Support My Blog

Wednesday, March 31, 2021

MISAI KUCING - PENILAIAN KUALITI

HERBA MISAI KUCING (Orthosipon stamineus) merupakan salah satu daripada 16 tanaman herba yang digalakkan didalam program NKEA iaitu dibawah EPP1 oleh kerajaan dalam RMK ke 10. Penanaman misai kucing ini telah menjadi komersil dahulu tetapi kini ianya dilaporkan semakin kurang ditanam didalam RMK ke 11 sekarang disebabkan banyak faktor. Atara sebab adalah ketidaktentuan harga pasaran yang diterima penanam sehinggakan mereka tidak mahu mengusahakan lagi. Inii kerana harga bergantung kepada kualiti OER (oil extraction rate) yang terkandung didalam herba tersebut sukar dekawal dengan amalan agronomi yang tepat. Kajian bagaimana pun terus dijalankan bagi membuat penilaian mikrobiologi terhadap kualiti lepas tuai misai kucing. Daripada pengalaman penulis blog yang pernah terlibat dalam program tersebut dahulu dan berdasarkan pada piawaian, kualiti lepas tuai misai kucing didapati dalam keadaan baik pada semua tahap kematangan. Beberapa fakta dan data teknikal ini penting dari sudut keselamatan dan kualiti makanan bagi menembusi pasaran herba dalam dunia antarabangsa. Mengimbas kembali juga dilaporkan matlamat EPP 1 adalah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi sebanyak RM2.2 bilion daripada lima herba utama termasuk herba Misai kucing. Matlamat utama adalah untuk memastikan kualiti dan aspek keselamatan terjamin semasa proses pengendalian lepas tuai. Fokus kemudian diberikan kepada kualiti mikrobiologi berdasarkan tahap kematangan yang berbeza tumbuhan misai kucing (Sila lihat foto diatas). Penilaian ini penting ke arah pembangunan bagi tujuan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi misai kucing kepada golongan sasar bagi memacu industri herba ke tahap yang lebih tinggi. Tahap umur kematangan berbeza mempengaruhi kualiti misai kucing. Artikel malam Sabtu ini sambil menonton movie Cina di TV3 bertajuk 'Saving Genaral Yang' dalam blog "Anim agro Technology" saya menulis mengenai laporan kajian penilaian kualiti herba misai kucing untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

Pada penulis blog mengetahui dimana  tanaman herba misai kucing telah lama ditanam secara meluas di seluruh Asia Tenggara, India dan tropikal Australia. Sejak 1886 lagi bahagian daun kering misai kucing yang dieksport ke Eropah mula mendapat tempat sebagai minuman untuk kesihatan. Namun begitu terdapat juga beberapa faktor yang perlu diberi tumpuan terutama aspek kualiti produk diantaranya faktor umur kematangan yang akan memberikan kualiti yang berlainan. Ini adalah kerana faktor persekitaran seperti keadaan tanah, iklim, suhu, taburan hujan dan kelembapan sangat signifikan dengan kualiti misai kucing yang diperoleh. Kajian ini telah menggunakan sampel tanaman misai kucing ditanam di tanah gambut di MARDI Pontian. Misai kucing dituai pada umur kematangan berbeza dan diuji melalui analisis mikrobiologi bagi menguji kehadiran pencemaran seperti mikroorganisma. Kaedah rujukan saintis mendapati dimana Standard antarabangsa iaitu oleh European Herbal Infusion Association (EHIA) dan instutusi tempatan iaitu Malaysian Monograph (MM) telah digunakan bagi tujuan penilaian pencemaran mikroorganisma. Dokumentasi input data kualiti ini diharap mampu memberi faedah sosial, teknikal dan ekonomi kepada negara tentang indsutri ini.

Laporan mendapati dengan sebanyak 24 sampel (replikat) telah dikumpulkan secara rawak daripada plot misai kucing untuk analisa mikrobiologi. Sampel ini terdiri daripada bahagian daun dan batang misai kucing yang telah dituai pada umur tuaian secara berperingkat bermula minggu ke-8, 10, 12 dan 14 selepas ditanam di ladang. Kemudian semua sampel dikeringkan menggunakan oven pada suhu 50 °C sehingga kandungan air kurang 10% bagi mengelak pertumbuhan kulat. Seterusnya, sampel kajian diuji secepat mungkin di makmal bagi analisis mikrobiologi. Sampel diuji dengan analisis mikrobiologi seperti kiraan jumlah bakteria, kiraan jumlah yis dan kulat, kiraan koliform, Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan termasuk ujian Salmonella mengikut kaedah modifikasi daripada Wallas dan Thomas yang dijalankan di dalam kabinet biohazard. Bagi tujuan penyediaan sampel homogen, sebanyak 10 g sampel misai kucing ditimbang secara aseptik dan dicairkan dengan 90 ml larutan Ringers lalu diemparkan selama dua minit. Pencairan bersiri 101 - 105 telah dilakukan. Bagi kiraan jumlah bakteria, sebanyak 1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam piring petri sebelum dicurahkan dengan Plate Count Agar (PCA) yang cair (suhu agar ditetapkan pada suhu 50 °C) dan agar dibiarkan keras pada suhu bilik. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C selama 48 jam ± 2 jam. Bagi kiraan jumlah yis dan kulat dan kiraan Staphylococcus aureus, sebanyak 0.1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam piring petri yang telah dituang agar keras (solidified). Bagi kiraan jumlah yis dan kulat, agar yang digunakan ialah Malt Extract Agar (MEA) yang telah ditambah dengan 10% asid tartarik, manakala bagi kiraan Staphylococcus aureus, agar yang digunakan ialah Baird Parker Agar (BPA) yang telah ditambah dengan Egg Yolk Tellurite Emulsion. Kemudian, sampel diratakan di atas agar keras dengan menggunakan hockey stick yang telah disteril. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator masing-masing pada suhu 32 °C dan 37 °C bagi kiraan jumlah yis dan kulat dan kiraan patogen iaitu Staphylococcus aureus masing-masing selama 72 jam ± 2 jam dan 48 jam ± 2 jam. Bagi kiraan koliform dan Escherichia coli (Gambar 3), sebanyak 1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam 3M Petrifilm. Larutan ini diratakan melalui plastik yang steril lalu dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C selama 24 - 48 jam ± 2 jam.

Seterusnya bagi ujian Salmonella pula sebanyak 25 g sampel telah ditimbang secara aseptik dan diperkayakan dalam 225 ml Buffered Peptone Water (BPW) yang disteril, lalu diemparkan selama dua minit. Campuran sampel dieram pada suhu 37 °C selama 24 jam ± 2 jam. Sebanyak 1 ml dan 0.1 ml daripada sampel yang telah diperkaya kemudiannya dipindahkan ke 9 ml kaldu Selenite Cystine (SC) dan 9.9 ml kaldu Rappaport-Vassiliadis (RV), lalu dieram masing-masing pada suhu 37 °C dan 42 °C, selama 24 jam ± 2 jam. Selepas pengeraman, satu gelung daripada kaldu SC dan RV dicoret pada medium Xylose Lysine Desoxycholate (XLD), Xylose Lysine Tergitol-4 (XLT-4) dan Rambach (RB) lalu dieram pada suhu 37 °C selama 24 - 48 jam ± 2 jam. Isolat koloni yang menunjukkan reaksi tipikal mengikut arahan pengilang dianggap presumptive Salmonella dan ditulenkan dengan coretan pada medium Nutrient Agar (NA). Koloni yang telah dipencilkan akan melalui pewarnaan Gram dan diuji melalui ujian biokimia berikut; catalase, cytochrome oxidase, triple sugar iron, lysine iron, urease, indole dan motility test. Dalam kajian ini, penilaian mikrobiologi bagi tahap kematangan berbeza terhadap misai kucing dari plot MARDI Pontian, telah dilaksanakan dan dibandingkan berdasarkan piawaian kualiti. Jadual 1 menunjukkan data lengkap hasil penilaian mikrobiologi bagi kesemua sampel misai kucing pada umur tuaian dan bahagian tumbuhan yang berbeza. Bagi kiraan jumlah bakteria, EHIA menetapkan bahawa pencemaran bakteria mestilah lebih kecil atau sama dengan 108 cfu/g manakala MM menetapkan pencemaran bakteria mestilah lebih kecil daripada 105 cfu/g. Dalam kajian ini, kesemua sampel menunjukkan bacaan yang rendah bagi kesemua umur tuaian dan bahagian tumbuhan berdasarkan EHIA dan MM (Jadual 2). Bagi kiraan jumlah yis dan kulat, EHIA menetapkan bahawa pencemaran yis dan kulat mestilah lebih kecil atau sama dengan 106 cfu/g manakala MM menetapkan pencemaran yis dan kulat mestilah lebih kecil daripada 104 cfu/g. Secara keseluruhannya, kajian mendapati pencemaran yis dan kulat bagi sampel herba berada pada tahap yang baik iaitu lebih kecil daripada 104 cfu/g bagi kesemua sampel. Walaupun tiada kriteria ditetapkan EHIA bagi kiraan koliform, kajian mendapati nilai koliform berada pada julat 103 - 5 cfu/g bagi O. stamineus. Adalah normal bagi sampel bahan mentah terdedah kepada sedikit pencemaran atas faktor persekitaran. Artikel ini adalah berasaskan kepada laporan dari Buletin Teknologi MARDI, Bil.14(2018): 39 - 44 untuk ditulis semula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN MISAI KUCING... APA DIA...
SEJENIS HERBA... RUMPUT RUPANYA...
ANALISA MIKRBIOLOGI...SUDAH ADA ...
DIJADIKAN RUJUKAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Muharam 1442H). 

