Support My Blog

Wednesday, November 11, 2026

ROTAN DAN FAKTA PENTING (PART 3)

ROTAN (Rattan)
adalah sejenis tumbuhan dari pokok palma memanjat (daripada keluarga Arecaceae dalam subkeluarga 'Calamoideae' yang banyak terdapat di hutan-hutan tropika terutamanya di Asia Tenggara. Bagi penulis blog dimana walaupun ia sering disebut sebagai 'Kayu Rotan' atau 'Batang Rotan' sebenarnya bukan kayu pokok biasa akan tetapi ia adalah sejenis 'liana' atau batang tumbuhan yang memanjat pokok lain menggunakan duri-durinya yang panjang. Maksud perkataan 'liana' adalah jenis t
umbuhan 'Merambat Berkayu' atau sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai akarnya di tanah dan menggunakan batang atau dahan pokok lain untuk naik ke kanopi hutan demi cuba mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan rotan tergolong dalam keluarga palma (Arecaceae) dan suku Calamoideae atau Calameae dan ia juga dikenali dari genus utama Calamus, Daemonorops dan Korthalsia yang unik. Dalam pada itu kalangan masyarakat ada yang lebih kenal dengan 'Buah Rotan tertentu' dimana ia dikenali sebagai 'Buah Manau' di Kalimantan atau 'Jernang' bagi spesies tertentu pula dilaporka ada jenis yang unik sebab ia menghasilkan 'resin berdarah naga' atau 'Dragon's blood'. Apa pun di Sabah buahnya ini ia kadang-kala dipanggil 'Asam rotan'. Bagaimana pun ada dijual di pasaran akan sejenis produk menyerupai 'kayu rotan' yang di perbuat dari plastik atau dari PE rotan (resin wicker) dijadikan sebagai rotan turian untuk pelbagai kegunaan. Apa pun istilah 'Merotan' ia adalah perbuatan memukul menggunakan kayu rotan (rattan stick' atau dalam bahasa Inggeris sesebut 'Canning'. Ciri-ciri penting bati rotan dimana ia jenis tumbuhanyang berbatang panjang dan seragam apabila dewasa dan matang. Batangnya boleh mencapai kepanjangan ratusan kaki dengan ketebalan yang hampir sama di sepanjang batang dimana teksturnya adalah jenis kayu yang liat dan kuat. Ia memang berbeza dengan kayu biasa yang mudah patah dimana batang rotan sangat bersifat anjal, mudah dilentur apabila dipanaskan akan tetapi sangat kukuh. Melihat cara pertumbuhannya dimana ia jenis tumbuhan berperdu dan pokoknya mempunyai duri tajam pada daun dan batangnya untuk berpaut semasa memanjat ke atas silara pokok. Apa pun kegunaan utama rotan adalah untuk Industri Pembuatan Perabot yang premium harganya dimana selalu di jual dalam bentuk kerusi, meja, katil dan sofa kerana sifatnya yang tahan lasak dan estetik. Rotan juga sangat baik jika di jadikan barang anyaman atau produk kraftangan dimana ia akan disusun, dibelat, dianyam atau dihiris halus untuk menghasilkan bakul, nyiru, tikar, tambok dan banyak produk anyaman lain. Sejak dulu rotan yang besar akan di potong dijadikan Tongkat dan senjata tradisional walau pun kini sudah kurang popular. Menarik tinjau akan harga rotan di Malaysia dimana ia sangat berbeza mengikut jenis produk siap atau rotan segar sebagai bahan mentah, rotan untuk tujuan mendenda atau untuk menyebat atau jenis perabot rotan dan barangan kraf. Rotan Mentah yang belum diproses biasanya dijual mengikut gundal atau ikat dimana bagi Jenis Rotan Manau (Natural) dijual sekitar RM42 - RM46 seikat dan bagi Jenis Rotan Sega (Natural) dijual sekitar RM90.25 seikat. Ada lagi Jenis Rotan Ikat Tanpa Kulit yang di jual sekitar harga iaitu RM95 seikat sementara bagi Jenis Rotan Ikat Berkulit ia akan dijual sekitar RM99 - RM200 seikat. Di Malaysia masih boleh jumpa Jenis Rotan Sebat diman abagi jenis rotan sebat jenis Halus Biasa (Satu batang) ia dijual sekitar RM5.50 - RM8.50 seunit semtara bagi Rotan Sebat Manau (Rattan Stick ukuran 30-34mm) ia dijual sekitar RM16 seunit. Bila di jadikan produk kraftangan seperti DUlang Tampi Rotan (bentuk tigasegi saiz sederhana ia dijual sekitar RM18 - RM25 satu unit sementara bagi Bakul Rotan dijual dari RM20 - RM50 satu unit. Apa pun produk perabut rotan ia dijual bergantung kepada jenis dan kualiri daripada semurah RM300 kepada puluhan ribu ringgit. Artikel yang di tulis pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting bagi rotan untuk bahan rujukkan semua.

