Support My Blog

Thursday, December 23, 2010

SELASEH

SELASEH (Ocimum basilum atau Ocimum americanum L.) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga LABIATAE yang terdapat di Malaysia sebagai tumbuhan liar. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga di Afrika dan Kawasan Tropika Asia. Penulis dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman Selaseh di Malaysia direkodkan oleh Jabatan Pertanian. Nama lain tumbuhan ini adalah Kemangi , Serawung atau Selasih Putih (Indonesia), rau husng (Vietnam) dan maenglak (Thailand). Pokok Bunga Selaseh ini mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang berasal dari India. Ia dikenali juga sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara cara untuk pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih dan mudah pada semua jenis tanah asalkan ia subur, mempunyai saliran baik dan ada cahaya matahari banyak. Ia juga mudah ditanam dalam halaman rumah sama ada didalam pasu atau diatas tanah. Dalam mencari info mengenai khasiat selaseh, ada banyak bahagian tumbuhan ini yang boleh dijadikan produk berkhasiat terutama bahagian bunga, daun, batang dan akarnya. Bahagiani ini ama adadiambil secara segar atau dirposes dahulu memang memberikan khasiat yang signifikan kepada mereka yang mengambilnya. Artikel kali ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan selasih dari pembacaan, pemerhatian dan membuat rujukan dari sumber rasmi.

Dalam beberapa testimoni saya dapati diantara kegunaan atau khasiat dari tumbuhan ini adalah dalam perubatan. Ia didakwa boleh merawat demam kerana ia dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. Khasiatnya juga baik kerana ia akan meredakan muntah-muntah dan loya jika diambil pada dos dan masa yang betul. Kesan yang nyata adalah selasih ini dapat mengubat kecacingan terutama kepada kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan sebagai antiseptic yang berkesan dan sering juga digunakan juga sebagai analgesic (ubat tahan sakit). Ia juga didakwa menolong atau membantu untuk memperkuatkan hati dan seterunya akan mengurangkan ketegangan (stress) dan tekanan. Dalam kes lain ia mampu digunakan sebagai ubat batuk yang berkesan dengan mudah dan serasi. Kepada mereka yang ada masaalah mengenai kualiti darah pokok selasih didakwa diguna sebagai herba pencuci darah. Akhirnya yang mungkin kurang atau jarang dengar adalah kehebatan pokok selaseh dimana ia boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap (ringworm) dan boleh di tampal pada luka (setelah dihancurkan) untuk melegakan luka. Kajian secara saintifik akan mengesahkan testimoni yang dinyatakan diatas.

Tumbuhan ini mempunyai bau atau aroma yang kuat dan sering digunakan dalam bahan masakan, bahan perubatan tradisional, ulam segar dan bau daun digunakan untuk mengurangkan bau busuk yang kurang enak. Biji selasih yang kering direndam dalam air minuman setelah kembang dikenali sebagai "Air Biji Selasih" yang sangat sedap diminum terutama pada bulan puasa (Lihat foto sebelah). Dari segi perubatan selaseh pula air perahan daun selaseh dapat menyejukkan suhu badan dan menghilangkan penyakit batuk. Tumbuhan ini juga digunakan dalam mandian akan mengurangkan penyakit Rheutism (sakit tulang) dan memperbaiki sistem pernafasan. Kajian sedang dijalankan mengenai potensi tumbuhan ini mampu mennyembuhkan penyakit barah (Cancer). Kajian saintifik menunjukkan setiap 100 gram selasih mengandungi air (87 g), protin (3.3 g), serat (2 g), Kalsium (320 mg), Zat Besi (4.5 mg), Vitamin C (27 mg) dan sebanyak 180 kJ tenaga. Kandungan selasih yang lain seperti Camphor, Citral dan methyl-cinnamate yang memberikan bau atau aroma yang kuat dari tumbuhan selasih seperti juga pokok Cinnamon (Kayu manis), lemon dan Cengkih (Clove).


Pokok selaseh tumbuh menegak banyak cabang setinggi hingga 0.3-1.0 meter. Batang berbentuk bulat berwarna hijau kekuningan dan agak keputihan ketika muda. Daun selaseh berbentuk 'decussate'. mudah dan tangkai daun 2.5 cm panjang serta lai daun sepanjang 2.5-5 cm dan 1.2.5 cm lebar. Bunga selaseh berbentuk 'apex acute' dan mempunyai 3 kelopak (cymes) berukuran 2-4 cm panjang. Biji selaseh mempunyai 4 bahagian nutlets berukuran 1.25 mm x 1 mm berwarna hitam legam dan apabila direndam dalam air bersih akan menyebabkan selaput seperti gel mengelilingi biji selaseh (macam telur katak). Biji selasih sedap dibuat air sirap....lihat foto dibawah!

Penanaman selasih mudah dengan menggunakan biji benih. Benih selasi akan cambah dalam masa 1-2 minggu selepas disemai. Siram selalu dan tumbuhan akan berbunga selepas 8-12 minggu ditanam atau disemai apabila tinggi poko mencapai 25 cm atau sehingga pokok akan mati. Pemerhatian penulis mendapati agen pendebungaan adalah serangga dan selaseh juga berlaku 'Self pollination". Biji selasih akan matang selepas 14-20 minggu selepas disemai. Biji yang matang akan kelihatan kering dan berwarna hitam. Pungut hasil selaseh dengan memotong bahagian pucuk dan kumpulkan biji dengan meleraikannya. Penanaman selaseh di Malaysia amat mudah dijalankan tetapi saya belum jumpa ladang penanaman selaseh secara besar-besaran di Malaysia. Belum ada jaminan pasaran dan produk-produk khusus mengenai selasih dipasaran. Yang ada cuma biji selaseh yang dijual untuk kegunaan minuman air sirap selaseh. Mungkin kajian lanjut perlu dibuat dengan lebih terancang agar faedah tumbuhan ini dapat dimanafaatkan dan di majukan dimasa akan datang.

POKOK RENEK... SELASEH NAMANYA...
DUN HIJAU ... DIRAMAS 'LANGU' NYA...
SIRAP BIJI SELASEH...ENAK RASANYA...
MINUM SELALU...SIHAT KHASIATNYA..

By
M Anem

Senior Agronomist,
Room 255, Hotel Grand Continental, 

Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(30 Muharam 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...