Support My Blog

Showing posts with label CARA POTONGAN LOBAK MERAH. Show all posts
Showing posts with label CARA POTONGAN LOBAK MERAH. Show all posts

Tuesday, October 27, 2026

CARA POTONGAN LOBAK MERAH (PART 2)

CARA POTONGAN LOBAK MERAH ada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan dan jenis masakkan. Bagi penulis blog dimana LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi sayuran lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 - RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara memotong Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan pembaca bog ini semua.


(6) POTONGAN 'BIAS CUT'

Cara potongan Bias Cut atau 'Potongan Serong' pada lobak merah adalah teknik memotong lobak merah dengan secara menyerong atau condong dimana ia bukan memotong tegak lurus seperti biasa. Apa pun jenis t
eknik ini dapat menghasilkan kepingan lobak merah yang berbentuk seakan-akan bujur (oval) yang memanjang iatu jika hendak dibandingkan dengan bentuk bulat biasa. Kelebihan cara potongan Bias Cut sebab ia membolehkan 'Cepat Masak' bilamana cara dengan memotong secara menyerong mendedahkan lebih banyak kawasan permukaan sayur yang akan membuatkannya lebih cepat empuk atau masak. Kedua sebabnya adalah ia akan kelihatan 'Nampak Cantik' serta mampu memberikan rupa yang lebih menarik, elegan dan profesional pada hidangan seperti sup, ulam, hidangan tumis (stir-fry), atau masakan Asia. Bagaimana pun cara Laoak Merah Cara Bias Cut perlu disediakan lobak merah segar dan dibasuh bersih, buang kulit (jika mahu) dan potong bahagian pangkal serta hujung lobak merah. Kemudian di pegang pisau secara menyerong dan perlu meletakkan lobak merah secara menegak atau mendatar di atas papan pemotong. Condongkan pisau anda pada sudut kira-kira 45 darjah berbanding lobak tersebut dan boleh mula memotong dengn menolak pisau ke bawah untuk membuat potongan pertama dimana akan dapat satu kepingan lobak merah yang berbentuk bujur. Pastikan untuk 'Kekalkan Sudut' dan teruskan memotong dengan mengekalkan sudut pada kecondongan pisau yang sama dan jarak yang sekata iaitu mengikut ketebalan yang anda mahukan (biasanya sekitar 0.5 cm ke 1 cm). Petua keselamatan, pastikan jari tangan yang memegang lobak membengkok ke dalam (seperti kuku harimau) supaya pisau tidak terkena jari.


(7) POTONGAN 'CHIFFONADE'
Cara Potongan Chiffonade sebenarnya tidak sesuai dan jarang digunakan untuk lobak merah kerana teknik ini dikhasan untuk sayuran berdaun (seperti kobis, sawi, bayam) atau produk jenis herba (seperti daun sup, daun ketumbar, basil). Chiffonade bermaksud memotong sayur menjadi jaluran halus seperti reben dengan cara menggulung daunnya terlebih dahulu. Bagaiman pun sesiapa yang ingin memotong lobak merah menjadi jaluran yang sangat halus dan nipis (seakan-akan hasil potong herba chiffonade) maka sebenarnya teknik yang betul untuk lobak merah dinamakan potongan Julienne atau potongan Korek Api (Matchstick). Penulis blog bagaimana pun paparkan cara untuk membuta potongan ini (tidak semestinya untuk potong lobak merah). Ia disesuaikan dengan cara Memotong Lobak Merah Gaya Julienne (Halus Seperti Korek Api) iaitu dengan mengupas dan boleh di potong 'Tiang' iaitu dipotong lobak merah secara melintang kepada beberapa bahagian (panjang sekitar 4 hingga 5 cm). Kemudian diratakan sisinya dengan cara memotong sedikit pada satu bahagian sisi lobak merah supaya ia menjadi rata. Ini penting supaya lobak tidak bergolek dan kedudukan lobak menjadi stabil di atas papan pemotong. Kemudian boleh di hiris Kepingan Nipis secara memanjang untuk menghasilkan kepingan papan yang nipis (ketebalan sekitar 1-2 mm). Cara hiris Jaluran Halus dengan menyusun semula kepingan papan tadi secara bertindih (2-3 keping sekali gus). Hiris secara menegak dari hujung ke hujung dengan sangat nipis untuk menghasilkan jaluran halus seperti batang korek api.


