Support My Blog

Wednesday, July 9, 2025

SEMBANG KISAH MEE KUNING (PART 1)

MEE KUNING atau Mi Kuning merupakan satu jenis produk makanan di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee Kuning yang segar ini boleh terus ianya dimakan atau dijual. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai mee kuning dan kisah menarik untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Menarik di sembaangkan akan isu atau cara mengelakan dari Mee Kuning daeipda rasa Kelat, Pahit Dan Berkapur sebagai kata awal perbincangan ini. Apa pun kalangan masyaraat yang suka makan mee kuning dalam pelbagai resepi mungkin akan sesekali seleranya terganggu apabila mee kuning terasa agak berkapur dan ada rasa agak pahit. Walau pun ada rasa  sayang untuk dibuang tetapi disebabkan lapar dan enak selalunya terpaksalah menelannya juga walaupun agak kurang berselera memakannya. Kalau makan di premis makanan seperti gerai, restoren, hotel atau membelinya di pasar malam memang tidak boleh buat apa dengan makanan mee kuning seperti ini dan makan sahaja. Bagaimana pun jika pembaca blog ini ingim memasak mee kuning sendiri memang ada beberapa cara menghilangkan rasa kurang enak ini. Perlu tahu mengapa ada mee kuning terasa berkapur terutama dirasakan setelah dimasak untuk di makan. Dalam beberapa kes di laporkan ada kes lebih serius apabila ia boleh berikan atay menyebabkan rasa kelat atau pahit saat dimakan. Ada yang kurang faham apakah yang menyebabkan mi terasa berkapur dan pahit dimana didalam mee kuning memang ada terdapat satu bahan yang turut digunakan semasa penghasilan mi berskala besar. Bahaj itu adalah Natrium Karbonat atau Sodium Carbonate dan lebih dikenali sebagai air abu. Bahan ini merupakan sejenis bahan alkali yang akan berfungsi menambah baik tekstur mee kuning. Tekstur mee kuning yang lebih keras atau pejal menjadikan ia lebih tahan lama. Dilaporkan dimana selain natrium karbonat, ada sesetengah pengeluar mi juga menggunakan natrium hidroksida. Bagaimana pun kini penggunaan Natrium hidroksida mempunyai nilai pH yang lebih tinggi dan bersifat mengakis berbanding natrium karbonat. Selalunya jika nilai pH adalah Bahan Alkali bernilai lebih lebih tinggi dimana mee tersebut akan menjadi semakin kuning, lebih pejal dan lebih tahan lama. Penggunaan natrium karbonat dan Natrium hidroksida inilah yang kadangkala boleh menyebabkan mi berasa pahit, kelat atau berkapur. Adakah natrium karbonat ini berbahaya? dan jawapannya adalah tidak sama sekali. Bahan ini iaitu Natrium karbonat atau natrium hidroksida banyak digunakan dalam proses pembuatan dan proses penghasilan makanan-makanan lain dan kaedah cara penggunaannya adalah masih dibenarkan dibawah Akta Makanan Malaysia. Ia juga masih mempunyai status gred makanan (food grade) yang selamat untuk dikonsumsi. Walau bagaimanapun, kuantiti yang digunakan mungkin boleh menyebabkan perubahan rasa pada makanan yang dihasilkan selain kesan sampingan kecil. Apa pun sebagai contoh, penggunaan natrium hidroksida yang berlebihan dalam pembuatan makanan mungkin boleh menyebabkan sakit perut apabila dimakan.


Semasa bertugas di Jabatan Pertanian dulu memang projek membuat mee kuning di kalangan bumiputra di bantu dengan bantuan khidmat nasehat teknikal dan memberikan bantuan peralatan mesin membuat mee. Peserta atau pengusaha mee kuning akan di berikan kursus teknikal dan juga pemantauan kepremis sentiasa di lakukan. Antara perkara yang selalu di pantau adalah bagaimana pengguna boleh rawat atau cara hilangkan kapur pada mee kuning. Kebiasaannya kalangan pengguna memang tidak mengetahui sama ada mee yang dibeli itu akan rasa berkapur atau tidak. Bagaimana pun syor  untuk mengelakkan ia terasa berkapur setelah dimasak, anda boleh mencuba kaedah di bawah ini untuk hilangkan rasa kapur pada mee kuning tersebut. Cara-caranya ialah seperti di bincangkan dimana sebaiknya mengeluarkan mee daripada pek pembungkusan. Kemudian mee tersebut duibasuh bersih dan terlebih dahulu dengan menggunakan air paip yang mesti mengalir. Kemudian seterusnya perlu isikan air ke dalam satu bekas atau besen dan rendamkan mee dalam air tersebut. Apa pun kemudian boleh taburkan gula ke dalam bekas mee kuning tersebut dimana ia boleh menggunakan sama ada gula putih atau gula perang bergantung kepada kesesuaian. Pastikan gula ditabur dengan rata pada mi dan biarkan mi direndam selama sekurang-kurangnya 10 minit atau adalah lebih baik jika mee kuning ini direndam selama 30 minit. Setelah itu boleh di buangkan air dan toskan mi tersebut dan kemudian dibilas mee kuning ini sehingga bersih dengan menggunakan air paip. Apa pun setelah mee kuning ditoskan kali kedua ia boleh terus memasaknya mengikut selera anda. Pembaca blog jangan risau sebab cara ini berkesan menghilangkan rasa dan bau berkapur yang ada pada mi yang dibeli. Kaedah lain adalah dengan Merebus mee terlebih dahulu sebelum mee kuning ini di masak atau di goreng. cara merebus mee dengan air mendidih boleh membantu didalam mengeluarkan sisa dan lebihan natrium karbonat yang mungkin ada pada mi yang dibeli. Selalunya mee ini akan menjadi lebih sedap, lembut dan tiada rasa kapur. Jangan sesekali mencelur mi dengan tujuan menghilangkan rasa kapur kerana proses mencelur sahaja tidak memadai. Proses mencelur tidak cukup kuat untuk menanggalkan kapur atau air abu yang ada pada mi tersebut. Sebaiknya boleh lakukan teknik seperti di atas atau merebusnya terlebih dahulu. Apa pun pembaca blog tidak perlu risau dengan kewujudan natrium karbonat atau natrium hidroksida dalam mee kuning kerana ia dibenarkan dalam pembuatan makanan yang diproses. Apa pun selalunya bahan alkali yang digunakan ini merupakan bahan dengan status gred makanan atau 'food grade' dan tentunya selamat untuk dimakan. Bagi penulis blog menbasuh mee kuning aahulu sebelum di masak sudah menjadi amalan seja lama dulu. Selain i menghilangkan rasa kapor dan kelat kaedah ini boleh melembabkan mee goreng yang rasanya lebih enak juga.


Penulis blog juga kongsikan resepi dan cara membuat mee kuning sendiri di rumah kalau mahukan memakan mee yaang enak, halal serta terjamin keselamatannya. Memang mee kuning di Malaysia dan banyak negara diAsia sudah menjadi makanan kegemaran kebanyakan rakyat kerana boleh dijadikan pelbagai juadah yang cepat dan enak.  Namun kebiasaannya mee kuning yang dijual di pasaran mempunyai rasa kesat di lidah kerana kandungan kapur yang tinggi. Ada pula yang terlebih masin dan keras sehingga menjadikan sajian yang dimasak kelihatan 'tidak bermaya' untuk dijamah. Pendek kata apa yang penulis blog tahu agak sukar untuk dapatkan mee kuning yang betul-betul sedap dan menepati citarasa mengikut sajian pilihan.  Oleh itu sebenarnya boleh menghasilkan sendiri mee kuning mengikut resipi mudah yang gunakan bahan-bahan dicampur dan diaduk sekata iaitu 1 kg tepung gandum, 2 biji telur, 1/2 sudu makan garam, pewarna kuning dibenarkan, 1 gelas air serta sedikit minyak masak. Sebaiknya di sediakan juga alat atau mesin untuk menghasilkan mee kuning. Cara didalam membuatnya dengan memasukan tepung dalam bkas seperti besen dan dipecahkan telur dalam mangkuk dan di pukul. Kemudian boleh dituangkan ke dalam tepung tadi bersama pewarna kuning dan perlu digaul sekata. Masukan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit dan di uli hingga sekata dan buat bulat-bulat supaya mudah dileperkan sedikit. Apa pun dipastikan doh tidak lembik. Kemudian boleh mesin doh tadi menggunakan mesin mi yang sesuai. Pastikan sapu tepung sebelum mesin bagi mengelakkan doh melekat. Seterunya dipanaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak. Masak mee tadi dan angkat apabila sudah timbul dimana sebaiknya semasa tos air rebusan, titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan terurai elok. Apa pun lazimnya bagi 1 kilogram tepung jumoah mee kuning yang dihasilkan dianggarkan seberat 2 kilogram.


