Support My Blog

Saturday, December 28, 2024

SEMBANG TENTANG 'BUAH ABIU'

BUAH ABEO
atau Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis buah tropika yang kurang dikenali di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. Penulis blog telah mengenali tumbuhan ini setelah Istana Johor menyatakan amat suka makan buah ini dalam satu Maljis Rasmi di Tangkak pada tahun 2009. Buah ini di tanam di Stesyen Pertanian Jorak, Muar dan juga di Stesyen Pertanian Tangkak, Ledang Johor. Kajian menunjukkan buah Abeo ini berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah oleh penjajah dahulu. Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana tidak direkod dan saya menganggarkan sekitar 20-30 hektar CHE sahaja. Kawasan yang masih menghasilkan buah Abeo adalah disekitar Jalan Tapah-Cameroon Highland di Perak yang ditanam secara bercampur dengan buah-buahan lain. Pada masa dulu sekitar hujung 1980'an penanaman buah abeo ini menjadi 'kegilaan' ramai petani di sekitar Tapah Perak sehingga mencapai keluasan lebih 300 hektar. Pokok Abiu atau Abeo yang saya lihat di Stesyen Pertanian Jorak, Muar adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Dahan pokok melempai jatuh ketanah dan agak lembut serta mudah sekah. Struktur daunnya tersusun secara berselang seli (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Saya dapati bunganya jenis hermaprodit yang berwarna putih dimana bunganya keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Dalam lawatan saya ke kebun En Tan di Bt 12 Jalan Tapah-Ringlet mendapati ada sifat agak pelik mengenai buah Abeo ini dari segi bentukknya. Ada buah yang berbentuk bulat dan ada buah yang berbentuk lonjong. Bagaimana pun bacaan dari sumber lain menyatakan bahawa buah abeu yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah. Pemerhatian mendapati tangkai buah agak pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong. Buah yang di potong akan berubah warna kepada pucat setelah beberapa minit terdedah kepada udara walau pun rasanya tidak berubah. 
Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dan menulis mengenai buah abeo untuk dijadikan satu bacaan umum pembaca semua.


Sembang menarik di mana  
Buah Abiu (Pouteria caimito) yang dilaporkan ia berasal sekitaran sungai Amazon di Amerika Tengah dan Selatan khususnya dari negara-negara seperti Brasil, Peru dan Colombia. Ia telah menjadi buah yang penting dalam budaya setempat dan pengubatan tradisional sejak berabad-abad dulu. Apa pun kajian di makmal mendapati kandungan Nutrisi Buah Abiu bagii 100 g terdiri daripada 67 kcal kalori, Karbohidrat (16.3g), Bahan Serat (0.6g), Vitamin C (22.4mg), Vitamin A (67 IU), Kalsium (7mg) dan Fosforus 22mg. Sembang dimana ada yang ingin tahu apakah khasiat buah abiu yang sesuai di ketahui pembaca blog ini. Pertama ia dilaporkan membantu dalam Kesihatan Kulit sebab ada kandungan vitamin C yang tinggi, Buah Abiu membantu merangsang pembentukan kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal dan berseri. Ini memberikan cahaya semulajadi pada wajah. Buah abiu juga dapat Membantu dalam Proses Penghadaman sebab ianya  mengandungi serat diet yang ringan dimana serat membantu memperlancar proses pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Ke 3 dimana buah ini mengandungi Antioksidan Semulajadi yang menyebabkan awet muda. Kandungan antioksidan dalam Buah Abiu membantu melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas yang merosakan dimana ini sekaligus menurunkan tanda-tanda penuaan dan menjaga kesihatan kulit. Makan buah ini Menjaga Kesehatan Jantung sehingga denyut jantung kukuh. Kandungan kalium yang seimbang dalam Buah Abiu membantu mengatur tekanan darah dan degupan detak jantung. Ini merupakan elemen penting dalam menjaga sistem kardiovaskular yang kuat. Ke 4 dimana buah ini Mengurangkan Risiko Diabetes dimana walau pun ia kaya dengan rasa manis semulajadi tetapi ia memiliki indeks glisemik yang rendah. Ini bermakna ia tidak memicu lonjakan bahan gula darah yang tinggi dan sesuai untuk individu dengan masaalah diabetes. Seterusnya ia adalah buah Penguat Tulang sebab ia mengandungi Kalsium dan fosforus yang penting untuk kesehatan tulang. Ini membantu mencegah osteoporosis dan memastikan tulang tetap kuat dan tahan lama. Ia juga Membantu Organ Penglihatan Mata kerana Vitamin A dalam Buah Abiu memelihara kesihatan mata dan mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan penuaan. Uniknya buah ini dapat juga ia  Membantu Pemulihan dan Proses Penyembuhan yang lebih cepat bila bahan Vitamin C membantu proses penyembuhan luka dan luka. Ini berkontribusi pada pemulihan yang lebih cepat setelah berlaku cedera atau pembedahan. Buah Abiu juga merupakan Sumber Tenaga Semulajadi yang menjaga viitaliti seharian. Karbohidrat asli didalamnya memberikan tenaga yang tahan lama dan ia menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang memerlukan tenaga tanpa mengambil gula yang berlebihan. Terakhir khasiat ke 10 adalah buah abiu ini dilaporkan ia mampu Menyokong Fungsi Otak dan aspek Kecerdasan yang Dipelihara. Khasiat Buah Abiu yang paling akhir adalah menyokong fungsi otak sebab ia mengandungi vitamin B kompleks yang membantu meningkatkan fungsi kognitif dan mempertahankan daya ingat yang baik.


