizer) yang mengandung unsur mikro. Dari hasil kajian dilaporkan pembajaan bawang merah di sawah bekas tanaman padi sawah di dataran rendah (tanah Aluvial) dengan menggunakan pupuk N sebanyak 200 - 300 kg (1/2 N-Urea + ½ N-ZA) yang dikombinasikan dengan baja jenis P2O5 sebanyak 90 kg serta baja jenis K2O sebanyak 50-150 kg/ha dapat meningkatkan hasil bawang merah.


Dalam pada itu hasil kajian melaporkan dimana t
idak ada perbezaan yang nyata penghasilan umbi tanaman bawang merah yang diberi kompos (5 t/ha) + ZA (500 kg/ha) + Urea (200 kg/ha) + SP-36 (200 kg/ha) + KCl (200 kg/ha) dengan tanaman bawang merah yang diberi kompos (5 t/ha) + NPK 16-16-16 (600 kg/ha) + ZA (500 kg/ha). Begitu pula dengan cara menanam bawang merah di tanam medium (jenis tanah asosiasi Andosol-Latosol) dimana pemberian baja 90 kg/ha P2O5 dikombinasikan dengan 200 kg N/ha (1/3 N-Urea + 2/3 NZa) dan 100 kg K2O/ha dilaporkan ia dapat meningkatkan haisl umbi bawang merah. Bagaimana pun dalam temuan kajian lain dilaporkan dimana hasil-hasil pembajaan N pada bawang merah menunjukkan bahwa penggunaan campuran Urea + ZA lebih baik dibandingkan penggunaan Urea atau ZA saja. Baja ZA selain mengandung N (21%) juga mengandungi unsur S (23%). Bawang merah merupakan salah satu jenis tanaman yang membutuhkan banyak sulfat. Sulfat memegang peranan penting dalam metabolisme tanaman yang berhubungan dengan beberapa parameter penentu kualitas nutrisi tanaman sayuran (Schung 1990). Jumlah S yang dibutuhkan tanaman sama dengan jumlah P (Yamaguchi 1999). Menurut Hamilton et al. (1998) ketajaman aroma tanaman bawang merah berkorelasi dengan ketersediaan unsur Sulfur (S) di dalam tanah. Hasil penelitian menunjukkan bahwa batas kritis sulfat untuk bawang merah bervariasi antara 50-90 ppm tergantung pada tipe tanahnya. Pemberian Sulfur dengan dos pada kadar iaitu 20-60 ppm meningkatkan serapan Sulfur (S), Posforan (P), Zink (Zn) dan Copper (Cu) dimana kajian lain mendapati dimana bawang merah memerlukan unsur S sebanyak 120 kg Ssulfur/ha. Bagaimana pun kajian tanah perlu dilakukan bagi mempastikan apakah kekuran nutrian dalam tanah yang diperlukan untuk tanaman bawang merah. Tanaman bawang merah adalah jenis tanaman umbisi yang berakar pendek dan perlukan pembajaan untuk penghasilan maksima. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

Saturday, April 20, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 2)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat dan termasuk Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Aspek penting dalam penanaman bawang merah di Indonesi adalahh dikaitkan dengan pemilihan varieti. Dilaporkan ada banyak varieti bawang merah di Indonesia yng sesuai di tana mengikut lokaliti yang berlainan. Sila baca tuisan saya mengenai varieti bawang dengan pautan (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini) serta tulisan beberapa lagi. Daripada 
beberapa varieti atau kultivar yang berasal dari daerah tertentu seperti varieti Sumenep, Bima, Lampung, Maja dan sebagainya dimana ada ciri khusus setiap varieti. Pihak Balai Penelitian Tanaman Sayuran Lembang (BALITSA) telah mengesyorkan ada beberapa varieti bawang merah seperti varieti Kuning, Kramat 1 dan Kramat 2 untuk di komersialkan. Perbezaan produktiviti dari setiap varieti atau kultivar tidak hanya cuma bergantung pada sifatnya, namun juga banyak dipengaruhi oleh situasi dan keadaan persekitaran, tanah, amalan agronomi, Iklim, pebajaan, pengairan dan tanah merupakan faktor penentu dalam produktiviti bawang nerah. Ia juga berkait dengan aspek kualiti umbi bawang merah yang akan dihasilkan kelak. Kualiti umbi bawang merah ditentukan oleh beberapa faktor seperti aspek warna, kepadatan, rasa, aroma, dan rupabentuknya. Bawang merah yang warnanya merah, umbinya padat, rasanya pedas, aromanya wangi semasa ia digoreng dan bentuknya lonjong lebih menarik dan disukai oleh pengguna. Penilaian awal penulis blog dalam ujirasa beberapa varieti bawang merah di Pusat AV Argo di Brebes mampu menilai yang mana varieti cili yang harga jualannya lebih baik daripada yang lain.