Menarik dalam media hmetro.com kisah bertajuk 'Syarikat mi kuning dan mihun didenda RM15,000' untuk disembangkan. Dilaporkan Pengurus syarikat Miku Mamami Sdn Bhd, Ng Kah Eng, 47, (baju biru) membayar denda RM15,000 atas tiga kesalahan mengikut AKAS 1974 (Foto disebelah). Kisah dari Melaka dimana disebabkan oleh kes kesalahan dan mohon maaf kepada mahkamah. Syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akas) 1974. Hakim Nariman Badruddin yang mendengar kes itu mendenda syarikat sebanyak RM15,000 atau enam bulan penjara bagi semua pertuduhan selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan. Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa mengikut Peraturan 7(2) AKAS 1974 kerana gagal dan tidak pernah mengemukakan rekod bulanan dan pemantauan pembuangan efluen perindustrian untuk diperiksa secara bertulis atau melalui aplikasi online environmental reporting (OER) seperti ditetapkan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, syarikat didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10(1) dan Peraturan 11(1)(b) peraturan sama, iaitu sistem pengolahan efluen perindustrian bagi memproses mi kuning dan mihun tidak diawasi oleh 'orang yang berwibawa' dan diperakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta melepaskan efluen tanpa dirawat ke longkang. Apa pun efluen dilepaskan mengandungi BOD (Keperluan Oksigen Biokimia) pada 20 darjah celsius yang berkepekatan 4,765 miligram per liter (mg/l) dan melebihi had dibenarkan 50 mg/l; pepejal terampai 1,600 mg/l melebihi 100 mg/l serta minyak dan gris berkepekatan 31 mg/l melebihi 10 mg/l. Dilaporkan semua kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Plot 32, Jalan EP Serkam, Kawasan Perindustrian Halal Hub Serkam, Jasin. Dia boleh dihukum mengikut Peraturan 32, peraturan sama, jika disabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, dua pegawai penguat kuasa JAS menjalankan pemantauan ke atas kolam takungan banjir di Perindustrian Halal Hub, Serkam yang berbau busuk. Dilaporkan didapati punca air masuk adalah dari longkang awam di kawasan itu yang berwarna kekuningan, berbau masam dan berwap. Pemeriksaan lanjut mendapati air itu mengalir dari premis Miku Mamami Sdn Bhd yang menghasilkan produk mi kuning serta mihun sebelum tiga sampel efluen dihantar untuk analisis di Jabatan Kimia Malaysia Melaka. Hasil analisa menunjukkan syarikat melakukan kesalahan seperti pertuduhan selain semakan juga mendapati premis pernah dikompaun sebanyak lapan kali atas kesalahan pengendalian sistem pengolahan bahan efluen perindustrian pada 2017, 2018, 2020 dan 2021. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan pada harii jumaat ini jika di baca akan memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.

NAMA MEE KUNING...IA MUDAH DIBELI...
DI KEDAI RUNCIT...DAN DI PASAR TANI...
MEMANG ENAK... ADA PELBAGAI RESEPI...
BERKHASIAT... MAKAN KENYANG PASTI ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1446H).

Tuesday, July 8, 2025

TANAM SAWI ATAS MEJA

TANAMAN SAWI ATAS MEJA
atau penanaman sawi secara fertigasi dimana ia merupakan salah satu kaedah penanaman sawi moden di jalankan di Malaysia. Terminologi 'Tanam Sawi Atas Meja' mula popular di perkenalkan semasa pelancaran program Pertanian Bandar atau dahulu di panggil sebegai Program Bumi Hijau di negara kita oleh Jabatan Pertanian. Bagi penulis blog tahu dimana tanaman Sawi (Brassica spp Linn.) ini adalah salah satu jenis sayuran daun yang popular di Malaysia bersama dengan sayur daun jenis lain seperti kailan, kangkong, bayam dan beberapa lagi. Penulis blog menrujuk kepada laporan keluasan tanaman sawi di Malaysia dimana ia melibatkan seluas 11,606 hektar CHE dan menghasilkan sebanyak 167,211 tan metrik iaitu pada tahun 2024 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Daripada pengalaman penulis blog terdapat beberapa jenis sawi yang popular ditanam di Malaysia iaitu jenis (1) Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum (2) Sawi Putih (Brassica chinensis) atau disebut Pak Choy (3) Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut Bok Choy dan (4) Sawi Bunga (Brassica rapa cruciferae). Sebenarnya sayur sawi mendudukki tangga ke 3 selepas penanaman Bayam dan Kangkung untuk pasaran domestik dan eksport (Singapura). Penanaman sawi ini ada dijalankan dari kawasan tanah pamah sehingga kepada kawasan tinggi yang subur dan secara teorinya sawi sesuai ditanam dari ketinggian 5 meter sampai dengan 1,200 meter dari paras laut. Kawasan utama penanaman saei adalah di Johor (3,760 hektar) diikuti dengan Pahang (3,156) dan juga di Perak (1,048 hektar). Kebanyakan kawasan penanaman sawi di Perak berada dikawasan tanah bekas lombong seperti di TKPM Sungkai, Perak dan kawasan lain. Apa pun penulis blog dapati paling luas sawi ditanam dikawasan dengan ketinggian 100 - 500 meter dengan jenis tanah yang baik untuk budidaya tanaman sawi adalah tanah yang gembur yang mana ia ada banyak mengandungi humus, subur, serta mempunyai saliran baik. Tanah dengan tahap keasidan yang optima untuk proses pertumbuhan sawi diantara pH 6.0 - pH7.0. Biasanya di tanam dikawasan yang rata untuk memudahkan penggurusan mekanisasi dan amalan agronomi. Tanaman sawi agak mudah dilakukan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana tempoh menjaganya juga sekitar 28 - 30 hari sahaja. Ia dikategorikan sejenis tanaman paling singkat untuk kemudian memberikan pulangan kepada petani. Amalan agronomi yang perlu dilakukan seperti penjagaan rumpai, pembajaan dan juga kawalan penyakit serta perosak dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum dituai. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah didalam penanaman sawi diatas meja atau menanam sawi secara fertigasi sebagai satu bidang usaha yang dijadikan bahan rujukkan semua.


