Fakta dan laporan mengenai 'Kebaikan kentang' memang mudah di cari dalam internet. Bagi penulis blog dan ramai penduduk Malaysia dimana makanan nasi yang mana ia sememangnya sudah menjadi makanan utama rakyat Malaysia sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur. Namun ada kala pengambilan hidangan ruji ini membuatkan tubuh cepat lapar seolah-olah tidak bertenaga walaupun berjaya menghabiskan sepinggan nasi penuh. Mengambil nasi dalam jumlah yang banyak sebenarnya tidak memastikan seseorang itu kekal cergas sepanjang berpuasa. Ini kerana tanpa menu yang betul serta lengkap nutrisi sudah pasti matlamat utama mendapatkan badan yang cergas tidak tercapai. Dilaporkan makanan yang dapat menunda rasa lapar atau membuatkan kenyang lebih lama perlu tinggi protein kerana ia melambatkan proses pencernaan. Sesiapa yang memilih jenis karbohidrat kompleks kaya serat seperti roti gandum, nasi merah, kentang dan bijirin dengan saiz hidangan sesuai dapat bertahan lama. Dalam satu pinggan pastikan setengahnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan manakala satu perempat adalah lauk-pauk dan nasi. Ada kempen bagi membuktikan kebaikan kentang seperti dilaporkan dalam jurnal Nutrition Today terbitan USA yang ada mengatakan diet seimbang harus mengandungi bahan makanan kaya karbohidrat semula jadi dan berkualiti seperti kentang yang padat nutrisi. Makanan berasaskan kentang membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dan kenyang lebih lama. Sebiji kentang mengandungi 620 miligram potasium iaitu lebih banyak daripada sebiji pisang berukuran sederhana. Apa pun dimana dengan memiliki kandungan potasium yang tinggi dilaporkan yang kentang dapat membantu fungsi otot, fungsi kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi. Ada terdapat cara atau pelbagai kaedah memasak kentang boleh dilakukan antaranya dengan membakar, merebus atau menggoreng. Selalu didengar akan pentingnya kentang dalam diet harian terutama untuk ahli sukan. Ini kerana kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang diperlukan untuk dapat memberikan kecergasan dan ketahanan badan. Hasil laporan kajian dijalankan sepanjang 40 - 50 tahun lalu menunjukkan karbohidrat ialah mikronutrien utama untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet. Di peringkat global pula memang makanan kentang semakin diterima sebagai jenis makanan berprestasi tinggi. Ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan dilaporkan pemakanan adalah sebahagian penting daripada strategi atlet untuk menang. Kentang baik bukan saja untuk makanan harian tetapi pengurusan berat badan. Kentang juga digunakan sebagai sumber tenaga untuk memperkasakan mereka yang menjaga kecergasan terutama jaguh sukan.
Ramai dakwa akan 'Kenyang dengan kentang' sebagai amalan diet seseorang jika dia mengambil kentang pada jumlah sepatutnya. Kentang sering dijadikan pilihan sebagai pengganti nasi kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks dan nutrien penting lain yang diperlukan tubuh. Kajian dapati sebiji kentang bersaiz sederhana seberat 213 gram (g) mengandungi 164 kalori yang memberikan 4.5g serat atau kira-kira 20% daripada keperluan potassium harian, keperluan vitamin C (46%) dan 4.4g protein berasaskan tumbuhan. Kentang juga adalah sumber baik vitamin termasuk vitamin B6 dimana ada beberapa perkara perlu diketahui yang berlaku kepada badan apabila memakan kentang. Kentang membolehkan kesihatan usus mungkin bertambah baik dimana jika berasa bimbang kentang putar meningkatkan tahap gula dalam darah, maka biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. Memakan kentang putar dalam keadaan panas, kanjinya cepat dicerna menjadi glukosa yang meningkatkan gula dalam darah. Bagaimana pun didakwa makanan kentang putar yang dibiarkan sejuk iaitu bahan kanjinya berubah kepada kanji rintang jenis tiga yang bertindak sebagai serat larut serta tidak larut. Kanji ini rintang daripada dihadam, maka gula tidak diserap dalam darah. Sebaliknya kanji rintang ini 'bergerak' dalam usus besar yang 'dipecahkan' oleh bakteria sihat sebagai prebiotik. Ia menjaga usus menjadi sihat seterusnya boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan termasuk sindrom usus besar dan barah usus. Apa pun rasa kenyang selepas makan kentang dan boleh membantu mengurangkan berat badan. Kentang yang rendah kalori, tinggi kandungan air, jumlah serat dan protein yang sederhana menjadikan kentang sebagai pilihan hidangan yang lengkap untuk proses menurunkan berat badan. Kentang rebus mendapat skor tertinggi dalam 'satiety index of common foods' sebagai makanan mengenyangkan daripada makanan mengenyangkan yang lain seperti telur, kacang dan ikan. Dalam pada itu didakwa kentang mungkin menyebabkan pertambahan berat badan dimana walaupun kentang rendah kalori, tetapi cara penyediaan makanan ini boleh menyumbang pertambahan berat badan. Sebagai contoh jika hidangan satu cawan 'potatoes au gratin' berasaskan mentega bersama keju cheddar dan serbuk roti mengandungi 323 kalori dan 11g lemak tepu.
Pengambilan kentang goreng yang kerap juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Kajian 'American Journal of Clinical Nutrition' mendapati dimana cara makan kentang goreng dikaitkan dengan obesiti. Pertambahan berat badan mungkin menjadi lebih teruk sekiranya memakan kentang goreng bersama hidangan makanan segera lain seperti burger. Makan kentang boleh menyebabkan gula dalam darah mungkin meningkat sebab setiap kali memakan sumber karbohidrat, bacaan gula dalam darah mungkin meningkat. Bacaan gula dalam darah yang sentiasa tinggi boleh menyebabkan penyakit pra-kencing manis, rintang insulin dan kencing manis jenis dua. Sekiranya sering memakan kentang goreng, ia boleh meningkatkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Segi lain didakwa makan kentang boleh sebabkan kulit mungkin menjadi lebih cepat tua terutama jika tinggi pengambilan kentang goreng. Menurut Pakar Diet Berdaftar Johna Burdeos RD, minyak suhu tinggi yang diperlukan untuk menggoreng kentang dan makanan lain boleh menghasilkan sebatian berbahaya dipanggil 'advanced glycation end products (AGEs)' yang terkumpul dalam badan seiring peningkatan usia. Sesiapa mengambil terlalu banyak makanan ini boleh mengakibatkan keradangan yang mempercepatkan proses penuaan. Tindak balas keradangan pada kulit boleh dilihat apabila keanjalan kulit berkurangan yang mana ia akan menampakkan kedutan pada kulit dan berjerawat. Apa pun pastinya makan kentang mungkin mempunyai banyak tenaga untuk senaman. Kentang bersaiz sederhana adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan nutrien yang dilaporkan membekalkan 26g karbohidrat kompleks sebagai 'pemanas' untuk bersenam. Apa pun sebaiknya cara penyediaan kentang yang baik adalah rebus atau bakar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI MAKANAN...DISELURUH DUNIA...
LUAS DI TANAM...KECUALI MALAYSIA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.