Support My Blog

Saturday, October 24, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Menarik akan fakta dimana tanaman lobak merah (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis tumbuhan dua tahunan yang mempunyai ciri-ciri morfologi yang perlu di fahami didalam mempelajari tanaman ini. Marfologi penting utama lobak merah adalah Bahagian Umbi Lobak Merah (Akar Simpanan atau Taproot) dimana kebanyakannya ia berbentuk kon, bentuk silinder atau bentuk tirus bergantung kepada varieti yang di tanam (seperti varieti Nantes atau varieti Chantenay atau lain-lain varieti). Umbi ini berfungsi dan bertindak sebagai organ penyimpanan makanan utama tumbuhan tersebut dengan mempunyai banyak jenis warna dan lazimnya berwarna jingga (oren) akibat kandungan beta-karotena yang tinggi akan tetapi penulis blog melihat ada juga yang berwarna ungu, kuning, merah malahan ada yang berwarna putih. 
Umbisi lobak merah (atau carrot) sebenarnya merupakan akar tunjang yang telah berubah bentuk dan fungsi untuk menjadi tempat penyimpanan cadangan makanan bagi tumbuhan. Ia yang berbentuk silinder panjang yang menirus ke bawah (seperti kon) dimana pada bahagian atasnya (pangkal umbi) merupakan tempat melekatnya sekumpulan pelepah atau tangkai daun. Ciri paling popular ia adalah berwarna jingga (oren) atau oren kemerah-merahan. Warna oren ini terhasil daripada kandungan beta-karotena yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga variasi warna lain seperti ungu, kuning, merah dan putih. Kulitnya nipis dan mempunyai permukaan yang agak licin. Apabila dimakan segar atau mentah dimana isinya mempunyai tekstur yang keras, padat, dan rangup. Ia mempunyai rasa yang sedikit manis semula jadi dan beraroma. Jika lobak merah dituai pada saiz sederhana, rasanya akan menjadi lebih manis berbanding lobak yang terlalu besar atau terlalu tua. Di sekeliling pada permukaan umbisi utama ia hanya terdapat sedikit sahaja akar rambut atau akar cabang kecil yang tumbuh. Kedua adalah Bahagian Batang Lobak Merah dimana memang ada jenis 'Batang Sebenar' pada tanaman ini dengan saiznya ia 'Sangat Pendek' atau ia hampir tidak kelihatan dan memang kedudukannya ia tersorok di bahagian pangkal atas umbi (Sila lihat rajah disebelah). Daun-daunnya keluar dari bahagian atas umbi membentuk jambangan atau roset daun berada di atas permukaan tanah. Ketiga ada Bahagian Daun Lobak Merah dimana dilihat yang daunnya jenis 'Daun Majmuk' yang terbahagi dalam jenis lai daun yang halus dan ia berbulu halus dan berbentuk seperti jambak kecil. Daunnya bertekstur lembut, berbulu halus dan mempunyai tangkai daun yang panjang dengan kelihatan jelas. Akhir sekali ada di bincang akan Bahagian Bunga dan Biji Lobak Merah dimana ia hanya dapat dilihat jika tanaman ini dibiarkan matang sehingga ia boleh membiak. Lobak merah mempunyai bunga yang berwarna putih atau kekuningan yang tersusun dalam bentuk jambak bunga payung (umbel) majemuk dan bunga lobak merah muncul pada tahun kedua kitaran hidupnya sebagai tumbuhan dwitahunan. Cirinya ia berbentuk umbel majmuk (seperti payung yang mengembang) dimana paada setiap perbungaan mempunyai diameter sekitar 3 - 7 cm dan boleh mengandungi sehingga 50 atau lebih payung kecil dengan sejumlah 50 - 60 kuntum bunga kecil. Bunga ini yang berwarna putih (kadang-kadang sedikit kekuningan atau merah jambu pudar pada bahagian tengah). Tangkai bunganya ia tinggi tumbuh menegak pada tahun kedua dan boleh mencapai ketinggian antara 15 cm - 1.2 meter. Fungsi bungaa adalah bagi proses persenyawaan dan ia akan kemudian menghasilkan biji benih yang boleh dikumpul untuk ditanam semula. Seterusnya adalah Biji LObak Merah dimana biji benihnya kecil dan beralur, saiz yang halus, berbentuk bujur, serta mempunyai tekstur luar yang kasar atau berbulu. Selalunya ia sangat halus dan kecil, berbentuk ovoid-oblong (bujur) dengan panjang sekitar 2mm - 4 mm. Diteliti dimana ia mempunyai rusuk atau duri-duri halus di bahagian luar (pericarp) yang membantu ia melekat atau mudah disemai. Kebiasaannya berwarna perang kehitaman atau coklat kelabu apabila sudah matang dan kering. Benih ini ringan serta ia  memerlukan penjagaan kelembapan yang baik ketika disemai, dan mempunyai kadar percambahan standard sekitar 70%.


