Support My Blog

Monday, October 26, 2026

CARA POTONGAN LOBAK MERAH (PART 1)

CARA POTONGAN LOBAK MERAH ada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan dan jenis masakkan. Bagi penulis blog dimana LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi sayuran lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 - RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara memotong Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan pembaca bog ini semua.


(1) POTONGAN RONDLLES 

Pertama adalah Jenis Potongan Lobak Merah Cara R
ondelles atau 'Hiris Bulat' dimana cara ini dimana dipotong lobak merah secara melintang membentuk bulatan. Apa pun kaedah potongan ini adalah ia sesuai untuk masakan seperti masak merah, masak kicap atau sayur campur. Lazimnua cara potongan roundless (atau lebih dikenali sebagai round) pada lobak merah bermaksud lobak merah tersebut dipotong bulat. Bagi penulis blog yang suka buat potongan cara ini sebab ia mudah dimana umumnya bahawa istilah 'roundless' di sini biasanya merujuk kepada teknik potongan bulat (round) atau disebut juga sebagai 'Potongan Duit Syilling' atau 'coin cut' di mana lobak merah dipotong melintang mengikut bentuk asalnya yang bulat tanpa dibuang bahagian sisinya. Ia cara potong yang paling mudah sekali dimana ia adalah cara mudah untuk membuat potongan ini dengan langkah pertama membersihkan lobak iaitu dengan membasuh lobak merah dengan bersih dan kupas kulitnya menggunakan pengupas (peeler). Kemudian mesti di buang kedua-dua hujungnya dengan memotong dan membuang kedua-dua bahagian hujung lobak merah (bahagian atas dan bawah). Ia boleh di potong melintang iaitu dengan meletakkan lobak merah secara melintang di atas papan pemotong. Perlu di pegang lobak dengan kemas da ia kemudian dipotong cara melintang dari hujung ke hujung mengikut ketebalan yang anda mahukan. Teknik ini ada 'Beberapa Variasi Ketebalan' yang boleh disesuaikan iaitu Jenis Potongan Nipis (1mm - 2mm) diman ia adalah sesuai untuk ulam, salad atau hiasan. Kedua Jenis Potongan Sederhana (3mm - 5mm) iaitu ia sangat popular untuk masakan sayur goreng kilas (stir-fry) atau sup cepat masak. Ketiga Jenis Potongan Tebal (1cm ke atas) yang mana ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa lama seperti sup rebusan (stew) atau memanggang (roasting) supaya lobak tidak hancur.


2) POTONGAN OBLIQUE
Potongan Oblique atau 'Serong' atau 'Potongan Golek' ini dengan cara memotong secara menyerong dan kemudian putarkan lobak sedikit sebelum potong semula. Bagi penulis blog cara ini ia dapar menghasilkan bentuk bucu tajam dengan permukaan luas, sangat sesuai untuk sup ayam atau tomyam kerana cepat meresap rasa kuah. Cara potongan oblique lobak merah dimana ia juga dikenali sebagai 'roll cut' atau 'potongan guling' adalah cara memotong sayuran berbentuk silinder seperti lobak merah dengan menghasilkan ketulan berbentuk segi tiga atau baji yang mempunyai dua sisi bersudut. Memang unik cara potongan ini dimana cara membuat potongan Oblique Lobak Merah pastikan memegang pisau bersudut dan diletakkan lobak merah di atas papan pemotong. Pegang pisau pada sudut kira-kira 45 darjah dan buat potongan serong yang pertama. Kemudian dipusingkan lobak merah dan selepas setiap potongan perlu di pusingkan lobak merah kira-kira 90 darjah atau suku pusingan ke arah pemotong. Seterusnya di ulang-ulang langkah tersebut dengan mengekalkan sudut pisau yang sama (45 darjah) dan potong lagi dan perlu diteruskan sehingga habis serta diulang proses memotong dan memusingkan lobak merah sehingga ke hujung. Beberapa ciri kelebihan cara potongan Oblique ini ia memberikan luas permukaan lebih besar dimana cara ini membolehkan bahan menyerap rasa lebih baik ketika proses glazing, memanggang, atau merebus. Ia memang dimasak dengan sekata dan cepat sebab saiz ketulan yang hampir sama membantu sayur masak dengan seimbang tanpa cepat hancur. Dalam aspek seni di lihat ia memang menarik secara visual serta memberikan rupa yang lebih berseni dan kemas berbanding potongan bulat biasa. 


(3) POTONGAN JULIENE
Cara potongan Julienne atau 'Batang Mancis' adalah cara potongan panjang, nipis dan halus seperti batang mancis. Sesuai untuk salad, popia atau tumis yang cepat masak. Cara potongan  Julienne lobak merah ialah teknik memotong lobak merah secara memanjang, halus dan seragam berbentuk seperti batang mancis (biasanya berukuran kira-kira 3 mm × 3 mm × 5 cm). Menarik bagaimana cara memotong Julienne Lobak Merah iaitu dimulakan dengan mengupas dan membersihkan dulua dimana mesti dikupas kulit lobak merah terlebih dahulu dan basuh bersih. Kemudian ia di potong pendek kepada beberapa bahagian (biasanya kira-kira 5 cm panjang) supaya mudah dikendalikan. Perlu diratakan tapak duli sebelum menghiris sedikit pada salah satu sisi lobak merah supaya ia mempunyai permukaan yang rata di atas papan pemotong dan tidak bergolek. Seterusnya di hiris nipis (kepingan) atau potong lobak merah secara melintang kepada kepingan nipis. Potong jadi batang mancis dan kemudian ia disusun semua kepingan tersebut bertindih barulaj ia kemudian hiris memanjang semula menjadi jalur halus seperti batang mancis. Ada juga kaedah moden alternatif lebih pantas iaitu dengan cara juga boleh menggunakan 'Alat Peeler Julienne iaitu sejenis alat khusus atau 'pengupas khas' atau 'mandoline' untuk menarik dari atas ke bawah bagi mendapatkan hasil yang cepat dan sama saiz. Hasil potongan ini paling sesuai di jadikan Makanan Popia sama ada jenis popia basah atau popia kering (Sila lihat foto dibawah sekali). 


(4) POTONGAN BATONNET
Cara Potongan Batonnet atau 'Potongan Batang' atau 'Potongan Stik' adalah jenis potongan berbentuk segi empat tepat yang lebih tebal (seperti saiz ubi kentang goreng atau crudités). Apa pun jenis potongan ini ai sesuai untuk ianya dipanggang (roasted) atau dimakan bersama sos cicah. Bagi penulis blog yang suka cara potongan ini dimana cara potongan batonnet bagi lobak merah ialah potongan berbentuk jalur segi empat tepat yang panjang dan tebal (seperti bentuk batang mancis yang besar atau saiz kentang goreng atau french fries) yang mudah dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Beberapa sumber rujukkan dari pakar masakan menyatakan ada beberapa jenis ukuran standard Potongan Batonnet Lobak Merah seperti dengan Jenis Ketebalan kira-kira 6 mm x 6 mm (atau antara 0.5 cm hingga 1 cm) dengan panjang kira-kira 6 cm hingga 7.5 cm (atau sehingga 8 cm). Apa pun lazimnya ia hampir sama dengan potongan julienne akan tetapi batonnet jauh lebih tebal (julienne lebih halus seperti mancis kecil, berukuran 3mm x 3mm). Cara memotong Batonnet dengan mengupas dan juga membasuh atau cuci bersih lobak merah dan buang kulitnya. Kemudian ia dipotong pendek lobak mengikut panjang yang dikehendaki (sekitar 6 hingga 7.5 cm). Bagi membentuk blok sebaiknya dipotong bahagian tepi lobak supaya ia menjadi bentuk blok empat segi yang kemas. Kemudian menghiris cara menegak dan hiris blok tersebut secara memanjang dengan ketebalan kira-kira 6 mm dan di jadikan jalur. Perlu di susun kepingan tadi dan hiris semula dengan ketebalan 6 mm untuk menghasilkan batang-batang kecil yang seragam. Kegunaan cara potongan ini ia dijadikan hidangan sampingan (crudités) bersama sos pencicah atau hummus dan untuk masakan panggang (roasted vegetables) dimana selalu ia dijadikan asas potongan untuk menghasilkan dadu kecil (brunoise).


