Support My Blog

Tuesday, April 30, 2013

MATA PELANDUK (ULAM)

ULAM MATA PELANDUK (Ardisia crispa) merupakan pucuk dari sejenis tumbuhan dari keluarga Myrsinaceae yang tumbuh dinegara kita. Ramai kita kurang kenal akan tumbuhan mata pelanduk ini yang juga dipanggil sebagai pokok 'Mata Ayam' oleh penduduk kampong. Foto diatas dipetik dari wiki menunjukkan pucuk pokokk mata pelanduk tetapi ia tidak dapat menjelaskan kaitannya dengan nama yang diberikan kepada tumbuhan ini. Sebenarnya nama 'mata pelanduk' atau 'mata ayam' ini saya fikir adalah dari bentuk buahnya seperti buah ceri berwarna merah seolah-olah sama seperti mata pelanduk (jika disuluh dengan lampu picit ketika memburu waktu malam) atau mata ayam (Lihat foto dibawah). Saya kenal tumbuhan ini juga ketika melawat Taman Herba Perak beberapa kali kerana memang minat untuk mengetahui lebih mendalam tentang beberapa tanaman herba di Malaysia. Apabila sampai dilokasi tanaman ini, Pn Azizah menerangkan akan khasiat dan ciri-ciri pokok mata pelanduk kepada semua pengunjung taman ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan mata pelanduk yang jarang-jarang kita jumpa untuk menambahkan ilmu pengetahuan pembaca blog ini.


Tumbuhan mata pelanduk adalah jenis pokok renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1.5 meter. Pokok ini tumbuh dikawasan yang panas dengan cahaya matahari banyak atau dengan sedikit naungan. Pokok ini juga mempunyai cabang berkayu sederhana keras dengan jumlah cabang yang sederhana banyak. Daunnya berbentuk simpel yang tajam dihujungnya dan mempunyai warna berkilat dipermukaan atas. Susunan daun adalah bersilang tunggal dengan laidaun bergeriji yang jelas kelihatan. Buah mata pelanduk berbentuk beri yang bulkat kecil dengan warna buah merah cerah sehingga merah pudar mengikut dimana pokok tumbuh. Buah ini boleh dimakan dengan rasa agak manis den boleh dijadikan sebagai ubatan untuk masaalah tertentu. Saya masa kecil dulu memang selalu jumpa pokok ini didalam kebun getah atau belukar dikawasan kampong di Johor dan sering kutip buahnya untuk dimakan.


Bunga mata pelanduk mempunyai 5-6 kelopak dengan warna putih kemerahan terutama dibahagian tepi kelopak (Lihat foto sebelah). Bunga yang cantik ini akan dikunjungi oleh serangga seperti semut, lebah dan lalat untuk proses menyedut bektar dan membantu dalam proses  pendebungaan. Bunga akan menjadi buah yang cantik dimana burung amat suka makannya dan bijinya akan diberakkan kekawasan lain dan akan bercambah menjadi pokok baru. Saya belum pernah jumpa petani yang menanam pokok mata pelanduk secara komersil malahan dikawasan kebun getah ia merupakan rumpai yang perlu dihapuskan jika terlalu banyak.  Pokok ini juga tubuh cepat dikawasan yang banyak naungan seperti dikawasan ladang getah terbiar. 


Beberapa artikel dan buku rujukkan yang saya baca menyatakan beberapa khasiat dari pokok mata pelanduk. Bahagian akar pokok ini dipercayai mengandungi khasiat untuk mrnyrmbuhkan penyakit meroyan jika ia direbus dan airnya diminum. Terdapat juga amalan di Kg Orang asli Kg Peta di Mersing, Johor yang saya jumpa merebus akarnya dan minum air untuk menghilangkan masaalah sakit tekak atau sakit sesak nafas. Air rebusan ini juga dapat menghilangkan batuk, demam dan juga saya pasti menghilangkan dahaga. Kepada mereka yang ingin mengamalkan perubatan tradisional ini dinasehatkan mengambil akar pokok mata pelanduk yang bebas dari pencemaran racun. Dapatkan nasihat klinikal jika anda minum dan ada kesan sampingan. Wallahualam!

MATA PELANDUK....DIBERI NAMA...
MATA AYAM ...POKAK YANG SAMA...
BUAHNYA MERAH..MENYALA-NYALA...
DIBUAT UBAT... AKAR BERGUNA...

By,
M Anem
Kg Orang Asli Peta, 
Mersing, Johor, 
Malaysia.
(Lawatan pada tahun 1999 -2001)
Ditulis pada 7 Mac 2013
  

Monday, April 29, 2013

KIMIA UNTUK PENJARANGAN

PENJARANGAN BUAH (Fruit Thinning) merupakan satu aktiviti penting dijalankan pada musim berbunga dan berbuah untuk menjamin kualiti buah. Penjarangan buah dilakukan melalui proses memilih kemudian membuang buah yang tidak dikehendakki dan seterusnya menjaga buah-buah yang ditinggalkan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Terdapat beberapa jenis pokok buah-buahan yang tidak memerlukan aktiviti penjarangan ini tetapi sebahagian lagi sangat perlu akan aktviti penjarangan buah. Kaedah untuk membuat penjarangan ini lazimnya adalah dengan menggunakan tenaga manusia sama ada dengan tangan atau bantuan peralatan khas untuk membuat penjarangan. Saya telah membaca sebuah buku berjudul 'Temperate and Subtropical fruit production' karangan David Jackson, Norman Looney dan Micheal Morley terbitan CABI untuk bahan rujukkan. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa teknologi mengenai kaedah penjarangan buah-buahan tertentu menggunakan teknologi bahan kimia (Chemical thinning) yang jarang kita dengan tetapi ianya telah dijalankan untuk pengetahuan dan rujukkan anda semua. 


Stone fruit selepas 'thinning'.
Diantara kaedah penjarangan menggunakan kimia (chemical thinning agent) yang telah pun dicuba dan diamalkan untuk buah-buahan temperate adalah seperti DNOC, NAA, CEPA, 6-BA, Carbaryl dan juga GA3. Penggunaan bahan DNOC (dinitrobuthylphenol-O-cresylate) terhadap pokok epal dan 'stone fruit (macam buah apel juga - lihat foto disebelah) telah lama digunakan diperingkat pembungaan lagi. Bagaimana pun bahan ini telah sedikit demi sedikit diganti dengan bahan yang kirang toksik terhadap alam sekitar seperti bahan ATC (amoniuim thisulphate). Kaedah bahan kimia ini bertindakblas adalah dengan menghalang proses pendebungaan antara debunga pada stigma berlaku.  ATS yang diberikan juga memberikan kesan melecur pad daun jika berlebuhan dan kadar disyorkan sekitar 1% ATS dengan 1,000 - 2,000 liter/ha secara semburan kepada pokok tersebut. Semburan ini akan menghalang proses pendebungaan berlaku seterusnya dan mampu mengawal bilangan buah yang akan keluar nanti pada proses lebih awal.