Tuesday, March 30, 2021

CARA CANTASAN DURIAN AH TONG

TANAMAN DURIAN (Durio zibethinus) adalah tanaman buah-buahan yang semakin mendapat tempat dikalangan petani selepas Malaysia mendapat pasaran yang baik untuk ianya dieksport ke China. Durian varieti premium Malaysia seperti Durian Musang King , Durian Black Thorn, Durian Udang Merah, Durian IOI, Durian D24 dan beberapa varieti lagi sudah mendapat harga premium di negara kita dan juga pasaran eksport. Saya telah menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini dimana ia merangkupi daripada banyak aspekk daripada awal penanaman sehingga kepada pemasaran dan penghasilan produk asas durian. Foto diatas saya bersama En Ah Tong diladangnya di Kg Titi Bunga, Titi, Negeri Sembilan yang mana beliau merupakan salah seorang penanam durian yang berjaya menanam durian premium seluas lebih daripada 40 ekar dibeberapa lokasi kebun. Pokok durian ini telah berumur 12 tahun ini adalah pokok hasil cantuman dewasa diantara pokok asal dengan durian Musang King yang kini mampu mengeluarkan antara 300 - 400 biji setahun. Dilihat dari segi taburan dahannya memang terbaik untuk sinaran matahari, pengudaraan dan keseimbangan pokok. Pengalaman lebih daripada 15 tahun didalam mengaja tanaman durian memang amat mencabar terutama untuk mempastikan pokok duriannya sentiasa dalam keadaan baik dan mampu menhgasilkan buah 3 kali setahun. Beliau yang asalnya menjalankan perniagaan dalam rantaian bekalan daging sejuk beku telah menjadikan tanaman durian sebagai hobi yang menyeronokan yang mana ia mampu mendatangkan pulangan amat baik. Bagaimana pun semuanya memerlukan ilmu pengetahuan, modal, pekerja dan paling penting bagaimana untuk manjadikan pokok durian dikebunnya sentiasa sihat, berbunga dan menghasilkan buah berkualiti. Tinjauan penulis ke kebun beliau disambut baik selama 4 jam dengan banyak perbincangan teknikal dibuat bersama. Antara aspek penting penanaman durian menurut Ah Tong adalah amalan agronomi disesuaikan dengan tindakan yang tepat. Walau pun aspeh baka atau varieti durian penting dan juga aspek pembajaan serta kawalan penyakit dan perosak tetapi aspek cantasan dipokok duiran juga penting. Artikel petang ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aspek cantasan dikebun durian hasil lawatan ke kebuh Ah Tong. 

Ah Tong setuju dimana tanaman durian adalah merupakan tanaman yang semakin mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara kerana keunikan rasanya yang sangat sedap dan memang ia digemari oleh seluruh lapisan masyarakat. Di Malaysia katanya pokok durian antara tanaman yang banyak ditanam kerana nilainya yang tinggi jika dijaga baik dan mempunyai pasaran baik berbanding dengan tanaman lain. Ramai yang dah menjadi jutawan dengan menjual durian kerana harga durian musang kini purata mencapai RM40 sekilogram cuma bekalannya tidak mencukupi untuk dapatkan buah gred premium. Apa pun artikel kali ini saya kongsikan cara pemangkasan pokok durian yang betul supaya berbuah banyak dan pokok lebih produktif serta berkualiti. Aktiviti pemangkasan pokok durian adalah salah satu perkara yang perlu diutamakan selepas penanaman selain penjagaan dan pembajaan bagi memastikan pokok dapat memberikan pulangan yang lumayan. Pemangkasan pokok durian perlu dilakukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi tujuan mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Sebaiknya kerja-kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang dan dilakukan mengikut umur pokok (Sila lihat foto disebelah). Pemangkasan pokok matang biasanya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang berpenyakit, tidak produktif dan dahan-dahan yang patah atau layu disamping ianya akan memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi. Apa yang Ah Tong lakukan adalah membuang dahan-dahan yang rimbun dibahagian atas sehingga penulis blog periksa jam 3.30 petang purata bacaan meter sinaran matahari sekitar 8,000 - 9,000 lux dibawah pokok durian. Biasanya kebanyakan tanaman memerlukan diantara 15,000 - 45,000 lux cahaya untuk perumbuhan yang normal. Lux adalah unit yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya matahari atau light intensiti. Sebagai perbandingan pada tengahari yang cerah dimana keamatan cahaya matahari (direct sunlight) adalah dalam lingkungan 120,000 lux (ia sampai dibahagian atas pokok durian). Pada hari yang cerah tetapi redup biasanga sekitar 25,000 lux sementara pada hari mendung hanya sekitar 2,000 lux. Dalam rumah kita hanya prlukan sekitar 500 lux untuk pencahayaan yang cukup.

Saya terus berbincang dengn Ah Tong mengenai beberapa jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah teknik pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan (Sila lihat foto disebelah). Penting dilakukan seperti pemangkasan penjagaan iaitu dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mampu untuk mengurangkan penggunaan racun kimia. Ini kerana diantara tujuan pemangkasan ini ialah bagi membentuk dan mengawal pembentukan pokok, membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. Ini kerana hanya pokok durian yang mampu hasilkan durian berkualiti termasuklah adalah dengan mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant) iaitu mempunyai dua batang utama atau lebih yang saling bersaing untuk mendapatkan makanan dan tidak mempunyai batang utama, berbilang atau banyak batang, yang dikenali sebagai multiple leaders. Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang. Sebaiknya juga dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian. Jika diperiksa bukan dahan yang berada dibahagian bawah sahaja tetapi dahan dibahagian tengah pokok tau atas perlu dibuang jika menghalang sinaran cahaya matahari. Pokok duirn yang mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian perlu dilatih pembentukkannya. Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Sebaiknya bagi jenis dahan mendatar dan kemas dan ia tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Jika kurang pengudaraan dan lembab maka klat boleh datang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya. Kedapatan pokokk 'duit-duit' pada batang pokok dan dahan mesti dibuang selalu.

Walau pun ada kalangan petani yang berpendapat bahawa sesiapa boleh memendekkan pokok dengan memotong bahagian atasnya. Ramai mungkin tidak menyedari dimana dengan kaedah memusnahkan secara kekal dan merosakkan pokok secara kekal adalah menganggu pokok sehingga ia boleh membunuhnya. Mungkin ada kalangan pembaca pernah mendangar 'Topping Pokok'. Topping Pokok adalah aktiviti membuang bahagian atas batang tengah pokok durian untuk tujuan cantuman dewasa atau membentuk semua pokok durian baru. Ketinggian tepat membuat topping pokok dan aktiviti merawat luka kerana dipotong mesti dilakukan. Pastikan ada lagi dahan yang mempunyai daun untuk mengelakkan seluruh batang durian ditinggalkan tidak mati. Apabila keluar tunas baru maka boleh dilakukan cantuman mat tunas pada bahagian tunas yang keluar sehingga berjaya. Membiarkan luka-luka pada bahagian batang dan dahan boleh menyebabkan patogen menyeran pokok kemudiannya. Ah Tong menggunakn tangga aluminium yang tinggi untuk memotong dahan-dahan yang hendak dibuang sepanjang masa jadual cantasan dijalankan. Disamping itu hanya dahan berbentuk yang horizontal ditinggalkan sementara dahan kearah vertikal dibuang. Bagi tujuan pemdapatkan keseimbangan pokok juga sebaikny dilihat sekeliling pokok dari bawah dahulu dan tentukan ranting atau dahan mana hendak dibuang. Teknik membuat cantasan adalah subjektif tetapi yang penting tujuan cantasan mencapai matlamatnya. Semuga artikel hasil tinjauan kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CANTASAN DURIAN... PENTING DIA....
DAHAN DIBUANG... SEIMBANG PULA...
PENGUDARAAN BAIK... BERBUNGA...
AKREDITASI MYGAP... AMAL SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(15 Rejab 1442H).

