BLACKCURRANTS (Ribes nigrum) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Grossulariaceae yang merupakan jenis buah-buahan temperate yang banyak ditanam di Eropah, USA, New Zealand dan Utara Asia. Kita di Malaysia jarang jumpa pokok ini kerana tidak ditanam tetapi jenama minuman 'RIBENA' telah mempengaruhi ramai rakyat Malaysia mengenali perkataan 'blackcurrants' semenjak dulu lagi. Baru-baru ini saya membeli sebuah buku mengenai "Temperate and Subtropical Fruit Production" keluaran CABI International (mahal buku itu) dan terus membaca serta memahami apakah dia tanaman blackcurrants yang iklannya amat popular di tayangkan di telivisyen. Rupanya tanaman ini merupakan tanaman renek (bushy) yang mempunyai ketinggian 1.2 - 2.0 meter dengan lebar kanopi yang serupa. Tanaman ini menghasilkan bunga hermaprodite yang melakukan pendebungaan sendiri tetapi jika berlaku pendebungaan silang akan meningkatkan lagi kualiti buah. Lebah membantu didalam mendebungakan tanaman ini. Artikel petang ini saya menulis di dalam "Anim Agro Technology" satu tanaman buah-buahan temperate hasil pembacaan saya untuk dikongsi rakyat Malaysia yang belum kenal akan pokok ini.
Tanaman blackcurrants adalah tanaman untuk kawasan temperate yang mempunyai 4 musim. Ia memerlukan hari siang pendek untuk menggalakan pengeluaran bunga (flower-bud initiation). Pengeluaran bunga lazimnya pada musim bunga (spring) dan buah blackcurrants masak pada pertengahan musim panas (midsummer). Suhu sejuk pada musim sejuk diperlukan oleh tumbuhan ini untuk memecahkan dormancy pokok. Pokok ini akan dorman dan tahan (tolerance) dengan suhu dibawah -20 celcius tetapi bila suhu naik kepada -1 celcius, ia akan mengeluarkan bunga dan diikuti kemudian dengan proses pembentukkan buah. Tanaman ini perlukan tanah yang rata tetapi tidak tahan jika kawasan tersebut tidak ada saliran sempurna. Pokok ini juga perlukan pengairan baik terutama diperingkat pengeluaran bunga dan pembentukan buah. Tanah dengan pH 6.0 - 6.5 diperlukan tetapi tanah yang mempunyai pH kurang dari 5.0 tidak sesuai untuk tanaman ini. Kawasan tanah yang lembab sering berlaku serangan kulat (Botrytis) dan juga masalah bintik daun.
Bahan tanaman blackcurrants selalunya adalah menggunakan keratan batang. Keratan batang sepanjang 20 - 45 cm panjang di tanam pada musim sejuk (winter) dimana tanaman ini amat mudah tumbuh. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2.5 meter antara barisan dan 15 - 30 cm antara pokok. Pokok yang berumur setahun perlu dibuat cantasan dahan untuk mendapatkan bentuk pokok yang sesuai. Elakkan membuat pembajakan (tillage) setelah pokok ditanam kerana akar pokok ini adalah cetek. Kawalan rumpai sering menggunakan kaedah semburan racun rumpai yang terkawal. Penggunaan plastik penutup juga telah diamalkan untuk kawalan rumpai. Pembajaan pokok ini bergantung kepada jenis tanah dan pengurusan yang menggunakan baka NPK 5:5:3 kg/t/ha. Penggunaan baja Nitrogen diberikan berperingkat-peringkat.