(5) POTONGAN DADU 
Cara potingan Dadu atau 'Brunoise' atau 'Small Dice' atau 'Medium Dice' ia merupakan jenis potongan berbentuk kiub kecil atau sederhana. Apa pun cra potongan ini ia sesuai untuk sup, rencah nasi goreng, sos atau stew. Cara potongan dadu lobak merah ialah teknik memotong lobak merah berbentuk kiub kecil atau sederhana sama rata (biasanya berukuran ¼ inci untuk small dice atau ½ inci untuk medium dice). Cara-Cara Memotong Dadu Lobak Merah dimulakan dengan mengupas dan bersihkan atau dibuang kulit lobak merah dan potong bahagian hujung atas serta pangkalnya. Perlu di buat permukaan rata iaitu dengan memotong lobak merah secara memanjang supaya ia mempunyai tapak yang stabil dan tidak bergolek di atas papan pemotong. Kemudian dipotong kepingan memanjang (planks) dan dihiris lobak merah memanjang mengikut ketebalan yang dikehendaki (contohnya ¼ inci). Seterusnya di potong jalur (sticks/batonnet) dan disusun kepingan tadi dan potong lagi secara memanjang membentuk jalur-jalur kecil.  Pelru juga di potong melintang (dadu) iaitu denngan memegang kumpulan jalur tersebut dan hiris melintang bersudut 90 darjah untuk menghasilkan bentuk dadu yang kemas. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca dan di fahami kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.....
LOBAK MERAH... DALAM MASAKAN DI GUNA...

PELBAGAI POTONGAN...PERLU TAHU CARA....
SENI YANG UNIK... KEPAKARAN PERLU ADA....
CANTIK DI PINGGAN... TAMBAH SELERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1448H).

Sunday, October 25, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 4)

LOBAK MERAH
(Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Dilaporkan dimana lobak merah kaya dengan beta-karotena, vitamin A, vitamin C, serat dan zat kalium yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan.  Pertma di laporkan khasiatnya adalah ia Menjaga kesihatan mata sebab ia kaya dengan beta-karotena yang ditukar kepada vitamin A di dalam badan untuk menyokong penglihatan dan kesihatan retina.  Ia juga akan Membantu  Menguatkan sistem imuniti seseorang sebab ada kandungan vitamin C dan antioksidan membantu melawan jangkitan serta menguatkan daya tahan badan. Lobak merah didakwa akan Menyokong kesihatan jantung dengan cara membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan mengawal tekanan darah melalui kandungan kalium serta serat larut. Terbaik sebab khasiatnya juga Melancarkan sistem pencernaan sebab ia tinggi dengan serat yang membantu melawaskan pembuangan dan mencegah sembelit. Ia dilaporkan juga Memperbaiki kesihatan kulit: Antioksidan dan beta-karotena membantu melambatkan penuaan kulit serta melindunginya dari kerosakan. Khasiatnya juga Mengawal paras gula darah dimana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai diambil dalam kadar yang terkawal dimana memakan lobak merah memberikan pelbagai khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Bagaimana pun masih ada ancaman dan kesan sampingan memakan lobak merah. Pertama akan ada Kes Karotenemia (Kulit Bertukar Oren) dimana jika berlaku pengambilan beta-karotena yang terlalu banyak (seperti makan 10 biji lobak sehari atau ratusan gram secara berterusan selama beberapa minggu) boleh menyebabkan kulit, terutamanya pada tapak tangan dan tapak kaki, berubah warna menjadi jingga atau kekuningan. Keadaan ini tidak membawa maut dan akan pulih jika pengambilan dikurangkan. Kedua ada ancaman Alahan Makanan dimana ada bagi sesetengah individu yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap protein tertentu dalam sayuran dimana individu tersebut ia boleh mencetuskan reaksi alahan seperti gatal-gatal, bengkak pada bibir atau muka atau timbul masalah pencernaan. Ancaman ketiga lobak merah adalah akan ujud Masalah Penghadaman dimana lobak merah mengandungi serat yang tinggi. Pengambilan lobak merah iaitu secara berlebihan secara mendadak boleh menyebabkan kembung perut, kekejangan, atau gas bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif. Ada ancaman iaitu Mitos Membetulkan Rabun dimana walaupun kaya dengan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata secara umum, memakan lobak merah tidak boleh merawat atau membetulkan masalah rabun jauh atau rabun dekat.


Menarik dikongsikan fakta berkaitan apakah dia produk-produk dari lobak merah di jual di pasaran. Penulis blog dapati dimana di pasaran ada banyak jenis produk lobak merah (carrot) terdiri daripada pelbagai jenis produk bermula daripada sayuran segar sehinggalah produk proses atau produk hiliran komersial di seluruh dunia. Pertama adalah Jenis Produk  Sayuran Segar dan Sayuran Mentah dimana lazimnya jenis lobak merah biasa (Whole Carrots) di susun untuk dijual secara timbangan berat (biasanya paket 500g atau 1kg) yang diimport dari negara seperti Australia dan China. Jualan ini di lakukan dengan di pasang tanda harga pada label dan pengguna ada masa untuk memilih sebelum membelinya. Kedua di pasaran ada Jenis Produk Baby Carrot iaitu jenis lobak merah bersaiz kecil yang sangat popular dijadikan snek sihat atau dimakan mentah. Sebahagian besar di pasaran terhasil daripada lobak matang yang dipotong dan dibentuk semula untuk kemudahan pengguna. Penulis blog pernah membeli produk baby carrot (lobak bayi) di pasaraya iaitu ia bukanlah lobak kecil yang dipetik sebelum matang secara semula jadi akan tetapi ia adalah lobak merah dewasa biasa yang dipotong, dikupas, dan dibentuk semula menjadi saiz kecil. Apa pun fakta utama Baby Carrot ia dicipta pada tahun 1980-an oleh seorang petani di California bernama Mike Yurosek untuk mengurangkan pembaziran lobak merah biasa yang berbentuk tidak sempurna. Cara pemprosesannya dimana lobak merah matang dipotong pendek, dikupas kulitnya, dan digilap di dalam mesin supaya mempunyai hujung yang bulat dan seragam. Ia mempunyai nutrisi yang hampir sama dengan lobak merah biasa, seperti beta-karotena, serat, vitamin K dan kalium. Terdapat juga 'Lapisan putih' atau 'Carrot blush' yang kadang-kala kelihatan pada permukaan baby carrot bukanlah kulat atau bahan kimia dan ia sebaliknya disebabkan oleh kehilangan kelembapan (dehidrasi). Petua dimana selepas dipotong, ia dibilas dengan air berklorin pada kadar yang sangat rendah dan selamat mengikut piawaian untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum dibungkus. Kategori kedua adalah Produk Makanan Proses dan Snek Lobak Merah antaranya adalah Jenis Produk Serbuk Lobak Merah (Carrot Powder) dimana lobak merah yang dikeringkan dan dikisar halus menjadi serbuk (Sila lihat foto paling atas sekali). Produk ini popular untuk campuran smoothie, masakan pastri (seperti kek lobak), minuman atau pengganti pewarna makanan semula jadi. Ketiga ada Jenis Produk Lobak Merah Makanan Bayi (Puree) yang kerap dijadikan puri makanan bayi komersial iaitu ia sama ada puri lobak merah tulen atau dicampur dengan buah-buahan seperti epal dan pisang (Sila lihat foto disebelah). Terdapat jenis Produk Lobak Merah Snek Kembung (Puffed atau Dried Carrots) iaitu sejenis makanan ringan berasaskan lobak merah organik yang dikeringkan menggunakan teknologi khusus untuk mengekalkan nutrisi tanpa tambahan bahan kimia. Lobak merah juga di jadikan jus minuman seperti Produk Minuman Jus Lobak Merah (Carrot Juice) yang paling banyak dijual dalam bentuk sedia diminum (ready-to-drink) atau disediakan segar di kedai makan (seperti menu popular Jus Lobak Susu). Akhir sekali ada juga Jenis Produk  Biji Benih Lobak Merah dimana bagi kalangan peminat aktiviti pertanian, biji benih lobak merah gred komersial (seperti varieti kalis panas atau hibrid) turut dijual meluas untuk pasaran tanaman domestik.