Bagi penulis blog dimana t
eknologi menanam sawi di atas meja yang dimaksudkan ialah satu teknologi iaitu sistem 'fertigasi meja' atau 'sistem tanaman bermeja'. Kaedah ini merupakan sistem penanaman moden yang dilihat ia menggunakan sistem titisan air untuk membekalkan nutrien kepada tanaman. Ia sangat sesuai untuk tanaman jangka pendek seperti sawi dimana selalunya ia boleh meningkatkan hasil lebih cepat, terjamin selamat dimakan serta memudahkan kerja-kerja penjagaan tanaman. Secara mudahnya dimana ia libatkan beberapa ciri-ciri teknologi fertigasi meja yang sesuai di lakukan secara kecil-kecilan di kawasan kelilig rumah atau secara komersil. Pertama ia menggunakan 'Sistem Titisan Air' dimana semua bahan nutrien diberikan terus ke akar tanaman sawi di dalam media sesuai iaitu dengan melalui sistem paip dan titisan air. Sebaikya menggunakan Medium Tanaman yang disyorkan termasuk bahan seperti sabut kelapa (cocopeat) yang mana fungsinya adalah ia digunakan sebagai gantikan bahan tanah sebab ia mampu untuk memberikan kelembapan yang baik untuk tanaman. Keperluan ketiga sistem ini adalah strukur khusus di namakan sebagai 'Rumah Pelindung Hujan (RPH) yang mana ia di gunakan untuk melindungi tanaman dari hujan lebat dan mengurangkan masalah percikan tanah. Apa pun bagi penulis blog dimana kaedah ini memang berlaku penjimatan masa dan ruang. Sistem ini membolehkan mereka yang jalankan penanaman dapat dilakukan secara berulang dalam jangka masa yang singkat dan menjimatkan ruang. Apa pun daripada banyak tinjauan di lakukan dan beberapa testimoni menyatakan cara ini memberikan hasil sawi yang lebih lumayan. Ini kerana lazimnya proses pertumbuhan sawi yang lebih baik dan pemetikkan yang lebih kerap dapat meningkatkan hasil. Secara ringkasnya sistem tanaman sawi secara fertigasi meja adalah teknologi yang cekap dan efektif untuk menanam sawi serta ia mampu menawarkan banyak kelebihan berbanding kaedah konvensional.


Beberapa media tempatan laporkan kisah bagaimana '
Tanam sayur guna fertigasi meja memang berbaloi' sesuai di jadikan bahan rujukkan. Kisah dari Londang, Masjid Tanah, Melaka dimana biarpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan akibat serangan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lalu namun ia bukan penghalang untuk terus berjaya dalam industri pertanian di negeri ini. Kini usaha mengerjakan tanah keluarga tetap diteruskan biarpun berhabis puluhan ribu ringgit untuk membangunkan sektor pertanian agar selari dengan perkembangan teknologi yang efisien dan menjimatkan pengunaan tenaga. Bagi usahawan tani, Ahmad Fairus Muhamad (40) pendedahan terhadap penanaman fertigasi meja sebagai teknik baharu dalam sektor itu tetap dan kini diteruskannya tanpa menghiraukan dugannya sebelum ini. Dia yang hobinya becucuk tanam bukan sekadar pekerjaan keduanya tetapi sebagai terapi melepaskan tekanan selepas kepenatan menyelesaikan urusan di syarikat tempatnya bertugas. Pernah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)1.0 dahulu pendapatannya terjejas dan dulu pernah ada kes yang memburukkan lagi keadaan apabila 20 pekerja yang pulang ke Riau, Indonesia terkandas di sana selepas pintu sempadan ditutup. Masa itu dia usahakan pelbagai tanaman seperti timun, sawi, kangkung, bayam, bendi, petola dan peria yang ditanam mengikut petak. Kini dia tukar aktivitinya dengan cara atau gunakan teknik baharu ini di tanah seluas 0.2 hektar dengan lebih mudah di lakukannya. Sealunya biji benih sawi yang semakin membesar perlu dialihkan bagi mengelakkan gangguan tumbesaran telah dibantu pekerjanya. Dia sudah pun mengeluarkan modal RM35,000 untuk membina sistem fertigasi meja yang dia yakin dan mampu mengurangkan penggunaan pekerja, baja dan racun. Biarpun sebelum ini hampir 10 tan sayur dihasilkan sehari namun dia tekad untuk hanya meneruskan tanaman sawi dan menanam ketumbar menggunakan teknologi berkenaan. Kini sudah ada sebanyak 24 petak meja yang berukuran 6×50 kaki persegi dibinanya sejak lima bulan lalu mampu menghasilkan kira-kira 50 kilogram sawi buat sepetak meja dalam tempoh sebulan. Baginya kaedah konvensional lagi berpatutan namun teknologi ini juga diperlukan bagi mengurangkan penggunaan baja dan racun. Apa pun paling penting adalah bagaimana hendak pusing modal ia perlu masa yang lama kerana setiap kali tuaian hanya akan memperoleh sekitar RM8,000 dan itu pun belum lagi ditolak kos gaji pekerja dan operasi. DIa berpuas hati dengan cara menanam menggunakan sistem tanaman atas meja dan terlau di kembangkan.


Dalam penanaman sawi selain daripada kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman, aspek pembajaan dan kawalan perosak serta penyakit amat penting dilakukan. Pemberian baja asa iaitu organik semasa penyediaan tanah serta kapor mampu membantu untuk kesuburan tanaman. Pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi dilakukan seawall minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Pemberian baja dihentikan ketika hari hujan kerana baja akan mudah terlarut dan meresap ke dalam tanah tetapi akar pokok tidak sempat untuk menyerapnya. Serangga perosak yang biasa menyerang tanaman sawi adalah Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lenting.kesemua ulat ini akan memakan bahagian daun dan batang sehingga ia akan menyebabkan daun berlubang dan berbintik bintik. Sebaiknya penggunaan racun pada kelas yang rendah diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana semburan racun pada kelas yang berbahaya mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan manusia. Semburan racun seperti Malathion dan Benomyl pada kadar 30ml kepada 20 liter air disembur kepada tanaman selang seminggu bagi mengatasi masalah serangan makhluk perosak ini. Semburan racun dihentikan 7 hari sebelum aktiviti penuaian dilakukan. Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Pengusaha boleh memetik sawi dengan cara iaitu memotong bahagian pangkal pokok yang paling hampir dengan tanah menggunakan pisau yang tajam. Akar tersebut dibiarkan mereput menjadi baja kompos di atas permukaan tanah.Kumpulkan sawi yang telah dituai di dalam bekas bekas besar da n kotoran yang melekat pada daun dan batang sawi dibersihkan menggunakan air bersih. Apa yang perlu diketahui sawi boleh bertahan lama dalam masa 10 hingga 14 hari jika dijaga dalam suhu yang terkawal iaitu 100C. Proses yang seterusnya iaitu prapenyejukan dilakukan kepada sayur sawi dengan merendam sawi ke dalam air sejuk bersuhu 50C bagi mengekalkan kualiti kesegaran sawi. Sawi perlu dibungkus menggunakan plastic lutsinar berlubang bagi membolehkan pengudaraan berlaku dan bagi mengelakkan sawi menjadi busuk dan rosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 .
MENANAM SAWI...DI ATAS MEJA...
CARA MUDAH...BAJET DISEDIA....
CEPAT DITUAI... PERLU DIBAJA...
MAHU MENCUBA...DI RUMAH ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 uharram 1447H).

Monday, July 7, 2025

INOVASI KAWAL LALAT BUAH - KENA BACA!

