Support My Blog

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEWYEAR 2011


Happy New Year 2011,


I wish in 2011 that I will be able to write more agriculture technology article for all readers and followers. Until 2030 hrs of 31 December 2010 , a total of 68,660 page viewers read my article since June 2009. The audience (readers) mostly from Malaysia (55,104) followed by Indonesia (2,202), USA (1,969), India (497), Singapore (480), Germany (371), Brunei (248), Japan (184) and Philippine's (139). Other audience from various country less than 150 visits. The browsers are 39% using Internet Explorers followed by Firefox (37%), Chrome (19%), Safari (1%), Opera (1%), Java (1%), Cometbird (<1%),>


The audience page view operating syatem mostly use Windows (62,750 or 97%) followed by Macintosh (1,056 - 1%) and other Unix, Nokia, Blackberry, iPhone, iPod, Sonny Ericcson, other mobile and HTC for less than 1%. As I check the all time statistic, below are the 10 most popular article that audience has visits:


4. Anggur (328)
5. Racun Rumpai (328)
6. Cengkerik (304)


The registered followers at 61 with the last person registered 2 days ago. I write 61 article in 2009 and 272 in 2010 with in December I manage to write 30 article and in July for 31 article. Out of that only 56 article was in English and the remaining in Bahasa Malaysia. My other agriculture blog is www.animagro.blogspot all written in English received 10,346 visitors for 8 months ago and mostly from outside Malaysia.


I hope in 2011 I should be able to continue my site with more agriculture technology information to all of those who interested in the agriculture technology and extension. Thanks.


HAPPY NEW YEAR 2011!

By
M ANEM
MELAKA
MALAYSIA
(Photo above at Beijing Hydroponic Farm at Beijing)





Thursday, December 30, 2010

JENIS TANAMAN MAKANAN

Tanaman makanan adalah penting dalam sektor pertanian selain daripada tanaman bukan makanan bagi mempastikan penduduk dunia mempunyai sumber makanan yang mencukupi. Secara amya tanaman makanan di kawasan tropikan boleh dibahagikan kepada TANAMAN BIJIRIN, TANAMAN SAYURAN, TANAMAN KEKACANG dan TANAMAN UMBISI. Artikel kali ini saya 'berkuliah' dengan pembaca mengenai berapa maklumat tanaman makanan yang perlu diketahui oleh pembaca. Saya telah membuat rujukan daripada buku 'An introduction of Botany in tropical crops' nukilan Leslie S . Cobie terpitan Longman, London tahun 1976 dan pengalaman bertugas dalam sektor pertanian.


1. TANAMAN BIJIRIN
Tanaman bijirin merupakan tanaman paling utama untuk menghasilkan bahan makanan kepada manusia dan ternakan. Kebanyakan tanaman bijirin adalah dari keluarga GRAMINAE atau jenis keluarga rumput. Tanaman graminae adalah monocotyledon diusahakan oleh manusia semenjak 8000-9000 tahun dulu. Selain penghasilan bijirin , tanaman graminae ini penting untuk ternakan kerana bahagian daun hijau yang merupakn sumber makanan binatang ternakan.

Tanaman bijirin dari keluarga Graminae mempunyai 6 sub-keluarga iaitu Festucoidae, Pinicoidae, Oryziodeae, Eragrostoideae, Bambusoideae dan Arundinoideae. Daripada pembahagian diatas cuma beberapa tribe yang dimajukan semenjak dulu kala untuk penghasilan bijirin. Oryzonoidae merupakan paling penting iaitu kumpulan tanaman padi (Oryza sativa). Tanaman padi diusahakan semenjak beribu-ribu tahun dulu yang diperbaiki daripada padi liar (Oryza perennis) sehingga padi yang boleh ditanam mengikut keperluan manusia dan sesuai dengan tanah serta cuaca. Terdapat 3 jenis padi utama di kawasan tropika iaitu Jenis Oryza sativa (beras panjang) , Oryza javanica (Beras sederhana) dan Oryza japonica (beras pendek) . Tanaman padi kebanyakkanya ditanam dalam sawah yang berair dan sebahagian kecil sebagai padi atas darat (Padi Huma). Pada masa ini jangkahayat pai lingkungan 90-110 hari untuk dituai berbanding padi dulu lebih 3-6 bulan.



Jagung (Zea mays) merupakan tanaman bijirin kedua penting. Jagung ditanam lebih dari 5,000 tahun dulu sebagai sumber bahan makanan manusia dan ternakan. Jagung merupakan tanaman singkat masa antara 90-120 hari untuk dituai bergantung jenis dan pengurusan. Di Malaysia hanya jagung manis sahaja kini yang popular ditanam berbanding dengan pengeluaran jagung dunia yang sebahagian besar penghasilan adalah untuk makanan ternakan.

Tanaman birijin lain adalah Shorgum (Sorgum bicolor) yang ditanam untuk dimakan terutama di kawasan Asia dan Afrika yang menpunyai suaca agak kering. Penghasilan dunia antara 18-22 juta metrik tan setahun. Tanaman bijirin lain yang ditanam ialah Millet (Pennisetum americanum) yang diusahakan di kawasan suhu sederhana.


2. TANAMANN KEKACANG
Tanaman kekacang merupakan jenis tanaman kedua terpenting selepas tanaman bijirin. Tanaman kekacang dalam keluarga LEGUMINOSAE dan sub-famili Papilionoideae yang merangkumi tanaman suhu sederhana dan panas sama ada Pokok atau renek yang banyak jenis. Terdapat sebanyak 18,000 spesis tanaman jenis kekacang. Kegunaan daun, buah, biji dan lain-lain bahagian tumbuhan kekacang untuk sumber makanan manusia dan ternakan. Sub-famili Papilionoideae adalah kumpulan yang paling luas dimajukan melibatkan 480 genera dan 12,000 spesis.

Tanaman kekacang penting kerana mengandungi Protin paling tinggi didalam tumbuhan terutama dalam biji iaitu 20-30% kandungan protin. Kekacang ditanam untuk hasilkan biji dan daunnya dijadikan sayuran. Ada jenis kekacang digunakan untuk penutup bumi seperti Centrosema oubecens dan sebagainya bagi megurangkan hakisan dan tambah nitrojen dalam tanah.Bintil Akar dalam kekacang mengandungi bakteria Rhizobium yang mengikat N secara symbiotic.

Jenis kekacang bijirin seperti Kacang Tanah atau Peanuts (Arachis hypogea) ditanam untuk dapatkan biji. Pengeluaran biji (60-70%) kacang tanah dunia meningkat dari 17 juta tan setahun (1975) kepada 27.6 juta mt pada tahun 2005.Negara pengeluar utama adalah seperti India (6 juta mt), Pakistan, China, Bangladesh, USA, Nigeria dan Brazil. Tanaman Kacang Soya (Glycine max) dimajukan untuk biji kacang soya bagi kegunaan manusia dan ternakan. Pengeluaran dunia lingkungan 64-78 juta mt setahun terutama di USA dan China.


3. TANAMAN SAYURAN
Tanaman sayuran merupakan tanaman makanan yang juga penting didunia yang perlu untuk diet manusia. Kebanyakan sayuran dimakan segar dan diproses atau dimasak. Beberapa jenis keluarga sayur-sayuran adalah seperti CUCURBITACEAE, SOLANACEAE dan CRUCIFERAE. Jenis sayuran lain yang kurang penting adalah dari keluarga PORTULUCACEAE, TILIACEAE, MALVACEAE dan ARYLLIDACEAE. Sayuran dituai bahagian daun (Sayuran jenis daun) seperti bayam, kangkung, sawi, kailan, kobis dan sebagainya. Sayuran Jenis Buah dituai bahagian buah seperti Cili, Timun, Petola, Peria, Tomato, Terung dan banyak lagi.