Menarik fakta dimana ada banyak resepi makanan sedap dan mudah yang boleh disediakan menggunakan lobak merah (carrot) di seluruh dunia. Bagaimana pun di Malaysia penulis blog paparkan beberapa antaranya yang pertama adalah Resepi Telur Goreng Lobak Merah dimana bahan utama adalah lobak merah (diparut halus), telur, bawang merah, garam dan sedikit minyak. Cara membuatnya dengan menumis bawang yang dihiris dan kemudian di masukkan parutan lobak merah sehingga agak lembut. Kemudian boleh di pecahkan telur dan kacau rata bersama garam sebelum ia matang dan diangkat untuk dinikmati. Kedua ada Resepi  Cucur Lobak Merah Rangup dimana bahan utama disediakan lobak merah parut, bawang merah hiris, tepung naik sendiri, tepung beras, garam dan air. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan menjadi adunan pekat yang boleh disenduk dan ia kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keperangan dan rangup dan angkat ditoskan minyak dan di makan (Sila melihat foto paling bawah sekali). Ketiga paling selalu penulis blog makan adalah Resepi Nasi Lobak Merah (Nasi Carrot) dimana disediakan bahan utama iaitu beras basmathi, jus lobak merah (atau lobak dikisar), susu cair, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), halia, dan bawang. Cara sediakan resepi ini dengan menumis bahan hiris dan rempah, masukkan air serta jus lobak merah bersama susu cair dan kemudian masak bersama beras sehingga kering. Makanan ini sesuai dihidangkan bersama ayam masak rendang atau ayam mask tomato dan penagai laukpauk lain. Keempat yang popular adalah Resepi Kek Lobak Merah (Carrot Cake) iaitu bahan utama perlu ada adalah lobak merah parut halus, tepung gandum, telur, gula perang, mentega cair dan kacang pecan atau walnut. Membuatnya dengan mengadun semua bahan basah dan kering sehingga sebati, masukkan lobak parut serta kekacang, kemudian bakar atau kukus sehingga masak. Kelima ada Resepi Bebola Lobak Merah (Makanan Snek atau Kudapan) dimana disediakan bahan jus lobak merah yang diperas, badam sangai, kurma cincang, kismis, serbuk koko dan bijan. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan, gentel menjadi bebola kecil sebesar bola pingpong, dan salutkan dengan bijan atau kelapa kering.  


Dalam siri artikel ini penulis blog kongsikan akan keenakan dan cara menyediakan Minuman Jus Lobak Merah. Apa pun jus lobak merah susu biasanya menggunakan susu pekat manis, susu cair, atau susu segar bergantung kepada citarasa pengguna. Bagi membuatnya disediakan bahan-bahan iaitu bagi 1 Hidangan terdiri dari 2 batang lobak merah (dipotong kecil), 2 - 3 sudu besar susu pekat manis (atau sesuaikan mengikut tahap manis), 150ml - 200ml air sejuk atau air masak, sedikit susu segar atau susu cair (pilihan jika mahu lebih lemak berkrim) dan ais secukupnya. Cara untuk membuatnya dengan mengisar lobak merah dab boleh di masukkan potongan lobak merah bersama air sejuk ke dalam mesin pengisar, kemudian kisar hingga halus. Kemudian ia di tapis jusnya dengan menapis jus lobak merah menggunakan penapis untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus (jika menggunakan pengisar biasa). Seterusnya dicampurkan susu iaitu dengan memasukkan susu pekat manis (serta susu cair atau susu segar jika guna) ke dalam jus lobak merah dan perlu di kacau hingga sebati. Ia siap di hidangkan dan jika suka yang lebih enak di masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan di tuang jus lobak merah susu tadi dan ia sedia untuk ianya di nikmati sebagai minuman yang enak dan berkhasiat. Jus lobak merah dengan susu kaya dengan khasiat kerana kandungan karotenoid (beta-karotena) dan antioksidan di dalam lobak merah bersifat larut dalam lemak. Lemak yang terdapat di dalam susu membantu penyerapan nutrisi tersebut ke dalam aliran darah dengan lebih optimum berbanding minum jus lobak merah kosong. Dilaporkan dimana khasiat Jus Lobak Merah Bersama Susu ia baguks untuk Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan vitamin A dan beta-karotena yang membantu memperbaiki penglihatan, mencegah rabun malam serta melindungi kesihatan mata. Minuman ini juga bagun untuk tujuan Kesihatan Kulit dan Anti-Penuaan bila kandungan antioksidan dan vitamin A membantu melembapkan kulit, mengurangkan garis-garis halus, serta memberikan kesan kulit yang lebih berseri. Ia didakwa akan Menguatkan Sistem Imun: Dibekalkan dengan vitamin C dan antioksidan daripada lobak merah untuk memperkuatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit.Ia juga didakwa bagus untuk Kesihatan Tulang: Susu membekalkan kalsium manakala lobak merah menyumbang nutrien sokongan untuk menguatkan tulang dan gigi. Minum jus lobak merah akan Melancarkan Sistem Penghadaman sebab ia tinggi dengan serat daripada lobak merah yang membantu melawaskan sistem pencernaan dan mencegah sembelit. Pastinya minuman ini Memberi Tenaga dengan gabungan gula semula jadi daripada lobak merah serta protein daripada susu memberikan sumber tenaga tambahan yang menyegarkan. Petua lian dimana dengan cara penggunaan susu segar adalah lebih digalakkan berbanding susu pekat manis bagi mengawal pengambilan gula yang ia berlebihan. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

