PASAR TANI (Farmers market) adalah satu nama berkaitan dengan aktiviti jualan produk segar yang di kelolakan oleh FAMA. Pasar Tani merupakan satu tempat dimana ia akan mengumpulkan ramai petani, usahawan, penternak dan peniaga tempatan untuk menjual barangan berasaskan pertanian terus kepada pengguna. Pasar Tani lazimnya menggabungkan dua patah perkataan iaitu 'Pasar' yang bermaksud tempat jualan dan 'Tani' iaitu kata asal dari petani. Pada awal penubuhannya, FAMA hanya mengatur petani untuk menjual produk buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan, daging, telur dan kebanyakannya adalah produk segar dari ladang sahaja. Kini pasar tani telah jauh mengalami perubahan dengan menyediakan tapak lebih strategik dan varieti produk lebih banyak. Terdapat jualan produk segar dan juga produk proses serta barangan alatan dapur serta keperluan alataan dapur kini dijual dalam pasar tani. Artikel petang ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai pasar tani berdasarkan pemerhatian dan pemantauan yang saya jalankan serta membuat bacaan ringan sebagai bahan rujukkan.
Kebanyakan pasar tani dikunjungi oleh penduduk tempatan yang berbelanja barang dapur. Pembeli lazimnya berpendapat bahawa produk jualan di pasar tani kebanyakannya adalah 'produk segar teurs dari ladang' terutamanya sayur-sayuran, buah-buahan, ayam daging, telur ayam, daging lembu (segar dan impot) dan juga ikan. Terdapat dikalangan pembeli yang membeli untuk keperluan seminggu bagi satu keluarga. Ini disebabkan penduduk disekitar bandar besar kurang mempunyai masa untuk berbelanja dipasar basah. Sebagai contoh ialah Pasar Tani Mega di Precint 2 Putrajaya, dimana kebanyakan pembeli adalah dikalangan kakitangan kerajaan yang sibuk dan datang berbelanja untuk keperluan mingguan. Pasar Tani tersebut merupakan sumber bahan segar utama untuk penduduk sekitar Putrajaya dan tidak perlu lagi pergi berbelanja keperluan dapor di tempat lain. Lazimnya mereka akan pergi selepas waktu pejabat atau sebelah malam.
Laporan FAMA terkini menunjukkan terdapat LEBIH DARI 300 lokasi pasar tani diseluruh negara dimana ianya melibatkan seramai kira-kira 1,500 orang peserta dengan nilai jualan bulanan sebanyak RM 45 juta. Beberapa tapak pasar tani kini telah pun di naiktaraf kepada Pasar Tani Mega dan Pasar Komuniti Rakyat atau disingkatkan sebagai PAKAR. Semua peserta pasar tani telah dilatih oleh FAMA mengenai akaunting, kawalan kualiti produk, cara melayan pelanggan dan sebagainya. Mereka terdiri daripada peserta projek pertanian yang dibimbing oleh MOA seperti peserta dari Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, JPV dan sebagainya. Beberapa peserta telah mencapai tahap perniagaan yang sangat baik sehingga mampu mennyara keluarga dengan pendapatan mencecah 4 digit. Ada diantara mereka juga melibatkan diri dalam pemborongqn dan pengedaran.
PASAR TANI .... MERIAH JUALANNYA...
PRODUK SEGAR... DIKAWAL HARGANYA....
PESERTA DIPILIH.... DIPANTAU SENTIASA...
PEMBELI PUASHATI... MUDAH UNTUKNYA...
By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Muharram 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.