Monday, March 29, 2021

SABUN PAPAYA - APAKAH DIA?

SABUN PAPAYA
atau SABUN BETIK merupakan salah satu produk yang kini semakin popular dikalangan pengguna wanita kita terutamanya sebagai bahan kecantikan wajah. Pokok Betik (Carica papaya) merupakan sebagai tumbuhan yang menghasilkan buah dan getahnya (latex) dimana buah betik yang masak akan dijadikan makanan dan buah betk muda akan dijadikan sayuran. Cita rasa manis dengan tekstur lembut serta kandungan khasiat dari buah betik menjadikan buah ini merupakan diantara buah yang popular didunia. Banyak khasiat nutrisi dari betik daripada kandungan tenaga, vitamin, zat mineral serta pelbagai komponen lain. Pada penulis blog yang meminati makan buah betik kerana banyak membantu didalam proses pencernaan dan memudahkan buang air. Selain itu terkini dilaporkan dimana ada kegunaan dari pokok betik untuk mencantikkan kulit muka yang sudah dikomersilkan. Kalau anda google di internet mengenai produk sabun betik ini memang banyak yang ada dijual dipasaran selain lebih popular dibeli melalui sistem On-line. Didakwa dimana sabun betik ini merupakan produk sabun yag dibuat dari hasil proses mudah secara semulajadi tanaman betik.  Sabun papaya didakwa mampu melembut dan memutihkan kulit. Sebenarnya lazimnya sabun biasa juga boleh dalam membersihkan dan menghilangkan kotoran bagaimana pun sabun biasa selalunya agak keras bagi kulit sesetengah orang sehingga menyebabkan kulit kering. Perkara ini adakah disebabkan sabun biasa akan menghilangkan lapisan minyak secara semulajadi. Beberapa sabun biasa juga mengandungi detergen sintesis dan bahan kimia lain yang memberikan aroma dan warna menarik. Bahan-bahan tersebut dilaporkan memang boleh menyebabkan kulit kering dan menjadilan kulit muka semakin gatal. Apabila sabun biasa ini terus digunakan dalam jangkamasa panjang maka kesan sampingannya boleh memburuk kulit yang bermasalah seperti masaalah jerawat, psoriasis dan rosacea. Sementara itu didakwa dimana produk sabun betik yang terbuat dari bahan alami dapat menyediakan pasokan enzim papain. Enzim ini dapat memecahkan protein dan bertindak sebagai agen antiperadangan.  Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai penghasilan produk daripada tanaman betik sebagai sabun betik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Didakwa dimana Sabun Betik yang memang 
mengandung vitamin C dan antioksidan yang boleh meningkatkan kesihatan kulit. Nutrisi tersebut mampu merangsang pengeluaran kolagen serta mengurangkan pigmentasi atau titik hitam atau gelap di kulit. Betik juga ada mengandung vitamin A yang membantu untuk mempercepat pergantian sel, membantu mengurangkan bintik gelap, noda dan bekas luka. Kini dengn ada pelbagai nutrisi dalam sabun betik maka ia selalu digunakan khusus untuk wajah dan membantu kulit lebih cerah dan halus. Kandungan enzim papain dalam sabun betik juga mengatasi sel kulit mati dan menghasilkan kulit baru yang yang lebih sihat. Proses pengelupasan kulit secara semulajadi biasanya akan menghilangkan sel kulit mati dari permukaan kulit wajah. Meksipun secara semulajadi dimana kulit boleh meregenerasi sendiri tetapi juga pengelupasan kulit secara semuladi dipercepatkan dengan penggunaan sabun betik. Mereka yang menggunakan sabun betik secara rutin juga menjadikan kulit seseorang akan lebih cerah, halus dan juga warna kulit yang seragam. Memang ada dakwaan dimana selama ini ramai orang salah sangka menggunakan sabun betik hanya menyebabkan agar kulitnya 'cepat putih'. Apa pun sebenarnya pendapat tersebut kurang tepat. Bahan papain yang terdapat pada betik didakwa mampu bekerja secara cepat seperti krim pemutih dengan cara menanggalkan sel kulit mati agar kulit lebih terang semasa menggunakan sabun betik atau sabun papaya bertahap.  Sabun ini didakwa mampu mengurangkan dan menghilangkan bekas jerawatmelalui enzim pelarut protein yang terdapat dalam pepaya. Enzim ini dilaporkan berkesan untuk menghilangkan keratin yang rosak. Keratin adalah protein yang terdapat dalam kulit dimana jika berlaku pernumpukan keratin dapat menyebabkan ujud bonjolan kecil di wajah. Kekuatan eksfoliasi sabun pepaya juga boleh mencegah terbentuknya sel kulit mati yang mana ia kemudiannya akan menyumbat pori pada kulir muka. Jika berlaku penyumbatan pori dimana perkara ini adalah asas kepada kejadian jerawat. Mungkin ada kalangan pembaca yang berpengalaman digigit serangga di wajah dimana kesan dari sengatan atau gigitan serangga tidak menjadikan kulit wajah bengkak dan terasa gatal-gatal. Sebaiknya bagi tujuan untuk mengatasi gigitan serangga di wajah secara semulajadi boleh di cuci wajah pakai sabun pepaya.

Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan dimana s
abun pepaya disebut boleh untuk membantu meringankan rasa sakit, gatal, bengkak dan bengkak kerana gigitan oleh serangga. Kandungan bahan papain dalam tembikai didakwa sama fungsinya iaitu ia dapat mengurangkan peradangan dan membantu mempercepat penyembuhan luka. Beberapa serangga menghasilkan racun peptida dimana racun ini dapat membentuk protein. Papain adalah bahan yang dilaporkan mampu untuk memecah protein ini sehingga kejadian kegatalan atau iritasi pada kulit dapat dicegah. Terdapat perbezaan kesan sabun betik ini mengikut jenis kulit seseorang dimana sebaiknya cuba mendapatkn jenis sabun yang berkualiti baik dan ada rujukan lengkap. Apa pun sebelum menggunakan sabun pepaya untuk wajah dengan mempastikan tidak akan berlaku kesan alergi seperti kulit bentol, bengkak, gatal, atau kemerahan. Jika berlaku senasa kali pertama mencub sabun papaya ini maka dinasihatkan agar berhenti menggunakanya. Diingatkan juga agar mengindari penggunaan sabun pepaya bagi orang yang alergi lateks. Ini kerana bahan papain dalam papaya memang ia berasal dari getah papaya mentah. Perbincangan ini bukan sahaja papaya dilaporkan enak untuk dimakan sebaliknya juga ia mengandungi vitamin A, B, dan C, kalium, lycopene dan antioksidan yang semuanya baik untuk kulit pengguna. Menambah minyak pati papaya atau puri kepada sabun yang dihasilkan dengan buatan sendiri adalah cara mudah untuk memelihara kulit anda dan meningkatkan kesan sihat sabun. Cara membuat sendiri sabun betik ini disesuaikan dengan kaedah menyediakan jus betik atau puree untuk sebahagian daripada cecair . Potong buah betik menjadi ketulan dan masukkannya ke dalam mesin pengisar. Proses sehingga buah betik tadi menjadi serbuk halus. Bergantung kepada bagaimana kandungan air dalam buah mungkin perlu untuk menambah sedikit air untuk menghilangkan ketulan besar.  Bagi membuat sabun tangan yang menggunakan minyak pati maka boleh mencairkan 2 cawan sabun putih yang dicincang, 1/4 cawan air dan 5 hingga 6 titis minyak pati betik. Biarkan sejuk kira-kira 20 minit sebelum membentuk bola kecil atau dibentuk didalam acuan dimana ia akan mengeras didalam masa tiga hingga empat hari.