POHON DOA KESEMBUHAN ANAK SAYA ABDUL HALIM... AMIN

Saturday, October 24, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Menarik akan fakta dimana tanaman lobak merah (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis tumbuhan dua tahunan yang mempunyai ciri-ciri morfologi yang perlu di fahami didalam mempelajari tanaman ini. Marfologi penting utama lobak merah adalah Bahagian Umbi Lobak Merah (Akar Simpanan atau Taproot) dimana kebanyakannya ia berbentuk kon, bentuk silinder atau bentuk tirus bergantung kepada varieti yang di tanam (seperti varieti Nantes atau varieti Chantenay atau lain-lain varieti). Umbi ini berfungsi dan bertindak sebagai organ penyimpanan makanan utama tumbuhan tersebut dengan mempunyai banyak jenis warna dan lazimnya berwarna jingga (oren) akibat kandungan beta-karotena yang tinggi akan tetapi penulis blog melihat ada juga yang berwarna ungu, kuning, merah malahan ada yang berwarna putih. 
Umbisi lobak merah (atau carrot) sebenarnya merupakan akar tunjang yang telah berubah bentuk dan fungsi untuk menjadi tempat penyimpanan cadangan makanan bagi tumbuhan. Ia yang berbentuk silinder panjang yang menirus ke bawah (seperti kon) dimana pada bahagian atasnya (pangkal umbi) merupakan tempat melekatnya sekumpulan pelepah atau tangkai daun. Ciri paling popular ia adalah berwarna jingga (oren) atau oren kemerah-merahan. Warna oren ini terhasil daripada kandungan beta-karotena yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga variasi warna lain seperti ungu, kuning, merah dan putih. Kulitnya nipis dan mempunyai permukaan yang agak licin. Apabila dimakan segar atau mentah dimana isinya mempunyai tekstur yang keras, padat, dan rangup. Ia mempunyai rasa yang sedikit manis semula jadi dan beraroma. Jika lobak merah dituai pada saiz sederhana, rasanya akan menjadi lebih manis berbanding lobak yang terlalu besar atau terlalu tua. Di sekeliling pada permukaan umbisi utama ia hanya terdapat sedikit sahaja akar rambut atau akar cabang kecil yang tumbuh. Kedua adalah Bahagian Batang Lobak Merah dimana memang ada jenis 'Batang Sebenar' pada tanaman ini dengan saiznya ia 'Sangat Pendek' atau ia hampir tidak kelihatan dan memang kedudukannya ia tersorok di bahagian pangkal atas umbi (Sila lihat rajah disebelah). Daun-daunnya keluar dari bahagian atas umbi membentuk jambangan atau roset daun berada di atas permukaan tanah. Ketiga ada Bahagian Daun Lobak Merah dimana dilihat yang daunnya jenis 'Daun Majmuk' yang terbahagi dalam jenis lai daun yang halus dan ia berbulu halus dan berbentuk seperti jambak kecil. Daunnya bertekstur lembut, berbulu halus dan mempunyai tangkai daun yang panjang dengan kelihatan jelas. Akhir sekali ada di bincang akan Bahagian Bunga dan Biji Lobak Merah dimana ia hanya dapat dilihat jika tanaman ini dibiarkan matang sehingga ia boleh membiak. Lobak merah mempunyai bunga yang berwarna putih atau kekuningan yang tersusun dalam bentuk jambak bunga payung (umbel) majemuk dan bunga lobak merah muncul pada tahun kedua kitaran hidupnya sebagai tumbuhan dwitahunan. Cirinya ia berbentuk umbel majmuk (seperti payung yang mengembang) dimana paada setiap perbungaan mempunyai diameter sekitar 3 - 7 cm dan boleh mengandungi sehingga 50 atau lebih payung kecil dengan sejumlah 50 - 60 kuntum bunga kecil. Bunga ini yang berwarna putih (kadang-kadang sedikit kekuningan atau merah jambu pudar pada bahagian tengah). Tangkai bunganya ia tinggi tumbuh menegak pada tahun kedua dan boleh mencapai ketinggian antara 15 cm - 1.2 meter. Fungsi bungaa adalah bagi proses persenyawaan dan ia akan kemudian menghasilkan biji benih yang boleh dikumpul untuk ditanam semula. Seterusnya adalah Biji LObak Merah dimana biji benihnya kecil dan beralur, saiz yang halus, berbentuk bujur, serta mempunyai tekstur luar yang kasar atau berbulu. Selalunya ia sangat halus dan kecil, berbentuk ovoid-oblong (bujur) dengan panjang sekitar 2mm - 4 mm. Diteliti dimana ia mempunyai rusuk atau duri-duri halus di bahagian luar (pericarp) yang membantu ia melekat atau mudah disemai. Kebiasaannya berwarna perang kehitaman atau coklat kelabu apabila sudah matang dan kering. Benih ini ringan serta ia  memerlukan penjagaan kelembapan yang baik ketika disemai, dan mempunyai kadar percambahan standard sekitar 70%.


Penanaman lobak merah perlu melalui kitaran hidup tanaman yang akan mengambil masa selama dua (2) tahun (dwi-tahunan) untuk melengkapkan kitaran penuh biologinya dari biji benih hingga menghasilkan benih baru. Apa pun cara penanaman komersil dimana petani akan  biasanya menuai lobak merah pada tahun pertama (fasa vegetatif) iaitu sebelum ia mengeluarkan bunga.  Beeberapa fasa lengkap kitaran hidup lobak merah dimana selalunya ia dibahagikan kepada jangkamasa dalam dua tahun . Pada tahun pertama iaitu Peringkat Vegetatif dimana dalam fasa ini tanaman lobak merah fokus untuk membesar dan menyimpan tenaga untuk kemudian matang. Pertama ada Peringkat Percambahan Biji Benih iaitu dari hari 1 sehingga ke hari ke14 dimana biji benih yang ditanam di dalam tanah yang lembap akan mula bercambah. Kemudian daun pertama (kotiledon) akan muncul di permukaan tanah diikuti dengan kedua iaitu Peringkat Pertumbuhan Daun dan Akar pada minggu ke 3 - ke 6) dimana tanaman mula mengeluarkan daun sebenar yang halus dan berbentuk seperti paku pakis. 
Pada masa yang sama dimana bahagian akar tunjang mula memanjang ke dalam tanah. Ketiga adalah Peringkat Pembengkakan Akar atau Sebagai Peringkat Pematangan berlaku pada bulan ke 2 - ke 4 dimana daun di atas tanah melakukan fotosintesis dan menghantar tenaga (gula) ke bawah. Akar tunjang mula membengkak, bertukar warna menjadi oren, dan menyimpan semua nutrisi tersebut. Keempat ada Peringkat  Penuaian Mandatori yang berlaku pada hari ke 70 - ke 80) terutama bagi petani lobak merah akan menuai awal pada waktu ini untuk dijadikan produk makan dan jika ia dibiarkan maka  kitaran akan masuk ke tahun kedua penanaman. Berlainan dengan cara amalan agronomi pada Tahun 2 penanaman Lobak Merah dimana ia di panggil sebagai 'Fasa Pembiakan' atau 'Fasa Menghasilkan Benih'. Selalunya jika lobak merah tidak dituai dan dibiarkan melalui musim sejuk (atau musim rehat) maka ia akan memasuki fasa pembiakan pada tahun kedua. Peringkat kelima ini adalah Peringkat Rektif atau Fasa Dorman apabila tanaman berehat seketika semasa musim sejuk dimana tenaga yang disimpan di dalam lobak oren digunakan untuk bertahan hidup. Seterusnya kenam adalah Peringkat  Pengeluaran Bunga (pada Musim Bunga Tahun Ke-2) apabila batang yang tinggi akan tumbuh dari tengah-tengah daun dan batang ini akan mengeluarkan gugusan bunga putih yang kecil berbentuk payung (dipanggil umbel). Ketujuh adalah Peringkat Pendebungaan atau Peringkat Hasilkan Biji Benih dimana semua bunga-bunga ini akan didebungakan oleh serangga seperti lebah. Selepas semuanya ia berjaya didedebungakan, bunga akan layu dan menghasilkan ratusan biji benih baru yang kering. Akhir sekali adalah terdapat pula IAITU  Peringkat Kematian Pokok Induk dimana selalunya selepas biji benih matang dan gugur ke tanah dan pokok lobak merah induk akan mati secara semula jadi. Selalunya biji benih yang gugur akan memulakan kitaran hidup yang baru. 


