Support My Blog

Thursday, March 18, 2021

FAKTA HERBA - JINTAN

JINTAN MANIS
(Carum carvi) dan JINTAN PUTIH (
Cuminum cyminum) adalah sejenis herba yang dihasilkan oleh dua jenis tumbuhan dari keluarga Apiaceae yang memang popular dikalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia khususnya didalam menyediakan makanan tradisional dalam masyarakat Jawa. Penulis blog telah lama mengenali ada dua jenis jintan dipasaran iaitu jintan manis dan jintan putih (Sila lihat foto diatas). Beberapa jenis makanan menggunakan bahan wajib jintan seperti masakan ayam ungkep, kuih rempeyek, sate, rendang dan pelbagai juadah lain terutama makanan yang dihidangkan semasa sambutan Hari Raya Puasa. Dalam menyediakan ramuan sate peda penulis blog tahu memang perlu dipastikan ada herba rempah ketumbar, jintan dan gula. Jintan dianggap sebagai salah satu ramuan istimewa dan juga salah satu ramuan penting untuk masak 'Ayam Ungkep' selain daripada Ketumbar. Nama lain bagi jintan adalah seperti Karauya (Arab), Ge Lu Zi (China), Caraway (English), Kummel (Germany), Hime Uikyou (Jepun), Kaerowei (Korea) dan Thiam Thakap (Thailand). Tumbuhan jintan ini dipercayai berasal dari Asia Barat, Eropah dan juga Kawasan Afrika Utara. Dilaporkan dimana tanaman Jintan Manis (Carum carvi) ini adalah berbeza dengan Jintan Putih (Cuminum cyminum) dari segi spesis dan juga buahnya walau pun dari keluarga yang sama. Jintan Putih juga di kenali sebagai Cumin (English), Kamun ; Komaun (Arab), Ou shi luo (China), Komijn (Belanda), Jiira ; Zeera (Hindi), Jinten ; Jinten Putih (Indonesia), Cuminho (Portugis), yee ra ; Thian Khao (Thailand) dan Comino (Sepanyol). Jintan putih juga merupakan rempah yang digunakan sama seperti jintan manis cuma bezaya Jintan Putih berwarna cerah dan agak halus sementara Jintan manis berwarna Gelap dan lebih besar. Kalau nak goreng keladi, Goreng ikan bilis memang sedap kalau di tambah jintan sebagai ramuan istimewa. Harga di pasar menunjukkan tidak banyak perbezaan antara jintan manis dengan jintan putih tetapi lazimnya jintan putih agak lebih mahal sedikit. Jintan dijual dalam bungkusan plastik seberat 50-100 gram atau kadang-kadang kita boleh beli secara pukal dengan ditimbang dahulu mengikut kuantiti yang kita hendak. Artikel subuh Ahad ini saya terpanggil untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta mengenai herba jintan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Beberapa ramai kalangan pembaca blog ini yang mengenai beberapa jensi jintan yang ada dipasaran di Malsysia agaknya. Ini kerana j
intan merupakan rempah yang digunakan dalam masakan dan ubatan. Terdapat empat jenis jintan di kalangan orang Malaysia iaitu JINTAN PUTIH (Cumin seeds), JINTAN MANIS (Fennel), JINTAN HITAM (Anise) dan JINTAN HITAM (Habbatus sauda). Setelah membaca artikel ini penulis blog harap anda tidak confuse perbezaan antara jintan manis dan jintan putih sebab kedua duanya memang seakan sama. Secara asasnya perbezaan jintan manis dan jintan putih adalah dari segi struktur jintan manis adalah lebih kasar dari jintan putih. Jintan putih lebih memanjang dan mempunyai hujung yang tajam manakala jintan manis agak sedikit bulat. Dalam penggunaan jintan jin selalunya jintan putih digunakan untuk mendapatkan aromanya manakala jintan manis untuk mendapatkan rasanya. Jintan Manis (Carum carvi) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Apiaceae. Jintan Putih berwarna cerah dan agak halus, sementara Jintan Manis berwarna gelap dan lebih besar. Dahan pokok jintan manis jenis lembut dan bercabang, dimana hujung dahan akan berpecah untuk menghasilkan daun