(8) POTONGAN 'PAYSANE'
Cara potongan Paysanne untuk lobak merah ialah teknik memotong sayur secara nipis (biasanya setebal kira-kira 1mm hingga 3mm) mengikut bentuk asas sayur tersebut seperti bentuk bulat, empat segi (kotak kecil), segi tiga, atau bentuk diamond (wajik). DIpaparkan cara-Cara Memotong Lobak Merah Secara Paysanne iaitu dengan mengupas dan basuh lobak merah bersih-bersih dan kemudian boleh di potong bentuk asas atau dengan cara membentuk lobak merah menjadi batang kecil (batonnet) yang nipis atau mengekalkan bentuk silinder bulat. Seterusny di hiris nipis lobak merah tersebut dengan ketebalan kira-kira 1mm hingga 3mm. Apa pun bentuk akhir dari hasil potongan boleh berupa kepingan bulat nipis, segi empat kecil, atau segi tiga mengikut kehendak resipi (biasanya digunakan untuk sup atau hidangan reneh atau hidangan garnis).


(9) POTONGAN 'TOURNE'
Akhir sekali penulis blog paparkan cara potongan tourne atau disebut juga 'Turned vegetable' iaitu salah satu teknik memotong sayuran khas Prancis kuno yang mengubah sayuran seperti lobak merah (wortel) atau kentang menjadi bentuk seperti peluru atau bola rugbi dengan 7 sisi yang sama rata. Apa pun tujuan utama dari potongan ini adalah agar sayuran matang secara merata dan memberikan tampilan hidangan yang sangat elegan dan berkelas (biasanya digunakan di restoran fine dining).  Langkah-langkah mudah untuk membuat potongan tourne pada lobak merah dengan 'memotong silinder' lobak merah secara melintang dengan panjang sekitar 4 hingga 5 cm. Perlu di kupas kulitnya di bahagian kulit luar lobak merah hingga bersih. Kemudian di bagi empat belah potongan silinder tersebut secara memanjang menjadi 4 bagian yang sama besar (seperti balok segi empat). Perlu gunakan 'Pisau Khusus' iaitu jenis pisau pengupas kecil (paring knife atau tourne knife yang bilahnya melengkung). DI beentuk 7 Sisi (Lengkungan) dan dengan memegang potongan lobak di antara ibu jari dan jari telunjuk perlu di tarik pisau dari atas ke bawah dengan gerakan melengkung (seperti mengukir) untuk membuat satu sisi yang mulus. Kemudian di putar lobak merah sedikit dan boleh diulangi gerakan tersebut hingga akan mendapatkan 7 sisi lengkung yang simetris dengan ujung yang agak runcing di kedua sisinya. Dalam pada itu ada petua dimana menggunakan Sisa Potongan dari Cara Tourne iaitu dengan membuang cukup banyak bagian lobak merah. Jangan dibuang! Kumpulkan sisa-sisa potongan tersebut untuk membuat kaldu (stock) atau sup. Pastikan semua lobak merah yang dipotong memiliki ukuran dan ketebalan yang seragam atau yang sama agar waktu memasaknya tidak berbeza untuk matang di periok. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca dan di fahami kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim ngro technology kali ini. Wasallam.....
LOBAK MERAH... DALAM MASAKAN DI GUNA...

PELBAGAI POTONGAN...PERLU TAHU CARA....
SENI YANG UNIK... KEPAKARAN PERLU ADA....
CANTIK DI PINGGAN... TAMBAH SELERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1448H).

Monday, October 26, 2026

CARA POTONGAN LOBAK MERAH (PART 1)

CARA POTONGAN LOBAK MERAH ada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan dan jenis masakkan. Bagi penulis blog dimana LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi sayuran lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 - RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara memotong Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan pembaca bog ini semua.


