Support My Blog

Friday, November 27, 2026

JENTUAI PADI DAN KEPENTINGANNYA

JENTERA JENTUAI PADI
(Combine Harvester) adalah satu mesin pertanian moden yang digunakan untuk menuai padi di sawah secara automatik dimana ia mampu menuai hasil padi dengan cepat, cekap dan canggih. Apa pun zaman dulu para pesawah akan menuai padi secara tradisional sama ada cara menyabit dan ia kemudian membanting atau memetik tangkai padi secara perlahan (Ketam padi) dengan alat pisau khas. Kini penggunaan jentuai padi sudah menjadi amalan dan kaedah pertanian moden sama ada menggunakan jenis jentuai bersaiz besar atau bersaiz sederhana atau bersaiz kecil (mini) sahaja. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana fungsi utama Jentuai Padi dimana mesin ini ianya sudah menggabungkan beberapa kerja menuai padi yang dahulunya dibuat secara manual kepada satu proses serentak seperti Kerja Memotong (Reaping) iaitu ada mata khusus yang akan memotong batang padi yang sudah masak dengan menggunakan meja pemotong (header) di bahagian hadapan. Kemudian batang padi akan dibawa iaitu melalui Proses  Meleraikan bertujuan untuk mengasingkan biji padi daripada tangkai dan batangnya di dalam mesin. Ssterusnya jentera ini ada Kerja  Membersihkan Padi yang baru di tuai iaitu dengan cara menampi dan membuang hampas, habuk serta jerami supaya hanya biji padi yang bersih dikumpulkan. Akhir sekali adalah Kerja Menyimpan biji Padi di dalam tangki khas iaitu kemudian dipindahkan terus ke dalam lori atau guni sebelum dijual atau di hantar kekilang memproses padi. Alatan Jentuai ini memang amat berguna dan penting sebab ia mampu untuk menjimatkan masa dan tenaga apabila semua jenis kerja menuai padi sawah yang luas dapat disiapkan dalam masa beberapa jam sahaja berbanding berhari-hari jika pesawah menggunakan tenaga manusia atau sabit terutama di kawasan Kawasan Jelapang Padi Malaysia di seluruh negara. Jentera ini dilaporkan ia mampu Mengurangkan Kos iaitu ia dapat membantu pesawah mengatasi masalah kekurangan buruh di sektor pertanian. Paling hebat cirinya sebab Jentuai Sesuai Untuk Tanah Berlumpur dimana penulis blog kerap kali melihat dimana kebanyakan model di Malaysia dilengkapi dengan tayar besar atau trek berantai getah (crawler) supaya tidak mudah terbenam di dalam petak sawah yang berair atau lembut. Penulis blog merujuk kepada kementerian pertanian dan DOSM dilaporkan jumlah tepat bagi jentuai padi (combine harvester) secara khusus di seluruh Malaysia tidak dinyatakan secara berasingan dalam laporan awam, namun didalam maklunat Banci Pertanian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang terbari telah merekodkan sebanyak 75,127 unit jentera peralatan pertanian digunakan dalam industri tanaman padi negara secara keseluruhan. Bilangan serta jenis jentuai padi yang digunakan di Malaysia dalam industri padi negara dimana ia disokong oleh sebanyak 75,127 unit pelbagai jenis jentera pertanian (termasuk traktor, jentanam dan jentuai) untuk mengusahakan keluasan bertuai melebihi 519,000 hektar kawasn pasel sawah bertanam di Malaysia 2025.  Kawasan Jelapang Utama sepeti di MADA ada terdapat sekitar 700 unit jentuai yang dimiliki oleh pengusaha persendirian dan 10 unit jentuai milik MADA yang diuruskan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Terkini juga dilaporkan dimana kadar tahap mekanisasi sudah pun mencapai lebih 90% dari jumlah kawasan penanaman padi sawah di Malaysia kini bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan jentuai berbanding kaedah manual. Penulis blog merujuk mengenai jenis dan model Jentuai Padi di Malaysia dimana secara amnya, jentuai padi (combine harvester) ialah mesin moden yang menggabungkan tiga proses