Tanaman sayuran diusahakan secara komersial semenjal beribu tahun dulu dan kini merupakan jenis tanaman makanan yang penting duusahakan oleh setiap negara. Penghasilan sayuran telah meningkat berkali danda semenjak beratus tahun dulu dengan penemuan baka-baka yang berhasil tinggi, jangkamasa menanam yang singkat, tahan kepada penyakit dan perosak, hasil yang berkualiti dan diterima pengguna.



4. TANAMAN UMBISI
Tanaman umbisi merupakan tanaman yang penting untuk dijadikan sumber makanan manusia. Keledek (Impomea batatas) dari keluarga CONVOVULACEAE merupakan tanaman umbisi yang ditanam sejak 3,000 tahun dulu dijadikan makanan ruji kepada sebagahian penduduk dunia. Tanaman Ubi Kayu (Manihot esculenta) atau cassava kedua terpenting selepas keledek dimana pengeluaran dunia mencecah 42-68 juta mt setahun.

Tanaman makanan di usahakan oleh petani komersial dan juga petani tradisional di seluroh Malaysia. Terdapat pelbagai varieti dan klon tanaman makanan yang idtanam disesuaikan dengan keadaan setempat. Tanaman padi merupakan tanaman yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara kerana rakyat Malaysia makan nasi sebagai 'staple food' dan kadar sara kecukupan padi di Malaysia adalah 79% dimana bakinya 30% diimpot dari negara pengeluar.

By,
M Anem
Ptjya
MALAYSIA

STRUKTUR TUMBUHAN


Tumbuh-tumbuhan yang ada dikeliling kita merupakan satu jenis hidupan yang sangat unik dan dijadikan oleh Allah SWT untuk kita menggunakannya, mengetahuinya dan merupakan keperluan dalam kehidupan manusia. Tumbuh-tumbuhan mempunyai struktur yang membentuk pokok dan struktur tersebut adalah SEL TUMBUHAN , TISU TUMBUHAN dan MARFOLOGI TUMBUHAN. Penulis kali ini akan berkongsi maklumat mengenai STRUKTUR TUMBUHAN berdasarkan pembacaan dari satu buku bertajuk Agricultural Plants karya R.H.M Langer G.D. Hill terbitan Cambridge University Press 1982. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukkan kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian sebagai pengetahuan mengenai maklumat asas tumbuh-tumbuhan dan klasifikasinya.

1. SEL TUMBUHAN
Sel Tumbuhan adala unit asas setiap Tumbuhan. Semua jenis tumbuhan dari yang mudah sehingga tumbuhan kompleks mesti mempunyai sel sama ada satu sel atau banyak sel. Setiap sel mempunyai nukleus atau nuklei (seperti dalam mycoplasma ). Sel tumbuhan adalah amat berbeza dengan sel haiwan iaitu dimana sel tumbuhan di bahagian mersitem mempunyai struktur seperti 'kotak' dibahagian dinding tisu (Lihat foto sebelah). Didalam sel tumbuhan terdapat unsur hidup iaitu PROTOPLASMA. Protoplasma ini mengandungi beberapa struktur jika dilihat melalui mikroskop. Proto plasma dibahagi dua iaitu NUKLEUS dan CYTOPLASMA.

Nukleus mengandungi DNA yang membawa ciri-ciri tumbuhan tersebut yang berada dalam kromosom. Kandungan lain sel adalah Cytoplasma yang diasingkan dengan lapisan dinding luar yang dikenali sebagai Plasmalemma. Terdapat juga struktur 'Vacuoles' atau ruang kosong yang mengandungi udara atau air. Struktur lain dalam sel tumbuhan adalah seperti Chloroplast yang berwarna Hijau, merah, kuning atau tidak berwarna. Setiap sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang dipanggil sebagai 'Lamella'. Lamella mempunyai beberapa lapisan iaitu lapisan pertama luar (cellulose), lapisan kedua (lignin) dan lapisan dalam yang mengandungi hemisellulose serta pectin.

Proses Pembahagian sel (cell division) untuk proses pembiakan merupakan fungsi utama bagaimana tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup dan terus ujud didunia. Proses ini berlaku dalam bahagian meristem samaada di bahagian pucuk, daun dan akar. Penggabungan sel-sel tadi dengan banyaknya akan membentuk TISU TUMBUHAN.


2. TISU TUMBUHAN
Tisu tumbuhan adalah gabungan banyak sel tumbuhan. Setiap bahagian tisu tumbuhan mempunyai sel yang berbeza-beza bergantung kepada fungsi tisu dan kegunaanya. Lazimnya tisu tumbuhan boleh dibahagikan kepada PARENCHYMA, COLLENCHYMA, SCLERENCHYMA, XYLEM, PHLOEM, CAMBIUM dan EPIDERMIS. Parenchyma adalah tisu yang berfungsi untuk proses fotosintesis dan penyimpanan yang terdapat pada bahagian Batang, Daun dan Akar. Parenchyma merupakan sel utama dalam struktur daun yang kebanyakkanya berwarna hijau.

Collenchyma adalah sel dalam tisu tumbuhan yang mengukuhkan struktur dinding tumbuhan yang terdapat pada permukaan luar batang, petiol dan juga dalam daun. Seperti juga parenchyma sel ini mempunyai pelbagai bentuk. Sclerenchyma adalah sel-sel matang dalam tumbuhan yang membentik lignin atau mudah dipanggil tusu serat (Fibre tissue). Kelainan sel ini kerana ia keras dan tidak mengandungi protoplasma hidup.

Xylem adalan sel tisu yang penting dalam tumbuhan kerana membawa air dan mineral dari bahagian akar kebahagian daun dan sebaliknya. Sel tisu ini berfungsi sebagai 'Penyalur' atau 'vascular system' dalam tumbuh-tumbuhan (Rujuk foto sebelah). Phloem adalah sel tisu yang terdapat dalam tumbuhan berfungsi sebagai pembawa fotosintesis seperti hasil tenaga, makanan dan lain2 produk keseluruhan bahagain tumbuhan. Sel tisu ini terletak dibahagian luar dalam di batang atau akar tumbuhan.
Cambium adalah sel tisu aktif yang membahagi (devide) untuk membentuk sel-sel baru dalam tumbuhan. Sel Cambium ada dua jenis iaitu iaitu 'Vascular Cambium' dan 'Cork Cambium'. Vascular cambium terdapat dibahagian tisu pembiakan pada bahagian pucuk muda atau akar yang akan membesarkan tumbuhan. Cork cambium adalah berfungsi sebagai membentuk bahagian luar perlindung dinding (secondary protective layer) atau bahagian keras pokok.

Epidermis adalah sel tisu bahagian luar satu lapis yang melindungi pokok. Sel ini mengandungi unsur 'Cutin' yang ada lapisan lilin dinamakan sebagai 'cuticle'. Lapisan sel ini menghalang daripada sel-sel didalamnya daripada kehilangan air atau kelembapan dalam persekitaran. Seperti juga dalam sel epidermis, sel ini terdapat dalam bahagian daun yang mengawal kehilangan air melalui proses fotosintesis dan proses pernafasan tumbuhan dipanggil sebagai STOMATA. Sel stomata terdapat dibahagian bawah permukaan daun mampu mengawal keluar masuk air dan udara kedalam sel tumbuhan.



3. MARFOLOGI TUMBUHAN
Kajian mengenai sel tumbuhan dan tisu tumbuhan akan menjurus kepada struktur tumbuhan yang dipanggil sebagai Marfologi Tumbuhan. Terdapat tumbuh2an yang tumbuh dengan cara menegak, merayap dan menjalar. Marfologi tumbuhan mempunyai 7 komponen iaitu PUCUK, BATANG, AKAR, DAUN, BUNGA, BUAH dan BIJI.