 
Di pasaran global dan domestik dilaporkan ada banyak jenis produk yang dihasilkan daripada bahan rotan sangat pelbagai, merangkumi kategori perabot, kraftangan, barangan kegunaan harian sehingga kepada produk peralatan sukan. Kategori pertama adalah Produk 
Perabot (Furniture) yang banyak jenis dengan pelbagai rekabentuk dan harga. Bagi produk Jenis  Kerusi dan Sofa antaranya ada jenis Kerusi malas, Kerusi makan, Kerusi santai (jenis indoor dan jenis outdoor) dan set sofa rotan. Paling penulis blog suka adalah jenis Kerusi Malas Rotan dimana dimana cirinya dia dianyam iaitu menggunakan gabungan rotan asli dan buluh dengan rangka (frame) iaitu daripada rotan tebal yang kukuh (Sila lihat foto disebelah). Ada ciri ketahanan iaitu ia memang tahan lasak, tidak mudah patah serta mempunyai rintangan yang baik terhadap kelembapan. Kebanyakannya ia akan juga menggunakan warna semula jadi atau kombinasi tona kayu gelap (dark amberwood) tanpa lapisan bahan kimia yang berlebihan. Penulis blog ada membeli beberapa jenis rekabentuk sejak lama dulu dimana ada yang direka sebagai kerusi santai untuk ruang tamu, beranda atau laman rumah. Sesetengah model mempunyai ciri boleh dilaras panjangnya atau berbentuk kerusi goyang (rocking chair) dimana cara jga adalah mudah sebab ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan ringan untuk dialih. Meninjau akan harga Kerusi Malas Rotan ia di jual sekitar RM140 - RM300 sebuah dimana bergantung kepada saiz, rekaan goyang (rocking chair), dan kualiti anyaman. Pernah kekedai perabut di Melaka dimana bagi jenis tempahan atau buatan tangan secara tradisional ia dijual sekitar RM300 - RM500 untuk kualiti rotan asli yang lebih tebal dan kukuh. Ada juga produk ini di jenamakan sebagai jenis barangan Antik atau batangan terpakai (lusuh seperti Carousell) dijual bermula dari RM220 atau mencecah RM1,300 bagi koleksi rotan vintage atau antik. Ada juga jensi Produk Perabut Meja seperti jenis Meja makan, Meja kopi (coffee table) dan Jneis Meja sisi. Ada juga Perbot Katil dan Perabot Bilik sama ada ia jenis Katil bujang atau queen, almari pakaian, rak buku dan penyangkut baju.