kerja sekali gus dengan memotong pokok padi, membanting (meleraikan biji padi daripada tangkai) dan membersihkan (mengangin hampas). Apa pun di Malaysia dimana mesin ini terbahagi kepada beberapa kategori utama iaitu Jenis Jentuai Bersaiz Besar, Jenis Jentuai  Bersaiz sederhana dan Jentuai Mini. Jenis pertama iaitu Kategori Jentuai Bersaiz Besar (seperti Model New Holland 8060, 1545, TC 56 atau CASE) dimana jenis ini ia menggunakan tayar besar atau trek, berkapasiti tangki tinggi dan ada yang dilengkapi GPS serta kabin yang berhawa dingin. Sesuai untuk sawah berskala luas dan tanah yang agak keras seperti di kawasan MADA (Kedah dan Perlis) dan Selangor. Kedua Kategori 
Jentuai Sederhana (Bertrek) iaitu seperti Jenama Kubota DC-70, DC-95, DC-105X) dengan ia menggunakan trek getah (crawler), lebih ringan dan lincah berbanding mesin Eropah bersaiz besar. Ia sangat popular di Malaysia kerana tidak mudah terbenam dalam tanah sawah yang lembut atau berlumpur. Ketiga adalah Kategori Mini Combine (Jentuai Mini) yang bersaiz kecil, ringan dan ada berkeupayaan menuai sekitar 0.1 hektar (1/3 ekar) sejam. Sesuai untuk petak sawah yang bersaiz kecil, kawasan luar jelapang atau laluan masuk yang sempit. Pengalaman penulis blog mendapati dimana bagi kawasan tanaman padi huma atau bukit atau petak terpencil yang sangat kecil dimana alat tradisional seperti ketam padi atau sabit masih digunakan secara terhad penggunaannya. Artikel pada petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas berkaitan jentuai padi dan kepentingannya dalam industri padi untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam beberapa tinjauan di Malaysia dimana di laporkan iaitu Harga Upah kerja jentuai padi (combine harvester) memang ia masih tidak seragam dimana ia selalunya akan dikira mengikut lokasi atau kawasan serta kaedah ukuran yang berbeza (keluasan tanah, jumlah berat tan metrik atau jumlah bilangan guni). Dilaporkan dimana ada kadar syor harga siling oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta kadar pasaran semasa mengikut zon dimana di Kedah dan Perlis ia adalah mengikut jumlah keluasan sawah (Relung) iaitu pada kadar sekitar RM180 - RM220 satu relung sementara di Selangor dan Perak kadar di tentukan adalah mengikut berat tuaian dengan purata harga RM100 satu tan metrik atau dalam julat diantara RM80 - RM100 keatas satu tan metrik. Berlainan pula dengan zon Pantai Timur Semananjung Malaysi seperti di Terengganu dan Kelantan dimana harga upah di tentukan mengikut bilangan guni hasil padi iaitu sekitar RM13 - RM15 keatas satu guni. Terkini ada beberapa isu yang berkaitan pengoperasian jentuai padi apabila timbul Isu Kesan Kos Minyak Diesel dimana ada kalangan pengusaha mesin jentuai di lapangan ada kalanya mengenakan caj melebihi harga syor kerajaan (contohnya pesawah di caj hingga mencecah RM200 - RM220 serelung di utara) ekoran kenaikan kos bahan api diesel dan kos penyelenggaraan jentera. Ada juga isu seperti mengenai ujud Perbezaan Unit Ukuran dimana unit satu relung di Kedah dan Perlis ia adalah bersamaan kira-kira 0.71 ekar atau 0.29 hektar (sekitar 3.5 relung untuk 1 hektar). Masih ujud agi Keadaan Bantuan Subsidi Kerajaan dalam industri padi dimana untuk meringankan beban kos ini dimana para pesawah yang berdaftar layak menerima Insentif Penuaian Padi daripada kerajaan pada kadar RM50 per hektar setiap musim (tambahan kepada Insentif Pembajakan iaitu sebanyak RM160 per hektar). Dalam beberapa tinjauan dimana harga untuk membeli jentuai padi (combine harvester) baharu di Malaysia berbeza mengikut jenama, kapasiti tangki padi, kuasa kuda (HP) dan spesifikasi (seperti kabin berhawa dingin). Kajian mendapati dimana ada anggaran harga