Support My Blog

Saturday, November 7, 2026

TRITICALE - APAKAH DIA (PART 2)

TRITICALE adalah sejenis tanaman bijirin hibrid (grain) hasil kacukan antara tanaman gandum (wheat) dan tanaman rai (rye). Nama 'Triticale' iut sendiri apa yang penulis blog tahu adalah satu gabungan daripada nama saintifik kedua-dua tumbuhan induknya iaitu Tanaman Gandum (Triticum spp.) dengan Tanaman Rai atau Rye (Secale cereale). Ada ramai kalangan pembaca blog ini yang mungkin tidak pernah dengar tau dapat ujirasa akan makanan nerasaskan bijirin triticale ini sebab tidak mengenalinya. Apa pun dijelaskan fakta dimana Tanaman Gandum (Triticum spp.) ialah sejenis tumbuhan rumput bijirin daripada keluarga Poaceae yang buahnya (biji gandum) diproses menjadi tepung gandum untuk dijadikan makanan ruji seperti roti, biskut dan banyak jenis mi. Dalam pada itu Tanaman Rye (Secale cereale) atau didalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Rai' sahaja adalah sejenis tumbuhan bijirin (grain) yang hampir serupa dengan gandum dan barli iatu ia juga berasal berasal dari keluarga Poaceae. Penulis blog paparkan beberapa jenis-jenis bijitin penting sebagai tanaman makanan penting dunia yang pertama adalah BERAS (Rice) dimana beras merupakan bijirin utama ditanam dibanyak negara beriklim tropika seperti Vietnam, India,  Indonesia, Thailand dan termasuk luas juga di Malaysia. Tanaman padi juga luas di tanam dii beberapa negara yang beriklim sederhana seperti China, USA dan sebagainya. Kedua adalah Bijirin GANDUM (Wheat) dimana ia menjadi bijirin penting di kebanyakan negara beriklim sederhana. Bijirin ketiga adalah Barli (Barley) yang banyak di tanam diseluruh dunia dan di banyak negara Barat bijian barli ia meluas ditapai menjadi minuman keras seperti bir dan wiski. Seterusnya ad jenis Bijirin Sorgum (Shorgum) iaitu sejenis bijirin yang amat penting di negara Asia dan benua Afrika dan yang ke lima adalah Bijirin RAI (Rye) sebagai jenis bijirin utama di negara beriklim sejuk serta keenam adalah TRITICALE iaitu sejenis bijirin yang dihasilkan menerusi kacukan gandum rai. Pun begitu rupanya ia lebih menyerupai rai. Tanaman Triticalu ini menggabungkan sifat Gandum yang mempunyai potensi hasil tuaian yang tinggi serta kualiti bijirin yang baik dengan sifat Rai yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit, cuaca ekstrem (seperti kemarau/sejuk) dan boleh tumbuh di tanah yang kurang subur atau berasid. Faktaya dimana info kegunaan utama Triticale adalah sebagai Makanan Ternakan (Paling Utama) apabila kebanyakan triticale ditanam untuk dijadikan makanan atau silaj (jerami yang diawet) bagi haiwan ternakan seperti lembu dan ayam kerana kandungan unsur proteinnya yang tinggi. Kedua ia manjadi Makanan Manusia dimana walaupun kurang popular berbanding gandum tulen untuk membuat roti (kerana kandungan glutennya yang ianya berbeza membuatkan doh kurang kenyal), ia masih diproses menjadi tepung, kepingan sereal (flakes), biskut dan sereal sarapan di kedai-kedai makanan kesihatan. Ketiga ia juga di gunakan sebagai Biobahan Api seperti ada digunakan dalam penghasilan bioetanol atau biogas. Apa pun di ;aporkan dari segi status pemakanan, ia adalah sumber tumbuhan semula jadi, kaya dengan serat serta protein dan sudah tentu ia boleh diklasifikasikan sebagai halal untuk dimakan. Artikel malam Khamis ini dlam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai Bijirin Triticale untuk bahan rujukkan semua. 