Dilaporkan dimana salah 
satu jenis sabun kecantikan yang sering dipakai oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan kulitnya ialah sabun papaya. Sabun papaya adalah sabun alami yang boleh digunakan pada seluruh bahagian tubuhbadaan dan ia termasuk pada wajah. Sabun papaya dipercayai akan dapat membantu untuk mencerahkan kulit. Sabun ini juga dapat mengurangkan akan munculnya bintik-bintik hitam atau bekas luka. Walau pun sabun biasa juga dapat membersihkan dan menghilangkan kotoran, akan tetapi penggunaan sabun biasa mungkin boleh terlalu kuat efeknya untuk kulit kerana ia menghilangkan lapisan minyak semulajadi di muka. Kehebatan sabun ini dilaporkan mampu menghilangkan flek hitam dan mampu mencerahkan kulit. Flek hitam akan hilang hanya dalam beberapa minggu sahaja dan sabun ini dapat meminimakan pengeluaran bahan melanin tubuh yang merupakan penyebab utama dari penggelapan kulit kita. Tidak hanya mencerahkan warna kulit akan tetapi yang lebih penting adalah kebolehan meratakannya sehingga pemakai tidak mempunyai kawasan gelap di wajah, ketiak atau siku dan meminimalkan perubahan warna yang disebabkan oleh bekas luka. Manfaat sabun papaya yang ketiga iaitu untuk membantu pengelupasan kulit dan mencegah jerawat. Semasa anda menggunakan sabun papaya maka enzim papain yang merupakan bahan alami dalam buah pepaya akan membantu mengangkat kulit mati. Memang kulit mati boleh membuat kulit kering sehingga menimbulkan rasa gatal dan kasar.  Kotoran dan debu ini dapat menyebabkan timbulnya jerawat dan komedo. Melalui penggunaan sabun pepaya setiap hari, jerawat dan bekas luka akan diminimalkan dan akan membantu proses pengelupasan kulit sehingga kulit menjadi lebih lembut, lebih putih dan bebas jerawat. Sabun pepaya  dapat merawat kes jerawat iaitu sebagai kesan lanjutan dari proses eksfoliasi atau pengelupasan kulit. Kesannya sehingga dapat membuka pori-pori yang didukung oleh sel kulit mati dan pebghasilan sebum berlebih. Apa pun jerawat boleh muncul ketika kulit mati dan sebum tidak segera hilang. Inilah sebabnya apabila melalui penggunaan sabun papaya secara teratur maka jerawat dapat dihindari dan ia dapat mencegah munculnya ruam dan jerawat tersebut.

Bagaimana pun ada dilaporkan dimana penggunaan sabun betik juga mempunyai kesan buuruk dan kesan sampingan. Dari laporan oleh 
Healthline dimana sabun betik ini boleh jadi tidak sesuai untuk semua jenis kulit terutama orang yang ada jenis kulit yang sensitif dan kering. Dilaporkan dimana tahap kemampuannya dalam proses  untuk pengelupasan kulit ia akan dapat mengeringkan dan menegangkan kulit. Tetapi menggunakan pelembab wajah yang baik atau lotion pelembab pasti dapat melawan efek ini dan menyeimbangkan tingkat pH pada kulit. Sebaiknya sebelum menggunakan sabun papaya untuk pertama kali maka buat kesan uji sabun tersebut pada sebahagian kecil kulit. Hentikan penggunaan jika muncul tanda-tanda reaksi alergi seperti tanda benjolan, bengkak, gatal atau kemerahan. Bagaimana pun sebagai pengguna periksa dahulu jika sabun betik tersebut adalah sabun asli atau sabun tiruan. Seiring perkembanan era teknologi banyak perusahaan kini mampu menghasilkan sabun papaya namun ada kalngan yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan sabun tiruan yang seakan sama dengan sabun asli dan merbahaya kepada pengguna. Biasanya berlaku diman semakin laris sebuah produk dan canggihnya teknologi kerapkali di salah gunakan oleh beberapa pihak tertentu untuk dipalsukan termasuk produk bagi sabun papaya. Sebagai panduan dilaporkan dimana sabun betik asli mempunyai bau yang segar dan tidak tajam serta mempunyai tekstur sabun semulajadi. Ia lazimnya lebih lembut dan ada kelulusan pihak KKM. Bagi produk sabun betik palsu pula lazimnya dijual dengan harga juga tidak terlalu murah tetapi mempunyai tekstur yang kasar serta ia juga tidak mempunyai bau khas papaya yang segar dan selalunya ada bau sedikit tajam. Sabun tiruan selalunya juga tiada nombor daftar KKM dan dijuak selalunya agak murah sedikit dari sabun asli dimana apabila dipakai menyebakan iritasi dan gatal-gatal pada kulit. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SABUN BETIK... SABUN PAPAYA...
MEMBERSIH KULIT... PUTIHNYA...
ADA YANG ASLI...AWAS TIRUANNYA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Syaaban 1442H).

Sunday, March 28, 2021

RUMPUT SEMALU DAN FAKTANYA

RUMPUT SEMALU
(Mimosa pudica L.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daun kupuannya untuk kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adakah dalam kategori rumpai yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah. Dipercayai ia adalah tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri malu, Kembang gajah, Rumput rimau, Memalu, Keman dan juga Duri keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai tumbuhan rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Cara terbaik bagi kita hendak menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.. Pokok semalu merupakan tumbuhan yang hidup meliar di tepi jalan, kawasan terbiar dan padang. Semalu lebih menggemari kawasan yang agak terdedah kepada sinaran matahari. Pokok terkenal kerana keunikannya tersendiri iaitu daun yang akan menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan mempunyai duri tajam yang berbentuk seperti cangkuk. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tumbuhan semalu untuk menambah pengetahuan anda semua.

Pada penulis blog ini rasanya ramai pernah lihat dan kenal akan rumput Semalu ini. Tumbuhan unik ini lazimnya akan menguncukan daunnya apabila tersentuh atau ada gangguan gerakan (Sila lihat foto disebelah). Rumput ini
 juga dikenali dengan nama malu-malu, puteri malu, memalu dari famili Fabaceae. Perkataan 'pudica' yang diambil dari perkataan latin yang mana ia bermaksud 'malu atau mengecut' atau dlam bahasa Inggerisnya adalah 'sensitive plant', 'sleepy plant' atau 'touch-me-not'. Pokok semalu merupakan tumbuhan liar berduri yang dikategorikan sebagai rumpai yang tidak diingini dan boleh didapati tumbuh melata kawasan terutamanya jika ada tanah lapang atau padang juga ditepi-tepi jalan. Sifat pokok semalu sangat unik kerana apabila tersentuh dimana daunnya akan menguncup selalu menjadi permainan kanak-kanak. Mungkin kerana itu ianya dinamakan semalu atau malu. Selain dari itu pokok semalu bersifat menjalar dan mempunyai duri yang tajam dimana ia akan menyebabkan kesakitan atau berlaku kecederaan apabila terpijak. Maka sebaiknya rumpai ini perlu segera dibuang jika didapati kawasan lapang terutamanya di halaman rumah atau sepanjang laluan. Bagaimana untuk mencabutnya dengan tangan memang tidak boleh kerana ada duri pada batangnya dan rantingnya yang menyebabkan luka dan amat sakit. Penulis blog selelu membuang rumput semalu dini dengan alat penyepit khas (playar) untuk membuangnya.

Bagaimana pun rumpai berduri ini juga memang degil dan kalau disembur racun rumpai pun susah untuk mati kerana mudah tumbuh semula. Walau pun begitu dilaporkan 
secara perubatan tradisional, pokok semalu masih berguna untuk mengubati beberapa penyakit disebabkan kandungan tanin, mimosin dan Asid pipekolinate yang terdapat dalam tumbuhan ini. Air rebusan semalu dilaporkan dapat mencegah dan didakwa mengubati hepatitis. Caranya dengan merebus 10 gm bahagian pokoknya dan akar yang telah dibersihkan dengan 200 cc air sehingga mendidih selama 15 minit. Hasil rebusan diminum setiap hari. Selain dari itu semalu juga dikatakan boleh mengatasi masaalah insomnia, bronkitis dan reumatik. Dalam aktiviti penyelidikan farmakologi terutama yang mana ia  menyentuh soal penyakit seperti anti kencing manis, antitoksin, antihepatotoxin, antioksidan dan luka mendapati kandungan alkaloid, glikosida, flavonoid dan tanis dalam pokok semalu ada aktiviti penyembuhan. Ia digunakan dalam menyekat kapha dan pita untuk menyembuhkan luka, darah bergumpal dan masalah kelemahan seksual. Menurut The International Journal of Pharmaceutical Sciences and Drug Research 2013 yang bertajuk Pharmacology and Traditional Uses of Mimosa pudica, semua bahagian pokok yang dianggap memiliki khasiat ubatan dan boleh digunakan dalam merawat penyakit seperti penyakit hempedu (bilious disorder), kusta, disenteri, masalah faraj dan rahim, radang, keletihan, asma, leucoderma dan penyakit darah.

Kalangan penduduk kampung pula rumput semalu ini 
atau dipanggil Shameplant dianggap sebagai rumpai yang durinya yang tajam amat mengganggu yang boleh melukakan bahagian badan jika terpijak. Ia berduri dan bila disentuh daunnya ia 'malu' lalu menguncup. Jangan main main rumpai ini berduri walau pun dilaporkan ada banyak khasiat terkandung dalamnya. Pendduduk kampong daru dulu akan gunakan khasiatnya rumpai ini yang sesuai untuk tujuan mengecut, menguat dan membersihkan faraj dan khususnya selepas bersalin atau haid bagi wanita. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu. Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan. Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi. Semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan. Apa pun caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut. Dilaporkan juga dimana rumput semalu mampu untuk menghapuskan lemak atau kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol. Ada juga dakwaan dimana semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing. Jika hendak buat rawatan gatal akibat 'makan air' maka boleh mengambil semua bahagian semalu kemudian direbus dan merendam kaki ketika air suam. Begitu juga untuk mererawat luka boleh diambil semua bahagian semalu seterusnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian luka. 