dan bunga. Daun sepanjang 5-10 cm berbentuk pinnate atau bipinnate dan halus seperti benang yang terkeluar dari tangkai berwarna hijau. Bunga berbentuk kudup (umbel) seakan bulu berwarna putih didalamnya sehingga ianya terbuka. Apabila kudup pecah akan keluar bunga putih (kekadang berwarna pink bagi Jintan Putih) Buah Jintan jenis bujur menirus (Lateral fusiform) atau jenis bujur (Ovoid acne)berukuran 4 - 5mm panjang (halus). Satu buah mengandungi sebiji jintan. Biji jintan manis dan jintan putih berbentuk bujur tajam dikedua-dua hujung berwarna coklat kehitaman apabila kering. Jintan juga diproses untuk mendapat minyak jintan yang dipanggil Carvone dan Limonene yang digunakan dalam rawatan arom terapi dan pelbagai fungsi perubatan serta untuk minyak wangi. Jintan juga digunakan sebagai rempah dalam proses pembuatan roti, bertujuan melambatkan pertumbuhan yis . Dahan jintan diproses untuk ramuan sabun mandi, minyak wangi dan losyen badan. Daun kering juga ada yang dijadikan sebagai teh minuman sementara akar pokok jintan dimakan sebagai sayuran akar. Etimologi dan Sejarah Hippocrates menyebutnya sebagai diuretik dan ejen yang menggalakkan pelepasan haid (emmenagogue), dan jusnya baik untuk menajamkan penglihatan. Kaum pribumi dinegara India akan menggunakannya sebagai perasa dan sebagai tambahan aromatik kepada ubat-ubatan. Ia kerap didapati dalam karya-karya Arab dan Parsi dalam Materia Medica. Akarnya juga sebagai ubat penting. Adas (Foeniculum vulgare) merupakan spesis tumbuhan dari genus Foeniculum (dianggap sebagai spesies tunggal oleh kebanyakan ahli botani). Ia adalah ahli keluarga Apiaceae (sebelumnya dikatakan dari Umbelliferae). Ia tahan lasak dan ia tumbuh sepanjang musim (perennial). Tumbuhan herba mempunyai bunga dalam karung umbels (umbelliferous), berbunga kuning dan daun amat ringan. Ia adalah tumbuhan asli kepada pantai Mediterranean, telah tersebar luas keseluruh pelusuk dunia, terutama ke tanah kering berhampiran pantai laut dan di tebing-tebing sungai. Ia adalah herba aromatic dan berperisa untuk masakan dan perubatan, dan, jintan yang memiliki perisa hampir sama dengan jintan putih (anise), merupakan salah satu daripada bahan utama absinthe. Adas (Florence fennel atau finocchio) memiliki batang yang membengkak di bahagian hujung yang di makan sebagai sayur. Adas dijadikan sebagai tumbuhan pemakanan oleh jentik-jentik atau lava (larvae) beberapa spesies serangga Lepidoptera, termasuk rama-rama tetikus (mouse moth) dan swallowtail anise (anise swallowtail). Perkataan Fennel atau fenyl (Adas) yang digunapakai di zaman Inggeris pertengahan datang dari bahasa Inggeris Lama fenol atau finol, yang diambil dari bahasa Latin feniculum atau foeniculum, bermaksud "jerami (hay)". Perkataan Latin untuk tumbuhan Adas adalah ferula, yang kini digunakan sebagai nama genus tumbuhan berkaitan. Finule dalam bahasa Inggeris Lama, adalah nama salah satu daripada sembilan tumbuh-tumbuhan yang disebut-sebut dalam mentera Herba dari pagan Anglo-Saxon Sembilan (pagan Anglo-Saxon Nine Herbs Charm), yang dicatatkan pada abad ke-10. Dalam mitologi Yunani (Greek mythology), dikatakan Prometheus telah menggunakan batang tangkai dari tumbuhan pokok Adas untuk mencuri api dari tuhan-tuhan dan dari gergasi fennel, dan dikatakan juga bahawa Ferula communis, ia lah tongkat sakti (Bacchanalian wands) untuk tuhan Dionysus dan pengikut-pengikutnya. Nama Adas dalam bahasa Yunani adalah marathos (μάραθος), sempena nama medan pertempuran terkenal Marathon (battle of Marathon) dan acara sukan yang berikutnya Marathon (Μαραθών), bermaksud dataran Adas (fennels).