LALAT BUAH
(Fruit Fly) atau nama saintifiknya adalah sebagai Bactrocera spp merupakan sejenis serangga perosak kepada banyak jenis tanaman di Malaysia. Terdapat beberapa spesis lalat buah yang tegar menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan kerugian kepada petani jika tidak dikawal. Tinjauan penulis blog di banyak lokasi penanaman tanaman makanan dimana akibat serangan lalat buah juga menyebabkan kualiti hasil tanaman menjadi rosak atau turun kualitinya. Petani perlu memahami akan kitaran hidup lalat buah untuk ia lebih mudah membuat kawalan. Lazimnya lalat buah dewasa akan bertelur pada peringkat awal pembentukan buah yang disukainya. Buah yang berkulit nipis dan sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung, Cili Brsae, Tomato, Peria dan sebagainya. Dalam masa 1-2 hari sahaja dimana telur lalat buah boleh menetas (bergantung kepada jenis buah dan peringkat kematangan buah) dengan jumlah signifikan. Ia kemudian akan menetas dan menjadi peingkat larva yang tinggal dalam buah dimana kemudian akan makan bahagian isi buah yang menyebabkan kerosakan kepada hasil tanaman tersebut. Peringkat larva untuk lalat buah lazimnya adalah selama 8-10 hari. Seterusnya larva tersebut akan bertukar lagi kepada  peringkat kepompong yang mengambil masa selama 10 hari. Kepompong terbentuk di dalam tanah. Selepas peringkat kepompong maka lalat buah akan menjadi dewasa dengan jangkamasa peringkat dewasa cuma selama 5-7 hari sahaja (Sila lihat foto diatas). Peringkat dewasa lalat buah merupakan peringkat paling aktif dengan ia mempunyai kepak untuk ia memudahkan terbang daripada satu buah kepada buah yang lain untuk bertelur selepas proses mengawan. 
Kawalan untuk serangga perosak lalat buah perlu dilakukan secara berjadual dan berterusan. Ini kerana lalat buah mempynyai banyak perumah (alternate host) yang banyak. Paling asas adalah dengan menjalankan pemantauan kehadiran lalat buah dalam kawasan kebun dengan memasang perangkap lalat buah menggunakan alat perangkap khas (Sila lihat foto sebelah). Bahan kimia Methyl eugenol boleh digunakan dengan meletakannya pada kapas dan ia akan menarik lalat buah jantan kedalamnya. Lazimnya dalam botol tersebut akan dibubuh racun kimia bagi membunuh lalat buah. Sebaiknya perangkap lalat buah diletakkan dibahagian tepi kebun dan perlu diperiksa selalu untuk menggantikan kapas yang mengandungi bahan kimia sekitar sebulan sekali. Umpan protin juga boleh digunakan untuk kawalan lalat buah. Amalan agronomi yang boleh dijalankan untuk kawalan lalat buah dikebun mangga adalah dengan membalut buah mangga yang berumur 8 minggu mengunakan kertas pembalut. Ini akan menghalang lalat buah untuk bertelur pada buah mangga dan mendapatkan warna buah yang menarik. Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih dengan membuat sanitasi daripada rumpai, buang buah-buah mangga yang gugur dan pastikan kebersihan ladang secara menyyeluruh. Kajian dilakukan juga menunjukkan penggunaan sejenis kulat Metarhizium juga mampu mengawal populasi lalat buah. Artikel ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa inovasi dan kaedah mengawal lalat buah bagi menambah ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Terkini ada di laporkan dalam beberapa tulisan bagaimana satu inovasi mudah membuat alat P
erangkap Lalat Buah buatan sendiri menggunakan bahan mudah iaitu Rendaman Kulit Pisang dalam botol plastik. Penulis baca dalam portal Majalah Agrimag dimana ianya dilaporkan salah satu kaedah yang sangat berkesan, murah dan bebas bahan kimia berbahaya. Apa pun hasilnya kemudian penulis blog buat ujicuba sendiri di kawasan tanaman belimbing di rumah dan ianya berkesan. Apa pun inovasi ini di puji dimana bahan-bahan di perlukan adalah seperti 1 botol plastik kosong ukuran1.5 liter, 0.75 -1.0 cawan gula pasir, 0.75 - 1.0 cawan cuka (apa-apa jenis cuka makan yang murah pun boleh), 1 unit kulit pisang masak (dimakan isinya) dan juga air suam secukupnya. Langkah-langkah membuatnya mudah iaitu dengan memasukkan kulit pisang ke dalam botol. Kemudian di tambahkan gula dan cuka kedalam botol. Seterusnya dituang air suam hingga ke paras didalam gambar disebelah. Seterusnya di tutup botol dan perlu di goncang campuran supaya sebati. Sebaiknya dan di syorkan agar botol ini tidak ditutup atasnya atau buat lubang kecil diatas untuk membolehkan lalat buah masuk kedalamnya dan mati lemas. Sebaiknya botol ini digantungkan di tempat terbuka pada dahan pokok, pagar, atau tiang dengan gunakan dawai agar kukug di tiup angin dan tidak putus (disyorkan agar jagan gunakan tali sebab tupai boleh gigit untuk menikmati aroma didalamnya dan botol jatuh ketanah). Biarkan di gantung di mana laat buah akan memasukki botol dan apabila botol sudah penuh dengan lalat buah (lihat foto kanan) maka ia boleh ditutup dan dibuang ke dalam tong sampah. Seterusnya di gantikan dengan botol baru. Sebenarnya apa yang berlaku adalah dimana lalat buah tertarik dengan bau fermentasi dan manis dari campuran ini dari cuka, kulit pisang dan cuka. Pembaca semua boleh buat sendiri dengan mudah selain daripada kaedah menggunakan perangkap feromon yang sering di syorkan untuk mengawal lalat buah.


Menarik artikel dari akhbar tempatan iaitu sinarharian.com bertajuk '
Inovasi kawal serangan lalat buah' iaitu satu inovasi Probaitbar yang merupakan inovasi Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Dilaporkan bagi petani dan pekebun dimana serangan lalat buah atau nama saintifiknya Bactrocera sp menjadi satu salah satu masalah yang sering dihadapi dalam mengusahakan tanaman. Lalat ini merupakan salah satu perosak utaman tanaman sayur- sayuran dan buah-buahan. Dilaporkan menurut seorang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Nurhazarull Nadia Baset mendapati dimana serangan lalat buah boleh menyebabkan kuantiti dan kualiti buah menurun. Selalunya kesan serangan boleh dilihat pada buah yang hampir masak dengan adanya bintik atau lubang hitam kecil di kulit buah. Ini merupakan kesan tusukan ovipositori lalat betina ketika bertelur pada permukaan kulit
buah. Larva yang menetas mengorek masuk dan memakan isi buah. Kesannya akan menyebabkan buah itu rosak dan tidak dapat dipasarkan oleh para pekebun. Di Malaysia terdapat enam jenis lalat buah yang sering menjadi masalah buat petani dan pekebun. Jenis lalat buah Bactrocera carambolae dan Bactrocera papaya sering menyerang buah-buahan seperti mangga, belimbing, betik dan pisang, manakala lalat buah Bactrocera cucurbitae atau Bactrocera tau pula menyerang tanaman seperti petola, peria, timun dan tembikai. Dalam pada itu jenis lalat buah Bactrocera latifrons memberi kesan kepada tanaman seperti cili, manakala jenis lalat buah Bactrocera umbrosa pula menyerang cempedak, nangka dan limau bali. Teknologi bagi mengatasi masalah ini ada pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dan salah satunya menerusi inovasi Probaitbar yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan sendiri. Alat ini menggunakan umpan protein yang dihasilkan dalam bentuk pepejal bagi mengawal populasi lalat buah di sesuatu kawasan. Apabila lalat betina memakan protein ini, ia akan mengakibatkan telur yang dihasilkannya tidak menetas dan ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah populasi lalat buah. Apabila telur tersebut tidak dapat menetas, jadi tidak akan ada lalat-lalat baharu yang muncul dan menyerang buah- buahan. Dilaporkan inovasi itu juga amat berkesan kerana protein merupakan makanan lalat dan serangga ini akan memilih untuk memakan protein terlebih dahulu berbanding buah. Bahan Probaitbar itu juga boleh dicampur dengan sedikit racun bagi membolehkan lalat-lalat yang memakannya mati.PROBAITBAR boleh dicampurkan dengan sedikit racun bagi membolehkan lalat-lalat buah yang memakannya mati. Probaitbar yang dihasilkan itu juga amat mudah untuk digunakan dan pekebun hanya perlu ianya untuk menggantung alat tersebut di dahan pokok. Kos untuk dapat menggunakannya juga murah dan tidak membebankan petani atau pekebun. Bagi kawasan seluas 1 hektar dimana jumlah minimum Probaitbar yang perlu digunakan adalah sekitar 10 unit sahaja dan alat tersebut juga mampu bertahan sehingga tiga hingga empat bulan untuk sekali kegunaan.