Seterusnya untuk m
erawat keadaan tidak tenteram atau gelisah boleh diambil semua bahagian pokok dan direbus seterusnya gunakan air rebusan itu untuk mandi. Bagi merawat masaalah bisul pula maka boleh diambil daun semalu serta ia dilumatkan dan seterusnya ditampal bahagian bisul dengan ditinggalkan kosong di bahagian tengah. Kesannya adalah dimana rasa berdenyut akan hilang dan nanah akan keluar. Ada juga yang hanya guna akar. Apa pun petua untuk merawat kuku kaki dan tangan dengan semalu adalah yang paling baik. Rumput semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) perlu direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi dan seterusnya dimasuk kan kaki atau tangan dan merendam di dalam air rebusan itu (Sila lihat foto disebelah). Didakwa iaitu air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' disebabkan kulat air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. Dalam pada itu jika ada gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) yang mana berlaku kepada mereka yang selalu 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan). 

Fakta mengenai semalu ini dilaporkan dalam akhbar Berita Harian dengan tajuk '
Murid sekolah hasilkan sabun daripada daun semalu' menjadi sebutan ramai. Sebuah sekolah di Behrang dengan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (SKBB 2020) berjaya menghasilkan sabun daripada ekstrak pokok semalu yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit. Lima murid perempuan berkenaan menghasilkan produk inovasi herba itu yang dikenali ‘Enviro-Mimosa Soap’ atau Sabun Mimosa dengan bimbingan guru sains sekolah mereka iaitu Cikgu Dr S Santharasekaran. Pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica adalah tumbuhan renek yang boleh ditemui di merata tempat terutama di kawasan padang dan lapang. Idea untuk menggunakan semalu sebagai bahan untuk tujuan menghasilkan sabun berkenaan selepas sering terpijak tumbuhan itu di padang sekolah. Mereka kemudian mendapat idea menghasilkan sesuatu dari tumbuhan itu selepas berjumpa dengan guru sainsnya yang selalu membimbing murid untuk sentiasa kreatif dalam menghasilkan inovasi. Kemudian guru memaklumkan bahawa tumbuhan ini memang mempunyai khasiat tinggi dan tergolong dalam tumbuhan herba yang antara lain berguna untuk merawat kulit berkurap, mengurangkan bengkak akibat terseliuh dan membersihkan kelamin wanita selepas haid atau bersalin serta merawat kulit kaki yang merekah. Selepas mengetahui tumbuhan itu mempunyai banyak khasiat terutama dalam perubatan tradisional, saya bersama empat rakan sekolah memulakan inovasi menghasilkan sabun ekstrak daun semalu dengan dibimbing guru. Enviro - Mimosa Soap adalah sabun yang mempunyai aroma semulajadi dan berkesan untuk merawat semua jenis penyakit kulit jika digunakan dengan cara yang betul. Inovasi itu akan dipertandingkan di Karnival Inovasi Kebangsaan (SEPINTAR) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI ) Rawang pada 26 Jun 2019 ini. Projek inovasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha sekolah untuk mengaplikasikan idea dan kreativiti murid dalam dunia teknologi dan sains sejajar dengan moto sekolah itu, ‘Inovasi, Intelektual & Berwawasan’. Pihak sekolah sememangnya menggalakkan murid supaya berfikiran kreatif dan berinovasi terutama dalam menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Semuga artikel subuh Nisfi Syaaban ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
RUMPUT SEMALU... BERDURI DIA...
MUDAH TUMBUH... DIMANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... DIA RUPANYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandaraya melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1442H).

Saturday, March 27, 2021

PIGMEN - DALAM DAUN

PIGMEN
(Pigment) pada daun adalah sejenis zat warna yang mengubah warna cahaya yang dilihat sebagai daripada akibat proses penyerapan terpilih terhadap panjang gelombang pada kisaran tertentu daun. Warna pada tanaman disebabkan oleh pigmen yang terdapat pada daun didalamnya pada tilakoid yang terdapat di dalam stroma. Pigmen dalam daun dibagi menjadi tiga iaitu Klorofil, Karotenoid dan juga Antosianin. Daun tumbuhan melakukan proses fotosintesis dan proses pernafasan setiap masa melalui beberapa sistem. Daun mempunyai Klorofil dibezakan menjadi 2 iaitu klorofil a dan klorofil b yang agak kompleks begitu pula dengan karotenoid, karotenoid dibezakan menjadi xantofil dan karoten. Kajian mendapati pembahagian tersebut pada akhirnya menunjukkan bahawa pada umumnya jenis-jenis pigmen ada 3 macam. Didapati dimana lazimnya terdapat pigmen semulajadi dalam berbagai jenis warna iaitu bermula dari warna Merah, Kuning, Hijau dan sebagainya dimana sebenarnya setiap pigmen itu memiliki peranan dan fungsi masing-masing. Fungsi Pigmen sebenarnya berlainan diantara jenisnya. Pigmen-pigmen tersebut memiliki fungsi dimana bagi Fungsi Klorofil atau yang biasa dikenali sebagai 'zat hijau daun' sama sperti sebutan pada namanya merupakan kandungan yang menyebabkan warna hijau pada tanaman. Pigmen pada membran tilakoid sebagian besar terdiri dari dua jenis klorofil hijau iaitu klorofil a dan klorofil b (Salisbury dan Ross, 1995). Klorofil a mampu untuk menyerap spectrum cahaya merah, ungu dan biru dalam proses fotosintesis. Sedangkan klorofil b mampu menyerap cahaya jingga dan biru serta memantulkan cahaya hijau dan kuning dalam proses fotosintesis. Klorofil ini akan menyerap tenaga (energy) dari matahari untuk membantu didalam proses fotosintesis pada tumbuhan. Klorofil tersebut dalam tanaman sama juga halnya seperti kewujudan 'darah' pada manusia. Zat ini sangat berperanan didalam fungsi penting metabolisme seperti pertumbuhan dan respirasi (pernafasan) tumbuhan. Komposisi kimia klorofil dilaporkan memang menyerupai atau hampir sama dengan komposisi darah manusia. Perbezaannya cuma atom sentral klorofil adalah magnesium (Mg)  sedangkan atom sentral manusia adalah besi (Fe). Artikel pada kedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai kepentingan pigmen pada daun sebagai bahan rujukkan untuk anda semua.

Fungsi 
Anthosianin pada daun yang juga merupakan pigmen yang dapat memberikan warna biru, ungu, violet, magenta, merah dan orange pada bahagian tanaman seperti buah-buahan, sayuran, bunga-bungaan, daun, akar, umbi, legume dan sereal. Anthosianin ditemukan di bahagian vokuola dalam sel tanaman. Lazimnya senyawa ini bersifat reaktif iaitu ia mudah teroksidasi mahu pun tereduksi (reduction) serta mempunyai ikatan glikosida yang mudah terhidrolisis. Pigmen ini tidak bersifat toksik dan selamat untuk dimakan. Antosianin dapat berfungsi untuk melawan proses oksidasi (oxidation process) didalam tubuh manusia serta melindungi daripada bahaya kerosakan DNA pada tubuh. Ia juga mambantu dalam meningkatkan sistem imuniti atau kekebalan tubuh dengan cara meenghasilkan sitokinin dalam jumlah besar. Dilaporkan dimana Antosianin juga mampu mengubati penyakit hipertensi dan disfungsi hati, mampu meningkatkan peranan dan fungsi dari saraf kognitif yang terdapat pada otak yang mana ianya berhubungan dengan tingkat kecerdasan seseorang sehingga kecerdasan semakin dipertajamkan dan meningkat. Fungsi  Karotenoid yang terbahagi menjadi karoten dan xantofil juga penting. Karoten adalah pigmen yang menyebabkan warna oren sedangkan xantofil adalah pigmen yang menyebabkan warna kuning. Karotenoid mampu melindungi tumbuhan terhadap solarisasi dengan cara menyerap kelebihan energi cahaya dan kemudian dilepas sebagai bahang. Karotenoid mempunyai aktiviti antioksidan yang sangat tinggi dimana ia akan memiliki dampak pada meningkatnya sistem imun atau kekebalan tubuh. Karotenoid juga berfungsi sebagai penghasil provitamin A. Warna merah pada daun acalipa adalah juga disebabkan daun tersebut mengandung pigmen antosianin. Warna merah daun acalipa juga beragam dimana lazimnya akan terdapat warna merah yang pekat serta warna merah yang cerah. Dalam kajian pigmen yang dilakukan pada daun acalipa merah menunjukkan bahawa daun acalipa merah mengandung pigmen antosianin serta klorofil b. Walaupun warna daunnya tidak berwarna hijau akan tetapi daun acalipa memiliki pigmen klorofil ksebab sebahagian besar tumbuhan tersebut termasuk acalipa melakukan fotosintesis untuk  keberlangsungan hidup tumbuhan tersebut.