Pucuk adalah bahagian paling atas atau hujung tumbuhan yang sentiasa membiak dengan membahagi2kan sel-sel dalam 'apical meristem'. Sel pucuk membentuk ruas dan bahagian antara ruas (nodes and internodes) yang sentiasa membesar dan memanjang. Sel pucuk membahagi untuk membentuk daun baru, membentuk dahan baru dan seterusnya pucuk baru dimana proses ini akan berterusan sehingga pokok mati. Struktur dalaman pucuk tumbuhan Dicotyledon (DICOT) dan tumbuhan Monocotyledon (MONOCOT) adalah berbeza dari sesi susunan sel dimana dalam dicot ianya selari manakala dalam monokot tidak selari.




Batang tumbuhan berbeza-beza bentuknya bergantung kepada bagaimana kompleksnya tumbuhan tersebut. Kebanyakan tumbuhan mempunyai batang yang berada diatas tanah. Batang ada yang keras tumbuh menegak, menjalar, merayap, rhizom, stolon, tuber, vines dan sebagainya. Fungsi batang tumbuhan bergantung kepada jenis tumbuhan seperti untuk penyimpanan makanan (tubers, bulb, umbisi), pengeluaran bunga dan buah, dahan, akar udara dan sebagainya. Modifikasi struktur batang adalah berbagai bagi menyesesuaikan tumbuhan hidup dalam pelbagai keadaan dan persekitaran.




Akar tumbuhan terbentuk kebanyakkan didalam tanah berfungsi sebagai komponen untuk menyerap air dan zat galian yang diguna dalam proses Fotosintesis. Terdapat 2 jenis struktur akar ialtu struktur akar tunjang dan akar Serabut atau akar rambut. Akar rambut mengandungi sel-sel yang menyerap zat galian dan air. Bahagian hujung akar serabut biasa mengandungi sel meristem yang aktif membahagi untuk menjadikan akar memanjang dalam tanah bagi mendapatkan air dan zat makanan. Fungsi lain akar adalah mengukuhkan pokok berdiri (anchorage) diatas tanah dan menyimpan bahan makanan. Tumbuhan seperti lobak, keladi, keledek contonhya menyimpan makanan dalam akar. Terdapat berbagai jenis akar pada tumbuhan seperti Akar Tunjang, Akar Rambut, Akar Udara, Akar Akuatik dan sebagainya.


Daun adalah bahagian utama dalan marfologi tumbuhan kerana kebanyakanya duduk dibahagian atas atau dan bahagian yang paling mudah dilihat. Daun melekat melalui tangkai daun, cabang pokok seterusnya kebahagian batang. Setiap daun sama ada Daun simple atau Daun Kompoun mempunyai permukaan daun atau Lai Daun yang berbagai bentuk,saiz, warna, ketebalan, panjang, fungsi dan sebagainya. Taksonomi daun sangat luas dan bermacam-macam. Daun boleh dikelaskan mengikut taksonomi, susunan, fungsi, warna dan sebagainya. Daun mengandungi Klorofil yang terdedah kepada cahaya matahari bagi menjalankan proses fotosintesis daripada unsur daripada air, zat makanan kepada tenaga dan karbon monoksida. Sel Stomata dalam daun mengawal sistem pernafasan tumbuhan dan keluar masuk air dan gas bagi mengawal kehilangan air tumbuhan.



Bunga adalah bahagian tumbuhan yang terlibat dengan aktiviti pembiakan tumbuhan. Bunga mempunyai berbagai saiz, warna, bentuk, bau, rasa, ada mengeluarkan nektar dan debunga bagi proses Pendebungaan (Fertilization process) untuk pembiakan melalui pembentukkan biji benih. Bunga mempunyai struktur tangkai, kelopak, stigma, ovari, filemen dan sebagainya. Organ Jantan bunga dipangggil sebagai STAMEN yang menghasilkan debunga (pollens). Bahagian Betina bunga dipanggil sebagai CARPELS yang terdiri dari Ovari, stigma dan filamen. Terdapat bunga jantan dan betia berasingan, ada yang bersama dan ada yang khusus berasingan diantara pokok.





Buah merupakan hasil dari proses pendebungaan tumbuhan dari pembesaran bahagian carpels bunga betina. Buah mempunyai struktur Kulit Buah, Isi Buah dan Biji Buah. Buah juga terbentuk tanpa melalui proses pendebungaan seperti dalam labu manis dan sesetengah pokok citrus. Buah 'Pathenocarpics' adalah buah yang terbentuk hasil percantuman debunga dan gametes yang berlaku tetapi buah non-pathenocarpic adalah sebaliknya Ada tumbuhan yang melakukan persenyawaan tetapi tidak membentuk buah seperti dalam orkid dan vanilla. Buah mengandungi biji benih disebarkan oleh agen-agen seperti manusia, angin, air , binatang, mekanikal (meletup dan taburkan biji benih) dan pelbagai kaedah lagi. Kegunaan buah dalam kehidupan manusia adalah sangat penting sebagai sumber makanan utama manusia dan haiwan.


Biji Benih (seeds) adalah bahgian marfologi tumbuhan yang perlu dibincangkan di akhir artikel. Biji terbentuk hasil proses persenyawaan (Fertilization) debunga dalam 'zygote' yang akan membesar (Lihat foto sebelah). Asasnya benih mempunyai dua komponen iaitu Embryo dan Sumber Tenaga. Embryo mengandungi ciri2 genetik tumbuhan asal dan tenaga pula berfungsi mempastikan embryo tahan lama. Kulit biji dipanggil 'Testa' yang melindungi embryo dan tenaga. Kandungan tenaga dalam biji adalah kabohiderat seperti kanji yang juga sangat sesuai untuk dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. Gandum, beras, kekacang, kacang tanah, bunga matahari dan sebagainya mengandungi unsur tenaga dan minyak yang berguna. Dari segi marfologi tumbuhan, biji dari jenis dicotyledon dan monocotyledon mempunyai struktur yang sangat berbeza (Lihat foto sebelah).

Artikel ini diharap dapat memberikan ilmu pengetahuan tambahan atau dapat mengingatkan semula kepada pembaca walau pun kita telah belajar di sekolah rendah dan menengah dulu. Kadang-kadang dengan membaca dan membuat rujukan kepada buku-buku lama menambahkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan. Itu sebab 'Mat Saleh' suka baca buku dimana-mana mereka ada masa tak kira buku sains, komik, feature, cerita, novel dan sebagainya. Mereka banyak ilmu kerana banyak membaca tetapi kita kurang membaca buku-buku sains. Artikale struktur tumbuhan ini diharap memberikan menafaat kepada pembaca.

STRUKTUR TUMBUHAN....PERLU DI KAJI....
BANYAK SEL-SEL....BENTUKNYA TERSENDIRI....
DI ATAS ADA DAUN....BAWAH AKAR & BATANG....
DAH BACA ARTIKEL....MENJAWAB DAH SENANG....



