Support My Blog

Tuesday, December 14, 2010

BURUNG PUNGGUK

Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica ) atau dipanggil sebagai "Barn Owl" dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis burung pemangsa dari keluarga Tytonidae yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Burung ini juga di panggil sebagai "Burung Hantu" dan "Burung Hantu Kubur" tetapi dalam bidang pertanian lebih sesuai dipanggil sebagai Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJP). Jabatan Pertanian pada masa kini BPJP telah menjadikan burung pungguk sebagai sejenis burung yang sangat berguna dalam bidang pertanian terutama dalam industri Kelapa Sawit dan Industri Tanaman Padi. Kalau berpeluang melawat kawasan penanaman padi anda akan melihat rumah burung pungguk dipasang dikawasan sawah padi. Dalam estet kelapa sawit juga rumah burung pungguk dipacak terutama dikawasan tanaman kelapa sawit muda yang mudah dilihat. Burung ini sangat praktikal dalam mengawal populasi tikus dalam kawasan kebun. Artikel ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai burung pungguk jelapang berdasarkan kepada pemerhatian, pembacaan dan pengalaman penulis dalam menjalankan aktiviti pengembangan semasa bertugas sebagai pegawai pertanian di beberapa daerah di Johor.


Burung Pungguk merupakan sejenis burung yang berwarna pucat hitam kecoklatan, mempunyai sayap yang lebar (85 - 90 cm), kaki kuat (35-40 cm panjang), mempunyai kuku yang tajam untuk mencekup mangsa dan sepasang mata yang bulat besar. Burung ini mempunyai paruh yang tajam dan matanya mampu melihat mangsa dengan jelas pada waktu malam tetapi kabur pada siang hari. Penulis mula2 takut untuk memegang burung ini kali pertama ketika memeriksa sarang BPJP di Sawah Air Papan, Mersing pada tahun 1997 tetapi akhirnya OK juga. Kelebihan burung ini atau yang UNIK ialah kemampuannya untuk berpusing kepalanya macam 360 darjah!. Taburan populasi burung ini terdapat diseluroh benua didunia kecuali di kawasan kutub yang sangat sejuk. Warna burung dikawasan sejuk agak cerah keputihan berbanding dengan warna pungguk dikawasan tropika. Makanan utama burung BJP adalah jenis Tikus (Rodentia), katak dan serangga. Burung ini tidak mampu membuat sarang sendiri seperti burung-burung terbang yang lain dan terpaksa mencari perlindungan seperti bumbung rumah, lubang2 pada pokok dan sebagainya untuk tinggal dan membiak. Sifatnya burung pungguk yang tinggal berpasangan untuk bertelur dan membiak dengan kemampuan bertelur antara 4-6 ekor sekali menunjukkan ianya jenis "Family" juga.

Maklumat mengenai penggunaan Burung Pungguk sebagai Pemangsa untuk mengawal populasi tikus telah dilaksanakan di Malaysia seawal tahun 1969. Kebanyakkan spesies burung pungguk yang ada di Malaysia dipercayai berasal daripada kawasan Sumatera atau Pulau Jawa dan mempunyai jangkahayat hidup lingkungan 8-10 tahun. Kajian penulis mendapati dikawasan ladang kelapa sawit burung ini hidup liar secara semulajadi untuk makan tikus disekitar ladang sawit. Kini kebanyakkan ladang sawit di Malaysia telah memasang sarang burung pungguk yang diperbuat dari kotak kayu, kotak zink atau Kotak plastik sebagai sarang yang diletakan di kawasan tinggi yang strategik. Burung BJP mampu makan antara 80-120 gram makanan atau kira-kira 1-2 ekor tikus satu malam.

Antara jenis tikus yang terdapat dikawasan ladang kelapa sawit yang merosakan hasil dengan memakan buah hampir masak adalah seperti Jenis Tikus Belukar - foto sebelah (Rattus tiomanicus), Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardi. Jenis R. tiominicus adalah yang paling agressif diantara 3 jenis tersebut kerana mampu memanjat (climbing) dengan cekap. Kerosakan serangan tikus berlaku pada semua peringkat penanaman sawit dari mula nenanam dengan makan umbut sehingga peringkat menuai dengan makan buah sawit. Kajian penulis dari pihak estet mendapati kadar kerosakkan serangan tikus diladang sawit mampu mencapai sehingga 240 kilogram minyak sehektar setahun atau kira-kira 5% daripada jumlah hasil. Kerosakan mampu capai 10% jika serangan tikus ditahap serious.