Penulis blog percaya pembaca dan ramai yang sekolah tahu dimana Proses 
Fotosintesis merupakan proses yang mengubah tenaga cahaya dari matahari menjadi tenaga kimia untuk tanaman. Mekanisme ini dapat terjadi kerana terdapat pigmen klorofil pada tumbuhan yang merupakan molekul makro yang dihasilkan oleh tanaman. Senyawa ini yang berperanan dalam proses fotosintesis tumbuhan dengan menyerap dan mengubah tenaga cahaya matahari menjadi tenaga kimia. Peranan klorofil pada daun mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu menyerap tenaga  matahari, memproses (fixation) karbon dioksida menjadi karbohidrat dan juga menyediakan dasar energetik bagi ekosistem secara keseluruhan. Karbohidrat yang dihasilkan fotosintesis melalui proses anabolisme diubah menjadi protein, lemak, asid nukleat dan molekul organik lainnya. Berdasarkan hasil dari pemerhatian yang diperoleh berbagai warna pigmen pada daun acalipa merah, acalipa hijau, acalipa putih dimana secara fisikalnya akan dapat dilihat bahawa daun acalipa merah terdiri dari beberapa warna diantaranya hijau, merah serta putih. Melalui kajian yang telah dilakukan dimana data menunjukkan dimana daun acalipa merah mengandungi akan pigmen klorofil serta pigmen antosianin dengan perbandingan 2.52 : 1. Daun acalipa hijau apabila dilihat secara kasar oleh mata terdiri dari 2 warna asas pokok iaitu warna hijau serta kuning pada tepi daunnya. Berdasarkan kajian ini tidak dijumpai pigmen anthosianin dan kartenoid pada acalipa hijau tetapi mempunyai pigmen klorofil yang kuat yaitu klorofil a dan klorofil b dengan perbandingan 1 : 1.6. Pokok Acalipa putih pula mempunyai pigmen yang sama dengan acalipa hijau yaitu klorofil a dan klorofil b dengan perbandingan 1 : 1.6. Pigmen-pigmen tersebut dihasilkan setelah daun-daun tersebut digerus dan ditambahkan CaCO3 dan ia kemudian ditambahkan larutan aseton sebanyak 2 cc dan selanjutnya diberi larutan petrolium 15 cc dan dipisahkan menggunakan corong pemisah.

Kajian mengenai apakan p
engaruh matahari pada warna Hijau Daun telah dilakukan saintis. Matahari adalah sumber tenaga bagi seluruh makhluk hidup di dunia dengan jumlah yang tidak terbatas. Bila dihuraikan dengan lebih terperinci dimanasebenarnya  cahaya matahari adalah cahaya polikromatik yang terdiri dari banyak warna. Warna putih pada cahaya matahari sebenarnya adalah gabungan dari berbagai cahaya dengan panjang gelombang yang berbeza-beza. Mata manusia hanya boleh menyerap paling tidak tujuh warna yang ada pada cahaya matahari seperti warna pelangi iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu. Cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan hidup untuk proses fotosintesis yang dilakukan klorofil di dalam kloroplas. Memang asasnya fotosintesis adalah suatu proses yang hanya terjadi pada tumbuhan yang berklorofil dan oleh hidupan bakteria fotosintetik. Lazimnya tenaga matahari (dalam bentuk foton) ditangkap dan diubah menjadi tenaga kimia (ATP dan NADPH). Molekul klorofil menyerap cahaya merah, biru, dan ungu, serta memantulkan cahaya hijau dan sedikit kuning dalam reaksi terang fotosintesis dimana mata manusia menerima warna hijau ini. Di dalam daun terdapat unsur yang disebut pigmen yang menentukan bagaimana cahaya diperlakukan ketika cahaya mengenai daun tersebut. Sebahagian cahaya matahari ini akan diserap sementara yang lainnya akan dipantulkan. Cahaya yang dipantulkan ini akan diterima oleh mata kita akan ”diterjemahkan” oleh otak kita sebagai warna. Tumbuhan hanya menggunakan sebahagian spektrum warna yang spesifik iaitu spektrum warna yang paling banyak tersedia. Pigmen-pigmen hijau klorofil tersebut berada dan terdapat pada bahagian sel plastida yang dikenal kloroplas (chloroplast). Pigmen hijau ini mendominasi dan menutupi pigmen-pigmen warna lainnya seperti merah-oren (beta-carotene) dan juga warna kuning (xanthophylls). Selain klorofil juga ada beberapa jenis daun memiliki pigmen-pigmen lainnya iaitu karoten (carotene) dan antosianin (anthocyanin). Karoten menyerap cahaya biru dan biru-kehijauan dimana ia akan menyisakan warna merah serta kuning. Sedangkan antosianin menyerap sangat banyak cahaya berwarna biru, biru-kehijauan, serta hijau, dan memantulkan cahaya merah.

Penulis blog berharap agar pembaca men
dapat gambaran tentang prinsip terbentuknya warna warna hijau pada daun. Lazimnya kehadiran klorofil serta jumlah pigmen yang terkandung dalam daun menentukan warna daun yang dapat dilihat dimana gabungan klorofil dan karoten menghasilkan warna hijau muda, sedangkan daun berwarna merah dan merah gelap banyak mengandungi antosianin. Kandungan ini dapat berubah-ubah pula iaitu seiring dengan waktu terutama di negara yag ada 4 musim. Kajian menunjukkan dimana pigmen Klorofil memang ia hanya memiliki umur relatif lebih pendek dibandingkan dengan pigmen lainnya. Seiring dengan umur daun dan tumbuhan semakin tua maka jumlah klorofil dalam daun berkurangan. Akibatnya maka warna hijau daun menjadi pudar dan ia akan digantikan oleh warna lain sama ada warna kuning dari karoten atau merah atau ungu dari antosianin. Itulah sebabnya pokok jagung yang tua mempunyai daun yang bukan hijau lagi sama dengan tumbuhan lain. Kajian mendapati dimana panjang gelombang cahaya matahari memiliki warna. Kepada tumbuhan warna merah pada panjang gelombang matahari yang diserap tumbuhan akan berdampak pada pertumbuhan bunga. Apabila tanaman terdedah kepada radiasi warna merah iaitu dari panjang gelombang cahaya matahari, maka tumbuhan akan tumbuh tinggi, lebat dan cepat berbunga. Warna biru pada panjang gelombang cahaya matahari pula akan dilihat pada proses pertumbuhan daun. Dilaporknan radiasi warna biru dari panjang gelombang cahaya matahari membolehkan tumbuhan akan berdaun lebat. Radiasi cahaya matahari juga bermanfaat untuk mengaktifkan pembelahan sel klorofil yang terkandung dalam tanaman. Oleh karena itu, tanaman ataupun anakbenih yang kurang terkena cahaya matahari akan berwarna kuning pucat dan sebaliknya jika anakbenih ini terkena terus cahaya matahari akan berwarna hijau sebab secara automatik klorofil diaktifkan. Umumnya seluruh molekul organik tumbuhan mampu melalkukan sintesis dari energi dan adanya organisme hidup lainnya tergantung pada kemampuan tumbuhan atau bakteria fotosintetik untuk berfotosintesis.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMANYA PIGMEN... APA BENDA...
PADA TUMBUHAN... DAN BAKTERIA...
SELALU DILIHAT... BANYAK WARNA...
BACA ARTIKEL... SUSAH FAHAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(12 Syaaban 1442H).

Friday, March 26, 2021

BUAH NANAS - MANIS BERKHASIAT?