Bahan NAA (Napthalene Acetic Acid) merupakan bahan kimia yang telah lama digunakan untuk tanaman buah epal. Bahan ini disembur setelah 18-21 hari kelopak bunga epal gugur dimana bahan ini sebenarnya menggalakkan (stimulate) pengeluaran bahan etylene pada tisu buah seterusnya akan merencatkan pembesaran putik buah baru berbanding dengan buah epal besar yang lain. Buah ini akhirnya terencat dan akan dibuang dalam proses penjarangan buah epal. Kadar yang disyorkan adalah sebanyak 5 ppm larutan NAA dengan 2,000 liter/ha air dalam masa seminggu selepas bunga kembang bergantung kepada kultivar epal yang ditanam. Penggunaan bahan ini sering disembur bersama bahan carbaryl untuk meningkatkan lagi kesannya.


Bahan CEPA atau Ethepon merupakan bahan berasaskan ethylene yang digunakan untu penjarangan buah epal dibanyak negara. Penggunaan bahan ini sering bersama dengan bahan carbaryl dan banyak ditentukan oleh kultivar epal dan cuga suhu atau cuaca. Kultivar jenis 'Golden Delicious' dan beberapa kultivar lain sesuai mengguakan teknik ini dimana kultivar sering berlaku masaalah pengeluaran buah berselang tahun (binneal flowering problem). Keberkesanan ethepon untuk menjarangkan buah bergantung kepada suhu udara dimana kalau suhu panas akan menyebabkan buah banyak gugur sebaliknya jika suhu sejuk maka kurang buah akan gugur (Lihat foto sebelah). Aplikasi teknologi ini perlukan pengetahuan dan pengalaman yang tepat untuk menjalankan aktiviti penjarangan buah epal.


Bunga epal yang mekar.
Bahan 6-BA atau 6-benzyladenine merupakan bahan yampir menyerupai bahan penggalak pertumbuhan asli (natural plant growth substances) iaitu Cytokinin.  Bahan BA-6 menghalang pembentukkan buah apel (reduce fruit set) apabila disembur selepas bunga berkembang. Bahan Carbaryl (1-naphatyl-N-methyl carbamate) lebih dikenali sebgagai racun serangga. bahan ini mampu menyebabkan pengeluaran karbohiderat pada bahagian daun dan kesannya akan menyebabkan pokok menjadi 'stress' dimana ini menjejaskan pembesaran buah. Cara penggunaan bahan ini perlu teliti kerana sebagai racun serangga, banyak kesan sampingan terhadap serangga pendebunga yang akan mati kerana kena racun tersebut dan akan menjejaskan proses pendebungaan seterusnya.  Pemahaman kawalan IMP perlu ada pada mereka yang ingunakan bahan carbaryl sebagai bahan kimia untuk tujuan penjarangan buah.


Bahan GA3  atau Giberallic Acid ini serupa dengan bahan semulajadi dalam pokok buah-buahan. Bahan ini mempengaruhi cara pembunggaan dan proses pembentukkan buah. Penggunaan bahan ini pada buah anggur dan 'stone fruit' amat berkesan bagi mengurangan tenaga buruh untuk membuat aktiviti penjarangan secara manual dengan tangan. Di Jepun jenis anggur 'Delawater' telah diaplikasikan teknik ini dan mempu menghasilkan anggur tanpa biji (seedless grape). kadar semburan sebanyak 20 - 75 ppm bahan ini dicampur dengan air sesuai digunakan. Jika disembur awal akan mengurangan pertumbuhan pucuk baru seterusnya akan memberikan kualiti hasil lebih baik. Kaedah terakhir didalam penjarnagan buah adalah dengan membuang pokok dari ladang kerana pokok tersebut 'off-type', hasil yang terlalu banyak tetapi tiada kualiti, jadual amalan agronomi berbeza, diserang penyakit dan perosak dan sebagainya.

TEKNIK PENJARANGAN... BANYAK CARA...
CARA MANUAL...GUNA TANGAN SAHAJA...    
BAHAN KIIMIA PULA ... PILIH KAEDAHNYA...
JALANKAN 'THINNING'.. UNTUNG AKHIRNYA...

By,
 M Anem
Ladang Epal, Beijing, 
China
- Pernah ikut Lawatan Belajar di Beijing, China
(13 1434H)

Sunday, April 28, 2013

POKOK DEDALU

POKOK DEDALU (Salix tetrasperma Roxb ) adalah sejenis tumbuhan parasit yang menumpang pada pokok lain daripada keluarga Salicaceae. Sebenarnya tumbuhan jenis parasit ini mempunyai lebih daripada 320 spesis diseluruh dunia dengan banyak terdapat dihemispiar utara. Saya kenal akan pokok dedalu ini kerana seringkali jumpa (foto diatas) ia menumpang pada pokok buah-buahan dikawasan keliling rumah semasa remaja dikampong dulu seperti pada Pokok Jering (Archidendron jiringa), Pokok Jambu Batu (Psidium guajava), Mempelam (Mangifera indica) dan pokok Rambutan (Nephellium lappaceum). Tumbuhan ini juga menumpang pada batang tumbuhan lain dengan bahagian akarnya masuk kedalam batang akar dan menyerap air serta makanan daripada pokok tersebut. Dalam banyak situasi, keujudan pokok dedalu ini akan menyebabkan dahan pokok menjadi kering, daun berguguran dan akhirnya dahan pokok tersebut akan mati jika ia berlaku pada tahap serius. Tumbuhan ini banyak didapati dikawasan hutan dan sekitarnya di Malaysia dan negara-negara ASEAN lain. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dedalu yang mungkin ramai generasi Y ini tidak pernah jumpa kerana mereka duduk dibandar.


Pokok Dedalu adalah jenis pokok parasit atau pokok tumpang membentuk bonjolan pada dahan tumpang dimana akarnya akan melekat pada tumbuhan lain dengan kuat. Dari bonjolan atau 'bonggol' akan keluar beberapa batang berkayu yang tumbuh menegak atau melempai. Daunnya adalah berwarna hijau coklat terutama dibahagian bawah daun. Saiz daun sekitar 10-18 cm panjang dan 4-7 cm lebar dengan susunan daun bertentangan (opposite). Warna daun ini dapat kita bezakan dari jauh dengan daun pokok tumpang yang kebanyakannya berwarna hijau. Paling unik saya perhatikan adalah bentuk bunganya seperti trompet panjang dengan ia kembung dibahagian tengah berwarna coklat bersaiz 2-4 cm panjang. Bunga ini keluar dalam bentuk jambak dan ia mengandungi spora yang apabila matang akan diterbangkan oleh angin untuk hinggap pada dahan lain bagi tujuan pembiakan. 


