Dilaporkan dalam akhbar tempatan dimana produk jus buah pala merupakan sejenis minuman yang berkhasiat. Media laporkan dimana kira-kira 12 tahun lalu Puan Rohani Mohd Hassan hanya sekadar menjadi seorang pengeluar jus buah pala secara kecil-kecilan di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Berkat kecekalannya dia kini telah menjadi satu-satunya pengeluar jus buah pala Bumiputera yang menceburi perniagaan itu. Jus buah pala yang mana ia menggunakan jenama D'Rosa kini menjadi buah tangan popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang. Beliau mengusahakan kilang menerusi syarikatnya Rohani MH Enterprise di kawasan industri kecil di Sungai Nipah pada 2004 dimana kejayaan dikecapinya berkat kesabaran dan kegigihannya untuk memajukan perniagaan. Rohani dakwa segalanya bermula apabila beliau menderita akibat masalah kesihatan selama lebih dua tahun. Selepas meminum air jus buah pala dalam tempoh sebulan, penyakitnya akhirnya sembuh. Buah pala mengandungi zat seperti kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat serta baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat selain dijadikan antara bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm, malah ia juga untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut. Dia telah memulakan perniagaan jus bermodalkan RM50 untuk membeli botol minuman dan diedarkan secara kecil-kecilan, namun minat mendalam menghasilkan jus buah pala mendorong saya melebarkan sayap perniagaan. Kini beliau antara pelopor Bumiputera yang mengeluarkan produk jus buah pala dengan bantuan peralatan dipinjamkan Jabatan Pertanian Balik Pulau bernilai RM30,000 serta bantuan khidmat nasihat oleh Persatuan Peladang Barat Daya. Dilaporkan selepas belajar dan membuat pelbagai percubaan serta merumuskan resipi jus terbaik, dia memulakan pengeluaran secara kecil-kecilan bermula di rumahnya berhampiran Sungai Rusa, Balik Pulau. Kini daripada perniagaan kecil-kecilan sudah ada kilangnya mampu mengeluarkan lebih 15,000 botol dan pek minuman untuk pasaran ke Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan dan turut mendapat permintaan tinggi daripada beberapa negeri lain. Jus buah pala dengan kandungan 270 mililiter (ml) dan botol 30ml dijual pada harga RM3, manakala kordial seberat 1 liter dijual pada harga RM12 sebotol. Proses untuk menghasilkan jus buah pala bermula dengan mengisar buah sebelum diperah menggunakan mesin bagi mendapatkan patinya sebelum dimasak dengan air gula. Minuman jus pala yang diproses mempunyai pelbagai khasiat selain membantu melegakan sakit perut, menghilangkan angin senggugut, membuang angin dalam badan, melawaskan pembuangan, mencegah kolestrol, darah tinggi, membantu perjalanan darah dan mencegah darah beku pada saluran jantung.
Bernama melaporkan satu artikel bertajuk 'Selain jeruk, buah pala dijadikan serbuk teh dan minyak urut' menarik dirujuk. Buah pala sememangnya sinonim dengan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Berasal dari kumpulan tumbuhan (Myristica fragrans) dimana buah pala merupakan tanaman malar hijau dan tanaman komersial yang sejak dulu mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Petani dibeberapa lokasi telah menjadikan buah pala sebagai sumber utama pendapatan kepada pengusaha iaitu Chang Kun Mim yang telah berumur 73 tahun mendakwa tanaman itu diusahakan lebih empat generasi nenek moyangnya yang berhijrah dari China ke Pulau Pinang sejak 1953. Beliau dilaporkan berkata demikian ketika ditemui Bernama di Balik Pulau untuk meninjau industri tanaman buah pala di Pulau Pinang. Pengusaha dan pemilik ladang buah pala di Balik Pulau itu berkata dimana penanaman buah pala tidak memerlukan penjagaan rapi seperti penggunaan racun serangga. Apa yang lebih menarik dimana memang ulat tidak akan memakan buah tersebut kerana rasa kulitnya yang pahit. Begitu juga dengan iklim untuk kesesuaian tanaman pala dimana ia amat sesuai ditanam di negara kita yang beriklim tropika di samping mempunyai dua musim dalam setahun. Menurut En Chang lagi dimana proses penanaman buah itu juga tidak rumit kerana hanya perlu menunggu benih buah pala menjadi pokok selama lima tahun dan kemudian barulah boleh dipetik buahnya. Setiap pokok boleh menghasilkan kira-kira lima hingga enam kilogram buah pala. Dengan keluasan tanah sebanyak 1.6 hektar, ladang ini mempunyai antara 50 dan 100 pokok buah pala, musim memetik buah pala pula dilakukan sekitar Mac dan September. Khasiat dan kegunaan buah pala dimana selain terkenal dengan makanan jeruk sesuai untuk diproses menjadi beberapa produk pala komersial. KULIT buah buah pala dapat dijadikan teh setelah dikeringkan selama seminggu dan kemudian biji buah pala pula dapat dijadikan minyak dengan dikukus sehingga ia mengeluarkan minyak dan dijadikan sebagai minyak urut. Buah pala yang mentah, tangkai dan juga daun akan dijemur di bawah matahari yang terik sehingga kering selama tujuh hari dan diproses menjadi serbuk teh. Selaput buah pala pula banyak digunakan dalam industri makanan di mana ia boleh digunakan sebagai rempah. Selain menghasilkan gula-gula buah pala dan jem, Chang juga menghasilkan jus buah pala yang dikatakan dapat memberi kelegaan kepada sakit tekak, menghilangkan batuk serta membuang angin dalam badan. Buah pala yang siap diproses akan dihantar kepada pembekal di seluruh Pulau Pinang dan ladangnya terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membeli buah pala mentah terus dari ladang. Beliau juga telah berhasrat untuk menjadikan ladangnya itu sebagai tempat lawatan terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengunjunginya secara percuma. Ada pelawat dari Sik, Kedah yang ingin melihat sendiri aktiviti pemprosesan buah pala secara dekat. Usahawan muda yang ingin menceburi bidang pertanian perlu sentiasa dapat dia meningkatkan ilmu kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.
Beberapa kajian dilakukan termasuk kajian oleh pihak iaitu National Science and Technology Authority yang ditulis dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan. Apa yang lebih menarik dalam laporan tersebut bagaimana peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi. Menurut laporan oleh Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat bernama Dr. Peggy Mason manyatakan dan memberitahu bahan coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung. Ada laoran mengenai kaitan diantara masaalah 'hutang' yang dilaporkan sebaai menjadi punca gemuk. Kajian oleh pakar Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami kegemukan. Ketua penyelidik bernama Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden. Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung. Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya dimana 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang telah mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang. Malahan dimana 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan. Dalam kajian lain di Leningrad Scientific Conference mendapati sarang lebah propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Ia juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ahli kimia Britain, Prof. Arnold Buckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak khasiat lain eperti antikulat, antibakteria dan antivirus. Semuga artikel ini memberi info brguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DIJADIKAN PRODUK.. PELBAGAI RUPA...
ADA JUS... MUNYAK URUT PUN ADA...
PELBAGAI KHASIAT... KENALAH CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rejab 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.