Related articles :
1. Plants Root (Click here)
2. Fotosintesis (Click here)
3. Bintil Akar -Root nodules (Click here)
4. Pemanasan suhu dunia (Click here)
5. Plants classification (Click here)
6. Proses pendebungaan (Klik disini)
7. Zat mikro tumbuhan (Klik disini)
8. Makanan dan Sains Tumbuhan (Klik disini)
9. The origin of crop plants (Click here)


By,
M Anem
WT Putrajaya
Malaysia

Wednesday, December 29, 2010

PENDUDUK VS HASIL PERTANIAN

Penduduk dunia meningkat setiap saat dan tahun dengan begitu cepat sekali pada kurun ini. Bilangan penduduk dunia kini mececah 6.2 billion kerana kadar kematian adalah sangat rendah dengan tahap kesihatan dan kemajuan ekonomi yang tinggi. Walau pun berlaku peperangan, mala petaka dan bencana alam, kebuluran dan kematian biasa, peratus pertambahan penduduk terus meningkat setiap tahun. Penduduk dunia berpindah kekawasan dimana kedudukan ekonomi negara tersebut kukuh, tahap kesihatan dan pendidikan tinggi dan mendapat jaminan keselamatan. Malaysia adalah antara negara '"Penerima" dimana rakyat dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, India, Filipina dan 18 negara lain datang untuk bekerja dan hidup lebih terjamin dari negara asal mereka. Penulis kali ini berbincang dengan pertumbuhan penduduk dunia berbanding dengan pertumbuhan sektor pertanian terutama pengeluaran bahan makanan.

Rekod penduduk dunia cuma 2.4 billion pada pertengan kurun ke 10 telah meningkat kepada 4.5 billion 30 tahun kemudian dan kini mencecah 6.2 billion. Kadar kelahiran adalah seramai 200,000 - 250,000 sehari atau 2-3 orang setiap saat!....Mereka semua perlukan makanan dan pakaian serta tempat tinggal. Walau pun pada masa kini oksijan masih percuma, tetapi kawasan untuk pengeluaran hasil pertanian tidak banyak bertambah malahan ada setengah kawasan semakin berkurangan akibat masaalah perbandaran (urbanization). Negara2 maju telah menyedari keadaan ini dan mereka mengetahui bahawa kecukupan sumber makanan manusia adalah 88% bagi sumber tenaga dan 90% sumber protin dari tanaman dan ternakan haiwan. Manusia terus bergantung kepada tumbuhan yang boleh menghasilkan makanan dengan menjalankan penyelidikkan dan adaptasi beberapa jenis tumbuhan dari 11 jenis tanaman makanan penting.


Tanaman bijirin (Cereal) terutama dari keluarga Kekacang (Leguminaceae) mendominasi keperluan penduduk dunia dengan hampir satu perempat atau suku untuk sumber keperluan protin. Tumbuhan Makanan yang penting ditanam untuk makanan mengikut keperluan ialah gandum (16%), Beras (13%), Jagung (12.5%), Kentang (10.8%), Barli (7.1%), Keledek (5.1%), Ubi kayu (3.9%), Kacang Soya, serta jenis Shorgum, Bijirin kekacang, Millet, Oat, Tomato dan Rye (Kurang dari 5%). Industri ternakan juga dikembangkan dengan pengeluaran daging Ayam, Lembu, kambing dan ternakan ruminan yang lain. Penggunaan daging lembu dan daging babi mencecah 75% dari keperluan penduduk dunia dimana penghasilan ayam sebanyak 23%. Sumber makanan dari perikanan dari laut atau penternakan ikan air tawar juga menghadapi ancaman kekurangan bekalan pada masa akan datang. Binatang ternakan juga bersaing dengan manusia untuk bahan makanan bagi menghasilkan daging kerana kawasan pastura dan tanah semakin berkurangan pada masa akan datang.


Tanaman yang diusahakan manusia juga mempunyai pelbagai kegunaan selain dari untuk dimakan segar oleh manusia dan binatang ternakan. Tumbuhan seperti kelapa sawit memang banyak kegunaannya seperti penghasilan minyak, bahan bakar, makanan haiwn, tenaga dan sebagainya. Penghasilan kapas, minyak kacang soya, getah, koko, kopi, kelapa dan macam2 jenis tanaman dimajukan secara skala komersial dan nilai pengeluaran yang meningkat setiap tahun dengan kemajuan teknologi dalam bidang pertanian. Tumbuh-tumbuhn didunia ini juga penting untuk menghasilkan perseimbangan Oksijan dan Karbondioksida dengan proses Fotosintesis, penafasan dan pereputan. Keperluan bahan api untuk tenaga juga berkait rapat dengan tumbuhan dimana sumber minyak adalah terhasil dari poses pereputan bahan organan tumbuhan. Kita tidak boleh nafikan bahawa tumbuhan dan tanaman adalah sumber kehidupan manusia bersama-sama dengan keujudan udara, air dan tempat tinggal.


Pernahkah kita berfikir bagaimana hendak menyediakan makanan untuk 6.2 billion penduduk dunia? Soalan ini jika di tanya 30 tahun dulu mungkin sukar untuk dijawab kerana penduduk masa itu cuma 4 billion orang sahaja. Kini jarang-jarang kita dengar manusia dalam jumlah yang besar mati kerana tidak dapat makan. Kaedah peningkatan hasil pertanian untuk makanan secara mudah boleh dijawab dengan menambah kawasan tanaman baru atau meningkatkan kadar produktiviti tanaman kita berkali ganda. Pada masa kini kita hanya mempunyai 10 peratus tanah sesuai untuk bercucuk tanam didunia. Kiraan oleh para saintis mendapati bagi penduduk di kawasan benua Eropah mereka memerlukan kawasan seluas 0.5 hektar seorang untuk ditanam bagi penghasilan makan manakala di China perlukan 0.34 hektar seorang. Kita perlu tahu bahawa pembukaan kawasan pertanian baru akan mengganggu ekosistem dan menghasilkan hasil yang rendah pada peringkat awal. Contohnya jika kita hendak membuat sawah padi yang baru mengambil masa yang sangat lama untuk penghasilan optima berbanding dengan sawah lama sedia ada.

Setiap negara didunia berbeza-beza dari segi keadaan rupabumi, jenis tanaman, pemerintahan, politik, kaedah pemerintahan, kepadatan penduduk, kemajuan sektor industri dan sektor pertanian. Terdapat negara yang mampu mengeluarkan bahan makanan melebihi keperluan penduduk dinegara tersebut hinggakan diekspot sebagai sumber pendapatan. Ada negara yang sedang membangun apa lagi negara mundur yang tidak cukup bahan makanan dan terpaksa mengimpot dari negara lain. Malaysia antara negara yang mengekspot minyak sawit dunia dengan nilai berbillion ringgit tetapi masih perlu mengimpot produk berasaskan makanan dari tumbuhan dan haiwan serta jagung bijirin ternakan sebanyak lebih RM 400 juta setahun. Beberapa negara di Asia Tenggara mempunyai tahap kecukupan dan keselamatan makanan yang kukuh seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Setengah negara masih mempunyai kawasan pertanian yang luas untuk dimajukan dimana mampu mengimbangi kekurangan makanan dunia.


Pendekatan yang paling sesuai pada masa ini untuk meningkatkan pengeluaran produk makanan berasaskan tumbuhan ialah dengan meningkatkan HASIL TANAMAN. Penghasilan tanaman terutama tanaman makanan ruji seperti gandum, beras, kentang telah dipertingkatkan berganda bagi mempastikan kecukupan makanan. Kerja penyelidikan biakbaka (plant breeding), ketahan rintang (resistant), kaedah pengurusan dan amalan teknologi agronomi dipertingkatkan untuk tujuan ini. Dulu di Jepun pada tahun 1890'an penghasilan padi cuma 2-2.5 mt sehektar tetapi kini telah mencapai 8-10 mt sehektar. Kajian bandingan selama 20 tahun mendapati kadar peningkatan hasil tanaman telah meningkat sebanyak 43% manakala pada masa yang sama kadar prtambahan penduduk dunia cuma 43%. Antara faktur yang menyumbang dalam peningkatan hasil tanaman ialah seperti teknologi dan R&D yang tinggi dimana di negara maju kadar peningkatan hasil sebanyak 1.5% manakala dinegara membangun cuma 0.4% sahaja.