Belajar lanjut mengenai Lalat Buah yang lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan cara lalat dewasa akan menyegat atau menyuntik telur pada buah. Kemudiaan larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam dimana antara tanda tanda serangan adalah buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Saya dapati jika di amati pada fizikal luar buah akan terdapat kesan seperti tusukan jarum pada bahagian luar buah. Jika anda teliti lagi pada bahagian dalam buah pula kita akan jumpa ulat yang di panggil larva. Serangan lalat buah jika tidak di kawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. Antara punca yang menyebabkan lalat buah datang adalah disebabkan oleh buah yang terkena antraknos. Jadi kita kena mengawal kesihatan tanam di kebun supaya jangan terkena fungus antraknos. Antara perkara yang lazim dilakukan adlah dengan menyembur racun kulat secara rutin atau secara berjadual mengikut arahan pada label. Dalam memberi banyak ceramah dan tunjukajar mengenai serangan lalat buah dan kawalannya, saya sering memberikan beberapa kaedah dan pilihan yang sesuai untuk dilakukan. Antara beberapa kaedah yang boleh dilakukan adalah sengan cara kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan secara kimia atau dengan cara kawalan lain. Berikut adalah antara kaedah untuk mengatasi lalat buah. Cara kawalan kimia paling mudah dijalankan seperti semburan dengan bahan kikia seperti bahan Lebaycid 550 (Bayer Cropscience) dengan bahan aktif fenthion (paling mujarab). Selain itu bahan racun kimia dengan bahan aktif cypermethrin boleh digunakan. Bahan seterusnya yang boleh digunakan adalah seperti Prevathon yang sesuai dicampur dengan racun Imida untuk mematikan ulat dalam buah. Bahan seperti racun Dimethoate dengan bawang putih (Dimethoate dengan cara kerja sistemik) dimana ia akan meresap pada daun dan buah dan ulat yang makan isi buah sebelum jadi pupa akan mati sebab makanan beracun. Ini akan menyebabkan jumlah populasi lalat buah akan berkurang. Sementara itu dibuktikan bahawa bawang putih menghasilkan aroma yang tidak di sukai serangga lalat buah ini. Akhir sekali bahan racun DIMEXION yang kuat baunya dan juga baunya tidak di sukai serangga boleh digunakan dengan mengikut arahan pada label. Semuga tulisan ini menambah ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wsallam!!!...
LALAT BUAH... SERANG TANAMAN....
MUDAH MEMBIAK...PERLU KAWALAN...
BANYAK INOVASI.. SUDAH DICIPTAKAN...
MEMBACA  ARTIKEL.. DI FAHAMKAN....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Muharram 1447H).

Sunday, July 6, 2025

SEMBANG PASAL IKAN REBUS (PART 2)

MAKANAN IKAN REBUS merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dapam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.


Menarik kisah bagaimana resepi dan hidangan 'Tilapia kukus ala Cina' di kongsikan sebagai pilihan oleh Restoran Ewa Sungai Penchala Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan ikan air tawar iaitu tilapia kukus buat pelanggan menyukai pilihan hidangan lebih sihat. Berbeza dengan hidangan sama disajikan di restoran Siam atau makanan laut, restoran itu menyediakan ikan kukus mengikut resipi Cina. Maka tidak hairanlah kuah hidangan dipanggil ‘tilapia stim’ itu tampak lebih gelap kerana menampilkan sos dan kicap terpilih berbanding hidangan sama menggunakan resipi Siam mahupun kukus biasa. Ada dilaporkan yang Restoran Ewa yang sudah beroperasi lebih lima tahun itu mengetengahkan sajian oriental halal dengan lebih 50 pilihan sajian mahupun masakan. Sejak dibuka pada 2011, Restoran Ewa menyediakan hidangan Cina halal dan menu utama sajian di sini adalah ikan tilapia kukus. Meskipun sajian ikan air tawar kurang digemari kebanyakan orang, sebaik pelanggan merasai keenakan ikan berkenaan menerusi resipi kukus Ewa, selalunya mereka akan kembali menikmati hidangan berkenaan. Pengunjung mahupun peminat hidangan ikan kukus oriental itu tidak perlu bimbang dengan ikan tilapia kami guna dalam masakan kerana kualiti dipastikan segar. Kualiti ikan tilapia terjaga kerana kami mempunyai kolam khas khusus untuk membekalkan stok ikan terbaik kepada restoran. Apa pun ikan talipia dibekalkan mempunyai tekstur pejal dan manis sesuai untuk resipi ikan kukus. Tiada bau kurang menyenangkan melainkan aroma halia dan bahan lain sesuai dengan sajian ikan berkenaan. Selain itu dilaporkan ada ramai juga berkunjung untuk menikmati hidangan lain seperti sotong goreng telur masin, udang mentega dan nasi goreng Cina mahupun yee mi Kanton. Waktu tengah hari pula hidangan nasi ayam Ewa menampilkan ayam goreng rangup dan nasi lengkap bersama sup dan potongan sayur menarik pengunjung dari pejabat sekitar. Setiap hari kami menjual lebih kurang 120 set hidangan dan jumlah itu meningkat apabila terdapat tempahan daripada pelanggan berhampiran,” katanya. Restoran berkenaan boleh memuatkan 70 pelanggan dan biasanya sering menjadi pilihan pengunjung sudah berkeluarga. Pelanggan terdiri daripada pelbagai golongan tetapi paling ramai ialah mereka yang datang bersama keluarga dan kenalan. Maklumlah, apabila membabitkan hidangan Cina, kami bermain dengan saiz hidangan besar sesuai untuk dimakan mereka datang berkumpulan. Tetapi ada juga datang perseorangan atau kumpulan kecil untuk merasai hidangan ‘ala carte’ seperti yee mi Kanton dan masakan goreng yang lain. Saranan untuk mereka ingin datang dalam kumpulan melebihi 10 orang, sebaiknya buat tempahan agar tempoh penyediaan lebih lancar dan tidak terkecuali minuman popular disajikan di restoran Cina Muslim seperti teh herba untuk minuman panas dan teh bunga krisan atau minuman Chrysanthemum menjadi pilihan untuk minuman sejuk.


Bagi penulis blog ujirasa makanan 'Nasi goreng ikan rebus' memang ia sedap tidak terkata dan kena ulang lagi. Ia agak berlainan dengan jenis-jenis lain nasi goreng seperti Nasi Goreng Kampong atau Nasi Goreng USA atau NAsi Goreng Belacan. Sebenarnya makanan nasi goreng adalah sejenis makanan yang sangat popular di banyak negara dimana ia adalah menu selamat untuk korang yang tidak sempat untuk menyediakan lauk. Apa pun kalau pembaca blog sudah bosan dengan menu gorengan yang biasa-biasa maka bolehlah cuba resipi nasi goreng ikan rebus ini. Terdapat kepingan manis-manis rasa isi ikan digaul bersama nasi yang enak memang mengikat selera. Apa pun ia sesuai dihidangkan bersama ulaman serta sesuai dinikmati pagi, petang atau makan malam. Memasak sendiri menu ini dengan sediakan bahan-bahan iaitu 2 atau 3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja), 1 biji bawang besar dihiris nipis, 2 ulas bawang putih, 2 tangkai cili besar merah, 4 tangkai cili padi (ikut suka pedas letak lebih), 1/2 inci belacan, Secubit ikan bilis, 1 biji telur, Lobak yang potong memanjang, Kobis yang dihiris sederhana nipis dan secubit garam serta sedikit pati ikan bilis. Bahan ramuan perlu di tumbuk lumat dengan lesung. Cara-cara memasak dengan menumiskan bawang besar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan. Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika. Kemudian di masukkan pula nasi dan gaul rata dan kemudian boleh diletakkan pati ikan bilis dan garam. Bila nasi dah rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus. Sebaiknya ia di kacau lagi dan masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengah nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika atas kuali dan kemudian barulah gaul rata dengan nasi dan bila masak tutup api dan masukkan dalam pinggan hidangan untuk di nikmati. Bagi penulis blog paling enak di makan semasa panas lagi.