Saya dapati tidak banyak tulisan atau artikel yang dapat kita jumpa dalam lamanweb mengenai pokok dedalu ini. Ini mungkin tidak ramai yang perasan akan kehadirannya pada fauna kita terutama keujudannya dikawasan hutan yang menumpang pada pokok balak yang tinggi. Walau pun pokok dedalu dikatakan jenis pokok parasit yang boleh menyebabkan pokok yang ditumpanginya mati, namun saya dapati dalam perubatan tradisional Melayu pokok ini mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Pokok dedalu dipercayai berguna untuk dijadikan ubat untuk merawat penyakit kanser payu dara terutamanya di peringkat permulaan. Kita hanya gunakan pokok dedalu yang menumpang pada pokok Mempelam (Mangifera indica) sahaja untuk rawatan itu. Bahagian berbonggol yang mencengkam kuat pada dahan yang ditumpangi diambil untuk rawatan ini. Asah bahagian kulit bonggol tersebut bersama air didihan rebusan nasi dan kemudian disapu pada bahagian payu dara . Kesannya akan dapat dilihat setelah diamalkan penggunaanya.Dengan izin Allah , penyakit tersebut akan dapat dirawat.
Bonggol pokok dedalu - ada guna?
POKOK DEDALU...IA MENUMPANG...
MENJADI PARASIT...IA JEMBALANG...
DAHAN MATI... IA PERLU TEBANG...
KALAU JUMPA...PERLU DIBUANG...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(17 JamadilAkhir 1434H)

Saturday, April 27, 2013

BURUNG WALIT - APA ISUNYA

Industri terkini yang menjadi 'kegilaan' ramai ialah Industri Burung Walit. Industri ini telah berkembang dengan begitu pantas dimana tahun 2010 sahaja direkodkan terdapat sebanyak 6,050 premis dikenalpasti yang melibatkan sebanyak 3,750,000 buah sarang (Laporan Statistik Tahunan Agromakanan MOA, 2010). Penghasilan produk burung walit dilaporkan mencecah sebanyak 30,000 metrik tan dan kalau purata harga sarang burung ialah RM 4,500 - RM 6,000 sekilogram ...agak-agak berapa nilai pengeluaran industri ini... kasarnya RM 1.8 billion!.  Industri ini mendapat perhatian khusus dari Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet beberapa tahun dahulu. Sesiapa yang ada minat, ada modal, ada kawasan sesuai maka mereka boleh mendapatkan ilmu bagaimana hendak menceburi bidang ini dengan berkursus dan menjadi usahawan burung walit. Tanpa disedari dan diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia selepas Tsunami di Aceh. iaitu kira-kira 10 tahun lepas. Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu di China. Malaysia kini saya dapat laporan merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu industri burung walit yang rancak dijalankan di Malaysia untuk sama-sama kita ketahui.

Industri menternak sarang burung walit yang mana nama saintifiknya adalah Aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet - EBN) dan black-nest swiftlet atau "Aerodramus maximus" yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya. Kualiti tinggi ini menyebabkan produk EBN ini terus mendapat permintaan dan harga premium yang agak tinggi dipasaran antarabangsa (Lihat foto diatas). Bagaimana pun saya dapati banyak isu-isu berkaitan industri ini yang perlu kita ketahui dan bincangkan dengan teliti untuk meningkatkan pengetahuan kita. Saya membincangkan isu-siu tersebut berdasarkan beberapa tajuk seperti berikut setelah membuat rujukan beberapa sumber:-

1. ISU PERLESENAN RUMAH BURUNG 
Isu ini telah timbul sejak kebelakangan ini termasuk masalah perlesenan lebih 1,500 rumah burung walit di beberapa negeri seperti di Sarawak akan menjejaskan perkembangan industri yang berpotensi besar ini. Ini kerana Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan burung walit diternak di kawasan bandar. Negeri itu juga tidak mempunyai garis panduan penternakan burung berkenaan yang mana ia membolehkan rumah burung dibina di kawasan bandar seperti mana di Semenanjung Malaysia. Peraturan Perlindungan Hidupan Liar (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998 juga menjelaskan bahawa spesis itu hanya boleh diternak di tanah pertanian yang terletak dikawasan luar bandar selain habitat asalnya seperti gua. Bagaimana pun dSemenanjung Malaysia, saya dapati premis burung walit dibenarkan dibina di rumah kedai dan lot komersil di bandar mengikut syarat tertentu, premis yang sama tidak dibenarkan di kawasan bandar di negeri itu. Umum telah tahu idustri burung walit mempunyai nilai ekonomi tinggi, meningkatkan nilai hartanah setempat dan juga menjadi alternatif kepada petani dan nelayan untuk mengusahakannya secara serius. Terdapat banyak rumah burung dibina dan rumah kedai diubahsuai menjadi rumah burung di bandar berhampiran pesisir pantai, dikawasan ladang dan sebagainya.

2. STATUS TERKINI PERLESENAN
Sehingga hari ini daripada lebih 1,500 premis burung walit di Sarawak yang ada, hanya dua premis diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Ini bermakna 99.8 peratus rumah burung walit di negeri itu ialah premis haram. Dua pilihan sama ada ia boleh dipusatkan penternakan burung walit ke sesebuah kawasan melalui pembinaan eko-park atau mengadaptasi garis panduan penternakan burung walit. Bagaimana pun agak mustahil untuk memindahkan burung-burung ini. Burung walit bukannya seperti ayam atau itik yang boleh kita tangkap dan pindahkan. Burung-burung ini sudah jadikan rumah burung sebagai hotel tempat bersarang. Difahamkan sehingga hari ini belum ada kaedah memindahkan burung walit yang juga spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972. Ini menjadikan usaha memindahkannya, terutama anak burung, adalah mustahil tanpa risiko "membunuh" burung itu. Bagaimanakah kerajaan terutama akan menangani isu ini tanpa mengenepikan kepentingan semua pihak termasuk pemilik rumah burung?.

3. ADUAN DARI PENDUDUK 
Pembangunan industri burung walit ini perlu dilakukan secara sistematik mengikut undang-undang sedia ada. Kebanyakan mereka yang minta lesen adalah di bandar yang mengikut definisi undang-undang, mereka perlu ambil kira jika ada risiko epidemik seperti selesema burung. Terdapat beberapa aduan daripada orang ramai mengenai masalah bau dan bunyi bising daripada pembesar suara yang dipasang di premis burung itu bertujuan memanggil burung walit singgah bersarang. Ada juga pembinaan rumah burung di kawasan bandar turut menjejaskan perniagaan sesetengah pihak terutama mereka yang menjual makanan di restoran atau gerai berdekatan. Ramai juga orang yang berfikir sepatutnya pembinaan rumah burung di bandar tidak dibenarkan kerana melanggari undang-undang tempatan dan kajian serius perlu dibuat serta aktiviti pemantauan oleh pihak berkuasa perlu regular. 

4. ISU MONOPOLI INDUSTRI 
Adakah berlaku cubaan pihak tertentu untuk memonopoli industri burung walit di Malaysia?. Mungkin tidak berlaku kerana hanya mereka yang mempunyai modal cukup, ilmu pengetahuan dan jaminan pasaran akan melaksanakan projek tersebut. Beberapa isu mengenai dakwaan berlaku monopoli mungkin berkait dengan pemasaran iaitu isu harga sarang burung walit (jika ada)Ini kerana sekilogram sarang burung walit boleh mencecah RM 4,000 sekilogram dan jumlah itu meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda selepas ia diproses untuk diimport ke negara luar seperti China, Hong Kong dan Korea. Tinjauan yang dijalankan mendapati  projek ini mampu mengeluarkan lebih 100 kilogram sarang burung yang bernilai RM 400,000 sebulan jika ia komersil dengan premis yang besar dan bayangkan jumlah pendapatan yang mampu dijana lebih 40 ribu rumah burung yang bertaburan di seluruh negara. Walaupun dakwaan monopoli itu masih belum dibuktikan, pihak terbabit perlu memberi perhatian kepada perkara seumpama itu yang boleh membantutkan hasrat kerajaan Malaysia bagi memajukan industri sarang burung selain.