Peningkatan hasil tanaman banyak berkait dengan penggunaan Teknologi Canggih Baru (sophisticated technology) yang mampu meninggikan penghasilan bagi setiap unit keluasan setiap unit hektar atau sepokok. Teknologi ini dipelopori oleh negara-negara maju dengan mencipta varieti baru GMO (GMO, Hybrid) , Kaedah Pengurusan Tepat (Preccision farming), Pembajaan Berkesan, Benih Berkualiti, Jangkahayat Penamanan dipendekkan, Proses lepas Tuai dan sistem pemasaran yang berkesan. Contohya negara Natherland mampu mengeluarkan tomato 10 kali ganda seunit berbanding pengeluaran tomato di Malaysia menggunakan sistem fertigasi secara berkomputer. Persaingan untuk mendapatkan teknologi baru dalam tanaman perlu di teruskan bagi mempastikan bekalan makan mencukupi untuk masa-masa akan datang.

Apa pun yang terjadi kepada dunia, manusia tetap bergantung kepada pertanian untuk 'survive'. Sektor tanaman, ternakan, ternakair dan pemprosesan makan akan terus menjadi sektor penting selagi manusia perlukan bahan makanan. Kita semua perlu berfikir bahawa sektor pertanian perlu diberikan penekanan agar terus berkembang dari segi penyelidikan, pengembangan, pembangunan projek baru dan macam-macam lagi. Persaingan dan pertambahan penduduk dunia akan menjadikan manusia perlu berusaha untuk menpastikan makanan mencukupi.



PENDUDUK BERTAMBAH....PERLU MAKAN...
TANAM TUMBUHAN....HASIL DITINGKATKAN...
VERTICAL FARMING...TEKNOLOGI AKAN DATANG...
SEKTOR PERTANIAN...TERUS BERKEMBANG...



By
M Anim
Jalan Istana
Melaka

Tuesday, December 28, 2010

MELON

MELON (Cucumis melo L.) adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga CUCURBITACEAE yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang menarik dan digemari oleh semua gulongan masyarakat. Ramai tidak mengetahui bahawa melon adalah berbeza dengan Tembikai (Watermelon). Melon mempunyai pelbagai nama lain seperti Melon; Musk Melon; Cantauloupe (English), Blewah; semangka ; londo (Indonesia), bluwak (Malaysia), milon ; itimon ; atimon (Filipina), trasak sorroow (Cambodia) , teeng laay (Laos) dan taeng-tai ; taeng-lai (Thailand). Penulis akan berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman melon berdasarkan pengalaman di kebun petani semenjak tahun 1984 - 1995 (waktu bekerja di MIADP Melaka) yang terlibat dalam projek penanaman melon diatas tanah sawah terbiar dan kini banyak melihat tanaman melon di usahakan secara moden dengan sistem fertigasi dan sistem terbuka. Artikel kali ini ditulis sekali lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman yang semakin popular di Malaysia iaitu tanaman melon untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Melon dipercayai berasal dari kawasanUtara Benua Afrika sebelum di majukan di kawasan Meditrenean dan kemudian tersebar ke Eropah dan kawasan Asia dan seluroh dunnia. Buah melon dimakan segar kerana rasanya yang lazat manis dan juga di buat jus minuman atau di buat ''cocktail'. Terdapat buah melon yang diproses dalam tin dan dikeringkan. Biji melon apabila digoreng ada yang boleh dijadikan makanan ringan atau kita panggil di Malaysia "Kuaci". Saya mendapati keluasan penanaman melon di dunia telah meningkat dari 700,000 hektar pada 1994 kepada 1.56 juta hektar pada tahun 2008. Pengeluaran juga meningkat dari 9 juta metrik tan pada 1994 kepada 16.8 juta metrik tan pada 2008 (Sumber : FAO Stat Report). Negara pengeluar utama melon didunia adalah China (150,000 ha), Turki (150,000 ha), India (100,000 ha), Sepanyol (70,000 ha), USA (42,000 ha), Romania (10,000 ha), Jepun (18,000 ha), Itali (17,000 ha), Peranchis, Taiwan dan Australia. Penanaman melon di Malaysia dulu diusahakan diatas tanah tetapi masa kini ramai petani berminat untuk menanam melon secara sistem fertigasi walau pun kos asas membuat Struktur Pelindung Hujan (SPH) mahal. Anatara kawasan penanaman melon di Malaysia seperti di Johor, Melaka, Kelantan, Pahang, Perak , Sabah dan Sarawak. Melon ditanam untuk pasaran domestik dan ekspot (Terutama ke Hong Kong dan Singapura). Varieti melon yang ditanam disetiap negara berbeza-beza mengikut kehendak pasaran tempatan dan kesesuaian tanah serta 'agroclimate'.


Kandungan nilai pemakanan setiap 100 g melon adalah air (89 g). Protin (0.6-12 g), Lemak (0.2 g), Kabohiderat - terutamanya gula (6-15 g), Vitamin A (500 -4,200 IU), Vitamin B (0.06 mg), Vitamin C (6-60 mg), Niacin (0.4-0.9 mg), Vitamin B1 (0.06 mg), K (330 mg), Ca (5-18 mg), Fe (0.2-0.6 mg), Mg (8-17 mg), P (7-57 mg) dan tenaga 75-220 kilojoule (kJ). Biji melon juga mengandungi minyak kuning sebanyak 46% dan protin sebanyak 36%. Anggaran berat biji benih melon adalah 25-35 gram setiap 1,000 biji. Melon adalah jenis tumbuhan menjalar dan merambat yang mempunyai batang 1-3 m panjang bebentuk segi-segi dan lembut. Bunga melon berwarna kuning berukuran 1.2-3 cm serta mempunyai 5 kelopak. Buah melon mempunyai banyak bentuk dari yang berbentuk bulat atau bujur, globular atau ovoid. Buah melon mempunyai perbagai julat dari kuning, putih, oren, hijau, pink atau kesemua kombinasi warna. Purata berat buah 0.4-2.2 kg sebiji bergantung kepada varieti. Kajian saintifik menunjukkan biji benih melon tahan sehingga 5 tahun dalam simpanan bilik sejuk -18 celcius dengan kelembapan 6%. Benih yang digunakan di Malaysia kebanyakkannya jenis Hibrid yang diimpot dari Taiwan atau China. Benih perlu disemai dalam 'tray semaian' yang mengandungi media cocopeat atau tanah (Keperluan benih 0.5 kg /ha). Setelah berumur 4 minggu boleh diubah kekebun dengan jarak tanaman 50-75 cm x 150-200 cm yang akan memberikan kepadatan 10,000 - 15,000 pokok sehektar. Ada petani yang menanam terus di kebun dengan 2 biji satu lubang. Keperluan biji benih tanam terus keladang adalah sebanyak 1.5 - 2.0 kg sehektar. Sistem pengairan perlu bagi tanaman melon dengan pengairan titis atau pengairan renjis.


Penyediaan tanah dengan membajak dan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan GAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu merugikan petani dengan teruk. Pengalaman saya di Tangkak dan Air Keroh Melaka beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan ytrutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga merbahaya kepada melon. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat 'farm surveilance'.


