Support My Blog

Sunday, March 28, 2021

RUMPUT SEMALU DAN FAKTANYA

RUMPUT SEMALU
(Mimosa pudica L.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daun kupuannya untuk kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adakah dalam kategori rumpai yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah. Dipercayai ia adalah tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri malu, Kembang gajah, Rumput rimau, Memalu, Keman dan juga Duri keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai tumbuhan rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Cara terbaik bagi kita hendak menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.. Pokok semalu merupakan tumbuhan yang hidup meliar di tepi jalan, kawasan terbiar dan padang. Semalu lebih menggemari kawasan yang agak terdedah kepada sinaran matahari. Pokok terkenal kerana keunikannya tersendiri iaitu daun yang akan menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan mempunyai duri tajam yang berbentuk seperti cangkuk. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tumbuhan semalu untuk menambah pengetahuan anda semua.

Pada penulis blog ini rasanya ramai pernah lihat dan kenal akan rumput Semalu ini. Tumbuhan unik ini lazimnya akan menguncukan daunnya apabila tersentuh atau ada gangguan gerakan (Sila lihat foto disebelah). Rumput ini
 juga dikenali dengan nama malu-malu, puteri malu, memalu dari famili Fabaceae. Perkataan 'pudica' yang diambil dari perkataan latin yang mana ia bermaksud 'malu atau mengecut' atau dlam bahasa Inggerisnya adalah 'sensitive plant', 'sleepy plant' atau 'touch-me-not'. Pokok semalu merupakan tumbuhan liar berduri yang dikategorikan sebagai rumpai yang tidak diingini dan boleh didapati tumbuh melata kawasan terutamanya jika ada tanah lapang atau padang juga ditepi-tepi jalan. Sifat pokok semalu sangat unik kerana apabila tersentuh dimana daunnya akan menguncup selalu menjadi permainan kanak-kanak. Mungkin kerana itu ianya dinamakan semalu atau malu. Selain dari itu pokok semalu bersifat menjalar dan mempunyai duri yang tajam dimana ia akan menyebabkan kesakitan atau berlaku kecederaan apabila terpijak. Maka sebaiknya rumpai ini perlu segera dibuang jika didapati kawasan lapang terutamanya di halaman rumah atau sepanjang laluan. Bagaimana untuk mencabutnya dengan tangan memang tidak boleh kerana ada duri pada batangnya dan rantingnya yang menyebabkan luka dan amat sakit. Penulis blog selelu membuang rumput semalu dini dengan alat penyepit khas (playar) untuk membuangnya.

Bagaimana pun rumpai berduri ini juga memang degil dan kalau disembur racun rumpai pun susah untuk mati kerana mudah tumbuh semula. Walau pun begitu dilaporkan 
secara perubatan tradisional, pokok semalu masih berguna untuk mengubati beberapa penyakit disebabkan kandungan tanin, mimosin dan Asid pipekolinate yang terdapat dalam tumbuhan ini. Air rebusan semalu dilaporkan dapat mencegah dan didakwa mengubati hepatitis. Caranya dengan merebus 10 gm bahagian pokoknya dan akar yang telah dibersihkan dengan 200 cc air sehingga mendidih selama 15 minit. Hasil rebusan diminum setiap hari. Selain dari itu semalu juga dikatakan boleh mengatasi masaalah insomnia, bronkitis dan reumatik. Dalam aktiviti penyelidikan farmakologi terutama yang mana ia  menyentuh soal penyakit seperti anti kencing manis, antitoksin, antihepatotoxin, antioksidan dan luka mendapati kandungan alkaloid, glikosida, flavonoid dan tanis dalam pokok semalu ada aktiviti penyembuhan. Ia digunakan dalam menyekat kapha dan pita untuk menyembuhkan luka, darah bergumpal dan masalah kelemahan seksual. Menurut The International Journal of Pharmaceutical Sciences and Drug Research 2013 yang bertajuk Pharmacology and Traditional Uses of Mimosa pudica, semua bahagian pokok yang dianggap memiliki khasiat ubatan dan boleh digunakan dalam merawat penyakit seperti penyakit hempedu (bilious disorder), kusta, disenteri, masalah faraj dan rahim, radang, keletihan, asma, leucoderma dan penyakit darah.