5. PUNCA PENYAKIT
Berlaku kebimbangan terhadap ancaman penyakit yang berpunca dari industri burung walit. Walau pun belum ada kes-kes penyakit yang dilaporkan tetapi ada kemungkinan air yang ditakung dalam kolam dipremis menyebabkan nyamok membika jika tidak dirawat dengan betul. Kebersihan najis dalam sarang juga perlu dilihat kesan pembiakan bakteria yang mungkin berlaku jika tidak dibersihkan dengan betul dan cara sanitasi. Kajian makmal terhadap lebih 5,000 sampel burung walit yang diuji Jabatan Perkhidmatan Veterinar sejak tiga tahun lepas didapati masih bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam. Aktiviti pemantauan dan persampelan perlu dijalankan setiap masa mengikut jadual termasuk premis yang kedudukannya jauh dari kawasan bandar. Tidak guna kita dapat kesan penyakit avian flu jika wabak tidak dapat dikawal lagi.  Begitulah beberapa isu dalam penternakan burung walit yang dapat kita kupas kali ini. Saya ada juga menulis mengenai akibat burung walit terhadap ancaman lain (Sila kilik disini). Wasallam!

BURUNG WALIT...INDUSTRI BARU...
BANYAK ISU... SENTIASA DIPANTAU...
PERLU DIATASI...DIBINCANG SELALU...
MENJANA HASIL...BERBILION TAU?...

By,
M Anem
Bandar Hilir, 
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1434H)

Friday, April 26, 2013

PAPAIN

PAPAIN adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda (Carica papaya) secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Artikel subuh ini sambil melihat burung walit keluar dari sarangnya melalui tingkap bilik hotel, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai papain iaitu getah putih yang dikeluarkan oleh pokok papaya untuk dijadikan bahan rujukan dan menambah imlu kepada pembaca blog saya.


Bagaimana kita hendak mengumpulkan getah papain dari buah betik?. Caranya memang amat mudah dimana semua orang boleh membuatnya. Kita hanya perlu melukakan kulit buah betik muda dengan objek keras dan getah putih iaitu papain akan keluar mengalir iaitu getah pekat berwarna keputihan dari kulit (Lihat foto sebelah). Kita boleh kutip getah ini dan kumpulkan dalam bekas dengan menggunakan sudu plastik atau pisau. Pilih buah muda yang sesuai untuk mendapatkan getah (latex) papain dan semua buah yang dilukakan akan mengeluarkan getah tersebut. Getah papain boleh terus digunakan untuk tujuan masak daging dengan memasukkan terus dalam masakan pada kadar yang bersesuaian kerana rasanya adalah PAHIT sedikit. 


Apa yang saya belajar dan buat rujukkan, papain sebenarnya mempunyai banyak kegunaan. Faedah papain yang paling asas adalah merupakan bahan pelembut masakan daging dan juga sebagai agen penghadaman untuk protin yang cekap. Kajian menunjukkan papain didalam usus mampu membantu didalam proses penghadaman makanan serta menggalakan sokongan enzim pelembut dalam usus, perut dan juga pankreas. Faedah kedua adalah kegunaan papain sebagai bahan menyembuhkan luka dan membaiki bahagian kulit. Ini kerana papain adalah bahan antiseptik serta sebagai bahan 'anti-inflamatory' yang berkesan. Ia banyak digunakan sejak dulu secara tradisional untuk merawat pecah bibir (mouth ulcers), kebakaran dan juga luka-luka. Bisa serangan sengatan (lebah atau gigitan semut api) boleh dikurangkan dengan menyapu papain kepada bahagian yang sakit atau bengkak. Kegunaab ketiga papain adalah sebagai bahan untuk mencegah serangan kulat (Resistant to fungus). Kajian menunjukkan jika papain disembur pada tanaman mampu mengurangkan serangan kulat yang menyebabkan berlakunya reput buah.


Kajian juga menunjukkan getah papain merupakan bahan hormon yang membantu dalam mengurangkan serangan sel kanser.  Papain telah dibuktikan didalam rawatan pesakit kanser dimana ia mengandungi bahan enzim proteolaitik yang dikatakan menyebabkan kekebalan kepada sel-sel leukocytes. Papain juga merupakan bahan anti-tumor yang berkesan. Kajian juga mendapati papain mampu mengurangkan kesan pembengkakkan (inflamation) yang berkesan seperti bengkak prostate dan juga bengkak pada anggota lain. Papain juga merupakan bahan anti-oksidan yang sangat berkesan dan boleh digunakan sebagai pengawet makanan. Sifatnya yang anti-bakteria dan anti-kulat juga akan membolehkan kita makan makanan yang sihat. Pada masa ini terdapat produk papain yang dijual dipasaran dalam bentuk pil atau kapsul (Lihat foto sebelah) untuk dijadikan makanan kesihatan. Cubalah!

GETAH 'PAPAIN'...DARI PAPAYA...
KULIT LUKA....DARI BUAH MUDA....
IA MENGALIR...PUTIH WARNANYA...
KALAU DIKUMPUL...BANYAK GUNA...
MELEMBUT DAGING...BOLEH CUBA...
BACA ARTIKEL...HATI GEMBIRA...

By,
M Anem
Room 726, Hotel Classic,
Jalan Tun Ali,
Muar, Johor,
Malaysia
(13 JamadilAkhir 1434H)

Thursday, April 25, 2013

RUMPAI - APA DIA?

RUMPAI (WEEDS) adalah tumbuhan yang tumbuh dikawasan tanaman atau tanah yang tidak dikehendakki. Ini kerana rumpai akan bersaing dengan tanaman dari segi perebutan bahan nutrien, ruang, cahaya matahari serta selalunya menjadi pesaing dalam pengeluaran hasil tanaman. Umum juga kenal akan istilah rumpai ini yang sering tumbuh dengan agresif atau cepat tumbuh tanpa apa-apa bantuan daripada manusia. Selain daripada rumpai tumbuh dan mengganggu dikawasan pertanian (kebun pengeluaran bahan makanan), rumpai juga menganggu ditaman bunga, halaman rumah, kawasan tepi jalan, padang permainan terbuka dan belukar. Rumpai adalah jenis tumbuhan dari spesis penceroboh yang tumbuh sendiri dan lazimnya mempunyai daya tahan hidup yang tinggi serta sangat effisien dalam proses sebaran dan pembiakannya. Keadaan ini menyebabkan tanaman kita (sama ada tanaman makanan, ornamental, landskap dsb) akan terencat pertumbuhannya akibat tewas dalam merebut sumber pertumbuhan dan akibatnya pokok akan menjadi kurang penghasilan atau lebih teruk pokok akan mati. Dalam beberapa definasi mengenai rumpai, ada yang mengatakan rumpai sebagai 'tumbuhan yang menganggu dengan matlamat  pengurusan pada kawasan tertentu bagi masa yang tertentu'. Ini bermakna mungkin ia merupakan tanaman yang kita perlu tetapi oleh kerana ia tumbuh semasa kita tidak mahu akan dianggap sebagai rumpai juga dan perlu dimusnahkan. Artikel subuh Ahad ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia yang dikatakan rumpai dan kesannya terhadap aktiviti pertanian untuk dijadikan bacaan dan rujukkan rakan-rakan semua.