Penyediaan benih bawang merah merupakan salah satu komponen paling tinggi didalam penanaman bawang merah. Apa tidaknya keperluan umbisi benih bawang merah mencecah sehingga 600 - 1,200 kilogram sehektar. Penanaman bawang merah di Indonesia pada umumnya dibiakkan dengan menggunakan umbi sebagai benih tanaman. Kualiti umbi benih bawang ini merupakan salah satu faktor yang menentukan tinggi rendahnya hasil pengeluaran bawang merah. Umbi yang baik untuk dijadikan benih tanaman harus berasal dari tanaman yang sudah cukup tua umurnya atau ia mencapai sekitar 70 - 80 hari setelah ditanam. Umbi untuk biji benih ini sebaiknya berukuran sedang (5-10 g). Penampilan umbi benih ini mesti segar dan sihat, bernas (padat, tidak keriput) dengan ia mempunyai warnanya cerah (tidak kusam). Umbi beih ini sebaiknya ia sudah sedia untuk ditanam apabila telah disimpan selama 2 - 4 bulan sejak proses penuaian dan tunasnya sudah kelihatan jelas di hujung umbi. Cara terbaik bagi tujuan penyimpanan umbi benih bawang merah adalah menyimpannya dalam bentuk ikatan di atas para-para dapur atau disimpan di gudang khusus dengan pengasapan. Faktor yang cukup menentukan kualitas umbi bibit bawang merah adalah ukuran umbi. Berdasarkan ukuran dimana saiz benih bawang ada 3 kategori iaitu Benih Besar (Saizlebih 1.8 cm atau beratnya lebih dari 10 gram), Benih Sedang (1.5 cm - 1.8 cm atau beratnya 5 - 10 gram) dan Benih Kecil (saiz kurang 1.5 cm atau beratnya kurang dari 5 gram). Apa pun secara umum kualiti benih umbi yang baik adalah umbi yang berukuran sedang. Umbi benih ini yang berukuran sedang merupakan umbi ganda dimana lazimnya ia mempunyai atau terdiri dari 2 siung umbi, sedangkan umbi benih yang mana ia berukuran besar rata-rata terdiri dari 3 siung umbi jumlahnya. Umbi benih yang besar dapat menyediakan bekalan makanan yang banyak untuk proses sepanjang pertumbuhan di dalam kebun sebelum hidup subur. Hasil kajian mendapati lazimnya biji benih bersaiz besar
 (>1.8 cm) akan tumbuh lebih vigor dan selalunya akan menghasilkan daun-daun lebih panjang, saiz daun lebih besar sehingga dihasilkan jumlah tuaian umbi bagi setiap rumpun paling tinggi. Namun jika dianalisa berdasarkan beratnya benih tersebut dan aspek harga dimana benih bersaiz besar adalah mahal sehingga pilihan petani selalunya gunakan benih berukuran sedang. Balam pada itu jika gunakan benih bersaiz kecil pula (< 1.5 cm) selalunya ia addalah lemah proses pertumbuhannya dan hasilnya pun rendah. Penggunaan benih bawang yang besar tidak juga akan meningkatkan peratus bakal benih bawang berukuran besar yang dihasilkan walau pun asasnya jumlah hasil setiap plot tanaman adalah lebih tinggi. Sebelum ditanam amalan sebaiknya dengan membuang kulit luar benih yang mengering untuk dibersihkan. Untuk benih yang umur simpannya kurang dari 2 bulan biasanya dilakukan pemotongan dihujung benih tersebut sekitar kurang lebih ¼ bagian dari seluruh umbi benih. Tujuannya untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan tunas dan merangsang tumbuhnya umbi sisi. Banyaknya benih yang diperlukan dapat dikira berdasarkan jarak tanaman yang dibuat dan berat umbi benih. Keperluan benih bawang merah untuk setiap hektarnya berkisar antara 600 - 1200 kg dimana kawasan seluas 1 meter persegi dengan jarak tanam 15 cm x 20 cm dapat ditanam 40 tanaman dimana untuk kawasan kebun seluas sehektar dengan kepadatan 65% diperlukan benih 6,500 x 40 umbi iaitu sebanyak 260,000 biji benih atau jika di timbang iaitu 260,000 x 5 gram menjadi sebanyak 1,300 kg bersih. Maka untuk 1 ha tanaman bawang merah perlu disediakan benih kiraan kasar sebanyak 1,500 kg.