Melon juga diserang beberapa jenis serangga seperti Aphid (Aphid spp), Kutu Spider (Tetranchyus urticae), Lalat Buah (Daucus spp.), Kumbang (Diabrotica spp.), Ulat Makan Daun (Aulacophora similis) dan lalat (Bactocera cucurbitaceae). Kawalan disyorkan dengan menggunakan semburan racun serangga tetapi kena berhati-hati kerana racun tersebut boleh membunuh agen pendebungaan yang akan menjejaskan penghasilan buah. Serangan cacing Nematod (Meloidogyne spp) juga mampu menjejaskan pertumbuhhan melon dan kawalan dengan racun Nemacur membantu mengurangkan serangan. Buah melon akan matang dalam masa 3-4 bulan dengan memilih buah yang telah matang. Petik menggunakan pisau dan kumpulkan mengikut gred berdasarkan saiz, berat, warna dan sebagainya. Anggaran hasil melon lingkungan 5- 30 metrik tan sehektar tetapi pemerhatian saya mendapati tanaman melon di kawasan Muar dan Melaka diatas tanah rendah sebanyak 13 mt sehektar. Kajian dibeberapa negara jiran mendapati penghasilan Biji (seed) melon sebanyak 300-500 kg/ha bagi pendebungaan terbuka dan 100-150 kg/ha untuk jenis hibrid. Cara memasarkan buah melon dihantar terus ke Pasar Borong atau Pusat Pengumpulan sebelum digredkan dan diekspot keluar negara. Purata harga runcit melon di Malaysia RM 4.50 - RM 7.00 sekilogram bergantung kepada jenis dan kualiti.

Tanaman melon merupakan satu komoditi baru di Malaysia yang mempunyai masa depan yang cerah. Teknologi penanaman melon semakin maju dengan penanaman didalam SPH yang menjamin kualiti buah, mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak dan enviroment kerja yang selesa. Sistem Fertigasi Tanaman Melonn telah maju dengan beberapa projek TKPM Fertigasi yang berjaya menghasilkan melon yang berkualiti melalui pelbagai verieti. Saya positif tanaman melon mampu menjadi komoditi buah-buahan penting pada masa akan datang sebagai sumber ekonomi bernilai tinggi yang baru. Wasallam!


TANAM MELON.....DAPAT HASILNYA....
AMALKAN GAP...BUAH BERKUALITI....
BUAH MELON....LAZAT RASANYA ...
HASIL LUMAYAN..TIDAK SAKIT HATI....


By
M Anem
Senior Agronomist
TKPM PUlau Gadong,
Kompleks Pertanian Pulau Gadong,
Melaka, Malaysia.
Pernah betugas di Melaka (14 tahun)
Putrajaya


Monday, December 27, 2010

MAMAN


MAMAN (Cleome gynandar ) dari keluarga CAPPARACEAE adalah sejenis tumbuhan liar yang terdapat di Malaysia yang diambil sebagai sayuran yang pahit dan dimakan oleh penduduk kampung zaman dulu lagi. Kini Maman mula menjadi satu jenis sayuran daun yang boleh dikatakan menjadi ubat untuk luaran dan dalaman terutama bahagian DAUN dan BUAH. Maman yang kita kenal di Malaysia di panggil sebagai Bastard's Mustard ; Cats Whiskers ; Spider Flower (English), enceng-enceng (Jawa), apoy-apoyan ; manabo ; balaya (Filipina), sienz (Laos), phak sian ; phak sian khao (Thailand) dan man man trawng (Vietnam). Ramai dikalangan masyarakat bandar kini kurang mengenali atau pernah makan sayur daun maman. Ini kerana sayur ini agar sukar diperolehi dan hanya ada dijual dipasar tani atau pasar tamu terutama dikawasan luar bandar. Dalam merujuk kepada laporan statistik mengenai keluasan tanaman Jabatan Pertanian, penulis juga tidak dapat mencari maklumat mengenai keluasan tanaman maman atau mungkin memang tidak ada penanaman komersil maman.  Artikel kali saya berbicara dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman maman berdasarkan buku rujukan, pemerhatian, pengalaman penulis dan kajian ringkas di beberapa lokasi di Johor.

Kajian saya mendapati tidak ada laporan keluasan tanaman maman direkodkan secara rasmi kerana ia bukan jenis tanaman yang sesuai untuk dikomersilkan. Penulis jug mendapati kebanyakan pokok maman hanya tumbuh secara liar di kawasan kebun atau ditanam dikawasan keliling kebun. Di Malaysia ada dua jenis maman yang saya sering dengar iaitu maman sayur (Cleome gynandra) dan dan maman pasir (Cleome pentaphylla). Pokok maman merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak dan banyak cabang mampu hidup setinggi 0.5 m-1.0 m. Daun berwarna hijau jenis kompoun yang ada 5 helai daun satu tangkai. Bunga berwarna putih atau ungu yang terbentuk dihujung tangkai berukuran 1-2 cm panjang. Buahnya berbentuk panjang selinder dengan mengandungi banyak biji bersaiz 1 mm garispusat. Akar berbentuk akar utama dan akar serabut yang capai kedalaman sehingga 0.7-0.8 m.

Kandungan zat pemakanan setiap 100 gram adalah air (90 g), Protin (3.9 g), Lemak (0.3 g), Karbohiderat (3.6 g), Serat (0.8 g), kalsium (250 mg), Fe (10 mg), Karotin (7 mg), Vitamin C (131 mg) dan tenaga 137 kilojoule (kJ). Tumbuhan ini sering dilihat ditepi-tepi jalan , atas ban sawaah padi, ban parit ladang dan tanah ditebing sungai. Tumbuhan ini tahan kepada keadaan kemarau tetapi tidak tahan jika ditenggelami sair. Keupayaan tumbuhan ini membesar dan membiak sepanjang tahun menyebabkan ianya dianggap sebagai 'Rumpai' bukannya 'sayuran'.



Penanaman dan pembiakan maman menggunakan BIJIBENIH (seeds). Benih diperolehi dari pokok maman yang telah matang dimana buah yang matang berwarna coklat dan biji benih mudah dikeluarkan dan dikumpulkan. Penyediaan kawasan tanaman maman sebaiknya dikawasan lapang yang ada tanah subur (Pengalaman saya di kampung dulu) tanah gambut yang telah terbakar merupakan tempat paling baik untuk tabur benih maman. Kalau ditabur terus pastikan dibuat penjarangan. Jarak tanaman maman disyorkan adalah 20-30 cm x 20-30 cm. Pemberikan baja organik seperti tahi ayam atau tahii kambing sesuai diberikan sebelum menanam dengan kadar 1.5 mt /hektar. Pengairan perlu dibuat untuk mempastikan kadar pertumbuhan yang baik. Buat kawalan rumpai dengan mencabut rumput yang tidak diperlukan.

Pemerhatian saya mendapati tanaman maman tidak mempunyai penyakit atau serangga perosak.Tanaman maman boleh di kutip hasil dengan memetik bahagian daun pucuk muda 2 bulan selepas ditanam. Tunas baru akan keluar apabula pucuk dipotong dan akan memberikan pucuk dengan lebih banyak. Lazimnya dengan penjagaan yang baik maman boleh hidup antara 4-5 bulan. Jika daun tidak dikutip makan bunga akan keluar dan akhirnya buah akan masak apabila pokok kering. Pucuk yang dipetik diikat dan kemudian dipasarkan atau terus dibawa kedapur untuk dimasak. kumpulkan buah dan biji maman untuk dijadikan anak benih untuk penanaman akan datang. Biji maman boleh dikaji kegunaannya.

Daun maman biasanya di makan dengan dibuat sayur tumis, sayur masak lemak (lihat foto) atau dibuat kerabu. Jika digoreng dengan bawang, bilis dan udang kita akan rasa pahit pada sayur tersebut. Kanak2 memeng tidak suka makan sayur maman kerana rasa pahit tersebut. Kepada mereka yang ada darah tinggi baik makan maman kerana ia sayur ubat. Petua orang tua-tua dulu kata "Yang Pahit itu Ubat" perlu dijadikan amalan. Kajian lanjut mengenai kegunaan maman perlu dijalankan dengan lebih terancang dan fokus seperti untuk jadikan produk seperti 'Teh Maman", Kapsul maman, Bedak maman, Pil Maman dan sebagainya. Semuga akan ada ramai mahasiswa dan pegawai penyelidik yang mengkaji mengenai tumbuhan maman dimasa akan datang. Wasallam!.