Rumpai mungkin tumbuhan yang kita tidak ingini kerana ia tidak cantik (tumbuh dikawasan landskap), tumbuh dengan menghimpit tanaman kita, mengambil bahan nutrien dari tanah yang banyak, menjadi perumah kepada patogen atau vektor perosak tanaman (plant hosts) dan cepat membiak. Sesetengah rumpai juga kadang-kadang mengandungi bahan yang berbisa atau menyebabkan luka atau gatal-gatal apabila terkena dengan kulit. Rumpai seperti Semalu (Mimosa spp) juga adalah berduri dan boleh mencederakan kita serta sesetengannya melekat pada pakaian kita seperti kemuncup. Bagaimana pun jenis rumpai seperti Lalang (Inperata cylindrica) merupakan jenis rumpai yang cepat membiak dan memang sukar untuk dimusnahkan kerana ia mempunyai akar rizom yang berada didalam tanah dan bunganya yang mudah terbang jauh untuk membiak apabila matang.


Dalam sains pertanian yang saya belajar semanjak di universiti dulu , rumpai boleh kita bahagikan kepada tiga kumpulan. Lazimnya rumpai akan dikategortikan sebagai RUMPAI BERDAUN LEBAR (Broad leaf weeds), RUMPAI RUSIGA dan RUMPUT (grasses). Dengan cara ini kita akan dapat mengenali kategori rumpai mengikut tabiat pertumbuhannya, cara pembiakannya dan paling penting ialah bagaimana kaedah untuk kita hendak menghapuskannya. Rumput berdaun lebar adalah jenis rumpai yang mempunyai daun yang bersaiz lebar dengan nyata ada urat daun dipermukannya. Daun rumpai jenis ini boleh dibahagikan pula kepada Monokotilidon, Dwikotilidon dan juga Rumpai Air. Secara amnya rumpai jenis daun lebar dari kumpulan monokotilidon adalah rumpai yang mempunyai daun yang lebar dengan batang yang lembut dan juga berair. Jenis rumpai ini sering tumbuh dikawasan yang agak berair dan juga kawasan lembab. Rumput Cabai Kera (Sphenoclea zeylanica) adalah satu jenis rumpai jenis ini (Lihat foto diatas). Rumpai jenis dwikotilidon juga mempunyai daun lebar yang tumbuh menjalar atau menegak dengan mempunyai batang yang keras seperti pokok Seduduk (Melastoma malabatricum).  Rumpai Air pula adalah rumpai yang tumbuh dalam air atau pun terapong diatas permukaan air.


Rumput Rusiga merupakan tumbuhan yang berbatang bersegi, berbuku, beruas dan batangnya seperti buluh. Helaian daunnya pula panjang dan mempunyai upih serta terbit dari bahagian buku. Rusiga biasanya tumbuh dengan tegak dan berkelompok, daunnya kecil menirus dan batangnya bersegi tiga tanpa mempunyai buku yang bengkak. Antara contoh rumput kumpulan rusiga adalah seperti Rumput Lingsing (Cyperus javanicus) yang mudah didapati ditebing sungai dan kawasan lembab (Lihat foto sebelah). Ia merupakan sejanis rumpai saka yang tumbuh tegak dengan ketinggian 50 hingga 80 cm dan berwarna hijau muda. Daun kasar dan hampir sama panjang dengan batangnya. Infloresen umbel (bunga) berdiameter 6 cm hingga 15 cm dengan spika yang padat. Buah berwarna perang kehijauan dan sering tumbuh dikawasan Sawah Padi, pinggir tali air dan sungai. Rumpai jenis ini boleh dibunuh dengan menggunakan racun rumpai khusus untuk jenis rumpai rusiga.


RUMPUT (Weeds) merupakan kumpulan rumpai paling banyak dijumpai sama ada ia dikategorikan sebagai rumpai atau tidak. Sesetangah rumput menjadi rumpai kepada rumput yang lain kerana ia tidak dikehendaki. Sebagai contoh lalang yang tumbuh dikawasan padang bola yang penuh dengan rumput kerbau merupakan rumpai dan perlu dimusnahkan. Begitu juga rumput kerbau yang tumbuh diatas green padang golf adalah dianggap sebagai rumpai kepada rumput turf yang ditanam. Terdapat juga rumput yang sangat berguna dan ditanam untuk dijadikan bahan makanan atau rumput ragutan untuk ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Rumput Napier, Rumput Guinea (Lihat foto sebelah), Rumput Star, Rumput Gajah, Rumput Signal, Rumput Palisade, Rumput Koroniva dan sebagainya adalah diantara rumput yang ditanam. Bagaimana pun jika rumput ini tidak dijaga dengan baik akan menjadi perosak kepada habitat disekelilingnya. Apa yang pasti rumpai merupakan tumbuhan yang tidak dikehendakki oleh petani dan memerlukan kos untuk menghapuskannya. Melihat kepada ladang betik yang penuh rumput (Lihat foto dibawah) kita boleh bayangkan kos yang bakal dikeluarkan oleh petani bagi meningkatkan hasilnya. Bagaimana pun ladang ini mengamalkan kawalan rumpai terkawal kerana ia ditanam idkawasan bukit yang perlukan kawalan hakisan dan kelembapan. Wasallam!


Rumpai dikeliling pokok betik yang terkawal?
NAMANYA RUMPAI...BANYAK JENISNYA...
CEPAT TUMBUH... TANPA DIPELIHARA...
KURANGKAN HASIL...MUSNAHKAN SEGERA...
GUNAKAN RACUN...ATAU LAIN-LAIN CARA...

By,
M Anem
Room 726, Hotel Classic,
Jalan Ali, Muar,
Johor
Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1434H)

Wednesday, April 24, 2013

CEMPERAI

CEMPERAI (Champereia griffihii atau synonim Champeria manillana) merupakan sejenis pokok kategori Ulam atau tumbuhan yang tumbuh di negara kita dari keluarga Opiliaceae. Nama cemperai ini memang diketahui oleh penduduk kampong kerana pucuk cemperai sering dimakan sebagai ulam dicecah dengan sambal dan dimakan bersama nasi panas. Tumbuhan ini adalah natif dikawasan tropika seperti Malaysia yang mempunyai suhu panas lembab dengan kelembapan tinggi sepanjang tahun. Belum banyak maklumat saintifik dan agronomi tanaman cemperai didapati dari buku dan website. Lazimnya tumbuhan ini adalah tumbuh liar dikawasan semak belukar atau ditepi hutan tetapi kini ia boleh ditanam secara lebih praktikal dan tersusun jika mahu. Pucuk cemperai sering digunakan dikalangan masyarakat kampong untuk dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran. Sayur masak lemak oucuk cemperai adalah diantara jenis masakan yang popular dan digemari ramai (Lihat foto paling bawah). Artikel petang Sabtu ini sambil berehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu Cemperai setelah membaca banyak bahan rujukkan untuk menambah ilmu saya sendiri dan pembaca semua. InsyAllah!


