Dilaporkan dimana terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resepi tersedia sepeti terung sambal, terung bakar dan juga terung goreng. Rasanya yang enak dan mudah disediakan menjadikan ia selalu menjadi kegemaran ramai orang. Apa pun sembang pasal terung yang ada banyak khasiay sesuai di kongsikan dengan penulis blog. Terung adalah makanan Kaya dengan antioksidan yang membantu melawan bahan yang selalu ia merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Apa pun bahan antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah jenis anthocyanins. Terung uga didakwa membantu dalam Mengurangkan risiko Penyakit Jantung disebabkan oleh bahan antioksidan seperti yang disebutkan di atas adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan risiko penyakit jantung. Terung juga terbukti membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah bagi kolesterol LDL dan trigliserida. Kolesterol adalah faktor risiko utama bagi penyakit jantung. Terung membantu Mengawal gula dalam darah sebab ia kaya dengan serat, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dengan melambatkan penghadaman dan penyerapan gula. Proses penyerapan yang lambat mampu mengekalkan gula pada kadar yang stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara mendadak. Ia adalah sejenis bahan yang terkandung dalam terung iaitu polyphenols didapati mengurangkan penyerapan gula serta merangsang pelepasan insulin. Terung didakwa Membantu menurunkan berat badan sebab ia kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, buah ini boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain. Paling suka didengar jika makan terung ia mampu Melawan kanser sebab ia mengandungi beberapa bahan yang didapati berpotensi melawan sel-sel kanser. Antaranya ialah solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs). Bahan ini boleh menyebabkan sel kanser mati, khususnya bagi kanser kulit. Pada penulis blog walau bagaimanapun, kajian tentangnya adalah agak terbatas dan banyak dijalankan ke atas haiwan. Lebih banyak kajian diperlukan ke atas manusia untuk melihat keberkesanannya dalam melawan kanser.
Sembang terung dikaitkan dengan isu 'Cuaca panas: Hasil tanaman cili, terung merosot 50 peratus' sesuai di kongsikan kali ini. Beberapa kali erjadi kes dimana berlaku gelombang haba yang melanda negara membelenggu petani-petani kecil sehinggakan golongan itu terpaksa berhadapan dengan pengurangan pendapatan dan kerugian. Gelombang haba yang melanda negara membelenggu petani-petani kecil sehinggakan golongan itu terpaksa berhadapan dengan pengurangan pendapatan dan kerugian. Petani yang mengusahakan tanaman cili dan terung iaitu Nazrullah Mohamad dakwa hasil tanamannya seluas 1.2 hektar itu telah berkurang sebanyak 50% akibat cuaca panas. Bahang dan panas juga menyebabkan kualiti buah merosot dimana hasil tanaman berkurang dan secara tidak langsung meningkatkan serangan serangga perosak. Dia berhadapan dengan masalah ini bermula dari Disember tahun lalu sehinggalah penghujung April dan keadaan itu benar-benar memberi kesan kepada pendapatan dan hasil tanaman. Dia juga begitu terkesan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa tetapi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk menjaga tanaman dimana dia terpaksa mengeluarkan wang sekali ganda untuk membeli racun serangga perosak. Bagi tujual kawal perosak dia belanja wang sebanyak RM2,000 untuk membeli racun berkenaan. Ini kerana kalau dia tidak membeli racun itu, ia akan menyebabkan keseluruhan tanaman rosak dan keadaan ini akan menambah perbelanjaan untuk proses penanaman semula.
Dalam kes lain dilaporkan di media dimana 'Empat komuniti rentan diupah RM1,200 urus fertigasi terung' dimana M Amiruddin (35) menguruskan fertigasi terung menerusi projek yang sudah pun dilaksanakan oleh Dapur Infaq Ummah Kuantan. Kisah dari Kuantan dimana 4orang pekebun daripada komuniti rentan Wong Ah Jang diberi peluang menanam 2,000 polibag terung secara fertigasi bagi membolehkan mereka berjaya memperoleh pendapatan secara bulanan. Projek yang dibangunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diuruskan sepenuhnya oleh komuniti gelandangan di atas tanah seluas 0.025 hektar di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Kuantan. Pengasas pertubuhan itu, Badrul Jamili dakwa usaha mendekati komuniti yang dahulunya dikenali lokasi gelap kini diterima baik apabila mereka sanggup menjayakan tanaman terung. Mereka ini diberi upah secara bulanan bagi menguruskan 2,000 polibag terung fertigasi sehingga kesemua sayur terbabit habis dituai. Empat komuniti rentan ini menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan. Jadi mereka akan menguruskan tanaman ini secara sepenuh masa. Kadar upah itu diberi ini bersesuaian dan ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat kepada untuk terus bekerja, selain dapat memperoleh ilmu dalam bidang pertanian. Hasil terung akan dijualnya kepada orang ramai selain peniaga di sekitar Kuantan dan tanaman terung fertigasi yang kini memasuki musim sudah menuai lebih 800 kilogram (kg terung) dan dijangka pokok terung ini mengeluarkan sehingga empat tan hasil selepas mencapai tempoh matang. Diangkakan akan memperoleh lebih RM24,000 untuk satu musim penanaman terung ini. Penanaman terung yang dilaksanakan ini hasil daripada projek rintis iaitu penanaman cili bara pada September tahun lalu. Ada lima golongan rentan yang menguruskan tanaman itu sudah mampu berdikari menyebabkan NGO mahu melahirkan lebih ramai golongan rentan yang berjaya. Kini pihaknya sedang memohon tanah wakaf daripada kerajaan Pahang di kawasan Anak Air untuk tujuan pertanian. Mereka merancang untuk mempelbagaikan tanaman selepas mendapat kelulusan itu. Bila sudah dapat tanah itu, kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada peserta yang berminat untuk mengubah sosioekonomi mereka ke arah yang lebih baik.
Agak unik sembang bertajuk 'Lelaki masuk hospital selepas makan terung gila’ dalam portal kosmo sesuai di kongsikan. Kisah dari Bangkok, Thailand melaporkan dimana seorang lelaki di wilayah Mahasarakham, rantau Isaan tidak sedarkan diri selepas isterinya memaksa dia mengambil buah beracun kerana percaya ia dapat membantu mangsa berhenti minum arak seperti yang di laporkan dalam laman berita Thaiger hari ini. Hospital Mahasarakham juga ada laporkan dan mengeluarkan amaran kepada orang awam selepas lelaki Thai tersebut yang dikenali Thongdaeng (61) telah dimasukkan ke hospital akibat makan buah beracun itu. Apa pun kemudian buah itu dikenali sebagai Makhuea Ba atau ‘terung gila’ dalam bahasa Thai. Buah itu kelihatan serupa dengan terung Thai tetapi mempunyai banyak duri kecil. Semua bahagian tumbuhan itu adalah beracun dan kesannya boleh membunuh manusia. Simptom biasanya kelihatan antara 30 hingga 60 minit selepas makan buah beracun itu. Antaranya adalah mulut dan tekak menjadi kering, halusinasi, degupan jantung menjadi cepat dan tidak sedarkan diri. Menurut isterinya Ratree yang merupakan isteri mangsa telah mengaku kepada pegawai perubatan bahawa dia ada memberi suaminya makan terung beracun itu. Tujuannya cuma berikan agar mahu suaminya berhenti minum minuman keras dan kembali bekerja. Seorang jiran memberitahunya bahawa terung tersebut dapat membantu untuk dapat ianya menghilangkan ketagihan arak. Ratree membawa suaminya ke hospital dan dia bernasib baik kerana doktor-doktor di sana dapat menyelamatkan mangsa. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.