(1) POTONGAN RONDLLES 

Pertama adalah Jenis Potongan Lobak Merah Cara R
ondelles atau 'Hiris Bulat' dimana cara ini dimana dipotong lobak merah secara melintang membentuk bulatan. Apa pun kaedah potongan ini adalah ia sesuai untuk masakan seperti masak merah, masak kicap atau sayur campur. Lazimnua cara potongan roundless (atau lebih dikenali sebagai round) pada lobak merah bermaksud lobak merah tersebut dipotong bulat. Bagi penulis blog yang suka buat potongan cara ini sebab ia mudah dimana umumnya bahawa istilah 'roundless' di sini biasanya merujuk kepada teknik potongan bulat (round) atau disebut juga sebagai 'Potongan Duit Syilling' atau 'coin cut' di mana lobak merah dipotong melintang mengikut bentuk asalnya yang bulat tanpa dibuang bahagian sisinya. Ia cara potong yang paling mudah sekali dimana ia adalah cara mudah untuk membuat potongan ini dengan langkah pertama membersihkan lobak iaitu dengan membasuh lobak merah dengan bersih dan kupas kulitnya menggunakan pengupas (peeler). Kemudian mesti di buang kedua-dua hujungnya dengan memotong dan membuang kedua-dua bahagian hujung lobak merah (bahagian atas dan bawah). Ia boleh di potong melintang iaitu dengan meletakkan lobak merah secara melintang di atas papan pemotong. Perlu di pegang lobak dengan kemas da ia kemudian dipotong cara melintang dari hujung ke hujung mengikut ketebalan yang anda mahukan. Teknik ini ada 'Beberapa Variasi Ketebalan' yang boleh disesuaikan iaitu Jenis Potongan Nipis (1mm - 2mm) diman ia adalah sesuai untuk ulam, salad atau hiasan. Kedua Jenis Potongan Sederhana (3mm - 5mm) iaitu ia sangat popular untuk masakan sayur goreng kilas (stir-fry) atau sup cepat masak. Ketiga Jenis Potongan Tebal (1cm ke atas) yang mana ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa lama seperti sup rebusan (stew) atau memanggang (roasting) supaya lobak tidak hancur.


2) POTONGAN OBLIQUE
Potongan Oblique atau 'Serong' atau 'Potongan Golek' ini dengan cara memotong secara menyerong dan kemudian putarkan lobak sedikit sebelum potong semula. Bagi penulis blog cara ini ia dapar menghasilkan bentuk bucu tajam dengan permukaan luas, sangat sesuai untuk sup ayam atau tomyam kerana cepat meresap rasa kuah. Cara potongan oblique lobak merah dimana ia juga dikenali sebagai 'roll cut' atau 'potongan guling' adalah cara memotong sayuran berbentuk silinder seperti lobak merah dengan menghasilkan ketulan berbentuk segi tiga atau baji yang mempunyai dua sisi bersudut. Memang unik cara potongan ini dimana cara membuat potongan Oblique Lobak Merah pastikan memegang pisau bersudut dan diletakkan lobak merah di atas papan pemotong. Pegang pisau pada sudut kira-kira 45 darjah dan buat potongan serong yang pertama. Kemudian dipusingkan lobak merah dan selepas setiap potongan perlu di pusingkan lobak merah kira-kira 90 darjah atau suku pusingan ke arah pemotong. Seterusnya di ulang-ulang langkah tersebut dengan mengekalkan sudut pisau yang sama (45 darjah) dan potong lagi dan perlu diteruskan sehingga habis serta diulang proses memotong dan memusingkan lobak merah sehingga ke hujung. Beberapa ciri kelebihan cara potongan Oblique ini ia memberikan luas permukaan lebih besar dimana cara ini membolehkan bahan menyerap rasa lebih baik ketika proses glazing, memanggang, atau merebus. Ia memang dimasak dengan sekata dan cepat sebab saiz ketulan yang hampir sama membantu sayur masak dengan seimbang tanpa cepat hancur. Dalam aspek seni di lihat ia memang menarik secara visual serta memberikan rupa yang lebih berseni dan kemas berbanding potongan bulat biasa. 


(3) POTONGAN JULIENE
Cara potongan Julienne atau 'Batang Mancis' adalah cara potongan panjang, nipis dan halus seperti batang mancis. Sesuai untuk salad, popia atau tumis yang cepat masak. Cara potongan  Julienne lobak merah ialah teknik memotong lobak merah secara memanjang, halus dan seragam berbentuk seperti batang mancis (biasanya berukuran kira-kira 3 mm × 3 mm × 5 cm). Menarik bagaimana cara memotong Julienne Lobak Merah iaitu dimulakan dengan mengupas dan membersihkan dulua dimana mesti dikupas kulit lobak merah terlebih dahulu dan basuh bersih. Kemudian ia di potong pendek kepada beberapa bahagian (biasanya kira-kira 5 cm panjang) supaya mudah dikendalikan. Perlu diratakan tapak duli sebelum menghiris sedikit pada salah satu sisi lobak merah supaya ia mempunyai permukaan yang rata di atas papan pemotong dan tidak bergolek. Seterusnya di hiris nipis (kepingan) atau potong lobak merah secara melintang kepada kepingan nipis. Potong jadi batang mancis dan kemudian ia disusun semua kepingan tersebut bertindih barulaj ia kemudian hiris memanjang semula menjadi jalur halus seperti batang mancis. Ada juga kaedah moden alternatif lebih pantas iaitu dengan cara juga boleh menggunakan 'Alat Peeler Julienne iaitu sejenis alat khusus atau 'pengupas khas' atau 'mandoline' untuk menarik dari atas ke bawah bagi mendapatkan hasil yang cepat dan sama saiz. Hasil potongan ini paling sesuai di jadikan Makanan Popia sama ada jenis popia basah atau popia kering (Sila lihat foto dibawah sekali). 