Aspek Kepadatan Tanaman adalah aspek penting didalam penanaman bawang merah. Ini kerana s
elain dair ukuran saiz benih, jarak tanaman dan kepadatan tanaman atau kerapatan tanaman berpengaruh terhadap hasil umbi bawang merah. Apa pun petani perlu bijaksana dalam menentukan jarak tanaman yang pada dasarnya adalah memberikan kemungkinan tanaman untuk tumbuh dengan baik tanpa mengalami persaingan dalam kes pengambilan air, unsur nutrien makanan dan persaingan berkaitan dengan cahaya matahari serta memudahkan amalan agronomi dan kerja di lapangan. Penggunaan jarak tanam yang kurang tepat dapat merangsang pertumbuhan masaalah rumpai sehingga dapat menurunkan hasil dengan amat ketara. Secara umum hasil tanaman bagi satu kawasan penanaman adalah dilaporkan tertinggi diperoleh pada kepadatana sederhana sedangkan kalau kerapatan tanaman tinggi ada persaingan dimana hasilnya akan menurun. Kajian mendapati dimana ada pelbagai pilihan bagi petani emenanam bawang merah jika menggunakan benih segar atau benih yang kurang segar atau benih sudah agak kering. Jika menggunakan benih bawang merah yang bersaiz besar (lebih 1.8 cm diameter) adalah disyorkan agar menanam dengan kepadatan tanaman iaitu  178 pokok/meter paersegi. Bagaimana pun hasilnya akan menurun jika jarak tanaman atau kepadatan tanaman bawang merah ini di naikkan. Sebagai gambaran bahawa dengan cara peningkatan kerapatan tanam dari 44 ke 100 benih/m2 maka didapati hasil bawang merah lebih tinggi dibandingkan dengan peningkatan kerapatan tanam dari 100 ke 178 benih/m2. Hasil analisis ekonomi pada berbagai situasi harga benih bawang  merah dimana anggara keperluan menunjukkan bahawa kerapatan tanam optimum dengan gross margin tertinggi adalah pada kadar 50 tanaman/m2 (atau dengan jarak tanam 10 cm x 20 cm). Hasil kajian lain menunjukkan bahawa hasil bawang merah tertinggi diperolehi pada penggunaan benih bawang besar (beratnta lebih 10 g) dengan jarak tanam 20 cm x 15 cm akan tetapi secara statistik tidak banyak perbezaan jika menggunakan benih bawang erah berzaiz sedang (5 - 10 g) dengan jarak tanam 20 cm x 15 cm. Penanam nawang merah yang berpengalaman mahir dengan kiraan kepadatan benih yang digunakan. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

Friday, April 19, 2024

TEKNOLOGI BAWANG MERAH INDONESIA (PT 1)

TANAMAN BAWANG MERAH
(Allium cepa L.) di Indonesia adalah merupakan salah satu komoditi penting dalam kategori Tanaman Pangan (tanaman makanan) yang kini semakin diberi penekanan kerana harga komoditi tersut sudah naik mendadak masa ini. Walau pun negara tersebut ada terus menanam dan menghasilkan bawang merah sendiri akan tetapi mereka masih lagi mengimport 20% bawang merah daripada Vietnam, Thailand dan beberapa negara lain tetapi juga mengeksport 20% bawang mereka keluar. Dilaporkan dimana Kabupaten Brebes di Jawa Tengah adalah merupakan kawasan terluas menanam bawang merah di Indonesia sejak dahulu dan di jadikan komoditi penting di lapangan. Bawang Merah dilaporkan menjadi tanaman utama di kalangan pesawah yang dijalankan sebagai tanaman bergilir dengan tanaman padi semenjak dahulu lagi. Merujuk Badan Pusat Statistik (BPS sama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia) dimana di Indonesia mereka mampu menghasilkan bawang merah sebanyak 1.97 juta metrik tan pada tahun 2022. Apa pun jumlah tersebut menurun sebanyak 1.51% dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang mencapai pengeluaran sebanyak 2.00 juta metrik tan. Di laporkan dimana Pulau Jawa sendiri sejak duliu dimana ia memberikan sumbangan sebesar 75% dari jumlah pengeluaran bawang merah. Sementara kawasan yang luas penanaman utama bawang merah (penghasil utama bawang merah) adalah di Jawa Barat (Indramayu, Kuningan, Garut, Cirebon dan Majalengka), Jawa Tengah (Brebes, Tegal, Boyolali, Pemalang, Magelang, Rembang, Kebumen dan Pati), sementara di Jawa Timur (Malang, Probolinggo, Nganjuk, Banyuwangi, Mojokerto, Magetan, Tuban, Pamekasan dan Sampang). Sementara di luar Jawa terdapat di Sumatera Utara (Tapanuli, Samosir, dan Dairi), Sumatera Barat, Sumatera Selatan (Ogan Komering Ulu, Lahat, dan Palembang), Bali, NTB (Lombok Timur, Bima, Lombok Tengah, Sumbawa, Lombok Barat, dan Dompu), Sulawesi Selatan (Enrekang). Bawang merah adahan komoditi unggul yang menjadi salah satu komoditi nasional yang selalu turun naik teutama dari segi harga dan pengeluarannya. Ini kerana ada kalangan petani yang gagal menghasilkan bawang merah di sebabkan banyak faktur seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit di kebun. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai amalan teknologi penanaman bawang merah di Indonesia untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Penulis blog yang beberapa kali ke negara Indonesia memang ada juga sempat untuk membuat tinjauan teknologi di kebun dan mencari buku teknologi (budidaya) tanaman bawang merah disana. 
Bawang merah dilihat merupakan salah satu komoditi sayuran unggulan yang sejak lama telah diusahakan oleh petani secara intensif. Tanaman ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan dan kesempatan kerja yang memberikan kontribusi cukup tinggi terhadap perkembangan ekonomi asas pertanian di beberapa wilayah. Oleh kerana tanaman bawang merah dilihat sebagai memiliki nilai ekonomi yang tinggi, maka penanam bawang merah telah cepat menyebar luas di hampir semua provinsi di Indonesia. Meskipun minat petani terhadap penanaman bawang merah cukup kuat akan tetapi dalam proses penjagaan dan amalan agronominya dilaporkan tanaman ini ada banyak masaalah sama ada jenis masaalah bersifat teknikal atau pun untuk penilaian ekonomi. Dalam benerapa rujukkan dinyatakan dimana bawang merah berasal dari Syria diman akemudian sejak beberapa ribu tahun yang lalu ia sudah dikenal umat manusia sebagai penyedap bahan masakan. Sekitar abad ke 7 dilaporkan yang tanaman bawang merah mulai menyebar ke wilayah Eropah Barat, Eropah Timur dan Sepanyol dan ia kemudian mengembang luas ke dataran Amerika, Asia Timur dan Asia Tenggara (ia tidak popular di Malaysia). Pada abad ke 14 dilaporkan dimana bawang merah telah menjadi salah satu tanaman komersial di berbagai negara di dunia dimana kini antara beberapa negara yang menjadi pengeluar bawang erah adalah termasuk Jepun, USA, Romania, Itali, Mexsico dan Texas. Di Indonesia ada juga beberapa kawasan yang merupakan pusat pengeluaran bawang merah seperti di Cirebon, Brebes, Tegal, Kuningan, Wates (Yogyakarta), Lombok Timur dan Samosir. Produktiviti hasil bawang merah tersebut walau pun dilihat masih rendah dimana potensi hasil yang dapat dicapai sekitar 20 t/ha di Indonesia masa ini. Dalam pada itu teknoloi penanaman bawang merah semakin di tambahbaik bagi menjamin dapat penghasilan dan kualiti terbaik.


