TANAMAN ANGGUR (Vitis vinifera) atau grapes di Malaysia merupakan satu usaha yang agak jarang dilakukan tetapi ia selalu dilaporkan didalam media sebagai 'tanaman suka-suka'. Beberapa akhbar memberikan liputan mengenai tanaman anggur yang mana ia berbuah dan pengusaha menjalankan penjagaan pokok mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Diseluruh dunia dimana aktiviti penanaman anggur pada masa ini didunia di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan juga beberapa negara lain dengan purata pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. Buah anggur dilaporkan mengandungi bahan kimia piceatannol yang menghalang perkembangan sel lemak dalam badan. Tanaman ini pernah diusahakan secara komersil di Malaysia oleh beberapa syarikat tempatan tetapi sehingga kini belum menampakkan peratus kejayaan yang memuaskan. Ada beberapa syarikat di Selangor, Negeri Sembilan yang mengupah pakar-pakar menanam anggur daripada negara Thailand untuk menjadi pengurus malahan pekerja ladang tetapi masih banyak masaalah perlu diatasi. Minat orang Malaysia terhadap buah anggur memang tinggi dimana komoditi ini banyak diimport untuk makan segar. Buah anggur juga mudah dibeli di negara kita dan sering juga dijadikan 'buah tangan' untuk pesakit dihospital, bahan hantaran perkahwinan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar aktiviti percubaan penanaman anggur yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog.
Berdasarkan kepada idea dari Afrika Selatan siapa sangka tindakan seorang wanita menanam beberapa pokok anggur secara suka-suka kini bertukar menjadi sumber pendapatan menguntungkan. Bagi Siti Saloma Saad berumur 52 tahun dakwa dimana dia tidak menyangka iaitu minatnya pada peringkat awal hanya sebagai hobi bertukar menjadi sumber rezeki. Semuanya bermula daripada idea suaminya iaitu Shuhaimi Ishak yang ketika itu baru pulang dari Afrika Selatan atas urusan syarikat perkapalan berpusat di Lumut, Perak, kira-kira 10 tahun lalu. Ketika berada di dalam kapal terbang sisuami menonton tayangan video mengenai industri tanaman anggur di Afrika Selatan. Ia sekali gus menarik minatnya untuk mencuba menanam pokok itu di Malaysia. Jika cuaca di negara itu hampir sama seperti di sini, kenapa kita tidak cuba menanam pokok anggur di Malaysia?. Kemudian idea untuk mencuba tanaman itu disampaikan kepadanya sekembali suami ke tanah air. Mereka terus mencari benih anggur di beberapa tempat termasuk di Kuala Lumpur. Ia adalah tidak mustahil kerana kajian menunjukkan anggur juga berasal dari negara padang pasir dan mengikut maklumat diperoleh menerusi Internet, cuaca panas mampu memaniskan lagi buah anggur. Pokok anggur sebenarnya boleh ditanam dan hidup subur di Malaysia berdasarkan beberapa faktor seperti pemilihan varieti yang tahan dengan hujan lebat dan cuaca yang lembap serta panas. Pendedahan kepada cahaya matahari pada kadar 80 hingga 100 peratus dan peredaran udara yang baik faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok anggur. Bermodalkan kira-kira RM125 untuk membeli lima pokok benih anggur berharga RM25 sepokok, lima pasu (RM75) dan lima bungkus baja (RM15), dia nekad mencuba menanam pokok anggur. Bermula dari situ maka dia akhirnya berjaya membiakkan pokok berkenaan dan telah berjaya menghasilkan anak benih pula (Sila lihat foto disebelah). Bermula pada November 2006 dulu dia menyewa sebidang tanah seluas 0.4 hektar di Batu 6, Lekir dekat Sitiawan untuk mengusahakan tanaman itu. Apabila melihat hasil yang memberansangkan, dia nekad menanam 40 lagi anak pokok. Kini kejayaan itu mendorong dia sduah membeli sebidang tanah seluas 0.4 hektar di Batu 7, Lekir, Perak bagi meluaskan lagi ladang. Sehingga kini dakwanya pada kedua-dua ladang dipenuhi ratusan pokok anggur yang terdiri daripada pelbagai varieti dan menghasilkan buah berwarna hijau, merah tua, biru tua, hitam dan merah. Diantara varieti pokok anggur yang ditanamnya ialah Long White Malaga, Alphonso Lavelle dan