Walau pun pada lazimnya dilaporkan dimana dalam keadaan semulajadi selalunya cendawan volvariela ini atau kulat kelapa sawit akan tumbuh jika ada benih jatuh di situ dan didakwa ada kebetulan keadaan jerami dalam keadaan mereput dan lembab. Sebenarnya tidak semua di timbunan jerami dan tandan kepada sawit ada tumbuh cendawan volvariella. Dilaporkan dimana proses menanam cendawan kelapa sawit bermula dengan mengumpul tandan-tandan kelapa sawit untuk diperam selama kira-kira 10 hari. Tandan-tandan kelapa sait perlu diberdihkan atau dibasuk bersih dan ia kemudian disiram dengan air dan akan ditutup dengan kanvas plastik. Siraman air juga perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia sentiasa lembap. Biasanya setelah proses ini selesai maka tandan sawit tersebut akan disusun menjadi batas sebagai medium utama untuk penanaman cendawan (Sila lihat foto disebelah). Tempat untuk membuat batas itu boleh atau kesesuaiannya di mana-mana lokasi asalkan kawasan redup atau tidak terkena sinaran matahari secara terus. Disyorkan juga agar ia dibuat di ladang kelapa sawit, ladang getah dan kebun buah-buahan yang sesuai seperti ada akses jalan, kemudahan air, selamat dari penceroboh dan perosak serta mempunyai ciri lain keperuan menanam cendawan volvariella. Biasanya untuk menanam cendawan jerami tidak memerlukan rumah atau teduhan khusus seperti menanam cendawan tiram kelabu atau jenis-jenis lain.
Penanaman cendawan kelapa sawit secara khusus tidak mengharapkan kehadiran benih secara semulajadi. Benih cendawan kelapa sawit akan ditabur atau disemai khusus (Sila lihat foto disebelah). Cendawan ini pula mula membesar dan ia berbentuk bulat serta bujur ke atas. Pada ketika ini sebaiknya cendawan volvariella ini boleh dipetik dan ia perlu dipasarkan dengan segera. Cendawan volvariella tidak boleh disimpan melebihi dua hari dalam keadan suhu biasa. Tanaman cendawan jerami sangat senang untuk dijaga dan diuruskan selain tidak memerlukan modal yang besar. Sebaiknya untuk menanam cendawan ini usahawan hanya menggunakan konsep tanam, tunggu dan tua tetapi penjagaan dari awal sangat penting dijalankan. Diantara cabaran utama yang dihadapi untuk menanam cendawan jerami ialah keadaan cuaca dan suhu yang perlu sentiasa lembap bagi tujuan membolehkan ia tumbuh dengan sempurna. Jadi siraman perlu dilakukan setiap hari agar medium sentiasa lembab. Penanaman cendawan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkannya mengutip hasil tanaman pada setiap hari. Apa yang lebih istimewa adalah dimana cendawan volvariella itu 100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga. Apa pun didakwa dimana cendawan volvariella mengandungi banyak khasiat berbanding cendawan jenis lain. Cendawan istimewa ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling tinggi kandungan vitamin serta mineral. Ia juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan. Diantara beberapa fakta menarik tentang khasiat yang terdapat di dalam cendawan jerami padi. Cendawan jerami padi satu sumber protein, tembaga, kalium, zink, selenium dan vitamin B. Cendawan adalah juga satu sumber serat dan kandungan lemak di dalam cendawan juga rendah. Antara khasiat yang terdapat di dalam cendawan ini adalah seperti komponen Vitamin B6 - Vitamin B6 didakwa akan membantu mengekalkan sistem imun anda dalam keadaan yang baik. Ia membantu dalam pemecahan lemak, karbohidrat dan asid amino di samping membantu mengekalkan kesihatan nodus limfa. Selain itu, vitamin B6 membantu mengawal tahap glukosa dalam darah. Vitamin B12 - Vitamin B12 membantu mengekalkan fungsi sistem saraf dan sintesis DNA. Ia juga memainkan peranan penting dalam kesihatan sel-sel darah merah. Sistem saraf juga sedikit sebanyak bergantung kepada vitamin B12 untuk berfungsi dengan normal. Ada juga Kalium (K) iaitu mineral penting yang membantu dalam pengaliran cecair, sintesis protein dan kesihatan kardiovaskular. Kehadiran kalium dalam kuantiti yang tingggi di dalam badan dapat membantu dengan penurunan risiko untuk strok, meningkatkan kawalan tekanan darah dan kesihatan tulang.
Di Pendang Kedah dimana berbekalkan iltizam tinggi seorang siswazah Pengajian Media dari Universiti Malaya tekad untuk berkecimpung dalam projek tanaman cendawan Volvariella sehingga mampu mencapai pendapatan RM4,500 sebulan. Beliau adalah Sarah Hussain, 32, dari Kampung Bukit Murai, Mukim Padang Pusing dimana menyatakan mengusahakan tanaman tersebut bersama keluarganya. Hasil bimbingan dan bantuan Jabatan Pertanian daerah berupa tandan kelapa sawit yang dijadikan medium tanaman dan anak benih. Kini sebanyak 32 batas cendawan disediakan dengan setiap batas dapat menghasilkan kira-kira lima hingga tujuh kilogram cendawan selepas 10 hari benih ditabur. Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami diperkenalkan kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka. Beliau gunakan jerami padi sebelum menggunakan tandan sawit sebagai medium tanaman. Terkini dia dapati lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman. Setiap bulan dia mampu mengutip kira-kira 300 hingga 400 kilogram cendawan Volvariella dengan anggaran pendapatan kasar sekitar RM4,500 hingga RM5,000 sebulan (sekali pusingan tanaman). Kini sambutan pengguna terhadap cendawan Volvariella amat menggalakkan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat serta pengusaha restoran. Cendawan ini mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh dijadikan hidangan untuk keluarga serta produk hiliran lain seperti produk kecantikan serta dijadikan serunding. Kebun cendawannya kini turut menjadi projek perintis bagi daerah Pendang dan pusat rujukan kepada mereka yang ingin mendapat khidmat nasihat mengenai tanaman cendawan jenis itu. Lebih ramai usahawan muda yang ingin menanam cendawan ini dimasa akan datang dengan mereka perlu mendapatkan ilmu pengetahuan bagaimana mengusahaknnya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANDAN SAWIT... IA MUDAH DIGUNA...
USAWAN BERJAYA... MASIH MUDA....
SIAPA BERMINAT... BOLEH MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Rejab 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.