Penanaman bawang merah perlukan iklim pelbagai dimana selalunya tanaman bawang merah lebih sesuai tumbuh di kawasan yang beriklim kering bagaimana pun di beberapa lokasi penanaman bawang merah di lakukan di kawasan tanah sawah yang lembab. Tanaman bawang merah peka terhadap curah hujan dan intensiti hujan yang tinggi dan juga jika ada kabus pagi. Tanaman ini memerlukan penyinaran cahaya matahari yang maksimal (minimal 70% penyinaran) dengan kadar suhu udara 25 - 32°C dan purata kadar paras kelembaban diantara 50 - 70%. Tanaman bawang merah akan dapat membentuk umbi dengan baik dikawasan yang suhu udaranya pada purata 22°C akan tetapi hasil umbinya tidak sebaik di kawasan kebun bawang merah yang suhu udaranya lebih panas. Bawang merah akan membentuk umbi lebih besar apabila ia ditanam di kawasan kebun dengan kadar terima sinaran matahari lebih lama atau lebih dari 12 jam. Apa pun dilaporkan diman adi bawah suhu udara 22°C kajian mendapati tanaman bawang merah tidak akan berumbi. Oleh karena itu adalah disyorkan agar tanaman bawang merah yang mana ia lebih menyukai tumbuh di kawasan tanah dataran rendah dengan iklim yang cerah untuk penghasilan yang terbaik. Di Indonesia bawang merah dapat ditanam di dataran rendah sampai ketinggian 1,000 meter di atas paras permukaan laut. Ketinggian tempat yang optimal untuk proses pertumbuhan adalah 0 - 450 meter di atas permukaan laut dimana walau pun tanaman bawang merah masih dapat tumbuh dan berumbi di dataran tinggi akan tetapi umur atau jangkahayat tanamnya menjadi lebih panjang 0.5 - 1 bulan lebih laa dengan penghasilannya umbinya lebih rendah.