Lazimnya
selepas menuai lobak merah ia perlu menjalani Proses Pasca Tuai (Post harvest Activity) agar ia lebih tahan lama sebelum tiba kepada pengguna. Beberapa panduan bagaimana lobak merah boleh disimpan secara tradisional dahulu adalah dengan menanam benih terus ke dalam tanah gembur dan disimpan di tempat yang sejuk serta lembap agar tahan lama. Dikongsikan akan panduan lengkap untuk mula menanam dan menyimpan lobak merah dengan betul dimuali dengan Cara Memulai (Menanam) Lobak Merah dimana proses penyediaan tanah sebaiknya menggunakan tanah yang gembur, berpasir dan bebas daripada batu-batu kecil supaya lobak dapat membesar dengan lurus. Kemudian bagi kaedah atau cara penanaman benih ia boleh disemai benih secara terus ke dalam tanah pada kedalaman sekitar 1 cm dan kemudian sebaiknya di lakukan penjarakkan setiap benih sekitar 5 cm. Pastikan sentiasa buat penyiraman agar semaian berada dalam keadaan sentiasa lembap tetapi tidak terlalu bertakung air semasa proses percambahan. Dulang semaian sebaiknya ia diletakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Kedua ada petua bagaimana cara Menyimpan Lobak Merah Supaya Tahan Lama iaitu di lakukan pemotongan daun hijau sejurus selepas dituai atau dibeli kerana daun tersebut akan menyerap kelembapan dan khasiat daripada lobak. Ia mesti di bersihak dulu semua kekotoran seperti tanah iaitu dengan membasuh bersih tanah yang melekat dan mesti dikeringkan lobak sepenuhnya sebelum disimpan untuk mengelakkan serangan kulat (fungus). Petani boleh terus memasukkan umbisi lobak merah ini terus kedalam peti sejuk dan sebaiknya gunakan atau masukkan lobak lobak meran ini ke dalam plastik berlubang atau balut dengan tisu dapur. Ia kemudian boleh diletakkan di dalam laci sayur peti sejuk. Apa pun selalunya langkah ini boleh bertahan sehingga 2 - 3 minggu saha dalam simpanan yang masih di anggap segar. Petua lain di laporkan dimana boleh lobak merah ini direndam dalam air bersih bertujuan untuk memastikan lobak kekal rangup atau boleh merendam lobak sepenuhnya di dalam bekas berisi air bersih di dalam peti sejuk (tukar air setiap beberapa hari). Bagi menjelaskan lagi isu ini ada terdapat beberapa kaedah rawatan atau kaedah terbaik untuk menyimpan lobak merah supaya tahan lama sehingga masa berbulan-bulan, kekal rangup dan tidak lembik adalah dengan yang pertama Menggunakan Kaedah Rendaman Air (hydro-storage). Selain itu, terdapat beberapa cara alternatif yang sangat berkesan mengikut kesesuaian ruang peti ais dirumah. Dalam pada itu ada Kaedah Rendaman Air dalam Balang dimana ia akan tahan berbulan-bulansebab air bertindak sebagai agen pelindung semula jadi yang menghalang lobak merah daripada kehilangan kelembapan dan mengekalkan kesegarannya. Ia perlu di potong dan dibersihkan selepas dibasuh lobak merah dan potong mengikut saiz kesesuaian balang atau bekas anda (boleh dikupas kulit siap-siap atau dibiar tanpa dikupas). Sebaiknya ia direndam sepenuhnya (submerged) didalam bekas kaca atau plastik jernih dan kemudian perlu tuangkan air paip atau air sejuk sehingga tenggelam sepenuhnya. Ia boleh disimpan dalam peti ais dan tutup bekas dengan rapat dan letakkan di dalam peti sejuk. Memang wajib 'Tukar Air' iaitu perlu menukar air rendaman tersebut setiap 4 - 7 hari sekali supaya air kekal bersih dan lobak tidak berlendir. Kedua ada Cara atau Kaedah Kering iaitu dengan membalut balang atau karung Ziplock dengan Tisu dimana lobak merah ini akan tahan selama 3 - 4 minggu dan perlu tahu dimana musuh utama lobak merah adalah wap air terperangkap yang menyebabkannya cepat berkulat. Sebaiknya dibuang daun sebab lobak merah dibeli bersama daunnya mesti dipotong bahagian daun tersebut kerana ia akan menyerap kelembapan daripada batang lobak. Basuh lobak merah dan lap dengan menggunakan tisu dapur sehingga betul-betul kering atau di balut dengan tisu dapur untuk menyerap lebihan kelembapan dan kondensasi. Ia disimpan dalam beg plastik atau bekas 'kedap udara' dimasukkan ke dalam plastik jenis ziplock atau bekas bertutup dan simpan di bahagian laci sayur peti sejuk. Cara lain melakukan Kaedah Balutan Dengan Aluminium Foil secara kemas dan ketat sebelum disimpan di dalam rak sayur. Cara ini menghalang pendedahan kepada udara dan dapat mengekalkan kemanisan lobak tersebut. Bagi penyimpanan yang Sangat Panjang: Celur ia di bekukan dan akan tahan sehingga 12 Bulan lamanya. Petua dimana jangan simpan lobak merah berdekatan dengan buah-buahan yang mana ia menghasilkan gas etilena tinggi seperti epal, pisang, atau tomato kerana gas ini boleh mempercepatkan lobak menjadi lembik dan pahit. Artikel ini di tulis dalam EMPAT (4) bahagian iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

Friday, October 23, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 2)

LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga ada dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Perlu di jelaskan jika Lobak merah dikelaskan mengikut kumpulan varieti utama berdasarkan bentuk umbi (akar), saiz dan warna. DIlaporkan ada empat (4) kumpulan varieti utama Lobak Merah Dunia yang perlu di kongsikan infonya. Pertama adalah
Varieti Lobak Merah Nantes seperti varieti 'Scarlet Nantes' yang berbentuk silinder panjang dengan hujung yang tumpul atau bulat. Cirinya adalah ia berkulit licin dengan mempunyai warna kulit yang jingga terang dan tekstur rangup serta manis (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan varieti ini bernama 
Varieti Lobak Merah Nantes dimana ia popular terutamanya seperti 'Scarlet Nantes' atau 'Early Nantes' sebagai satu kumpulan varieti lobak merah (Daucus carota) yang berasal daripada Perancis dan terkenal dengan kualiti rasa serta bentuknya. Apa pun cirinya ia berbentuk silinder lurus dengan hujung yang tumpul atau bulat (tidak runcing di bawah). Bersaiz sederhana dengan ukuran panjang sekitar 15 - 20 cm. Ia berikan rasa isinya sangat manis, rangup, berjus dan hampir tidak mempunyai teras atau empulur keras di bahagian tengah. Mempunyai warna kulit dan isi berwarna jingga terang atau jingga kemerahan yang cantik. Selalunya kegunaan jenis ini dimana ia sangat sedap dimakan segar (secara mentah dalam salad), dibuat jus atau dimasak (dikukus atau dalam makanan jenis sup). Dilaporkan dimana cara penanaman: jenis ini ia sesuai ditanam di tanah yang gembur (termasuk bekas atau pasu sekiranya kedalaman mencukupi atau disekitar 1.5 kaki sahaja dimana ia cepat matang berbanding sesetengah varieti lain. Varieti kedua adalah Varieti Lobak Merah Imperator yang mempunyai bentuk yang panjang, tirus dan meruncing ke bahagian bawah. Cirinya dimana pada kebanyakan lobak merah komersial panjang yang dijual di pasar raya tergolong dalam kumpulan ini dan dilaporkan ia memang kaya dengan kandungan beta-karotena. Dalam pasaran ada laporan menyatakan bahawa varieti Lobak Merah Imperator merujuk kepada salah satu kumpulan utama lobak merah komersial yang paling popular dijual di pasar raya. Ia mula dibangunkan pada tahun 1928 hasil kacukan antara varieti Nantes dan varieti Chantenay. Ciri khasnya adalah berbentuk panjang dengan ukuarnnya mencecah 8 - 10 inci serta bentuknya ramping, tirus di hujung, bertekstur rangup, serta mempunyai kandungan gula yang tinggi. Apa dilaporkan dimana di bawah kumpulan 'Imperator' ini ada terdapat pelbagai jenis sub-varieti atau baka hibrid lain yang ditanam, antaranya seperti Jenis Imperator 58 iaitu ia adalah jenis varieti warisan (heirloom) klasik yang sangat terkenal kerana bentuknya yang seragam, berkulit licin, dan mempunyai rasa oren yang manis serta pekat. Kedua ada Jenis Imperator  Sugarsnax (atau Sugar Snax 54) yang mana ia terkenal dengan rasanya yang sangat manis, lembut dan sering akan digunakan untuk menghasilkan jus lobak merah. Ketiga ada Jenis Imperator Tendersweet iaitu varieti yang sangat panjang, manis dan tidak mempunyai empulur keras di tengahnya (coreless). Keempat ada Jenis Imperator Apache sebagai salah satu varieti hibrid yang tahan lasak dan menghasilkan lobak yang berkualiti tinggi. Ada juga kelima iaitu Jenis Imperator Orlando Gold iaitu sejenis varieti hibrid yang dibiakkan khusus untuk mengandungi kadar karotena (beta-carotene) 30% lebih tinggi berbanding lobak merah biasa. Keenam ada Jenis Imperator Atomic Red iaitu ia adalah satu varieti unik dalam kumpulan ini yang berwarna merah terang dan kaya dengan antioksidan likopena (lycopene). Faktanya dimana kesemua jenis ini kebanyakan mampu hasilkan produk 'Baby Carrots' atau di gelar sebagai 'Lobak Merah Mini' yang rasanya manis yang dijual dalam peket plastik di pasar raya sebenarnya bukanlah lobak yang dipetik semasa kecil. Sebaliknya dilaporkan ia adalah lobak merah varieti Imperator yang panjang ini, kemudian dipotong, dikupas, dan dicanai menjadi saiz kecil menggunakan mesin.