Kyoho. Selain itu turut menanam pokok varieti IAC, Isabella Madu, Black Queen, Black Opal (tanpa biji), Loose Perlette (tanpa biji) dan Flame (tanpa biji). Pokok berkenaan akan berbuah dan boleh dipasarkan antara tujuh hingga 16 bulan. Bagi pokok matang, buah yang manis dan ranum boleh dikutip kira-kira 110 hari selepas proses memangkas daun dijalankan. Dia juga turut membekalkan tanah awalan tanaman anggur, set baja untuk benih anggur dari bulan pertama hingga bulan kesepuluh, iaitu peringkat pokok mengeluarkan hasil. Dilokasi ladangnya juga memperkenalkan konsep petik, timbang dan bayar seperti yang dilakukan pengusaha tanaman strawberi di Cameron Highlands. Dia berharap ladang anggur ini juga boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini khasnya ke daerah Manjung menerusi sistem agrotourism.
Ada usahawan anggur tempatan telah mendakwa dimana buah anggur musim panas lebih manis dan rangup. Biasanya jika cuaca panas yang melanda negara ketika ini memberi manfaat kepada pengusaha ladang anggur di Kampung Darat Jelutong, Batu 7 1/2 Lekir, Sitiawan apabila buah yang dihasilkan lebih manis dan rangup. Bagi pemilik Saloma Vineyard dan Nursery, Siti Saloma Saad dakwa dimana ketika cuaca panas bermula akhir Januari dan sehingga awal April akan memberikan kelebihan kepada tanaman anggur berbanding musim hujan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimanapun pada tahun 2019 buah tidak masak serentak berikutan cuaca yang terlalu panas, namun ia tidak menjejaskan kualiti dan tahap kemanisan anggur yang dihasilkan. Buah anggur yang dihasilkan pada musim ini juga mencapai tahap kemanisan pada bacaan 26 brix berbanding kebiasaannya pada tahap 22 brix, manakala pada musim hujan tahap kemanisan buah hanya 18 brix sahaja. Jika musim hujan buahnya sedikit tawar akan tetapi buahnya besar manakala untuk musim kemarau saiznya kecil namun rasanya manis selain kadang-kadang tiada biji. Kebun tanaman anggur ini dikebun anggurnya yang berada bersebelahan rumahnya. Biasanya musim panas juga tidak menjejaskan hasil tetapi pengeluarannya sedikit memandangkan buah masa secara berperingkat. Lazimnya buah anggur akan masak sikit-sikit atau berperingkat sekitar 40 kilogram (kg) apabila boleh masak serentak tetapi lazimnya dalam seminggu 10 kg buah masak boleh dipetik. Pada ukuran suhu 27 darjah celcius dan paling tinggi pernah mencecah 33 darjah celcius yang mana biasanya Februari dan Mac memang tempoh buah masak, manakala empat bulan sebelum itu proses pemangkasan dijalankan. Kini pada musim ini kami sudah mengutip hasil kira-kira 30 kg dan pelanggan juga lebih sukakan buah pada musim kemarau. Kini dia mempunyai kebun seluas 0.4 hektar dengan kira-kira 500 pokok anggur. Jerami padi diletakkan untuk menutup tanah bagi menjaga akar pokok daripada cahaya matahari. Ini bertujuan bagi mengekalkan kelembapan tanah, dia menggunakan jerami untuk menutup tanah bagi menjaga akar pokok daripada cahaya matahari yang akan terlampau panas. Sungkupan ini juga adalah bagi proses pemulihan tanah dan menjaga kelembapan tanah serta dapat jadi baja organik atau elak tanah panas dan rumput yang banyak. Ini kerana kalau terlampau panas memang banyak serangga kecil. Jika hujan yang terlalu kerap dan lebat maka akibatnya memnyebabkan bukan masalah besar dan tidak mengganggu pertumbuhan kerana ada pelindung plastik dipasang diatasnya. Kini diantara varieti pokok anggur yang ditanamnya ialah Long White Malaga, Alphonso Lavelle, IAC, Isabella Madu, Black Queen serta Black Opal. Anggur jenis Alphonso Lavelle dan Long White Malaga adalah varieti paling manis untuk musim kemarau dengan Alphonso Lavelle mencapai tahap bacaan 24 brix manakala Long White Malaga pula 26 brix. Musim panas ini bukan sahaja anggur yang manis, malah buah tin, epal dan buah-buahan tempatan seperti nangka dan betik juga sama,” katanya yang turut menanam pelbagai jenis buah lain seperti buah tin, avokado, epal, nangka, nanam, limau bali dan pelbagai jenis herba.