Adalah penting untuk menentukan jenis tanah yang sesuai untuk penanaman bawang merah. Dilaporkan dimana tanaman bawang merah memerlukan kebun dengan jenis tanah berstruktur peroi, bertekstur sedang sampai  tanahliat, sistem saliran dan pengudaraan baik, mengandungi banyak bahan organik dan jenis tanah tidak masam (pH tanah adalah pH5.6 - pH6.5). Jenis tanah yang paling sesuai untuk tanaman bawang merah adalah jenis Tanah Aluvial atau kombinasinya dengan tanah Glei-Humus atau Latosol. Tanah yang cukup lembab dan air tidak menggenang juga amat disukai oleh tanaman bawang merah. Dilaporkan di  Pulau Jawa dimana penanaman bawang merah banyak ditanam pada jenis tanah Aluvial dengan keadaan iklim D3/E3 iaitu antara (0-5) bulan basah dan (4-6) bulan kering dengan ketinggian kurang dari 200 meter dari permukaan laut. Kajian menyatakan diana bawang merah juga cukup luas diusahakan pada jenis tanah Andosol, tipe iklim B2/C2 atau keadaan (5-9) bulan basah dan (2-4) bulan kering dan ketinggian lebih dari 500 meter dari paras permukaan laut. Apa pun hasil kajian mendapati dimana masa atau waktu menanam bawang merah yang baik adalah pada musim kemarau dengan ketersediaan air pengairan yang amat mencukupi sekitar bulan April atau bulai Mei sebaik sahaja selesau aktiviti enuai padi di sawah iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos. Penanaman bawang merah di musim kemarau biasanya dilakukan pada tanah bekas padi atau bekas tanaman tebu sementara aktiviti penanaman di musim hujan dilakukan pada sawah yang di gilirkan tanamannya. Bawang merah dapat ditanam secara bercampur dengan tanaman lain seperti penanaman bersama tanaman cili merah. Jadual atau pun pola tanaman bawang merah pula sebaiknya di tanam secara bergilir-gilir. Pengiliran tanaman atau rotasi tanaman bawang merah dengan padi setahun sekali atau dengan  dengan tebu tiga tahun sekali seperti di Kabupaten Brebes (Jawa Tengah) dilihat ia cukup baik dan sangat membantu mempertahankan produktiviti dari kebun. Ini adalah bertujuan untuk melestarikan produktiviti kebun pertanian yang terus menerus digunakan dalam pengeluaran tanaman makanan dengan pastikan isu saliniti tanah yang tinggi dan sistem saliran yang teruk dapat di selesaikan. 
Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BAWANG MERAH...DI INDONESIA...
TEKNOLOGI DISEDIAKAN... IA AMAT BERGUNA...
MEMILIH LOKASI... ADA VARIETI POPULARNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syawal 1445H).

Thursday, April 18, 2024

PENCEMARAN OLEH BAHAN PLASTIK

PRODUK PLASTIK
kini memang sudah di kenali ramai kerana produk ini tahap penggunaanya yang meluas dalam kehidupan manusia. Terdapat terlalu banyak produk yang berasaskan plastik dalam semua lingkungan kehidupan manusia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana Plastik (Plastic) adalah istilah umum untuk pelbagai jenis bahan pepejal amorf organik sintetik atau semi-sintetik yang sesuai dalam proses pembuatan produk industri. Plastik biasanya polimer dengan berat molekul tinggi dimana ia mungkin mengandungi bahan lain untuk meningkatkan prestasi dan bagi mengurangkan kos. Perkataan Plastik berasal daripada bahasa Yunani (plastikos) yang bermaksud 'sesuai untuk acuan' dan juga dari perkataan 'plastos' yang bermaksud 'acuan'. Pada penulis blog faham dimana ia juga merujuk kepada 'kebolehtempaan' atau pun bermaksud 'keplastikan semasa pembuatan' mana ini bermakna produk plastik ini membolehkannya dibuang, ditekan atau diekstrusi ke dalam pelbagai bentuk yang sangat besar. Bentuk ini selalunya adalah seperti filem, gentian, plat, tiub, botol, kotak dan banyak lagi. Perkataan biasa bagi 'produk plastik' tidak boleh dikelirukan dengan 'plastik' sebagai kata sifat teknikal yang selalu digunakan pada mana-mana bahan yang boleh mengalami perubahan bentuk kekal (ubah bentuk plastik) iaitu apabila tegang melepasi titik tertentu. Berlainan dengan bahan dari Aluminium dimana sebagai contoh produk plastik dalam pengertian ini akan tetapi bahan bukan plastik dalam bahasa biasa dan sebaliknya jika di baca dalam bentuk siapnya maka ada sesetengah plastik akan pecah sebelum berubah bentuk dan perkara ini dikategorikan sebagai 'bahan bukan plastik' dalam erti kata teknikal. Apa pun sebenarnya ada terdapat dua jenis plastik iaitu Termoplastik dan juga jenis Termoset. Termoplastik akan jadi lembut dan ia juga mencair jika kena haba yang mencukupi digunakan dan ia terdiri dari bahan Polietilena, Polistirena dan PTFE. Sementara itu jenis Termoset tidak lembut atau tidak cair sama walau berapa banyak haba yang digunakan seperti bahan Micarta, GPO dan juga G-10. Secara umumnya dimana produk plastik boleh juga ia dikelaskan mengikut struktur kimianya iaitu unit molekul yang membentuk tulang belakang polimer dan rantai sisi. Beberapa kumpulan penting dalam klasifikasi ini ialah termasuk bahan atau produk jenis Akrilik, Poliester, Silikon, Poliuretana dan Plastik Terhalogen. Plastik juga boleh dikelaskan mengikut proses kimia yang digunakan dalam proses sintesisnya dan sebagai contoh adalah Proses Pemeluwapan, Politambah, Pemautan silang dan sebagainya. Pengelasan lain adalah berdasarkan kdpada kualiti yang relevan untuk pembuatan atau reka bentuk produk. Contoh kelas tersebut ialah seperti jenis termoplastik dan termoset, elastomer, struktur, boleh terbiodegradasi, pengalir elektrik dan beberapa jenis lagi. Apa pun plastik juga boleh selalunya disenaraikan mengikut pelbagai sifat fizikal seperti ciri-ciri ketumpatan, ciri kekuatan tegangan, ciri suhu peralihan kaca, ciri rintangan kepada pelbagai produk kimia dan sebagainya. Disebabkan kos membuat plastik adalah agak rendah dimana ada kemudahan pembuatan dan ciri serba boleh dan tahan air maka produk plastik digunakan dalam rangkaian produk yang sangat besar dimana ia terus berkembang sehingga kepada teknologi di kapal angkasa. Para saintis memang telah berjaya memindahkan banyak bahan tradisional termasuk bahan seperti kayu, batu, tanduk dan tulang serta kulit kepada produk plastik. Bahan seperti kertas, logam, kaca dan seramik kini fungsinya sudah boleh digantikan dengan bahan plastik secara berperingkat. Apa pun selalunya penggunaan plastik dikekang terutamanya oleh kimia organiknya dimana secara serius menghadkan tahap kekerasan, ketumpatan dan keupayaannya untuk menahan haba. Selain itu plastik disesuaikan dengan kesan pelarut organik, pengoksidaan dan sinaran mengion. Kebanyakan plastik akan cair atau reput apabila dipanaskan hingga tahap beberapa ratus darjah celsius. Walaupun plastik boleh dibuat secara elektrik konduktif sedikit sebanyak akan tetapi plastik sebenarnya ia masih tiada tandingan untuk logam seperti tembaga atau aluminium. Plastik masih terlalu mahal untuk menggantikan kayu, konkrit dan seramik dalam barang besar seperti bangunan biasa, jambatan, empangan, turapan, hubungan kereta api dan sebagainya sebagai bahan binaan. Artikel pada subuh 5 Syawal 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info bagaimana plastik menjadi punca pencemaran bagi dijadikan bahan rujukkan.