Selain itu resepi Air Asam Ikan Kukus memang sedap kalau masak untuk keluarga. Bahan memasaknya juga ringkas, senang dimasak malah membuka selera. Paling Istimewa dimana menu ini tidak menggunakan minyak jadi ianya lebih sihat. Jika tiada ikan, air asam ini juga boleh dinikmati bersama telur rebus sebagai makanan sihat. Sediakan bahan-baha terdiri daripada beberpa ekor ikan segar yang mesti dibersihkan, ½ biji bawang holland yag di potong dadu, 1 biji tomato yang dipotong dadu, cili padi secukupnya dan jus limau nipis. Bagi menyediakan air asam perlu disediakan bahan Asam jawa, Air suam, 1 ½ sudu teh gula, 1 sudu teh garam, belacan secukupnya (dimana jika tidak suka, boleh abaikan), 1 sudu teh secukup rasa. Cara memasak dimana ikan mesti disiang dulu dan di basuh bersih. Boleh guna apa sahaja jenis ikan tapi biasanya orang guna kembung tau mabung. Kemudian dimasukkan ikan dalam bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit dan kemudian diketepikan. Dalam bekas berlainan boleh di potong bawang holland, tomato dan cili padi. Kemudian satukan bahan-bahan untuk air asam. Kacau dan sebatikan. Pastikan tidak cair dan tidak pekat sangat. Seterunya boleh dimasukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk, bahan-bahan lain dan juga tuang air asam tadi untuj tujuan disebatikan dan kalau tidak mahu picit cili pun tidak mengapa. Kemudian ia dibiarkan campuran air asam selama 10-20 minit sebelum dituang pada ikan atau untuk dimakan. Ia bertujuan supaya air asam sebati rasa masam, masin, manis dan pedas. Sesuai di makan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi panas sahaja serta lauk pauk lain. 


Ada satu kisah oleh bernama bertajuk 'Ikan rebus jadi lauk sahur, berbuka puasa' yang sesuai di sembangkan kali ini apabila Noor Azuani Rahyu tinggal di rumah kecil dan daif di Kampung Pasir Pekan Hilir, di Tumpat, keantan ada dikunjungi Faizah. Bernama laporkan dimana ada 8 beranak yang hidup daif di Kampung Pasir Pekan Hilir di sini terpaksa bersahur dengan berlaukkan telur dan ikan rebus sahaja. Lauk itu cukup untuk mengalas perut empat anak Noor Azuani manakala dua lagi yang berusia 6 tahun dan dua bulan masih belum mengerti tentang keperitan hidup. Dia yang juga baru habis berpantang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah sebanyak RM30 sehari. Mereka sekeluarga dilaporkan tak ada lauk mewah macam orang lain masa sahur atau buka puasa. Dapat makan ikan rebus dengan kicap pun anak-anak kami dah cukup berselera. Ketika dia bekerja, bayinya dihantar ke rumah pengasuh dengan upah RM50 seminggu manakala suaminya, Hamizi Mohd Hanafiah, 35, bekerja memikul simen di Pengkalan Chepa. Kini dengan lima anak bersekolah, dan yang kecil menyusu botol, kadangkala pendapatan kami tak cukup dimana dia terpaksa minta bantuan keluarga kalau terputus beras dan dia sekeluarga juga bimbang dengan keadaan rumah pusaka yang didiami itu hampir runtuh. Dilaporkan yang rumah yang sempit dengan zink reput dan lantai patah itu juga merisaukannya kerana mengundang bahaya kepada anak-anaknya. Dia tak ada bilik air sempurna, lantai banyak yang patah malah kaki anak sering jerlus dan terpaksa guna tirai kain sebab tak ada pintu untuk anak perempuan mandi dimana kalau hari hujan, mereka terpaksa tutup bahagian dinding berlubang dengan baju hujan untuk elakkan tempias sebab saya tidur dengan anak-anak di ruang tamu. Nasib keluarga itu mendapat perhatian aktivis masyarakat Faizah Qemerzaman yang datag menghulurkan bantuan barangan dapur dan keperluan Ramadan serta mengambil lima anaknya yang bersekolah sebagai anak prihatin yang akan menerima bantuan. DIlaporkan bayi pula akan diberikan bantuan susu dan lampin pakai buang dan ada pihak akan sumbangkan zink menggantikan yang reput itu. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

IKAN REBUS,... MUDAH MASAKNYA...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).

Saturday, July 5, 2025

SEMBANG PASAL IKAN REBUS (PART 1)

MAKANAN IKAN REBUS
merupakan salah satu resepi makanan berasaskan ikan yang di kelaskan sebagai makanan enak dan berkhasiat serta mudah menyediakannya. Ikan rebus di laporkan ia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Di antaranya adalah kandungan protein tinggi dan rendah lemak dimana iini juga menjadikannya pilihan makanan yang sihat. Selain itu kajian mendapati jika ikan rebus juga kaya dengan asid lemak omega-3 iaitu kompopnen yang baik untuk kesihatan jantung. Ikan rebus juga dapat membantu mencegah masaalah anemia kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Dalam eberapa laporan di nyatakan jika antara beberapa khasiat ikan rebus yang lebih terperinci dimana ia mengandungi zat yag tinggi Protein dan Rendah Lemak. Ikan rebus adalah sumber protein yang baik untuk membina dan membaiki tisu badan serta rendah lemak yang menjadikannya pilihan yang baik untuk diet yang sihat. Ikan rebus emang ia mengandungi dan Kaya Omega-3 dimana dilaporkan komponen Asid lemak omega-3 dalam ikan rebus dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol jahat dan menjaga kadar kolesterol normal. Paling popular apabila memakan ikan rebus akan Mencegah Anemia sebab ikan rebus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, yang dapat membantu mencegah anemia. Bagi penulis blog yang suka makan ikan rebus mendapati jika ia dilaporkan mampu Memelihara Kesehatan Tulang dimana kajian mendapati ada beberapa jenis ikan rebus, seperti ikan selar, kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang. Dalam pada itu memakan ikan reus di dakwa akan memberikan Sumber Vitamin dan Mineral sebab ikan rebus juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, selenium, fosforus, dan magnesium. Apa pun selalunya dengan adanya pelbagai khasiat ini maka cara menyediakan makanan berasaskan ikan segar di Malaysia dengan cara jadikan ikan rebus adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian pembaca blog semua. Artikel pada tengahari ini dalam "Anim Agro Technology'' saya sembang dengan menulis mengenai kehebatan ikan rebus untuk di jadikan bahan rujukkan dan baaan semua.