Cemperai jenis Champeria manillana.
Pokok cemperai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 2 - 10 meter (Lihat foto sebelah). Ia mempunyai batang berkayu agak keras dengan warna kulit coklat pucat dan banyak cabang. Daunnya berbentuk ovat hingga lanceolate dengan ukuran sekitar 5-13 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Tangkai daun sekitar 2-5 mm panjang dan bahagian hujung daun adalah tirus tajam dengan warna hijau gelap yang berkilat di permukaan atas daun. Pucuk daun muda berwarna hijau ahak cerah kekuningan dan mempunyai batang serta daun yang lembut dipetik untuk dijadikan ulam atau sayuran. Cemperai mempunyai bunga bersaiz kecil yang biseksual dengan ukuran  pedicel 1-5 mm dimana ia akan menghasilkan biji buah cemperai apabila berlaku pendebungaan. Buah cemperai adalah dalam kumpulan 'Buah Drupe' dengan bentul ellipsoid berwarna merah oren atau warna merah (Lihat foto dibawah). buah kecil ini berukuran 1.0 - 2.5 cm ukurlilit.


Buah cemperai hutan. C. manillana.
Pembiakan tanaman cemperai adalah melalui biji benih dan juga boleh melalui keratan batang. Ia boleh ditanam atas tanah dikawasan lapang keliling rumah atau pun mungkin boleh ditanam didalam pasu yang besar untuk mendapatkan pucuknya. Pastikan kawasn tidak ditenggelami air. anak benih cemperai tumbuh agak perlahan dan perlu diberikan baja NPK serta baja organik untuk cepet tumbuh. Pokok ini tidak mempunyai musuh serangga dan penyakit yang serius menyerang. Pucuk muda boleh dipetik dan dijadikan ulam atau dimasak (Lihat foto dibawah). Perlu ada banyak lagi kajian mengenai agronomi tumbuhan cemperai serta khasiat untuk kegunaan manusia. Saya belu jumpa lagi penanaman pokok cemperai dijalankan secara komersil di Malaysia setakat ini. 


Daun cemperai masak lemak.
NAMA CEMPERAI... INDAH SEKALI...
PUCUK DAUN... DIMAKAN BERKALI...
MUDDAH DITANAM...BAJA DIBERI...
BACA ARTIKEL... SEMAKIN MINATI...

By,
M Anem
Taman Herba Perak,
Gopeng, Perak,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 1434H)

Tuesday, April 23, 2013

GOOSEBERRY

GOOSBERRY (Ribes uva-crispa synonim Ribes grossularia) merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah berry dari keluarga Grossulariaceae. Tumbuhan ini dipercayai natif dari kawasan Eropah dan kini banyak ditanam dikawasan Afrika Utara, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Tanaman ini adalah dalam kumpulan yang sama dengan Blackcurrants, Redcurrants dan Whitecurrants (Sila rujuk artikel saya - klik disini). Terdapat beberapa jenis gooseberry iaitu European Gooseberry, Cape Gooseberry, Chinese Gooseberry dan Indian Gooseberry yang mempunyai kriteria berbeza antara jenis tersebut. Tulisan ini saya hanya merujuk kepada European gooseberry sahaja berdasarkan buku yang saya baca dan buat rujukkan iaitu berjudul "Temperate and Sub-tropical fruit production" terbitan CABI International (2011). Rujukkan dari beberapa sumber mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan pengeluaran buah gooseberry ini dilaporkan kerana mungkin tanaman ini dianggap sebagai buah kurang penting (minor fruits). Artikel malam Ahad ini saya menulis sejenis lagi buah-buahan beriklim temperate iaitu buah gooseberry dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Tumbuhan gooseberry adalah jenis renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1.0 - 1.2 meter (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak dahan dan kadang-kadang mempunyai duri. Bagaimana pun penanaman cara komersil ia disokong dengan sistem para untuk mendapatkan batang (vine) yang lebih panjang dan tahan lama. Penanaman dijalankan dengan menggunakan bahan keratan batang yang dipilih dari pokok induk yang berkualiti. Kawasan beriklim temperate sangat sesuai untuk tanaman ini seperti di Eropah terutama di Scotland Utara yang menghasilkan buah berkualiti tinggi.  Kesesuaian dengan salji (frosts) adalah sederhana dimana jika terkena semasa bunga akan menyebabkan keguguran. Tanah jenis loam berpasir dengan pH 6.0 - 6.5 adalah sesuai dengan mempunyai sistem saliran yang baik.


Keratan batang yang mempunyai 2 atau 3  matatunas (nodes) amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan tanaman walau pun ada kajian yang menggunakan bijibenih. Jarak penanaman adalah 2.5 - 3.0 meter antara baris dan 0.5 - 2.0 m antara pokok. Penanaman sering dijalankan semasa musim luruh (autumn) dan akan hidup subur dengan penjagaan yang baik. Bunga akan keluar 4 - 6 minggu tunas (bud burst) iaitu pada awal musim bunga (early spring). Cara pendebungaan adalah dengan sendiri (self pollination) walau pun ada juga berlaku proses pendebungaan bersilang. Cantasan perlu dijalankan untuk mendapatkan cabang pokok yang seimbang dengan membuang tunas sulur yang menegak keatas atau menjulur kebawah. Kawalan rumpai dijalankan dengan semburan racun kimia atau cara manual. Pembajaan dengan baja kimia dan baja organik diberikan mengikut kadar dan umur pokok. 


Antara masaalah penanaman gooseberry adalah serangan ulat makan daun iaitu Kupu-kupu Magpie (Abraxas glossuraliata) dimana larvanya akan makan daun. Cara kawalan adalah dengan memungut larva pada daun dan mengutip telur yang melekat pada bawah daun. Perosak lain adalah seperti Kupu-kupu -V (Macaria wauaria) dan juga Gooseberry Sawfly (Nematus ribesii). Semburan dengan racun serangga mampu mengurangkan kadar serangan dan menghapuskannya. Perosak lain seperti nematod, aphids, ulat pengulung daun, rasperry mozaic virus dan juga bintik daun terutama jika cuaca lembap. Lazimnya dengan pengurusan yang baik, hasil akan dituai selepas 2 tahun ditanam. Kaedah menuai adalah dengan menggunakan tangan iaitu memilih buah yang telah matang dengan warna kemerahan dan kulit yang berkilat. Buah gooseberry perlu dikumpulkan dan dijual atau diproses. Penyimpanan pada suhu bilik didapati buah tahan selama 2 minggu dengan kualiti baik. 