Banyak laporan yang mendakwa dimana pengguna perlu awas akan bahaya plastik kepada kesihatan. Penulis blog percaya k
etika membeli-belah biasanya pengguna akan melihat ramuan pada makanan yang di beli untuk seterusnya mengelakkan ujudnya ramuan bahan yang merbahaya kepada kesihatan dimana ramai kurang tahu akan ancaman daripada bahan plastik. Apa pun kehadiran plastik dalam makanan ada ditemui di mana sahaja sebagai pembungkus makanan atau plastik bekas makanan (pinggan plastik) dimana sering digunakan. Paling ketara adalah botol minuman air mineral yang jelas menggunakan botol plastik walau pun air mineral di dakwa sebagai minuman kesihatan juga. Dilaporkan botol plastik dan pembungkus makanan plastik kini menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar dimana ini menjadikan ekosistem tercemar sama ada didaratan atau di lautan. Isu ini untuk jangkamasa panjang boleh mencemarkan seluruh rantaian makanan. Sebanrnya dilaporkan yang produk bahan plastik tidak hanya terdiri daripada polimer. Ia juga terdiri daripada bahan tambahan yang menguatkan atau memberikan sifat kepada plastik sama ada secara fizikal dan kimia. Sesetengah bahan tambahan ini dilaporkanamat toksik dan mengancam kesihatan manusia dan hidupan lain. Bahan tambahan yang amat membimbangkan dalam pembungkusan makanan dan bukan makanan ini dikenal pasti oleh Forum Pembungkusan Makanan (FPF) adalah Bahan Logam Berbahaya (diharamkan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) untuk pembungkusan), bisphenol, ftalat dan bahan kimia PFAS. Hasil dari beberapa kajian menunjukkan bahawa bahan penambah plastik mungkin melarut resap dan berpindah ke dalam makanan memandangkan ia tidak terikat secara kimia kepada kandungan polimer plastik. Bahan penambah ini juga dilaporkan ia mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan memandangkan sesetengahnya bahan ini adalah mengandungi bahan karsinogenik, neurogenik dan komponen pengganggu endokrin yang membawa kepada penyakit kronik, kanser, neurotoksik, necrosis, toksik kepada sistem pembiakan dan lain-lain. Ia juga berterusan kekal dalam alam sekitar dan boleh berkumpul dalam rantaian makanan. Apa pun selain daripada bahan penambah plastik berlaku situasi kemerosotan plastik kepada 'plastik mikro' dan 'plastik nano' dimana ia boleh mendedahkan ancaman kesihatan kepada manusia. Saintis menyatakan kemungkinan penghadaman dan penyedutan plastik boleh menyebabkan radang (dikaitkan dengan kanser), penyakit jantung, penyakit radang usus, reumatoid, artritis, ketoksikan sel dan lain-lain.