Herba Jintan Putih atau Cumin (Cuminum cyminum) ialah tumbuhan berbunga di dalam keluarga Apiaceae yang berasal dari kawasan Mediterranean timur ke India. Benihnya (setiap sebutir terkandung dalam buah yang apabila dikeringkan sesuai digunakan dalam masakan pelbagai budaya yang berbeza. Biji Jintan putih adalah benih yang telah dikeringkan dari herba Cuminum cyminum, iaitu ahli keluarga herba tahunan atau perennial dengan daun beraromatik (parsley). Pokok jintan putih tumbuh 30-50 cm (1.0 - 1.6 kaki) tinggi dan dituai dengan menual gunakan tangan. Ia merupakan jenis tumbuhan tahunan herba dengan batang langsing bercabang 20-30 cm tinggi. Daunnya berukuran 5 - 10 cm panjang serta ringan seperti bulu burung dan ia mempunyai daun pada setiap sisi paksi biasa iaitu seperti bebenang. Bunganya kecil, putih atau merah jambu yang terlekat pada umbels. Buahnya terletak sisi condong bercantuman (lateral fusiform) atau bujur memisah dari buah (ovoid achene) 4 - 5 mm panjang dimana lazimnya ia mengandungi biji-biji tunggal. Biji Jintan putih memang menyerupai biji jinten (caraway seeds), berbentuk bujur memanjang dan berwarna kuning-coklat iaitu seperti ahli keluarga lain dalam Umbelliferae sebagaimana jinten (caraway), pasli (parsley). Kegunaan Biji Jintan putih selalu digunakan sebagai rempah kerana rasa dan aroma tersendiri. Ia terkenal di peringkat global dan sebagai bahan perisa terpenting dalam kebanyakan masakan, terutamanya dalam masakan di Asia Selatan, Afrika Utara dan Amerika Latin. Jintan putih juga terdapat dalam keju Belanda, seperti keju Leyden (Leyden cheese), dan dalam beberapa roti tradisional dari Perancis dan dalam masakan tradisional Brazil. Jintan putih juga sebagai bahan ramuan dalam serbuk cili seperti pada kebiasaan cara orang Texas atau Mexico. Bahan herba ini sering didapati dalam campuran achiote, adobos, sofrito, garam masala, curry powder dan bahaarat. Jintan putih boleh digunakan secara kisar atau sebagai keseluruhan tanpa kisar. Ia membantu menambah perisa dan kelazatan dalam banyak jenis masakan serta keenakan dalam penyediaan sup juga dalam kari dan rempah berlada.