Seterusnya ke tiga adalah Jenis Lobak Merah Varieti  Chantenay yang mana ia apa yang penulis blog lihat berbentuk lebih pendek, tebal dan berbentuk kon. Cirinya dimana ia sesuai ditanam di kawasan tanah yang sedikit padat atau berat dan paling menarik sebab varieti ini ia hebat sebab mempunyai rasa yang sangat manis dan pejal. 
Lobak merah Chantenay ialah sejenis varieti lobak merah yang berasal dari wilayah Chantenay di Perancis dinamakan iaitu pada abad ke-18. Lobak Merah Chantenay ia berbentuk pendek, gemuk, tirus sedikit dan mempunyai hujung yang tumpul atau rata dengan saiznya berukuran kira-kira saiz 10 -15 cm panjang (SIla lihat foto disebelah). Ia mempunyai rasa yang sangat manis, enak dan kaya dengan aroma klasik lobak. Ujirasa lobak ini dimana isinya ia biasanya mempunyai bahagian teras (core) berwarna kemerahan atau oren gelap dengan tekstur yang halus. Di kebun ia tumbuh baik ikut tahap kesesuaian tanah dan ia sangat tahan lasak serta ia mudah tumbuh walaupun di kawasan tanah yang berat seperti jenis tanah liat atau jenis tanah berbatu sebab varieti ini ia tidak memerlukan tanah yang dalam seperti jenis lobak panjang yang lain. Kegunaan jenis ini dalam masakan dimana ia sesuai dimakan segar, dijadikan minuman jus, dipanggang, dikukus, atau dijadikan bahan masakan seperti sup dan stew serta berkhasiat. Keempat ada Jenis Varieti Lobak Merah Miniatur (Miniature or Baby Carrot) iaitu jenis lobak merah yang kecil, pendek atau bulat (seperti saiz jari manusia). Apa pun ia mudah dikenali sebab cirinya dengan isi yang lembut, cepat matang dan sering dimakan segar atau dijadikan hiasan hidangan. DIlaporkan dimana varieti lobak merah miniatur (atau 'Mini Carrot' atau 'Baby carrots' adalah jenis lobak merah yang secara semula jadi tumbuh dalam saiz yang kecil, pendek, atau bulat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Apa pun cirinya berbeza dengan jenis 'baby carrots' jenis komersial dijual dipasaraya yang biasanya dipotong daripada lobak merah besar akan tetapi jenis lobak merah miniatur ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanam di kawasan yang terhad atau tanah yang agak keras dan berbatu. Dalam buat pemerhatian dimana diantara varieti lobak merah miniatur popular yang sering ditanam oleh pekebun rumah pertama Varieti Jenis Panjang atau Jenis Jari (Finger Carrots) iaitu jenis ini ia paling terkenal sebagai finger carrots atau baby gourmet carrots kerana saiznya yang langsing seperti jari manusia. Dalam kategori ini ada beberapa varieti populai dibawahnya iaitu Jenis Lobak Merah Little Finger dimana ia merupakan varieti jenis Nantes purba asal Perancis yang paling terkenal untuk kategori lobak jari iaitu ia mempunyai bentuk silinder yang seragam dengan hujung yang tumpul (blunt). Ia biasanya membesar sepanjang 3 - 4 inci atau sekitar 7 - 10 cm dengan ketebalan sebesar jari tangan. Ciri khas dan kelebihannya dimana ia sangat cepat matang (sekitar 55 - 65 hari) dan mempunyai rasa yang sangat manis serta tekstur yang rangup. Ia juga terkenal kerana boleh tumbuh dengan baik walaupun di dalam tanah liat atau pasu/bekas yang kecil. Kedua dalam kelas ini adalah Varieti Lobak Merah Amsterdam Forcing dimana ia mampu menghasilkan akar yang nipis, panjang dan silinder dengan kulit yang licin. Saiznya ia boleh mencapai panjang sehingga 6 inci (sekitar 15 cm) dimana ia sangat popular untuk tuaian awal sebagai 'baby carrot' sebenar kerana intinya kecil dan rasanya manis semula jadi. Ketiga ada juga Varieti Lobak Merah  Scarlet Nantes dimana walaupun boleh membesar sehingga 6-7 inci (menjadi saiz sederhana panjang) serta varieti ini sering dituai awal semasa bersaiz jejari (baby roots). Dilaporkan dimana jenis ini ia  hampir tiada empulur atau tiada inti keras (coreless), berwarna oren terang yang pekat, dan sangat berjus. Keempat ada Varieti Lobak Merah Goldfinger iaitu dalam kumpulan sama dengan varieti jenis Nantes yang matang awal dimana bentuknya memanjang tegak menyerupai jari dan mempunyai kualiti rasa gred gourmet untuk dimakan mentah sebagai snek.


