
TERUNG MERANTI (Solanum nigrum Miller) dari keluarga SOLANACEAE merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia yang tumbuh secara liar. Terung ini dipanggil juga sebagai "Terung Ranti", "Terung Perat" di Malaysia dan dipanggil "Kampai" (Indonesia), Anti (Filipina-Tagalog), khaengz (Laos), mawaeng (Thailand) dan lulu'd (Vietnam). Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Tropika Amerika Selatan dan Asia Tenggara ( jenis di Amerika adalah var. Solanum americanum). Artikel ini saya membicarakan derkaitan tumbuhan renek yang jarang-jarang ditemui masa kini kecuali mereka yang arif dengan terung meranti.

Terung meranti digunakan sebagai sayuran ulaman di kebanyakan negeri Asia Tenggara dan mudah dibeli dipasar tradisional. Buah muda dijual secara segar dan dimakan dengan nasi sebagai ulam atau 'lalap" di Indonesia. Rasanya seperti rasa terung muda kepada mereka yang minat makan. Pucuk dan daun muda dimakan secara segar jika dipetik dikawasan keliling rumah sebagai ulam (Jika hendak cuba) tetapi tidak dijual dipasar kerana mudah layu. Ada pengguna mencelur dulu dengan air panas selama 5-10 minit untuk melembutkannya. Kanak2 tidak berapa suka terung meranti kerana ada rasa PAHIT. Buah yang masak juga digunakan untuk manisan seperti jem atau pie. Bahagian yang boleh dimakan bagi buah adalah 95% manakana bahagian daun sebanyak 79%.

Pembiakan terung ini melalui Biji Benih. Benih di semai dalam bekas semaian dan akan cambah 6 hari disemai dan selepas 5 minggu kemudian diubah ke dalam pasu atau atas batas apabiak ketinggian anakbenih capai 8 cm. Kadar percambahan capai 100% dan jarak tanaman disyorkan adalah 25 cm x 25 cm atau jarak 50 cm x 50 cm untuk tanaman dikawasan tanah subur. Baja organik dengan kadar 100-500 gram sepokok diberikan dan baja NPK juga boleh ditambah dengan kadar 20 g sepokok setiap 3 bulan. Siraman dan kawalan umpai dibuat secara manual. Buat cantasan dengan meninggalkan 5 cabang utama. Kajian mendapati jika diberikan pelindung cahaya matahari pokok kelihatan lebih subur tetapi menghasilkan buah yang kurang.
Masaalah utama penyakit tumbuhan terung meranti adalah Layu Bakteria (Pseudomonas solanacerum) yang mengakibatkan pokok mati apabila diserang. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium) juga menyebabkan pokok akan layu dan mati jika tidak di kawal awal. Cacing Nematod menyerang bahagian akar tumbuhan dan menyebabkan kerosakan tanaman. Aphid (Aphid spp) dan Kumbang (Epilachna spp) merosakkan bahagian daun. Kawalan dengan manual seperti mengutip dan membuang pokok yang berpenyakit dan serangga perosak.

Penanaman terung meranti di Malaysia mungkin perlu dipromosikan dari segi penanaman, pengedaran dan penggunaan (Ulam-ulaman) atau cara2 lain. Tidak ramai petani, pegawai pengembangan, pegawai penyelidik dan pengguna yang 'aware' tentang tumbuhan ini dan kajian boleh dibuat oleh pihak berkaitan. Mungkin terung meranti boleh di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack), Lalap, Jus, Kosmetik atau makanan kesihatann satu hari nanti.
TANAM TERUNG...TERUNG MERANTI....
TEKNOLOGI MENANAM...LAMA DI NANTI....
MINAT MENANAM...TAK TAHU VARIETI.....
NASIB MEMBACA ...ARTIKEL YANG INI...
By,
M Anem
Sabar Menanti
Ptjaya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.