(4) POTONGAN BATONNET
Cara Potongan Batonnet atau 'Potongan Batang' atau 'Potongan Stik' adalah jenis potongan berbentuk segi empat tepat yang lebih tebal (seperti saiz ubi kentang goreng atau crudités). Apa pun jenis potongan ini ai sesuai untuk ianya dipanggang (roasted) atau dimakan bersama sos cicah. Bagi penulis blog yang suka cara potongan ini dimana cara potongan batonnet bagi lobak merah ialah potongan berbentuk jalur segi empat tepat yang panjang dan tebal (seperti bentuk batang mancis yang besar atau saiz kentang goreng atau french fries) yang mudah dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Beberapa sumber rujukkan dari pakar masakan menyatakan ada beberapa jenis ukuran standard Potongan Batonnet Lobak Merah seperti dengan Jenis Ketebalan kira-kira 6 mm x 6 mm (atau antara 0.5 cm hingga 1 cm) dengan panjang kira-kira 6 cm hingga 7.5 cm (atau sehingga 8 cm). Apa pun lazimnya ia hampir sama dengan potongan julienne akan tetapi batonnet jauh lebih tebal (julienne lebih halus seperti mancis kecil, berukuran 3mm x 3mm). Cara memotong Batonnet dengan mengupas dan juga membasuh atau cuci bersih lobak merah dan buang kulitnya. Kemudian ia dipotong pendek lobak mengikut panjang yang dikehendaki (sekitar 6 hingga 7.5 cm). Bagi membentuk blok sebaiknya dipotong bahagian tepi lobak supaya ia menjadi bentuk blok empat segi yang kemas. Kemudian menghiris cara menegak dan hiris blok tersebut secara memanjang dengan ketebalan kira-kira 6 mm dan di jadikan jalur. Perlu di susun kepingan tadi dan hiris semula dengan ketebalan 6 mm untuk menghasilkan batang-batang kecil yang seragam. Kegunaan cara potongan ini ia dijadikan hidangan sampingan (crudités) bersama sos pencicah atau hummus dan untuk masakan panggang (roasted vegetables) dimana selalu ia dijadikan asas potongan untuk menghasilkan dadu kecil (brunoise).


(5) POTONGAN DADU 
Cara potingan Dadu atau 'Brunoise' atau 'Small Dice' atau 'Medium Dice' ia merupakan jenis potongan berbentuk kiub kecil atau sederhana. Apa pun cra potongan ini ia sesuai untuk sup, rencah nasi goreng, sos atau stew. Cara potongan dadu lobak merah ialah teknik memotong lobak merah berbentuk kiub kecil atau sederhana sama rata (biasanya berukuran ¼ inci untuk small dice atau ½ inci untuk medium dice). Cara-Cara Memotong Dadu Lobak Merah dimulakan dengan mengupas dan bersihkan atau dibuang kulit lobak merah dan potong bahagian hujung atas serta pangkalnya. Perlu di buat permukaan rata iaitu dengan memotong lobak merah secara memanjang supaya ia mempunyai tapak yang stabil dan tidak bergolek di atas papan pemotong. Kemudian dipotong kepingan memanjang (planks) dan dihiris lobak merah memanjang mengikut ketebalan yang dikehendaki (contohnya ¼ inci). Seterusnya di potong jalur (sticks/batonnet) dan disusun kepingan tadi dan potong lagi secara memanjang membentuk jalur-jalur kecil.  Pelru juga di potong melintang (dadu) iaitu denngan memegang kumpulan jalur tersebut dan hiris melintang bersudut 90 darjah untuk menghasilkan bentuk dadu yang kemas. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca dan di fahami kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.....
LOBAK MERAH... DALAM MASAKAN DI GUNA...

PELBAGAI POTONGAN...PERLU TAHU CARA....
SENI YANG UNIK... KEPAKARAN PERLU ADA....
CANTIK DI PINGGAN... TAMBAH SELERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...