NANAS
(Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropika yang luas ditanam di Malaysia. Tanaman nanas adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay yang dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah kolonial dahulu. Tumbuhan ini berada dalam keluarga Bromeliaceae dimana ia merupakan sejenis tumbuhan yang rendah saka seperti jenis herba (herbaceous perennial) dengan mempunyai 30 helai atau atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal sama ada berduri atau tidak berduri. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai 'pineapple' dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain (pine tree). Makna 'anana' adalah bermaksud "buah yang sangat baik". Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan keluaran sekitar 16,500 hektar. Tanaman nanas ditanam daripada benih iaitu diambil daripada bahagian sulur dan jambul. Diantara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah MD2, Josapine, Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris) dan N36. Hanya varieti MD2, Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran domestik dan eksport kini tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun. Kadar pertumbuhan nanas amat bergantung kepada kelembapan tanah, pembajaan dan aruhan pembungaan dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Sebaiknya kawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Didunia dilaporkan pengeluaran buah nanas komersil boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taiwan. Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi Asid citrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Dalam aspek perubatan didakwa dimana buah nanas lazimnya dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah (cancer). Dua jenis molekul daripada nanas didakwa ada menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Terdapat beberapa kajian yang giat dilakukan berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taiwan. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai buah nanas yang manis tetapi berkhasiat untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Buah nanas merupakan jenis buah yang berkhasiat terutama jika ia dimakan segar. Hasil daripada analisa makmal dilaporkan dimana buah nanas 
mengandungi banyak bahan zat yang berguna dimana sekitar 85% adalah air diman selebihnya terdiri daripada Asid askorbik, Sukrosa, Asid sitrik; Sebatian vitamin B, Vitamin, Provitamin A dan juga beberapa mineral seperti Besi (Fe), Kalium (K), Tembaga (Cu), Zink (Zn), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan juga Yodium. Dilaporkan iaitu nilai tenaga pulpa buah nanas adalah 48 kilokalori setiap 100 gram produk buah. Produk ini mempunyai nilai paling besar disebabkan oleh bahan yang terkandung di dalamnya khususnya Bromelain. Komponen ini mempunyai sifat penting untuk kesihatan seperti Anti-radang, dan sebatian ini meningkatkan fungsi sistem hematopoietik dan pencernaan.  Bromelain dilaporkan dapat menyumbang kepada pecahan lemak badan dimana buah ini dimasukkan dalam kebanyakan diet yang bertujuan untuk mengurangkan berat badan. Pengambilan buah nanas membantu menormalkan dalam saluran gastrousus; membersihkan badan bahan toksik dan gelincir, elakkan pembekuan darah dan pencairannya. Selain itu khasiat nanas dilaporkan mempunyai ciri menormalkan sistem saraf pusat, pengaktifan proses metabolik dalam badan dan juga membantu dalam peningkatan sistem kencing dan pencegahan edema tisu. Ia juga dilaporkan boleh memperbaiki sistem imun badan dan juga menormalkan lagi kadar tekanan darah dalam hipertensi. Kajian menunjukkan dimana pengambilan sebanyak 200 gram pulpa nanas segar setiap hari akan membantu mengatasi keadaan patologi buah pinggang. Jumlah produk yang sama harus dimakan semasa kehamilan bertujuan untuk mencegah kesakitan dan menambah semua vitamin dan unsur mikro yang diperlukan dalam tempoh ini.

Memang beberapa temuan kajian mendpati dimana buah n
anas mempunyai kesan positif terhadap sistem kardiovaskular manusia. Penyerapan produk secara berkala berfungsi untuk mencegah penyakit seperti masalah hipertensi arteri,  aterosklerosis,  penyakit jantung iskemia, angina pectoris;  strok, masaalah kepada serangan jantung, masaalah urat varikos dan juga masaalah trombosis. Ada juga laporan pakar yang boleh mengesyorkan untuk menggunakan buah nanas sebagai satu cara terapi antibakteria dan sebagai salah satu bahan yang terkandung dalam produk dari nanas, meningkatkan kesannya. Didakwa mana-mana lelaki yang menggunakan produk eksotik kurang berkemungkinan menghadapi keadaan patologi sistem pembiakan. Penyerapan produk sebelum makan nanas yang padat akan membolehkan penghadaman makanan lebih cepat dan mencegah rasa berat. Mereka yang kerap makan nanas apabila berlaku penuaan berat badan akan membantu untuk pulih dengan cepat. Lazimnya penulis blog dapati dimana buah nanas yang tidak matang (muda) mempunyai rasa yang masam dan bagi sesetengah orang sebagai menyengat. Nenas masak pula lazimnya mempunyai rasa yang sangat baik, manis atau pun masam manis) dan aroma yang harum terutama dari nanas premisum seperti nanas MD2. Kebanyakan nanas premium apabila buahnya masak akan mempunyai warna kuning keemasan atau warna putih (Yankee) dan menarik serta juicy. Biasanya hampir semua jenis varieti nanas yang berjaya ditanam secara komersil adalah hasil pembiakan baka (hibridisasi). Varieti nanas boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan bergantung kepada ciri-ciri pertumbuhan dan ciri-ciri biologi Red Spanish, Cayene dan Queen.

Lazimnya buah nanas 
berguna untuk kedua-dua kaum wanita dan lelaki kerana didakwa ia membantu untuk menipiskan darah dan membersihkan saluran darah dari kolesterol, melegakan bengkak, merasakan rasa lapar, meningkatkan kandungan serotonin dalam darah dan menghilangkan cecair yang berlebihan dari badan. Pengambilan buah nanas secara rutin disyorkan untuk mencegah serangan jantung dan strok. Ia juga dilaporkan mengelakan penyakit lain seperti trombophlebitis dan trombosis; tekanan darah tinggi;  aterosklerosis;  arthritis;  urat varikos; bronkitis; pneumonia; penyakit sistem saraf pusat dan juga penyakit berjangkit. Segelas jus nanas yang baru dimakan mampu meningkatkan pencernaan terutamanya selepas makan makanan berat kaya dengan serat dan daging. Dilaporkan diman buah nanas menyumbang kepada sistem penurunan berat badan diambil sebagai pencuci mulut dimana akhirnya ia merangsang proses metabolik di dalam badan dan juga baikh kerana kandungan serat yang tinggi. Jus nanas akan membantu mengatasi kelonggaran dan mengatasi loya semasa perjalanan udara. Buah nanas juga boleh digunakan sebagai Masker Muka dimana ada tanda-tanda awal kulit yang bertambai segar selepas nanas menghilangkan muka yang berminyak. Bagaimana pun penulis blog mendapati hasil beberapa laporan kajian dimana ada pantang larang memakan buah nanas yang enak dan manis. Sebaiknya pembaca blog dan rakan lain menghindari atau harus untuk menahan diri daripada memakan nanas apabila mempunyai masaalah seperti Penyakit Gastrousus (gastritis, ulser, keasidan perut meningkat); pembekuan darah rendah; orang dengan enamel gigi hypersensitiviti; mereka yang ada masaalah dengan alahan; kehamilan (janin tidak matang boleh menyebabkan kontraksi rahim); ibu yang menyusu dan  golongan kanak-kanak (sehingga 3 tahun). Dalam masa sama perlu diingaatkan dimana mereka yang ada berlebihan berat badan tidak boleh menyalahgunakan nanas kering sebab ia mengandungi sejumlah besar gula didalamnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH NANAS... BANYAK KISAHNYA...
BUAH MANIS... MASAM PUN ADA...
PILIH YANG MASAK... ENAKNYA...
ADA KHASIAT... LARANGAN JUGA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1442H).

Thursday, March 25, 2021

PISANG REBUS - KEHEBATANNYA

MAKANAN PISANG REBUS
(Boiled banana) pada saya merupakan sejenis makanan 'ala-kampong' semakin viral berasaskan pisang masak direbus untuk dihidangkan sebagai makanan yang enak di kampong. Makanan ini agaknya boleh dipopularkan lagi dengan beberapa pendekatan melalui sosmed. Pisang (Musa spp) mempunyai banyak spesis dan jenis daripada yang dimakan segar, dibuat kuih mueh atau yang khusus untuk digoreng atau di buat kerepek pisang. Kini tidak ramai kalangan masyarakat bandar dan anak-anak generasi milenial mengenali hidangan makanan pisang rebus. Pisang yang sesuai untuk dimakan sebagai 'pisang rebus' adalah daripada varieti seperti Pisang Abu (paling top), Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Lang serta Pisang Benggala yang lazimnya mempunyai kulit yang tebal dan isi yang manis. Caranya dengan memilih pisang yang hampir masak dan leraikan daripada sisirnya. Sediakan air rebusan dengan mengisi air dan sedikit garam. Saya bagaimana pun lebih suka kalau kita kukus (steam) pisang dalam alat pengukus. Kaedah mengukus pisang ini dapat mengekalkan rasa asal pisang yang direbus. Jangka masa untuk merebus atau pun mengukus pisang tidak perlu lama sekitar 15 - 20 minit sahaja. Jika direbus terlalu lama akan menyebabkan kulit dan isi pisang menjadi kecut. Apabila pisang yang direbus atau dikukus ini telah masak maka angkat dan toskan airnya. Apabila sudah agak sejuk kita boleh ambil dan kupas kulitnya untuk dimakan (Sila lihat foto diatas). Apabila kulit dibuang kita boleh potong isi pisang rebus yang berwarna kekuningan terus untuk dimakan atau dimakan bersama kelapa parut bagi menambahkan perisa sedapnya. Ada juga yang suka makan pisang rebun dengan mencecah kepada gula pasir atau juga susu pekat manis. Bagaimana pun pisang rebus yang dibawa sebagai bekalan untuk kekebun, ke sawah atau ke laut sesuai dimakan begitu sahaja kerana tetap sedap dimakan apabila perut sudah lapar kerana penat bekerja. Pada saya pisang lang yang direbus dan pisang nipah memang paling disukai. Ini kerana pisang lang mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup menyelerakan. Sementara itu pisang rebus atau pisang kukus ini tahan beberapa hari jika disimpan dengan baik dan tidak basi. Selain ia mengenyangkan, makan pisang rebus amat memberikan tenaga banyak untuk terus bekerja. Bagaimana pun makan pisang rebus ini bukan dilakukan setiap hari kerana jemu juga. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan khasiat pisang rebus yang kini boleh dikatakan sebagai salah satu makanan unik zaman dulu dan exotic masa kini. 