Triticale adalah tanaman bijirin hibrid hasil persilangan antara gandum (wheat) dan gandum hitam (rye). Tanaman ini menggabungkan kualiti nutrisi gandum yang tinggi dengan sifat tahan lasak serta ketahanan penyakit daripada gandum hitam. Cara penanaman triticale adalah hampir sama dengan cara penanaman gandum atau barli iaitu dengan langkah-langkah bermula dengan Proses Pemilihan Jenis danJadualwaktu Menanam sebab bagi tanaman varieti Musim Sejuk (Winter Triticale) dimana ia biasanya ditanam pada musim luruh iaitu diantara Ogos hingga November (Sila lihat foto disebelah). Ia memang memerlukan suhu sejuk (proses vernalization) untuk dapat merangsang pengeluaran batang dan bijirin pada musim bunga berikutnya. bagi jenis atau varieti Musim Bunga (Spring Triticale) selalunya ia ditanam pada awal musim bunga sebaik sahaja tanah boleh mula diusahakan. Kedua adalah Proses Penyediaan Tanah dimana tanaman Triticale boleh hidup di pelbagai jenis tanah, malah mempunyai kelebihan tersendiri jika ditanam di tanah berasid tinggi (pH bawah 4.5) atau tanah beralkali. Bagaimanapun perlu mengelakkan menanam di tanah yang menampung terlalu banyak air atau mempunyai sistem saliran yang sangat buruk (waterlogged), kerana triticale tidak menyukai kelembapan yang melampau. Ketiga adalah Proses Penyemaian Benih dimana bijibenih disemai sedalam 2 - 5 cm di dalam tanah dengan jarak antara barisan penyemaian yang disyorkan adalah sekitar 15 - 20 cm. Sebaiknya kadar benih yang digunakan ia bergantung kepada tujuan penanaman. Jika ditanam untuk kutipan bijirin sahaja, kadar benih adalah lebih rendah berbanding jika ditanam sebagai makanan ternakan (foraj/rumput ragut) yang memerlukan kepadatan tumbuhan lebih tinggi. Keempat adalah aktiviti Penjagaan dan Aktiviti Pembajaan serta Pengairan dimana dipastikan tanah ladang mempunyai kelembapan yang mencukupi terutamanya semasa fasa percambahan (7  - 14 hari pertama) dan pertumbuhan awal. Pembajaan bagi triticale ia memerlukan nutrien Nitrogen (N), Fosforus (P), dan Kalium (K). Pembajaan nitrogen tambahan biasanya diberikan semasa fasa tumbuhan mula bertunas banyak (tillering) atau semasa pembentukan batang. Kawalan Rumpai penting walau pun ia mempunyai daya saing yang kuat dan secara semula jadi boleh menindas pertumbuhan rumpai di sekelilingnya jika ditanam dengan kepadatan yang betul.  Akhir sekali adalah Proses Penuaian dimana tempoh matang triticale biasanya mengambil masa beberapa hari lebih lewat daripada gandum musim sejuk. Jika ditanam untuk makanan ternakan (foraj), ia dipotong awal sebelum tumbuhan menjadi terlalu tinggi atau semasa fasa pembentukan bulir. Bagaimana pun jika ditanam untuk biji benih atau biji bijirin, ia dituai selepas bijirin matang sepenuhnya. Kelebihan triticale ialah bijirinya melekat kuat pada tangkai dan tidak mudah luruh sendiri ke tanah.