PERGI KEKEBUN.....MENCARI MAMAN,...
SEIKAT .....PULANG DENGAN AMAN....
DIMAKAN SEGARA...BERSAMA RAKAN....
ORANG SARAWAK... KATA 'NYAMAN'...

By
M Anem
Senior Agronomist,
Seksyen Hortikultur,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(Kemaskini pada 1 Febuari 2015)

Sunday, December 26, 2010

KOBIS CINA

KOBIS CINA (Brassica rapa Linn) atau di panggil sebagai "Chinese Cabbage" merupakan sejenis sayuran daun dari keluarga CRUCIFERAE yang ditanam di Malaysia. Sayuran ini berasal dari negara China dan merupakan hasil biakbaka semenjak tahun 1600 dulu dan kini ditanam diseluroh dunia sebagai sejenis sayuran sawi yang rangup, lembut apabila di celur atau dipanaskan dan sesuai untuk dijerukkan. Nama lain bagi kobis cina seperti petsai , kobis china (Malaysia; Indonesia), Kapis (Papua New Guinea), pkakkat khaoli ; phakkat khaoyai (Thailand), pe-chaay (Cambodia), wong bok (Filipina), kaad chin (Laos) dan macam2 lagi. Penulis kali ini berkongsi maklumat mengenai tanaman Kobis Cina berdasarkan pembacaan, rujukan, pengalaman dan pemerhatian sebagai seorang pegawai pengembangan pertanian hampir 30 tahun.


Tanaman Kobis Cina (chinese cabbage) ini luas di tanam di China (300,000 ha/tahun atau 27% pengeluaran dunia ), Jepun (45,000 he/tahun), Korea (53,000 ha/tahun) dan Taiwan 8,000 ha/tahun). Di Asia Tenggara keluasan tanaman ini telah meningkat kerana telah ada kultivar baru yang sesuai dengan kaeadaan tropika terutama benih yang diimpot dari China dan Taiwan. Kajian menunjukkan setiap 100 gram kobis cina mengandungi 95 g air, 1.2 g protin, 0.2 g lemak, 2.2 g kabohiderat, 0.5 g serat, 49 mg Kalsium, 0.7 mg Ferous dan 38 mg Vitamin C tetapi cuma 65 kJ tenaga.


Terdapat beberapa kultivar kobis cina iaitu jenis seperti sawi (daun dan batang) dan jenis Rosset (Lihat foto diatas sekali). Tanaman ini ditanam menggunkan biji benih yang bercambah selepas 3-5 hari disemai. Benih yang dibeli adalah Benih Hibrid diimpot dari luar negara dan mempunyai kadar percambahan yang sangat tinggi. Dua cara meyemai biji benih adalah dengan cara menyemai dalam 'seed tray' yang mengandungi media 'cocopeat' campur atau tabur terus benih diatas batas tanaman. Apabila benih berumur 3-4 minggu atau ada 5-8 helai daun ubah keladang dengan jarak tanaman 30-50 cm x 30-50 cm. Kepadatan tanaman kobis cina sebanyak 30,000 pokok sehektar. Jika benih ditabur terus diatas batas buat penjarangan pada jarak sama.


Tanaman kobis cina perlukan pengairan yang sempurna dan banyak. Akar tanaman ini cuma sedalam 30 cm dalam tanah dan sistem pengairan renjis atau kabus perlu pastikan lingkungan 30 cm sahaja dapat air dengan kelembapan diperlukan 65-85% dikawasan kebun. Ada petani yang menggunakan sungkupan untuk mengawal rumpai tetapi di Malaysia lazimnya menggunakan racun 'pre-emmergence'. Pembajaan dengan NPK pada kadar 150 kg/ha N, 50 kg/ha P dan 100 kg/ha K dibuat selepas 10-14 hari menanam jika tabur terus dan 14-10 harii jika disemai dahulu. Tambahkan baja organik dengan kadar 100 g sepokok untuk tingkatkan kesuburan tanah. Penggunaan baja daun (Foliar fertilizer) dijalankan bagi meningkatkan kesuburan tanaman.


Tanaman kobis cina banyak menghadapi serangan penyakit dan perosak. Antara penyakit adalah Reput Batang (Ervinia cartovora) yang banyak merugikan petani dan juga Penyakit Kulapuk Berdebu (Peronospora parasitica) yang juga serious ketika cuaca lembab. Penyakit lain seperti Bintik Daun (Alternaris spp), Reput Pangkal (Plasmodiaphora brassicae) dan Penyakit Rosak Pucuk. Kawalan dijalankan dengan menggunakan racun kimia, penggiliran tanaman, gunakan varieti rintang dan musnahkan patogen pembawa.


Serangga yang menyerang kobis cina seperti Kupu2 Plutella (Plutella xylostella) yang merupakan ancaman utama tanaman ini terutama di musim kering.Telur plutella akan menetas dimana larvanya akan makan sawi hijau dengan kadar kemusnahan yang teruk. Kawalan menggunakan Bacillus thuringiensis dapat membantu mengawal serangan ulat ini. Penggunaan sistem sprinkler juga membantu mengurangkan populasi. Ulat Perosak Kobis (Hellula udalis) juga menyerang sawi putih dan juga serangga lain seperti Kumbang Pemakan Daun (Phylloreta striolata) dan Serangga Aphid (Aphid spp).

Penuaian dijalankan dengan memetik bahagian 'head' yang telah matang dengan memotong pangkal menggunakan pisau. Pemerhatian mendapati purat hasil kobis cina adalah sebanyak 10 - 60 metrik tan sehektar. Anggaran berat setiap biji kobis cina adalah lingkungan 0.5-4.5 kg sebiji bergantung kepada kultivar dan pengurusan. Buang bahagian luar daun sebelum dibungkus dengan kertas suratkhabar untuk dihantar ke pusat pengumpulan hasil. Kobis cina tahan maksima 1 minggu dalam pasaran tanpa bilik sejuk.



By
M Anem
Ptjaya

BAJA KOMPOS

Kompos (Compost) adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah dan perlu dgunakan untuk tanaman terutama tanaman jenis jangkapendek seperti sayur-sayuran. Kompos adalah sejenis baja yang terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan seperti sisa tanaman, sisa dapur, sisa bahan buangan tumbuhan (rumput), najis haiwan dan sebagainya yang direputkan oleh mikroorganisma. Kali ini saya nak berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai baja kompos berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian mengenai baja kompos. Penulis pernah berkursus di Kyusei Nature Farming, Saraburi, Thailand selama 7 hari pada 2006 untuk membuat pelbagai jenis kompos dengan menggunakan mikroorganisma jenis EM yang diperkenalkan oleh Professor Tereo Higa dari Jepun.

Dalam membuat kompos perkara utama ialah "Proses Pereputan" dimana proses ini adalah penting kerana ia berupaya menukarkan sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Dalam proses ini beberapa tindakbalas berlakuu seperti pelepasan gas, penghasilan larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma dan akhirnya menghasilkan baja kompos. Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakan. Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.

Kawasan membuat kompos adalah penting dimana bangunan, bangsal atau pondok kompos mesti disediakan agar kita dapat membuat kompos yang berkualiti. Pondok mesti mempunyai bumbung agar tidak kena hujan atau terkena panas pancaran matahari. Sebaiknya mempunyai lantai yang dari tanah keras atau lantai konkrit atau jenis kayu. Pastikan ada parit keliling pondok agar air hujan tidak masuk kedalam longgokkan kompos yang sedang dibuat. Binaan ini memberi persekitaran yang terkawal untuk membuat kompos dan boleh mengelakkan dari kehilangan nutrien disebabkan oleh larutlesap semasa hujan yang lebat. Sekiranya tidak mampu buat pondok atau hendak jimatkan kos maka tapak yang dipilih hendaklah berhampiran dengan sumber bekalan air. Air adalah sangat penting untuk membasahkan baja kompos bagi mempastikan proses pereputan berlaku. Jika tidak cukup air atau bahan jadi kering proses pereputan akan tidak cekap atau kompos rosak. Kawasan mesti ada peralatan membuat kompos seperti cangkul, penyodok, plastik atau guni penutup, baldi, pungkis, mixer, kereta sorong dan sebagainya.