Kaedah menuai dikawasan penanaman gooseberry komersil boleh menggunakan jentera dibeberapa negara maju (Lihat foto sebelah). Jentera khas ini akan mengutip hasil dari pokok mengikut barisan dan buah dikumpulkan melalui 'conveyor' kepada bekas. Hasil optima lazimnya pada musim penuaian ke 3 dan musim keempat. Anggaran hasil musim kedua sekitar 2 mt sehektar, musim ke 3 sebanyak 6 - 12 mt sehektar dan musim ke 4 sebanyak 7.5 - 15 mt sehektar. Beberapa laporan menunjukkan bahawa tanaman gooseberry mampu hidup selama 10 - 15 tahun jika dijaga dengan baik. Kita di Malaysia jarang dapat membeli buah gooseberry ini kerana bekalan yang agak berkurangan untuk sampai ke Malaysia. 




BUAH GOOSEBERRY... LEMBUT TEKSTURNYA...
DIMAKAN SEGAR... MUNGKIN MANIS RASANYA...
DIBUAT JEM... PELBAGAI PRODUK LAINNYA...
MEMBACA ARTIKEL... TAMBAH LAGI ILMUNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(24 Rabiulawal 1434H)

Monday, April 22, 2013

MANGGIS - ANALISA SWOT

MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae dan kini mendapat pasaran yang baik diluar negara. Manggis merupakan buah yang juga di gelar "Ratu Buah-buahan Tropika"  tergulung dalam kategori buah-buahan bermusim dimana ia berbunga pada bulan Febuari dan mula matang dari bulan Jun. Kemuncak penghasilan manggis di Malaysia sekitar bulan Jun hingga bulan Ogos. Empat negeri utama dimana manggis ditanam di Malaysia adalah di Kelantan (1,024 ha), Kedah (730 ha), Johor (788 ha) dan Perak (615 ha) daripada seluas 7,400 hektar yang dilaporkan pada tahun 2012 (Jabatan Pertanian - Ststistik Tanaman). Tanaman pokok manggis dijalankan sebagai tanaman bercampur dalam dusun bersama dengan tanaman lain seperti durian, duku, rambutan dikawasan dusun atau keliling rumah. Produktiviti pengeluaran buah manggis di Malaysia adalah pada tahap sederhana iaitu purata 7.2 metrik tan sehektar. Kajian daripada MARDI (2009) menunjukkan kadar produktiviti manggis paling tinggi di Melaka (15 mt/ha) diikuti dengan di Kelantan (10.44 mt/ha) dan Negeri Sembilan (8.5 mt/ha). Pelbagai faktur dikaitkan dengan kadar produktiviti ini yang diantaranya amalan agronomi tanaman, serangan perosak, kedudukan pokok manggis dan juga varieti yang ditanam. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai analisa SWOT potensi tanaman manggis di Malaysia berdasarkan laporan beberapa sumber termasuk daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dan beberapa petani yang mengusahakan tanaman manggis yang telah saya temuduga.



Analisis SWOT (Strength- Kekuatan, Weakness - Kelemahan, Opportunities - Peluang dan Threat - Ancaman) merupakan satu kaedah paling mudah digunakan didalam membuat analisa dalam banyak bidang termasuk bidang pertanian (Rujuk rajah diatas). Saya telah banyak kali menggunakan teknik analisis SWOT didalam menjalankan kajian dan juga ketika memberi ceramah-ceramah pertanian. Cara analisis ini digunakan adalah dengan mengumpulkan semua fakta dan faktor didalam sebarang bidang usaha yang menjurus kepada kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dijelaskan sehingga kita mampu membuat keputusan yang tepat. Dalam industri penanaman manggis, potensi buah manggis untuk pasaran domestik dan ekspot telah lama diwar-warkan. Adakah kita sebenarnya mampu dan boleh mengusahakan tanaman yang dulu hanya ditanam untuk dimakan sendiri atau untuk anak cucu yang balik kampong sesekali, kini kita boleh menganalisis potensi tersebut berasaskan analisis SWOT untuk diketengahkan. Analisis ini dibuat untuk melihat beberapa kemungkinan dan andaian dalam potensi tanaman manggis bagi dikomersilkan kepada tanaman lebih bernilai tinggi.

KEKUATAN (S)
Kebanyakan pokok manggis yang ada ditanam di Malaysia adalah pada peringkat matang kalau tidak tua iaitu berumur antara 20-25 tahun iaitu umur yang menghasilkan buah ditahap optimum. Tahniah kepada Jabatan Pertanian yang telah memberikan anakbenih manggis didalam Program Mempelbagaikan Tanaman (AIDS - Agriculture Input Diversification Scheme/Project) sekitar 1980'an dulu. Ini berkait dengan penjagaan dan pengurusan pokok yang baik mengikut amalan SALM (Skim Amalan Baik Malaysia). Jika hendak menanam manggis pokok baru, anakbenih 'advance planting material-APM' mampu mempercepatkan pengeluaran hasil dan memberikan pulangan untuk modal  pelaburan kepada petani. Harga yang ditawarkan diladang antara RM 1.60 - RM 1.80 (Hasil kajian dan temubual penulis di Johor dan Melaka) membolehkan petani mendapat pulangan margin yang boleh menguntungkan sekurang-kurangnya untuk menampung kos pengeluaran.

KELEMAHAN (W)
Kebanyakan pokok manggis sedia ada berada dikawasan pendalaman dan berselerak dikawasan kampong yang jauh daripada pusat pengumpulan dan pusat untuk ekspot seperti pelabuhan dan lapanganterbang. Ini meningkatkan kos operasi jika hendak diekspot keluar negara. Purata saiz kebun bagi penanaman manggis sedia ada adalah kecil sahaja iaitu antara 0.2-0.4 hektar dimana ini meningkatkan kos pengurusan kebun. Oleh itu untuk dijadikan pengurusan berpusat dan bertaraf komeril, maka ia agak sukar untuk dilaksanakan. Kajiansaya juga menunjukkan yang petani atau pemilik pokok manggis rata-rata telah berumur lebih 50 tahun dan agak sukar untuk meningkatkan teknologi serta inovasi baru. Pengeluaran buah manggis adalah bermusim sahaja (selama dua bulan dalam setahun)  iaitu pada bulan Jun-Ogos dimana ini agak sukar untuk memenuhi kehendak pasaran dan juga pelanggan.

PELUANG (O)
Permintaan untuk manggis segar untuk pasaran domestik dan pasaran antarabangsa semakin meningkat setiap tahun. Kajian menunjukkan permintaan meningkat pada kadar 3-5% setahun dengan nilai pasaran domestik sebanyak RM 50 juta dan juga pasaran antarabangsa mencecah RM 580 juta setahun. Nilai tambah daripada manggis kini diperluaskan untuk bahan perwarna asli, makanan kesihatan dan juga sebagai produk kesihatan terus meningkat dipasaran domestik dan global. Pada masa ini dasar liberalisasi telah membuka lebih banyak peluang untuk pasaran manggis Malaysia menembusi negara-negara yang sukar menerima produk kita seperti Australia, USA dan Jepun. Buah manggis kini telah mempunyai kaedah untuk menggred untuk pasaran antarabangsa (Lihat foto sebelah). Kaedah pembungkusan yang baik dan disimpan dalam suhu sejuk mampu melanjutkan jangkahayat buah manggis.