Rupanya memang susah untuk dapat tahu dan kenal akan jenis-jenis atau varieti lobak merah yang ada diseluruh dunia. Ini kerana ada Jenis Lobak Merah 
Little Finger sebagai satu varieti yang paling popular dan mudah didapati di platform seperti dijual atas talian. Jenis ini ia mampu menghasilkan lobak berbentuk silinder sepanjang 3 - 4 inci sahaja dengan isi yang sangat manis, rangup dan hampir tiada empulur (coreless). Ada juga Varieti Lobak Merah Bambino dimana cirinya ia mempunyai bentuk yang sangat ramping seperti jari, berkulit licin, berwarna oren gelap dan sesuai dituai ketika saiznya masih kecil. Seterunya ada Varieti Lobak Merah  Short 'n Sweet dimana jenis ini ia membina isi sekitar 4 inci (10 cm) yang tebal dan manis. Kelebihannya adalah ia mampu bertahan dan tumbuh dengan baik walaupun di dalam tanah liat yang agak keras. Seterusnya ada Varieti Lobak Merah  Adelaide iaitu sejenis lobak merah digelar sebagai 'true baby' asli yang matang dengan sangat cepat dan mengekalkan bentuk silinder pendek yang sempurna. Penulis blog dapati ada kategori Lobak Merah Varieti Jenis Bulat (Ball atau Radish-style Carrots) dimana ia mempunyai bentuk yang unik iaitu bulat seperti buah nenas kecil atau lobak putih (radish) dengan diameter sekitar 2.5 - 4.0 cm. Ia sangat popular di Malaysia untuk tanaman dalam pasu pendek kerana akarnya tidak masuk jauh ke dalam tanah. Dalam kumpulan ini ada juga Varieti Lobak Merah Thumbelina dimana ia bersaiz bulat sebesar bola golf dan hebatnya penanaman varieti ini ia tidak memerlukan tanah yang dalam dan sangat manis jika dimakan segar tanpa perlu dikupas kulitnya. Dilaporkan ada kategori ketiga varieti lobak merah iaitu Varieti Lobak Merah Mini Berwarna (Rainbow Blends) dimana bagi peminat yang menyukai variasi warna memang ada terdapat campuran benih mini seperti Carrot Rainbow Blend (Sila lihat foto disebelah). Ini membolehkan para pengguna dapat menuai lobak merah mini dalam pelbagai warna seperti merah (Atomic Red), ungu (Cosmic Purple), putih (Lunar White), dan kuning (Solar Yellow) dalam saiz yang kecil.  Keempat ada kategori varieti Lobak Merah yang Berdasarkan Warna (Selain dari Jingga Tradisional) antaranya adalah Varieti Lobak Merah Jingga (Orange) iaitu jenis yang mengandungi kandungan beta-karotena yang tinggi (baik untuk kesihatan mata). Ada juga Varieti Lobak Merah Ungu (Purple) seperti jenis Purple Sun F1) ia itu jenis yang kaya dengan antioksidan antosianin dimana pada bahagian luar berwarna ungu manakala pada bahagian dalamnya kadangkala kekuningan atau jingga. Ada juga Varieti Lobak Merah Kuning (Yellow) iaitu jenis yang mana ia mengandungi pigmen lutein yang baik untuk mata, dengan rasa yang manis ringan. Dilaporkan bagi Varieti Lobak Merah Putih (White) ia memang tidak mengandungi pigmen karotena atau antosianin, mempunyai rasa lebih ringan dan menyerupai sayur berubi biasa. Akhir sekali penulis blog yang susah hendak hafal semua jenis varieti lobak merah dibincangkan ini masih terdapat Varieti Lobak Merah Tulen (Red) iaitu yang kaya dengan likapena (pigmen yang sama terdapat pada tomato) dimana ia bagus untuk kesihatan jantung. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

Pohon doa kesembuhan Abdul Halim...

Thursday, October 22, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 1)

LOBAK MERAH
 (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua.


Berdasarkan data perdagangan DOSM dilaporkan dimana Malaysia mengimport sejumlah besar lobak merah (dan turnip segar atau jenis sejuk beku) setiap tahun bagi memenuhi keperluan domestik. Pada 2025 sebanyak 95,170 tan metrik (95,169,700 kg) lobak merah dan sayur seumpamanya telah di import dengan nilai import apa yang penulis blog rujuk telah mencecah sebanyak USD 42.47 juta (iaitu sekitar RM 180 juta sehingga RM 190 juta mengikut kadar pertukaran semasa. Apa pun di laporkan Malaysia bergantung kepada beberapa negara utama untuk bekalan lobak merah import iaitu yang pertama dari China sebanyak 73,531 tan metrik bernilai USD 29.70 juta diikuti dari Australia (bagi produk pasaran Premium) iaitu sebanyak 13,416 tan metrik yang bernilai USD 9.27 juta. Ketiga Maaysia import Lobah Merh dari Vietnam sebanyak 7,209 tan metrik yang bernilai USD 2.73 juta dan beberapa negara lain termasuk daripada USA dan Thailand juga. Apa pun meninjau akan trend harga import lobak merah dimana purata harga kos import (CIF) bagi lobak merah ke Malaysia secara amnya berada dalam julat iaitu sekitar USD 0.32 - USD 0.50 per kilogram (sekitar RM 1.40 - RM 2.20/kg) tertakluk kepada negara asal. Lobak merah dari Australia biasanya ia akan mencatatkan harga import tertinggi (gred premium) berbanding produk lobah merah dri negara China dan Vietnam. Dalam ada pula dengan j
umlah pengeluaran lobak merah (carrot) dengan dianggarkan sekitar 40 - 42 juta tan metrik setahun dengan saiz pasaran globalnya bernilai sekitar USD 18.6 bilion. Apa pun nilai pasaran ini dijangka akan ia terus berkembang pesat didorong oleh kesedaran kesihatan pengguna dan permintaan tinggi terhadap produk hiliran seperti lobak merah potong (baby carrots), jus, jus pekat, bentuk sejuk beku, dan serbuk lobak merah. Penulis blog merujuk dari data rasmi daripada Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dimana jumlah keluasan tanaman lobak merah di Malaysia adalah sangat kecil kerana ia merupakan tanaman iklim sederhana yang kebanyakannya memerlukan kawasan tanah tinggi bersuhu sejuk iaitu seperti kawasan Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah. Keluasan bertanam lobak merah di Malaysia adalah hanya sekitar 40 - 115 hektar sahaja setahun dimana ia bergantung kepada trend pasaran lokal iaitu pada tahun 2022 seluas 45 hektar (Hasil sebanyak 556 mt), pada tahun 2021 seluas 103 ha dengan hasilnya sekitar 1,368 mt dan terbaru pada 2025 ditanam seluas 115.4 hektar yang menghasilkan sebanyak sekitar 1,000 mt. Penulis blog dapati disebabkan faktor keluasan tanah dan hasil pengeluaran tempatan yang sangat terhad dimana Malaysia amat bergantung kepada produk import lobak merah dari luar negara seperti diimport dari negara China dan dari Australia bagi memenuhi jumlah permintaan domestik yang tinggi.  


