
Cili Benggala atau lebih dikenali sebagai 'Bell Pepper' atau nama botaninya Capsicum annum L merupakan sejenis sayuran jenis cili dari keluarga Solanaceae. Cili benggala di tanam untuk digunakan sebagai sayuran , salad atau ramuan dalam makanan jenis segar oleh semua bangsa didunia. Apa yang menarik tentang Cili Benggala ini adalah bentuknya yang menarik serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti Hijau, Merah dan Kuning. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman cili benggala atau Bell Pepper berasaskan kepada pengalaman dan pemerhatian yang dijalankan penulis yang aktif dalam sektor pertanian.


Pokok cili belanda paling sesuai ditanam dalam polibeg atau pasu secara FERTIGASI. Kaedah fertigasi dijalankan selama 6 bulan atau dua kali setahun. Penanaman cili benggala secara Fertigasi di Cameroon Highland mampu menghasilkan purata hasil sebanyak 4 kilogram sepokok dimana buah hijau dijual harga ladang RM 2.50 /kg sementara buah warna merah dijual dengan harga RM 11.00 semasa lawatan sata di ladang MAFC Lembah Bertam pada Mac 2011.
Pemilihan jenis atau varieti Cili Belanda (CB) adalah kritikal sama ada kita hendak menanam untuk jenis hijau, merah atau kuning atau kombinasiyang kita kehendaki. Varieti yang popular di Cameroon Highland adalah seperti OLYMPUS, NAZARI dan MALTI. Beberapa varieti lain seperti Milano 113 dan Winner 8812. Buah bermula dengan warna hijau untuk pengeluaran kerana mudah dihasilkan dan pasaran yang paling meluas sebelum CB matang. CB warna kuning atau oren masak ikut tahap kematangan dan merupakan tahap yang paling juicy, manis serta mendapat harga paling baik. CB akan bertukar kepada warna merah dimana ianya adalah peringkat terakhir matang dan jika lambat dituai akan terlalu masak dan harga akan jatuh. Pastikan membeli benuh (Biasanya jenis Hubrid) dari pembekal yang betul-betul dapat membekalkan varieti yang dikehendaki. Benih perlu disemai diatas tapak semaian 6-8 minggu sebelum mengubah keladang.
Penanaman Cili Benggala biasanya diatas batas yang telah disediakan lubang penanaman dengan menebuk lapisan plastik silvershine dengan jarak tanaman 0.75 m x 1.0 m bergantung kepada saiz batas yang disediakan. Penyiraman mesti dijalankan setiap hari selepas menanam dengan menggunakann sistem sprinkler atau pengairan titis. Sulam anakbenih yang mati dan tidak sihat. Penggunaan racun pra--cambah dapat mengurangkan kawalan rumpai. Kayu sokong perlu dipasang di kiri dan kanan barisan tanaman untuk menampung dahan-dahan cili yang akan menghasilkan buah dengan jarak 60 - 80 cm.

Antara musuh tanamann cili belanda adalah seperti Aphid atau Hamana (Aphids spp) yang menyerang bahagian daun dan boleh mengakibatkan daun pokok CB jadi kerekot dan rosak. Serangga ini juga didapati mampu menyebaarkan virus yang menyebabkan Penyakit layu Virus Cili. Musuh CB yang lain ialah serangan Kutu Thrips (Thrips spp) yang juga menyerang bahagian daun. Serangga perosak Pengorek Buah Cili (Helicoverpa amigera) menyerang buah cili begitu juga serangan Lalat Buah (Bactocera spp) yang boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Antara penyakit yang lazim menyerang tanaman cili benggala seperti Layu Bakteria (Pseudomonas solanaceae), Penyalkit Antraknos (Collectotricum spp) dan juga Penyakit Mozek Virus yangg perlu dikawal menggunakan kombonasi IPM dan kawalan kimia.
Tanaman cili benggala boleh di tuai selepas 7-9 minggu ditanam dengan memeik buah yang dikehendakki mengikut pasaran sama ada Buah Cili Benggala warna Hijau, Warna Kuning atau Warna Meraah. Sebaiknya kerja-kerja memetik cili dijalankan pada sebelah pagi dan elakkan memetik sewaktu hujan atau cuaca lembab. Buah dipetik menggunakan pisau tajam dan dibersihkan serta di gredkan mengikut saiz dan kualiti. Sebaiknya hasil dihantar ke pusat pengumpulan untuk dipasarkan dalam tempoh yang segera untuk mengekalkan kualiti dan harga yang akan diperolehi.
CILI BENGGALA....MEMANG JENIS CILI...
BELL PEPPER... ORANG PUTIH NAMA DIBERI...
BUAHNYA CANTIK...BERWARNA WARNI....
RASA NAK TANAM....BERSAMA-SAMA CERI....
Related articles from this blog you may read:
1. Capsaicin yang pedas (Klik disini)
2. Chili (Klik disini)
3. Cili Kulai Fertigasi (Klik disini)
4. Cili Padi (klik disini)
5. Sayuran Popular di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Minat tanam cili benggala
Muar, Johor,
Malaysia.
(1 Muharam 1432H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.