Memang dimana-mana dilaporkan iaitu pokok anggur dijadikan sebagai tanaman hiasan yang semakin popular. Dulu anggur mungkin dianggap tanaman pelik, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan tanaman beriklim sederhana sejuk. Jika hidup sekali pun belum tentu ia berbuah atau boleh mendatangkan hasil kepada petani. Banyak kenyataan dimana pokok anggur tidak sesuai untuk negara seperti Malaysia yang menerima hujan dan panas sepanjang tahun. Persepsi negatif itu berubah selepas tanaman beriklim sejuk itu mencambahkan gugusannya. Buktinya ada petani di utara tanah air mengusahakan ladang anggur hingga dikenali di seluruh negara. Beberapa kisah kejayaannya mengubah persepsi tanaman itu gagal diusahakan secara komersial. Pernah dilaporkan dimana penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap tanaman anggur turut giat dilaksanakan Jabatan Pertanian dan MARDI. Sebenarnya apakah rahsia di sebalik kejayaan tanaman itu?. beberpa kursus teknik untuk penanaman anggur secara betul diterangkan dengan secara terperinci. Didakwa jika kena dengan caranya maka tanaman anggur mudah dikendalikan, selain mendapat hasil agak memberangsangkan dengan hanya menanam di sekeliling rumah. Penanaman anggur di negara ini jika menggunakan teknik yang betul dan sempurna akan mendapat pulangan lumayan. Kini telah terdapat pelbagai varieti anggur yang sesuai ditanam di kawasan tropika. Buah anggur mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, selain vitamin A, B1 dan B2 serta sumber terbaik bagi elemen kalium. Selain itu buahnya juga dikatakan mempunyai kandungan kalori yang rendah dan 80 peratus air. Anggur dikatakan mengandungi phytonutrien iaitu bahan aktif dipercayai boleh melindungi tubuh manusia daripada penyakit jantung. Pokok anggur juga ditanam sebagai tanaman hiasan di kediaman dan taman awam. Kini diantara spesies sesuai ditanam di negara ini seperti anggur jenis IAC (hijau), ‘black queen’ (kehitaman), ‘black opal’ (hitam biru), dan ‘new white malaga’ (hijau). Penanaman anggur di Malaysia dimulakan sejak awal 80-an melalui kajian Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Namun pada 1986, UPM mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Perlis bagi memulakan penanaman anggur di negeri itu. Lokasi itu dipilih kerana negeri Indera Kayangan mengalami cuaca kemarau dan kering selama tiga bulan dan ia amat sesuai bagi penanaman anggur.