Disebabkan rotan ada jenis bahan yang boleh rosak jika tidak dijaga ada ancaman bagi perabot rotan asli datang daripada faktor persekitaran dan serangga perosak. Walaupun rotan mempunyai estetika yang cantik dan klasik akan tetapi ia adalah jenis struktur organiknya sensitif terhadap beberapa elemen antaranya adalah ada Ancaman Kelembapan Tinggi dan Ancaman Oleh Air (Musuh Utama) dimana kesannya ia akan menyebabkan ancaman oleh kulat dan lumut. Rotan ia adalah bersifat yang menyerap air diman ajika ia diletakkan di kawasan lembap atau terkena hujan maka kesannya ia mudah ditumbuhi kulat hitam yang merosakkan rupa dan strukturnya (Sila lihat foto disebelah). Perabut ini akan alami 'Kereputan' apabila air yang bertakung lama pada celah-celah anyaman kesannya ia boleh melemahkan gentian rotan lalu menyebabkannya reput dan patah. Kedua ada Ancaman Oleh Serangga Perosak (Anai-anai dan Kumbang) seperti jenis Kumbang Pengorek Kayu (Powderpost Beetles) dimana ada kes serangga ini sangat gemar bertelur di dalam liang-liang rotan asli yang tidak dirawat. Larvanya akan memakan bahagian dalam rotan sehingga menjadi serbuk yang menyebabkan struktur rotan tidak kuat alahan tidak selamat di gunakan. Dalam kes lain ada ancaman oeh Anai-anai dimana sama seperti kayu, rotan mengandungi selulosa yang menjadi sumber makanan utama anai-anai. Ketiga ada Ancaman Dari Cahaya Matahari Terik (Sinar UV) dimana perabot rotan akan menjadi rapuh sebab pancaran matahari secara langsung (direct sun) dalam jangka masa lama akan mengeringkan minyak semula jadi dalam rotan. Ini menyebabkan rotan menjadi kering, mengecut, mengecil dan mudah retak. Kesannya kemudian warna rotan ini akan menjadi pudar sebab sinar UV memecahkan pigmen warna asal atau lapisan varnis, menjadikannya kelihatan kelabu, kusam dan hilang serinya. Keempat ada Ancaman Dari Kesan Tekanan Berat dan Objek Tajam yang boleh menyebabkan rotan ia akan ada Lenturan dan Longgar sebabnya rotan mempunyai had bebanan tertentu. Tekanan yang berlebihan atau sentuhan objek tajam boleh memutuskan urat anyaman atau melonggarkan ikatan pada bahagian sendi perabot. 
Menarik juga dikupas akan Isu Perbandingan Ancaman Perabot  Jenis lain dimana bagi jenis Rotan Sintetik (Plastik/Resin) ia juga akan pudar atau retak jika sentiasa dari bahan yang digunakan plastik murah (PVC tanpa pelindung UV) walau pun jenis ini ia kalis air, tahan cuaca luar serta ia tidak diserang serangga).
 