Penuaian blackcurrants dijalankan 15-18 bulan selepas ditanam. Pokok ini mampu menghasilkan buah selama 4 - 5 tahun didalam kebun diuruskan dengan baik. Anggaran hasil adalah sebanyak 0.5 - 2.0 mt/ha pada tahun ke 2 dan meningkat kepada 2.0 - 5.0 mt/ha pada tahun ke 3. Hasil pada tahun ke 4 mampu mencapai sebanyak 4.0 - 8.0 metrik tan/ha. Kaedah penuaian lazimnya menggunakn jentera kerana buahnya kecil dan banyak(Lihat foto mesin penuai buah disebelah). Buah yang dituai akan dijual segar kepada pembeli atau kebanyakannya diproses dikilang untuk pelbagai produk seperti kordial minuman, pes, puree, jem, produk kesihatan dan banyak lagi. Buah ini jarang dijual segar untuk dimakan segar mungkin kerana rasaynya yang masam. Kita di Malaysia makan produk proses blackcurrants seperti minuman Ribena, Pie, Jem dan sebagainya yang boleh dibeli di Hypermarket.
BERWARNA GELAP... 'BLACKCURRANT' TU...
DINEGARA SEJUK... SESUAI TANAM DISITU...
BUAHNYA KECIL... POKOKNYA RENEK TAU....
MINUM RIBENA ... MEMANG SEDAP SELALU...
Selain buah 'Blackcurrant' rupanya ada lagi buah yang dipanggil sebagai 'Redcurrant' dan 'Whitecurrant - sebenarnya kekuningan) seperti foto dibawah.... baru aku tahu!
By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1434H)
Tanaman blackcurrants adalah tanaman untuk kawasan temperate yang mempunyai 4 musim. Ia memerlukan hari siang pendek untuk menggalakan pengeluaran bunga (flower-bud initiation). Pengeluaran bunga lazimnya pada musim bunga (spring) dan buah blackcurrants masak pada pertengahan musim panas (midsummer). Suhu sejuk pada musim sejuk diperlukan oleh tumbuhan ini untuk memecahkan dormancy pokok. Pokok ini akan dorman dan tahan (tolerance) dengan suhu dibawah -20 celcius tetapi bila suhu naik kepada -1 celcius, ia akan mengeluarkan bunga dan diikuti kemudian dengan proses pembentukkan buah. Tanaman ini perlukan tanah yang rata tetapi tidak tahan jika kawasan tersebut tidak ada saliran sempurna. Pokok ini juga perlukan pengairan baik terutama diperingkat pengeluaran bunga dan pembentukan buah. Tanah dengan pH 6.0 - 6.5 diperlukan tetapi tanah yang mempunyai pH kurang dari 5.0 tidak sesuai untuk tanaman ini. Kawasan tanah yang lembab sering berlaku serangan kulat (Botrytis) dan juga masalah bintik daun.
Bahan tanaman blackcurrants selalunya adalah menggunakan keratan batang. Keratan batang sepanjang 20 - 45 cm panjang di tanam pada musim sejuk (winter) dimana tanaman ini amat mudah tumbuh. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2.5 meter antara barisan dan 15 - 30 cm antara pokok. Pokok yang berumur setahun perlu dibuat cantasan dahan untuk mendapatkan bentuk pokok yang sesuai. Elakkan membuat pembajakan (tillage) setelah pokok ditanam kerana akar pokok ini adalah cetek. Kawalan rumpai sering menggunakan kaedah semburan racun rumpai yang terkawal. Penggunaan plastik penutup juga telah diamalkan untuk kawalan rumpai. Pembajaan pokok ini bergantung kepada jenis tanah dan pengurusan yang menggunakan baka NPK 5:5:3 kg/t/ha. Penggunaan baja Nitrogen diberikan berperingkat-peringkat.
Jentera menuai blackcurrants. |
BERWARNA GELAP... 'BLACKCURRANT' TU...
DINEGARA SEJUK... SESUAI TANAM DISITU...
BUAHNYA KECIL... POKOKNYA RENEK TAU....
MINUM RIBENA ... MEMANG SEDAP SELALU...
Selain buah 'Blackcurrant' rupanya ada lagi buah yang dipanggil sebagai 'Redcurrant' dan 'Whitecurrant - sebenarnya kekuningan) seperti foto dibawah.... baru aku tahu!
By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia.
(14 Safar 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.