Penulis blog kongsikan fakta beberapa buah negara p
engeluar utama Lobak Merah ata 'Carrot' dunia dimana Negara China telah mendominasi pasaran dengan menghasilkan hampir 44 - 45% daripada jumlah keseluruhan bekalan dunia. Negara China menghasilkan sebanyak 18 - 19 juta metrik tan (mt) dimana ia merupakan negara pengeluar dan menjadi pengeksport terbesar dunia sepanjang tahun. Memang China mengeluarkan puluhan juta tan lobak merah setiap tahun iaitu dengan kawasan penanaman meliputi sekitar 120,000 hektar setahun. Selain daripada memenuhi keperluan pasaran domestik yang sangat besar dilaporkan dimana China juga ia turut mengeksport lobak merah segar serta produk beku (seperti IQF atau dibekukan pantas secara individu) ke negara-negara Asia lain, Timur Tengah (seperti Arab Saudi) dan Amerika Utara. Faktanya dimana kebanyakan pengeluar utama di China mematuhi piawaian antarabangsa seperti HACCP, ISO dan GMP bagi memastikan keselamatan dan kualiti eksport dan kepercayaan negara pengguna utama. Apa pun China adalah pengeluar lobak merah (carrot) terbesar di dunia dimana penanaman beraa di kawasan khas yang mana ia ditanam secara besar-besaran di wilayah seperti Shandong, Hebei dan Mongolia Dalam. China juga merupakan diantara pengeksport lobak merah terbesar dunia kebanyak negara Asia termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand mengimport lobak merah segar dari China secara harian untuk pasaran tempatan. Dalam pada itu negara Uzbekistan dengan kualtiti sebanyak 3.1 - 3.5 juta mt dilaporkan sebagai negara pengeluar kedua terbesar dengan kadar penggunaan per kapita yang tinggi. Apa pun Uzbekistan merupakan antara pengeluar lobak merah terbesar di dunia dan ia menduduki tangga kedua atau ketiga di peringkat global selepas China. Pasaran dimana di negara Asia Tengah ini mengeluarkan sekitar 3.5 - 3.9 juta tan lobak merah setiap tahun dimana dari segi pengeluaran per kapita (nisbah jumlah penduduk) negara Uzbekistan sebenarnya mendahului carta global dengan kadar kecekapan pertanian yang amat tinggi. Uzbekistan dilaporkan ia berada di kedudukan ke-2 atau ke-3 terbesar sebagai pengeluar lobak merah di dunia (bersaing rapat dengan India dan mengekori China sebagai juara utama). Lobak merah yang di hasilan di Usbekistan adalah dari jenis lobak kuning dan merah tempatan dimana ia merupakan varieti lobak merah utama paling penting dalam hidangan kebangsaan mereka iaitu 'Makanan Palov (Osh)' membolehkan tanaman ini luas ditanam dalam skala yang sangat besar. Uzbekistan mampu bagi mengeksport sebahagian besar hasil lobak merahnya ke negara-negara jiran seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Rusia. Dalam aspek teknikal dimana jenis tanah lembah yang subur seperti di Lembah Faergana serta sokongan program pertanian kerajaan membolehkan hasil tuaian lobak merah di sana sangat berkualiti tinggi dan manis secara semula jadi. Apa pun kelainan ciri Lobak Merah atau Kuning Uzbekistan dalam Plov dimana ia berwarna kuning (selain oren atau merah gelap) mengandungi dominasi oleh pigmen xanthophyll. yang berkhasiat. Lobak ini lebih tebal, kurang berair dan rasa kurang manis berbanding lobak oren moden dan ia tidak mudah hancur atau lembik apabila direbus lama di dalam kawah besar (kazan). Dalam masakan dimana lobak Usbekistan ini akan dipotong memanjang (julienne) dan ia dimasak bersama daging (kambing atau daging lembu), bawang, minyak serta rempah ratus seperti jintan putih sebelum beras diletakkan di atasnya untuk dikukus.


Fakta seterusnya menyatakan Negara 
India ada keluarkan sebanyak 2.7 juta metrik tan lobak merah sebagai salah satu pengeluar utama di Asia Selatan untuk pasaran domestik. India juga ia merupakan pengeluar lobak merah (carrot) ketiga terbesar di dunia iaitu jumlah yang merangkumi kira-kira 6.1% daripada keseluruhan bekalan dunia. India ialah salah satu pengeluar utama lobak merah berwarna merah (red carrot) dan bawang merah (red onion) di peringkat global. Jenis Lobak Merah India (Red Carrot) dari India memang berbeza dengan lobak oren biasa dari Eropah atau China dimana lobak merah asal India didakwa ia lazimnya berwarna merah terang, kaya dengan antioksidan lycopene dan beta-carotene serta mempunyai rasa yang lebih manis dan rangup. Ia banyak ditanam secara komersial di kawasan seperti utara India ketika musim sejuk (pencapaian tuaian yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport). Kawasan penanaman lobak merah di India meluas di kawasan Negeri Haryana iaitu merupakan wilayah utama yang mendahului pengeluaran lobak merah domestik dan ia diikuti oleh negeri-negeri lain seperti West Bengal, Punjab, dan Uttar Pradesh. Di laporkan negara Rusia mampu menghasilkan sebanyak 1.3 - 1.4 juta metrik tan lobak merah setahun dimana memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran serantau. Dilaporkan pengeluaran lobak merah di Rusia  ia merupakan salah satu yang terbesar di dunia yang mana ini menyumbang kira-kira 8% daripada keseluruhan pengeluaran global. Industri lobak merah di Rusia berada dalam kelompok 5 negara pengeluar lobak merah terbesar di dunia (bersama China, Uzbekistan dan Amerika Syarikat). Sektor pertanian komersialnya sahaja menuai sekitar 985,900 tan setahun, dan selebihnya disumbangkan oleh kebun-kebun domestik atau persendirian (household gardens). Kawasan pengeluaran utama di Rusia adalah 80% pengeluaran lobak merah di Rusia tertumpu di tiga wilayah persekutuan iaitu di Wilayah Selatan (Southern), Wilayah Volga, Wilayah Tengah (Central) (dengan Wilayah Moscow merekodkan hasil tuaian setiap hektar adalah tertinggi). Walaupun berhadapan dengan iklim yang mencabar dan musim sejuk yang ekstrem akan tetapi petani Rusia menggunakan teknologi moden untuk memastikan bekalan berterusan seperti menggunakan mesin penuai berkapasiti tinggi yang menarik lobak merah menggunakan sistem tali pinggang khas bagi mengelakkan kerosakan pada sayur. Kira-kira 70% dijual segar atau disimpan di dalam gudang khas kalis sejuk untuk bekalan musim sejuk. Baki 30% lagi diproses menjadi jus lobak merah pekat, sayuran sejuk beku, dan bahan perasa untuk dieksport ke Eropah serta Asia. Seterusnya adalah negara Amerika Syarikat (USA) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.1 - 1.4 juta metrik tan yang mana ia didominasi oleh penanaman di California (85% daripada hasil dari USA). Dilaporkan USA merupakan salah satu pengeluar utama lobak merah di dunia dimana industri lobak merah di negara tersebut dianggarkan bernilai lebih daripada $1.7 bilion. Penanaman di California iaitu di dakwa sebagai 'ibu kota lobak merah USA' kerana membekalkan lebih 80 - 85% daripada keseluruhan lobak merah yang ditanam di negara tersebut. Kawasan ini mempunyai tanah berpasir yang sangat sesuai serta sistem pengairan yang canggih. Antara neheri lain termasuk di Washington, Michigan, Texas dan Wisconsin. Pasaran Lobak Merah global ada banyak faktur yang menentukannya dimana ada kes Jenis  Pasaran Snek Moden (Baby Carrots) apabila kebanyakan lobak merah segar yang dijual di peruncit USA diproses menjadi produk sedia dimakan seperti baby carrots (lobak merah saiz bayi). Produk ini sebenarnya dihasilkan daripada lobak merah matang biasa yang dipotong dan digilap menggunakan mesin khas untuk mengelakkan pembaziran rupa lobak yang tidak sempurna. Cara pengeluaran di ladang-ladang besar seperti Grimmway Farms dan Bolthouse Farms menggunakan jentera penuai automatik sepenuhnya yang mampu menuai berpuluh-puluh tan lobak merah sehari dan ini diikuti dengan sistem penderia kamera pintar di kilang untuk mengasingkan gred saiz serta kualiti secara automatik (Sila lihat foto disebelah). Industri lobak merah dapati pengeksport terbesarnya adalah China dan Belanda yang merupakan pemain utama dalam rantaian eksport global. China membekalkan sebahagian besar lobak merah segar ke negara-negara Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Arab Saudi. Dalam pada itu ada juga direkodkan dimana pengimport lobak merah terbesar adalah beberapa negara seperti Jerman, Amerika Syarikat dan Canada merupakan antara hab import terbesar dunia bagi menampung permintaan pasaran tempatan mereka. Apa pun dilaporkan pasaran lobak merah dunia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Jenis Pasaran Segar (Fresh Market) yang menyumbang sekitar 80% daripada pengeluaran dunia iaitu produk lobak merah yang dijual secara pukal, bertangkai atau diproses menjadi baby carrots untuk snek. Kedua adalah Jenis  Pasaran Produk Proses (Processed Market) yang mana ia melibatkan produk berasaskan lobak merah yang sudah pun disejukbekukan, ditin, dijadikan serbuk atau diproses sebagai jus tule. Artikel ini di tulis dalam EMPAT (4) bahagian iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...