Dilaporkan dimana taburan hujan yang sesuai adalah antara 800 hingga 1,500 milimeter (mm) setahun kerana tanaman ini memerlukan cuaca panas sekitar tiga hingga empat bulan bagi membantu menghasilkan buah yang manis. Apa pun cuaca panas dapat membantu pokok hidup lebih subur dan dapat mengurangkan serangan penyakit. Tinjauan penulis blog di Perlis mendapati pokok anggur boleh hidup subur di atas tanah rendah yang terdapat di negara ini seperti tanah gambut, tanah liat, tanah berpasir serta berpaya. Teknik penjagaan kena betul supaya buah anggur berkenaan tidak masam dan rosak. Pokok anggur boleh dibiak secara keratan, tetapi tidak boleh disimpan lama dalam beg plastik kerana ia perlu ditanam dalam tempoh tiga bulan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang mengandungi banyak bahan organik dan tumbesarannya dipengaruhi suhu serta hujan. Kemarau yang panjang antara tiga hingga empat bulan amat penting bagi memberi peluang kepada proses penukaran asid kepada gula yang membantu menjadikan buah anggur lebih manis. Kawasan tapak penanaman anggur yang dikenal pasti hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik dan mempunyai tahap keasidan tanah antara pH5.5 - pH7.5 untuk pertumbuhan terbaik. Bafi memastikan proses tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik, pokok anggur memerlukan penjagaan yang baik termasuk semburan racun serangga, racun kulat dan baja daun setiap minggu bagi mencegah serangan kumbang. Penyakit seperti karat daun dan hawar daun juga dapat dicegah melalui semburan racun kulat manakala baja daun menambah kesegaran kepada pokok. Antara masalah penyakit tanaman anggur ialah antraknos yang menyerang pucuk, daun dan buah. Masalah ini boleh ditangani dengan semburan racun kulat jenama Benlate. Penyakit karat yang menyerang daun dan buah anggur pula boleh di atasi dengan menggunakan racun kulat jenis Bayleton. Kulapok Downy yang menyerang pucuk, daun, sulur paut (tendril) bunga dan buah pula boleh dimusnahkan menggunakan racun kulat Ridomil serta Mikal. Proses pembajaan perlu dilakukan setiap bulan bagi memulihkan kesuburan tanah untuk proses tumbesaran pokok secara baik dan berkesan. Ketika pokok anggur mengeluarkan bunga dan peringkat awal berbuah, penyuburan baja, semburan racun kulat dan serangga perlu dilakukan. Penyiraman pokok dilakukan setiap hari bagi mengelak layu dan terbantut. Tunas sisi perlu dibuang bagi mendapatkan pertumbuhan batang pokok yang tegak dan sekata selain penting untuk mempercepatkan proses tumbesaran pucuk dan dahan. Apa pun penyediaan para diperlukan supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran serta mengelak pelbagai masalah penjagaan pokok secara keseluruhannya. Cabang atau ranting yang belum matang atau masih hijau perlu dipotong untuk menghasilkan banyak cabang dan seterusnya apabila matang banyak mengeluarkan bunga. Pokok anggur sekiranya dijaga dengan teknik yang betul dapat menghasilkan buah dua kali setahun iaitu pada Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember. Apa yang penting untuk penanaman anggur ini, pengusaha perlu membina struktur pelindung hujan (SPH) bagi mengelak pokok berkenaan rosak sekiranya musim hujan. SPH ini diperbuat daripada bahan antaranya kayu, besi dan khemah lut sinar bagi memastikan pokok anggur berkenaan mendapat cahaya matahari. Mungkin selepas ini ada penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai tanaman anggur yang boleh dilakukan di mana-mana tanpa menggunakan SPH sekiranya tanaman anggur ini dikomersialkan. Buat masa ini didakwa produk tanaman anggur di negara ini lebih kepada industri pelancongan dan sebagai tanaman hobi sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..
IKLIM PANAS... LAIN MENGURUSNYA...
POKOK DICANTAS... DIBERI BAJA...
BOLEH BERBUAH.. DAPAT MERASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Rejab 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.