Kadar bilangan sarang burung pungguk diperlukan sebanyak satu unit (buah) bagi kawasan tanaman kelapa sawit sebanyak 2-10 hektar bergantung kepada umur pokok sawit. Saiz sarang yang sesuai mesti berukuran minima 2.5 meter untuk memberi keselesaan kepada burung (Sila anda lihat rajah disebelah). Bagi sarang yang di rekabentuk oleh Jabatan Pertanian biasanya disediakan dua kompartmen iaitu bahagian luar dan bahagian dalam atau "Bilik Tidur" dengan kos RM 600.00 satu set. Ketinggian sarang amat penting untuk mempastikan burung BPJP hendak untuk TINGGAL DENGAN SELAMAT iaitu setinggi lebih daripada 6 meter. Pastikan tidak menggunakan racun tikus seperti jenis Warfarin dikawasan ladang sawit kerana jika tikus yang dimakan burung pungguk telah diracun, maka risiko burung tersebut akan mati adalah tinggi. Ini menyebabkan populasi burung pungguk akan berkurang dan akhinya pupus. Lazimnya burung pungguk akan bersarang dan bertelur didalam rumah burung pungguk untuk satu jangkamasa agak lama.

Penulis mahir dengan haiwan burung pungguk di kawasan padi kerana terlibat secara langsung semasa memasang, membanci, memeriksa dan mengkaji tabiat burung ini di kawasan Sawah Endau, Sawah Air Papan, Sawah Sg Balang, Sawah, Ring, Sawah Kesang Tasek dan beberapa sawah lagi. Penulis dan kumpulan Inovasi Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah berjaya mencipta alat "Periskop Burung Pungguk" pada tahun 2000 dan berjaya menang pertandingan Inovasi AIPA peringkat Kebangsaan. Sarang BJP disediakan oleh Jabatan di pasang dikawasan sawah dengan kadar 1 sarang setiap 20 ekar. BPJP mampu memakan tikus dikawasan sawah padi pada malam hari dengan 3-4 ekor satu malam. Bagi memudahkan BPJP memburu tikus tiang kayu-T dipasang setiap 2-3 hektar agar BPJP dapat bertenggek untuk meninjau mangsa.

Pada zaman dahulu burung pungguk dianggap sejenis burung yang hampir tiada musuh kecuali ancaman pemburu yang suka-suka menembak. Kini kehidupan burung ini terganggu dan tercabar setiap hari kerana bertembung dengan penternak burung walit. Burung ini pada waktu tertentu (Manghrib dan senja) akan tunggu di pintu atau di pokok kawasan bangunan burung walit dan menangkap burung walit yang ingin pulang masuk kesarang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika burung pungguk berjaya masuk kedalam bangunan sarang burung walit dan jika berlaku akan mengakibatkan semua burung berpindah keluar.

Pengalaman penulis di Sawah Sg Balang ,Muar pernah mengadu masaalah pemilik perusahaan burung pungguk yang menembak burung pungguk dari Jabatan Pertanian dari sawah berdekatan kepada ADUN Sg Balang. Akibat akiviti membunuh BPJP ini telah menyebabkan bilangan BPJP yang pada asalnya ada 12 ekor telah hanya tinggal 3 ekor sahaja akibat ditembak oleh pemilik usahawan burung walit menyebabkan populasi tikus dikawasan sawah meningkat pada tahun 2008/2009. Penulis telah dapat memperkenalkan inovasi kawalan burung ini dikawasan sarang burung walit dengan kaedah "Kawalan Pintu Automatik"...Baca blog saya yang berkaitan dengan inovasi Kawalan Pintu Rumah Burung Walit (Sila klik disini)Diharap artikel saya kali ini dapat memberikan sedikit informasi kepada para pembaca mengenai satu keajaiban dunia iaitu menafaat saintifik mengenai Burung Pungguk. Biduan Sharifah Aini ada menyanyikan "Burung Pungguk" dengan merdunya...... Wasallam!.

BURUNG PUNGGUK...ADA GUNA...
MAKAN TIKUS... MUSNAHKAN DIA...
BUATKAN SARANG... PACAK SAJA...
KAWALAN BIOLOGI... IPM NAMANYA...

ARTIKEL BERKAITAN:
1. BURUNG PIPIT (KLIK DISINI)
2. BURUNG WALIT (KLIK DISINI)
3. FRUIT FLY (KLIK DISINI)
4. SEMUT HITAM (KLIK DISINI)
5. INOVASI PINTU BURUNG HANTU (KLIK DISINI).

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau,
Precint 10, Putrajaya,
WP, Malaysia
(Mencipta Inovasi Periskop Burung Pungguk di Mersing)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...