Banyak khasiat dan kegunaan jintan 
putih iaitu sejensi herba yang merupakan salah satu rempah yang kerap digunakan untuk menyedapkan makanan. Jintan putih memberi rasa khas pedas dan hangat untuk hidangan seperti kari atau gulai. Ada dua jenis jintan yang diketahui seperti penerangan diatas iaitu jintan putih dan jintan manis dipasaran Malaysia. Pada umumnya jintan putih lah yang kerap digunakan dalam campuran masakan. Jintan putih juga telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional di beberapa wilayah Asia. Kajian moden telah mengesahkan ada beberapa manfaat kesihatan yang secara tradisional dikenalpati dari herba biji jintan termasuk membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan infeksi yang mungkin merebak melalui makanan. Kajian makmal seperti kemampuannya untuk meningkatkan berat badan dan meningkatkan kawalan paras gula darah dan kandungan kolesterol. Menggunakan jintan putih pada masakan tidak hanya sekadar melazatkanmakanan sebaliknya ia juga memang menyihatkan. Jintan didakwa mampu untuk ianya melancarkan pencernaan. Penggunaan jintan putih secara tradisional yang paling umum adalah untuk gangguan pencernaan. Faktanya hasil kajian telah mengesahkan bahawa jintan putih dapat membantu meningkatkan pencernaan normal. Jintan putih dapat meningkatkan aktiviti enzim pencernaan dan berpotensi mempercepat pencernaan. Jintan putih juga meningkatkan pelepasan hempedu dari hati. Hempedu membantu mencerna lemak dan nutrisi tertentu dalam usus. Kajian terhadap 57 pesakit dengan sindrom Radang Usus Besar (IBS) mendapati gejala sembuh setelah mengambil jintan putih pekat selama dua minggu. Komponen jintan putih menunjukkan manfaat mengubati diabetes. Satu kajian klinikal ada menunjukkan suplemen jintan putih pekat mendukung indikator awal diabetes pada individu yang kelebihan berat badan. Jintan putih juga mengandung beberapa komponen yang melawan beberapa kesan jangka panjang dari diabetes. Salah satu cara diabetes merusak sel-sel dalam tubuh adalah melalui Advanced Glycation End product (AGE). AGE dihasilkan secara spontan dalam aliran darah ketika kadar gula darah tinggi dalam jangka waktu yang lama pada pesakit diabetes. AGE dibuat ketika gula yang telah melekat pada protein dan mengganggu akan fungsi normalnya. AGE kemungkinan bertanggung jawab atas kerusakan mata, ginjal, saraf, dan pembuluh darah kecil pada diabetes. Kajian ada menunjukkan dimana suplemen jinten putih pekat dimana jika diambil secara rutin dalam bentuk ramuan masakan atau suplemen akan dapat membantu mengawal gula darah pesakit diabetes. Kajian mendapati dimana jintan putih dapat menstabilkan kolesterol. Dalam beberapa kajian mendpati kadar kolesterol LDL teroksidasi "buruk" menurun hampir 10% pesakit menggunakan ekstrak jintan lebih dari satu setengah bulan. Jintan Putih juga didakwa membantu untuk penurunan berat badan dan pengurangan lemakSuplemen jintan putih pekat telah membantu mendorong penurunan berat badan dalam beberapa studi klinis. Satu studi terhadap 88 wanita kelebihan berat badan menemukan bahwa yogurt yang mengandung 3 gram jintan mampu meningkatkan penurunan berat badan. Herba ini juga mampu untuk mencegah Keracunan Akibat Makanan. Hasil dari kajian mendapati peranan tradisional jintan putih dalam ramuan masakan menjamiankeselamatan makanan. Banyak ramuan yang digunakan termasuk jintan dilihat memiliki sifat anti-microbe yang dapat mengurangkan risiko infeksi yang ditularkan melalui makanan. Jintan boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria yang ditularkan melalui makanan dan beberapa jenis kulat toksik. Ketika dicerna maka jintan putih melepaskan komponen yang disebut megalomicin yang memiliki sifat antibiotik. Jintan juga mampu mencegah masaalah peradangan. Ekstrak jintan putih menghambat peradangan iaitu dari komponen jintan yang mungkin memiliki efek anti-inflamasi akan tetapi para saintis belum tahu mana yang paling penting. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEJENIS HERBA ... IA JINTAN...
JINTAN MANIS... CUBA BEZAKAN..
JINTAN PUTIH... SELALU DIMAKAN...
DALAM MASAKAN... BANYAK GUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...