Memanag adalah p
erlu diingatkan bahawa kesan kesihatan yang mana perlu dipertimbangkan adalah hanya daripada penggunaan plastik. Kesan plastik kepada kesihatan perlu dilihat dari seluruh kitaran hayatnya iaitu daripada pengeluaran minyak sehingga ke akhir hayatnya. Sebenarnya masih tiada senarai ramuan pada plastik bagi pengguna untuk was-was akan potensi kesannya kepada kesihatan. Kesan kepada pengguna menyebabkan pengguna membeli produk plastik tanpa mengetahui kesan negatif kepada kesihatan. Ancaman bahaya plastik terhadap kehidupan manusia dimana bahan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik kerana ada beberapa kelebihannya seperti ia bahan yang tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka. Pada penulis blong mendapati dimana memang tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Memang masih ramai kalangan masyarakat masih tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh’. Beberapa pakar kesihatan ada menyatakan perlunya ada kempen bagi memberi aspek kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya plastik kepada manusia dan alam sekitar. Dilaporkan ada tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu Phthalate, Bisphenol A (BPA) dan kadangkala dicampur juga bahan Polybrominated diphenyl ethers (PBDEs). Bahan Phthalate adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. Apa pun dilaporkan yang kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar. Ketiga adalah PBDEs dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik. Apabila berlaku campuran beberapa bahan lain yang lebih bertoksik seperti pewarna dan bahan pewangi dalam penghasilan plastik bagi meningkatkan kualiti barangan itu secara tidak langsung mendedahkan lagi risiko bahaya kepada manusia. Plastik pada asasnya berbentuk polimer berantai panjang (seperti tasbih) dan apabila terlerai menjadi molekul kecil yang dipanggil monomer. Apabila ia terurai maka terhasillah BPA dan phthalate dalam air atau tanah yang akhirnya masuk ke dalam tubuh manusia serta haiwan. Kemudian hasil kajian mendapati dimana apabila bahan ini (phthalate dan BPA) masuk ke dalam tubuh manusia ia akan tersimpan di dalam lemak dan boleh menyebabkan gangguan sistem badan terutama pada kanak-kanak. Kandungan bahan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.


Kajian mendapati dimana 
kesan lain pencemaran plastik adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh. Dilaporkan dimana salah satu perkara amat penting untuk ramai tahu dimana bahan ini didakwa boleh mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan sekiranya ibu banyak terdedah kepada phthalate. Dilaporkan ada beberapa kemungkinan lain yang boleh terjadi seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak. Ada laporan mengaitkan plastik dengan masalah kesihatan lain termasuk kanser. Bagaimanapun kajian itu menyebut kesan bahaya plastik kepada manusia hanya dapat dilihat selepas 40 tahun. Ada kemungkinan besar peningkatan penyakit kanser yang berlaku mutakhir disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama. Dalam kajian lain menunjukkan 10 peratus daripada semua plastik yang dikeluarkan di seluruh dunia berakhir di lautan dan kemudian membentuk ‘Pulau Sampah’ di tengah Lautan Pasifik. Plastik yang terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik. Didakwa yang mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um) manakala nanoplastik pula saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu 0.0000000009. Kedua-dua bahan ini akan terkumpul dalam badan hidupan laut iaitu ikan apabila memakan plankton atau tumbuhan laut yang sudah dicemari mikroplastik dan nanoplastik. Ia akan terkumpul dalam badan ikan kerana haiwan ini tidak mampu menghadam dua bahan berkenaan. Pengumpulan bahan ini yang banyak akan menyebabkan kehidupan haiwan ini terganggu atau boleh mengakibatkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi. Kalau manusia yang makan ikan dicemari mikroplastik dan nanoplastik akan menerima kesan yang hampir sama seperti haiwan berkenaan. Kehadiran bahan-bahan itu tidak boleh dirasai manusia kerana mikroplastik dan nanoplastik tidak berbau atau berwarna tetapi bahan kimia berkenaan akan meresap dalam tubuh manusia sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik membimbangkan banyak pihak. Kesedaran inilah yang menggerakkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Lund, Sweden telah menjalankan kajian ke atas nanoplastik. Penyelidik mendapati nanoplastik yang terkumpul dalam tisu otak ikan menyebabkan perubahan tingkah lakunya menjadi seperti tidak aktif. Senario itu menunjukkan betapa bahayanya kesan plastik terhadap alam sekitar, manusia dan hidupan lain. Bahan plastik mengambil masa lama untuk mereput dan tempohnya bergantung kepada di mana bahan itu berada. Dilaporkan apabila bahan ini susah hendak mereput ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar. Masyarakat perlu bekerjasama dan berusaha ke arah mengurangkan penggunaan plastik. Berfikir sebelum menggunakan bahan ini sama ada ia benar-benar perlu atau tidak. Sebagai contoh kehadiran botol plastik beraneka saiz bagi mengisi air mineral atau air minuman untuk jualan adalah satu perbuatan yang menambahkan lagi penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Walau pun ada banyak langkah untuk mengurangkan bebanan plastik kepada alam sekitar dan kehidupan, contohnya bertukar kepada penggunaan bekas minuman seperti botol kaca atau bekas yang lebih mesra alam. Jika ini dapat dilakukan, maka sebahagian punca pencemaran dan punca bahaya akan dapat dielakkan. 