IKAN REBUS dan IKAN KUKUS adalah dua kaedah menyediakan ikan sebelum di makan atau di masak resepi lain. Agak jarang di bicarakan akan kehebatan dan khasiat berkaitan me
nu ikan rebus atau ikan rebus goreng dimana ia merupakan antara hidangan yang amat digemari oleh orang dulu atau orang lama. Namun sebenarnya jika dibeli di pasar raya dimana ikan yang sudah siap direbus berkemungkinan agak mahal dan lebih berbaloi jika ianya dibuat atau direbus sendiri di rumah asalkan gunakan ikan segar.  Bagi penulis blog serint fikir jika menus makanan ikan rebus adalah salah satu menu orang lama sejak zaman dulu. Bagaimana pun dilihat ada sedikit perbezaan antara ikan yang baru disiang lalu terus digoreng dengan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng. Lazimnya dari segi rasa dan tekstur dimana ikan yang direbus sebelum digoreng mempunyai rasa yang lebih sedap dan rangup. Ia mempunyai isi yang lebih berjus selain bahagian luar ikan yang lebih rangup. Walaupun tidak digoreng dimana ikan yang telah direbus juga enak dimakan begitu sahaja. Bagi orang-orang tua, mereka biasanya memakan ikan ini dengan mencicahnya bersama budu, tempoyak atau dengan sambal belacan juga. Selalunya ikan segar yang telah direbus akan menjadi lebih lembut dan berlemak. Belajar ilmu cara membuat ikan rebus sedap ada kaedahnya. Pertama sekali adalah ikan yang direbus dengan asam (cara buat ikan rebus goreng Kelantan) perlu di sediakan bahannya. Apa pun teknik rebusan ikan bukan hanya menggunakan air bersih semata-mata akan tetapi terdapat juga beberapa bahan tambahan lain ketika merebusnya. Caranya dengan menyiang ikan dengan cara membuang segala insang dan isi perut untuk tujuan ia mengelakkan ikan cepat busuk. Mesti dibasuh bersih ikan dengan menggunakan air paip dan dimasukkan ikan ke dalam periuk. Sebaiknya dimasukkan bersama beberapa hirisan lengkuas, 5 keping asam gelugur dan juga satu sudu makan garam. Kemudian perlu diisikan air ke dalam periuk pada paras sekadar menutupi ikan sahaja. Tidak perlu air yang terlalu banyak bagi mengelakkan ikan dari menjadi hancur.
Buka api dapur dan rebus ikan dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila sudah masak boleh di tutup api dan biarkan ikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti ais. Ikan ini boleh di makan terus atau di keluarkan sahaja dari peti ais apabila di kehendakki atu di gunakan sebagai bahan resepi maskan lain yang sesuai.


Menyediakan ikan rebus adalah berlaian dengan IKAN KUKUS. Bagi penulis blog dimana walaupun kedengaran agak berbeza dengan teknik merebus, namun secara teknikalnya dimana produk ikan yang terhasil daripada kaedah mengukus juga hampir sama dengan ikan yang telah direbus. Bagaimana pun keduanya agak berlainan cara memasaknya. Beberapa kaedah dan langkah-langkah memasak ikan kukus dengan menyiang ikan dan dibersihkan ikan seperti biasa. Lebih elok lagi jika ikan segar ini dibilas dengan bahan berasid seperti air perahan limau atau cuka. Sebaiknya jika dibilas dengan bahan berasid, bilas sekali lagi dengan menggunakan air paip atau air bersih.
Setelah itu, taburkan beberapa sudu kecil garam pada ikan dan lumur garam sehingga ia merata. Amalkan cara dimana boleh di titiskan beberapa titis cuka makan diatasnya pada ikan. Jangan lupa untuk titiskan juga sedikit minyak masak pada ikan tersebut untuk menambah keenakan rasanya. Ia kemudian boleh di susun ikan dengan teratur dalam periuk pengukus diatas periok kukus (Sila lihat foto disebelah). Apa pun setelah ikan siap disusun, letakkan beberapa keping asam gelugur di atas susunan ikan tersebut. Sebaiknya di kukus ikan tersebut dengan api sederhana sehingga ikan masak. Biasanya ia akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja bergantung kepada api, saiz ikan dan juga jumlahnya.
Tutup api dan biarkan ikan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan. Ikan ini boleh terus di makan datau disimpan untuk di gunakan bila-bila masa. Apa pun di kongsikan akan cara simpan ikan rebus dan ikan kukus yang terbaik. Jika mahu menikmati ikan goreng rebus dimana sebaiknya ikan terus digoreng selepas siap direbus kerana rasanya masih segar dan berjus. Namun begitu jika anda mahu menyimpannya terlebih dahulu sebaiknya perlu menyimpannya dengan teknik yang betul untuk mengelakkan ikan cepat busuk. Caranya adlah mempastikan ikan benar-benar sudah sejuk sebelum mula disimpan dalam peti sejuk. Ikan yang masih panas akan menyebabkan wap air terbentuk dalam bekas dan seterusnya menyebabkan ikan cepat rosak. Perlu dipastikan ikan ditoskan sehingga kering sebelum disimpan. Jika tidak kesannya maka ikan akan mudah rosak. Sebaiknya menyimpan ikan dalam bekas makanan yang sesuai. Elakkan menyimpannya dengan menggunakan plastik kerana ikan akan sukar untuk dipisahkan dan boleh merosakkan isi ikan kelak. Jika ingin menyimpannya pada bahagian bawah peti sejuk, pastikan menghabiskannya dalam masa seminggu sebab ikan tidak dapat bertahan lama.
Jika suka menyimpan ikan pada bahagian sejuk bekudimana ia boleh bertahan lebih lama sehingga berbulan-bulan. Namun rasanya pasti sudah kurang enak jika disimpan terlalu lama. Apa pun bagi penulis blog diman ikan yang sudah direbus sememangnya lebih sihat jika dibandingkan dengan menu-menu ikan yang lain seperti ikan goreng atau yang dimasak berkuah. Kalorinya lebih sedikit dan tidak menggunakan bahan yang berlebihan dan semua mungkin boleh cuba amalkan menu ikan yang direbus dengan kerap di rumah selepas ini.


Menarik kisah dalam sinarharian.com bertajuk '
Ulam, ikan rebus rahsia umur panjang Tok Pora' untuk ianya di kongsikan dan disembangkan. Nenek bernama Sepora (dua dari kanan) bersama tiga daripada empat anaknya yang tinggal di rumahnya di Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi masih sihat dengan amalan mengambil ulam-ulaman dan dia hanya makan ikan yang direbus dan bakar serta mengelak menu bergoreng menjadi resipi rahsia buat wanita ini kekal sihat pada usia lebih 100 tahun. Nenek berusia 104 tahun dakwa dia percaya pilihan menu sihat serta kehidupan aktif yang diamalkan sejak usia remaja membantu dirinya untuk terus kekal sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Sejak muda lagi saya memang aktif turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput. Aktiviti tersebut diteruskan selepas berkahwin untuk membantu arwah suami. Selain itu saya amalkan makan pucuk kayu seperti pucuk cemumar, pucuk kaduk, pucuk palas atau apa sahaja pucuk kayu yang boleh dimakan. Ikan pula direbus atau bakar kerana saya memang tidak suka makan masakan rendang atau masakkan yang bergoreng. Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media dan bercerita lebih lanjut, Tok Pora ibu kepada enam cahaya mata itu mengakui kadangkala anaknya menasihati beliau supaya tidak turun ke laut atas faktor usia. Kadangkala dia tak ikut juga nasihat mereka. Saya ni tak boleh duduk saja nanti sakit sebab tak keluar peluh rasa nak demam saja lagi pun bukan tiap hari ke laut bergantung kepada keadaan. Akan tetapi bila ke laut menyauk udang atau mencari siput diri ini rasa sihat sebab saya boleh buat aktiviti yang disukai dan ada juga menambah udang yang ditangguk dijadikan belacan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk di jadikan bacaan yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN REBUS,... MUDAH MASAKNYA...
PILIH YANG SEGAR..DIREBUS SAJA...
BANYAK KHASIAT... SILAKAN BACA...
MANJADI TERINGIN... HENDAK UJIRASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharram 1447H).