ANCAMAN (T)
Bagi mendapatkan produk manggis yang berkualiti, saya dapati kos pengeluaran akan meningkat dari segi kos input, kos pengurusan dan aktiviti lepas tuai. Ini kerana buah manggis perlu menjalani satu lagi proses ketat untuk mencapai kualiti ekspot. Beberapa negara jiran seperti Filipina, Vietnam dan Sri Lanka telah mampu menghasilkan produk yang sama dengan kos pengeluaran lebih rendah dan kualiti yang baik. Negara Thailand dilaporkan berjaya didalam mengekspot manggis segar kebanyak negara didunia dengan kualiti yang terjamin dan harga yang kompetetif. Sistem pemasaran buah manggis di negara kita perlu dikemaskan kerana buah manggis adalah mudah rosak (perishable).

Semuga artikel ini memberikan idea kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" dan dapat membincangkan isu ini. Tanaman manggis mempunyai potensi jika ada pihak yang sentiasa memberikan galakkan untuk diketengahkan keperingkat antarabangsa. Analisis SWOT juga menjelaskan tentang perkara diatas. Wallahualam!

ANALISIS SWOT..MUDAH SAHAJA...
POKOK MATANG...PERLU DIJAGA...
BUAH BERMUSIM...MACAMANA HARGA...
LEPAS TUAI..PERLU DILAKSANA...
NEGARA JIRAN.. SUDAH BERJAYA...
KITA DI MALAYSIA...BILA PULA?...

By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1434H) 


Sunday, April 21, 2013

BUAH KUNDANG (Part 2)


BUAH KUNDANG (Boues macrophylla) merupakan sejenis buah nadir yang natif dikawasan Asia Tenggara dari keluarga Anacardiaceae. Pokok buah kundang ini juga mempunyai kaitan dengan pokok buah mangga. Buah ini lebih dikenali dengan nama Ma-Praang atau Ma-Yong di Thailand dan dikomersilkan dinegara tersebut sehingga mereka mampu mengekspot ke negara kita apabila musim buah tersebut tiba. Buah ini juga dipanggil dengan Marian Plum atau Plum Mango dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Indonesia buah ini dipanggil sebagai Gandaria atau Jatake. Saya yang berasal dari Muar tidak hairan akan buah kundang dimana kampong saya adalah berdekatan dengan Pekan Kundang Ulu dan juga satu Kampung Kundang di Kesang. Kemungkinan kedua-dua lokasi tersebut diberi nama 'Kundang' mungkin disebabkan oleh keujudan banyak pokok kundang dahulu. Dari segi topografi, saya dapati memang banyak pokok buah kundang liar disepanjang Sungai Muar dimana ia tumbuh secara semulajadi. Buah ini mempunyai warna kuning oren yang sangat kuat dan kita akan telan air liur apabila melihatnya dipokok atau dipasar. Kajian mendapati buah kundang telah banyak dikomersilkan di Thailand dan Indonesia tetapi agak kurang di Malaysia. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan dan pengeluaran buah kundang direkodkan dimana-mana. Artikel malam ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah Kundang yang saya kenal dan buat banyak rujukkan untuk dibaca oleh anda semua.


Tumbuhan ini tidak banyak varieti yang telah didaftarkan kerana ia masih dianggap sebagai buah nadir atau pun 'minor fruits categroy'. Di negara jiran Indonesia, terdapat beberapa jenis Buah Kundang yang ada disebut-sebut seperti Varieti Hitalu (sangat masam), Varieti Ramania Pipit dan Ramania Tembaga (Isi yang manis dan berwarna kemerahan). Terdapat satu lagi varieti iaitu varieti Mayong Child di tanam di Thailand yang rasanya manis dan kulit serta isi kuning oren yang kuat (Foto diatas sekali). Di negara kita belum ada varieti buah kundang yang didaftarkan atau anakbenihnya dijual di nurseri swasta kerana ia kurang ditanam secara komersil. Ini kerana tanaman ini belum mendapat perhatian daripada petani yang masih menganggap ia adalah tidak menguntungkan. Selain daripada ia buah bermusim, pokok kundang agak lambat mengeluarkan hasil dan mungkin juga mungkin masaalah pemasaran. Buah kundang yang dijual di negara kita kebanyakannya dibawa masuk dari negara jiran.


Walau pun tidak banyak penulisan mengenai amalan agronomi tanaman kundang, jika kita hendak tanam secara komersil, kita boleh ambil pakej amalan teknologi penanaman mangga. Ini termasuk dari segi pembajaan, cantasan dahan, kawalan musuh dan juga perosak dan juga aruhan pembungaan. Masaalah kelekatan putik buah (fruit set) merupakan antara masaalah yang perlu diteliti agar tidak banyak putik buah yang gugur semasa pembesaran (Lihat foto sebelah). Putik buah kundang boleh gugur disebabkan oleh serangan kulat, faktur kekurangan air, tiupan angin kencang dan juga masaalah fisiologi tumbuhan itu sendiri. Beberapa petani di Thailand dilaporkan menggunakan baja khas seperti jenis Chitosan dan baja organik untuk mengekalkan kelekatan buah. Ada juga petani yang menutup pokok dengan plastik agar putik tidak gugur.


Buah kundang muda berwarna hijau dengan isi warna ungu (bergantung kepada varieti). Buah muda ini dipetik untuk dimakan sebagai rojak atau juga di buat sambal (Lihat foto sebelah). Buah yang masak lazimnya dipetik dengan tangan apabila ia telah berwarna kuning oren dan agak lembut sedikit. Tangkai buah dipotong dengan gunting dan disusun dengan kemas dalam bakul. Buah kundang tidak boleh jatuh ketanah semasa mematik kerana ia akan lebam atau pecah dan tidak boleh dipasarkan. Buah yang telah digredkan perlu dipasarkan dengan segera kerana ia tidak tahan lama sekitar 3-4 hari sahaja. Jika disimpan dalam bilik sejuk ia akan tahan sehingga lebih seminggu. Buah kundang banyak mengandungi banyak zat mineral dan vitamin (Sila rujuk rajah dibawah)
Buah kundang adalah sejenis buah nadir yang berpotensi untuk dikomersilkan jika ada yang berminat. Pucuk daun muda pokok kundang boleh dipetik dan dimakan sebagai ulam atau dimasak sebagai sayur.  Bijinya jika dimakan mempunyai rasa pahit dan mungkin mempunyai khasiat perubatan. Kayu pokok kundang yang telah besar sesuai untuk di jadikan papan atau perabut yang cantik dan mahal. Dahan kayu kering juga sesuai digunakan sebagai kayu api. Semuga artikel ini dapat kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian.
Salamat Po!..Wasallam!
Buah kundang digantung di gerai buah.
BUAH KUNDANG...KECUR DENGARNYA...
HANYA BERMUSIM...ADA JUALANNYA...
PERLU DIPETIK... JAGA KUALITINYA...
WALAU NADIR.... IA BANYAK GUNA... 

By,
M Anem
Senior Agronomist
Serdang Agriculture Station
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(8 JamadilAkhir 1434H)






THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...