Biasanya Bahan-bahan Untuk Kompos terdiri daripada Sisa Bahan Berkarbon seperti Jerami padi, habuk kayu, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung yang dicincang, empulur jagung, rumput kering, hancuran kertas dan lain-lain. Pastikan bahan-bahan ini terdapat berdekatan dengan pondok memproses kompos. Bahan campuran kompos lain adalah dari Sisa Bahan Bernitrogen seperti najis haiwan, hampa padi, rumpai segar, sisa sayuran, sampah sarap dan lain-lain. Kesemua bahan-bahan dilonggokan dalam pondok dengan saiz ikut kemampuan. Saya pernah lihat satu syarikat swasta di Kulai yang membuat kompos dari sisa tandan kelapa sawit (Kilang Sawit) yang sangat besar menggunakan jentera JCB untuk membalek2kannya. Produk kompos dari kilang tersebut dibuat, diproses dan diedarkan secara komersial.


Proses membalikkan Longgokan Kompos adalah sangat penting untuk mempastikan pereputan berlaku dengan baik. Ini kerana bahagian tepi longgokan kurang aktif berbanding dengan bahagian tengah dan bawah longgokan. Proses pereputan banyak bergantung kepada bahan digunakan dan kaedah menguruskannya. Lazimnya kompos boleh diguna selepas tiga bulan proses membuatnya dijalankan. Kadar atau darjah kadar pereputan di dalam satu-satu longgokan kompos adalah berbeza-beza. Oleh itu adalah penting untuk membalik dan meggaul longgokan kompos setiap dua atau tiga minggu sekali bagi mendapatkan baja kompos yang mempunyai kualiti yang seragam. Proses menggaul perlu diulang dua ke tiga kali sepanjang proses membuat kompos. Siraman air tambahan adalah perlu sekiranya bahan kompos terlalu kering.


Ramai diantara kita mengatakan cara menggunakan baja kompos mudah iaitu cuma tabur sahaja ikut suka. Ini adalah tidak tepat kerana kita perlu tahu waktu bila nak pakai, berapa banyak nak beri, dimana nak letak dan berapa kekerapan yang sesuai. Kaedah pemberian adalah berbeza-beza mengikut jenis tanaman, umur tanaman, musim hujan atau panas dan kepadatan tanaman. Lazimnya bagi tanaman jangkapendek atau tanaman kontan (Cashcrops) seperti jagung, keledek, tembakau, sayur-sayuran dan bunga hiasan baja kompos perlu ditabur di atas tanah sebelum dibajak. Biarkan sekurang-kurangnya seminggu untuk kompos dalam tanah atau batas tanaman sebelum mula menanam atau mengubah anak benih.



Nutrien dari bahan kompos akan diambil oleh tanaman jangkapendek. Ada petani yang membuat siraman air najis binatang untuk menyuburkan lagi sayurannya dulu. Kaedah ini kurang disyorkan. Bagi tanaman kekal seperti pokok buah-buahan, Kelapa sawit, Teh dan sebagainya maka baja kompos perlu ditabur di sekitar batang pokok. Pada masa ini pekebun kelapa sawit memberikan satu beg tahi ayam setiap pokok sawit dengan membelah guni bungkusan tahi ayam setiap 6 bulan. Saya menerima komplen dari penghuni2 kawasan perumahan di Bukit Gambir, Muar kerana banyak lalat akibat tahi ayam yang diletakkan dalam kebun sawit bersebelahan perumahan membiakan banyak lalat dan bau. Pemerhatian mendapati tahi ayam tersebut mampu menyuburkansawit dan dapat meningkatan berat tandan hampir dua kali ganda!


Pembacaan saya daripada beberapa buku mendapati kadar penggunaan baja kompos yang disyorkan adalah bergantung kepada umur pokok, jenis tanaman dan kaedah pengurusan. Laporan tersebut menyatakan untuk tanaman dikawasan tanah tinggi keperluan baja kompos sebanyak 10-20 metrik tan sehektar manakala tanaman jangka pendek seperti jagung, keledek dan teh perlukan lingkungan 20-25 mt/ha. Tanaman tembakau di Kelantan perlukan 15-20 mt/ha kerana tanah sawah sangat kurang bahan organik. Bagi sayuran jenis daun perlukan sebanyak 10-20 mt/ha, Sayuran jenis buah (10-20 mt/ha), Sayuran jenis umbisi lebih sedikit (10-30 mt/ha) dan sayuran jenis bebawang (10-20 mt/ha). Kaedah pemberian untuk sayuran semasa penyediaan tanah dijalankan.


Bagi tanaman Buah-buahan kadar diperlukan berbeza-beza. Tanaman limau perlukan sebanyak 10 kg sepokok, Belimbing (15 kg sepokok), Betik (10 mt sehektar dan Nenas sebanyak 15 mt sehektar. Baja kompos dibubuh dalam lubang penanaman dengan kadar disyorkan dicampur dengan CIRP, MOP dan pastikan dibiarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum menanam anak benih. Pemberian baja kompos atau baja organik untuk pokok buah-buahan dewasa setiap 2-3 bulan sekali dengan membubuh dibawah hujung kanopi pokok dengan mananam atau meletakkan nya dalam beg. Elakkan meletakan baja kompos diperdu pokok. Proses pengambilan nutrien dari baja kompos agak lama dan lambat.


Ramai dikalangan kita berfikir pemberian baja kompos sahaja mencukupi. Sebenarnya tidak, penggunaan baja kompos sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semua nutrien bagi tanaman terutamanya bagi unsur nitrogen. Oleh itu baja kimia iaitu baja NPK diperlu dan digunakan sebagai tambahan kepada baja kompos. Baja NPK 15:15:15 digunakan pada peringkat tumbesaran vegetatif sementara baja NPK 12:12:17:2:TE digunakan untuk peringkat Reproduktif atau untu menghasilkan bunga dan buah. Kadar tambahan baja nPK bagi setiap pokok melibatkan beberapa elemen atau nutrien bergantung pada kualiti bahan mentah yang digunakan dalam membuat kerja kompos. Semburan baja Daun (Foliar Fertilizer) juga membantu menyuburkan tanaman dan meningkatkan hasil teutama tanaman sayuran berdaun.

Penggunaan baja kompos dan baja organik perlu digalakkan kepada petani di Malaysia demi menjamis tanah pertanian akan terus subur. Baja kompos berupaya meningkatkan kesuburan tanah, membaiki tekstur tanah, menambah mikororganisma dalam tanah (cacing dsb) dan juga keupayaan menyimpan air. Saya ada baca artikel di Thailand iaitu bagi tanaman buah-buahan kemanis buah sangat berkait dengan keujudan baja kompos dalam tanah. Kawasan yang diberikan baja kompos dengan kadar yang disyorkan memberikan rasa buah lebih manis berbanding dengan buah dari kawasan yang kurang baja kompos. Semuga artikel ini memberikan maklumat kepada anda.

BAJA KOMPOS ....BAJA ORGANIK....
DIPROSES MUDAH....TIDAKLAH PELIK...
SANGAT BERGUNA....TANAH DISUBURKAN....
HASIL MENINGKAT....PETANI UNTUNG SAKAN...


By,
M Anem
Kuantan



THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...