dalam pasaran bermula sekitar RM110,000 hingga ia melebihi RM350,000 sebuah bergantung kepada benyak faktor. Bagi pengedar jentera pertanian di Malaysia biasanya tidak menyenaraikan harga tetap secara umum kerana harga akhir bergantung pada pakej pinjaman, duti import dan promosi semasa. Beberapa sumber berikan anggaran harga serta model utama Jentuai yang terdapat di pasaran tempatan sebagai panduam. Pertama Jentuai Mini seperti bagi jenis Model Kubota DC-70G Pro dengan kapasiti enjin 69 HP, kapasiti tangki 1,000 kg (tanpa kabin) dijual dengan anggaran harga sekitar RM120,000 - RM150,000 sebuah. Bagi Jenis Model Kubota DC-70G Pro Cabin Enjin 69 HP, kapasiti tangki 1,000 kg (dengan kabin berhawa dingin) pula ia dijual dengan harga RM150,000 - RM180,000 sebuah sementara bagi Model Kubota DC-108X Cabin dengan kapasiti tangki lebih besar (1,460 kg) dimana ia sangat sesuai untuk skala besar ia dijual sekitar RM220,000 - RM280,000 keatas sebuah. Seterusya bagi Model Worldstar (seperti Siri WS) sebagai jenis model kapasiti 1.5 tan dan ke atas (buatan China dan buatan Tempatan) ia dijual dengan harga sekitar  RM110,000 - RM190,000 sebuah. Dalam Kategori Jentuai Jentera Saiz Besar (seperti Jenis New Holland / Claas) dengan kapasiti tinggi untuk kawasan jelapang besar (Kedah dan Perlis) ia selalunya akan di jual dengan harga sekitar antara RM300,000 - RM500,000 keatas sebuah. Harga yang dipaparkan di atas adalah anggaran pasaran bagi unit baharu sementara bagi harga terpakai atau 'reconditioned' dari Jepun atau dari Thailand biasanya jauh lebih rendah iaitu sekitar RM45,000 - RM95,000 bergantung pada tahun dan keadaan enjin).


Sebenarnya pengusaha boleh cuba mendapatkan Sebutharga mengenai jentuai yang hendak di beli dengan lebih tepat beserta pelan pembiayaan (bayaran bulanan atau bayaran mengikut musim menuai) dengan cara menghubungi pengedar sah yang ada di Malaysia. Bagi Jentera Model Kubota Malaysia selalunya mereka menjadi pengedar rasmi bagi model siri DC seperti Kubota DC-70G Pro dan DC-108X. Sementara itu Syarikat  Worldstar AM (M) Sdn. Bhd. masih lagi kekal sebagai pembekal utama mesin padi yang berpangkalan di Kedah, menawarkan pelbagai pilihan jentera penuai padi Worldstar serta skim bayaran mengikut musim. Ada juga nama pengedar Mesin Yanmar Malaysia yang ada menjual jentera seperti bagi jenis model seperti siri AW. Kalangan pengusaha atau bagi pesawah yang berdaftar boleh menyemak kelayakan melalui pembiayaan jentera melalui Agrobank atau inisiatif pemodenan pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau melalui beberapa agensi seperti pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) boleh mencuba. Dirujuk lagi dimana harga jentuai padi terpakai di Malaysia dianggarkan sekitar RM25,000 hingga lebih RM150,000 dimana ia sangat bergantung pada jenama, saiz (jenis rantai getah kecil atau saiz sederhana atau jentera besar beroda), tahun keluaran dan tahap baik pulih (recond). Beberapa faktor yang akan menentukan harga adalah keadaan Enjin dan keadaan Sistem Hidraulik dimana selalunya kos baik pulih pam hidraulik atau overhaul enjin sangat tinggi dimana ada unit yang sedia terus turun ke sawah (ready to work) jauh lebih mahal berbanding unit yang memerlukan pembaikan. Kedua adalah faktur Keadaan Kaki Bawah (Undercarriage) dan juga Status Rantai terutama bagi jenis jentera jenis crawler, ketebalan rantai getah, roller dan sprocket memberi kesan besar kepada harga jualan. Ketiga adalah faktor Ketersediaan Alat Ganti dimana ada jenama seperti Kubota dan model New Holland mengekalkan harga terpakai yang lebih tinggi kerana harga alat gantinya mudah didapati di kawasan jelapang seperti Kedah, Perak dan di Selangor.