Kalangan penduduk kampung pula rumput semalu ini 
atau dipanggil Shameplant dianggap sebagai rumpai yang durinya yang tajam amat mengganggu yang boleh melukakan bahagian badan jika terpijak. Ia berduri dan bila disentuh daunnya ia 'malu' lalu menguncup. Jangan main main rumpai ini berduri walau pun dilaporkan ada banyak khasiat terkandung dalamnya. Pendduduk kampong daru dulu akan gunakan khasiatnya rumpai ini yang sesuai untuk tujuan mengecut, menguat dan membersihkan faraj dan khususnya selepas bersalin atau haid bagi wanita. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu. Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan. Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi. Semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan. Apa pun caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut. Dilaporkan juga dimana rumput semalu mampu untuk menghapuskan lemak atau kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol. Ada juga dakwaan dimana semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing. Jika hendak buat rawatan gatal akibat 'makan air' maka boleh mengambil semua bahagian semalu kemudian direbus dan merendam kaki ketika air suam. Begitu juga untuk mererawat luka boleh diambil semua bahagian semalu seterusnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian luka. 

Seterusnya untuk m
erawat keadaan tidak tenteram atau gelisah boleh diambil semua bahagian pokok dan direbus seterusnya gunakan air rebusan itu untuk mandi. Bagi merawat masaalah bisul pula maka boleh diambil daun semalu serta ia dilumatkan dan seterusnya ditampal bahagian bisul dengan ditinggalkan kosong di bahagian tengah. Kesannya adalah dimana rasa berdenyut akan hilang dan nanah akan keluar. Ada juga yang hanya guna akar. Apa pun petua untuk merawat kuku kaki dan tangan dengan semalu adalah yang paling baik. Rumput semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) perlu direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi dan seterusnya dimasuk kan kaki atau tangan dan merendam di dalam air rebusan itu (Sila lihat foto disebelah). Didakwa iaitu air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' disebabkan kulat air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. Dalam pada itu jika ada gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) yang mana berlaku kepada mereka yang selalu 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan). 

Fakta mengenai semalu ini dilaporkan dalam akhbar Berita Harian dengan tajuk '
Murid sekolah hasilkan sabun daripada daun semalu' menjadi sebutan ramai. Sebuah sekolah di Behrang dengan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (SKBB 2020) berjaya menghasilkan sabun daripada ekstrak pokok semalu yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit. Lima murid perempuan berkenaan menghasilkan produk inovasi herba itu yang dikenali ‘Enviro-Mimosa Soap’ atau Sabun Mimosa dengan bimbingan guru sains sekolah mereka iaitu Cikgu Dr S Santharasekaran. Pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica adalah tumbuhan renek yang boleh ditemui di merata tempat terutama di kawasan padang dan lapang. Idea untuk menggunakan semalu sebagai bahan untuk tujuan menghasilkan sabun berkenaan selepas sering terpijak tumbuhan itu di padang sekolah. Mereka kemudian mendapat idea menghasilkan sesuatu dari tumbuhan itu selepas berjumpa dengan guru sainsnya yang selalu membimbing murid untuk sentiasa kreatif dalam menghasilkan inovasi. Kemudian guru memaklumkan bahawa tumbuhan ini memang mempunyai khasiat tinggi dan tergolong dalam tumbuhan herba yang antara lain berguna untuk merawat kulit berkurap, mengurangkan bengkak akibat terseliuh dan membersihkan kelamin wanita selepas haid atau bersalin serta merawat kulit kaki yang merekah. Selepas mengetahui tumbuhan itu mempunyai banyak khasiat terutama dalam perubatan tradisional, saya bersama empat rakan sekolah memulakan inovasi menghasilkan sabun ekstrak daun semalu dengan dibimbing guru. Enviro - Mimosa Soap adalah sabun yang mempunyai aroma semulajadi dan berkesan untuk merawat semua jenis penyakit kulit jika digunakan dengan cara yang betul. Inovasi itu akan dipertandingkan di Karnival Inovasi Kebangsaan (SEPINTAR) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI ) Rawang pada 26 Jun 2019 ini. Projek inovasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha sekolah untuk mengaplikasikan idea dan kreativiti murid dalam dunia teknologi dan sains sejajar dengan moto sekolah itu, ‘Inovasi, Intelektual & Berwawasan’. Pihak sekolah sememangnya menggalakkan murid supaya berfikiran kreatif dan berinovasi terutama dalam menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Semuga artikel subuh Nisfi Syaaban ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
RUMPUT SEMALU... BERDURI DIA...
MUDAH TUMBUH... DIMANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... DIA RUPANYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandaraya melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...