Tanaman bijirin triticale adalah bijirin kacukan buatan manusia pertama yang dihasilkan melalui silangan antara gandum (wheat) dan rai (rye). Ia dicipta bertujuan untuk kemudian ia mampu menggabungkan potensi hasil tinggi gandum dengan sifat ketahanan cuaca dan penyakit yang ada pada rai. Apa pun penting di kongsikan akan fakta khasiat kesihatan serta ancaman atau keburukan yang dikaitkan dengan bijirin triticale. Triticale mempunyai profil nutrisi yang sangat hebat, malah kadangkala mengatasi kedua-dua bijirin induknya dari segi kandungan serat dan protein dimana ia sangat kaya juga dengan Serat Diet dimana kandungan seratnya yang tinggi membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah sembelit, serta membantu mengawal paras kolesterol darah. Khasiat selanjutnya dimana ia mampu menngawal Gula Darah (Diabetes) disebabkan kandungan seratnya yang padat dimana triticale membantu terutama memperlahankan penyerapan glukosa dan ini ia sekali gus membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal paras gula darah dengan lebih baik. Triticale juga ia menjadi sumber Protein dan Lisin Tinggi yang membekalkan protein yang lebih baik berbanding gandum serta mengandungi lysine (asid amino penting) yang biasanya rendah dalam bijirin lain. Ini menyokong pertumbuhan otot dan penghasilan kolagen. ia juga kaya Mineral dan Vitamin dan ada zat tinggi seperti zat besi untuk mencegah anemia, magnesium, zink, kalsium, serta asid folik (folat) yang amat penting untuk perkembangan janin yang sihat.  Paling habat sebab ia bantu Kesihatan Jantung dengan cara membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular melalui pengurangan tekanan oksidatif dan pengurusan lemak darah.  


Bagaimana pun ada laporan kajian mendapati jika masi ada ancaman, risiko dan ciiri keburukan mengambil Triticale dimana walaupun berkhasiat, triticale mempunyai beberapa kelemahan sama ada dari sudut kesihatan manusia mahupun sektor pertanian. Pertama ada Ancaman Kesihatan (Sisi Pengguna) dimana disebablan kandungan Gluten yang Tinggi iaitu ia sama seperti gandum dan rai, triticale mengandungi gluten yang tinggi. Ia menjadi ancaman bahaya bagi penghidap penyakit Celiac (Celiac disease) atau individu yang mempunyai alahan gluten kerana boleh merosakkan usus dan mencetuskan masalah sistem pencernaan yang teruk. Ada ancaman faktor Anti-Nutrien juga mengancam dimana Triticale mengandungi sebatian anti-nutrien semula jadi seperti alkyresorcinols dan perencat trypsin yang boleh mengurangkan kadar penyerapan nutrien tertentu di dalam badan jika tidak diproses dengan betul.  kategori kedua ada  Ancaman dan Cabaran Industri (Sisi Pertanian atau Sisi Pengeluaran) seperti isu Kualiti Roti yang Kurang Memuaskan dimana bahan tepung triticale mempunyai struktur gluten yang lemah berbanding gandum tulen. Ini menjadikannya sukar untuk menghasilkan roti yang gebu, menyebabkan ia lebih banyak dicampur dengan tepung gandum atau hanya digunakan untuk membuat biskut kraker dan bijirin sarapan. Ada isu evolusi Penyakit Kulat dimana pada awal penciptaannya, triticale sangat tahan penyakit akan tetapi kemudian bagaimanapun, mutasi patogen kini telah pun menyebabkan triticale semakin terdedah kepada ancaman penyakit kulat seperti karat batang (stem rust), hawar kepala Fusarium (Fusarium head blight), dan penyakit Septoria yang menjejaskan hasil tuaian. Ada ancaman atau Iau Masalah Percambahan Sebelum Tuai (Pre-harvest sprouting) dimana dalam keadaan cuaca yang lembap ketika musim menuai, bijirin triticale cenderung untuk bercambah awal pada tangkainya, sekaligus merosakkan kualiti kanji di dalamnya. Apa pun disebabkan tekstur dan sifat bakingnya yang lebih mencabar, sebahagian besar pengeluaran triticale di dunia (terutamanya di Eropah) sebenarnya digunakan sebagai makanan ternakan (animal feed) dan bio-jisim (biomass) berbanding makanan harian manusia. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat beri maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology semuanya. Wasallam!!!,,,

NAMANYA TRITICALE... JARANG DENGARNYA....
KACUK GANDUM DAN RAI....TIADA DI MALAYSIA...
MAKANAN TERNAKAN... DAN JUGA MANUSIA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU TAHU FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrjaya,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1449H
).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...