 
Artikel ini dilengkapkan dengan mengupas tentang Buah Rotan sebagai sejenis buah yang terhasil daripada pokok rotan liar di dalam hutan iaitu dari keluarga Palmae dengan nama nya Calamus spp. Di laporkan ciri-ciri Buah Rotan ia berupa buah berbentuk bulat dengan kulitnya bersisik keras dan berkilat seperti buah salak mini atau buah kelubi denga selalunya ia berwarna coklat kemerahan, kuning keputihan, atau hijau mengikut spesies. Saiznya adalah kecil (sebesar hujung jari) kecuali terdapat beberapa spesies di Sarawak yang sedikit besar. Buah rotan ia mmberikan rasa iaitu gabungan rasa masam, manis dan sedikit kelat (sepet). Bila di kupas isinya nipis dan mempunyai satu biji yang agak besar di bahagian tengah.  Cara Makan buah rotan sealunya ia perlu di kopek kulit atau mengupas kulit bersisik buah menggunakan tangan. Boleh juga mengigit cermat kerana isinya nipis dan melekat pada biji yang besar jadi ia digigit dengan cermat untuk menanggalkan isinya. Cara lain memakannya adalah dengan cara makan mencicahnya bersama garam dan sambal belacan atau menjeruknya. Penulis blog kongsikan Resepi Membuat Jeruk Buah Rotan dimana c
ara membuat jeruk buah rotan sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Sediakan bahan-bahan terdiri dari segugus buah rotan, garam (sukatan kira-kira 1 sudu besar) dan air secukupnya untuk merendam serta bekas balang. Cara-cara membuatnya dengan pertama mengupas kulitnya iaitu mengmbil segugus buah rotan dan kupas kulit bersisik luar buah tersebut sehingga bersih. Ia perlu di basuh atau dicuci isi buah rotan dengan air yang bersih dan ia kemudian perlu di rendamdalam air garam dan ia dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian tuang air bersama 1 sudu besar garam. Pastikan bahawa buah rotan terendam sepenuhnya. dimana tempoh rendaman ia dibiarkan selama 24 jam (contohnya jika dari pukul 8 pagi hari ini sehingga pukul 8 pagi keesokan harinya). Kemudian ia di bilas dengan air bersih sebelum sedia dimakan. Sebaiknya ia melepasi rendaman selama 24 jam dimana selalunya buah rotan ini memang mempunyai rasa asli yang agak masam, jadi membuat jeruk adalah salah satu cara untuk melembutkan rasa masamnya. Apa pun pembaca blog ini jangan terkeliru dengan Kuih Buah Rotan iaitu sejenis kuih tradisional Melayu berbentuk bulat bersalut bijan yang dibuat daripada tepung pulut).


Memang unik sebab bila sahaja menyebut tentang mitos pasal rotan ia biasanya merujuk kepada dua sudut pandang atau pun sisi kepercayaan mistik atau kepercayaan lama dalam masyarakat Melayu dan juga mitos dalam kaedah mendidik anak berkaitan ada beberapa perkara termasuk rotan. Pertama ada Mitos Mistik dan Kepercayaan Tradisional Dimana  Rotan songsang penolak bala apabila ada ramai yang masih mempercayai rotan yang tumbuh terbalik (rotan songsang) mempunyai khasiat mistik untuk menolak gangguan makhluk halus, ilmu hitam, atau pelindung diri. DIkatakan 'Hantu takut rotan' ada kaitan dengan mitos orang tua-tua bahawa makhluk halus atau hantu (seperti hantu raya) takut dengan rotan terutamanya jika dilibas ke udara untuk mengeluarkan bunyi 'zass' yang terdengar semasa melibasnya. Ia dikaitkan juga denga kepercayaan 'Rotan sebagai azimat rumah' yang mana ini pemilik akan 'Menggantung jenis rotan tertentu' di ambang pintu dipercayai boleh menghalang pencuri atau orang yang berniat jahat daripada memasuki rumah. Kedua ada Mitos dan Salah Faham dalam Pendidikan Anak dengan ada peribahasa iaitu 'Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan' sehingga kini masih ujud  lagi. Dalam pada itu ia di kaitkan dengan mitos 'Semakin kuat rotan, semakin menjadi orang' dimana faktanya adalah ada laporn kajian psikologi moden menunjukkan rotan yang melampau bukan mendidik, sebaliknya melukakan emosi dan mental anak sehingga mereka dewasa sebabnya anak menjadi baik kerana faham tanggungjawab dan ia bukan kerana takut. Terdapat juga ketiga Mitos Rotan adalah Penyelesaian Pertama masalah disiplin dimana faktanya didalam perspektif Islam dan pendidikan, rotan ialah alternatif terakhir setelah nasihat, amaran dan teguran lembut tidak berkesan (Sila lihat foto disebelah). Sifatnya pula adalah untuk memberi pengajaran (ketegasan), bukannya untuk tujuan melepaskan geram atau mendatangkan kecederaan. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...
KAYU ROTAN ...IA TUMBUH DI MALAYSIA...
ROTAN MATANG...KUAT DAN BERHARGA...
BANYAK DIGUNA...JADI PERABUT DIA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1448H).
Ya Allah.. Berikan kesembuhan kepada Abdul Halim... Amin....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...