Merujuk kepada portal trubus.id.com dimana '
Budidaya Abiu Organik, Buah Langka Berharga Tinggi' sesuai di sembangkan juga. Dikalangan petani di Katulampa, Kecamatan Bogor Timur, Kota Bogor, Provinsi Jawa Barat, penanaman atau budidaya tanaman abiu organik yang dijaga dengan intensif menghasilkan abiu organik yang langka dan berharga tinggi demi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Petani bernama Victor Lie enanam 200 pokok abiu di lahan 5 ribu meter persegi dan jarak tanam 2.5 m x 2.5 m. Pokok yang tidak banyak dimamanfaatkan kebun tersebut dimana pokoknya dari keluarga famili Sapotaceae berumur 1-6 tahun dan menuai 3 kali setahun. Victor mendakwa ada sekitar 25% tanaman abiu miliknya menghasilkan 2 - 3 biji buah abiu sekilogram. Ia amalkan perkebunan secara organik dilokasi tanahnya berketinggian 400 meter di atas permukaan laut (m dpl). Mula-mula ia menggali lubang berdiameter 1 m x 1 m dan membenamkan sampah organik kering secukupnya dan 15 kg tahi kambing terfermentasi. Pembajana selanjutnya 2 minggu sekali untuk membantu fotosintesis. Ia menyembur baja foliar dicampur bahan enzim sisa organik buah-buahan. Setiap 10 titis cairan enzim buah yang dilarutkan dalam 10 liter air itu untuk semua tanaman dan dibuat penyiraman 2 kali sehari semasa musim panas. Buah abiu organik adalah usaha yang menguntungkan apabila kos menrawatnya cuma Rp200.000 sepokok (RM55.13/pokok) dan dalam setahun berbuah 3 kali sudah menutup kos pengeluaran. Dibuat cantasan untuk merangsang pertumbuhan dan memudahkan penuaian. Apa pun dilaporkan diantara perosak yang menyerang abiu adalah Lalat Buah dan Semut. Ia dikawal dengan menggunakan alat perangkap lalat buah dan racun serangga organik iaitu dibuat dari bawang putih atau serai wangi untuk semut. Victor juga menuai 50 kg abiu dari 100 pokok dengan buah grade A sebanyak 20 - 30 kg. Buah abiu grade A berharga Rp100.000 (RM27.56) yang ada sekitar 2 - 3 biji buah, buah grade B Rp50.000 (RM13.78/kg) yang ada 4 - 5 biji buah) dan grade C dijual pada harga  Rp30.000 (RM8.37 /kg( yang ada 8 -12 biji buah. Musim lepas dia menuai sebanyak 150 kg buah abiu dimana memuaskan. Sebanyak 75 kg buah habis terjual di pameran Semarak Perkebunan Nasional (Skena) dan sisanya dijual melalui pasarab lokal dengan harga beragam. Victor membuat juga 100 anakbenih abiu syang dalam masa  1.5 - 2 tahun lakan berbuah. Tanam dari anakbenih dari biji memiliki ketahanan lebih kuat. Buah abiu masak warna kuning abiu mencapai 80 -90% dan sebaiknya jualan buah abiu harus kurang dari 3 hari sebab ia mudah teroksidasi sehingga isi daging buah menjadi kecoklatan dan bertekstur lembik. 