Penanaman lobak merah perlu melalui kitaran hidup tanaman yang akan mengambil masa selama dua (2) tahun (dwi-tahunan) untuk melengkapkan kitaran penuh biologinya dari biji benih hingga menghasilkan benih baru. Apa pun cara penanaman komersil dimana petani akan  biasanya menuai lobak merah pada tahun pertama (fasa vegetatif) iaitu sebelum ia mengeluarkan bunga.  Beeberapa fasa lengkap kitaran hidup lobak merah dimana selalunya ia dibahagikan kepada jangkamasa dalam dua tahun . Pada tahun pertama iaitu Peringkat Vegetatif dimana dalam fasa ini tanaman lobak merah fokus untuk membesar dan menyimpan tenaga untuk kemudian matang. Pertama ada Peringkat Percambahan Biji Benih iaitu dari hari 1 sehingga ke hari ke14 dimana biji benih yang ditanam di dalam tanah yang lembap akan mula bercambah. Kemudian daun pertama (kotiledon) akan muncul di permukaan tanah diikuti dengan kedua iaitu Peringkat Pertumbuhan Daun dan Akar pada minggu ke 3 - ke 6) dimana tanaman mula mengeluarkan daun sebenar yang halus dan berbentuk seperti paku pakis. 
Pada masa yang sama dimana bahagian akar tunjang mula memanjang ke dalam tanah. Ketiga adalah Peringkat Pembengkakan Akar atau Sebagai Peringkat Pematangan berlaku pada bulan ke 2 - ke 4 dimana daun di atas tanah melakukan fotosintesis dan menghantar tenaga (gula) ke bawah. Akar tunjang mula membengkak, bertukar warna menjadi oren, dan menyimpan semua nutrisi tersebut. Keempat ada Peringkat  Penuaian Mandatori yang berlaku pada hari ke 70 - ke 80) terutama bagi petani lobak merah akan menuai awal pada waktu ini untuk dijadikan produk makan dan jika ia dibiarkan maka  kitaran akan masuk ke tahun kedua penanaman. Berlainan dengan cara amalan agronomi pada Tahun 2 penanaman Lobak Merah dimana ia di panggil sebagai 'Fasa Pembiakan' atau 'Fasa Menghasilkan Benih'. Selalunya jika lobak merah tidak dituai dan dibiarkan melalui musim sejuk (atau musim rehat) maka ia akan memasuki fasa pembiakan pada tahun kedua. Peringkat kelima ini adalah Peringkat Rektif atau Fasa Dorman apabila tanaman berehat seketika semasa musim sejuk dimana tenaga yang disimpan di dalam lobak oren digunakan untuk bertahan hidup. Seterusnya kenam adalah Peringkat  Pengeluaran Bunga (pada Musim Bunga Tahun Ke-2) apabila batang yang tinggi akan tumbuh dari tengah-tengah daun dan batang ini akan mengeluarkan gugusan bunga putih yang kecil berbentuk payung (dipanggil umbel). Ketujuh adalah Peringkat Pendebungaan atau Peringkat Hasilkan Biji Benih dimana semua bunga-bunga ini akan didebungakan oleh serangga seperti lebah. Selepas semuanya ia berjaya didedebungakan, bunga akan layu dan menghasilkan ratusan biji benih baru yang kering. Akhir sekali adalah terdapat pula IAITU  Peringkat Kematian Pokok Induk dimana selalunya selepas biji benih matang dan gugur ke tanah dan pokok lobak merah induk akan mati secara semula jadi. Selalunya biji benih yang gugur akan memulakan kitaran hidup yang baru. 