Memang m
eski dianggap sebagai makanan sederhana sebenarnya pisang rebus adalah sangat nikmat jika dimakan semasa pagi atau petang hari sambil minum kopi. Memang bagi sesetengah orang mungkin agak 'rasa malu' untuk makan pisang rebus kerana dianggap makanan kampungan. apa pun sebenarnya selain dari ianya enak disantap, pisang rebus juga diyakini mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan dengan kehebatannya tersendiri. telah diketahui dimana buah pisang memang kaya serat, Vitamin B6, Vitamin C dan zat ineral seperti kalium yang dapat menangani pembentukkan radikal bebas. Selain ia selalu dikaitan dengan makanan yang sihat, pisang juga enak dan mudah di makan, murah serta boleh dijadikan pelbagai kulineri lain yang dimakan dari kanak-kankak sehingga orang-orang tua. Lihat sahaja bayi yang diberikan dengan 'pisang lenyek' dengan susu sebagai makanan yang mereka suka. Kalangan orang-orang tua pula yang sudah tiada gigi pun sesuai makan buah pisang kerana terus telan sahaja atau dikemam dahulu. Pengolahan buah pisang juga beraneka ragam bermula dari dibuat kerepik, digoreng atau direbus atau kini sudah ramai yang suka minum jus pisang. Semua makanan yang mana ia berasaskan pisang mudah disediakan. Salah satu makanan asas pisang yang saya peling suka adalah pisang rebus. Ada beberapa kajian yang mendapati makanan pisang rebus atau lebih khusus juga pisang kukus didalam menu makanan sihat oleh orang-orang kaya. Memang  kehebatan khasiat pisang rebus akan diperincikan dalam bab berikutnya.

Memang ada banyak sekali manfaat bagi kesihatan memakan pisang rebus yang baik bagi tubuh. 
Kalau hendak dibandingkan dengan pisang goreng kemunkinan besar  pisang yang direbus memiliki manfaat yang jauh lebih baik sehingga selamat dan berkhasiat diambil terutama unruk sarapan waktu pagi. Sudah pasti yang paling utama adalah makan pisang rebus memang mengenyangkan dan tidak akan sakit perut. Amalan makan pisang rebus secara rutin didalam menu makanan keluarga dilaporkan banyak memberikan kebaikan. Pertama adalah dimana pisang rebus mampu melancarkan peredaran darah. Ini kerana terdapat kandungan zat Kalium (K) yang terdapat pada pisang rebus yang membantu melancarkan aliran darah yang tersumbat. Jika pengaliran darah tersumbat maka ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti stroke. Agar peredaran darah pembaca sentiasa baik, lancar dan stabil maka disyorkan memakan pisang rebus.  Ia juga didakwa akan menjaga kesihatan mata kerana kandungan Vitamin A dalam pisang rebusl terkenal mampu mengatasi permasalahan mata sama seperti mengambil lobak merah. Namun ternyata tak hanya wortel saja, pisang rebus juga kaya akan Vitamin A sehingga baik bagi kesehatan mata. Amalan ini dilaporkan akan dapat menjaga dari penyakit mata dan kerosakan mata akibat usia yang sudah lanjut. Terbukti dimanamakan pisang rebus akan melancarkan pencernaan. Ini kerana kandungan serat dalam pisang rebus khususnya jenis Pisang Nipan (atau dikenali sebagai Pisang Kapok/Kepok). Pisang Nipah ini memang sangat efektif membantu aktiviti untuk sistem pencernaan. Ini kerana secara saintifik terbukti dimana kandungan karbohidrat didalamnya dapat mempertahankan gerakan pada usus yang teratur. Selain itu pisang nipah rebus juga dapat mencegah terjadinya kes sembelit dan cirit birit akibat kandungan bahan Pectin didalamnya. Pektin dapat menyerap air dengan baik sehingga berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan buang air besar. Kandungan bahan Antasida di dalamnya juga berperanan sangat baik dalam mengatasi masalah gastrik. 

Memakan pisang rebun juda dilaporkan akan mengawal t
ekanan gula darah. Ini kerana kandungan Kalium dalam pisang kapok rebus memang cukup tinggi walau pun kandungan sodiumnya rendah. Kombinasi ini menjadikan pisang kapok sangat baik untuk menormalkan tekanan darah. Ini akan menjadikan risiko untuk masaalah hipertensi lebih mudah dihindari. Selain itu dimana kandungan gula pada pisang kapok rebus cukup rendah dimana ia juga sangat baik untuk penderita diabetes. Apabila pisang rebus ini dimakan waktu sarapan pagi maka kandungan karbohidratnya mampu membuatkan perut menjadi kenyang lebih lama jika hendak dibandingkan dengan nasi lemak yang tinggi gula. Siapa sangka apabila makan pisang rebus ini dapat membantu mengatasi stres. Bahan seperti Pektin dan Kalium dalam pisang rebus sangat tinggidimana pakar nutrisi mendapati kandungan tersebut mampu menghilangkan stres. Selain itu kalium juga sangat baik untuk membantu proses pengeluaran sel darah putih. Ini menjadikan pengguna sihat dan adalah baik untuk menjaga tahap imuniti serta metabolisme tubuh. Kehebatannya juga termasuk faedahnya yang baik untuk kesehatan tulang. Ini kerana buah pisang juga mengandung prebiotik bernama fructooligosaccharide yang baik bagi kesihatan. Prebiotik inilah yang membantu tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih cepat. Seterusnga didakwa dimana pisang rebus akan membantu mencegah dan mengatasi pembengkakan kaki. Bagi ibu hamil aktiviti rutin makan pisang rebus mencegah dan mengatasi pembengkakan kaki. Pembengkakan kaki selalunya akan berlaku sebab tubuh kekurangan potasium.  Siapa sangka makan ;isang rebun akan mencegah anemia kerana selain dari melancarkan pencernaan didakwa dimana jenis pisang kapok ini juga mampu mencegah terjadinya anemia terutama pada ibu hamil. Ibu hamil yang rentan dan mengalami masaalah anemia disebabkan ia memerlukan lebih banyak darah untuk proses pembentukan organ-organ janin. Pisang kapok rebus mengandung banyak zat besi yang mana ia diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin dan mencegah anemia.

Kehebatan pisang rebus seterusnya adalah didakwa ia b
aik untuk kesihatan buah pinggang atau ginjal. Bahan mineral Kalium (K) dalam pisang rebus baik untuk kesihatan ginjal malahan didakwa mampu elakkan kejadian batu karang dalam buah pinggang. Ini kerana adanya bahan dikenali sebagai Asid Fenolik sebagai antioksidan yang dapat membantu menjaga fungsi dan aktiviti pada buah pinggang. Seterusnya pisang rebus mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit. memang penggunaan buah pisang didalam rawatan kulit (terutama kulit muka) sudah lama diketahui dan diamalkan untuk kecantikan. Buah Pisang telah lama dibuat 'masker wajah' kerana kandungan vitamin dan mineral pada pisang mampu membantu menyihatkan sel-sel dan jaringan kulit pada wajah. Vitamin pada pisang rebus juga akan dapat memberikan nutrisi pada sel dan mengganti sel-sel kulit yang telah rosak. Meemakan pisang rebus secara teratur akan membantu mengecilkan pori-pori wajah sehingga kulit wajah akan dilihat lebih cerah, tegang dan lebih halus. Aktiviti makan pisang rebus terutama pisang kapok ini didakwa dapat untuk menurunkan Berat Badan. Pisang dengan mempunyai nilai nutrisi cukup tinggi iaitu vitamin B6 akan membantu sistem metabolisme atau sistem pencernaan dalam tubuh. Kadar lemaknya cukup rendah menjadikan makanan ala kampung ini sangat sesuai sebagai makanan diet diet. Kepada semua pembaca yang belum pernah makan atau ujirasa pisang rebus selepas membaca artikel ini kena mencuba dahulu. Kalau dimakan dengan tujuan untuk kesihatan pastinya memberikan 'rasa lazat tersendiri' kepada pemakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PSIANG REBUS... MUDAH DI SEDIA... 
PISANG NIPAH... PALING ENAKNYA...
BANYAK KHASIAT... SUDAH CERITA...
APA LAGI... ANDA KENA MENCUBA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang-Air Keroh,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(10 Syaaban 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...