Sebenarnya dengan P
enggunaan Jentuai (combine harvester) dalam penuaian padi memberikan penjimatan masa dan tenaga kerja yang sangat ketara, namun ia masih berisiko lagi yang menyebabkan kerosakan struktur tanah sawah dan pembaziran hasil sekiranya jentera tidak diselenggara dengan baik. Antara beberapa kelebihan jika menuai dengan cara iaitu menggunakan Jentera Jentuai yang pertama seperti Faktor 
Penjimatan Masa dan Kos Buruh
dimana lazimnya bagi satu buah jentera jentuai ia mampu melakukan proses memotong, melerai dan membersihkan padi secara serentak dalam tempoh singkat berbanding kaedah manual yang memerlukan ramai pekerja. Penulis blog dapati penggunaan 
Jentuai (jentera penuai gabungan) menjimatkan masa kerana ia menggabungkan empat proses utama penuaian dalam satu mesin secara serentak iaitu menuai, melerai, menampi, dan mengumpul hasil yang mempercepatkan kerja di ladang atau sawah. Pertama Ada Gabungan Proses (4-dalam-1) seperti kerja Menuai (Reaping) apabila mata pemotong (cutter bar) yang lebar memotong tangkai tanaman secara meluas dalam satu laluan sahaja. Bagi Proses Melerai (Threshing) ada bahagian silinder pelerai memisahkan biji benih (seperti padi atau jagung) daripada tangkainya serta-merta selepas dipotong. Bagi Proses Menampi (Winnowing) memang siap sistem kipas dan ayakan meniup keluar sekam, hampa, dan habuk secara automatik supaya hanya biji yang bersih disimpan. Bagi Proses Mengumpul (Collecting) dimana biji yang bersih terus disalurkan ke dalam tangki simpanan terbina dalam tanpa perlu dimasukkan ke dalam guni secara manual. Jentuai juga ada kKapasiti  dan saiz jentera yang besar iitu pada Kepala Pemotong (Header) yang Lebar yang mana ini ia membolehkan kawasan tanaman yang luas dituai dalam satu pusingan, mengurangkan kekerapan jentera berpatah balik. Tangki Simpanan Berkapasiti Tinggi dimana jentuai boleh beroperasi untuk tempoh yang lama sebelum perlu berhenti untuk memunggah hasil ke dalam lori. Ada bahagian seperti Paip Pemunggah (Unloading Auger) Pantas dimana hasil dalam tangki boleh dipindahkan ke lori pengangkut dalam masa beberapa minit sahaja (malah ada model yang boleh memunggah sambil bergerak). Terkini sudah di pasang  Sistem GPS dan Pemanduan Automatik yang canggih dan moden bagi dapa tmemastikan laluan jentuai sentiasa lurus dan tepat tanpa bertindih (overlap), sekali gus mengelakkan pembaziran masa dan bahan api. Ada juga Sensor Pelarasan Automatik yang dapat mengesan tahap kelembapan tanaman dan kelajuan jentera untuk melaraskan kelajuan pelerai secara automatik bagi mengelakkan mesin tersumbat. Menarik sebab ia ada Jenis Roda Trek Getah (Rubber Tracks) yang sangat berguna di sawah padi Malaysia yang berlumpur dimana ia mengelakkan jentera daripada terbenam dan membolehkan pergerakan lebih stabil serta pantas di tanah yang lembut.  Kehebatan penggunaan Jentuai Padi juga berlaku Proses Peningkatan kecekapan operasi apabila biji padi yang dituai terus dimasukkan ke dalam tangki simpanan jentera dan sedia untuk dipindahkan ke lori, mengurangkan risiko padi rosak akibat terbiar lama di sawah. Apa pun pastinya Kapasiti Tuaian Hasil Padi adalah Berskala Besar dimana ia sangat sesuai untuk kawasan jelapang padi yang luas kerana jentera boleh beroperasi secara berterusan tanpa keletihan manusia. Pengurusan jerami yang lebih mudah. Jentuai moden boleh mencincang batang jerami secara automatik untuk dijadikan baja organik atau menyusunnya dalam barisan supaya mudah diberkas. 


