Persoalan mengenai sama ada pernahkan anda mendengar nama kacang bulu atau memakannya? Rasanya dalam kalangan semua pembaca blog ini anda mungkin hanya mengenalinya sebagai kacang ‘peas’ sahaja. Sebenarnya secara teknikal kacang bulu atau lebih dikenali dikalangan ramai sebagai ‘Edamame’ tidak kurang popular dan digemari oleh masyarakat negara kita. Penulis blog sering membeli kacang ini di rangkaian Kedai SevenEleven untuk disimpan dan dimakan (banyak bungkus dibeli). Apa pun dulu semasa promosi kacang bulu ini banyak dijual dalam bekas sejukbeku hampir kesemuanya mempunyai tulisan Jepun dengan pengeluarannya daripada Thailand. Walaupun ia bukanlah tanaman yang sinonim dengan usahawan tani di negara kita akan tetapi tinjauan penulis blog di Terengganu mendapati penanaman kacang bulu ini dilihat berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ kerana permintaan yang sangat tinggi ketika ini. Tanaman kacang bulu ini didakwa berasal dari Jepun dan ia sangat terkenal sebagai hidangan snek lazat yang terdapat di restoran-restoran negara matahari terbit itu serta rangkaian kedai 24 jam (7-Eleven) kerana keunikan rasanya yang rangup dan berlemak. Tinuanan penulis kepada salah seorang petani muda seperti Muhammad Fahmi Ismail yang berumur 27 tahundimana dia telah memulakan projek tanaman kacang bulu pada tahun 2016 lagi kerana menyedari potensinya yang sangat besar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan (Sila lihat foto dibawah). Didakwa dimana kacang bulu sangat mudah ditanam kerana ia tidak mempunyai rutin penjagaan yang rumit malah tiada serangga yang menyerang tanaman itu dan ini membuatkan proses menanamnya sangat mudah. Harga kacang bulu mentah di ladang sekitar RM10.00 sekilogram dan harga kacang bulu mampu mencecah RM15.00/kg jika di pasaran luar lengkap dengan packaging. Dilaporkan anggaran perolehan hasil tanaman kacang bulu mencecah jualan hampir RM10,000 untuk satu tan hasil kacang bulu. Jabatan Pertanian ada membatu didalam penanaman kacang bulu di negeri Terengganu seperti bantuan dalam beberapa jenis peralatan kebun seperti mesin rumput, mesin penggembur tanah untuk proses membajak dan pelbagai jenis baja untuk digunakan di kebun miliknya seluas 0.4 hektar. Dia juga ada mengupah lima pekerja sambilan untuk proses tertentu seperti mencabut akar pokok dan menggunting kacang bulu yang telah matang.
Kacang bulu didakwa berkhasiat dan dijadikan makanan snek yang agak mahal juga jika membelinya di kedai Seven-Eleven (Sila lihat foto disebelah). Ini berkait dengan penggemar makanan Jepun dimana memang sudah pasti edamame adalah antara makanan yang menjadi pilihan untuk dikudap-kudap sembil menunggu menu yang dipesan siap dihidangkan. Edamame sebenarnya adalah sayuran hijau yang biasanya dikenali sebagai kacang soya hijau yang boleh ditemui di ditemui di Jepun, China, Hawaii, dan Korea. Ia dituai pada kemuncak kematangannya sebelum mencapai waktu ‘pengerasan’. Edamame bermaksud 'kacang ranting', secara terperinci jika dialih-bahasakan, 'eda' juga bermakna 'ranting' dan 'mame' bermakna 'kacang'. Dinegara China, kacang bulu atau kacang soya hijau ini dikenali sebagai 'maodou' yang membawa maksud 'kacang berbulu'. Ði Korea pula kacang ini akan disebut 'kong' iaitu satu istilah umum yang digunakan untuk semua biji. Sementara itu dilaporkan sekitar Asia Timur, kacang bulu ini telah digunakan selama lebih dari dua ribu tahun sebagai sumber utama protein. Kacang ini dikatakan ditanam di China seawal 1,200 tahun sebelum Masihi. Semasa kurun ke-18 dilaporkan dimana kacang soya telah diperkenalkan ke Eropah dimana kini kacang soya boleh didapati di seluruh dunia. Kacang bulu atau edamame juga sering dimakan sebagai snek, hidangan sayur, dijadikan sup atau diproses menjadi hidangan pencuri mulut. Dalam cara untuk dijadikan snek, bahagian pod (twig) atau lengai (ranting) kacang ini akan direbus seketika di dalam air bergaram. Apabila ia telah masak maka kekacang berwarna hijau ini perlu dikeluarkan daripada lengainya sebelum dimakan begitu sahaja atau boleh digoreng (roasted). Sebenarnya kacang edamame atau kacang soya hijau amat berbeza daripada kacang soya biasa (warna cerah) yang telah matang dan keras yang berwarna kuning. Ini kerana edamame memiliki tekstur lebih lembut dan rasa yang lebih sedap. Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada kesihatan tubuh.
Dalam pada itu sungguh pun saiz kacang ini berukuran kecil, namun khasiat dan zat yang dimilikinya amat besar. Kacang ini memiliki kandungan tinggi asid lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat dan juga beberapa mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi, kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan vitamin K. Diantara khasiat dan juga kebaikan kacang ini adalah kepada kesihatan memang tidak kurang hebatnya terutama kepada kardiovaskular. Ðidakwa kandungan unsur isoflavones seperti genistein dan daidzen yang terdapat di dalam kacang ini dan juga produk soya yang lain mampu membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol kepada manusia. Kelebihan kacang ini kepada kardiovaskular ini boleh ditingkatkan apabila ia dijadikan sumber protein utama di sebalik daripada mengambil daging. Selain daripada isoflavones dilaporkan kacang ini juga dikatakan menyediakan sejumlah vitamin K yang signifikan dan amat baik untuk kesihatan jantung. Ðisebabkan ia adalah sumber terbaik bagi protein maka perkara ini menjadikan ia sebagai snek paling popular di kalangan atlet yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian. Ðikatakan jika setengah cawan kacang ini dimakan ia menawarkan sekitar 11 gram protein. Ia juga dikatakan mengandungi ke semua sembilan asid-asid amino baik yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Juga didakwa dimana kandungan lemak yang terdapat dalam kacang ini adalah sihat untuk jantung dan membantu untuk merendahkan kolesterol dan juga merendahkan risiko penyakit jantung. Kacang Bulu juga dikatakan menyediakan sebanyak 125 kalori. Dilaporkan dengan memakan kacang ini dengan sekerap boleh boleh meningkatkan kesihatan tulang. Ini disebabkan kandungan isoflavones yang terdapat di dalamnya mengekalkan ketumpatan tulang sihat melalui dorongan kesan yang sama terhadap estrogen pada tisu tulang. Ia merupakan sumber kalsium yang amat diperlukan bagi tulang yang kuat. Serat pemakanan yang terdapat dalam edamame dikatakan mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol. Serat pemakanan ini memastikan anda berasa kenyang. Perkara ini sekaligus membantu anda mencegah amalan atau tabiat pemakanan yang buruk. Walaupun begitu, edamame mengandungi protein yang menyebabkan berlaku pengurangan tahap testosterone. Ia juga dikatakan didakwa mengandungi folat dan dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan sihat untuk wanita mengandung dan ketika fetus sedang terbentuk. Sebaiknya pengambilan kacang ini perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HASIL LUMAYAN... MEREKA MENCUBA...
EDAMAME... LEBIH TERKENAL NAMANYA...
BANYAK KHASIAT... DIMAKAN SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Syaaban 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.