Di Malaysia ada kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Buah Abiu asal Amazon' juga sesuai di sembangkan. Dilaporkan dimana masih tidak ramai penduduk Malaysia mengenali buah abiu atau turut dipanggil buah mas yang berasal dari kawasan Amazon ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Pokok abiu atau nama saintifiknya Pouteria caimito adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae iaitu satu keluarga dengan buah ciku. Disebabkan buahnya kurang dikenali berbanding buah-buahan lain, ia tidak dikomersialkan secara besar-besaran. Namun ada petani yang sudah mengusahakan tanaman itu selepas mendapat permintaan terutama dari Singapura dan China. Di Jelebu, Negeri Sembilan petani bernama Siow Kit Chon (73) adalah diantara satu-satunya petani yang mengusahakan tanaman berkenaan secara komersial selepas mendapati buah berkenaan mempunyai nilai khasiat yang tinggi seterusnya mendapat tempat dalam pasaran. Wartawan HM menemuipetani ini di kebun yang diusahakan di hadapan rumahnya dimana dia kini mempunyai 60 pokok abiu yang ditanam atas tanah seluas 0.8 hektar dan mengusahakan tanaman itu sejak tiga lalu. Tanaman ini tidak ramai yang mengusahakannya sedangkan buahnya sering kali dicari orang luar disebabkan khasiat yang ada pada buah berkenaan. Buah ini dipercayai membantu meningkatkan imuniti badan kerana mengandungi nutrien penting seperti protein, tenaga, kalsium,vitamin C, vitamin E, vitamin A dan fosforus. Pembabitan awal dalam tanaman pokok berkenaan bermula apabila dia membeli anak benih secara dalam talian dari seorang petani di Australia dengan harga RM3,000. Apa pun pembelian itu menyebabkan dia teruk disindir ahli keluarga kerana sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan anak benih itu sedangkan baru hanya mencuba tanaman itu. Apa pun bermula dengan satu pokok, kini ada lebih 60 pokok ditanam dan semua dibiakkan menggunakan kaedah tut. Kini berbanding menanam secara anak benih, kaedah tut lebih praktikal berikutan pokok cepat berbuah dan kuantiti serta kualiti buah yang dihasilkan juga lebih baik. Pokok berbuah ketika berusia dua tahun dan sentiasa berbuah kerana bukan pokok buah-buahan bermusim dengan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga 300 buah bagi setiap pusingan. Dari segi keistimewaan pokok ini, buah baharu akan muncul biarpun buah lama belum habis dipetik dan disebabkan itu ia sangat berbaloi untuk ditanam. Kerja penjagaan pokok juga sangat mudah kerana tidak memerlukan banyak penggunaan racun serangga. Pokok berkenaan juga tahan penyakit disebabkan getah dihasilkannya tidak digemari serangga perosak. Selalunya bagi menjamin kualiti buah yang baik, pembajaan mengikut jadual perlu dilakukan dan jika membaja dengan betul, buah yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 500 gram setiap biji selain rasa yang sedap. Pokok akan mula putik sehingga buah masak yang mengambil masa kira-kira 100 hari sebelum ia dipetik dan dijual kepada pelanggan dari Johor, Kuala Lumpur dan Seremban, malah buah turut dihantar kepada pelanggan yang membeli dari Singapura serta China. Apabila masak maka buah menjadi kekuningan dan dipetik dengan mengunting hujung buah sebelum disimpan dalam bekas dan dibalut kertas bagi menjamin kualiti buah berkenaan. Semuga sembang kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH ABIU... RAMAI TIDAK KENALNYA....
DARI AMAZON... MUDAH TANAMNYA...
BERBUAH BANYAK... CANTIK WARNA...
KENA UJIRASA...BELI ADA DIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...