Bagaimana hebat akan kelebihan penggunaan Jentuai Padi (Combine Harvester) masih ada ciri kekurangannya. Pertama adalah Isu Kerosakan Struktur Tanah (tanah jerlus) yang berpunca dari berat jentuai bersaiz besar memang ia boleh memadatkan lapisan tanah sawah atau menyebabkan jentera tenggelam terutamanya jika petak sawah tidak dikeringkan secukupnya sebelum kerja-kerja menuai dijalankan di sawah. Kes '
Tanah Jerlus' ialah keadaan tanah sawah yang lembut, berair dan hilang daya tampung sehingga tidak mampu menyokong jentera berat seperti mesin jentuai padi yang boleh terbenam dan merosakkan lapisan tanah keras (hard-pan) sawah padi. Kenal bagaimana ciri-ciri Tanah Jerlus dimana ada lapisan keras (hardpan) yang lemah dan kekuatan struktur lapisan keras bawah tanah berada pada tahap sangat rendah, iaitu kurang daripada 0.30 MPa hingga 0.40 MPa. Kandungan air terperangkap yang tinggi serta kejaidan air bertakung secara berterusan di dalam petak sawah akibat saliran tersumbat atau hujan lebat dimana ini akan menyebabkan tanah sukar kering walaupun pada musim menuai. Selalunya jenis struktur tanah berbutir halus dan tidak stabil atau jenis tanah mempunyai kandungan mineral jenis lempung atau kelodak yang tinggi atau berketumpatan pukal yang rendah pada lapisan atas (0 - 30 cm) serta kestabilan agregat yang lemah (kurang daripada 20%).  Tanah jerlus juga ia akan mudah cair apabila diganggu atau apabila menerima gegaran atau tekanan berat daripada jentera dimana kemudian kesannya maka tanah sawah iniia akan bertukar menjadi lumpur cair yang dalam. Selalu perlukan jentara lain seperti JCV atau Kobe untuk membantu membawa keluar jentuai yang terbenam dalam lumpur (Sila lihat foto disebelah). Berlaku Isu Jentera Jentuai Ia Tersangkut dan Rosak dimana Jentuai yang berat mudah terbenam ke dalam lumpur dan ini ia akan mengakibatkan kos pembaikan tinggi serta masa menuai yang sangat lama (kerja yang biasanya siap dalam beberapa jam boleh berlarutan hingga berhari-hari). Pengusaha jentuai enggan masuk ke sawah. Pemilik jentera sering menarik diri daripada kawasan tanah jerlus kerana tidak mencapai sasaran tuaian dan berisiko menanggung kerugian operasi. Kelemahan jentuai dimana Akan Ada Kerosakan Struktur Sawah yang Lebih Teruk apabila jenis tayar atau trek jentuai yang meredah tanah lembik akan merosakkan lagi lapisan hardpan dan membentuk alur atau lubang dalam yang makin membesar pada musim berikutnya. Berlaku ancaman seperti Kes Kerugian Hasil dan Kes Peningkatan Serangan perosak dan Rumpai apabila padi masak tidak dapat dituai mengikut jadual, buah padi akan rebah, mereput di dalam air, serta terdedah kepada serangan tikus dan penyakit tanaman. Ada kelemahan seperti Jumlah Kadar kehilangan Hasil Tinggi (pembaziran) apabila operator jentuai lakukan pelarasan kelajuan mesin yang tidak tepat atau komponen jentera yang haus (seperti pengayak atau tangki bocor) boleh menyebabkan biji padi tercicir semula ke dalam petak sawah. Ada Isu Kos Pemilikan dan Penyelenggaraan Tinggi bagi jentuai sebab harga jentera, alat ganti, serta kos bahan api sangat mahal, menyebabkan kebanyakan pesawah terpaksa bergantung kepada perkhidmatan sewaan. Paling ketara adalah beberapa kelemahan dengan Isu Had Pergerakan di Kawasan Yang Sempit terutama bagi jentuai bersaiz besar sukar memasuki petak sawah yang kecil, bertingkat (teres), atau kawasan yang tidak mempunyai akses jalan ladang yang kukuh. Artikel iini di harap memberikan info berguna kepada semua para pembaca blg anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JENTERA JENTUAI...CEKAP KERJANYA...
JIMATKAN MASA...DI BAYAR UPAHNYA...
HARGA MAHAL... BANYAK JENIS ADA...
BACA ARTIKEL..FAHAM AKAN ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...