Dalam mengurangkan risiko pencemaran plastik bagi kesihatan dimana pengguna boleh mem
inimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Penjual makanan terutamanya di kedai makan untuk dibawa pulang atau pembelian secara on-line melalui grab food atau panda food juga selalu dihantar didalam bungkusan plastik. Ada juga pelanggan yang membawa bekas dari plastik dari rumah untuk membawa makanan. Amalan terbaik dimana jika membeli makanan masih panas yang di bungkus atau diletakkan didalam bekas plastik periksa dulu agar ia dimasukkan kedalam plastik semasa panas lagi dan jika sudah agak sejuk baru dimasukkan. Kesan haba panas akan menyebabkan plastik ada tindakbalas kimia berlaku.  Apa pun jika membawa bekas dari plastik dari rumah sendiri untuk diisi dengan makanan sebaiknya jangan terus minta bungkus dimana boleh beritahu penjual dan ditunggu yang makanan sudah sejuk maka bolehlah minta dibungkus. Ada banyak dakwaan dimana semua makanan panas yang kena bungkusan plastik selalunya merbahaya sangat. Di Malaysia dimana kedai mamak senang untuk membeli air atau jenis makanan yang memang ia pasti dibungkus dengan bahan pembungkus plastik. Periksa jika penjual di kedi tersebut memasukkan makanan kedalam plastik dengan minuman atau makanan panas. Boleh minum air buah atau air lain yang tidak panas menggunakan cawan atau gelas kaca sahaja. Ada amalan dimana ramai pelanggan akan meminum air panas dengan menggunakan penyedut minuman atau straw. Walau pun agak jarang akan tetapi jika sesiapa yang suka cara ini sebaiknya dihentikan. Minum air menggunakan straw terutama air panas akan memberikan ancaman pencemaran bahan plastik juga. Memanaskan makanan didalam plastik didalam microwave adalah dilarang sama sekali. Ini kerana kaedah ini dilaporkan tidak selamat kerana plastik tersebut mungkin cair atau ada tindakbalas kimia yang memang membahayakan pengguna. Sebaiknya gunakan bekas khusus untuk digunakan didalam microwave. Dimana-mana sahaja penjualan air mineral di Malaysia dan negara lain akan menggunakan botol plastik yang jernih. Botol air mineral atau bekas air plastik jangan suka dan amalkan ditinggal didalam kereta kerana jika kereta di letakkan di tempat panas maka suhu didalamnya juga akan panas dan ini menjadikan ada berlaku tindakbalas antara air mineral dengan botol plastik. Semasa memasak di dapur sebaiknya elakkan daripada menggunakan sudip atau pembancuh plastik sama sekali kerana suhu panas dalam kuali akan menyebabkan berlaku pencemaran bahan plastik dalam makanan. Sebaiknya gunakan sudip yang diperbuat daripada logam, katu atau buluh sahaja. Bagi tujuan menapis air sebaiknya pili jenis penapis air yang stainless steel. Di hotel selalu disediakan cerek atau pemanas air minuman dimana penggunaanya sudah menjadi satu kelaziman. Sebaiknya elakkan menggunakan cerek plastik tersebut untuk menyediakan air minuman panas dalam bilik hotel. Pilih pemanas air yang dibuat daripada bahan kaca atau stainless steel saja dalamnya. Dalam pada itu perhatikan walau pun banyak cerek letrik ini atau jenis pemanas air elektrik stainless steel akan tetapi penutupnya plastik yang juga berikan ancaman kesihatan. Apa pun amalan menyimpan makanan panas dalam plastik kalau diulang-ulang kali atau dilakuak setiap hari akan memberikan pencemaran plastik. Mungkin disebabkan pencemaran plastik ada pesakit kronik yang sudah berubat tetapi tidak juga sembuh mungkin berpunca dari plastik. Pada penulis blog dimana kempen kesedaran akan bahaya pencemaran plastik perlu di teruskan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PRODUK PLASTIK... DI MANA SAHAJA...
BOTOL PLASTIK...PEMBUNGKUS JUGA...
MENJADI MASAALAH...SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...