Friday, July 4, 2025

SEMBANG TENTANG POKOK KELOR (Part 3)

POKOK KELOR 
atau POKOK MORINGGA (Moringa oleifera) di Malaysia kini semakin mendapat perhatian kerana dilapor khasiatnya yang tinggi dan mudah untuk ditanam. Di negara-negara membangun dimana sellaunya pokok ini digunakan sebagai sumber alternatif bagi makanan manusia dan juga bagi ternakan. Apa pun penulis blog dengar jika tumbuhan Moringga oleifera juga dirujuk sebagai 'Pokok Ajaib' kerana mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk unsur protein, vitamin dan mineral yang menjadikannya sebagai salah satu sumber makanan berpotensi untuk mengurangkan masalah malnutrisi. Selain itu Kelor ini terkenal dengan sifat antioksidan dan antiradang yang bermanfaat dalam bidang perubatan untuk merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, hipertensi dan keradangan. Hasil beberpa laporan kajian menunjukkan bahawa moringa boleh membantu dalam ia menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Penerokaan dan penggunaan sumber alternatif makanan ternakan tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber bahan mentah import seperti kacang soya merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjamin kejayaan industri penternakan negara. Tumbuhan moringga ada menawarkan pelbagai manfaat dalam industri ternakan dengan cara ia mampu meningkatkan kualiti makanan dan kesihatan ternakan. Kandungan protein kasar daun moringga ini mempunyai kira-kira 47% protein pintasan (bypass protein) rumen yang boleh diserap secara terus oleh ternakan ruminan. Pemberian secara daun moringga ini secara berterusan kepada ternakan ruminan sesuai kerana kebolehannya untuk menghadam makanan yang tinggi serat. Apa pun syor ini terhad kepada ternakan unggas, khinzir dan ikan kerana kehadiran bahan serat dan kandungan antinutirisi pada daun tersebut. Moringga ini bukan sahaja dapat menyokong produktiviti sektor pengeluaran ternakan akan tetapi penulis blog yang membuat tinjauan kebeberapa ladang ternkan tahu jika ia menyumbang kepada kelestarian dan keterjaminan dalam keselamatan makanan negara. Di Malaysia tidak banyak maklumat mengenai prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringga oleifera terhadap tempoh penuaian berbeza yang ditanam di tanah mineral masih terhad. Saya ada menulis artikel mengenai tanaman ini yang boleh 
di rujuk (Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Laporan kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi prestasi tumbuhan ini untuk menyokong sektor pengeluaran ternakan negara ada di jalankan d MARDI. Artikel subuh dingin dan sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara menulis fakta teknikal mengenai resepi makanan tentang pokok kelur atau pokok moringga untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Paling penulis blog suka makan adalah 
Kerabu Daun Moringa yang mudah disediakan dan amat berkhasiat. Apa pun membuatnya sendiri di rumah emang perlukan bahan iaitu terdiri dari 5 batang Daun Moringa, 1 ekor ikan kembong atau 2 ekor ikan selayang, 100 ml pati santan,  2-3 biji bawang merah, 1 sudu besar lada hitam, 100 gm atau 2-3 sudu besar kelapa goreng, 1 sudu teh garam, 1 biji jus limau nipis dan jga bahan 0.5 sudu teh gula. Apa pun cara memasaknya dengan mengabil daun moringa yang segar dan masih lembut sahaja dan di cuci bersih. Apa pun sterusnya daun ini dicelur daun hingga masak dan di toskan airnya. Sebaiknya perlu di tambahkan bahan garam kedalam air rebusan tersebut. Dalam pada itu ambil ikan kembong dimana ia mesti di bakar sehingga masak. Dalam pada itu boleh di tumbuk bahan ramuan iaitu lada hitam, bawang merah sehingga lumat dalam lesung. Kemudian ambik isi ikan kembong yang tadi dan ia di masukkan kedalam bahan daun moringga yang sudah di celur dan seterusnya boleh di masukkan kelapa goreng. Dalam bekas kemudian semuanya di gaul semua bahan tersebut sehingga merata dan sebati. Boleh di tambah bahan jus limau, pati santan (ia perlu dipanaskan sekejap akan tetapi pastikan jangan sampai mendidih). Bubuh perasa garam, gula dimana bagi orang pantai timur pua mereka sealu menambahkan sedikit budu. Makanan ini siap di hidangkan untuk di makan dengan nasi panas dan lauk pauk lain. 


Dimana-mana sahaja di kampong sana terutamanya jenis resepi Daun Moringga Goreng Telur adalah yang paling sering di buat dan di makan. Memasaknya juga sangat mudah asalkan ada bahan dan alatan memasak. Ba
ahan yang perlu disediakan adalah daun moringa, 1 biji bawang besar (mayang), 5 ulas bawang putih (mayang), 3-5 biji cili kering di potong kecil, segengam ikan bilis, 1 biji telur ayam dan sedikit garam. Cara-cara untuk memasaknya dengan mula-mula di bersihkan semua daun moringga dengan bersih dan ditoskan. Dalam kuali yang panas boleh di tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis dengan api di kawal. Kemudian boleh di bubuh semua daun moringa dimasak tidak perlu terlalu lama dan seterusnya di masukkan telur ayam yang di kacau dalam mangkuk dahulu ditengah-tengah kuali dan kacau sehingga rata dan masak. Akhir sekali boleh diperisakan dengan garam dan matikan api. Boleh di angkat dan dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk pauh lain.


Bagi penulis blog ujirasa resepi Sambal Ikan Bilis Moringga adalah amat unik rasa dan resepinya. Apa pun bahan asas di perlukan adalah daun moringga (yang perlu di celur), soon, 
150 gram kobis bulat (dipotong), 1/2 biji lobak merah (di mayang halus), 4 tangkai kacang panjang (yang perlu di potong), satu ikat daun ketumbar (dipotong haus), 1 biji bawang besar (yang di mayang halus), 1 batang serai (mayang halus), 1 batang kantan (di mayang halus), 1 biji tomato (di potong), 50g serbuk daun moringa, 1 ikat daun moringa (petik daun yang segar sahaja), 3 sudu besar sos ikan, 5 biji cili padi dan 3 ulas bawang putih. Bahan lain yang perlu ada adalah 8 biji perahan limau kasturi, setengah sudu kecil garam, seternag sudu kecil gula, setengah sudu kecil serbuk moringga. Kesemua bahan tersebut ditumbuk sebagai ramuan digalu atau jika suka di tumbuk dalam lesung sehingga lumat dan sebati. Tambahkan sedikit daun moringga hijau yang dihiris halus sebagai hiasan. Sambal moringga ikan bilis ini sedia untuk di hidangkan dan di makan dengan nasi putih.


Memang agak popular di kampong sana dimana ada Resepi 
Masak Lemak Daun Moringa yang enak di makan selalunya pada jamuan makan tengahari. Memasak sendiri di rumah perlukan bahan iaitu hidangan untuk 3 orng makan terdiri dari  1 mangkuk Daun Moringga Segaryang perlu ia dil lurutkan daun dari tangkai, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air, 1 keping asam gelugor, 1 batang serai perlu diketuk, 1 biji cili merah yang di hiris, 4 putik jagung (pilihan), garam secukup rasa, gula, suku sudu teh bahan perisa. Bagi ramuan atau bahan untuk di tumbu atau di kisar adalah 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah, 5 biji cili padi, 2 sudu besar udang kering perlu direndam sekejap dan juga 1 inci kunyit hidup. Apa pun cara memasak dengan memasukkan semua bahan iaitu santan, bahan tumbuk kisar, serai, putik jagung dan asam gelugor jedalam kuali atau periuk. Cara memasak di atas api yang di jaga dengan sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Kemudian boleh di masukkan daun moringa, hirisan cili merah, garam, gula dan perasa pilihan. Perlu sentiaa di kacau seketika sehingga daun moringa ini akan ia berubah warna dan boleh ditutup api. Makanan masak lemak daun moringga ini siap dan boleh dihidangkan akan tetapi sebaiknya dikeluarkan dan asing asam keping. Ia enak dimakan dengan nasi putih panas dan lauk lain. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yangsesuai di baca kesemuanya. Semuga usaha menulis artikel ini memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELOR...SAMA POKOK MORINGGA...
MUDAH DI TANAM... DI MANA-MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI KAJIANNYA...
UNTUK MANUSKA...BAGI TERNAKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...