Lazimnya
selepas menuai lobak merah ia perlu menjalani Proses Pasca Tuai (Post harvest Activity) agar ia lebih tahan lama sebelum tiba kepada pengguna. Beberapa panduan bagaimana lobak merah boleh disimpan secara tradisional dahulu adalah dengan menanam benih terus ke dalam tanah gembur dan disimpan di tempat yang sejuk serta lembap agar tahan lama. Dikongsikan akan panduan lengkap untuk mula menanam dan menyimpan lobak merah dengan betul dimuali dengan Cara Memulai (Menanam) Lobak Merah dimana proses penyediaan tanah sebaiknya menggunakan tanah yang gembur, berpasir dan bebas daripada batu-batu kecil supaya lobak dapat membesar dengan lurus. Kemudian bagi kaedah atau cara penanaman benih ia boleh disemai benih secara terus ke dalam tanah pada kedalaman sekitar 1 cm dan kemudian sebaiknya di lakukan penjarakkan setiap benih sekitar 5 cm. Pastikan sentiasa buat penyiraman agar semaian berada dalam keadaan sentiasa lembap tetapi tidak terlalu bertakung air semasa proses percambahan. Dulang semaian sebaiknya ia diletakkan tanaman di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Kedua ada petua bagaimana cara Menyimpan Lobak Merah Supaya Tahan Lama iaitu di lakukan pemotongan daun hijau sejurus selepas dituai atau dibeli kerana daun tersebut akan menyerap kelembapan dan khasiat daripada lobak. Ia mesti di bersihak dulu semua kekotoran seperti tanah iaitu dengan membasuh bersih tanah yang melekat dan mesti dikeringkan lobak sepenuhnya sebelum disimpan untuk mengelakkan serangan kulat (fungus). Petani boleh terus memasukkan umbisi lobak merah ini terus kedalam peti sejuk dan sebaiknya gunakan atau masukkan lobak lobak meran ini ke dalam plastik berlubang atau balut dengan tisu dapur. Ia kemudian boleh diletakkan di dalam laci sayur peti sejuk. Apa pun selalunya langkah ini boleh bertahan sehingga 2 - 3 minggu saha dalam simpanan yang masih di anggap segar. Petua lain di laporkan dimana boleh lobak merah ini direndam dalam air bersih bertujuan untuk memastikan lobak kekal rangup atau boleh merendam lobak sepenuhnya di dalam bekas berisi air bersih di dalam peti sejuk (tukar air setiap beberapa hari). Bagi menjelaskan lagi isu ini ada terdapat beberapa kaedah rawatan atau kaedah terbaik untuk menyimpan lobak merah supaya tahan lama sehingga masa berbulan-bulan, kekal rangup dan tidak lembik adalah dengan yang pertama Menggunakan Kaedah Rendaman Air (hydro-storage). Selain itu, terdapat beberapa cara alternatif yang sangat berkesan mengikut kesesuaian ruang peti ais dirumah. Dalam pada itu ada Kaedah Rendaman Air dalam Balang dimana ia akan tahan berbulan-bulansebab air bertindak sebagai agen pelindung semula jadi yang menghalang lobak merah daripada kehilangan kelembapan dan mengekalkan kesegarannya. Ia perlu di potong dan dibersihkan selepas dibasuh lobak merah dan potong mengikut saiz kesesuaian balang atau bekas anda (boleh dikupas kulit siap-siap atau dibiar tanpa dikupas). Sebaiknya ia direndam sepenuhnya (submerged) didalam bekas kaca atau plastik jernih dan kemudian perlu tuangkan air paip atau air sejuk sehingga tenggelam sepenuhnya. Ia boleh disimpan dalam peti ais dan tutup bekas dengan rapat dan letakkan di dalam peti sejuk. Memang wajib 'Tukar Air' iaitu perlu menukar air rendaman tersebut setiap 4 - 7 hari sekali supaya air kekal bersih dan lobak tidak berlendir. Kedua ada Cara atau Kaedah Kering iaitu dengan membalut balang atau karung Ziplock dengan Tisu dimana lobak merah ini akan tahan selama 3 - 4 minggu dan perlu tahu dimana musuh utama lobak merah adalah wap air terperangkap yang menyebabkannya cepat berkulat. Sebaiknya dibuang daun sebab lobak merah dibeli bersama daunnya mesti dipotong bahagian daun tersebut kerana ia akan menyerap kelembapan daripada batang lobak. Basuh lobak merah dan lap dengan menggunakan tisu dapur sehingga betul-betul kering atau di balut dengan tisu dapur untuk menyerap lebihan kelembapan dan kondensasi. Ia disimpan dalam beg plastik atau bekas 'kedap udara' dimasukkan ke dalam plastik jenis ziplock atau bekas bertutup dan simpan di bahagian laci sayur peti sejuk. Cara lain melakukan Kaedah Balutan Dengan Aluminium Foil secara kemas dan ketat sebelum disimpan di dalam rak sayur. Cara ini menghalang pendedahan kepada udara dan dapat mengekalkan kemanisan lobak tersebut. Bagi penyimpanan yang Sangat Panjang: Celur ia di bekukan dan akan tahan sehingga 12 Bulan lamanya. Petua dimana jangan simpan lobak merah berdekatan dengan buah-buahan yang mana ia menghasilkan gas etilena tinggi seperti epal, pisang, atau tomato kerana gas ini boleh mempercepatkan lobak menjadi lembik dan pahit. Artikel ini di tulis dalam EMPAT (4) bahagian iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...